mesyuarat agung

2
MESYUARAT AGUNG MAJLIS BELIA DAERAH BATANG PADANG TARIKH : 19.4.2014 MASA : 2.45 PETANG TEMPAT : HOTEL GRAND KAMPAR KEHADIRAN : LIHAT LAMPIRAN AGENDA: 1. KATA-KATA ALUAN PENGERUSI MAJLIS Pengerusi Majlis Belia Daerah, saudara Adzili bin Amri mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua delegasi badan gabungan yang hadir dalam mesyuarat kali ini. Beliau seterusnya melantik saudara Mohd Hadafi bin Othman sebagai pengerusi sementara sebelum acara mesyuarat agung dijalankan. Setiausaha seterusnya menjalankan majlis dan menjemput Puan Siti Nurbaya binti Zamri, Pegawai Belia dan Sukan Daerah untuk memberikan ucapan perasmian. 2. UCAPAN PENGERUSI MAJLIS BELIA DAERAH BATANG PADANG Saudara Adzili mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua delegasi badan gabungan yang hadir pada mesyuarat kali ini. Beliau menegaskan cabaran dan peranan belia dalam membantu masyarakat dalam aktiviti kesukarelawan. Beliau menjelaskan bahawa kekangan masa dan kerja sememangnya menjejaskan sedikit aktiviti sukarelawan dikalangan belia akan tetapi semua itu dapat diatasi jika semua ahli badan gabungan dapat berkorban sedikit masa untuk menjayakan aktiviti Majlis belia Daerah di peringkat parlimen Tapah khasnya. Beliau berharap agar semua ahli dapat bersatu dan berganding bahu demi menjayakan harapan kerajaan yang terus-menerus menyalurkan dana untuk aktiviti belia di daerah ini. Beliau sekali memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan semasa beliau memimpin Majlis Belia Daerah. 3. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG YANG LALU Setiausaha membentang minit mesyuarat agung tahunan yang lalu. Cadangan pengesahan : Saudara Hasbullah bin Hijat

Upload: muhammad-hadafi-bin-othman

Post on 13-Apr-2016

260 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

mesyuarat

TRANSCRIPT

Page 1: Mesyuarat Agung

MESYUARAT AGUNG

MAJLIS BELIA DAERAH BATANG PADANG

TARIKH : 19.4.2014

MASA : 2.45 PETANG

TEMPAT : HOTEL GRAND KAMPAR

KEHADIRAN : LIHAT LAMPIRAN

AGENDA:

1. KATA-KATA ALUAN PENGERUSI MAJLISPengerusi Majlis Belia Daerah, saudara Adzili bin Amri mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua delegasi badan gabungan yang hadir dalam mesyuarat kali ini. Beliau seterusnya melantik saudara Mohd Hadafi bin Othman sebagai pengerusi sementara sebelum acara mesyuarat agung dijalankan. Setiausaha seterusnya menjalankan majlis dan menjemput Puan Siti Nurbaya binti Zamri, Pegawai Belia dan Sukan Daerah untuk memberikan ucapan perasmian.

2. UCAPAN PENGERUSI MAJLIS BELIA DAERAH BATANG PADANGSaudara Adzili mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua delegasi badan gabungan yang hadir pada mesyuarat kali ini. Beliau menegaskan cabaran dan peranan belia dalam membantu masyarakat dalam aktiviti kesukarelawan. Beliau menjelaskan bahawa kekangan masa dan kerja sememangnya menjejaskan sedikit aktiviti sukarelawan dikalangan belia akan tetapi semua itu dapat diatasi jika semua ahli badan gabungan dapat berkorban sedikit masa untuk menjayakan aktiviti Majlis belia Daerah di peringkat parlimen Tapah khasnya. Beliau berharap agar semua ahli dapat bersatu dan berganding bahu demi menjayakan harapan kerajaan yang terus-menerus menyalurkan dana untuk aktiviti belia di daerah ini. Beliau sekali memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan semasa beliau memimpin Majlis Belia Daerah.

3. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG YANG LALUSetiausaha membentang minit mesyuarat agung tahunan yang lalu.Cadangan pengesahan : Saudara Hasbullah bin HijatSokongan : Saudari Umi Kalsum binti Habib

4. MEMBENTANGKAN LAPORAN TAHUNAN 2013Setiausaha membentangkan Laporan Tahunan 2013

5. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN LAPORAN KEWANGANBendahari membentangkan penyata kewangan tahun 2013Cadangan pengesahan : Saudara Suresh Kumar a/l SubramaniamSokongan : Saudari Noor Haziqah binti Hamdan

Page 2: Mesyuarat Agung

6. MEMBAHASKAN USUL-USUL YANG DITERIMAUmi Kalsum binti HabibBelaiu mengusulkan supaya kuarters-kuarters lama dapat digunakan oleh badan gabungan belia sebagai pejabat ataupun untuk aktiviti belia.Sokongan : Sebulat suara

Norlela binti NasirBeliau menyarankan agar Majlis Belia Daerah Batang Padang dapt menjalankan satu projek khas untuk menjana wang untuk diberi kepada rumah-rumah kebajikan di sekitar parlimen Tapah.

Raja Mohamad Nizam bin Raja Mohamad Ali SaipuddinBeliau memberi cadangan supaya setiap badan gabungan mempunyai ahli di dalam Silveryouth Perak.

7. UCAPAN PENANGGUHANPengerusi berharap agar semua ahli yang hadir akan terus bersatu dalam Majlis Belia Daerah dan memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan agenda pada tahun 2014 ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.34 petang.