mesyuarat induk hem kali kedua

7
SK BATU EMPAT (1) JALAN IPOH 51200 KUALA LUMPUR MESYUARAT INDUK HEM KALI KEDUA 2013 TARIKH : 11 JULAI 2013 MASA : 11.30 PAGI TEMPAT : BILIK GERAKAN KEHADIRAN : 1. PN.ANIZAI BT TUN WAHAB ( GPK HEM ) 2. EN.DZULKIFLI BIN ABDUL JALIL ( GPK Tadbir & Kurikulum ) 3. EN.MUHAMAD BIN ZAINAL ( JK Kesihatan ) 4. EN.MOHD KAMARUDZAMAN BIN HASSAN ( JK Disiplin & Pengawas ) 5. PN .AZENIAH BT ABU BAKAR ( JK Kebajikan ) 6. PN.SURIANI BT IBRAHIM ( JK Hari Kanak-Kanak ) 7. PN . HJH RUSILAWATI BT ABD GHANI ( JK SPBT ) 8. PN .YUSNIZA BT ISHAK ( JK PPDa ) 9. EN.AZMAN BIN SAUD @ ZAINOL ( JK Bulan Patriotisme) 10. EN.AZMINOR BIN HJ KAMARUDIN (JK SMM) 11. CIK PARAMESVARI A/P M.NADESON (JK Peralihan/Tingkatan 1) 12. EN.MOHD HILMI B.MOHD NOOR (JK RMT/PSS) 13. EN.RAFIZIL ASRUL BIN ISMAIL (JK Keselamatan) 14. PN .MAZLIANA BT OMAR ( JK Kantin & Kedai Buku ) 15. PN NOR HUFAIDAH BT MOHD YUSOFF ( SETIAUSAHA ) TIDAK HADIR 1. PN .ROSNIZA BT RAHIM ( JK KWAPM - CUTI BERSALIN ) 2. PN ROZIAH BT MAT NOOR ( JK Kebersihan - CUTI BERSALIN ) Agenda : 1. Ucapan Pengerusi

Upload: anizai-tun-wahab

Post on 11-Feb-2016

260 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

MINIT MESYUARAT

TRANSCRIPT

Page 1: Mesyuarat Induk Hem Kali Kedua

SK BATU EMPAT (1) JALAN IPOH51200 KUALA LUMPUR

MESYUARAT INDUK HEMKALI KEDUA 2013

TARIKH : 11 JULAI 2013MASA : 11.30 PAGITEMPAT : BILIK GERAKAN

KEHADIRAN :1. PN.ANIZAI BT TUN WAHAB ( GPK HEM )2. EN.DZULKIFLI BIN ABDUL JALIL ( GPK Tadbir & Kurikulum )3. EN.MUHAMAD BIN ZAINAL ( JK Kesihatan )4. EN.MOHD KAMARUDZAMAN BIN HASSAN ( JK Disiplin & Pengawas )5. PN .AZENIAH BT ABU BAKAR ( JK Kebajikan )6. PN.SURIANI BT IBRAHIM ( JK Hari Kanak-Kanak )7. PN . HJH RUSILAWATI BT ABD GHANI ( JK SPBT )8. PN .YUSNIZA BT ISHAK ( JK PPDa )9. EN.AZMAN BIN SAUD @ ZAINOL ( JK Bulan Patriotisme)10. EN.AZMINOR BIN HJ KAMARUDIN (JK SMM)11. CIK PARAMESVARI A/P M.NADESON (JK Peralihan/Tingkatan 1)12. EN.MOHD HILMI B.MOHD NOOR (JK RMT/PSS)13. EN.RAFIZIL ASRUL BIN ISMAIL (JK Keselamatan)14. PN .MAZLIANA BT OMAR ( JK Kantin & Kedai Buku )15. PN NOR HUFAIDAH BT MOHD YUSOFF ( SETIAUSAHA )

TIDAK HADIR1. PN .ROSNIZA BT RAHIM ( JK KWAPM - CUTI BERSALIN )2. PN ROZIAH BT MAT NOOR ( JK Kebersihan - CUTI BERSALIN )

Agenda :1. Ucapan Pengerusi2. Ucapan Penasihat3. Pengesahan Minit4. Perkara Berbangkit5. Pengurusan Unit HEM6. Laporan Aktiviti Setiap Jawatankuasa7. Hal-hal lain8. Ucapan Penangguhan

Page 2: Mesyuarat Induk Hem Kali Kedua

1.0 Ucapan Pengerusi (Pn Anizai Binti Tun Wahab)

1.1 Puan Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ahli jawatankuasa ke Mesyuarat Induk Hal Ehwal Murid kali kedua ini.

1.2 Puan Pengerusi juga mengalu-alukan kehadiran En.Dzulkifli bin Abd Jalil, GPK Tadbir & Kurikulum sebagai wakil penasihat memandangkan Guru Besar terpaksa menghadiri tugas rasmi di Jabatan. Pendidikan Negeri.

Tindakan : Makluman

2.0 Ucapan Penasihat (En Dzulkifli Bin Abd Jalil)

2.1 En Dzulkifli mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana hadir pada mesyuarat pada kali ini .Beliau juga menyampaikan salam daripada Guru Besar kerana tidak dapat hadir pada mesyuarat pada kali ini.

2.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada semua jawatankuasa di atas komitmen yang ditunjukkan semasa aktiviti tahunan yang telah dijalankan.

2.3 Beliau juga berharap kerjasama ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi menjayakan aktiviti tahunan yang telah dirancang berjalan dengan lancar.

3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT.

Disahkan Oleh : En.Mohd Kamarudzaman Bin HassanDisokong Oleh : En.Azman Bin Saud @ Zainol

4.0 PERKARA BERBANGKIT.

4.1 Senarai penerima bantuan KWAPM telah diterima ambilan 1 diterima dalam bulan Januari dan ambilan ke-2 dalam bulan Mac. Setakat ini wang tersebut belum diagihkan kepada penerima tersebut.

4.2 Seramai 4 orang murid layak menerima bantuan tersebut 3 orang daripada arus perdana dan seorang daripada murid PPKI.

Page 3: Mesyuarat Induk Hem Kali Kedua

5.0 Pengurusan Unit Hal Ehwal Murid.

5.1 Puan Pengerusi memohon kerjasama semua jawatankuasa mengemaskini sistem fail. Ini adalah perlu dilakukan bagi memudahkan pengurusan unit HEM jika terdapat pemantauan daripada pegawai Jabatan Pendidikan.

5.2 Setiap jawatankuasa juga dikehendaki menukar fail yang sedia ada kepada ‘ring file’. Ini merupakan arahan daripada pihak pentadbir supaya sistem fail sekolah menjadi lebih seragam.

5.3 Puan Anizai mengingatkan supaya setiap jawatankuasa peka dengan takwim yang telah dirancang. Ini adalah perlu supaya mesyuarat jawatankuasa kecil atau program yang akan dijalankan tidak akan berlaku pertindihan tarikh bagi setiap jawatankuasa.

5.4 Setiap jawatankuasa mestilah mengadakan mesyuarat dengan ahli-ahli jawatankuasa terlebih dahulu sebelum sesuatu aktiviti dijalankan.

Tindakan : Semua jawatankuasa.

6.0 Laporan Aktiviti Setiap Jawatankuasa.

6.1 En Kamarudzaman melaporkan Majlis Pelantikan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber dan Pelantikan Ketua Kelas 2013, telah berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Majlis ini telah diadakan pada 14 Januari 2013 yang lalu.

6.2 En Kamarudzaman mengucapkan terima kasih kepada ahli jawatankuasa yang telah memberi kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan majlis tersebut.

Tindakan : Jawatankuasa Disiplin

6.3 Puan Pengerusi memaklumkan sekolah telah memasuki pertandingan Kamar Selesa di peringkat zon Sentul. Keputusan pertandingan tersebut tidak dapat diketahui memandangkan pegawai yang ditugaskan mengendalikan pertandingan tersebut telah bertukar ke Jabatan Pendidikan Wilayah.

6.4 Data penarafan kebersihan tandas bagi bulan Januari hingga bulan Jun telah dihantar ke PPW Sentul. Data penarafan kebersihan tandas yang kedua akan dihantar bulan November akan datang.

6.5 Pertandingan kebersihan kelas masih lagi berjalan seperti biasa. Kelas yang menjadi kelas terbersih menerima imbuhan berupa bintang dan piala pusingan.

Tindakan : Jawatankuasa Kebersihan

Page 4: Mesyuarat Induk Hem Kali Kedua

6.6 Karrnival Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) peringkat Zon Sentul telah diadakan di SK Batu Muda pada bulan April yang lalu. Sekolah telah menghantar wakil bagi kategori pertandingan sajak dan melukis poster.

6.7 Minggu PPDa peringkat sekolah tidak dapat dijalankan kerana masalah kewangan sekolah.

Tindakan : Jawankuasa PPDa

6.7 Pihak sekolah telah menerima senarai nama murid yang layak menerima bantuan KWAPM. Pada tahun ini seramai 4 orang layak menerimanya, 3 orang daripada arus perdana dan seorang lagi daripada aliran Pendidikan Khas.

6.8 Pihak sekolah telah menyerahkan bantuan tersebut kepada murid yang terlibat.

Tindakan : Jawatankuasa KWAPM

6.9 Jawatankuasa RMT telah melaporkan makanan RMT disediakan seperti biasa pada setiap hari persekolahan. Bekalan PSS pula diberikan kepada murid 2 kali seminggu.

Tindakan : Jawatakuasa RMT/PSS

6.10 Latihan Kebakaran telah dijalankan dengan jayanya pada 18 April 2013 yang lalu. Pihak sekolah telah bekerjasama dengan pihak Bomba Cawangan Sentul telah membuat demontrasi latihan kebakaran di peringkat sekolah.

Tindakan : Jawatankuasa Keselamatan

6.11 Perjanjian tender Kantin dan Kedai Buku akan tamat tempoh tender pada tahun ini. Pihak sekolah telah menerima surat permohonan penyambungan tender kantin pada 3 Julai 2013 yang lalu.

6.12 Tender Kedai buku pula akan dibuka tender yang baru pada bulan Ogos nanti.

Tindakan : Jawatankuasa Kantin & Kedai Buku

6.13 En Azminor melaporkan, data Sistem Maklumat Murid (SMM) telah dihantar ke jabatan pada bulan Mac yang lalu. Sistem ini kemungkinan akan dihapuskan memandangkan KPM telah memperkenalkan sistem maklumat yang baru iaitu Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Tindakan : Jawatankuasa SMM

Page 5: Mesyuarat Induk Hem Kali Kedua

6.14 Jawankuasa Kebajikan melaporkan,pihak sekolah belum menerima keputusan daripada Bank Rakyat tentang bantuan Zakat Asnaf. Pihak sekolah akan mengagihkan bantuan tersebut dengan kadar segera kepada murid yang layak jika bantuan tersebut telah diterima.

Tindakan : Jawatankuasa Kebajikan

7.0 HAL-HAL LAIN

7.1 Pn.Anizai mengingatkan semua jawatankuasa supaya setiap aktiviti yang akan dijalankan mestilah mengikut takwim.

7.2 Beliau juga mengingatkan semua jawatankuasa agar membuat dokumentasi selepas sesuatu program dijalankan.

7.3 Pn.Anizai juga menjelaskan bahawa setiap jawatankuasa yang ingin membuat pembelian barang- Barang mestilah membuat pesanan menggunakan nota minta.

Tindakan :Makluman 8.0 UCAPAN PENANGGUHAN

8.1 Puan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua jawatankuasa induk HEM di atas kerjasama yang diberikan bagi memastikan pengurusan unit HEM berjalan dengan lancar.

Mesyuarat Induk HEM pada kali ini ditangguhkan pada pukul 12 .50 tengahari.

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

(NOR HUFAIDAH BT MOHD YUSOFF)Setiausaha HEM,SK Batu Empat (1) Jalan Ipoh,Kuala Lumpur.

(ANIZAI BT TUN WAHAB)GPK HEM,SK Batu Empat (1) Jalan Ipoh,Kuala Lumpur.