[milotark.blogspot pkb 3108 modul keadah pemulihan matematik topik 8

14
PKB 3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAJUK 8 HURAIAN SUKATAN PELAJARAN MATEMATIK 8.0 SINOPSIS Topik ini memberi pendedahan kepada pelajar tantang Sukatan Pelajaran Matematik Pendidikan Khas, rancangan mengajar harian dan format penulisan rancangan harian 8.1 HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. mengenalpasti komponen-komponen dalam Huraian Sukatan Pelajaran Matematik 2. Meneliti komponen matematik dalam Huraian Sukatan Pelajaran Matematik 3. Menyediakan rancangan mengajar harian 4. Membincangkan format rancangan pengajaran harian 8.2 KERANGKA TAJUK 8.3 Pengenalan 69 Huraian Sukatan Pelajaran Huraian Sukatan Pelajaran Rancangan Mengajar Harian Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran

Upload: izzati-syafiqah

Post on 04-Aug-2015

465 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: [Milotark.blogspot PKB 3108 Modul Keadah Pemulihan Matematik Topik 8

PKB 3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

TAJUK 8 HURAIAN SUKATAN PELAJARAN MATEMATIK

8.0 SINOPSIS

Topik ini memberi pendedahan kepada pelajar tantang Sukatan Pelajaran

Matematik Pendidikan Khas, rancangan mengajar harian dan format

penulisan rancangan harian

8.1 HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. mengenalpasti komponen-komponen dalam Huraian Sukatan Pelajaran

Matematik

2. Meneliti komponen matematik dalam Huraian Sukatan Pelajaran

Matematik

3. Menyediakan rancangan mengajar harian

4. Membincangkan format rancangan pengajaran harian

8.2 KERANGKA TAJUK

8.3 Pengenalan

69

Huraian Sukatan Pelajaran

Huraian Sukatan Pelajaran Rancangan Mengajar HarianPelaksanaan Pengajaran

dan Pembelajaran

Page 2: [Milotark.blogspot PKB 3108 Modul Keadah Pemulihan Matematik Topik 8

PKB 3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) talah merangka satu Sukatan Pelajaran

Matematik yang disesuaikan untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas bagi

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia,

selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara iaitu untuk memberi

pendidikan kepada semua.

8.4 Huraian Sukatan Pelajaran Matematik

Huraian Sukatan Pelajaran merupakan dokumen yang mengandungi perkara-

perkara yang wajib diajar kepada pelajar sepanjang tahun persekolahan.

Sukatan pelajaran disediakan oleh bahagian Pusat Perkembangan Kurikulum ,

Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia perlu dikemukakan serta merta apabila

diminta oleh orang-orang yang diberi kuasa seperti Ketua Pendaftar, Jemaah

Nazir dan Pengetua. Jika gagal dan disabit kesalahan boleh didenda.

Rajah 8.1 Huraian Sukatan Pelajaran Matematik

70

Page 3: [Milotark.blogspot PKB 3108 Modul Keadah Pemulihan Matematik Topik 8

PKB 3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

71

OBJEKTIF KANDUNGAN1. Pra Nombor Membolehkan murid:

1.1 menamakan objek

1.2 menentukan kumpulan objek

Klasifikasi objek melalui:1.1.1 bentuk1.1.2 saiz1.1.3 warna

Perbandingan objek1.2.1 panjang/ pendek1.2.2 besar/kecil1.2.3 tinggi/ rendah1.2.4 tebal/ nipis1.2.5 berat/ ringan1.2.6 banyak/ sedikit1.2.7 sama banyak/ tidak sama banyak1.2.8 kumpulan lebih/ kurang

2. Nombor Bulat Membolehkan murid:menamakan nombormembilang nombormenentukan nilai nombormenulis nombormenggunakan nombor

2.1.1 nombor2.2.1 bilang tertib menaik/menurun2.2.2 rangkaian nombor2.3.1 nombor mempunyai kuantiti2.3.2 Perbandingan nilai nombor2.4.1 Simbol nombor2.4.2 Penulisan nombor dalam perkataan2.5.1 Nombor dalam kehidupan harian

3. Operasi tambah Membolehkan murid:3.1 menyatakan situasi

tambah dalam bahasa harian

3.2 menambah sebarang dua nombor

3.3 menulis ayat matematik bagi operasi tambah

3.4 melengkapkan ayat matematik bagi operasi tambah

3.5 menyatakan secara spontan fakta asas tambah

3.6 menambah sebarang tiga nombor

3.7 membina cerita3.8 menyelesaikan masalah

harian yang melibatkan operasi tambah

3.1.1 Penyatuan dua kumpulan3.1.2 Penambahan dengan membilang semua3.2.1 Dalam lingkungan fakta asas3.2.2 Sebarang dua nombor a. tanpa mengumpul semula b. dengan mengumpul semula3.3.1 Pengenalan simbol (+) dan (=)3.3.2 Ayat matematik bagi operasi tambah a. Bentuk ayat matematik b. Bentuk lazim 3.4.1 Penekanan kepada operasi

tambah melengkapkan ayat matematik

3.5.1 Penambahan secara spontan fakta asas

3.6.1 Sebarang tiga nombor a. tanpa mengumpul semula b. dengan mengumpul semula3.7.1 Cerita daripada ayat matematik3.7.2 Ayat matematik daripada cerita3.8.1 Masalah harian yang melibatkan literasi mudah, cerita, rajah dan jadual

4. Operasi tolak Membolehkan murid:4.1 menyatakan situasi tolak

dalam bahasa4.2 menolak sebarang dua

nombor4.3 menulis ayat matematik

bagi operasi tolak4.4 melengkapkan ayat

matematik bagi operasi tolak

4.1.1 Penolakan melalui proses pengasingan dua kumpulan

4.1.2 Penolakan dengan mencari perbezaan

Dalam lingkungan fakta asas4.2.2 Sebarang dua nombor a. tanpa mengumpul semula b. dengan mengumpul semula4.3.1 Pengenalan simbol (-) dan (=)4.3.2 Ayat matematik bagi operasi

Page 4: [Milotark.blogspot PKB 3108 Modul Keadah Pemulihan Matematik Topik 8

PKB 3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

8.5 Komponen-komponen dalam HSP Matematik

Guru perlu memastikan pengajaran matematik difokuskan sepenuhnya kepada

penguasaan kemahiran asas matematik sebelum kemahiran penyelesaian

masalah. Pengajaran kemahiran asas matematik dan penyelesaian masalah

perlu diselaraskan dari awal pengajaran. Komponen kemahiran asas matematik

berdasarkan HSP ialah asas nombor, nombor bulat dan operasi tambah, tolak,

darab dan bahagi. Komponen HSP matematik masalah pembelajaran boleh

dilihat dengan lebih jelas dari segi objektif dan kandungannya seperti dalam

jadual 8.1.

Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Masalah Pembelajaran, bincangkan dua contoh kemahiran penyelesaian masalah dan kepentingan kemahiran tersebut kepada murid pendidikankhas bermasalah pembelajaran.

8.6 Perancangan dan Persediaan Mengajar

8.6.1 Pengertian konsep pengajaran

Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang

hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah peubahan yang relatif kekal

dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan

merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahansuaian

yang berlaku terhadap anak dididik.

8.6.2 Keperluan perancangan pengajaran dan pembelajaran

Perancangan perlu dilakukan untuk

• memenuhi masa yang diperuntukan

• menepati kehendak objektif/matlamat

• berkesan sepanjang waktu pengajaran

• menarik perhatian dan tidak membosankan

72

Page 5: [Milotark.blogspot PKB 3108 Modul Keadah Pemulihan Matematik Topik 8

PKB 3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

8.6.3 Objektif pengajaran

Objektif pengajaran matematik mestilah merujuk kepada Huraian Sukatan

Pelajaran Matematik. Guru terlebih dahulu perlu memastikan pelajar telah

menguasai pelajaran lepas. Sekiranya terdapat pelajar yang belum menguasai

pelajaran lepas, objektif pembelajaran perlu diulang semula. Objektif pengajaran

boleh di tulis dalam bentuk:

• Objektif implisit

o melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti :

memahami

atau mengetahui

atau menghargai

sesuatu yang telah diajar

• Objektif eksplisit

o melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti :

menyenaraikan

menjelaskan

memberikan contoh

menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang telah

diajarkan

8.6.4 Buku rekod mengajar

Buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Berdasarkan SPI Bil

3/1999. Buku rekod mengajar wajib mengandungi dua perkara penting :

• Rancangan Pelajaran Tahunan

o Rancangan berdasarkan taqwim minggu persekolahan.

Mengandungi isi ringkas rancangan penjararan berdasarkan

sukatan pelajaran kebangsaan.

o Butiran yang perlu ada ialah :

73

Page 6: [Milotark.blogspot PKB 3108 Modul Keadah Pemulihan Matematik Topik 8

PKB 3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

Mata pelajaran

Tingkatan

Minggu

Tajuk/isi

Objektif

Kemahiran

Nilai dan

bahan bantuan mengajar

• Rancangan Pelajaran Harian

o Rancangan berdasarkan rancangan Tahunan

o Butiran yang perlu ada ialah :

Hari dan tarikh

Mata pelajaran dan tingkatan

Masa

Tajuk dan Objektif/kemahiran yang ingin dicapai

Aktiviti yang dijalankan dan Impak/Refleksi

Buku rekod pengajaran menjadi rujukan dan dokumen penting bagi pihak

• sekolah

• PPD

• JPN

• dan jemaah nazir sekolah

Ia adalah milik sekolah dan mesti dikembalikan dan disimpan oleh pihak sekolah

sebelum cuti sekolah akhir tahun bermula. Ia juga digunakan sebagai sasaran

kerja tahunan untuk menilai prestasi kerja tahunan guru.

Rekod P&P boleh juga disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan

sesuaii dengan teknologi semasa. Rekod P&P dan bahan-bahan lain berkaitan

dengan penyediaan rancangan pelajaran tahunan perlu dikemukakan dengan

serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.

74

Page 7: [Milotark.blogspot PKB 3108 Modul Keadah Pemulihan Matematik Topik 8

PKB 3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

Kegagalan menyediakan buku rekod pengajaran merupakan satu kesalahan dan

jika disabitkan kesalahan, sesorang itu boleh didenda tidak kurang daripada

RM500 - berdasarkan Peraturan 11(b), Peraturan-peraturan Pendidikan

(Kurikulum kebangsaan)1997 (P.U.A.531)

8.6.5 Jadual Waktu

Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Jadual waktu mestilah ada

• Senarai mata pelajaran yang diajar kepada murid

• Setiap hari persekolahan

• Nama guru yang mengajar mata pelajaran dan bilangan waktu mengajar

• diluluskan oleh Menteri Pelajaran dan Ketua Jabatan

8.7 Aspek-aspek penting dalam perancangan P&P

Sebelum merancang dan melaksanakan P&P seseorang guru perlulah

1. Mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam

2. Memilih kemahiran-kemahiran dan dan isi pelajaran yang sesuai

3. Merancang pengajarannya

o Set iduksi

o Perkembangan P&P

o Penutup

4. Menentukan strategi P&P

5. Menyediakan bahan bantu pengajaran

6. Menyediakan penilaian

75

Page 8: [Milotark.blogspot PKB 3108 Modul Keadah Pemulihan Matematik Topik 8

PKB 3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

8.7.1 Komponen Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

Elemen-elemen yang perlu diambil kira dalam merekabentuk pengajaran ialah

• Objektif pengajaran

• Strategi pengajaran yang sesuai

• Bahan bantu pengajaran

• Maklum balas pelajar

• Penilaian

8.8 Peringkat Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran

Seseorang guru perlu membuat perancangan sebelum dia memasuki kelas

untuk menyampaikan isi kandungan matematik kepada muridnya. Beberapa

perkara perlu dipertimbangkan sebelum melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran. Terdapat empat peringkat yang perlu dipertimbangkan iaitu pra

perancangan, perancangan aktif, perancangan semasa dan pasca perancangan.

Perancangan juga perlu mengikut Huraian Sukatan Pelajaran yang telah

ditetapkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Manakala aktiviti yang

dilaksanakan pula perlu mengambilkira faktor masa, keupayaan murid,

pengetahuan sedia ada murid, bahan bantu mengajar dan situasi dalam bilik

darjah.

I. Pra perancangan

o Guru mempunyai gambaran mental mengenai

76

Page 9: [Milotark.blogspot PKB 3108 Modul Keadah Pemulihan Matematik Topik 8

PKB 3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

keseluruhan pengajaran

pelajar - potensi, pengetahuan sedia ada dan lain-lain

isikandungan pelajaran

strategi

bahan yang diperlukan dan boleh digunakan

II. Perancangan aktif

o Guru perlulah

menulis rancangan mengajar

menyediakan nota,

membina transperansi/power point/model

memastikan peralatannya masih berfungsi baik dan sesuai

digunakan

menyediakan senarai semak

III. Perancangan semasa

o Guru perlu

mendapat maklum balas tentang kefahaman pelajar

mengubahsuai mengikut keperluan dan keadaan semasa

mengaitkan dan mengulangi pelajaran yang lepas

IV. Pasca perancangan

o Guru perlu

menyedari kelemahan pengajaran

mengesan kekuatan pengajarannya

membuat catatan tentang perubahan yang diperlukan

8.8.1 Sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran

Sumber ialah bahan yang digunakan semasa proses P&P seperti

• buku teks

• buku rujukan

• buku latihan

• lampiran nota

77

Page 10: [Milotark.blogspot PKB 3108 Modul Keadah Pemulihan Matematik Topik 8

PKB 3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

• Alat audio visual

o LCD

o komputer

o peta

o gambarajah dan

o TV

8.9 Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran

Terdapat tiga langkah utama dalam penulisan rancangan pengajaran matematik

iaitu set induksi, perkembangan (penyampaian isi) dan penutup

I. Set Induksi

o Langkah permulaan dalam proses P&P

o Tujuan - untuk menghasilkan aliran pemikiran dan meransang

minat pelajar agar dapat memberi perhatian kepada pengajaran

yang akan berlaku

o Masa - 5 minit / 10% daripada masa pengajaran

o Teknik - soalan, kejutan, kaitan dengan pelajaran lalu, isu semasa

yang berkaitan, gambar atau bunyi

II. Perkembangan P&P

o Bahagian kedua

o Penyampaian isi pelajaran

1. Teknik penyampaian guru

disampaikan berperingkat - dari mudah kepada yang

sukar, dari yang konkrit kepada yang abstrak

suara yang jelas dan terang

menggunakan pelbagai kaedah dengan mengambil

kira pengalaman dan potensi murid

berfokus kepada apa yang diajar

mengamalkan penekanan-penekanan dalam konsep

KBSM/KBSR

78

Page 11: [Milotark.blogspot PKB 3108 Modul Keadah Pemulihan Matematik Topik 8

PKB 3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

Membuat penilian berterusan

2. Teknik Menyoal

Soalan yang dikemukakan

3. Penggabungjalinan

4. Penyerapan

5. Pengukuhan

memberikan latih tubi

memberikan tugasan / kerja rumah

mengaplikasikan ilmu, nilai dan kemahiran dalam

aktiviti pembelajaran

6. Pengayaan

membimbing murid mencari maklumat tambahan

menyediakan bahan maklumat tambahan

menggalakkan murid belajar daripada maklum balas

membimbing murid membuat jangkaan masa depan

7. Pemulihan

membimbing murid secara individu

menggunakan pelbagai bahan

memberi latihan ulangan

menggunakan pelbagai teknik pengajaran

8. Penilaian

pemerhatian

soal jawab

perbincangan

kerja bertulis

kerja rumah

9. Hasil pembelajaran murid

memastikan murid dalam keadaan bersedia mengikuti

pelajaran

melaksanakan pembelajaran arah kendiri (self-

directed)

79

Page 12: [Milotark.blogspot PKB 3108 Modul Keadah Pemulihan Matematik Topik 8

PKB 3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

mengaplikasikan kemahiran mengambil nota

mempersembahkan hasil aktiviti pembelajaran

mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber

mengemukakan pendapat semasa perbincangan

berdisplin

III. Penutup

o Bahagian terakhir

o Aktiviti yang dijalankan seperti :

susulan

i folio

i pengayaan

i membuat projek

penilaian objektif pengajaran

i pemerhatian

i teknik menyoal

i memeriksa kerja pelajar

membuat kesimpulan

rumusan

i menegaskan isi-isi penting

ii memberi cadangan dan panduan untuk murid

meningkatkan kefahaman

i mencadangkan bahan-bahan yang boleh dirujuk

untuk meluaskan ilmu

80

Page 13: [Milotark.blogspot PKB 3108 Modul Keadah Pemulihan Matematik Topik 8

PKB 3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

i mengaitkan pelajaran dengan keperluan hidup

seharian

i mengaitkan pelajaran dengan keperluan peperiksaan

ii pengubahsuaian pelajaran

Rajah Proses P&P

Latihan 1

Berdasarkan situasi di atas, terangkan masalah yang dihadapi oleh

Azlan dan sediakan satu rancangan pengajaran harian untuk mengajar

asas kemahiran menolak dengan menggunakan format RPH yang betul

81

Azlan merupakan pelajar ADHD berumur 10 tahun, telah diajar membaca dan menulis nombor. Beliau boleh menambah nombor asas tetapi apabila menolak nombor asas beliau menunjukkan kesalah seperti berikut.

43 56 61 - 26 - 28 - 49 23 32 28

Page 14: [Milotark.blogspot PKB 3108 Modul Keadah Pemulihan Matematik Topik 8

PKB 3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan

Latihan 2

Apakah yang dimaksudkan dengan prinsip pengajaran matematik

”mengajar daripada diketahui kepada yang tidak diketahui”?.

Itu saja yang perlu anda lakukan ...... SELAMAT BERJAYA.

82