unit 6 - kemahiran jawi khat

36
UNIT 6 KEMAHIRAN JAWI DAN KHAT SINOPSIS: Unit ini memberikan maklumat dan penekanan kepada pertumbuhan dan perkembangan tulisan jawi di Malaysia. Disamping itu ianya memberikan tumpuan kepada cara mengeja dan menulis jawi dengan betul, membaca teks jawi dengan lancar dan mempelajari asas-asas seni tulisan jawi. Manakala seni khat pula akan membantu pelajar menguasai bentuk-bentuk khat dalam tulisan jawi, disamping membantu pelajar membina bahan bantu mengajar di institut dan di sekolah. Hasil Pembelajaran: Di akhir kursus ini peserta dapat: 1. Mengenali sejarah tulisan jawi 2. Menulis jawi dengan mengikut kaedah yang ditetapkan 3. Menghayati tulisan jawi mengikut ejaan terkini 4. Mengenali sejarah seni khat 5. Mempraktikkan tulisan khat mengikut bentuk dan kaedah yang betul. Para pelajar sekalian ! Tajuk ini sangat penting untuk anda memberi keutamaan, kerana sebagai ustaz dan ustazah kita mesti menguasai kaedah penulisan jawi dengan baik. Justeru itu marilah sama-sama kita memahami modul ini dangan sebaik mungkin. Pastikan juga ustaz dan ustazah sekalian mempraktikan kaedah-kaedah tulisan yang kita bincangkan nanti. O.K. selamat membaca.... 1

Upload: charley-matei

Post on 05-Aug-2015

490 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Unit 6 - Kemahiran Jawi Khat

UNIT 6 KEMAHIRAN JAWI DAN KHAT

SINOPSIS:

Unit ini memberikan maklumat dan penekanan kepada pertumbuhan dan perkembangan

tulisan jawi di Malaysia. Disamping itu ianya memberikan tumpuan kepada cara mengeja

dan menulis jawi dengan betul, membaca teks jawi dengan lancar dan mempelajari asas-

asas seni tulisan jawi. Manakala seni khat pula akan membantu pelajar menguasai bentuk-

bentuk khat dalam tulisan jawi, disamping membantu pelajar membina bahan bantu

mengajar di institut dan di sekolah.

Hasil Pembelajaran:

Di akhir kursus ini peserta dapat:

1. Mengenali sejarah tulisan jawi

2. Menulis jawi dengan mengikut kaedah yang ditetapkan

3. Menghayati tulisan jawi mengikut ejaan terkini

4. Mengenali sejarah seni khat

5. Mempraktikkan tulisan khat mengikut bentuk dan kaedah yang betul.

Para pelajar sekalian !

Tajuk ini sangat penting untuk anda memberi keutamaan, kerana sebagai ustaz dan ustazah kita mesti menguasai kaedah penulisan jawi dengan baik. Justeru itu marilah sama-sama kita memahami modul ini dangan sebaik mungkin. Pastikan juga ustaz dan ustazah sekalian mempraktikan kaedah-kaedah tulisan yang kita bincangkan nanti. O.K. selamat membaca....

Sebelum membaca nota berikut, pastikan anda telah memiliki buku daftar ejaan jawi terkini dan juga buku panduan menulis khat sebagai

rujukan..

1

Page 2: Unit 6 - Kemahiran Jawi Khat

6. KEMAHIRAN JAWI DAN KHAT

6.1 Sejarah Perkembangan6.2 Kaedah Penulisan Jawi DBP

- Kaedah pembentukan Perkataan- Kata Masukan- Perkataan Serapan daripada Bahasa Asing- Penulisan Kata Ulang

6.3 Perbezaan antara ejaan Za’aba dengan ejaan yang disempurnakan 6.4 Sistem Ejaan Jawi Yang Disempurnakan6.5 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Jawi 6.6 Kemahiran Penulisan Khat

6.1 Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi merupakan warisan bangsa Melayu. Ia mempunyai ciri keistimewaan sebagai

tulisan perantaraan yang telah meletakkan bangsa Melayu ketahap mengenal ilmu

pengetahuan yang lebih meluas. Tulisan jawi telah digunakan dengan meluasnya sebelum

penjajahan pihak barat ke Tanah Melayu. Ini terbukti terdapatnya manuskrip-manuskrip

tulisan tersebut, disamping surat-surat perjanjian yang ditulis dalam tulisan jawi antara

pembesar dan raja-raja Melayu dengan pihak barat. Tulisan Jawi menjadi mundur dan

lemah setelah negeri-negeri Melayu dijajah oleh kuasa-kuasa barat. Seterusnya tulisan rumi

telah mengambil tempat utama menggantikan tulisan jawi setelah negara mencapai

kemerdekaan.

Konvensyen Tulisan Jawi tahun 1984 telah diselaraskan dan diperkemaskan dengan

maklumat-maklumat dan resolusi yang dipersetujui dalam Konvensyen Tulisan Jawi anjuran

Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1991 dan Seminar Tulisan Jawi

Peringkat Kebangsaan pada tahun 1993. Semua maklumat tersebut disemak dan disahkan

oleh JawatankuasaTeknikal Tulisan Jawi Pusat Islam dan Dewan Bahasa dan Pustaka pada

tahun 1993-1994.

2

Page 3: Unit 6 - Kemahiran Jawi Khat

Kita dapati sekarang ini tulisan jawi masih digunakan dalam pelbagai bidang aktiviti

kehidupan, khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah-

sekolah di Malaysia.

6.2 Kaedah Penulisan jawi DBP (Baru)

Kaedah Penulisan Jawi Baru juga adalah berdasarkan sistem ejaan jawi Za`ba. Ianya tidak

menyimpang jauh daripada sistem ejaan yang asal. Perubahan dan penyesuaian yang

dilakukan adalah bagi menampung perkembangan baru yang berlaku dalam bahasa

Melayu.

6.2.1 Kaedah Pembentukan Perkataan

Untuk daftar ini huruf-huruf Jawi dan padanan-padanan Rumi yang digunakan adalah

seperti yang berikut:

Huruf Jawi Padanan Rumi Huruf Jawi Padanan Rumi

ا A غ Gh

ب B ف F

ت T ق K,q,(q)

ة H,t (t) ك K

ث S(th) ل L

ج j م M

ح H(h) ن N

خ kh و W,o,u

د d ؤ V

ذ Z (dh) ه H

3

Page 4: Unit 6 - Kemahiran Jawi Khat

Huruf Jawi Padanan Rumi Huruf Jawi Padanan Rumi

ر r ء K (,)

ز z ي Y,I,e (taling)

س s خ C

ش Sy(sh) غ Ng

ص S(s) ف P

ض D(d) ض G

ط T(t) ى E (pepet)

ظ Z(z) ث ny

ع A,k(,)

Padanan-padanan Rumi yang diberikan dalam kurungan ialah padanan-padanan yang

digunakan untuk mengeja istilah-istilah pinjaman bahasa Arab.

6.2.2 Kata Masukan.

a. Kata dasar satu suku kata

Kata dasar satu suku kata tertutup yang mengandungi bunyi [a], dieja dengan tidak

menggunakan huruf alif untuk melambangkan bunyi tersebut,contohnya;

Bas - بسDal - دل

Dam - دمKad - كدPas - فسTas - تس

4

Page 5: Unit 6 - Kemahiran Jawi Khat

Jika perkataan satu suku kata itu tertutup berupa kata pinjaman Arab yang yang

mengandungi huruf alif maka ejaannya dikekalkan,contohnya ;

am - عامbab - بابhal - حال

b. Kata dasar dua suku kata

(i) Kata dasar yang berdiri bebas,contohnya;

acar - اخرbangsal - بغسلbangsat - بغستhodoh - هودوهLilin - ليلين

Wajik - واجيق

(ii) Kata dasar yang biasanya digunakan bersama-sama dengan berbagai-bagai imbuhan

dimasukkan hanya kata dasarnya sahaja,contohnya;

Anut - انوتAsak - اسقBolot - بولوتEram - ارمRayau - راياوRayu - رايو

(iii) Kata dasar yang tidak digunakan sebagai kata bebas tetapi digunakan bersama -

sama imbuhan dimasukkan bentuk berimbuhannya, contohnya;

kebajikan - كباجيق

5

Page 6: Unit 6 - Kemahiran Jawi Khat

ن

Kecamuk -كخامو

ق

Meleset -مليسب

تPengaruh - فغاروه

Sebati - سباتي

(iv) Homograf iaitu perkataan yang ejaannya sama tetapi mempunyai makna yang

berlainan,dimasukkan bentuk ejaan Jawi yang sama,contohnya;

amben,ambin - امبينbela,bila - بيالbiro,biru - بيرو

tembok,timbuk

- تيمبوق

Selanjutnya bentuk ejaan jawi dapat menyelesaikan masalah homograf dalam tulisan

rumi,contohnya;

Ciri - خيريCeri - خري

Perang - فيرغPerang - فرغGelang - ضيلغGelang - ضلغ

Semak -سيمق

Semak - سمق (v) Perkataan –perkataan yang selama ini dieja serupa dibezakan dalam daftar ini

contohnya :

Ejaan Lama Ejaan Baru

6

Page 7: Unit 6 - Kemahiran Jawi Khat

Lantikلنتيق

النتيقLentik لنتيقPantas

فنتسفانتس

Pentas فنتسRambang رمبغ

رامبغRembang رمبغ

(vi) Diftong ‘ ai ’ dan ‘ au ‘ yang mengakhiri perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu

akan dilambangkan oleh ‘ ا ا ‘ dan ’ ي :contohnya, ‘ و

Gulai -ضوال

يPetai - فتاي

Tupai -توفاي

Garau - ضاراوLampau - لمفاوRayau - راياو

7

Page 8: Unit 6 - Kemahiran Jawi Khat

(vii) Semua perkataan bahasa Melayu yang diakhiri oleh bunyi glotal akan dieja

dengan menggunakan huruf qaf,contohnya

baik - باءيقNaik - ناءيق

Pokok -فوكو

ق

Songkok -سوغكوق

C. Kata dasar tiga suku kata atau lebih

(i) Kata dasar yang berdiri bebas,contohnya;

Abadi - اباديBendera - بنديرا

Cendekia -خندكب

ا

Geroda -ضرود

اSebentar - سبنتر

(ii) Ada kata dasar tiga atau lebih daripada tiga suku kata yang terbina hanya dengan

pertambahan suku kata baru pada kata dasar dua suku kata contohnya;

acara - اخاراBelajar - بالجر

Belunjur -بلونجور

Sejurus -سجوروس

Sedikit - سديك

8

Page 9: Unit 6 - Kemahiran Jawi Khat

يت

9

Page 10: Unit 6 - Kemahiran Jawi Khat

6.2.3 Perkataan serapan daripada bahasa asing.

(a) Kata pinjaman daripada bahasa Arab yang merupakan istilah agama Islam dieja

seperti ejaan asalnya dalam bahasa Arab contohnya;

Amil - عاملAidiladha - عيد

االضحىAidilfitri - عيد

الفطرى

Wuduk - وضوءWuquf - وقوف

(b) Kata pinjaman daripada bahasa Arab yang sudah menjadi kata-kata umum dalam

bahasa Melayu dieja menurut bunyi bahasa Melayu,contohnya :

Ahli - اهليIzin - ايذين

Kertas -كرتس

Peduli -فدولي

Sabun -سابو

ن

(c) Kata pinjaman daripada bahasa-bahasa lain (misalnya bahasa Inggeris) dimasukkan

dan dieja secara transliterasinya serta sedikit penyelarasan dengan kaedah ejaan

Rumi bahasa Melayu,contohnya :

Abstrak -ابستر

ك

10

Page 11: Unit 6 - Kemahiran Jawi Khat

Geometri -ضيوميتري

11

Page 12: Unit 6 - Kemahiran Jawi Khat

Pastikan anda mendapat buku panduan ejaan jawi terkini untuk mendapat lebih banyak contoh dan perbanyakan latihan mengingat dan

menulis.

6.2.4 Penulisan Kata Ulang

(a) Kata ulang penuh dimasukan dan dieja dengan menggunakan simbol angka dua

tulisan Arab((٢ untuk menunjukkan pengulangan,contohnya:

Abuk-abuk - ٢ابوقAnai-anai - ٢انايAnting-anting

- ٢انتيغ

Biri-biri -بيري

٢

Cumi-cumi -خوم

٢ي

(b) Kata ulang yang mengalami perubahan bunyi dieja dengan menggunakan

sempang(-),contohnya:

bolang-baling- بولغ-باليغ

celorong-celoreng-

خلوروغ-خلوريغ

cerung-cerang- خروغ-خرغ

cobak-cabik-

خوبق-خابيق

serbah-serbih-

سربه-سربيه

12

Page 13: Unit 6 - Kemahiran Jawi Khat

6.3 Perbezaan Antara Ejaan Za’aba Dan Ejaan Yang Disempurnakan

Tulisan Jawi telah digunakan oleh orang-orang Melayu sejak sekian lama, namun tidak

terdapat rekod yang menunjukkan adanya kajian mengenai tulisan Jawi yang dibuat oleh

orang Melayu. Cuma pada pertengahan abad ke-20 ini telah muncul seorang pengkaji

ulung bernama Za'ba (Zainal Abidin Ahmad). Beliau telah mengkaji penggunaan tulisan

Jawi dengan mendalam. Za'ba telah mengumpul beribu-ribu perkataan Melayu dan usaha

ini dijalankan sejak tahun 1918. Sumber perkataan itu diperolehi daripada Daftar Ejaan

Rumi Kerajaan Negeri Persekutuan yang dikeluarkan pada tahun 1904. Pada tahun 1925,

senarai perkataan itu disemak semula dan ditambah. Za'ba sempat juga menulis satu

makalah yang bertajuk Jawi Spelling yang diterbitkan dalam JMBRAS pada tahun 1928.

Za`ba telah menyusun buku Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi tetapi baru terbit pada tahun

1949. Seterusnya beliau berjaya menyusun sebuah buku Rahsia Tulisan Jawi pada tahun

1931. Kemudian, beliau telah menyusun buku Pelita Bahasa Melayu Penggal I. Dalam

kedua-dua buah buku ini, telah dibahas tentang padanan huruf Jawi dengan Rumi dan juga

tentang sistem ejaan Melayu: Rumi dan Jawi. Dalam buku Pelita Bahasa Melayu I misalnya

Za'ba telah menyenaraikan huruf Jawi (dengan sebutannya sekali mengikut lafaz Arab),

dan padanan huruf Ruminya (huruf kecil dan besar), selain bentuk-bentuk huruf yang

digunakan pada pangkal, tengah dan hujung. Bagi huruf Za'ba telah ,(ya) ي dan (wau) و

memberikan tiga padanan bagi setiap satunya, iaitu seperti berikut:

Namun demikian terdapat beberapa banyak huruf Jawi yang diberi padanan dengan

menggunakan gabungan huruf-huruf Rumi. Contohnya seperti yang berikut :

13

Page 14: Unit 6 - Kemahiran Jawi Khat

Tentang huruf ق, pula diberi dua padanan, iaitu k dan q. Sedangkan huruf عdiberi padanan

dengan tanda ‘ (koma terbalik) sahaja. Huruf yang wujud dalam senarai Marsden tidak ء

ada dalam senarai Za'ba. Demikian juga huruf ء tidak diberi padanan kerana bagi Za'ba

yang berkuasa huruf benar dipakai di tengah dan di hujung rangkaian, dan ا ialah sejenisء

digelar "alif bongkok"; pada tulisan Rumi ditandakan demikian (') .

.Pada dasarnya, sistem ejaan Za'ba berasaskan kepada tiga prinsip, iaitu :

i. Ekonomi

Ejaan ini menggunakan seminima bilangan huruf seperti perkataan maka, pada,

daripada, kepada dan sebagainya.

ii. Kepastian

Ejaan yang menimbulkan kesamaran sebutan, hendaklah diubahsuai ejaannya

seperti menambah huruf saksi supaya lebih jelas bunyinya serta dapat

mengurangkan kesamarannya.

ii. Ramai Pengguna

Jika satu perkataan itu terdapat kelainan ejaan dan ramai penggunanya serta tidak

menimbulkan sebarang kesamaran, kedua-dua ejaan tersebut boleh diterima pakai.

6.4 Sistem Ejaan Jawi Yang Disempurnakan

Sistem ejaan jawi yang disempurnakan berdasarkan sistem ejaan jawi Za`ba dengan

beberapa perubahan dan penyesuaian yang tertentu bagi menampung perkembangan baru

yang berlaku dalam bahasa Melayu. Dengan itu pada dasarnya sistem ejaan ini tidak

menyimpang jauh daripada sistem ejaan Za`ba. Pada tahun 1986 sebuah buku pedoman

ejaan yang disempurnakan telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka di bawah

judul Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan. Pedoman ini dihasilkan setelah

selesainya penyemakan terhadap Daftar Ejaan Melayu Za’ba (1939) dan didalamnya

terkandung pedoman ejaan yang dikekalkan,dimantapkan,diubahsuaikan dan diperbaharui

daripada Daftar Za’ba itu. Pada tahun 1988 diterbitkan pula buku Daftar Ejaan Rumi-Jawi .

14

Page 15: Unit 6 - Kemahiran Jawi Khat

خ dan ؤ غ ك ف ث

6.5 Huruf-huruf Ejaan Jawi Yang Disempurnakan

Huruf-huruf Arab diterima semuanya. Demikian juga huruf-huruf jawi yang telah wujud

selama ini. Sebagai tambahan, satu huruf baru telah dicipta, iaitu huruf untuk (va) ؤ

transliterasi Jawi bagi huruf [v] Rumi. Dengan itu, terdapat enam tambahan kepada huruf

Arab asli yang sedia ada. Huruf-huruf tersebut ialah:

Contoh Perbezaan Antara Ejaan Za`Ba Dan Ejaan Jawi Yang Disempurnakan

Kata Ejaan Za`baEjaan Jawi

Yang disempurnakan

sembilan

sambilan

سمبيلنسمبيلن

سمبيلنسامبيلن

cangkung

cengkung

خغكوغخغكوغ

خاغكوغخغكوغ

kancing

kencing

كنخيغكنخيغ

كانخيغكنخيغ

kampung

kempung

كمفوغكمفوغ

كامفوغكمفوغ

Anda boleh mengamati perbezaan antara dua jenis ejaan di atas dengan merujuk kepada

bahan-bahan tulisan jawi lama dan terkini. Perbezaan ketara antara dua jenis ejaan ini ialah

pada pembentukan perkataan ataupun kaedah mengeja.

15

Page 16: Unit 6 - Kemahiran Jawi Khat

6.6 Stretegi, Kaedah dan teknik Pengajaran dan Pembelajaran Jawi

Pengajaran dan pembelajaran jawi memerlukan kepada penggunaan kaedah dan teknik

yang sesuai. Antara teknik yang biasa digunakan ialah:

a. Pandang sebut

b. Permainan

c. Latih tubi

d. Imlak

e. Mengeja

6.7 Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran

Bagi memastikan keberkesanan Kelas Pemulihan Jawi dan bersesuaian dengan

kemampuan murid, guru dicadangkan banyak menggunakan kaedah permainan dan

nyanyian semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Permainan dan nyanyian

yang dicadangkan ialah :

# Permainan Bagi Kemahiran Huruf Tunggal

a. Boling

b. Tenteng

c. Main kad

d. Kereta api

# Permainan Bagi Kemahiran Sukukata

a. Sahibba

b. Pancing ikan

# Nyanyian

a. Rasa Sayang Jawi

b. Eja dan Baca

c. Vokal dan Sukukata

16

Page 17: Unit 6 - Kemahiran Jawi Khat

7.7 Kemahiran penulisan Khat

Bidang kesenian Islam mempunyai berbagai jenis cabang, seperti seni bina, seni lagu al-

Quran dan sebagainya. Seni khat merupakan salah satu cabang dalam hasil warisan seni

Islam. Ia merupakan satu bidang kesenian yang berkaitan dengan seni tulisan. Bidang ini

telah berkembang sejak zaman permulaan Islam sehingga kini. Hasil seni khat ini

digunakan di dalam penulisan al-Quran, kitab-kitab dan hiasan bangunan seperti masjid.

7.8. Jenis-Jenis Khat

Terdapat berbagai jenis seni khat yang biasa digunakan di dalam penulisan huruf Arab,

seperti:

i. Khat Nasakh

ii. Khat Raq’ah

iii. Khat Thuluth

iv. Khat Kufi

v. Khat Dewani

Modul ini akan membincangkan tiga jenis khat sahaja, iaitu khat nasakh, khat raq’ah dan

khat thuluth.

Khat Nasakh

Khat ini merupakan di antara jenis khat yang terawal diperkenalkan. Ia mula dikenali dan

menjadi popular selepas diubahsuai oleh penulis khat terkenal bernama Ibnu Muqlah pada

abad ke sepuluh. Khat ini kemudianya dikemaskini oleh Ibn al-Bawaab dan tokoh lain

menjadi tulisan al-Quran. Khat ini ini bukan sahaja senang ditulis malahan mudah dibaca.

Khat Raq’ah

Khat ini juga kadang-kadang dipanggil `ruq’ah’. Ia merupakan hasil evolusi daripada khat

nasakh dan thuluth. Sungguhpun khat ini hampir serupa dengan khat thuluth tetapi khat

riq’ah dikembangkan dari bentuk yang berlainan. Khat ini merupakan salah satu khat paling

popular di kalangan penulis khat zaman kerajaan Uthmaniah. Banyak perubahan dilakukan

ke atas bentuk khat ini oleh Sheikh Hamdullah al-Amsi. Selepas itu khat ini dikemaskini oleh

ramai tokoh khat sehingga ia menjadi antara khat yang paling popular dan digunakan

dengan meluas. Hari ini khat raq’ah merupakan khat pilihan di dunia Arab ketika

menggunakan tulisan tangan.

17

Page 18: Unit 6 - Kemahiran Jawi Khat

Khat Thuluth

Khat Thuluth mula diformulasikan pada abad ketujuh, iaitu semasa pemerintahan bani

Umaiyah tetapi ia hanya dikembangkan sepenuhnya di akhir abad ke sembilan. Thuluth

bermaksud ketiga. Terdapat berbagai pendapat mengapa khat ini dinamakan thulut, ada

pendapat mengatakan ia merupakan khat ketiga dari segi saiz berbanding dengan khat

popular yang lain. Selain daripada menjadi tulisan al-Quran, ia juga sesuai menjadi tulisan

untuk tajuk bagi sesuatu penulisan.

Bentuk tulisan khat, huruf tunggal, perkataan dan ayat.

i. Khat Nasakh

Huruf Tunggal Perkataan Ayat

ا ب ت ث

ج ح خ د ذ ر

ز س ش

ص ض ط ظ

ع غ ف ق

ك ل م ن

و ال ء ي

ايمان اسالم

ا حسان

عمل صالح

محمد

سكوله موريد

اجر

قاعده سنى

خط

ألسالم عليكم

باهن سومبر

بيليق درجه

18

Page 19: Unit 6 - Kemahiran Jawi Khat

ii. Khat Raq’ah.

Huruf Tunggal Perkataan Ayat

ا ب ت ث ج ح

خ دذ ر ز س ش

ص ض ط ظ ع

غ ف ق ك ل م

ن ه و ؤ ال ء ي

ايمان اسالم ا

حسان عمل

صالح محمد

سكوله موريد

اجر

قاعده سنى

خط

ألسالم

عليكم

باهن سومبر

بيليق درجه

iii. Khat Thuluth:

Huruf Tunggal Perkataan Ayat

ا ب ت ث ج

ح خ دذ ر ز

س ش ص ض

ط ظ ع غ ف

ق ك ل م ن

ه و ؤ ال ء ي

ايمان اسالم

ا حسان عمل

صالح محمد

سكوله موريد

اجر

قاعده

سنى خط

ألسالم

عليكم

باهن

سومبر

بيليق

درجه

19

Page 20: Unit 6 - Kemahiran Jawi Khat

Sebelum membuat latihan penulisan khat..pastikan anda Telah memiliki peralatan yang mencukupi dan betul…

Latihan menulis khat nasakh, rakaah dan thulus:

Khat Nasakh:

Khat Raq’ah:

20

Page 21: Unit 6 - Kemahiran Jawi Khat

Khat Thuluth;

Tahniah !

Anda telah dapat menghabiskan unit ini dengan jayanya. Ini bermakna anda telah

menguasai dan memahami aspek-aspek berkaitan dengan kaedah penulisan Jawi dan seni

khat. Untuk menilai sejauh mana pencapaian dan penguasaan anda, sila jawab soalan-

soalan tutorial berikut dalam tempoh yang ditetapkan.

Anda dicadangkan untuk membuat rujukan daripada sumber-sumber yang lain supaya

jawapan anda lebih bermutu.

21

Page 22: Unit 6 - Kemahiran Jawi Khat

Soalan-soalan berikut memerlukan anda memahami dengan mendalam tajuk yang dibincangkan….. sediakan nota ringkas sebagai bantuan !

TUTORIAL

1 Kaedah penulisan Jawi kata dasar satu suku kata,dua suku kata dan tiga suku kata atau lebih adalah berbeza. Bincangkan.

2. Kaedah penulisan jawi yang berasal dari bahasa Arab dan Inggeris adalah berbeza. Bincangkan

3. Dapatkan contoh-contoh tulisan khat Nasakh, Rak`ah dan Thuluth dari pelbagai sumber yang bertulis ayat-ayat al-Quran, al-Hadith maupun kata-kata hikmat, kemudian dengan menggunakan pen khat tulis semula khat tersebut.

4. Jelaskan sejarah penulisan tiga jenis khat dalam Islam dan terangkan peralatan yang biasa digunakan di dalam penulisan khat. Sila dapatkan maklumat melalui laman web yang sesuai.

Tindakan…..!

Serah hasil tugasan anda kepada pensyarah pada masa yang ditetapkan.

22

Page 23: Unit 6 - Kemahiran Jawi Khat

RUJUKAN

Ahmad Mohd. Saleh, Pendidikan Islam, Falsafah, Pedagogi dan Metodologi ( 1997),Shah Alam , Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Amat Juhari Moain, Perancangan Bahasa: Sejarah Aksara Jawi (1996) Kuala Lumpur :DBP

Ee Ah Meng, Pedagogi 1 , Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah ( Semester 1 ) ( 1997 ) Shah Alam, Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng, Pendidikan di Malaysia 1, Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah,( Semester 1 ) ( 1996 ), . Shah Alam, Selangor: Fajar Bakti, Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang , Penilaian, Pemulihan dan Pengayaan dalam Pendidikan (1994), Kuala Lumpur: Percetakan Sentosa ( KL ) SDn. Bhd .

Kementerian Pendidikan Malaysia, Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Kementerian Pendidikan Malaysia,Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah.

Kementerian Pendidikan Malaysia, Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Dewan Bahasa dan Pustaka.2002

Kementerian Pendidikan Malaysia, Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah. Kurikulum Bersepadu Sekolah rendah. Dewan Bahasa dan Pustaka 2002.

Abdullah Basmih, (1985) Tafsir pimpinan Ar Rahman kepada pengertian Al Quran Bahagian Jabatan Perdana Menteri. Kuala Lumpur

Abdullah Al-Qari bin Haji Salleh, (1991) Kursus Qari dan Qariah , Setakan ke 18, Terbitan Pustakan Aman Press , Kota Bharu, Kelantan.

Ahmad Mohd. Saleh, Pendidikan Islam, Falsafah, Pedagogi dan Metodologi ( 1997),Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shah Alam , Selangor.

Ee Ah Meng, Pedagogi 1 , Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah ( Semester 1 ) ( 1997 ), Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor.

Ee Ah Meng, Pendidikan di Malaysia 1, Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah,( Semester 1 ) ( 1996 ), Penerbit Fajar Bakti, Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor.

Kementerian Pendidikan Malaysia, Buku Teks Pendidikan Islam, Tahun 1- 6

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Buku Panduan Dasar, Perlaksanaan dan Pengurusan Kurikulum j-QAF (2004).

23