mesyuarat agung tahunan 2009

18
ISI KANDUNGAN : KATA – KATA ALUAN YANG DI PERTUA NOTIS MESYUARAT AGUNG 1.0 ATURCARA MESYUARAT AGUNG 2.0 AGENDA MESYUARAT AGUNG 3.0 SENARAI AHLI MAJLIS MESYUARAT NEGERI 4.0 MINIT MESYUARAT AGUNG PSSCUHM CAWANGAN SELANGOR 2006 - 2009 5.0 AKTIVITI PSSCUHM CAWANGAN SELANGOR 2006 - 2009 6.0 LAPORAN KEAHLIAN 7.0 LAPORAN BERGAMBAR 1

Upload: roslan-zairi

Post on 21-Oct-2015

140 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

mesyuarat agong dan minit 2009

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN :

KATA – KATA ALUAN YANG DI PERTUA

NOTIS MESYUARAT AGUNG

1.0 ATURCARA MESYUARAT AGUNG

2.0 AGENDA MESYUARAT AGUNG

3.0 SENARAI AHLI MAJLIS MESYUARAT NEGERI

4.0 MINIT MESYUARAT AGUNG PSSCUHM CAWANGAN SELANGOR 2006 - 2009

5.0 AKTIVITI PSSCUHM CAWANGAN SELANGOR 2006 - 2009

6.0 LAPORAN KEAHLIAN

7.0 LAPORAN BERGAMBAR

LAMPIRAN

1

KATA – KATA ALUAN YANG DI PERTUA

Assalamualaikum w.b.t.

Setinggi penghargaan diucapkan kepada semua urusetia Mesyuarat Agung kerana telah memberikan ruang untuk saya menitipkan sepatah dua kata dalam buku laporan ini. Pada kesempatan ini juga ingin saya menyampaikan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada ahli-ahli Mesyuarat Negeri Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia Cawangan Selangor dari tahun 2006 hingga ke 2009 serta para jawatankuasa yang telah setia bersama –sama persatuan dalam mengharungi segala cabaran sepanjang tiga tahun dengan akal yang waras dan fikiran yang tenang.

Setelah tiga tahun yang penuh dengan cabaran, bermula dengan titik hitam dalam sejarah persatuan pada tahun 2006, kita telah kembali bersama untuk membangunkan kembali perjuangan Almarhum Ustaz Hanafi. Sepanjang tiga tahun sejak 2006, pihak persatuan di peringkat cawangan Negeri Selangor telah terpaksa menyusun kembali struktur pentadbiran di mana kelas di Pusat Latihan Shah Alam dan Serdang terpaksa ditutup dan kelas latihan di Puchong telah dijanakan kembali dibawah pentadbiran baru. Badai melanda persatuan di peringkat Pusat telah meninggalkan kesan yang mendalam di peringkat cawangan Selangor tetapi Alhamdullilah, berkat usaha dan kesabaran ahli-ahli yang masih setia, kita dapat bertahan dan membangunkan kembali Silat Cekak Hanafi di peringkat cawangan.

Saya amat berharap semua ahli akan bangkit dan kembali bersemangat dengan era baru setelah tiga tahun status persatuan dibawah pemerhatian. Seharusnya kita harus mengambil pengajaran dari apa yang telah terjadi dan bersama bermuhasabah diri dengan segala apa yang telah terjadi. Sesungguhnya, ada hikmah di sebalik semua kejadian dan ada sinar di setiap lorong yang gelap. Akhir kata, saya amat berharap agar budaya hormat-menghormati, kunjung mengunjungi dan saling menghargai akan terus menjadi amalan dan pegangan semua ahli Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia. Sumbangan tenaga, material dan fizikal kita amat penting untuk memastikan kejayaan dan kemantapan persatuan. Bagi pihak Ahli Mesyuarat Negeri, saya memohon maaf atas kekurangan dan kelemahan yang ada sepanjang kami menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

Sekian, terima kasih.

________________________________(ROSLAN BIN HJ. ABDUL RASHID)Yang Di PertuaPersatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi MalaysiaCawangan Selangor Darul EhsanPenggal 2006 - 2009

2

Rujukan Kami : SCH/SEL/SU/5/09(1)Rujukan Tuan :Tarikh : 2 Mei 2009

Assalamualaikum w.b.t

Kepada

Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (MMN)Ahli Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia Cawangan Selangor Darul Ehsan

Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI CAWANGAN SELANGOR

Seperti yang diperuntukkan di dalam Peraturan 15 ceraian 2 Perlembagaan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia maka adalah dengan ini dmaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Cawangan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia Cawangan Selangor Darul Ehsan bagi penggal 2006 - 2009 akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 18 Mei 2009 (Isnin)Masa : 9.00 – 11.00 mlmTempat : Pusat Latihan Bandar Baru Bangi, Selangor DE

No 2, Jalan 15/3D, Bandar Baru BangiPakaian : Kemas

2. Berikut adakah agenda utama mesyuarat :

i) menerima penyata Bendahari Cawangan dan Kira-Kira cawangan yang telah diaudit bagi 3 tahun yang lalu

ii) untuk memilih Ahli Mesyuarat Negeri iii) melantik dua orang Juruaudit cawangan untuk tahun ke hadapan dan untuk membincang dan

membahaskan usul yang dibawa oleh ahli-ahli.

3. Sehubungan dengan itu, pihak tuan beserta ahli-ahli di kawasan tuan diminta untuk menghadirkan diri pada mesyuarat tersebut. Bagi ahli-ahli yang belum mendaftar sebagai ahli seumur hidup dan belum menjelaskan yuran tahunan sebanyak RM10.00 diharapkan dapat berbuat demikian sebelum mesyuarat diadakan. Aturcara program adalah seperti dilampirkan.

4. Semoga dengan kehadiran pihak tuan akan melancarkan lagi program. Kerjasama dari pihak tuan kami sanjung tinggi dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih

Yang menjalankan tugas,

_________________________(ROSLAN ZAIRI AHMAD ZAWAWI)SetiausahaPersatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi MalaysiaCawangan Selangor Darul Ehsan

3

1.0 ATURCARA MESYUARAT AGUNG

8.30 mlm : Ketibaan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri dan ahli-ahli PSSCUHM Caw. Selangor

8.50 mlm : Ketibaan Perasmi 9.00 petang : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

9.05 petang : Ucapan Yang Di Pertua

9.15 petang : Ucapan Perasmi

9.45 mlm : Minum mlm

10.00 petang : Mesyuarat Agung Dimulakan

2.0 AGENDA MESYUARAT AGONG

1. Melantik pengerusi mesyuarat sementara dan 2 orang pencatat.

2. Pengesahan laporan dan Minit Mesyuarat penggal 2006 – 2009.

3. Pembentangan dan Pengesahan Laporan Setiausaha Cawangan.

4. Pembentangan dan Pengesahan Laporan Bendahari Cawangan.

5. Perkara-perkara berbangkit.

6. Pembubaran Ahli MMN bagi penggal 2006 - 2009

7. Pemilihan dan Pengundian Ahli MMN bagi penggal 2009/2010.

8. Perlantikan dua orang juruaudit bagi penggal 2009 / 2010.

9. Pemilihan dan Pengundian 20 Wakil ke MAP PSSCUHM.

10. Ucapan dasar Yang Di Pertua 2009/2010.

11. Penangguhan Mesyuarat.

4

3.0 SENARAI AHLI MESYUARAT NEGERI 2006 - 2009

Jawatan Nama

1. Yang Di Pertua En. Roslan Hj. Abdul Rashid

2. Naib Yang Di Pertua En. Zesdyzar Hj. Rokman

3. Setiausaha En. Roslan Zairi Bin Ahmad Zawawi

4. Penolong Setiausaha Cik Fazidah Puat

5. Bendahari En. Zaki Gering

6. Penolong Bendahari En. Tarmizi Abd. Raman

6. Sumber Kewangan En. Azman Mohammad

7. Ketua Perhubungan & Seranta En. Raemy Md. Zein

8. Penolong Ketua Perhubungan & Seranta En. Wan Rizuan Wan Mamat Saufi

9. Sumber Manusia & Pembangunan Insan En. Edzwan Razak

10. Pen. Sumber Manusia & Pembangunan Insan En. Jarius Sani

11. Sukan & Rekreasi En. Khairul Ariffin Ilyas

12. Keahlian Che Muhammad Salleh.

13. Kebajikan dan Kerohanian En. Harizal Arpan

14. Pen. Kebajikan dan Kerohanian En Amir Hamzah

15. Helwa Cik Aliyya Rusly

16. Penolong Helwa Cik Zunaidah Mat Saman

17. Persilatan En. Rozaiman Abdul Rahman

Juruaudit PSSCUHM Cawangan Selangor 2006 - 2009

1. En. Rosli Ishak

2. En. Mohd Mahadzhir

5

4.0 Minit Mesyuarat Agong Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia Cawangan Selangor Darul Ehsan Bagi Penggal 2006/2007

1. Pendahuluan

Mesyuarat Agung Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia Cawangan Selangor Darul Ehsan telah diadakan seperti berikut:

Tarikh : 26 Februari 2006Masa : 4.00 petangTempat : Pusat Latihan Bandar Baru Bangi

No. 2, Jalan 15/3D, 43650 Bandar Baru BangiSelangor Darul Ehsan

Mesyuarat telah dirasmikan oleh En. Rais Bin Abu Noh, selaku Ahli Majlis Mesyuarat Kebangsaan, Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia. Mesyuarat kemudiannya telah dipengerusikan oleh En. Roslan bin Hj. Abdul Rashid selaku Yang Dipertua Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia Cawangan Selangor Darul Ehsan bagi penggal 2005/2006 seperti mana yang diperuntukkan di dalam perlembagaan.

Pengerusi telah melantik dua orang pencatat iaitu Sdr. Mohd. Fairuz Ishak dan Sdri. Noorhanim Mohd. Ali.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung 2005/2006

Kamarulbahri Hawalis mencadangkan agar laporan Mesyuarat Agung Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia Cawangan Selangor Darul Ehsan bagi penggal 05/06 disahkan.

Cadangan beliau telah disokong oleh Rosli Ishak.

3. Pembentangan Laporan Setiausaha

Roslan Zairi Ahmad Zawawi selaku Setiausaha telah membentangkan laporan seperti yang tercatat dalam buku Laporan Tahunan Mesyuarat Agung Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia Cawangan Selangor Darul Ehsan 2005/2006.

4. Pengesahan Laporan Setiausaha

Norzaika Nordin mencadangkan agar laporan Setiausaha disahkan.

Cadangan beliau disokong oleh Zesdyzar Rokman.

5. Pembentangan Bendahari

Roslan Zairi Bin Ahmad Zawawi telah mewakili Zaki Bin Gering selaku Bendahari telah membentangkan laporan seperti yang dilampirkan dalam buku laporan tahunan mesyuarat Agung Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia Cawangan Selangor Darul Ehsan 2005/2006.

6

6. Pengesahan Laporan Bendahari

Zesdyzar Rokman mencadangkan agar laporan Bendahari disahkan.

Cadangan beliau disokong oleh.Edwan Razak.

7. Perkara Berbangkit

En. Norazlan Shah telah meminta supaya dalam laporan Bendahari disertakan sekali aset kekal Persatuan seperti nilai rumah persatuan, kerusi, meja dan khemah yang dipunyai oleh Persatuan.

8. Pembubaran Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Bagi Penggal 2002/2003

Pengerusi Mesyuarat Agong dengan segala hormatnya membubarkan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri bagi penggal 2005/2006.

9. Pengundian Ahli Majlis Mesyuarat Negeri bagi Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia Cawangan Selangor Darul Ehsan 2006/2007.

Jawatan Yang Di Pertua

Zesdyzar Bin Rokman mencadangkan Roslan bin Hj. Abd. RashidSokongan : Roslan Zairi Ahmad ZawawiRaemy Md. Zein mencadangkan cadangan ditutupSetuju sebulat suara

Jawatan Naib Yang Di Pertua

Roslan Zairi Bin Ahmad Zawawi mencadangkan Zesdyzar Hj Rokman Sokongan : Norzaika NordinRaemy Md Zein mencadangkan cadangan ditutupSetuju sebulat suara

6 Orang Ahli Majlis Mesyuarat Negeri

Roslan Zairi Bin Ahmad Zawawi mencadangkan 6 nama :

a. Tarmizi Abd. Ramanb. Helmi Mohd. Noorc. Fuad Bin Ishakd. Che Muhammad Bin Sallehe. Zaki Geringf. Harizal Arpan

Sokongan : Zesdyzar RokmanKamarulbahri Hawalis mencadangkan cadangan ditutupSetuju sebulat suara

10. Perlantikan dua orang Juruaudit Persatuan

Norzaika Nordin mencadangkan

7

a. Rosli Ishakb. Jarius Sani

Pengerusi menjemput Ahli Mesyuarat Negeri Yang baru dilantik untuk mengambil tempat di hadapan.

11. Usul dan Cadangan

En. Norazlan Shah mengucapkan tahniah kepada Ahli Maljis Mesyuarat Negeri yang baru dilantik dan berharap semua Ahli Maljis dapat memainkan peranan dengan lebih komited terutamanya ketika Persatuan baru sahaja menyambut ulang tahun ke 40.

12. Ucapan Dasar Yang Di Pertua PSSCUHM Cawangan Selangor 2006/2007

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan untuk menerajui persatuan bagi penggal 2006/2007.

Beliau memohon sokongan padu daripada setiap Ahli Majlis Mesyuarat Negeri dan ahli-ahli untuk membawa Cawangan Selangor untuk lebih maju kehadapan terutamanya dalam merialisasikan Wawasan Ke arah 2007.

Beliau menyeru kepada semua ahli agar memberi komitmen yang sebaik mungkin dalam menjayakan semua program persatuan samada di cawangan atau pusat yang sedang dan akan dilaksanakan sepanjang tahun ini.

Beliau mengharapkan agar sumbangan kewangan ke Tabung Rumah dari setiap ahli dapat diteruskan bagi memastikan tiada bayaran tertunggak dan perancangan untuk penambahan ruang rumah dapat dilaksanakan.

12. Penangguhan Mesyuarat

Mesyuarat Agung Persatuan ditangguhkan pada pukul 6.50 petang kepada suatu masa yang akan ditentukan kelak

8

5.0 AKTIVITI PSSCUHM CAWANGAN SELANGOR 2006 - 2009

Sepanjang tiga tahun mulai 2006 sehingga 2009, pelbagai aktiviti telah dirancang, dianjurkan, dijalankan dan disertai oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negeri dan ahli-ahli PSSCUHM cawangan Selangor. Aktiviti itu adalah sama ada berbentuk persilatan atau bukan persilatan. Laporan ringkas aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tiga tahun itu adalah berikut:

1. Penyertaan dalam program Umrah Persatuan pada tahun 2006

2 orang dari ahli cawangan Selangor telah menyertai program umrah bersama Persatuan yang telah diadakan pada 21 Mei – 4 Jun 2006. Peserta umrah telah berlepas ke Madinah dari KLIA pada 5 petang 21hb Mei 2006 dan telah selamat sampai ke tanah air pada 10 pagi, 4 Jun 2006.

2. Majlis Tahlil Almarhum Ustaz Hanafi Bin Hj. Ahmad

Sepanjang tiga tahun dari tahun 2006 ke 2009, Majlis Tahlil untuk Almarhum Ustaz Hanafi Hj. Ahmad telah diadakan pada 13 Ogos setiap tahun. Untuk setiap tahun juga, maljis tahlil anjuran cawangan Selangor diadakan di Rumah Persatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi Cawangan Selangor di Bangi. Pada tahun 2006, majlis tahlil telah diadakan pada sebelah malam selepas sembahyang Isyak’ dan bacaan yassin telah dipimpin oleh saudara Kamarulbahri Hawalis. Untuk tahun 2007, majlis tahlil juga telah diadakan sebelah malam dan Naib Presiden II pada tahun itu, Tn Hj. Amruddin Buang telah dijemput untuk memberi sedikit ucapan. Pada tahun 2008, majlis tahlil

3. Majlis Berbuka Puasa

Sepanjang tiga tahun dari tahun 2006 ke 2009, pihak cawangan Selangor telah menganjurkan maljis berbuka puasa sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 2007 dan 2008. Untuk kedua-dua tahun itu, maljis berbuka puasa telaha diadakan di rumah persatuan cawanagan Selangor di Bangi. Ahli ahli seluruh cawangan Selangor dan Ibu Pejabat telah hadir untuk bersama-sama memeriahkan bulan Ramadan yang mulia.

4. Majlis Sambutan Maulidur Rasul

Pihak Cawanagan Selangor telah diberi penghargaan untuk menjadi tuan rumah untuk Sambutan Maljis Maulidur Rasul yang dianjurkan oleh Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia. Pihak cawangan Selangor telah menjadi tuan rumah pada tahun2007 dan 2008. Pada tahun 2007, Tn Hj. Amruddin Buang telah dijemput untuk memberi ceramah Maulidur Rasul sementara pada tahun 2008, En. Yusof Che Mat, salah seorang ahli Majlis Muafakat Kebangsaan telah memberi ceramah.

5. Persembahan Silat di Kompleks PKNS sempena Bulan Persatuan Peniaga PKNS Bangi

Pasukan persembahan Silat cawangan Selangor telah diberi kepercayaan untuk membuat persembahan silat sempena Bulan Persatuan Peniaga PKNS Bangi di Kompleks PKNS Bangi, Selangor.Persembahan silat yang diadakan pada 18 April 2009 itu dianggotai oleh ahli-ahli dari cawangan Selangor dan juga dari UKM dan Uniten.

6. Persembahan Silat sempena Hari Kemerdekaan di Kota Damansara pada tahun 2007

Pasukan persembahan silat cawangan Selangor telah menyertai majlis Hari Kemerdekaan di Kota Damansara pada tahun 2007. Pada awal pagi, pasukan persembahan silat juga telah menyertai perarakan Hari Kemerdekaan di sekitar Kota Damansara dan persembahan silat telah dipertontonkan sejurus selepas perarakan itu.

9

7. Persembahan Silat Sempena Pertandingan Berbasikal Tour De Bangi anjuran PKNS.

Pasukan Persembahan silat telah memeriahkan majlis perasmian Pertandingan Berbasikal Tour De Bangi pada tahun 2007 di Kompleks PKNS Bangi dengan satu Persembahan silat yang bertenaga. Pasukan persembahan ini turut disertai oleh ahli-ahli dari UKM, Uniten dan ahli-ahli dari Ibu Pejabat.8. Persembahan silat sepanjang tahun 2006 - 2009

i – Persembahan silat untuk majlis penerangan di Kota Damansara pada tahun 2006, 2007 dan 2008.ii- Persembahan silat sempena Minggu Surau di Puchong Perdana pada tahun 2008.iii – Persembahan silat sempena hari Sukan SMK Taman Kosas di IKBN Dusun Tua.

9. Lain – lain- Gotong-royong membersihkan rumah persatuan dan kawasan persekitaran pada tahun 2008- Penyertaan program-program anjuran Ibu Pejabat seperti bengkel penyediaan solan Sijil Rendah Persilatan pada tahun 2006 dan 2007, Kursus Juri untuk Pertandingan Wajadiri pada tahun 2007 dan 2008.- Penyertaan Program Sukan Ibu Pejabat seperti Futsal dan Bowling Silat Cekak Hanafi.- Anjuran bersama program ceramah persilatan bersama IPT yang berdekatan.

10

8.0 LAPORAN KEAHLIAN

Untuk tiga tahu mulai 2006 hingga 2009, Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Cawangan Selangor telah bergiat melalui beberapa buha pusat latihan, kelas latihan dan sekolah –sekolah di sekitar Selangor D.E. Pada tahun 2007, pihak Ibu Pejabat telah mengeluarkan arahan untuk menerima En. Marwi Bin Latif sebagai Guru Utama. Pihak cawangan Selangor dalam mesyuarat cawanagan telah menerima En. Marwi Bin latif sebagai Guru Utama dan telah mengarahkan semua kelas latihan di bawah cawangan Selangor untuk mematuhi arahan tersebut. Beberapa kelas silat di Selangor tidak mahu mematuhi arahan itu dan pihak cawangan telah bertindak untuk menutup kelas-kelas yang berkaitan. Kelas yang telah ditutup ialah kelas di pusat latihan iaitu Pusat Latihan Serdang dan Pusat Latihan Shah Alam. Kelas di sekolah menengah yang telah ditutup ialah SMK Seksyen 16, Shah Alam dan SMK Puchong Perdana. Kelas di S.M (A) Maahad Hamidiah di Kajang telah ditutp sebagai mematuhi polisi sekolah tersebut yang tidak mahu menganjurkan apa-apa program seni beladiri. Kelas Latihan di Puchong telah mengalami peralihan pentadbiran pada tahun 2008 dan kelas di S.M Teknik Kajang telah dihidupkan kembali pada tahun 2009. Kelas di SMK Taman Kosas telah berjaya dibuka pada tahun 2008.

Bilangan ahli yang berdaftar mengikut kelas-kelas latihan pada akhir bulan Julai adalah seperti berikut:

Ahli Penuh1. Pusat Latihan Bandar Baru Bangi 21 orang.2. Pusat Latihan Puchong 20 orang3. Pusat Latihan Kota Damansara 27 orang

Jumlah : 68 orang.Ahli Muda

1. Sek. Agama Persekutuan, Kajang 42 orang.2. Sek. Men. Teknik, Kajang 36 orang.3. Sek. Men. Jalan 3, Bandar Baru Bangi 17 orang4. Sek. Men. Taman Kosas 40 orang

Jumlah: 128 orang.

Jumlah Keseluruhan: 198 orang.

(nota: Kelas Latihan Institut Pengajian Tinggi dan Kolej di sekitar Selangor adalah dibawah pengurusan Zon/Ibu Pejabat)

Perancangan kelas-kelas baru adalah seperti berikut: Nota:1. Sek. Men SAAS, Kajang Sudah dihantar kertas kerja2. Sek. Men Agama Sungai Merab Luar Sudah dihantar kertas kerja 3. Kelas Latihan Masjid Puchong Sudah dihantar kertas kerja

Disediakan Oleh:

Fairus IshakJawatankuasa KeahlianSCH Caw. Selangor.

11

SENARAI AHLI-AHLI MESYUARAT NEGERI PSSCUHM CAWANGAN SELANGOR BAGI PENGGAL 2006 / 2007

Yang Di Pertua : ___________________________

Naib Yang Di Pertua : ___________________________

6 Ahli Majlis Mesyuarat Negeri

: ___________________________

: ___________________________

: ___________________________

: ___________________________

: ___________________________

: ___________________________

Juruaudit (2 Orang) : ___________________________

: ___________________________

12

LAMPIRAN

Pasukan persembahan silat cawangan sedang membuat persembahan silat di IKBN Dusun Tua sempena Hari Sukan SMK Taman Kosas

Pihak cawangan Selangor telah memberi kerjasama yang cukup kuat untuk menjayakan Pertandingan Wajadiri Nasional peringkat IPT dan Sekolah 2008 yang diadakan di Kolej Universiti Islam Selangor.

13

Ahli wanita cawangan Selangor sedang membuat persiapan jamuan untuk Majlis Berbuka Puasa

Taklimat akhir sedang diberikan sebelum sesuatu persembahan silat dipertontonkan untuk memastikan kualiti persembahan yang baik.

14