menyemak tugasan anak

Upload: siowhoon

Post on 04-Nov-2015

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

semakan tugasab

TRANSCRIPT

TATACARA MENYEMAK TUGASAN / AKTIVITI ANAK.

TATACARA MENYEMAK TUGASAN / AKTIVITI ANAK

TATACARA MENYEMAK TUGASAN ANAK (IBU BAPA)

1. Layari laman web YES 1Bestarinet di alamat berikut : https://www.yes.my/v3/1bestarinet.do

2. Paparan seperti diatas akan terpapar. 3. Klik pada ikon hop in >

4. Masukkan Yes ID dan Kata Laluan yang telah diberikan.5. Klik butang Login.

6. Paparan ini akan terpapar. Ini ialah paparan utama profil ibu atau bapa yang mengandungi jumlah Yes credit, reward data dan kredit Frog.

7. Pada paparan sebelah kiri terpapar senarai anak saya yang menyenaraikan senarai nama anak.8. Jika nama anak tiada, maka ibu atau bapa boleh menambah anak mereka.9. Jika berlaku nama anak yang dipaparkan tapi tidak sah, maka ianya akan meminta pengesahan no surat beranak kanak-kanak tersebut.

10. Untuk menyemak tugasan anak-anak anda, lihat pada paparan Main Service, klik pada ikon FrogVLE. Senarai sekolah anak-anak disenaraikan disitu.

11. Senarai nama sekolah yang ada anaknya belajar dipaparkan oleh sistem.12. Untuk mengakses dan menyemak tugasan anak, klik pada nama sekolah yang terpapar dalam senarai tersebut.

13. Ini ialah papan notis kepada ibu bapa. Segala maklumat dan informasi akan dipaparkan disini.14. Setiap sekolah adalah sama dari aspek paparan, namun berbeza daripada maklumat yang diberikan.

15. Untuk mengakses aplikasi Kerja rumah anak atau tugasan anak, klik ikon Capaian Pantas (Quick Launch).

16. Apabila pop-up keluar, kemudian pilih ikon My Child Work dan tekan, maka tetingkap yang seterusnya akan terpapar keluar.

17. Apabila tetingkap tugasan ini terpapar, maka anda boleh menyemak tugasan yang diberikan kepada anak anda.18. Nama anak bagi setiap tugasan akan dipaparkan pada sebelah atas kanan.

19. Jika anda mempunyai lebih daripada seorang anak dalam satu sekolah, paparan namanya boleh diubah dangan memilih nama yang lain.20. Akhir sekali, selamat mencuba.

PUSAT KEGIATAN GURU NEGERI JOHORPELANTAR PEMBELAJARAN MAYA FROG