mesin pencanai q-1 - water.gov.my download images... · kerja-kerja penyelenggaraan sungai ,jalan...

32
CABARAN INOVASI 2012 Mesin Pencanai Q-1 m/s 1 CABARAN INOVASI 2012 KATEGORI TEKNIKAL DALAMAN MESIN PENCANAI Q-1 KUMPULAN DE’QUILI JPS DAERAH MARAN, PAHANG DARUL MAKMUR

Upload: hanga

Post on 17-Mar-2019

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MESIN PENCANAI Q-1 - water.gov.my download images... · Kerja-kerja penyelenggaraan sungai ,jalan ladang, kawasan skim pengairan, kawasan ... dilengkungkan separa bulatan bagi menyambung

CABARAN INOVASI 2012

Mesin Pencanai Q-1 m/s 1

CABARAN INOVASI 2012

KATEGORI TEKNIKAL DALAMAN

MESIN PENCANAI Q-1

KUMPULAN DE’QUILI JPS DAERAH MARAN, PAHANG DARUL MAKMUR

Page 2: MESIN PENCANAI Q-1 - water.gov.my download images... · Kerja-kerja penyelenggaraan sungai ,jalan ladang, kawasan skim pengairan, kawasan ... dilengkungkan separa bulatan bagi menyambung

CABARAN INOVASI 2012

Mesin Pencanai Q-1 m/s 2

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF 2

2.0 PENGENALAN

2.1 Latarbelakang JPS Maran

2.2 Fungsi Jabatan

2.4 Etika Kumpulan

2.5 Objektif dan Matlamat Kumpulan

2.6 Ahli Kumpulan

3

3

5

6

6

3.0 LAPORAN INOVASI

3.1 Tujuan Inovasi

3.2 Proses-Proses Pelaksanaan Inovasi

3.2.1 Penubuhan Kumpulan

3.2.2 Mengenalpasti Masalah

3.2.3 Sesi ‘ Brainstorming’

3.2.4 Rekabentuk

3.2.5 Pembuatan dan Pemasangan

3.2.6 Ujicuba

3.2.7 Penambahbaikan

9

9

10

11

12

13

14

25

26

4.0 IMPAK INOVASI 27

5.0 PENUTUP 31

Page 3: MESIN PENCANAI Q-1 - water.gov.my download images... · Kerja-kerja penyelenggaraan sungai ,jalan ladang, kawasan skim pengairan, kawasan ... dilengkungkan separa bulatan bagi menyambung

CABARAN INOVASI 2012

Mesin Pencanai Q-1 m/s 3

1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF

Kerja-kerja penyelenggaraan sungai ,jalan ladang, kawasan skim pengairan, kawasan

persekitaran pejabat yang dijalankan oleh kakitangan sokongan melibatkan pengunaan

mesin rumput, parang, sabit, cangkul, penggali dan lain-lain. Peralatan-peralatan ini

perlu diasah setiap hari bagi memastikan kerja-kerja yang dilaksanakan berjalan lancar

dengan sempurna. Kebiasaannya kerja-kerja mengasah dijalankan dengan

menggunakan kikir mengambil masa yang lama dan melibatkan kos yang tinggi.

Sehubungan itu kumpulan De’ Quili telah berbincang dan bersepakat untuk

mencari penyelesaian masalah ini dengan mencipta Mesin Pencanai Q-1. Dengan

terciptanya alat ini, ia dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi selaras dengan

misi jabatan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan jabatan.

Page 4: MESIN PENCANAI Q-1 - water.gov.my download images... · Kerja-kerja penyelenggaraan sungai ,jalan ladang, kawasan skim pengairan, kawasan ... dilengkungkan separa bulatan bagi menyambung

CABARAN INOVASI 2012

Mesin Pencanai Q-1 m/s 4

2.0 PENGENALAN

2.1 Latar Belakang JPS Daerah Maran

Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Maran merupakan agensi

Kerajaan. Asalnya beroperasi di bawah Pentadbiran Jabatan Pengairan

dan Saliran Wilayah Pahang Tengah yang berpusat di Temerloh. Pada

November, 1981 Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Maran

diwujudkan dan beroperasi di pejabat sendiri di Bandar Maran iaitu kira-

kira 80km dari Bandar Kuantan dan kira–kira 48km dari Bandar Temerloh,

Pahang Darul Makmur.

2.2 Fungsi Utama Jabatan

Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Maran, Pahang Darul Makmur

beroperasi berasaskan kepada empat (4) fungsi utama iaitu:-

2.2.1 Pengairan dan Saliran Pertanian

Membangun, mengendali dan menyelenggara

kemudahan pengairan, saliran, tebatan banjir

serta menjalankan kerja pemeliharaan sungai

bagi mendukung pembangunan dan kemajuan

sektor pertanian bagi faedah petani–petani

kecil.

Page 5: MESIN PENCANAI Q-1 - water.gov.my download images... · Kerja-kerja penyelenggaraan sungai ,jalan ladang, kawasan skim pengairan, kawasan ... dilengkungkan separa bulatan bagi menyambung

CABARAN INOVASI 2012

Mesin Pencanai Q-1 m/s 5

2.2.2 Sungai dan Saliran Bandar

2.2.3 Pengurusan Banjir

2.2.4 Hidrologi Dan Sumber Air

Mengkaji, merancang dan melaksanakan

kerja-kerja tebatan banjir di kawasan

bandar/ luar bandar bagi mengurangkan

kejadian banjir.

Mengkaji, merancang dan

melaksanakan program pemeliharaan

dan pemuliharaan sungai-sungai di

bandar / luar bandar dengan

melindungi nyawa, harta benda dan

kawasan-kawasan pertanian serta

menyediakan kemudahan rekreasi

Mengumpul data–data Hidrologi bagi

memenuhi keperluan pembangunan dan

pengurusan sumber air yang

dikendalikan oleh pelbagai Jabatan dan

agensi kerajaan.

Page 6: MESIN PENCANAI Q-1 - water.gov.my download images... · Kerja-kerja penyelenggaraan sungai ,jalan ladang, kawasan skim pengairan, kawasan ... dilengkungkan separa bulatan bagi menyambung

CABARAN INOVASI 2012

Mesin Pencanai Q-1 m/s 6

2.3 Latar Belakang Kumpulan

Nama Kumpulan ialah De’ Quili. Ditubuhkan pada 17 Februari 2012

yang membawa maksud sepertimana berikut:-

Q - Quality

U - Untuk

I - Inovasi

L - Latihan

I - Ilmu

Ahli kumpulan ini terdiri daripada kakitangan Sokongan II yang terlibat

secara langsung dengan kerja-kerja penyelenggaraan sungai ,jalan

ladang, kawasan skim pengairan dan kawasan persekitaran pejabat.

2.4 Etika Kumpulan

Menepati masa dan janji

Berkebolehan

Berdisiplin dan berhemah tinggi

Keceriaan dan kemesraan sesama ahli

Ikhlas dan jujur

Page 7: MESIN PENCANAI Q-1 - water.gov.my download images... · Kerja-kerja penyelenggaraan sungai ,jalan ladang, kawasan skim pengairan, kawasan ... dilengkungkan separa bulatan bagi menyambung

CABARAN INOVASI 2012

Mesin Pencanai Q-1 m/s 7

2.5 Objektif Dan Matlamat Kumpulan :

Memberi komitmen dan pandangan yang jujur ke arah kebaikan

bersama.

Memberi sumbangan yang efektif dalam pengurusan pengairan dan

saliran kepada pelanggan.

2.6 Ahli Kumpulan :

Ahli Kumpulan De’Quili terdiri daripada sepuluh (10) kakitangan

kumpulan sokongan II yang menerajui bahagian penyelenggaraan

Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Maran.

Ketua Kumpulan : En.Mohd Nurakmal Bin Ahmad

( Pekerja Awam Khas R3 )

Timb. Ketua Kumpulan : En. Kasmun Bin Wahab

( Pekerja Awam R1 )

Setiausaha : Pn. Rohaida Binti Mohamed Zawawi

( Pekerja Awam R1 )

Page 8: MESIN PENCANAI Q-1 - water.gov.my download images... · Kerja-kerja penyelenggaraan sungai ,jalan ladang, kawasan skim pengairan, kawasan ... dilengkungkan separa bulatan bagi menyambung

CABARAN INOVASI 2012

Mesin Pencanai Q-1 m/s 8

Ahli–ahli : En. Mohd Kamar Arifin Bin

Mohammad

(Pekerja Awam Khas R3 )

En. Mohd Norzeri Bin Ramli

(Pekerja Awam R4 )

En. Mohd Nazli Bin Shaari

(Pekerja Awam Khas R3 )

En. Mohamed Jamal Bin Abdullah

(Pemandu R6 )

En. Abdul Razak Bin Daud

( Pekerja Awam R1)

En. Mohd Latif Hapiz Bin Abu Talib

(Pekerja Awam R1 )

En. Zamzuri Bin Mohamed Nafiah

( Pekerja Awam R1)

Page 9: MESIN PENCANAI Q-1 - water.gov.my download images... · Kerja-kerja penyelenggaraan sungai ,jalan ladang, kawasan skim pengairan, kawasan ... dilengkungkan separa bulatan bagi menyambung

CABARAN INOVASI 2012

Mesin Pencanai Q-1 m/s 9

CARTA KUMPULAN DE’QUILI

KASMUN (TIMB. KETUA KUMPULAN)

MOHD NURAKMAL (KETUA KUMPULAN)

SALIZA MOHD SAID (PENASIHAT)

MOHD AFUAN (FASILITATOR)

ROHAIDA (SETIAUSAHA)

Gambar 1 : Carta Organisasi Kumpulan De’ Quili

AMDAN (PEMUDAHCARA)

MOHD KAMAR ARIFIN (AHLI)

MOHD NORZERI (AHLI)

MOHD JAMAL (AHLI)

MOHD NAZLI (AHLI)

MOHD LATIF HAPIZ (AHLI)

ABDUL RAZAK (AHLI)

ZAMZURI (AHLI)

Page 10: MESIN PENCANAI Q-1 - water.gov.my download images... · Kerja-kerja penyelenggaraan sungai ,jalan ladang, kawasan skim pengairan, kawasan ... dilengkungkan separa bulatan bagi menyambung

CABARAN INOVASI 2012

Mesin Pencanai Q-1 m/s 10

3.0 LAPORAN INOVASI

3.1 Tujuan projek inovasi

Mesin Pencanai Q-1 ini diilhamkan berdasarkan kepada beberapa permasalahan

yang sering dihadapi oleh kakitangan sokongan 11 dalam menjalankan kerja-

kerja seharian yang membabitkan penggunaan peralatan seperti mesin rumput,

parang, sabit, cangkul, penggali dan lain-lain. Melalui pembuatan dan

penggunaa Mesin Pencanai Q-1 ini beberapa faedah yang diperoleh adalah

seperti berikut;

i) Mejimatkan masa

ii) Menjimatkan Kos (belian)

iii) Ketahanlasakan

iv) Mudah alih

3.2 Proses-Proses Pelaksanaan Inovasi

Projek Inovasi, Mesin Pencanai Q-1 ini dilaksanakan secara in-house, hanya

kerja-kerja kimpalan dibuat di bengkel luar. Proses rekabentuk dan pemasangan

dan ujicuba di jalankan secara dalaman. Lapan (8) strategi inovasi yang

dijalankan dalam menghasilkan Mesin pencanai Q-1 ini adalah seperti rajah di

bawah;

Page 11: MESIN PENCANAI Q-1 - water.gov.my download images... · Kerja-kerja penyelenggaraan sungai ,jalan ladang, kawasan skim pengairan, kawasan ... dilengkungkan separa bulatan bagi menyambung

CABARAN INOVASI 2012

Mesin Pencanai Q-1 m/s 11

3.2.1 Penubuhan Kumpulan

Kumpulan De’ Quili ini ditubuhkan pada Februari 2012 dengan 10 (sepuluh) orang

keahlian yang terdiri daripada kakitangan sokongan 11. Jurutera Daerah JPS Maran

bertindak sebagai Penasihat manakala Penolong Jurutera sebagai fasilitator.

MESIN PENCANAI

Q-1

1.0PENUBUHAN KUMPULAN

2.MENGENAL

PASTI MASALAH

3. BRAIN

STORMING

4. REKABENTUK

5.PEMBUATAN

6.UJICUBA

7.PENAMBAH

BAIKAN

8.APLIKASI

Gambar 2 : Proses Pelaksanaan Inovasi

Page 12: MESIN PENCANAI Q-1 - water.gov.my download images... · Kerja-kerja penyelenggaraan sungai ,jalan ladang, kawasan skim pengairan, kawasan ... dilengkungkan separa bulatan bagi menyambung

CABARAN INOVASI 2012

Mesin Pencanai Q-1 m/s 12

3.2.2 Mengenalpasti Masalah

Pada awal perbincangan dan sesi ‘brainstorming’ yang diadakan, beberapa cadangan

inovasi telah dibincangkan berdsarkan kepada permasalahan dalam menjalankan kerja-

kerja penyelenggaraan. Diantara cadangan-cadangan tersebut adalah seperti berikut;

Bil Pencadang Masalah Cadangan Projek

1 En. Kasmun bin

Wahab

Kerja-kerja mengasah yang

susah dan lama

Alat pengasah mata

mesin rumput

2 En. Mohd Jamal bin

Abdullah

Penggunaan minyak petrol

yang banyak dalam kerja-

kerja penyelenggaraan

Bahan kimia campuran

3 En. Abdul Razak bin

Daud

Ketidaktepatan dalam kerja-

kerja mengukur jalan ladang,

sungai dan lain-lain

Penggunaan tali nilon

dalam menjalankan

kerja-kerja mengukur

4 En. Kamar Arifin Ketiadaan tempat simpanan

tali tangsi

Penyediaan bekas

simpanan tali tangsi

bagi mesin rumput

Setelah beberapa sesi perbincangan, semua ahli kumpulan bersetuju agar cadangan

alat pengasah yang dikomersilkan bagi projek inovasi.

Jadual 1 : Masalah dan Cadangan Penyelesaian

Page 13: MESIN PENCANAI Q-1 - water.gov.my download images... · Kerja-kerja penyelenggaraan sungai ,jalan ladang, kawasan skim pengairan, kawasan ... dilengkungkan separa bulatan bagi menyambung

CABARAN INOVASI 2012

Mesin Pencanai Q-1 m/s 13

3.2.3 Sesi ‘Brainstroming’

Sesi ‘brainstorming’ dan perbincangan diadakan setiap Jumaat, 3.00 petang yang telah

ditetapkan. Melalui sesi ini, perkara-perkara yang dibincangkan termasuk penamaan

Kumpulan, Tajuk Projek, Moto Kumpulan, Latarbelakang Kumpulan, Logo dan Proses

Rekabentuk serta kebaikan Mesin Pencanai yang diinovasikan.

Gambar 3 : Sekitar Sesi ‘brainstorming’ yang diadakan bersama

Penasihat dan Fasilitator

Page 14: MESIN PENCANAI Q-1 - water.gov.my download images... · Kerja-kerja penyelenggaraan sungai ,jalan ladang, kawasan skim pengairan, kawasan ... dilengkungkan separa bulatan bagi menyambung

CABARAN INOVASI 2012

Mesin Pencanai Q-1 m/s 14

3.2.4 Rekabentuk

Setelah beberapa siri perbincangan rekabentuk dan penambahbaikan, maka hasil

rekacipta di terjemahkan dalam lukisan rekabentuk. Setiap komponen yang digunakan

daripada bahan terpakai seperti plat besi, perumah, gandar mesin rumput terpakai.

Penyediaan lukisan rekabentuk ini bagi memudahkan kerja-kerja pembuatan di bengkel

dan pemasangan semua komponen oleh ahli kumpulan di pejabat.

Gambar 4 : Lukisan Rekabentuk Mesin Pencanai Q-1

Page 15: MESIN PENCANAI Q-1 - water.gov.my download images... · Kerja-kerja penyelenggaraan sungai ,jalan ladang, kawasan skim pengairan, kawasan ... dilengkungkan separa bulatan bagi menyambung

CABARAN INOVASI 2012

Mesin Pencanai Q-1 m/s 15

3.2.5 Pembuatan dan pemasangan

Langkah 1

Langkah 2

Gambar 5 : Dua (2) keping plat besi, berketebalan 3mm dipotong

separuh bulatan mengikut lukisan rekabentuk

Gambar 6 : Sekeping plat besi setebal 3mm dipotong sepanjang 25mm,

dilengkungkan separa bulatan bagi menyambung 2 keping plat

Page 16: MESIN PENCANAI Q-1 - water.gov.my download images... · Kerja-kerja penyelenggaraan sungai ,jalan ladang, kawasan skim pengairan, kawasan ... dilengkungkan separa bulatan bagi menyambung

CABARAN INOVASI 2012

Mesin Pencanai Q-1 m/s 16

Langkah 3

Langkah 4

Gambar 7 : Plat besi bersaiz 6mm x 100mm x 100mm dipotong

sebagai tapak komponen (1) dan (2)

Gambar 8 : Plat besi bersaiz 5mm x 110mm x 25mm dipotong

Page 17: MESIN PENCANAI Q-1 - water.gov.my download images... · Kerja-kerja penyelenggaraan sungai ,jalan ladang, kawasan skim pengairan, kawasan ... dilengkungkan separa bulatan bagi menyambung

CABARAN INOVASI 2012

Mesin Pencanai Q-1 m/s 17

Langkah 5

Langkah 6

Gambar 9 : Plat besi berdiameter 25mm x 50mm dipotong

Gambar 10 : Plat besi bersaiz 6mm x 90mm x 50mm dipotong. Empat

(4) lubang berdiameter 6mm ditebuk pada plat besi bagi

pemasangan U-bolt

Page 18: MESIN PENCANAI Q-1 - water.gov.my download images... · Kerja-kerja penyelenggaraan sungai ,jalan ladang, kawasan skim pengairan, kawasan ... dilengkungkan separa bulatan bagi menyambung

CABARAN INOVASI 2012

Mesin Pencanai Q-1 m/s 18

Langkah 7

Langkah 8

Gambar 11 : Semua komponen di Langkah 1 – 7 dipateri mengikut

lukisan rekbentuk membentuk perumah (casing) bagi mata pencanai

Gambar 12 : Gandar mesin rumput terpakai dipotong sepanjang

480mm

Page 19: MESIN PENCANAI Q-1 - water.gov.my download images... · Kerja-kerja penyelenggaraan sungai ,jalan ladang, kawasan skim pengairan, kawasan ... dilengkungkan separa bulatan bagi menyambung

CABARAN INOVASI 2012

Mesin Pencanai Q-1 m/s 19

Langkah 9

Gambar 13 : ‘Shaft’ mesin rumput lama dipotong bersaiz diameter 7mm x

570mm diubahsuai dengan pematerian besi bulat berdiameter 12mm kepada

‘shaft’. Ini bertujuan bagi menggerakkan mata pencanai

Besi bulat berdiameter 12mm

‘Shaft mesin rumput’

Page 20: MESIN PENCANAI Q-1 - water.gov.my download images... · Kerja-kerja penyelenggaraan sungai ,jalan ladang, kawasan skim pengairan, kawasan ... dilengkungkan separa bulatan bagi menyambung

CABARAN INOVASI 2012

Mesin Pencanai Q-1 m/s 20

Langkah 10

Langkah 11

Gambar 14 : Besi padu berdiameter 30mm x 80mm dilarik bahagian luar dan

dalam mengikut lukisan rekabentuk, dipasang dengan dua (2) unit bolt

bersaiz 12mm untuk tujuan pengetatan kepada gandar

Gambar 15 : Semua komponen sedia untuk dipasang

Page 21: MESIN PENCANAI Q-1 - water.gov.my download images... · Kerja-kerja penyelenggaraan sungai ,jalan ladang, kawasan skim pengairan, kawasan ... dilengkungkan separa bulatan bagi menyambung

CABARAN INOVASI 2012

Mesin Pencanai Q-1 m/s 21

Langkah 12

Langkah 13

Gambar 16 : Mata pencanai di pasang pada gegancu gandar

Gambar 17 : Mata pencanai dipasang ke dalam perumah (casing) serta

diketatkan kepada gandar dengan tapak menggunakan U-bolt

berdiameter 6mm

Page 22: MESIN PENCANAI Q-1 - water.gov.my download images... · Kerja-kerja penyelenggaraan sungai ,jalan ladang, kawasan skim pengairan, kawasan ... dilengkungkan separa bulatan bagi menyambung

CABARAN INOVASI 2012

Mesin Pencanai Q-1 m/s 22

Langkah 14

Langkah 15

Gambar 18 : ‘Shaft’ dimasukkan ke dalam gandar

Gambar 19 : Besi penyambung gandar dipasang kepada

gandar, diketatkan dengan 2 unit bolt-nut

Page 23: MESIN PENCANAI Q-1 - water.gov.my download images... · Kerja-kerja penyelenggaraan sungai ,jalan ladang, kawasan skim pengairan, kawasan ... dilengkungkan separa bulatan bagi menyambung

CABARAN INOVASI 2012

Mesin Pencanai Q-1 m/s 23

Langkah 16

Langkah 17

Cara Pemasangan Mesin Pencanai De’Quili kepada mesin rumput

Gambar 21:

Cabutkan pin dari mesin rumput.

Gambar 20 : Komponen Mesin De’Quili yang siap dipasang

Page 24: MESIN PENCANAI Q-1 - water.gov.my download images... · Kerja-kerja penyelenggaraan sungai ,jalan ladang, kawasan skim pengairan, kawasan ... dilengkungkan separa bulatan bagi menyambung

CABARAN INOVASI 2012

Mesin Pencanai Q-1 m/s 24

Gambar 22:

Cabutkan gandar dari mesin

rumput.

Gambar 23 :

Masukkan ulu mesin Pencanai Q-1

Gambar 24 :

Masukkan pin dan kemaskan pada

mesin rumput.

Page 25: MESIN PENCANAI Q-1 - water.gov.my download images... · Kerja-kerja penyelenggaraan sungai ,jalan ladang, kawasan skim pengairan, kawasan ... dilengkungkan separa bulatan bagi menyambung

CABARAN INOVASI 2012

Mesin Pencanai Q-1 m/s 25

Gambar 25 :

Hidupkan mesin rumput.

Gambar 26 :

Laraskan kuasa dengan kadar yang

bersesuaian.

Gambar 27 :

Setelah mendapat kuasa yang

bersesuaian mesin tersebut boleh

digunakan.

Page 26: MESIN PENCANAI Q-1 - water.gov.my download images... · Kerja-kerja penyelenggaraan sungai ,jalan ladang, kawasan skim pengairan, kawasan ... dilengkungkan separa bulatan bagi menyambung

CABARAN INOVASI 2012

Mesin Pencanai Q-1 m/s 26

3.2.6 Ujicuba

Setelah semua komponen dipasangn menjadi Mesin Pencanai Q-1, maka beberapa

sesi percubaan penggunaan mesin ini dijalankan bagi bertujuan mengenalpasti faedah

dan penambaikan yang perlu dijalankan.

Gambar 28 : Mesin Pencanai Q-1 diujicuba untuk mengasah mata

mesin rumput di luar pejabat

Page 27: MESIN PENCANAI Q-1 - water.gov.my download images... · Kerja-kerja penyelenggaraan sungai ,jalan ladang, kawasan skim pengairan, kawasan ... dilengkungkan separa bulatan bagi menyambung

CABARAN INOVASI 2012

Mesin Pencanai Q-1 m/s 27

3.2.7 Penambahbaikan

Melalui beberapa siri ujicuba dan perbincangan lanjutan selepas penggunaan

Mesin Pencanai Q-1, ahli kumpulan telah mengenalpasti beberapa

penambahbaikan yang perlu diambil bagi menjadikan mesin ini mencapai

matlamat ciptaannya;

Bil Tindakan Penambahbaikan

1 Panjang bolt-nut yang dipasang bagi mengetatkan gandar dipotong agar

tidak mengganggu penggunaannya

2 Penutup getah dipasang dihujung gandar

dan shaft agar tidak tertanggal dan

meningkatkan tahap keselamatan

pengguna

3 Lubang percikan api ditebuk di bahagian bawah perumah (casing) agar

percikan api tidak mengenai pengguna di samping memudahkan habuk besi

yang berkumpul di dalam perumah dibersihkan.

4 Mesin dicat dengan bahan anti-karat dan penggunaan gris serta minyak

pelincir bagi tujuan penyelenggaraan berkala

5 Larikan pada plat penyambung gandar diubahsuai mengikut kesesuaian

semua jenis mesin rumput

Jadual 2 : Cadangan-Cadangan Penambahbaikan

Page 28: MESIN PENCANAI Q-1 - water.gov.my download images... · Kerja-kerja penyelenggaraan sungai ,jalan ladang, kawasan skim pengairan, kawasan ... dilengkungkan separa bulatan bagi menyambung

CABARAN INOVASI 2012

Mesin Pencanai Q-1 m/s 28

4.0 Impak Inovasi

Kerja-kerja mengasah peralatan penyelenggaraan amat penting dijalankan oleh

kakitangan penyelenggaraan bagi melancarkan lagi kerja harian. Penggunaan kikir

sebagai alat pengasah dianggap tidak signifikan memandangkan masa yang diperlukan

agak lama dan jumlah kos belian yang agak tinggi. Dengan ciptaan alat inovasi Mesin

Pencanai Q-1 ini beberapa faedah yang dikenalpasti dan diperolehi berbanding dengan

alat kikir dan faedah-faedah lain adalah seperti berikut. Faedah-faedah ini

diterjemahkan bagi 10 orang kakitangan JPS Maran yang menjalankan kerja-kerja

penyelenggaraan rutin

MATA KIKIR MESIN PENCANAI Q-1

Masa Mengasah Peralatan Menyelenggara

Jangkasama yang diambil oleh setiap

pekerja bagi setiap peralatan adalah 10 – 15

minit. Maka bagi 10 orang kakitangan JPS

Maran memakan masa;

10 orang x 15min = 150 minit

Jangkasama yang diambil bagi setiap

pekerja hanya ~3 min, maka;

10 orang x 3min = 30 minit

Jumlah Kos Belian (setahun)

Setiap kakitangan setiap bulan memerlukan

1 unit alat kikir dan harga 1 unit alat kikir =

Kos pembuatan Mesin Pencanai Q-1

hanya RM 230.00.

Page 29: MESIN PENCANAI Q-1 - water.gov.my download images... · Kerja-kerja penyelenggaraan sungai ,jalan ladang, kawasan skim pengairan, kawasan ... dilengkungkan separa bulatan bagi menyambung

CABARAN INOVASI 2012

Mesin Pencanai Q-1 m/s 29

MATA KIKIR MESIN PENCANAI Q-1

RM 25.00. maka bagi kos setahun;

10 orang x RM 25 x 12 bulan

= RM 3,000.00

Kos penyelenggaraan

Tidak boleh diselenggara dan digunapakai

semula. Kikir dibuang terus.

Mata kikir boleh ditukarganti dan

digunakan setiap tahun dengan kos;

RM 6.00 x 2 keping = RM 12.00

Ketahanlasakan

Setiap unit alat kikir hanya boleh bertahan

selama sebulan bagi setiap orang dan

bergantung kepada kekerapan penggunaan.

Mesin boleh bertahun bertahun-tahun

dengan kos penyelenggaraan

membabitkan penggantian mata kikir

dan penggunaan minyak gris.

Disamping itu, beberapa faedah Mesin Pencanai Q-1 ini adalah seperti berikut;

i) Diadapatasikan menggunakan bahan-bahan terpakai;

ii) Mudahalih dimana boleh digunakan dikawasan lapangan yang tiada

sumber bekalan elektrik; dan

iii) Dwi-fungsi, boleh digunakan dengan sambungan ke mesin rumput dan

Mesin Pencanai Q-1

Jadual 3 : Kebaikan/ Faedah Penggunaan Mesin Pencanai Q-1 Berbanding

Alat Kikir

Page 30: MESIN PENCANAI Q-1 - water.gov.my download images... · Kerja-kerja penyelenggaraan sungai ,jalan ladang, kawasan skim pengairan, kawasan ... dilengkungkan separa bulatan bagi menyambung

CABARAN INOVASI 2012

Mesin Pencanai Q-1 m/s 30

Resit Bayaran Pembuatan Komponen Mesin Pencanai Q-1

Gambar 29 : Resit bayaran bagi pembuatan komponen Mesin

Pencanai Q-1 di bengkel

Page 31: MESIN PENCANAI Q-1 - water.gov.my download images... · Kerja-kerja penyelenggaraan sungai ,jalan ladang, kawasan skim pengairan, kawasan ... dilengkungkan separa bulatan bagi menyambung

CABARAN INOVASI 2012

Mesin Pencanai Q-1 m/s 31

Gambar perbandingan penggunaan alat kikir dan Mesin Pencanai Q-1

Gambar 30 : Cara kerja konvensional menggunakan alat kikir

yang memakan masa `15min

Gambar 31: Mesin Pencanai Q-1 digunakan dengan masa

hanya ~3 min sahaja

Page 32: MESIN PENCANAI Q-1 - water.gov.my download images... · Kerja-kerja penyelenggaraan sungai ,jalan ladang, kawasan skim pengairan, kawasan ... dilengkungkan separa bulatan bagi menyambung

CABARAN INOVASI 2012

Mesin Pencanai Q-1 m/s 32

5 Penutup

Mesin Pencanai Q-1 ini merupakan mesin yang sangat efektif. Ianya begitu

menjimatkan dan sesuai dibawa kemana sahaja. Ini adalah kerana ianya tidak

melibatkan penggunaan elektrik. Dengan wujudnya mesin maka kerja-kerja

penyelenggaraan dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan berkesan tanpa

sebarang masalah.

Mesin pencanai Q-1 ini juga boleh digunakan oleh semua kakitangan

penyelenggaraan untuk mana-mana Jabatan/Agensi bagi memudahkan lagi kerja-kerja

rutin harian dijalankan dengan penjimatan masa dan kos yang efektif.

Gambar 32 : Mesin Pencanai Q-1 yang telah siap dipasang