menulis karangan pengajian am

17
PENULISAN KARANGAN PENGAJIAN AM PANDUAN UMUM 1. Sebelum menulis karangan, para calon perlu membuat keputusan tentang tajuk karangan yang hendak dipilih. 2. Pemilihan sesuatu tajuk haruslah berdasarkan sejauh manakah pengetahuan calon tentang isu yang menjadi tajuk dalam sesuatu soalan. 3. Hal ini penting supaya calon tidak buntu dalam mencari isi-isi karangan yang boleh mengganggu kelancaran penulisan karangan kelak. 4. Calon-calon perlu mempertimbangkan setiap maklumat tentang isu yang diperkatakan secara mendalam. 5. Maklumat-maklumat itu merangkumi fakta, data, dan contoh yang benar dan logik. 6. Setelah calon yakin dapat menguasainya ditambah pula tajuk itu sesuai dengan keupayaan diri calon, maka pilihlah tajuk berkenaan. FORMAT PENULISAN 1. Karangan Pengajian Am wajib mengikut format iaitu mengandungi tiga bahagian: Pendahuluan (Perengan 1) Isi (Perenggan 2-6) Penutup (Perenggan 7). 2.Ada 7 perenggan kesemuanya. Perenggan pertama untuk pengenalan. Perenggan kedua hingga perenggan keenam untuk idea dan huraian. Perenggan ketujuh untuk kesimpulan/penutup. 3.Maksimum jumlah perkataan adalah 350 patah perkataan. Latih diri anda semasa membuat latihan. Cara pengiraan mudah ialah dengan mengira jumlah perkataan purata dalam satu baris (bergantung kepada saiz penulisan) darabkan dengan jumlah baris dikehendaki bersamaan lebih kurang 350 patah perkataan. 4.Masa yang paling ideal untuk menjawab / menulis sebuah esei yang lengkap adalah selama 40 minit. Oleh itu mula latihkan diri anda menulis dalam ruang masa sepatutnya. MENGANALISIS KEHENDAK SOALAN.

Upload: allysyaalias

Post on 18-Jan-2016

2.090 views

Category:

Documents


27 download

DESCRIPTION

menulis karangan

TRANSCRIPT

Page 1: Menulis Karangan Pengajian Am

PENULISAN KARANGAN PENGAJIAN AM

PANDUAN UMUM

1. Sebelum menulis karangan, para calon perlu membuat keputusan tentang tajuk karangan yang hendak dipilih.

2. Pemilihan sesuatu tajuk haruslah berdasarkan sejauh manakah pengetahuan calon tentang isu yang menjadi tajuk dalam sesuatu soalan.

3. Hal ini penting supaya calon tidak buntu dalam mencari isi-isi karangan yang boleh mengganggu kelancaran penulisan karangan kelak.

4. Calon-calon perlu mempertimbangkan setiap maklumat tentang isu yang diperkatakan secara mendalam.

5. Maklumat-maklumat itu merangkumi fakta, data, dan contoh yang benar dan logik.6. Setelah calon yakin dapat menguasainya ditambah pula tajuk itu sesuai dengan keupayaan diri

calon, maka pilihlah tajuk berkenaan.

FORMAT PENULISAN

1. Karangan Pengajian Am wajib mengikut format iaitu mengandungi tiga bahagian: Pendahuluan (Perengan 1) Isi (Perenggan 2-6) Penutup (Perenggan 7).

2. Ada 7 perenggan kesemuanya. Perenggan pertama untuk pengenalan. Perenggan kedua hingga perenggan keenam untuk idea dan huraian. Perenggan ketujuh untuk kesimpulan/penutup.

3. Maksimum jumlah perkataan adalah 350 patah perkataan. Latih diri anda semasa membuat latihan. Cara pengiraan mudah ialah dengan mengira jumlah perkataan purata dalam satu baris (bergantung kepada saiz penulisan) darabkan dengan jumlah baris dikehendaki bersamaan lebih kurang 350 patah perkataan.

4. Masa yang paling ideal untuk menjawab / menulis sebuah esei yang lengkap adalah selama 40 minit. Oleh itu mula latihkan diri anda menulis dalam ruang masa sepatutnya.

MENGANALISIS KEHENDAK SOALAN.

Ramai calon yang gagal untuk mendapatkan gred yang baik kerana tidak mematuhi kehendak soalan.Mengenalpasti kehendak soalan atau tajuk merupakan perkara yang amat penting supaya isi-isi dan pendekatan yang dikemukakan nanti tidak menyeleweng daripada tajuk karangan yang diberi. Oleh itu, calon haruslah mengenal pasti kata kunci yang dapat memandu para calon menggarap isi persoalan dalam sesuatu tajuk karangan.

Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan dalam menganalisis kehendak soalan ialah:

a. Bentuk SoalanSoalan karangan Pengajian Am boleh dipecahkan kepada dua bahagian iaitu: Pernyataan soalan Kehendak soalan

Page 2: Menulis Karangan Pengajian Am

Contoh:"Gagasan Satu Malaysia adalah pelengkap kepada pendekatan-pendekatan sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.(PERNYATAAN SOALAN) Huraikan kepentingan perpaduan dan usaha-usaha untuk mencapainya.(KEHENDAK SOALAN)"

Manakala bentuk soalan dalam karangan Pengajian Am pula terdiri daripada:1. Soalan Tertutup2. Soalan Terbuka

i. Soalan Tertutup - Soalan berada dihadapan ayat.

Contoh soalan:Pada masa kini, masyarakat di seluruh dunia dapat berinteraksi secara maya melalui aplikasi teknologi maklumat sepertiFacebook, MySpace, Twitter, Friendster dan sebagainya. Jaringan komuniti maya ini mewujudkan pelbagai implikasi. Jelaskan kebaikan dan keburukan jaringan komuniti maya.

(Pernyataan tidak perlu dianalisis kerana kehendak soalan adalah jelas)

ii. Soalan Terbuka – Kata Kunci Soalan berada dibelakang ayat.

Contoh soalan:

Pada masa kini, masyarakat di seluruh dunia dapat berinteraksi secara maya melalui aplikasi teknologi maklumat sepertiFacebook, MySpace, Twitter, Friendster dan sebagainya. Jaringan komuniti maya ini memberikan kebaikan tertentu. Namun demikian, ia juga boleh membawa impak negatif jika disalahgunakan. Bincangkan?

(Pernyataan perlu dianalisis untuk mengenalpasti kehendak soalan)

Di sini, keseluruhan pernyataan soalan yang berada sebelum kata kunci soalan perlulah diperjelaskan. Pernyataan soalan yang perlu diperjelaskan itu perlulah memenuhi aspek P.U.K.A.L

Page 3: Menulis Karangan Pengajian Am

Penyataan "Pada masa kini, masyarakat di seluruh dunia dapat berinteraksi secara maya melalui aplikasi teknologi maklumat seperti Facebook, MySpace, Twitter, Friendster dan sebagainya." tidak perlu diperjelaskan kerana ianya tidak memenuhi aspek P.U.K.A.L.

Penyataan seterusnya iaitu "Jaringan komuniti maya ini memberikan kebaikan tertentu." perlu diperjelaskan oleh calon dalam karangannya kerana penyataan tersebut memenuhi aspek P.U.K.A.L melalui aspek KEBAIKAN

Begitu juga dengan penyataan "Namun demikian, ia juga boleh membawa impak negatif jika disalahgunakan.". Ianya perlu diperjelaskan kerana penyataan itu memenuhi aspek P.U.K.A.L melalui aspek KESAN/ IMPAK NEGATIF.

Justeru itu kehendak soalan di atas adalah untuk "membincangkan kebaikan dan kesan negatif jaringan komuniti maya."

b. Isu soalan

Isu soalan adalah berkaitan dengan apakah isu yang diutarakan dalam soalan.

Kegagalan memahami isu soalan akan menyebabkan karangan calon lari daripada tajuk soalan.

Contoh:

"Pada masa kini, masyarakat di seluruh dunia dapat berinteraksi secara maya melalui aplikasi teknologi maklumat seperti Facebook, MySpace, Twitter, Friendster dan sebagainya. Jaringan komuniti maya ini memberikan kebaikan tertentu. Namun demikian, ia juga boleh membawa impak negatif jika disalahgunakan. Bincangkan (pernyataan tersebut)"

Isu soalan dalam soalan di atas adalah "Jaringan komuniti maya yang melibatkan aplikasi seperti Facebook, Twitter, MySpace dsb."

Namun begitu terdapat calon yang terkeliru sehingga mengenal pasti "teknologi maklumat atau Internet" sebagai isu soalan. Hal ini akan menyebabkan karangan calon lari dari kehendak soalan.

c. Fokus Soalan

merujuk kepada perkara yang ditanya dalam soalan sama ada satu fokus atau dua fokus.Calon perlu tahu fokus soalan ini kerana ianya menjadi asas kepada skema isi karangan.

Skema isi karangan terbahagi kepada 5+0, 1+4, 2+3 atau 3+2. Skema 5+0 dan 1+4 bermakna hanya ada satu fokus soalan dan skema 2+3 atau 3+2 bermakna ada dua fokus soalan.

Contoh:

Dalam soalan terdahulu, terdapat dua fokus soalan iaitu "KEBAIKAN DAN IMPAK NEGATIF Jaringan komuniti maya". Oleh itu isi karangan mestilah terbahagi kepada "2 KEBAIKAN dan 3 IMPAK NEGATIF" atau "3 KEBAIKAN dan 2 IMPAK NEGATIF"

Page 4: Menulis Karangan Pengajian Am

MENYEDIAKAN RANGKA KARANGAN.

Rangka karangan haruslah disediakan terlebih dahulu sebagai garis panduan kepada calon-calon semasa proses mengarang.Perkara yang harus ada dalam karangan merangkumi aspek berikut:a.Isi-isi yang perlu dimuat dalam sesebuah karangan. Pada peringkat ini calon perlu menyenaraikan seberapa banyak idea yang berkaitan dengan kehendak soalanb.Urutan isi yang disusun mengikut keutamaan.c. Pastikan tidak ada isi-isi yang tertinggal.d. Merangka pendahuluan dan penutup karangan yang bersesuaian dengan isi karangan.

Cara menulis pengenalan dalam karangan

BAGAIMANA hendak menulis pendahuluan dalam karangan? Penulisan pendahuluan karangan Pengajian Am peringkat STPM, tidak boleh disamakan dengan kaedah menulis pendahuluan karangan bagi subjek lain.

Pendahuluan dalam karangan Pengajian Am tidak ada markah, tetapi tanpa pendahuluan pada karangan akan membuatkan calon kehilangan markah. Oleh itu, tulislah pendahuluan yang mudah, jelas dan tidak menyusahkan anda atau pemeriksa.

Contoh soalan

Malaysia mempunyai koloni spesis tumbuh-tumbuhan herba yang banyak dan memberi kebaikan kepada manusia. Namun spesis ini perlu dikembangkan untuk kegunaan berterusan. Bincangkan.

Ada calon menulis pengenalan yang agak panjang, contohnya:

Malaysia masih mempunyai hutan yang luas, dan dalam hutan berkenaan terdapat banyak tumbuh-tummbuhan termasuk herba. Herba ini sudah lama menjadi kegunaan masyarakat sejak zaman dahulu sehingga ke zaman sains dan teknologi. Antara herba yang popular ialah tongkat ali, hempedu bumi, pegaga, daun kaduk dan bermacam-macam lagi.Dengan kecanggihan teknologi, herba dapat dikomersilkan dan bermanfaat kepada manusia sejagat.

Pengenalan yang agak panjang itu tidak salah, tetapi calon telah mengambil masa untuk menulisnya.

Saya mencadangkan pengenalan untuk soalan itu sekadar ditulis begini:

Malaysia mempunyai koloni spesis tumbuh-tumbuhan herba yang banyak dan memberi kebaikan kepada manusia. Semua herba ini patut dikembangkan kegunaannya agar terus bermanfaat kepada manusia.

Page 5: Menulis Karangan Pengajian Am

Teknik menulis pengenalan dalam karangan ini ialah ‘mengubahsuai daripada soalan’. Cara ini dapat menyelamatkan karangan daripada terpesong jika calon tidak menulis jawaban yang dikaitkan dengan kehendak soalan.

Cara membentuk PERENGGAN ISI

Format Perenggan Isi

1. ISI/ IDEA UTAMA hendaklah diutarakan SEBAGAI AYAT PERTAMA DALAM PERENGGAN ISI dan dalam bentuk ayat tajuk (AT). Dalam karangan Pengajian Am, calon perlu memberikan 5 isi/ idea utama (5 markah) dan setiap isi perlu membentuk satu PERENGGAN ISI. Isi/ Idea utama ialah idea secara langsung dengan kehendak soalan dan ia merupakan satu perkara pokok yang besar dan boleh berdiri sendiri. Markah hanya diberikan jika idea utama betul. Idea utama yang salah tidak akan diberikan markah huraian walaupun huraian betul. Idea utama yang salah dianggap tidak relevan (TR) kerana tidak menjawab kehendak soalan.

2. .IDEA SAMPINGAN, dalam 3 AYAT, perlulah diletakkan selepas idea utama sebagai hujah-hujah yang menyokong idea utama. Idea sampingan tersebut adalah berbentuk huraian, huraian lanjutan atau contoh, dan ulasan atau penegasan idea. Ayat-ayat dalam idea sampingan hendaklah diperjelas dalam bentuk ayat huraian (AH), ayat contoh (AC) dan selanjutnya diperkukuh dengan ayat simpul (AS). Idea sampingan adalah idea yang berkaitan secara tidak langsung dengan kehendak soalan tetapi secara langsung dengan idea utama dan ia merupakan perkara-perkara kecil yang tidak boleh berdiri sendiri tanpa perkara pokok. Idea sampingan yang tidak jelas (TJ) tidak diberikan markah huraian.

3. Bilangan maksima jumlah patah perkataan bagi setiap ayat dalam perenggan isi adalah 15 patah perkataan.

Cara menulis Penutup

Dalam karangan Pengajian Am, perenggan penutup juga tidak membawa sebarang markah yang khusus. Namun begitu, perenggan penutup perlu ada bagi menyempurnakan karangan yang ditulis. Oleh itu calon tidak perlu menulis panjang bagi perenggan ini. Cukup hanya dengan 2 atau 3 ayat sahaja.

Perenggan penutup merupakan pendirian pelajar tentang isu yang dibicarakan. Pendirian tersebut boleh digambarkan dalam bentuk sokongan, cadangan, pandangan dan gambaran masa hadapan. Ianya juga bukanlah idea kepada soalan.

PERENGGAN ISI

AYAT 1: Isi/ Idea Utama (AT)AYAT 2: Huraian (AH)AYAT 3: Huraian lanjutan / contoh (AC)AYAT 4: Ulasan/ penegasan idea (AS)

Bilangan maksima jumlah perkataan setiap ayat: 15 p.p

Page 6: Menulis Karangan Pengajian Am

Contoh Penutup:

“Kesimpulannya,adalah jelas bahawa ibu bapa perlu memainkan peranan yang singnifikan untuk mendidik anak-anak supaya menjaga kebersihan. Walau bagaimanapun, kita tidak seharusnya menunding jari kepada ibu bapa sahaja untuk memikul tanggungjawab ini kerana semua pihak perlu bekerjasama supaya remaja di negara kita dapat mementingkan kebersihan pada masa hadapan.”

KATA KUNCI SOALAN

1.BINCANGKAN.Calon perlu mengemukakan idea dengan menjelaskan isu/fakta yang diberi mengikut beberapa pendekatan berikut:PRO ATAU KONTRA/POSITIF ATAU NEGATIFPRO DAN KONTRA / POSITIF DAN NEGATIFPRO KEPADA PENYATAAN POSITIF DAN NEGATIFPRO DAN LAIN-LAINPELBAGAI ASPEK : PUNCA/MASALAH/KESAN/FAEDAH/LANGKAH

2. SEJAUH MANAKAHCalon mestikan nyatakan lebih idea/keterangan dengan alasan yang kukuh dan munasabah untuk menyokong idea yang dikemukan dalam soalan. Ada 3 pendekatan iaitu :PRO DAN KONTRAPRO DAN LAIN-LAINPRO SAHAJA

3. HURAIKAN, BERI PENJEASAN/PENDAPAT, LANGKAH-LANGKAH, HURAIKAN, CADANGKAN DLL.Calon diminta memberi penjelasan/keterangan tentang sesuatu perkara yang dikehendaki.

4. BERIKAN ULASANCalon diminta menyatakan pandangan, tafsiran dan keterangan yang jelas tentang isu yang dikemukakan. Calon juga boleh mengupas/membuat komentar berdasarkan soalan yang diberikan dan mengemukakan pandangan pro dan kontra jika sesuai dengan pernyataan soalan.

5. JELASKAN CIRI-CIRI PERBEZAAN/PERBANDINGANCalon diminta memberi kesemua ciri yang membezakan kedua-dua perkara atau membuat perbandingan.

Page 7: Menulis Karangan Pengajian Am

Contoh esei.

Pelbagai faktor dikenal pasti menyumbang kepada peningkatan kadar kes juvana di negara kita pada masa ini. Usaha perlu dilakukan untuk membendung gejala ini. Huraikan.

Pendahuluan

Muktahir ini, kes juvana di negara kita telah menunjukkan kadar peningkatan yang ketara. Hal ini amat membimbangkan kerana generasi muda merupakan pewaris kepimpinan negara pada masa depan. Oleh itu, pelbagai faktor perlu dikenal pasti yang menyumbang kepada peningkatan ini dan usaha-usaha perlu dilakukan untuk membendungnya. (45 patah perkataan)

Antara faktor penyumbang kepada peningkatan kes jenayah juvana ialah masalah keluarga. Keluarga yang mempunyai masalah seperti berlakunya konflik penceraian dan pengabaian terhadap penjagaan dan pendidikan anak-anak telah mendorong anak-anak terlibat dalam jenayah juvana. Tidak kurang pula, sikap dan perlakuan ibu bapa yang buruk telah menyebabkan anak-anak terjebak dalam jenayah ini. Pendek kata, keluarga yang bermasalah menjadi punca meningkatnya gejala jenayah juvana. (61 patah perkataan)

Selain itu, pengaruh media massa turut dikenal pasti menjadi faktor penyumbang kepada peningkatan kadar kes juvana. Hal ini demikian kerana media massa memaparkan pelbagai unsur negatif seperti aksi-aksi ganas dan ekstrem yang mendorong remaja melakukan gejala sosial. Sebagai kesannya, remaja akan melakukan aktiviti tidak bermoral seperti amalan budaya kuning, pergaulan bebas, seks rambang, dan sebagainya. Tegasnya, kadar kes juvana meningkat disebabkan oleh pengaruh media massa. (65 patah perkataan)

Usaha membendung gejala juvana dapat dilakukan melalui pendidikan agama dan moral. Ibu bapa berperanan menyemai nilai-nilai murni kepada anak-anak dan perlu menjadi contoh teladan kepada mereka. Pendidikan di rumah pula diperkukuhkan di sekolah dengan pengajaran guru dan aktiviti-aktivti kokurikulum. Jika terdapat pelajar yang bermasalah, khidmat kaunseling perlu diberikan agar mereka berkelakuan baik. Kesemua mekanisme pendidikan ini dapat membentuk jati diri remaja dan menghalang mereka terjebak dalam jenayah juvana. (68 patah perkataan)

Seterusnya, kempen-kempen kesedaran perlu digiatkan bagi membendung gejala juvana. Kerajaan perlu menjalankan kempen-kempen dari semasa ke semasa seperti ”Kempen Belia Benci Dadah”. Pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) perlu lebih proaktif dalam menganjurkan program-program yang bermanfaat seperti kem motivasi dan kemasyarakatan. Sejajar dengan perkara ini, media massa perlu menyebarluaskan kempen-kempen ini dalam membantu kerajaan dan NGOs untuk menyedarkan golongan remaja. Natijahnya, melalui kempen-kempen ini, remaja akan sedar akan tanggungjawab mereka kepada masyarakat dan negara. (70 patah perkataan).

Sebagai kesimpulannya, kadar peningkatan dalam kes jenayah remaja dapat dibendung jika faktor-faktor penyumbang dikenal pasti dan seterusnya mengambil langkah-langkah mengatasinya. Semua pihak seperti ibu bapa, pihak sekolah dan komuniti masyarakat serta pihak kerajaan perlu berkerjasama dan berganding bahu dalam melahirkan remaja sebagai modal insan kepada negara. (46 patah perkataan)

Page 8: Menulis Karangan Pengajian Am

PERBANDINGAN jawaban pelajar dengan hasil skema

Soalan: Isu cetak rompak telah menjadi suatu masalah yang tidak asing lagi di negara ini. Walaupun kerajaan telah menjalankan serbuan-serbuan ke atas kilang-kilang haram, namun para pengguna masih boleh mendapatkan produk cetak rompak di pasar-pasar malam dan premis perniagaan.

Bincangkan punca-punca dan kaedah mengatasi masalah cetak rompak yang diniagakan di pasar malam dan premis perniagaan.

Jawaban pelajar Jawaban skema

Isu cetak rompak bukan lagi satu isu semasa bagi negara kita. Tetapi telah berlaku sejak teknologidinegara kita meningkat maju. (ulasan: ada kesalahan ejaan dan struktur ayat).

Isu cetak rompak telah menjadi suatu masalah di negara ini. Kerajaan telah berusaha membanterasnya namun pengguna-pengguna masih boleh mendapatkan barangan itu daripada peniaga. Ada beberapa punca masalah ini dan cara mengatasinya.

Bilangan cetak rompak di pasaran semakin meningkat disebabkan permintaan yang amat tinggi terhadap cetak rompak (idea 1). Menyebabkan pengusaha yang tidak bertanggungjawab memproses lebih banyak cetak rompak. Disamping itu pula menjual cetak rompak juga membawa keuntungan yang lumayan kerana modal yang digunakan adalah amat rendah. Pada masa yang sama menjual cetak rompak telah menarik minat banyak remaja untuk menjualnya kerana gaji yang lumayan ditawarkan. (Ulasan: semua huraian dikaitkan dengan pengeluar. Ada kesalahan struktur bahasa)

Sebab utama hasil cetak rompak begitu banyak di pasaran kerana permintaan yang tinggi daripada pengguna (idea 1). Barangan cetak rompak pula murah dan menjadi pilihan pembeli (h1). Pembeli sengaja memilih barangan tiruan yang murah kerana tahap kemampuan ekonomi mereka rendah (h1). Pembeli memilih barangan tiruan ini juga kerana sangat mudah mendapatkan barangan itu di mana-mana seperti di pasar malam (h1).

(Ulasan: semua huraian dikaitkan dengan sikap permintaan pengguna)

Kebanyakan cetak rompak diimport dari negara jiran seperti Thailand. Walaupun kilang-kilang cetak rompak dinegara kita telah di basmi oleh pihak berkuasa, tetapi kebanyakan cetak rompak adalah di import dari negara lain. (Ulasan: huraian jawaban ini tiada dalam skema)

Pihak berkuasa juga harus menjalankan tugas dengan amanah dalam proses serbuan (Idea 3). Sebagai contohnya pihak kastam haruslah

Sebab kedua kepada masalah ini ialah kelemahan penguatkuasaan undang-undang (Idea 3). Pihak penguatkuasa tidak

Page 9: Menulis Karangan Pengajian Am

menjalankan tugas dengan bersih supaya tidak menerima rasuah daripada pengedar (h3). Pihak polis juga menjalankan peranan penting dalam mengatasi hal ini, pihak polis haruslah menjalankan lebih banyak operasi di pasar-pasar malam dan premis perniagaan supaya dapat mengurang jualan cetak rompak (h3). (Ulasan: ada kesalahan struktur ayat.)

mempunyai kakitangan yang mencukupi untuk bertindak tegas (h3). Lebih malangapabila ada penguatkuasa yang sanggup menerima rasuah dan membiarkan perniagaan haram ini (h3).Dalam hal lain, orang ramai tidak memberi kerjasama kepada perjalanan penguatkuasaan ini (h3).

Salah satu langkah harus diambil adalah harga cetak tulen haruslah diturunkan supaya masyarakat mampu membelinya (Idea 5). Masalah pengguna memilih membeli cetak rompak adalah disebabkan harga cetak tulen yang mahal (h5). Jika harga cetak tulen dapat di turunkan maka pengguna akan memilih membeli cetak tulen dan pengeluar cetak rompak dapat dibasmikan (h5). (Ulasan: hanya 2 huraian dan ada kesalahan struktur ayat)

Satu cara untuk mengatasi lambakan produk tiruan ini ialah dengan menurunkan harga produk tulen (Idea 5). Jika harga sebuah DVD tulen sekitar RM10.00 hingga RM15.00, maka pengguna akan memilih produk tulen kerana berkemampuan (h5). Dengan harga berpatutan, pengguna pasti akan mendapatkan barangan tulen yang bermutu tinggi (h5). Harga barangan yang berpatutan tetapi kualitinya tinggi tentu akan membuat pengguna menolak terus hasil tiruan yang kualitinya sangat rendah (h5).

Hukuman yang berat juga akan menyebabkan industri cetak rompak lumpuh (Idea 4). Berdasarkan undang-undang, syarikat yang didapati bersalah melakukan kegiatan cetak rompak boleh dikenakan denda maksimum setengan juta ringgit (h4). Pengusaha barangan cetak rompak juga boleh dikenakan penjara maksimum lima tahun (h4). Selain itu lesen perniagaan mereka akan ditarik balik oleh kerajaan(h4).

Pada kesimpulannya masah sosial seperti ini dapat diselesaikan jika pelbagai pihak dapat bekerjasama. Cetak rompak harus dibasmikan segera kerana ia amat menjejaskan produktiviti cetak tulen. Ulasan: ada kesalahan ejaan dan ganti nama).

Kesimpulannya, industri cetak rompak sangat merugikan negara dari sudut pungutan cukai. Manakala para karyawan pula tidak mendapat pulangan royalti. Oleh itu semua pihak mesti bekerjasama dalam usaha membanteras kegiatan cetak rompak.

Ulasan: Terdapat tiga idea utama (3 markah) dan empat huraian (4 markah). Kesalahan

Ulasan: Setiap idea utama (4 markah) diberi 12 huraian yang mesti berkaitan dengan idea asal

Page 10: Menulis Karangan Pengajian Am

ejaan dan struktur ayat dipotong 3 markah, bahasa (2 markah).Ada perenggan yang tidak relevan dan tidak lancar menyampaikan persembahan dipotong 2 markah, impak (2 markah). Keseluruhan karangan 11 markah.

(12 markah). Tiada kesalahan ejaan dan struktur ayat (5 markah) di samping keberkesanan persembahan karangan: impak (4 markah). Karangan sempurna 25 markah.

CONTOH karangan laras sains yang terseleweng

Soalan

“Kepentingan hidupan liar kepada alam dan manusia memang tidak dapat dinafikan lagi, namun begitu bilangannya semakin berkurangan.” Huraikan bagaimanakah masalah kepupusan hidupan liar ini ditangani.

Hutan merupakan habitat flora dan fauna tetapi hutan sering dimusnahkan oleh manusia kerana untuk pembangunan dan mengejar kekayaan. Secara langsung hidupan liar semakin berkurangan sehingga menghampiri kepupusan.

Untuk menangani masalah kepupusan hidupan liar, pihak berkuasa harus mengetatkan undang-undang dan memberatkan hukumanterhadap orang yang memusnahkan hidupan liar. Dengan hukuman yang berat, pesalah tidak akan bertindak sesuka hati dan berfikir dahulu sebelum menjalankan sebarang langkah. Hukuman berat telah menjadi amaran kepada mereka.

Selain itu, kita juga perlu menyelesaikan masalah tersebut melaluipendidikan. Kita boleh menanam semangat cintakan alam sekitar dan hidupan liar sejak kecil lagi. Tindakan ini dapat memupuk semangat mereka. Dengan konsep ini, mereka tidak akan memburu dan membunuh hidupan liar apabila mereka dewasa.

Di samping itu, kita boleh mengadakan kempen cinta kepada hidupan liar. Kempen tersebut harus bekerjasama dengan media massa. Dalam kempen, kita boleh berceramah kepentingan hidupan liar kepada alam dan manusia. Kempen dapat menyedarkan rakyat betapakah penting hidupan liar. Biasanya, kempen akan mendapat sambutan orang ramai, sebagai contoh kempen mencegah dadah sangat berjaya dalam negara kita.

TR- salah laras.

(mengetatkan undang-undang adalah laras sastera)

0 markah

TR – salah laras

(sastera)

0 markah

Page 11: Menulis Karangan Pengajian Am

Rakyat juga harus bekerjasama dengan kerajaan. Rakyat tidak harus membeli binatang larangan sebagai hiasan seperti kulit harimau. Pemburuan berterusan kerana terdapat permintaan dalam pasaran. Kalau rakyat memboikotnya, maka tiada permintaan dalam pasaran dan ini menyebabkan pemburuan berkurang kerana tiada rezeki kepada pemburu.

Kesimpulannya, semua rakyat dan penduduk harus bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menangani masalah kepupusan hidupan liar. Kita perlu ingat, kita hanya meminjam dunia ini daripada generasi akan datang.

TR - salah laras

(sastera)

0 markah

TR - salah laras

(sastera)

0 markah

Karangan terseleweng

markah 1/25

Page 12: Menulis Karangan Pengajian Am

BAGAIMANA membina karangan yang baik?

APA yang ada pada sebuah karangan? Sejak sekolah rendah, murid-murid diajar mengarang, sehinggalah di Prauniversiti atau Tingkatan Enam. Mengapa tidak mahir lagi mengarang?

Sistem kepengarangan ini sama saja untuk Bahagian A (Laras Sastera) dan Bahagian B (Laras Sains).

Arahan dalam kertas soalan ialah calon diminta mengarang dengan kepanjangan antaraa 250 hingga 300 patah perkataan. Sebenarnya calon masih diberi kelonggaran sehingga 350 patah perkataan! Setelah 350 patah perkataan, apa-apa yang tercatat tidak ada dalam pemarkahan.

Karangan calon mestilah dalam enam perenggan sahaja. Enam perenggan ini dalam memenuhi kehendak skema pemarkahan dan memudahkan penyemakan oleh pemeriksa kertas jawaban. Untuk mudah difahami, perhatikan analisa ini.

Perenggan 1: Pengenalan

Perenggan 2: Idea satu dan tiga huraiannya.

Perenggan 3: Idea dua dan tiga huraiannya.

Perenggan 4: Idea tiga dan tiga huraiannya.

Perenggan 5: idea empat dan tiga huraiannya.

Perenggan 6: Kesimpulan atau penutup.

Kaedah pemarkahan karangan ini seperti berikut:

Idea: 4 markah

Huraian: 12 markah

Bahasa : 5 markah

Impak/keberkesanan: 4 markah

(Jumlah keseluruhan ialah 25 markah)

Apa yang selalu dilupakan oleh calon?

Calon tidak memahami sepenuhnya maksud dan kehendak soalan.

Fahamilah kehendak soalan itu untuk menentukan struktur idea utama bagi jawaban itu: 4 + 0 atau2 + 2 atau 1 + 3.

Page 13: Menulis Karangan Pengajian Am

Ø Maksudnya jika 4 + 0 kesemua idea utama itu dari satu pandangan.

Ø Manakala jika 2 + 2 ialah dua dari satu sudut pandangan dan dua idea lagi sudut pandangan lain.

Ø Bagi struktur 1 + 3, bermaksud satu idea dari satu pandangan dan tiga idea lagi pandangan lain.

Pandangan-pandangan itu ditemui dalam maksud soalan yang diberikan.

Calon tidak membuat rangka jawaban.

Hal ini kerap berlaku, walhal inilah asas kepada sesiapa saja untuk menghasilkan karangan bermutu. Tulislah rangka karangan berdasarkan perenggan, insya Allah kerja mengarang akan terus lancar dan tidak tersesat ke mana-mana.

Tidak membaca karangan sendiri.

Kononnya kerana mengejar masa, calon hanya menulis karangan. Kerja membaca karangan diserahkan kepada pemeriksa. Inilah antara kesilapan calon yang melepaskan peluang untuk menilai semula hasil tulisanya sama ada diyakini betul atau masih ada kesalahan kecil, misalnya ejaan!

Baikilah mana-mana kesilapan yang lalu.

Dicatat oleh NURUL MUBIN SIRAJ di 11:49 PG