min mesyuarat pai (1)

4
MINIT MESYUARAT PANITIA PEN ISLAM SMA SAADAH AL DINIAH AL ISLAMIAH SUNGAI LIMAU DALAM, 06910 YAN, KEDAH. BIL 1/2015 ______________________________________________________________________ _______________ Tarikh : 6 Januari 2015 Masa : 9.00 pagi Tempat : Bilik PBS Kehadiran : En Zaib Bin Taib Pn Shuhaily Binti Abdul Pn Nur Hafidzah Binti Yaakob Agenda : i. Perutusan Pengerusi ii. Penggunaan Surau iii. Taklimat PBS dan PLBS/ PAFA iv. Headcount 2014 v. Perancangan Tahunan Panitia Pendidikan Islam vi. Hal-Hal Lain PERUTUSAN PENGERUSI 1.0 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli yang hadir. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan meminta semua ahli untuk membaca Al Fatihah. 2.0 Pengerusi mengingatkan ahli tentang visi dan misi sekolah iaitu: Visi : "Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” . Misi : “Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara" Makluman PENGGUNAAN SURAU 3.0 Pengerusi meminta semua guru pendidikan Islam supaya mengedarkan peraturan surau kepada pelajar dan meminta mereka menandatangani peraturan tersebut. 4.0 Pengerusi memberitahu guru-guru pendidikan islam supaya mengisi buku rekod penggunaan surau dan merekodkan sebarang aktiviti di dalam buku yang telah disediakan. Makluman

Upload: amirshaukhi

Post on 11-Sep-2015

15 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

minit

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARAT PANITIA PEN ISLAMSMA SAADAH AL DINIAH AL ISLAMIAHSUNGAI LIMAU DALAM, 06910 YAN, KEDAH.

BIL 1/2015_____________________________________________________________________________________

Tarikh:6 Januari 2015Masa: 9.00 pagiTempat:Bilik PBS

Kehadiran:En Zaib Bin TaibPn Shuhaily Binti AbdulPn Nur Hafidzah Binti YaakobAgenda:i.Perutusan Pengerusiii.Penggunaan Surauiii.Taklimat PBS dan PLBS/ PAFA iv.Headcount 2014v.Perancangan Tahunan Panitia Pendidikan Islamvi.Hal-Hal Lain

PERUTUSAN PENGERUSI

1.0 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli yang hadir. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan meminta semua ahli untuk membaca Al Fatihah.2.0 Pengerusi mengingatkan ahli tentang visi dan misi sekolah iaitu:

Visi : "Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera . Misi : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"Makluman

PENGGUNAAN SURAU

3.0 Pengerusi meminta semua guru pendidikan Islam supaya mengedarkan peraturan surau kepada pelajar dan meminta mereka menandatangani peraturan tersebut.4.0 Pengerusi memberitahu guru-guru pendidikan islam supaya mengisi buku rekod penggunaan surau dan merekodkan sebarang aktiviti di dalam buku yang telah disediakan.

MaklumanTAKLIMAT PBS DAN PLBS/PAFA

5.0 Pengerusi memaklumkan PBS dan PLBS/PAFA masih diteruskan bagi menilai kebolehan pelajar

6.0 Oleh itu, guru-guru diminta untuk menyediakan elemen-elemen pentaksiran yang diperlukan seperti menyediakan fail induk dan fail pentaksiran untuk peperiksaan PT3. Semua eviden pelajar perlu disimpan di dalam fail pelajar dan disimpan di dalam bilik PBS.7.0 Kebanyakan pelajar telah didedahkan dengan PBS dan PLBS/PAFA , namun guru diingatkan untuk mengadakan taklimat khusus berkenaan PBS dan PLBS/PAFA dan menerangkan kaedah penskoran diberikan.8.0 Guru-guru pendidikan islam diminta saling bantu-membantu di antara satu sama lain untuk memperkemaskan kerja pentaksiran. Segala masalah yang timbul boleh dirujuk kepada mana-mana guru pendidikan islam yang berkenaan.Tindakah : Guru Tingkatan 1,2 dan3

PERANCANGAN TAHUNAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

9.0 Pengerusi meminta cadangan ahli mesyuarat untuk program peningkatan akademik bagi tahun 2014 untuk Panitia Pendidikan Islam. Pn Shuhaily mencadangkan diadakan seminar teknik menjawab soalan PT3 pada bulan Februari bagi mendedahkan para pelajar dengan teknik menjawab soalan peperiksaan lebih awal. Ahli mesyuarat bersetuju dengan cadangan tersebut. Oleh yang demikian, guru PT3 diminta mencari penceramah yang berpengalaman menanda kertas peperiksaan untuk menyampaikan seminar tersebut.

Tindakah : Guru PT3

10.0 En. Zaib mencadangkan agar diadakan tawaran hadiah untuk pelajar yang menunjukkan prestasi yang cemerlang di dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Percubaan. Pengerusi bersetuju dengan cadangan tersebut dan wang untuk hadiah akan menggunakan peruntukan PCG pendidikan Islam dan bantuan PIBG.

11.0 Pengerusi juga memaklumkan bahawa program-program yang biasa dilakukan iaitu kelas tambahan waktu petang, kelas malam untuk pelajar asrama dan kelas tambahan waktu cuti akan diteruskan seperti biasa untuk tahun ini.

HEADCOUNT

12.0 Pengerusi memberitahu guru tingkatan 1,2 dan 3 mengisi borang headcount secara manual seperti borang yang telah diedarkan. Guru-guru diminta untuk menggunakan analisis headcount yang telah diisi dengan sebaiknya kerana dapat membantu guru-guru mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang ada dan mengatasinya segera bagi meningkatkan prestasi dalam peperiksaan nanti. Tindakah : Semua guru mata pelajaran

HAL-HAL LAIN

13.0 Pengerusi memaklumkan objektif Panitia Pendidikan islam tahun ini untuk lulus 100% dan mensasarkan lebih ramai pelajar mendapat gred A dalam PT3.

PENUTUP

Pengerusi menangguhkan Mesyuarat Pantia Pendidikan Islam Bil 1/2014 dengan ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dan mesyuarat seterusnya akan diberitahu kemudian.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.20 petang.

Disediakan oleh,

(PN. NUR HAFIDZAH BINTI YAAKOB)SetiausahaPanitia Pendidikan IslamSMA Saadah Al Diniah Al IslamiahSungai Limau Dalam,06910 Yan, Kedah.Tarikh : 08 Januari 2015

Disemak oleh,

(EN FAKRUL RAZI BIN GHAZALI)Ketua Panitia Pendidikan IslamSMA Saadah Al Diniah Al IslamiahSungai Limau Dalam,06910 Yan, Kedah.Tarikh : 08 Januari 2015