meningkatkan

11
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN DUA SUKU KATA BAGI MURID TAHUN DUA NUR NADIYAH BINTI INDRA GUNAWAN (Bekas mahasiswa PISMP (BM) IPG Kampus Kota Bharu. Bahan ini merupakan ringkasan kajian di bawah penyeliaan Encik Azaha Ibrahim dan Encik Maniyamin Ibrahim) 1.0 Pengenalan Kemahiran membaca merupakan kemahiran yang paling asas dalam kemahiran bahasa. Kemahiran membaca perlu dikuasai oleh setiap murid bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran (PNP). Pada kebiasaannya ramai murid tahap satu masih lemah dalam kemahiran membaca. Hal ini perlu diatasi kerana kegagalan menguasai kemahiran ini akan mengganggu penguasaan kemahiran lain. Setelah beberapa kali sesi pengajaran, saya mendapati bahawa terdapat beberapa orang murid yang masih tidak dapat membaca dengan lancar. Masalah ini dikenal pasti apabila saya menyuruh murid membaca secara individu petikan yang terdapat di dalam buku teks ketika sesi pengajaran. Namun demikian, saya melihat murid kelas ini menunjukkan minat untuk belajar dan kemampuan mereka ini dapat digilap jika saya menggunakan cara yang betul. Setelah meneliti masalah yang dihadapi, saya merasakan masalah utama yang perlu diberi penekanan ialah meningkatkan tahap kemahiran membaca mereka. Hal ini kerana membaca merupakan asas kepada sesuatu ilmu. Oleh itu satu kajian telah dilakukan untuk meningkatkan kemahiran membaca ini. 2.0 Fokus kajian Saya mendapati murid telah dapat mengenal huruf dan bunyi suku kata. Murid juga telah dapat membaca perkataan satu suku kata dan perkataan dua suku kata yang bermula daripada huruf vokal seperti ibu dan anak . Namun begitu, murid didapati masih tidak dapat membaca perkataan dua suku kata yang lebih sukar seperti beca , botak , lembut , borang dan kentang . Murid gemar membunyikan perkataan mengikut sesuka hati mereka berdasarkan bunyi terhampir. Oleh itu kajian ini difokuskan kepada meningkatkan kemahiran membaca

Upload: mary-sharpe

Post on 14-Nov-2015

9 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

meningkatkan

TRANSCRIPT

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAANDUA SUKU KATA BAGI MURID TAHUN DUA

NUR NADIYAH BINTI INDRA GUNAWAN(Bekas mahasiswa PISMP (BM) IPG Kampus Kota Bharu. Bahan ini merupakan ringkasan kajian di bawah penyeliaan Encik Azaha Ibrahim dan Encik Maniyamin Ibrahim)

1.0Pengenalan

Kemahiran membaca merupakan kemahiran yang paling asas dalam kemahiran bahasa. Kemahiran membaca perlu dikuasai oleh setiap murid bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran (PNP). Pada kebiasaannya ramai murid tahap satu masih lemah dalam kemahiran membaca.Hal ini perlu diatasi kerana kegagalan menguasai kemahiran ini akan mengganggu penguasaan kemahiran lain.

Setelah beberapa kali sesi pengajaran, saya mendapati bahawa terdapat beberapa orang murid yang masih tidak dapat membaca dengan lancar. Masalah ini dikenal pasti apabila saya menyuruh murid membaca secara individu petikan yang terdapat di dalam buku teks ketika sesi pengajaran. Namun demikian, saya melihat murid kelas ini menunjukkan minat untuk belajar dan kemampuan mereka ini dapat digilap jika saya menggunakan cara yang betul. Setelah meneliti masalah yang dihadapi, saya merasakan masalah utama yang perlu diberi penekanan ialah meningkatkan tahap kemahiran membaca mereka. Hal ini kerana membaca merupakan asas kepada sesuatu ilmu. Oleh itu satu kajian telah dilakukan untuk meningkatkan kemahiran membaca ini.

2.0Fokus kajian

Saya mendapati murid telah dapat mengenal huruf dan bunyi suku kata. Murid juga telah dapat membaca perkataan satu suku kata dan perkataan dua suku kata yang bermula daripada huruf vokal seperti ibu dan anak. Namun begitu, murid didapati masih tidak dapat membaca perkataan dua suku kata yang lebih sukar seperti beca, botak, lembut, borang dan kentang. Murid gemar membunyikan perkataan mengikut sesuka hati merekaberdasarkan bunyi terhampir. Oleh itu kajian ini difokuskan kepada meningkatkan kemahiran membaca perkataan dua suku kata. Pola yang difokuskan dalam kajian ialah pola suku kata terbuka dan tertutup iaitu pola KV+KV, KV+KVK, KVK+KVK, KVK+KV.

Hasil dari pemerhatian, saya mendapati masalah yang dihadapi oleh murid disebabkan murid masih belum dapat menguasai konsep mencantumkan perkataan dankeliru dengan bunyi suku kata serta huruf . Oleh itu saya telah melaksanakan aktiviti Nyanyian Suku Kata, Teknik Cantumkan Saya dan Latih Tubi Penyebutan Suku Kata bagi mengatasi masalah murid.

Kajian tentang masalah membaca banyak dilakukan oleh pengkaji yang terdahulu. Antaranya ialah kajian yang dilakukan olehMazni Osman (2007), Roziah Abdul Hamid (2005),Zainora Mohd (2005),Abdillah Nurdin Asis (2009), Aspalaila Ramli dan Maslinda Mahmud (2006) serta Siti Rosmah Mohamed dan Saripah Sarif (2006),

Perkara yang sama juga berlaku di sekolah tempat saya mengajar iaitu di Sekolah Kebangsaan Chicha Menyabong. Walaupun banyak kajian telah dilakukan di tempat lain, Namun masih belum ada kajian tentang masalah membaca dilakukan di sekolah ini. Maka wajarlah kajian ini dilakukan bagi meningkatkan Kemahiran Membaca Perkataan Dua Suku Kata bagi Murid Tahun Dua Pintar di Sekolah Kebangsaan Chicha Menyabong.

3.0Objektif kajian

Kajian yang dijalankan mempunyai objektif seperti berikut :3.1 Meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan dua suku kata bagi murid Tahun Dua3.2 Mengukur kesan kaedah Nyanyian Suku Kata, Cantumkan Saya dan Latih Tubi Penyebutan Suku Kata bagi meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murid Tahun Dua.3.3 Mengesan perubahan pencapaian penguasaan murid dalam kemahiran membaca.

4.0Kumpulan sasaran

Kajian ini dijalankan ke atas murid tahun Dua Pintar di Sekolah Kebangsaan Chicha Menyabong. Murid kelas ini terdiri daripada 16 orang iaitu 11 orang lelaki dan 7 orang perempuan. Setelah melakukan ujian diagnostik, tujuh orang murid telah dipilih sebagai responden kajian. Responden ini terdiri daripada dua orang murid perempuan dan lima orang murid lelaki. Responden ini telah dikenalpasti mempunyai masalah dalam membaca perkataan dua suku kata. Tahap pencapaian responden ini adalah lemah dan sederhana berbanding 9 orang murid yang lain. Kumpulan ini dipilih melalui ujian membaca perkataan yang diadakan pada 2 Mac 2010. Oleh itu kajian telah dilakukan terhadap tujuh orang responden ini.

5.0Pelaksanaan tindakan

5.1 Tinjauan masalahTinjauan masalah dilakukan melalui pemerhatian pada sesi pengajaran dan pembelajaran (PNP). Setelah beberapa sesi pengajaran, saya dapat mengenal pasti bahawa terdapat murid yang menghadapi masalah dalam membaca ketika saya menyuruh murid membaca secara individu petikan yang terdapat di dalam buku teks. Tinjauan masalah ini juga dilakukan melalui perbincangan bersama guru mata pelajaran dan melihat rekod pencapaian murid. Hasil dari tinjauan masalahmendapati bahawa masalah membaca ini memang wujud dalam kalangan murid.

5.2 Strategi Perlaksanaan Tindakan

5.2.1 Strategi 1 : Aktiviti Cantumkan Saya

Aktiviti Cantumkan Saya ini dijalankan pada 4.04.2010 sehingga 15.04.2010. Teknik ini dilaksanakan selama tujuh sesi sepanjang tempoh dua minggu. Masa sebanyak 15 minit diperuntukkan bagi setiap sesi. Dalam aktiviti ini murid dibahagikan kepada pasangan.Setiap pesangan diberikan Kad suku kata yang membentuk perkataan. Murid pertama diminta membunyikan suku kata pertama dan disambung terus oleh murid kedua. Sambungan ini akan membentuk bunyi perkataan.A

B

C

D

lem

gan

lon

tas

tar

tung

but

pan

lon

jan

ram

G

E

H

F

Rajah 3 : Susun atur kaedah cantumkan saya

RefleksiAktiviti ini membantu murid menangkap bunyi sambungan perkataan yang terhasil daripada suku kata yang dicantumkan. Kadang kala murid memilih sendiri suku kata secara berpasangan dan cuba mencantumkan bunyi perkataan tersebut. Kadangkala, ada perkataan yang dibentuk itu salah. Saya akan menggantikan suku kata yang salah tersebut dengan suku kata baru yang dapat membentuk perkataan yang bermakna. Saya dapat melihat kesungguhan mereka untuk belajar melalui teknik ini.Aktiviti Cantumkan Saya ini didapati dapat membantu murid dalam mempelajari konsep mencantum perkataan.

5.2.2 Strategi 2 : Aktiviti Nyanyian Suku KataLatihan nyanyian suku kata ini dijalankan pada 18.04.2010 hingga 29.04.2010. Teknik inidilaksanakan selama tujuh sesi sepanjang tempoh dua minggu. Masa sebanyak 15 minitdiperuntukkan bagi setiap sesi. Dalam aktiviti ini murid diminta menyanyi bunyi suku kata pertama menggunakan versi lagu tertentu dan terus menyambung nyanyian dengan bunyi suku kata kedua. Contoh perkataan pantas Pan pan, pan pan, pan pan, pan pan tas..............!!!!

Refleksi : Setelah dua minggu aktiviti ini dilaksanakan, murid telah menunjukkan kemajuan dalam penguasaan kemahiran membaca. Aktiviti ini membantu murid mengingat dan memahami konsep mencantum perkataan.

5.2.3 Aktiviti 3 : Latih tubi penyebutan suku kata

Aktiviti ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi penguasaan murid menyebut suku kata danmembaca perkataan dengan sebutan yang betul. Latihan ini dijalankan pada 04.07.2010 hingga 15.07.2010. Teknik ini dilaksanakan selama tujuh sesi sepanjang tempoh dua minggu. Masa sebanyak 10 minit diperuntukkan bagi setiap sesi. Dalam latih tubi penyebutan suku kata, guru menyuruh murid membaca dan menyebut perkataan dalam kad suku kata yang ditunjukkan oleh guru. Guru akan membetulkan penyebutan murid jika berlaku kesalahan.Rajah 4 : Carta penyebutan suku kata

u hung rungbung jung sungcung kung tungdung lung wungfung mung yunggung nung

i hin rinbin jin sincin kin tindin lin winfin min yingin nin

a ha raba ja saca ka tada la wafa ma yaga na

RefleksiMurid didapati semakin mahir dengan bunyi suku kata selepas melakukan aktiviti ini meskipun pada peringkat awal terdapat banyak kesalahan penyebutan. Walaubagaimanapun terdapat masalah gangguan dialek yang menghalang murid menyebut dengan betul. Namun demikian masalah kesalahan penyebutan ini dapat dikurangkan hasil latihan yang diberikan

6.0 Dapatan Kajian

Penilaian terhadap penguasaan murid dalam membaca dilakukan melalui perbandingan ujian pra dan ujian pos. Ujian pra telah diadakan pada 21 Mac 2010. Ujian pos pula telah dijalankan pada 18 Julai 2010 selepas perlaksanaan tindakan. Keputusan ujian pra dan ujian pos telah dibuat perbandingan bagi melihat perubahan pencapaian responden. Cara pengujian dalam ujian pos adalah sama dengan ujian pra namun menggunakan perkataan yang berbeza. Dalam ujian ini murid diminta membaca 140 perkataan dua suku kata berdasarkan pola terbuka terbuka (KV+KV), terbuka tertutup (KV+KVK), tertutup tertutup (KVK+KVK), tertutup terbuka (KVK+KV). Berikut merupakan perbandingan keputusan ujian pra dan ujian pos.

Jadual 6.1 : Perbandingan ujian pra dan ujian pos

BilNama muridUjian praUjian posPeningkatan pencapaian

Markah(140)Peratus(%)Markah(140)Peratus(%)Markah(140)Peratus(%)

1Aidil Azihan5035.7111582.1465+46.43

2Wajdi64.288258.5776+54.29

3Afiq4632.8512085.7174+52.86

4Syawal2618.5710474.2878+55.71

5Mifzal3122.1411582.1484+60.00

6.Shuhadha4431.4212387.8579+56.43

7.Munirah3625.7112488.5788+62.86

Jadual 6.1 menunjukkan perbezaan pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pos. Didapati murid dapat membaca antara 6 hingga 50 perkataan pada ujian pra. Peningkatan dapat dilihat sewaktu ujian pos apabila murid dapat membaca antara 82 hingga 124 perkataan pada ujian pos. Jumlah peningkatan perkataan yang dibaca adalah antara 60 hingga 88 patah perkataan. Dapatan kajian ini telah menunjukkan peningkatan penguasaan murid dalam kemahiran membaca.

Min purata ketika ujian pra dahulu sebanyak 24.38% telah meningkat kepada79.89% dalam ujian pos ini.Peningkatan min purata ini berlaku sebanyak 55.51%. Dapatan peningkatan min purata dalam ujian pos telah membuktikan bahawa terdapat perubahan pencapaian setiap responden dalam penguasaan kemahiran membaca. Keadaan ini menunjukkan bahawa kajian ini telah berjaya meningkatkan penguasaan murid dalam membaca.

Graf perbandingan ujian pra dan ujian pos.

7.0 Perbincangan dan Kesimpulan

Saya mendapati bahawa murid yang dahulunya amat lemah dalam kemahiran membaca telah menunjukkan perubahan yang ketara hasil daripada aktiviti yang dijalankan. Murid-murid juga semakin seronok kerana boleh membaca lebih banyak perkataan. Perkara ini membuktikan bahawa kajian untuk meningkatkan penguasaan murid dalam membaca ini telah berjaya dilaksanakan.

8.0 Cadangan kajian seterusnya

Memandangkan aktiviti yang dijalankan telah dapat meningkatkan penguasaan murid membaca perkataan dua suku kata, saya bercadang untuk memperluaskan kajian terhadap kemahiran membaca perkataan tiga suku kata. Saya turut bercadang untuk mengaplikasi kepada murid pemulihan yang menghadapi masalah yang sama iaitu tidak memahami konsep mencantum perkataan.

Kajian tindakanmeningkatkan penguasaan kemahiran membacamurid tahun satu (LINUS) ini boleh membantu GPK dan guru LINUS dalam menangani masalah murid-murid yang tidak menguasai kemahiran membaca. Kajian ini menggunakankaedah gabungan bunyi kata dengan teknik latih tubi.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah: Latih tubi bacaan menggunakan kad huruf, kad suku kata, kad perkataan, kad frasa dan kad ayat. Latih tubi bacaan menggunakanPowerpoint. Permainan mencantum suku kata membentuk perkataan. Nyanyian

Slow learner disini bermaksud kanak - kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas / kurikulum / di sekolah biasa, dia terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran yang mudah / objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah / rendah.Ciri - ciri:- Pencapaian pelajaran / akedemik berbeza.- Pendiam / tidak aktif / banyak cakap.- Sukar menerima arahan.- Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak - kanak biasa.- Menyebut huruf-huruf yang tidak tepat/salah, bertukar-tukar.- Meninggalkan huruf,sukukata @ perkataan ketika membaca dan menulis.- Tulisan yang terlalu buruk/Sukar dibaca.- Kekerapan kesalahan dalam ejaan, tanda bacaan.- Tanpa ketetapan /Menaik dan menurun- Huruf terbalik /Urutan dan arah yang salah- Tanpa ketetapan dan ketentuan - jarak huruf dan perkataan.- Saiz yang tidak seragam / Mencampuradukkan saiz - besar dan kecil.- Idea yang tidak berkembangan dan penyusunan idea yang tidak teratur.- Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak tepat.Punca:- Baka- Tersekat pengalaman- Intelek yang rendah- Masalah emosi- Kekecewaan- Rasa rendah diri- Kemantangan yang lambat- Lemah daya ingatan- Mudah terganggu tumpuan- Kurang rangsangan- Faktor-faktor kesihatan- Persekitaran- Amalan makanan- Kesan semasa mengandung- Penyakit semasa pembesaran selepas lahir.- Ubat semasa mengandung.- Kemalangan.- Sosio - ekonomi.Strategi Pengajaran dan Pembelajaran- Temubual- Merujuk kepada pwgawai / pakar perubatan- Mewujudkan suasana pembelajarn yang sesuai& menyeronokkan- Senang ke susah.- Konkrit ke abstrak.- Melibatkan seberapa banyak pancaindera- Banyakan pengukuhan dan latihtubi.- Jauhkan dendaan yang negatifPemikiran kritis merupakan sejenis pemikiran yang bersifat terbuka dalam menerima sesuatu idea atau pendapat dan berupaya untuk cuba mempertimbangkan idea itu semula dengan menganalisa semula ia secara kritis dan mengambil kira pelbagai sudut dan aspek. Pemikiran kritis turut memungkinkan pencernaan beberapa idea dan konsep baru yang lebih sempurna daripada pandangan atau idea yang diterima sebelumnya. Kemahiran berfikir secara kritis adalah kemahiran berfikir untuk membuat penilaian tentang sesuatu data atau maklumat.emikir memerlukan kemahiran untuk membuat analisis data atau maklumat yang hendak dikritisnya dengan cara:

- membanding- membeza- menyusun atur- mengkelas- mengenal pasti sebab dan akibatnyaPemikiran kreatif adalah satu usaha secara sedar yang melibatkan pencetusan idea kreativiti berserta tindakan kreatif terhadap suatu konsep atau pendekatan atau ciri-ciri lama. Ringkasnya, kreativiti adalah kebolehan menjana sesuatu idea yang baru serta dapat menggunakan idea tersebut untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.Definisi inovasi secara mudah ialah penghasilan perkara baru yang memberikan manfaat, nilai serta faedah kepada semua orang. Ia melibatkan proses ciptaan seperti produk, proses, sistem, struktur organisasi dan model perniagaan baru ataupun yang diubah suai. Perkara yang terlibat dalam inovasi adalah menjawab soalan, membuat keputusan dan mempermudahkan hal melalui pelaksanaan kreatif. Penglibatan inovasi menyeluruh dalam pelbagai perkara dan keadaan. Ia tidak terhad kepada satu perkara sahaja. Sebenarnya inovasi berlaku di mana-mana sahaja. Sama ada di rumah, sekolah dan sebagainya. Selagi perkara ataupun ciptaan itu layak dan sesuai dengan definisi di atas, maka ia inovasi.

Apabila hendak buat ayat yang gramatis, murid-murid hendaklah menggunakan lima prinsip

1. Siapa2. Di mana3. Bila4. Bagaimana5. Mengapa

Contoh : Siapa ( murid-murid sekolah ) Di mana ( padang sekolah ) Bila ( pada hari sukan )

Contoh ayat lengkap:

Murid-murid sekolah sedang berkawad di padang pada hari sukan.

Contoh 2 : siapa ( Pasukan Bulan Sabit Merah ) mengapa ( turut mengambil bahagian ) di mana ( padang sekolah ) bila ( pada hari sukan )

Ayat lengkap :

Pasukan Bulan Sabit Merah turut mengambil bahagian dalam acara perbarisan di padang sekolah pada hari sukan