merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)

15
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PEREKAYASAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2012 LATAR BELAKANG 1. Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020. Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. 2. Mengimbau sejarah perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (B & K) di Malaysia, ianya telah bermula sejak tahun 1939. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ketika itu dikenali sebagai EDUCATION DEPARTMENT OF THE STRAITS SETTLEMENTS AND THE FEDERATED MALAY STATES telah menerbitkan sebuah buku panduan kerjaya untuk murid sekolah yang berjudul A Guide to Careers in Malaya for Parents, Teachers and Pupils. Langkah penerbitan buku berkenaan diambil sebagai meniru 1

Upload: cikckmanis

Post on 01-Dec-2015

69 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

UBK

TRANSCRIPT

Page 1: Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling (13.1.2012)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PEREKAYASAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA2012

LATAR BELAKANG

1. Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan

modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan,

berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi

mengisi keperluan negara maju 2020. Modal insan yang ingin

dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif,

berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta

peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk

berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-

ubah.

2. Mengimbau sejarah perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (B & K)

di Malaysia, ianya telah bermula sejak tahun 1939. Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) ketika itu dikenali sebagai EDUCATION

DEPARTMENT OF THE STRAITS SETTLEMENTS AND THE

FEDERATED MALAY STATES telah menerbitkan sebuah buku

panduan kerjaya untuk murid sekolah yang berjudul A Guide to

Careers in Malaya for Parents, Teachers and Pupils. Langkah

penerbitan buku berkenaan diambil sebagai meniru sistem pendidikan

di Amerika Syarikat yang mewujudkan unit bimbingan dan kaunseling

kerjaya di sekolah.

3. Kemudian pada tahun 1966, KPM melalui Bahagian Sekolah-Sekolah

menerbitkan pula buku yang berjudul SCHOOL GUIDANCE SERVICES.

1

Page 2: Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling (13.1.2012)

Buku tersebut telah dibiayai oleh Unesco dan telah ditulis oleh pakar

bimbingan dan kaunseling kerjaya bernama RK McKenzie daripada

Kanada. Beliau dibantu oleh 11 orang pegawai Hal Ehwal Murid

daripada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) seluruh negara untuk

menulisnya.

4. Sejak itu, perkhidmatan B & K di sekolah telah diberi pengiktirafan oleh

KPM di mana sebagai contoh pada awal tahun 1960an hingga tahun

1980an, daripada tidak mempunyai bilik khas B & K telah dipastikan

perkhidmatan ini ada mempunyai bilik khas untuk menjalankan

perkhidmatan tersebut di sekolah pada tahun 1996. Sebelum tahun

1996, tidak ada perjawatan sepenuh masa guru bimbingan dan

kaunseling, namun bermula pada tahun 1996, kerajaan telah bersetuju

meluluskan perjawatan tersebut secara sepenuh masa.

5. Dalam hal ini, semua guru B & K mesti memahami bahawa

perkhidmatannya adalah secara over and above di sekolah. Kuota guru

B & K di sekolah tidak sama dengan guru mata pelajaran akademik.

Enrolment kelayakan untuk setiap sekolah adalah bagi sekolah

menengah, 500 orang murid nisbah seorang guru dan bagi sekolah

rendah, 350 orang murid bagi seorang guru. Perkhidmatan guru B & K

secara sepenuh masa membawa maksud guru B & K (sekolah rendah

dan menengah) memberikan perkhidmatan sepenuh masa dengan

waktu bertugas mengikut waktu persekolahan sama seperti guru mata

pelajaran biasa.

6. Kesemua yang dilakukan seperti yang disebutkan tadi adalah kerana

kepercayaan dan keyakinan KPM bahawa perkhidmatan ini akan

benar-benar dapat membantu usaha-usaha membangunkan sahsiah

dan disiplin murid di peringkat sekolah. Jemaah Menteri pula pada

tahun 2001 semasa menimbangkan memorandum bagi mewujudkan

jawatan guru kaunseling sepenuh masa juga menekankan bahawa

2

Page 3: Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling (13.1.2012)

aspek pembangunan sahsiah dan disiplin murid perlu diberi penekanan

dan keutamaan dengan wujudnya jawatan ini.

7. Setelah hampir lima belas tahun perkhidmatan tersebut diberi peranan

secara sepenuh masa, apakah perkhidmatan tersebut telah mencapai

objektifnya. Harapan yang telah diamanahkan kepada guru-guru B & K,

apakah telah dapat ditunaikan dengan jayanya? Kesemua persoalan ini

perlu kita analisa secara konstruktif dan mendalam. Sekiranya harapan

tersebut belum mencapai kejayaan seperti diharapkan, maka kita

perlu melakukan perubahan yang dikira drastik bagi memulihkan

kepercayaan stake holder KPM terhadap perkhidmatan ini.

8. Hari ini, isu yang melibatkan disiplin murid secara keseluruhannya

masih belum dapat diatasi sepenuhnya. Sungguh pun data yang

dikumpul oleh KPM masih dikatakan boleh dikawal, di mana dalam

tempoh 5 tahun (2007 hingga 2011) menunjukkan ianya berada

pada kadar purata 2.07%, namun dari segi jumlah yang terlibat masih

besar.

9. Sebagai contoh, pada tahun 2011 sahaja, kes-kes melibatkan disiplin

murid adalah berjumlah seramai 110218 atau 2.05%. Kes-kes ini

termasuklah kes-kes yang berat seperti memukul, bergaduh, ponteng

sekolah serta kes-kes disiplin yang ringan seperti kekemasan diri. Hal

ini menunjukkan bahawa sekitar 2 hingga 3 peratus bilangan murid

yang masih perlu diberi perhatian sewajarnya. Daripada jumlah

tersebut, seramai 72,873 (66.1%) orang adalah melibatkan murid

sekolah menengah dan seramai 37,345 (33.9%) orang adalah murid

sekolah rendah.

10. Berdasarkan maklumat tersebut, KPM masih berhadapan dengan isu

yang melibatkan sahsiah dan disiplin murid. Ternyata bahawa KPM

perlu membuat perubahan terhadap perkhidmatan ini. Ditambah pula

3

Page 4: Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling (13.1.2012)

isu yang sedang dihadapi sekarang bertambah kompleks kerana latar

belakang puncanya yang pelbagai.

11. Generasi anak muda kita hari ini yang dikenali sebagai generasi Y,

mereka ini celik IT. Perhubungan dalam kalangan mereka berasaskan

twitter, facebook, sms dan daya imaginasi pahlawan mereka

berimejkan robot. Istilah Robocop, Transformers dan The X-Men

menyaksikan zaman ini, manusia dilihat hebat kerana menggunakan

kecanggihan sains, teknologi dan telekomunikasi yang global.

12. Sungguh pun hukuman dan penguatkuasaan merupakan sebahagian

daripada usaha membendung permasalahan ini, namun ia juga

terbukti dewasa kini kurang berkesan sepenuhnya. Anak-anak kita hari

ini telah semakin terbuka dan mengetahui hak-hak mereka. Hukuman

secara tradisional telah mula dipertikaikan dan ironinya disokong pula

oleh ibu bapa mereka. Lagi pun hukuman sahaja tanpa diikuti dengan

langkah-langkah berkesan dalam usaha intervensi terhadap salah laku

tersebut tidak akan membawa apa-apa makna kepada pembangunan

sahsiah yang disebutkan tadi.

13. Hari ini, disebabkan isu-isu yang disebutkan tadi masih berterusan,

maka kewajaran perkhidmatan B & K secara sepenuh masa di sekolah

telah mula dipertikaikan. Hal ini disebabkan perkhidmatan ini yang

sepatutnya memberi fokus kepada membangunkan sahsiah dan

disiplin murid telah kurang diberi perhatian. Guru-guru B & K pula

sering diberi persepsi yang negatif, misalnya sering menjalankan tugas

di luar sekolah. Tanggung jawab memberikan perkhidmatan

kaunseling dalam membendung isu tersebut juga telah mula

kedengaran dipertikaikan keberkesannya.

14. Kesemua ini menuntut agar KPM melaksanakan perubahan bukan

sahaja dari segi konsep pelaksanaan perkhidmatan ini tetapi juga dari

4

Page 5: Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling (13.1.2012)

segi fokus operasinya agar dapat direkayasa semula dalam

membendung permasalahan yang disebutkan tadi.

15. Dalam hal ini, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) telah

meminta Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), KPM untuk

mengambil langkah berkesan dalam usaha merekayasa Perkhidmatan

B & K di sekolah. KPPM telah meminta agar perkhidmatan ini

memberi fokus sepenuhnya kepada usaha pembangunan

sahsiah serta membendung permasalahan disiplin dalam

kalangan murid di sekolah. Hal ini disebabkan guru B & K

merupakan guru yang telah dilepaskan daripada tanggungjawab dalam

P&P dan mereka diharap boleh memberi tumpuan sepenuhnya bagi

menangani permasalahan tersebut.

PEREKAYASAAN PERKHIDMATAN B & K DI SEKOLAH

TUJUAN

16. Supaya Guru B & K memfokuskan perkhidmatannya kepada usaha

Pembangunan Sahsiah dan Peningkatan Disiplin Murid di sekolah.

KONSEP

17. Perkhidmatan B & K di sekolah adalah perkhidmatan yang mesra

murid, rakan guru, ibu bapa dan masyarakat. Menerusi perkhidmatan

yang diberikan boleh membantu murid meningkatkan keupayaan

berfikir dan bertindak secara positif dan berkesan.

18. Guru B & K menjiwai bahawa setiap muridnya merupakan aset penting

yang perlu sentiasa dibantu dan dibimbing agar mereka boleh

membuat keputusan yang wajar dan betul dalam menjalani

kehidupannya.

5

Page 6: Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling (13.1.2012)

OBJEKTIF

19. Objektif perkhidmatan B & K di sekolah adalah;

19.1 Sebagai perkhidmatan yang mesra murid

19.2 Meningkatkan disiplin diri murid

19.3 Membangun dan mengembangkan sahsiah diri murid

FOKUS PERKHIDMATAN B & K

20. Perkhidmatan B & K dilaksanakan secara sepenuh masa dan berfokus

kepada program dan aktiviti;

20.1 Pembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid

20.2 Peningkatan disiplin diri murid

20.3 Pendidikan Kerjaya murid

20.4 Psikososial dan kesejahteraan mental murid

20.5 Pengurusan Profil Murid

20.6 Pendidikan Pencegahan

20.7 Konsultasi keibubapaan

20.8 Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Fokus Pembangunan Sahsiah Diri Murid:

21. Fokus ini adalah untuk memupuk pengembangan personaliti kendiri

(charector) murid dari aspek;

21.1 Sikap penyayang (kepedulian)

21.2 Budi bahasa

21.3 Konsep kendiri6

Page 7: Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling (13.1.2012)

21.4 Kepemimpinan

21.5 Komunikasi

21.6 Kekemasan diri

21.7 Ketepatan masa

Fokus Peningkatan Disiplin Diri Murid

22. Fokus ini adalah memupuk disiplin diri murid termasuk intervensi yang

perlu dilakukan bagi mencegah mereka terlibat dengan gejala-gejala

seperti berikut;

22.1 Perlakuan ponteng sekolah

22.2 Perlakuan berunsur jenayah

22.3 Perlakuan berunsur kelucahan

22.4 Perlakuan berunsur kurang sopan

22.5 Perlakuan berunsur vandalisme

Fokus Pendidikan Kerjaya Murid

23. Fokus ini adalah berkaitan pendedahan dan bimbingan kepada murid

mengenai maklumat berkaitan peluang pendidikan dan hala tuju

kerjaya. Menerusi fokus ini, guru B & K perlu;

23.1 melaksanakan program Pendidikan Kerjaya secara terancang

bagi memastikan semua murid dapat mengenalpasti potensi diri,

minat, sikap dan hala tuju kerjaya.

23.2 Menyediakan Profil Kerjaya setiap murid mulai sekolah

rendah sehingga menengah dalam pelan pembangunan dan

perkembangan kerjaya mereka.

23.3 Menyediakan rekod murid selepas tamat persekolahan sama ada

terus ke kerjaya atau meneruskan pengajian ke institusi-institusi

awam atau swasta.

7

Page 8: Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling (13.1.2012)

Fokus Psikososial dan kesejahteraan mental murid

24. Fokus ini adalah membimbing murid supaya mampu mengekal dan

mengurus kesejahteraan diri dan mental. Menerusi fokus ini, guru B &

K perlu;

24.1 Membimbing murid dalam proses sosialisasi dan interaksi

24.2 Membimbing murid dalam aspek pengurusan emosi

24.3 Membantu murid mengembangkan pemikiran yang positif

Fokus Pengurusan Profil Murid

25. Fokus ini adalah menyediakan pengkalan Profil Murid. Ia bertujuan

untuk membuat analisis terhadap sesuatu isu berkaitan murid

seterusnya tindakan membantu dan mencegah sesuatu isu itu boleh

dilakukan secara lebih berkesan. Menerusi fokus ini, guru B & K perlu;

25.1 Menyediakan profil setiap murid bermasalah disiplin

25.2 Menyediakan profil setiap murid ponteng sekolah

25.3 Menyediakan profil kerjaya setiap murid

25.4 Menyediakan profil murid dari segi Kesejahteraan Mental/emosi

26. Profil murid hendaklah mengandungi maklumat mengenai latar

belakang murid, latar belakang ibu bapa/penjaga, latarbelakang

masalah, kekerapan dan punca masalah, status tindakan

penyelesaian.

Fokus Pelaksanaan Pendidikan Pencegahan

27. Fokus ini adalah memberi pendidikan pencegahan serta membimbing

murid agar berupaya mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan

kegiatan-kegiatan yang memudaratkan diri dari segi kegiatan seks

bebas, bahaya HIV, dadah, rokok termasuk bahan inhalan.

8

Page 9: Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling (13.1.2012)

28. Fokus ini juga adalah memberi pendidikan pencegahan serta

membimbing murid agar mengelakkan diri daripada jenayah rogol

dan bunuh diri.

Fokus Konsultasi Keibubapaan:

29. Fokus ini adalah membimbing murid mengetahui tanggungjawab diri

dalam keluarga di mana;

29.1 kemahiran keibubapaan akan diterapkan bermula dari alam

persekolahan,

29.2 melaksanakan aktiviti engagement bersama ibu bapa murid.

Fokus Pengembangan Kemahiran Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

30. Fokus ini adalah meningkatkan kemahiran menolong dan soft skills

(kemahiran generik) semua ahli PRS. Guru B & K perlu;

30.1 Melaksanakan latihan kemahiran kepada murid yang menjadi

PRS.

30.2 Melatih PRS agar berupaya memainkan peranan membantu

rakan sebaya berkonsepkan ‘Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain’

dengan;

a. PRS sebagai role model kepada orang lain

b. Memberi galakan kepada rakan agar bersikap positif

c. Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain

KAEDAH

31. Kaedah perkhidmatan:

31.1 Perkhidmatan kaunseling dan bimbingan secara individu atau

kelompok

31.2 Pelaksanaan program dan aktiviti murid

31.3 Penyampaian (Outreach) yang berkesan

9

Page 10: Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling (13.1.2012)

31.4 Engagement bersama murid, guru dan ibu bapa

Perkhidmatan Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok

32. Perkhidmatan Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok adalah

menjadi Sasaran Kerja Utama guru B & K.

33. Murid boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling secara individu

atau kelompok pada bila-bila masa waktu persekolahan termasuk

semasa waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P).

Pelaksanaan Program dan Aktiviti Murid

34. Pelaksanaan program dan aktiviti murid yang merujuk kepada fokus

perkhidmatan ini hendaklah dirancang dan dilaksanakan bersesuaian

dengan matlamat yang ditetapkan.

35. Selain itu, masa serta kerjasama pihak pentadbir, rakan guru yang lain

perlu diperolehi bagi melaksanakan sesuatu aktiviti secara berkesan.

Menjalankan Tugas Luar

36. Seorang guru B & K boleh dibenarkan menjalankan tugas luar iaitu

selain daripada tugas hakiki di sekolah mereka dengan kadar 20

peratus setahun. Ini bermakna, 80 peratus masanya setahun

hendaklah berada di sekolah tempat mereka bertugas.

37. Kekecualian boleh diberikan sekiranya guru B & K diarahkan;

10

Page 11: Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling (13.1.2012)

37.1 Mengikuti kursus, latihan termasuk menyambung pengajian

dalam tempoh masa yang panjang.

37.2 Menjalankan tugas luar apabila berlaku sesuatu bencana atau

mala petaka di sesuatu tempat.

37.3 Kekecualian menjalankan tugas luar melebihi tempoh atau kadar

yang ditetapkan dalam perkara ini boleh juga diberikan dengan

syarat mendapat kelulusan bertulis daripada Pengarah

Pelajaran Negeri terlebih dahulu.

38. Dalam hal ini, tugas luar bermakna tugas yang diarah atau diminta

oleh agensi atau badan lain termasuk KPM, JPN dan PPD.

Penyampaian (Outreach) yang berkesan

39. Bagi memastikan agar perkhidmatan B & K adalah perkhidmatan yang

mesra murid, maka guru B & K hendaklah;

39.1 Membuat sebaran secara berkesan berkaitan perkhidmatan,

program dan aktiviti yang ditawarkan kepada murid.

39.2 Menawarkan aku janji (piagam pelanggan) manfaat yang boleh

diperoleh daripada perkhidmatan B & K di sekolah.

Engagement bersama murid, guru dan ibu bapa

40. Bagi menentukan agar perkhidmatan ini menjadi istimewa, maka guru

B & K hendaklah;

40.1 Mengadakan jalinan perhubungan mesra dengan khususnya ibu

bapa dan keluarga dalam menangani sesuatu isu berhubung

murid.

11

Page 12: Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling (13.1.2012)

40.2 Mengamalkan sikap penyayang dalam hubungannya dengan

murid, rakan guru, ibu bapa, komuniti setempat dan masyarakat.

40.3 Mewujudkan jaringan (networking) dengan pihak-pihak lain

termasuk murid, rakan guru, ibu bapa dan masyarakat bagi

mendapatkan maklum balas terhadap perkhidmatan yang diberi.

Kelas Ganti

41. Guru B & K Sepenuh Masa boleh mengambil kelas ganti tidak lebih 8

waktu seminggu.

42. Semasa bertugas sebagai guru ganti di sesebuah bilik darjah, mereka

hendaklah melaksanakan program atau aktiviti yang berkaitan

perkhidmatan B & K.

43. Guru B & K boleh menggunakan Modul Perkhidmatan Bimbingan dan

Kaunseling sebagai panduan dan rujukan semasa melaksanakan

aktiviti bimbingan di dalam kelas ganti.

Sokongan Pentadbir Sekolah

44. Dalam memberikan perkhidmatan terbaik dan berkesan oleh guru B &

K, sokongan dan kerjasama daripada pihak pentadbir sekolah amat

diperlukan. Dalam masa yang sama, pihak pentadbir sekolah juga

hendaklah membuat pemantauan serta memberikan maklum balas

kepada guru B & K akan keberkesanan perkhidmatan mereka.

12

Page 13: Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling (13.1.2012)

13