mesyuarat panitia kemahiranhidup kali 2

6
MESYUARAT PANITIA KEMAHIRAN HIDUP KALI KEDUA 2014 SEKOLAH KEBANGSAAN JELAPANG TAMAN MERU IPOH PERAK. Tarikh : 24 April 2014(Khamis) Tempat : Bilik Kemahiran Hidup Masa : 12.45 tengah hari Kehadiran: 1. Pn. Rohana binti Othman (PK Pentadbiran) 2. Pn. Azlina binti Mohd Ali ( Ketua Panitia) 3. En Munzir binti Othman ( Setiausaha ) 4. En. Mohd Ebni bin Mohd Din 5. En Muhamad Zamani Husairi B. Hasan Agenda 1: Ucapan Pengerusi Ucapan dimulakan oleh Puan Azlina Mohd Ali selaku Ketua Panitia Kemahiran Hidup dengan mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran Puan Rohana GPK1 dan Ahli Jawatankuasa (AJK) ke mesyuarat Panitia yang kedua .Pengerusi juga memohon kerjasama kepada beliau dalam mengerakkan aktiviti panitia sepanjang Tahun 2014 ini. Pn Azlina juga menyentuh beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh AJK dan guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup.Antaranya seperti: a) Guru yang menggunakan bengkel hendaklah mengisi borang penggunaan bengkel Kemahiran Hidup yang telah disediakan. b) Guru juga hendaklah mengisi borang yang juga telah disediakan jika menggunakan peralatan bengkel sama ada untuk kegunaan di dalam atau di luar bengkel. c) Keselamatan murid ketika berada di dalam bengkel perlu diutamakan untuk mengelakkan sebarang masalah.

Upload: ahmad-farris-ya

Post on 15-Dec-2015

230 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

msy

TRANSCRIPT

Page 1: Mesyuarat Panitia Kemahiranhidup Kali 2

MESYUARAT PANITIA KEMAHIRAN HIDUP KALI KEDUA 2014SEKOLAH KEBANGSAAN JELAPANG TAMAN MERU IPOH PERAK.

Tarikh : 24 April 2014(Khamis)Tempat : Bilik Kemahiran HidupMasa : 12.45 tengah hari

Kehadiran:

1. Pn. Rohana binti Othman (PK Pentadbiran)2. Pn. Azlina binti Mohd Ali ( Ketua Panitia)3. En Munzir binti Othman ( Setiausaha )4. En. Mohd Ebni bin Mohd Din5. En Muhamad Zamani Husairi B. Hasan

Agenda 1: Ucapan Pengerusi

Ucapan dimulakan oleh Puan Azlina Mohd Ali selaku Ketua Panitia Kemahiran Hidup dengan mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran Puan Rohana GPK1 dan Ahli Jawatankuasa (AJK) ke mesyuarat Panitia yang kedua .Pengerusi juga memohon kerjasama kepada beliau dalam mengerakkan aktiviti panitia sepanjang Tahun 2014 ini. Pn Azlina juga menyentuh beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh AJK dan guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup.Antaranya seperti:

a) Guru yang menggunakan bengkel hendaklah mengisi borang penggunaan bengkel Kemahiran Hidup yang telah disediakan.

b) Guru juga hendaklah mengisi borang yang juga telah disediakan jika menggunakan peralatan bengkel sama ada untuk kegunaan di dalam atau di luar bengkel.

c) Keselamatan murid ketika berada di dalam bengkel perlu diutamakan untuk mengelakkan sebarang masalah.

d) Selepas menggunakan bengkel pastikan kebersihan bengkel dijaga dan perlu membuat AJK kecil dikalangan murid untuk membersihkan bengkel.

e) Pastikan buku kerja dan buku tulis disemak sepanjang tahun.f) Pastikan murid berada di luar bengkel dan beratur sekiranya guru belum sampai

untuk memulakan sesi pembelajaran. ( Tindakan Guru Kemahiran Hidup)

Page 2: Mesyuarat Panitia Kemahiranhidup Kali 2

Agenda 2: Ucapan PK Pentadbiran

Ucapan terima kasih oleh Pn Rohana kerana kesudian menjemput beliau hadir dalam mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup kali ini. Pn Rohana menyarankan agar Panitia Kemahiran Hidup sentiasa aktif sepanjang tahun dengan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Pn Rohana juga menyentuh tentang perubahan guru-guru yang mengajar Kemahiran Hidup. Di akhir ucapan, beliau akan sentiasa menyokong sebarang aktiviti Panitia Kemahiran Hidup khususnya yang melibatkan kemahiran murid.

Agenda 3: Program Panitia Kemahiran Hidup

Pengerusi telah merangka beberapa program panitia sepanjang tahun khususnya untuk bulan Mei ini untuk mendapat persetujuan AJK yang lain. Antara program yang dicadangkan bermula bulan Mei ini adalah:

a) mengadakan pertandingan Reka Cipta antara kelas dengan menggunakan bahan-bahan terbuang.Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat dan kreativiti dikalangan murid-murid.

b) menukar Projek Laman KH dengan tanaman bunga kepada tanaman sayur-sayuran kerana boleh mendatangkan hasil yang lebih berfaedah dan mendapat pulangan jika dijual di kalangan guru-guru.

c) Pameran Berkala yang diadakan sepanjang tahun.d) persediaan untuk pertandingan Reka Cipta daerah ( jika ada ).

Mesyuarat sebulat suara menyokong aktiviti ini dilaksanakan sepanjang tahun ini.bagi projek tanaman sayur-sayuran akan dibincangkan bersama-sama Guru Besar kelak untuk mendapatkan persetujuan beliau.

( Tindakan Guru Kemahiran Hidup )

Agenda 4: Rancangan Tiga Tahun atau Pelan Tindakan

Pengerusi menyatakan bahawa beliau dan setiausaha telah merangka Pelan Tiga Tahun Panitia Kemahiran Hidup . Oleh itu guru-guru boleh menggunakan sebagai rujukan jika mempunyai rancangan lain atau yang sedia ada dan disesuaikan mengikut sukatan dalam buku teks.

Pengerusi juga mencadangkan supaya setiap guru yang mengajar dapat membuat sekurang-kurangnya satu projek sama ada berbentuk pertukangan atau perkebunan seperti menanam benih sayuran supaya menimbulkan minat murid untuk mendalami ilmu Kemahiran Hidup. Ia juga dapat dijadikan kenangan kepada murid sepanjang tahun mereka belajar Kemahiran Hidup.

Guru-guru juga boleh merujuk buku-buku manual penggunaan yang ada di dalam bengkel Kemahiran Hidup. Pn Rohana juga bersetuju dengan pendapat dan cadangan Pn Azlina murid dapat menjalan satu projek yang bersesuaian dengan mereka.

( Tindakan Guru Kemahiran Hidup)

Page 3: Mesyuarat Panitia Kemahiranhidup Kali 2

Agenda 5: Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Penilaian

4.1 Encik Munzir memaklumkan kepada pihak pentadbir dan ahli jawatankuasa

bahawa penilaian yang berorientasikan peperiksaan masih boleh diteruskan

dimana panitia akan tetap mengadakan peperiksaan bertulis sebanyak dua kali

iaitu pada Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun.

.

4.2 Penilaian untuk lima standard kandungan pula akan diadakan sepanjang tahun

dimana ia akan diukur melalui tahap penguasaan bermula dari yang paling rendah

iaitu TP1 dan yang paling tinggi iaitu TP2.

4.3 Ketua Panitia memberi tugasan untuk guru bagi membina kertas soalan

Peperiksaan Pertengahan Tahun mengikut senarai di bawah :

Tahun 4 – En. Mohd Ebni bin Mohd din

Tahun 5 – En. Munzir bin Othman

Tahun 6 – Pn. Azlina binti Mohd Ali

4.4 Markah akan dinilai melalui:

a) Ujian Bertulis – 60%

b) Hasil Kerja Murid – 40%

4.5 Hasil kerja murid akan di nilai di sepanjang tahun dimana murid diberi kebenaran

untuk memperbaiki tahap penguasaan awal yang diberikan guru. Namun, semua

guru dimaklumkan bahawa pembaikan hasil kerja ini hanya boleh dilakukan pada

waktu persekolahan sahaja. Murid tidak dibenarkan untuk membawa pulang hasil

kerja mereka di rumah.

Page 4: Mesyuarat Panitia Kemahiranhidup Kali 2

Agenda 6: Hal-hal Lain

En Zamani menyatakan bahawa kerusi perlu disusun mengikut warna yang telah ditampal pada setiap bangku supaya nampak kemas dan teratur.hal ini dipersetujui oleh semua guru. En Munzir menambah iaitu murid-murid perlu memastikan kerusi dalam keadaan baik dan sempurna.

( Tindakan Guru Kemahiran Hidup)

En Ebni mencadangkan Ketua Panitia menambah bahan-bahan untuk pertukangan dan perkebunan yang semakin kurang kerana banyak projek yang telah dilaksanakan sepanjang tahun lalu.

( Tindakan Ketua Panitia)

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.05 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh :

…………………….. ………………………(MUNZIR BIN OTHMAN) (AZLINA BINTI MOHD ALI)Setiausaha, Pengerusi,Panitia Kemahiran Hidup Panitia Kemahiran HidupSK Jelapang. SK Jelapang.