meningkatkan kemahiran hafazan surah al

15
Meningkatkan kemahiran hafazan surah Al-Fil murid tahun 3 menggunakan kaedah kad pintar. 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Secara umumnya,penyelidikan dijalankan dalam pendidikan untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.Sering kali ia melibatkan penyelesaian masalah atau penjelasan teori pendidikan.Kajian tindakan merupakan suatu kaedah yang berupaya menggerakkan minda dan kreativiti guru untuk menghasilkan kerja yang lebih berkesan dalam bilik darjah.Menurut Ebbut(1985),Kajian tindakan sebagai suatu pengkajian yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap usah-usah untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis mereka sendiri serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut. Matlamat Pendidikan Islam sekolah rendah adalah untuk menghasilkan insan yang berilmu,beriman,beramal soleh dan berakhlak mulia dengan menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai

Upload: aishah4840

Post on 27-Sep-2015

370 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Meningkatkan kemahiran hafazan surah Al-Fil murid tahun 3 menggunakan kaedah kad pintar.1.0 PENDAHULUAN1.1 Pengenalan

Secara umumnya,penyelidikan dijalankan dalam pendidikan untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.Sering kali ia melibatkan penyelesaian masalah atau penjelasan teori pendidikan.Kajian tindakan merupakan suatu kaedah yang berupaya menggerakkan minda dan kreativiti guru untuk menghasilkan kerja yang lebih berkesan dalam bilik darjah.Menurut Ebbut(1985),Kajian tindakan sebagai suatu pengkajian yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap usah-usah untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis mereka sendiri serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut.

Matlamat Pendidikan Islam sekolah rendah adalah untuk menghasilkan insan yang berilmu,beriman,beramal soleh dan berakhlak mulia dengan menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan dalam kehidupan seharian supaya menjadi hamba Allah yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Pembelajaran Tilawah Al Quran di sekolah rendah merupakan sebahagian daripada kandungan matapelajaran pendidikan Islam yang berasaskan Kurikulum Bersepadu sekolah Rendah yang mengandungi 3 bahagian. Bahagian pertama ialah Tilawah Al Quran yang memfokuskan aspek mengenal, menyebut, membaca, menulis huruf dan perkataan. Aspek kedua membaca dan menghafaz ayat-ayat lazim dan aspek ketiga ialah pengertian ayat-ayat tertentu dalam Al Quran.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Saya merupakan guru penolong agama (GPA) di Sekolah Kebangsaan Sungai Batu, Sungai Batu,Pulau Pinang. Saya berpengalaman mengajar selama 4 tahun 3 bulan di sekolah ini.. Pada tahun 2015, saya telah diamanahkan untuk mengajar matapelajaran Pendidikan Islam bagi kelas tahun 3 Intan.

Sekolah Kebangsaan Sungai Batu merupakan sebuah sekolah yang digolongkan dalam kategori sekolah luar bandar. Murid- murid Tahun 3 Sekolah Kebangsaan Sungai Batu, datang dari latar belakang keluarga yang berbeza. 60% pelajar tinggal di kawasan perumahan flat di sekitar sekolah, manakala 40% lagi tinggal di kawasan kampung yang berdekatan dengan sekolah. Pekerjaan ibu bapa juga kebanyakkan adalah nelayan,pekerja industry dan berbeza antara satu sama lain. Faktor-faktor ini memainkan peranan yang sangat penting terhadap pencapaian mereka di sekolah. Terdapat sesetengah ibu bapa tidak mengambil berat terhadap pembelajaran Al Quran di rumah. Anak-anak mereka tidak pernah di ajar membaca Al Quran, sama ada diajar sendiri atau pun dihantar mengikuti kelas Al Quran, mereka hanya mengharapkan anak-anak belajar di sekolah. Terdapat juga murid yang telah didedahkan dengan pembelajaran Al Quran semenjak berumur 4, 5 dan 6 tahun lagi, tetapi tahap penguasaan Al Quran mereka masih belum mantap. Apa yang hendak saya luahkan di sini adalah, mata pelajaran Pendidikan Islam sering diambil mudah dan dipandang sebagai mata pelajaran elektif oleh sebilangan murid. Ini kerana, pada anggapan mereka mata pelajaran Pendidikan Islam adalah satu mata pelajaran yang kurang penting kerana mata pelajaran ini tidak termasuk di dalam senarai mata pelajaran yang akan dijawab oleh murid-murid terbabit semasa Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).Mereka juga menganggap mata pelajaran Pendidikan Islam menjadi satu bebanan kepada mereka kerana mereka terpaksa berhadapan dengan beberapa pecahan bidang yang terdapat di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam seperti aqidah, ibadah, sirah, tilawah al-Quran, akhlak, jawi dan amali.Bidang tilawah Al-Quran contohnya, mempunyai beberapa pecahan kemahiran yang perlu dipelajari seperti bacaan surah, hafazan dan pengertian surah. Bidang hafazan misalnya, amat memerlukan penumpuan yang penuh dan teliti terhadap surah-surah yang ingin dihafaz dan ini berlainan dengan mata pelajaran lain yang boleh dipelajari dengan hanya membaca dan memahami formula atau fakta tertentu dan tidak memerlukan kepada hafalan. Hafazan sememangnya satu bidang yang amat ditakuti oleh murid-murid saya. Mereka menganggapnya sebagai satu kemahiran yang sukar dikuasai. Selalunya mereka tidak akan dapat menguasai surah yang melibatkan kemahiran hafazan. Ini menyebabkan soalan dalam bidang tilawah yang memerlukan murid menjawab dengan berpandukan kepada daya ingatan mereka akan ditinggalkan kosong oleh murid atau sekadar meneka jawapan yang disediakan.. Hal ini membuatkan saya berasa sedih dan begitu kesal serta tidak berpuas hati terhadap diri sendiri kerana tidak memberikan tunjuk ajar yang betul kepada murid saya. Seringkali terdengar perkataan tak faham ya ustazah macam mana nak buat . Rungutan-rungutan sebegini amat sinonim sekali setiap kali pembelajaran Pendidikan Islam. Bagi saya mereka terlalu bergantung kepada guru untuk memberi jawapan, mereka tidak ingin mencuba membuat sendiri. Tetapi, saya tidak boleh menyalahkan mereka seratus peratus kerana mereka mempunyai latar belakang keluarga yang kurang didikan agama, kurangnya perhatian daripada ibubapa serta tidak ada kemudahan kelas hafazan di tempat mereka yang membatasi pembelajaran mereka.

Saya pun menjawab .apalah awak ni yang tu pun tak boleh nak buat senang saja kan tanpa memberi tunjuk ajar yang betul serta tidak prihatin kepada masalah yang dihadapi murid-murid. Saya kembali merenung semula di mana silap saya ketika mengajar tajuk ini. Hasilnya, saya berasa hairan kerana saya telah berusaha untuk menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik untuk mereka. Saya telah melaksanakan aktiviti yang menarik yang mana saya menganggap ia mampu membantu murid-murid saya menguasai tajuk ini. Namun, apa yang saya peroleh hanyalah kehampaan yang membuatkan saya berasa bahawa saya perlu memperbaiki semula amalan pembelajaran dan pengajaran saya bagi tajuk ini agar murid-murid saya dapat menguasai tajuk ini dengan sebaiknya.

Saya bersungguh-sungguh ingin memastikan murid menguasai tajuk ini kerana saya ingin mereka menyedari kepentingan menghafaz al-Quran.. Dengan ini, secara tidak langsung murid-murid akan memupuk sifat suka membaca Al-Quran. Pada pandangan saya dalam pembentukan diri dan sahsiah murid, Al-Quran merupakan panduan hidup untuk setiap muslim serta dapat membentuk jati diri murid dalam menjadi insan yang kamil. Hakikatnya, saya ingin murid-murid menjadikan Al-Quran dengan bacaan yang betul sebagai tunjang utama dalam kehidupan mereka. Bagaimana mereka menghafaz Al-Quran, begitulah cara mereka akan menjaga kehidupan berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah dalam kehidupan seharian.

Saya percaya bahawa sahsiah murid dapat dibentuk dengan baik sekiranya mereka banyak menghafaz ayat suci al-Quran. Saya yakin, dengan penguasaan menghafaz ayat al-Quran yang sering dianggap remeh oleh orang lain mampu membentuk sifat teliti dan bersungguh-sungguh untuk mempelajarinya dalam setiap perkara yang mereka lakukan dalam kehidupan seharian mereka. Saya menyedari bahawa sikap tanggungjawab terhadap kesempurnaan untuk mereka mempelajari hukum tajwid dapat membentuk murid-murid yang bertanggungjawab terhadap perkara yang lain dalam kehidupan dan menyedari tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah SWT memegang tanggungjawab sebagai Khalifah di muka bumi ini.

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

2.0 FOKUS KAJIAN2.1 Masalah Kajian2.1.1 Tinjauan MasalahKesukaran murid untuk memahami konsep dan kaedah hafazan yang sebenar dan mudah merupakan cabaran utama yang perlu saya rungkaikan untuk membantu mereka meningkatkan keyakinan diri mereka terhadap bidang hafazan ini. Permasalahan murid-murid ini dapat saya perincikan kepada aspek-aspek berikut:(a)Pengetahuan sedia ada murid tentang surah yang akan dihafaz(b)Sejauh mana murid terdedah kepada bacaan dan hafazan alquran(c)Permasalahan yang murid hadapi untuk menguasai kaedah hafazan.2.1.2 Analisis Tinjauan Masalah

2.2 Fokus KajianFokus kajian saya berkaitan dengan masalah murid-murid yang kurang menguasai hafazan surah Al-Fil.

2.3 Kriteria Pemilihan Fokus Kajian

Saya memilih isu ini kerana ianya amat penting untuk membantu menyelesaikan masalah murid untuk membolehkan murid menghafaz surah al-Fil dengan betul dan lancar Sehubungan dengan itu, pemilihan fokus kajian ini berdasarkan kriteria-kriteria asas penyelidikan tindakan yang saya cuba penuhi iaitu, pertama, kebolehtadbiran. Kebolehtadbiran bahan adalah tidak rumit dan mudah dihasilkan. Disamping itu, bahan adalah mudah untuk difahami oleh murid dan tidak memakan kos yang terlalu tinggi iaitu mampu dibaiyai oleh saya sendiri. Bahan yang diperlukan adalah, kertas berwarna, dakwat pencetak, penebuk lubang, plastik laminasi dan mesin laminasi. Bahan-bahan ini mudah didapati dan saya menggunakan mesin laminasi hak milik seorang rakan guru di sekolah untuk menyiapkan bahan tersebut.

Kriteria kedua ialah, kebolehgunaan. Bahan ini boleh digunakan berulang kali oleh murid sehingga mereka menguasai isu ini. Bahan ini juga tahan lasak kerana telah dilaminasi dengan plastik laminasi untuk tahan lama dan tidak basah jika terkena air. Selain itu, bahan ini juga boleh dijadikan sebagai sumber rujukan kepada murid di kelas yang lain yang mungkin menghadapi masalah yang sama.

Kriteria ketiga ialah, kebolehkawalan. Kebolehkawalan bahan ini adalah senang dan mudah. Oleh kerana bahan ini adalah kad yang dipotong, murid senang membawa bahan ini kemana-mana dengan meletakkannya ke dalam poket baju mereka. Bahan ini juga mempunyai ciri-ciri seperti, boleh dilihat, disentuh dan disimpan oleh murid. Untuk mengelakkan bahan ini koyak atau rosak, bahan ini dilaminasi dengan baik untuk kegunaan jangka masa panjang. Murid juga boleh menggunakan bahan ini ketika ulangkaji pada masa senggang.

Kriteria seterusnya adalah kepentingan isu. Saya dapati fokus kajian yang saya pilih merupakan isu yang sangat penting di kalangan murid tahun 3. Isu ini penting supaya mereka boleh menghafaz surah-surah lain di masa akan datang.

Selain itu, kriteria lain ialah dari aspek kolaboratif. Semasa saya mengenalpasti isu ini, saya telah berbincang dengan guru Pendidikan Islam yang lain tentang cara mengatasi masalah ini. Kami berkongsi dan bertukar-tukar pendapat untuk mendapat kaedah yang mudah serta cepat dikuasai oleh murid. Disamping itu, saya juga perlu meminjam mesin laminasi daripada seorang guru di sekolah saya untuk kad yang akan digunakan. Hal ini menjadikan hubungan kami bertambah mesra dan erat. Selain itu, saya juga turut berkolaboratif dengan murid-murid. Kolaboratif ini penting bagi menghasilkan pembelajaran dan pengajaran yang baik melalui kolaboratif yang maksimum antara guru dengan murid yang bertujuan untuk mencapai objektif dan hasil pembelajaran yang ditetapkan Seterusnya, saya juga turut berkolaborasi dengan rakan sekelas PPG saya utuk berbincang mengenai pelaksanaan aktiviti pembelajaran dan pengajaran saya dari masa ke semasa.

Selain itu aspek kerelevenan kepada sekolah pula, isu ini bersesuaian dengan tajuk dalam Sukatan Pelajaran Tahun 3. Isu ini juga relevan dengan keperluan dan kewajipan setiap individu ketika membaca Al-Quran secara bertajwid dalam kehidupan seharian. Dalam masa yang sama, saya boleh menerapkan tajuk ini ketika dalam program Majlis Tadarrus Al-Quran peringkat sekolah yang sememangnya menjadi program tahunan disekolah anjuran Panitia Pendidkan Islam bagi mencungkil bakat murid dalam pertandingan hafazan Al-Quran. Oleh itu, hasil daripada kejayaan dalam pelaksanaan amalan penambahbaikan ini akan dapat digunakan oleh murid-murid sehingga ke akhir hayat mereka.

Sehubungan dengan itu, isu yang telah saya pilih memenuhi kriteria-kriteria pemilihan isu yang ditetapkan dan ini membuatkan saya berasa lebih yakin dan bersedia untuk melaksanakan penambahbaikan dalam proses pembelajaran dan pengajaran saya pada masa akan datang berdasarkan idea yang telah saya fikirkan dan renungkan berdasarkan pemerhatian saya terhadap kegemaran kanak-kanak sekolah rendah. Saya telah melakukan sedikit temubual terhadap beberapa orang kanak-kanak tentang permainan yang mereka gemari. Berdasarkan temubual tersebut, saya dapati bahawa kebanyakkan dari mereka menyukai permainan berbentuk kad. Oleh kerana itulah dapat kita lihat pelbagai jenis kad permainan yang dijual dipasaran. Selain itu, banyak jenis kad yang pelbagai bentuk dan warna yang dapat menarik minat murid untuk bermain kad tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa permainan kad sememangnya disukai oleh murid-murid. Berdasarkan kad-kad itulah saya mendapat idea untuk menjalankan kajian tindakan saya kelak.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN3.1 Objektif Umum:Meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam khususnya dalam bidang hafazan dan para pelajar dapat menggunakan kaedah hafazan yang bersesuaian dengan kemampuan diri masing-masing.3.2 Objektif Khusus:i. Murid dapat membaca surah Al-Fil dengan baik, fasih, lancar dan bertajwidii. Murid dapat menghafaz surah Al-Fil dengan betul, lancar dan mengikut hukum tajwid.iii. Murid dapat menghafaz makna ayat-ayat dalam surah Al-Fil dengan betuL3.3 Persoalan Kajian1.Bagaimanakah guru mengenal pasti masalah menghafaz surah Al-Fill?2.Bagaimanakah guru membantu mengatasi masalah menghafaz surah Al-Fill?3.Bagaimanakah guru dapat membantu mengubah amalan pembelajaran dan pengajaran dalam menghafaz surah Al-Fill?4.0 KUMPULAN SASARAN

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN 5.1 Perancangan Tindakan

Model kajian yang saya akan gunakan dalam amalan penambahbaikan saya adalah model kajian yang diperkenalkan oleh Kemmis & Mc Taggart ( 1998 ) yang merangkumi empat langkah iaitu membuat refleksi, merancang, bertindak dan membuat pemerhatian. Berikut merupakan Gelung Kajian Tindakan Kemmis dan Mc Taggart.

Jadual 1: Gelung Kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggart