mesyuarat pertama, penggal kedua, dewan rakyat …...keusahawanan dan tabung pembangunan sosio...

8
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KETIGA BELAS PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA PERTANYAAN : JAWAB LISAN DARIPADA : VB. Tuan Seah Leong Peng [ TELOK INTAN ] TARIKH : 18.03.2014 (SELASA) NO. SOALAN : 53 Minta MENTER! KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakanapakah usaha-usaha yang dilakukan dan apakah perhatian yang telah diambil oleh Kementerian untuk membantu dan menjaga kebajikan pekebun getah andainya harga komoditi tersebut berlarutan berada pada paras harga yang rendah. 1

Upload: others

Post on 07-Mar-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA, DEWAN RAKYAT …...Keusahawanan dan Tabung Pembangunan Sosio Ekonomi Pekebun Kecil; i. melalui Program Aktiviti Ekonomi Tambahan untuk memastikan

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KETIGA BELAS

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : VB. Tuan Seah Leong Peng [ TELOK INTAN ]

TARIKH : 18.03.2014 (SELASA)

NO. SOALAN : 53

Minta MENTER! KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN

WILAYAH menyatakanapakah usaha-usaha yang

dilakukan dan apakah perhatian yang telah diambil oleh

Kementerian untuk membantu dan menjaga kebajikan

pekebun getah andainya harga komoditi tersebut

berlarutan berada pada paras harga yang rendah.

1

Page 2: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA, DEWAN RAKYAT …...Keusahawanan dan Tabung Pembangunan Sosio Ekonomi Pekebun Kecil; i. melalui Program Aktiviti Ekonomi Tambahan untuk memastikan

JAWAPAN:

Tuan Yang Di-Pertua,

Antara usaha-usaha dan perhatian yang telah

diambil dan dilakukan oleh RISDA untuk membantu

menjaga kebajikan Pekebun Getah andainya harga

komoditi tersebut berlarutan berada pada paras harga

yang rendah adalahseperti berikut :

a. mewujudkan beberapa inisiatif dan program yang

boleh mengurangkan harga benih dan baja di

mana harga benih RISDA adalah RM2.33/pokok

berbanding harga pasaran RM4. 50/pokok.

Manakala jumlah pengurangan harga baja iaitu

baja RISDA 1 dikurangkan daripada RM1,374/MT

(2013) kepada RM1,190/MT (2014), perbezaannya

sebanyak RM184/MT dan baja RISDA 4 daripada

RM1,448/MT (2013) kepada RM1,100/MT (2014),

perbezaannya sebanyak RM348/MT. Pengurangan

kedua-dua jenis baja tersebut berjumlah sebanyak

RM532/MT;

b. membantu Pekebun Kecil mengurangkan kos input

dengan meningkatkan produktiviti getah. Mereka

2

Page 3: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA, DEWAN RAKYAT …...Keusahawanan dan Tabung Pembangunan Sosio Ekonomi Pekebun Kecil; i. melalui Program Aktiviti Ekonomi Tambahan untuk memastikan

diberi bantuan alat torehan melalui Program

Pengekalan Getah (PPG) serta bahan

rangsangan lateks, cuka pembeku getah dan baja

melalui Skim Insentif Produktiviti Getah

(SIPG);

c. melalui Program Pembangunan Infrastruktur

Pemasaran (PIP) dengan pembinaan Pusat

Timbang dan Stor (PTS) serta Depo Simpanan

RISDA yang berperananuntuk memendekkan

rantaian pemasaran agar Pekebun Kecil

memperoleh harga yang lebih tinggi;

d. memberikan bantuan prasarana kepada kawasan

yang memerlukan melalui program Prasarana

Asas Pertanian (PAP) seperti jalan pertanian

dan sistem perparitan;

e. mengalakkan Pekebun Kecil mengamalkanGood

Agricultural Practices (GAP). Amalan ini

berupaya mengurangkan penggunaan tenaga

buruh asing sekaligus meningkatkan pendapatan

mereka sendiri;

f. memperkenalkan Low Intensity Tapping

System (LITS)atau Sistem Torehan 3

Page 4: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA, DEWAN RAKYAT …...Keusahawanan dan Tabung Pembangunan Sosio Ekonomi Pekebun Kecil; i. melalui Program Aktiviti Ekonomi Tambahan untuk memastikan

Kekerapan Rendah yang dapat meningkatkan

bilangan task torehan mereka;

g. mengalakkan Pekebun Kecil menyertai Program

Tanam Semula Getah ke Tanaman Lain

(TSGL) yang merangkumi 5 jenis tanaman buah­

buahan untuk menikmati pendapatan tambahan;

h. melalui Program Keusahawanan dengan

sasaran seramai 1, 700 usahawan baru dilatih

melalui Program Pembangunan

Keusahawanan dan Tabung Pembangunan

Sosio Ekonomi Pekebun Kecil;

i. melalui Program Aktiviti Ekonomi Tambahan

untuk memastikan penggunaan tanah yang

optimum dengan menggalakkan Pekebun Kecil

supaya melaksanakan tanaman kontan seperti cili,

pisang, nenas dan lain-lain; dan

J. meningkatkan agihan dividen kepada Pekebun

Kecil dengan usaha Syarikat Milikan RISDA

yang mengoptimumkan kesemua kawasan getah

supaya boleh ditoreh sekaligus untuk

memaksimakan hasil getah.

4

Page 5: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA, DEWAN RAKYAT …...Keusahawanan dan Tabung Pembangunan Sosio Ekonomi Pekebun Kecil; i. melalui Program Aktiviti Ekonomi Tambahan untuk memastikan

Selain itu, pihak Kementerian melalui RISDA turut

memperkenalkan Program Bantuan Sara Hidup

Pekebun Kecil (SHPK). Program ini telah dimulakan

pada tahun 2013 dan berakhir pada tahun 2016 yang

bertujuan untuk menampung pendapatan harian bagi

Pekebun Kecil yang layak dan mematuhi syarat dengan

memberi bantuan kewangan sebanyak RMSOO sebulan

selama 48 bulan.

5

Page 6: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA, DEWAN RAKYAT …...Keusahawanan dan Tabung Pembangunan Sosio Ekonomi Pekebun Kecil; i. melalui Program Aktiviti Ekonomi Tambahan untuk memastikan

•I

SOALAN N0;5~

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

PERTANYAAN

DARIPADA

TARIKH

SO ALAN

LIS AN

YB TUAN SHAMSUL ISKANDAR BIN MOHO

AKIN [BUKIT KATIL]

18 MAC 2014

YB Tuan Shamsul Iskandar bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta

MENTERI KESIHATAN menyatakan:-

(a) Statistik kes denggi di kawasan Parlimen Bukit Katil; dan

(b) Apakah Kementerian tidak bercadang untuk membekalkan "Abate"

secara percuma serta melakukan reformasi menyeluruh program

COMBI untuk memerangi denggi habis-habisan.

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman, Jumlah kes denggi yang dilaporkan di kawasan

Parlimen Bukit Katil pada tahun 2014 (sehingga 23 Februari) adalah

sebanyak 50 kes dan tiada kematian dicatatkan.

Page 7: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA, DEWAN RAKYAT …...Keusahawanan dan Tabung Pembangunan Sosio Ekonomi Pekebun Kecil; i. melalui Program Aktiviti Ekonomi Tambahan untuk memastikan

Tuan Yang Dipertua,

Abate/Temephos (racun pembunuh jentik-jentik) sememangnya

digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kawalan

dan pencegahan denggi. Ia diberikan secara percuma kepada orang

awam melalui Pejabat Kesihatan Daerah terutama di kawasan yang

melaporkan kes denggi dan kawasan wabak denggi. Orang ramai juga

memperolehi temephos ini di pasaraya-pasaraya tertentu.

Projek COMBI ditubuh untuk memperkasakan komuniti agar mereka

bertindak menjaga kesejahteraan dan keharmonian kesihatan penduduk

setempat. Oleh yang demikian, anggota komuniti akan menentukan

tujuan dan halatuju pasukan COMBI masing-masing. KKM sentiasa

mengambil langkah proaktif bersama komuniti untuk membantu

kelestarian projek tersebut.

Salah satu langkah untuk memastikan kelestarian dan reformasi COMBI

ialah penyertaan dan penubuhan COMBI dibuka kepada pelbagai pihak,

seperti:

(i) Penglibatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO);

(ii) Penubuhan COMBI diuruskan melalui penglibatan rukun tetangga;

(iii) Pertubuhan professional dan politik juga turut menubuh COMBI

bagi tujuan yang sama; dan

(iv) Pihak swasta digalakkan menaja atau berkongsi sumber kewangan

dalam melaksanakan aktiviti pencegahan denggi di bawah

program tanggungjawab sosial (CSR).

Page 8: MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA, DEWAN RAKYAT …...Keusahawanan dan Tabung Pembangunan Sosio Ekonomi Pekebun Kecil; i. melalui Program Aktiviti Ekonomi Tambahan untuk memastikan

Transformasi COMBI dilakukan dengan memperluaskan skop ke aktiviti

amalan cara hidup sihat. Ahli COMBI dilatih untuk melaksanakan aktiviti­

aktiviti untuk mencegah penyakit-penyakit tidak berjangkit di samping

mencari dan memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes.