min mesy panitia sains

Upload: ajin

Post on 04-Mar-2016

229 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

panitia sains

TRANSCRIPT

SMA MAAHAD AL-AZIZ, PARITMINIT MESYUARAT PANITIA SAINSKALI KEDUA SESI 2015TARIKH : 2 APRIL 2015TEMPAT : BILIK GERAKANMASA : 2.40 PETANG

HADIR :1. PN NOR ANITA BT MUHAMAD (KETUA BIDANG SAINS & MATEMATIK)2. EN.MOHD AZINI BIN AB RAZAK ( KETUA PANITIA )3. PN ANUM MARDHIAH BT AMIR ABD RAHMAN ___________________________________________________________________________AGENDA 1 UCAPAN PENGERUSI1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan mengalu-alukan kehadiran semua guru yang terlibatTindakan : Makluman

AGENDA 2 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU2.1 Minit mesyuarat yang lalu dibentangkan oleh ketua panitia.Dicadang untuk disahkan oleh Pn Nor Anita Bt MuhamadDisokong untuk pengesahan oleh Pn Anum Mardhiah Bt Amir Abd RahmanTindakan : Makluman

AGENDA 3 ANALISIS DAN POST MORTEM UJIAN SELARAS 1 3.1 Pengerusi mengingatkan semua guru supaya menyemak keputusan ujian Selaras 1 dan bandingkan dengan TOV yang telah ditetapkan. Jika TOV tercapai, program yang sedang berjalan disarankan diteruskan. Jika TOV tidak tercapai, guru perlu mengenalpasti kelemahan murid tersebut dan buat penambahbaikan. Tindakan : Makluman

AGENDA 4 - PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 4.1 Peperiksaan Pertengahan Tahun akan diadakan bermula pada 11 Mei 2015 sehingga 24 Mei 2015. Pengerusi mengingatkan semua guru supaya menghabiskan cakupan tajuk yang akan disoal dalam PPT nanti. Guru tingkatan 4 dan 5 boleh merujuk kepada cd yang dibekalkan oleh PPD/JPN yang mengandungi JSI bagi menggubal soalan PPT. 4.2 Mesyuarat telah menetapkan penggubal soalan bagi setiap kertas peperiksaan Tingkatan 2,4 & 5 En Mohd Azini Bin Ab Razak Tingkatan 1 & 3 Pn Anum Mardhiah Bt Amir Abd RahmanTarikh akhir menghantar kertas soalan ialah pada hari Selasa 5 Mei 2015 4.3 Pengerusi mengingatkan soalan hendaklah dibungkus dengan rapi dan dilengkapkandengan maklumat yang diperlukan. Soalan mesti telah berada di bilik gerakan sehari sebelum peperiksaan berlansung. Tindakan : Makluman

AGENDA 5 PENCERAPAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 5.1 Pengerusi mengingatkan pencerapan akan dilaksanakan mulai Mac hingga Jun untuk fasa 1. Guru yang dicerap diminta berbincang dengan pencerap tarikh yang sesuai untuk melaksanakan pencerapan. 5.2 Semasa pencerapan guru diminta menggunakan ABM yang sesuai. Proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah berfokus mencari kekuatan dan menilai kelemahan pelajar dan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa. 5.3 Guru yang dicerap hendaklah menyerahkan : 1 salinan Setiausaha Pencerapan 1 salinan Ketua Panitia (untuk simpanan fail) 1 salinan Guru yang dicerap (untuk simpanan fail PPB individu)

Tindakan : Makluman

AGENDA 6 TOV DAN HEADCOUNT PT3 6.1 Pengerusi meninta guru-guru matapelajaran tingkatan 3 mengisi TOV dan ETR dalam SAPS. Target mestilah 100% lulus dan dibuat berdasarkan keputusan PT3 tahun 2014. Tarikh akhir mengisi TOV dan ETR PT3 adalah pada hari Jumaat 3 April 2015.Tindakan : MaklumanAGENDA 7 HAL-HAL LAIN 7.1 Fail PanitiaKetua panitia diminta merujuk senarai semak panitia dan kemaskini bahan-bahan yang masih belum lengkap. Setiap panitia perlu ada perancangan strategik. 7.2 Buku Rekod Mengajar Pengerusi mengingatkan semua guru supaya sentiasa menulis Rancangan Pelajaran Harian dengan lengkap dan menghantar buku tersebut di setiap hari Jumaat untuk semakan. Semasa minggu peperiksaan, guru perlu menulis butir-butir subjek peperiksaan di buku rekod mengikut waktu PdP masing-masing.

Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan dengan bacaan surah al-asr dan tasbih kifarah pada jam 3.40 petang

Disediakan Oleh Disahkan Oleh

.(MOHD AZINI BIN AB RAZAK)Ketua Sains