merah silu

18
PROSA TRADISIONAL 4 JAYA/SABKL 2011 Merah Silu

Upload: wan-neno

Post on 05-Jul-2015

1.082 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Merah Silu

PROSA TRADISIONAL4 JAYA/SABKL 2011

Merah Silu

Page 2: Merah Silu

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING

Cerita Merah Silu merupakan sambungan daripada prosa tradisional KBSM tingkatan 3, iaitu Puteri Buluh Betong.

Selepas Merah Gajah dan Puteri Betong berkahwin, mereka melahirkan dua orang anak, iaitu Merah Silu dan Merah Hasum.

Merah Gajah mencabut sehelai rambut yang berwarna emas di tengah-tengah kepala Puteri Betong semasa baginda sedang tidur walaupun telah banyak kali dilarang oleh baginda.

Puteri Betong berdarah dan akhirnya hilang. Ayahanda Puteri Betong, Raja Muhammad mengetahui

kehilangan anakandanya lalu membunuh Merah Gajah kerana terlalu marah.

Ayahanda Merah Gajah, Raja Ahmad juga amat marah dengan perbuatan Raja Muhammad lalu berperang dengan baginda. Kedua-dua orang raja itu terbunuh.

Page 3: Merah Silu

Merah Silu dan Merah Hasum keluar dan mencari kediaman baharu.

Merah Silu tercari banyak cacing ketika baginda menahan bubu. Mula-mula dibuang, lepas itu baginda pun merebusnya. Cacing itu menjadi emas dan airnya menjadi perak.

Merah Silu menjadi kaya-raya. Merah Silu suka menangkap dan mengurung kerbau. Akan

tetapi, perbuatan baginda yang tidak disenangi oleh penduduk lain itu telah mengakibatkan baginda dihalau oleh adinda baginda ke tempat lain.

Akhirnya, Merah Silu berpindah ke negeri Buluh Telang. Di sana, baginda bertemu dengan Megat Iskandar yang mencadangkan Merah Silu diangkat menjadi raja.

Sultan Maliku’l Nasar, adinda Megat Iskandar dan Megat Kedah berasa marah lalu menyerang Merah Silu. Sultan Meliku’l Nasar terpaksa berundur ke Kumat. Seterusnya, beginda diserang pula oleh Megat Iskandar sehingga tewas.

Page 4: Merah Silu

TEMA

Kecekalan Merah Silu telah menunjukkan kecekalan

apabila baginda keluar mencaritempat kediaman baharu selepas menjadi yatim piatu

Bakal kecekalan baginda itu juga, akhirnya baginda dilantik menjadi pemerintah negeri Rimba Jerun.

Page 5: Merah Silu

PERSOALAN

Perselisihan dan persengketaan berlaku disebabkan oleh perbezaan pendapat Merah Silu suka menyimpan kerbau yang

merupakan binatang yang tidak disukai oleh adindanya. Mereka berselisih faham dan akhirnya Merah Silu dihalau keluar.

Kasih sayang terhadap keluarga Keluarga yang terdiri daripada Raja Muhammad,

Raja Ahmad, Merah Silu, dan Merah Hasum tidak menyayangi antara satu sama lain.

Page 6: Merah Silu

WATAK DAN PERWATAKAN

1. Merah Silu Putera kepada Merah Gajah dan Puteri Betong Kekanda kepada Merah Hasum Terjumpa cacing dan menjadi kaya-raya. Tidak disenangi oleh adindanya, Merah Hasum Dihalau kerana banyak menyimpan kerbau Bertemu dengan Megat Iskandar Mula menyabung ayam Dicadang oleh Megat Iskandar supaya ditabal menjadi

raja Hal ini menyebabkan baginda diserang Sultan Maliku’l

Nasar, adinda Megat Iskandar dan Megat Kedah. Menjadi pemerintah di Rimba Jerlun dengan bantuan

Megat Iskandar

Page 7: Merah Silu

2. Merah Hasum Adinda Merah Silu Keluar mencari tempat kediaman baharu

bersama-sama kakanda baginda Tidak senang melihat kekandanya yang

sudah kaya-raya itu suka pula menternak kerbau secara besar-besaran

Tidak bertoleransi – Menghalau kekanda baginda dari perkampungan itu.

Page 8: Merah Silu

3. Megat Iskandar Kakanda kepada Sultan Maliku’l Nasar dan Megat

Kedah Seorang yang budiman – mempelawa Merah Silu

tinggal di negerinya. Mencadang supaya Merah Silu diangkat menjadi

raja – kerana Merah Silu kaya dan berketurunan raja Berpendirian teguh – tidak menukar pendiriannya

walaupun cadangannya ditentang oleh Sultan Maliku’l Nasar

Bijaksana – meminta pandangan orang ramai sebelum melantik Merah Silu menjadi raja

Berani – Berperang dengan Maliku’l Nasar sehingga tewas

Page 9: Merah Silu

BINAAN PLOT

PENGENALAN/EKPOSISI• Merah Gajah yang berkahwin dengan Puteri Bentong dan dikurniai dua orang anak.Puteri Bentong mangkat selepas sehelai rambut emasnya dicabut oleh Merah Gajah,sehingga mencentuskan perbalahan keluarga.

PERKEMBANGAN• Plot terus berkembang apabila Merah Silu dan Merah Hasum keluar dari negara asal,Semerlanga kerana keluarga mereka sudah porak-peranda•.Mereka merantau dan membuka negeri Beruana.Disinilah Merah Silu menjadi kaya raya apabila cacing gelang-gelang bertukar menjadi emas.

Page 10: Merah Silu

PERUMITAN Pada bahagian perumitan Merah Silu keluar dari

Beruana kerana adindanya tidak suka akan sikapnya yang dikatakan suka melakukan kerja yang sia-sia.

Merah Silu terus merantau hinggalah bertemu dengan Megat Iskandar di Buluh Telang.Megat Iskandar sangat mengasihinya hingga mahu mengangkat Merah Silu sebagai raja disitu,namun cadangan itu dibantah oleh Tun Aria Benong.

KEMUNCAK/KLIMAKS Plot mencapai kemuncak atau klimaks apabila Sultan

Maliku’l –Nasar datang ke negeri Buluh Telang dan menyerang Merah Silu setelah baginda dilantik sebagai raja.Peperangan tersebut berlanjutan hingga ke beberapa tempat.

Page 11: Merah Silu

PELERAIAN Pada bahagian peleraian,Sultan

Maliku’l-Nasar kalah dalam peperangan tersebut.

Baginda berundur ke Kumat tetapi akhirnya diserang oleh Megat Iskandar.Akhirnya,Merah Silu di tabalkan secara rasmi sabagai Raja Rimba Jerun

Page 12: Merah Silu

TEKNIK PLOTTEKNIK PEMERIAN Pegarang memerihalkan kemarahan Raja Ahmad setelah

mengetahui anakandanya,Merah Gajah Mati dibunuh oleh Raja Muhammad.Contohnya :

‘’ sebaik mendengar khabar itu,Raja Ahmad menghempaskan dirinya,mengoyak-goyak baju serta mencarik-carik kainnya.Raja Ahmad pun terlalu marah.Dengan serta merta baginda menghimpunkan segala askarnya lengkap dengan segala senjatanya ‘’(hal.52)

Pengarang memerihalkan peristiwa Merah Silu memperoleh kekayaan melalui cacing gelang-gelang yang terdapat dalam bubunya.Contohnya :

‘’Cacing gelang-gelang itu pun dibawanya pulang ke rumah lalu dimasukkan ke dalam kawah.Merah Silu menyuruh rebus semua cacing gelang-gelang itu.Dengan takdir Allah Taala,cacing gelang-gelang itu menjadi emas dan buihnya menjadi perak.Merah Silu menjadi kaya’’

Page 13: Merah Silu

TEKNIK DIALOG Dialog antara Merah Gajah dengan

isterinya,Puteri Bentong.Contohnya : ‘’Kata Merah Gajah kepada isterinya,”Wah

adinda,mari hamba bantunkan rambut tuan puteri yang sehelai itu!” Jawan tuan puteri itu, “Jika rambut hamba sehelai itu dicabut oleh tuan hamba,alamat penceraian tuan hamba dengan hamba.”

TEKNIK MONOLOG Contohnya : Merah Silu pun berfikir dalam

hatinya, ‘’Gelang-gelang ini agaknya kurnia Allah Taala kepada aku rupanya.’’ (hal.53)

Page 14: Merah Silu

TEKNIK SASPENS Contohnya : Merah Silu melihat terlalu

banyak ikan di dalam sungai dan mula menahan bubu di dalam sungai itu.Namun,yang memenuhi bubunya hanyalah cacing gelang-gelang.Pembaca tertanya-tanya tentang apa sebenarnya yang berlaku?

TEKNIK KEJUTAN Contohnya : Apabila Merah Gajah mencabut

rambut keemasan pada rambut Puteri Betong,tanpa diduga darah keluar dari liang rambut.Pembaca tidak menyangka bahawa Puteri Betong akan mangkat setelah darah itu berhenti.

Page 15: Merah Silu

GAYA BAHASA

Bahasa Istana – hamba, baginda, tuanku paduka

Bahasa Arab – taala Bahasa Klasik – maka Sinkope – ku Paradoks – Orang yang kalah dibayar

taruhannya.

Page 16: Merah Silu

NILAI

Hormat-menghormati Baik hati Murah hati Ketabahan Kegigihan Kesabaran Keberanian

Page 17: Merah Silu

PENGAJARAN

Kita hendaklah mendengar kata atau tegahan orang lain demi kebaikan. (hal mencabut rambut Puteri Betung)

Kita harus berunding untuk mencari jalan penyelesaian.

Kita mestilah bersedia untuk bertolak ansur dan bertoleransi dengan orang lain terutamanya anggota keluarga kita.

Page 18: Merah Silu

SEKIAN, TERIMA KASIH…!! =)