meningkatkan keseronokan belajar

43

Click here to load reader

Upload: abdul-razak-fatin-nabilah

Post on 30-Jun-2015

273 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Nama Nor Hayati Samsudin Fatin Nabilah Abdul Razak Voon Sia Yuen

145941 146299 148772

Haji

Zainal Abidin Safarwan (1995:1725) mendefinisikan keseronokan iaitu : Kegembiraan, keriaan, kegirangan, kesukaan, keenakan, kesedapan, kesenangan, kelazatan dan kemanisan. Kamus Dewan - Perihal (keadaan,rasa) seronok (perasaan yang menyenangkan atau menyedapkan hati)

adalah proses orang memperoleh berbagai kecakapan, keterampilan, dan sikap. (Margaret Gredler, terj Munandar, 1994) Kamus Dewan- berusaha utk memperoleh ilmu pengetahuan, kepandaian dan sebagainya; menuntut ilmuBelajar

Gaya Guru

belajar

ilmiah Ibu bapa Kemudahan Suasana tempat belajar/kelas/sekolah Rakan sebaya Bahan

belajar juga mempengaruhi segala tindakan kita dalam proses mengulang kaji. Gaya belajar juga harus dipelbagaikan termasuk cara duduk kita ketika belajar sama ada secara formal berada di kerusi, duduk di lantai atau bersandar di sofa. Kedudukan yang paling selesa harus menjadi keutamaan, kerana jika pelajar dalam keadaan selesa, maka mereka mampu belajar pada jangka masa yang lama. Gaya

Ada juga pelajar yang suka belajar sambil mendengar muzik. Jenis muzik yang sesuai adalah muzik dari jenis instrumental yang mempunyai 60 bit per saat. Contohnya muzik daripada Mozart, Beethoven, dan sebagainya. Namun dilarang mendengar muzik ketika melakukan aktiviti belajar seperti menghafal atau membuat latihan yang mempunyai aras kesukaran yang tinggi. Tonton televisyen ketika belajar adalah dilarang sama sekali.

MENGAMALKAN JENAKA KETIKA MENGAJAR Guru yang mengamalkan jenaka diklasifikasikan

lebih positif dan membantu proses pengajaran dan pembelajaran (Garner, 2006) 59% pelajar menyatakan guru yang mempunyai ciri-ciri jenaka adalah guru yang berkesan (Malikow, 2007). Beberapa kajian menunjukkan pelajar yang mendengar rakaman yang mengandungi unsur jenaka dan melihat filem jenaka membantu meningkatkan pencapaian dalam skor secara signifikan dalam ujian kreativiti.

kelas yang dipenuhi dengan jenaka yang

relevan dianggap menarik oleh murid. Kajian oleh Frymier et al., (2008) menunjukkan jenaka dalam bilik darjah membantu berlakunya interaksi guru-murid dengan lebih lancar untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran.

MENGGUNAKAN SUMBER DAN ALAT BANTUAN MENGAJAR YANG MENARIK Mencetuskan minat pelajar terhadap pengajaran

guru dengan gaya persembahan yang menarik Mengekalkan perhatian dan tumpuan pelajar terhadap pelajaran Memudahkan pelajar memahami pengajaran guru tentang sesuatu konsep atau istilah

MEMBERI PUJIAN DAN HADIAH KEPADA PELAJAR Pujian yang diberikan kepada diri seorang pelajar

dalam bentuk galakan yang positif merupakan motivasi yang baik. Bentuk pujian adalah seperti senyuman guru atau tingkah laku guru. Dengan pujian yang tepat akan menciptakan suasana menyenangkan dan dapat meningkatkan gairah belajar pelajar untuk belajar lebih giat lagi. Pemberian hadiah juga dapat meningkatkan keseronakan belajar pelajar, kerana mereka akan bersaing secara sihat.

PEMBELAJARAN

BERPUSATKAN PELAJAR (STUDENT CENTERED LEARNING) Seorang pelajar dikatakan bertanggungjawab

terhadap pembelajarannya sendiri, tetapi guru juga memainkan peranan yang penting sebagai penggalak dan pemudahcara melalui pelbagai strategi pengajaran yang digunakan (Giam Kah How, 2000). Pembelajaran berpusatkan pelajar mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Ini turut memberikan peluang kepada pelajar

untuk belajar secara individu, kumpulan dan kelas serta melibatkan mereka dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan mereka sendiri. Namun begitu guru perlu mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang dipelajari oleh mereka.

Penggunaan Teknologi

terkini

Pedagogi yang berkonsepkan chalk and talk

didapati kurang berkesan pada semua situasi penngajaran dan pembelajaran di bilik darjah Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Heinich (1996) menyatakan bahawa komputer dapat memperkayakan teknik pengajaran dan seterusnya meningkatkan keseronokan belajar.

Tutorial

dalam bentuk cakera padat

Meningkatkan keinginan kepada pelajar untuk

menyelesaikan masalah yang berkaitan kerana menggunakan pendekatan yang berbeza

Nota

yang berbentuk peta minda

Mengikut seorang penulis Dilip Mukerjea (1996) dalam

bukunya bertajuk "Superbrain", melalui pemetaan minda seseorang itu dapat... "learn MORE, remember MORE, use LESS paper, invest LESS effort..." Peta minda boleh menghubungkan fungsi otak kiri dengan otak kanan bagi meningkatkan daya ingatan.(linear, menyeluruh, menghubungkait, membanding, menganalisis). Menjimatkan masa; mengguna kata kunci simbol, rajah, bongkah dan warna. Bagus untuk mengulangkaji pelajaran kerana ideanya ringkas, unggul dan penuh makna yang nyata dan tersirat.

Ibu bapa merupakan agen yang banyak mempengaruhi seseorang anak. Segala yang dilakukan oleh ibu bapa banyak memberi kesan kepada perkembangan mental anak-anak. Ibu bapa perlu memberi contoh yang baik kepada anak dan mengajar mereka dengan ilmu yang betul di samping meningkatkan keseronokan belajar. Contohnya,ibu bapa boleh meningkatkan keseronokan belajar matematik dengan mengaitkan ilmu matematik dalam kehidupan seharian. Perkembangan ilmu yang bermula di rumah akan memberi kesan yang besar kepada penguasaan dan minat kanak-kanak tersebut kepada ilmu itu.

ibu bapa adalah sangat penting supaya anak-anak berasa terdorong untuk membelajar. Ibu bapa juga harus mengambil berat terhadap pelajaran anak-anak dan menunjuk cara belajar yang betul serta menyeronokan supaya kanakkanak bukan hanya menghafal sahaja. Bagi yang kemampuan,ibu bapa harus menyediakan kemudahan komputer supaya anakanak dapat memanfaatkan penggunaan komputer dalam proses pembelajaran. Contohnya,pelajar dapat melihat kecantikan astronomi sekiranya mereka mencari maklumat daripada internet. Galakan

yang tidak kemampuan,ibu bapa boleh membawa anak-anak ke perpustakaan dan memanfaatkan segala kemudahan yang terdapat dalam perpustakaan. Ibu bapa juga harus mengadakan cuti yang berkualiti. Contohnya,ibu bapa boleh membawa anakanak melancong ke luar negara ataupun mengadakan lawatan sambil belajar terutamanya tempat yang bersejarah seperti negeri Melaka,Rome dan sebagainya. Dengan ini ,anak-anak dapat belajar sesuatu di samping bersukaria dan bukan hanya menghafal buku semata-mata. Bagi

Menurut

Perkins (1986) pengetahuan adalah terbina hasil dari reka bentuk pelajar di dalam minda di mana pengetahuan dibentuk bila pelajar terlibat secara aktif di dalam proses pembentukan pengetahuan dan bukan hanya mengintepretasi dan menerima apa yang diberikan kepada mereka. Adalah sangat penting bagi meningkatkan keseronokan belajar supaya anak-anak dapat memupuk sikap positif terhadap sesuatu dan seterusnya menjana minda yang terbuka untuk membelajar sesuatu secara kreatif.

Penubuhan Pusat Komputer dan Audio menggalakkan pelajar belajar mengunakan komputer di samping meningkatkan keseronokan belajar. Pihak sekolah harus memperlengkapkan kemudahan dalam Pusat Komputer supaya pelajar dapat memanfaatkannya dengan sepenuhnya. Peralatan ICT membantu guru untuk menyampaikan isi pengajaran dengan lebih menarik serta membantu meningkatkan kefahaman pelajar. Brown et al. (1994)menyatakan bahawa aplikasi pembelajaran berasaskan multimedia berupaya untuk memberikan berbagai contoh yang sebenar kepada pelajar dengan gabungan teks, muzik, imej, video dan animasi.

Laurence

dan Dean (1996) mengkaji kesan multimedia interaktif ke atas pencapaian pelajar dalam matapelajaran fizik. Majoriti pelajar berpendapat bahawa teknik multimedia interaktif yang berasaskan digital video dapat memudahkan mereka memahami konsep fizik. Maka penggunaan komputer dapat meningkatkan keseronokan belajar sekiranya komputer dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Koleksi buku-buku haruslah dipelbagaikan contohnya jenis fiksyen,bukan fiksyen,akhbar, majalah,kamus serta ensaiklopedia. Suasana perpustatakaan haruslah selesa dan senyap supaya pelajar dapat belajar dengan selesa dan cepat. Koleksi buku-buku haruslah dipastikan sentiasa berada dalam keadaan yang bagus.

Sekiranya terdapat perkhidmatan internet,perpustakawan harus memastikan rangkaian LAN berjalan dengan baik setiap hari. Pelajar dapat melapangkan minda mereka dan menambah ilmu pengetahuan mereka dengan meluangkan masa di dalam perpustakaan. Dengan ini,pelajar tidak akan berasa bosan dengan pelajaran yang terdapat dalam buku teks sahaja.

Pihak

sekolah harus menyediakan tempat beriadah seperti gelanggang bola keranjang,padang ragbi dan sebagainya supaya pelajar dapat bersenam dan bermain pada waktu lapang. Tempat bersukan yang disediakan harus dipastikan bersih,lengkap dan selamat. Otak sihat memudahkan proses pembelajaran pelajar.

B. F

Skinner menyatakan bahawa motivasi pelajar ditentukan oleh persekitarannya. Suasana dan persekitaran yang tersusun, kemas, dan bersih berupaya memberi fokus kepada pelajar untuk belajar Susun atur perabot dan kepekatan cahaya juga turut mempengaruhi mood belajar Sentiasa menukar susun atur perabot dan hiasan dalaman.

Tempat

belajar yang sesuai adalah tempat yang mempunyai satu kerusi, satu meja, dan satu rak buku. Perabot tersebut tidak perlulah baru dan atau catink, tetapi berfungsi dengan sebaiknya semasa proses belajar

Tentukan

sendiri suasana bagaimana yang paling digemari. Jika gemarkan suasana yang sunyi, maka pilihlah tempat yang sunyi seperti perpustakaan. Elakkan dari belajar di dapur atau di ruang tamu kerana terdapat terlalu banyak gangguan Gantungkan gambar-gambar kejayaan atau sijil-sijil pencapaian di tempat belajar. Ia akan mengingatkan anda bahawa anda boleh berjaya dan boleh menjadi juara dalam hidup anda.

cenderung

memilih rakan yang mempunyai minat dan kecenderungan yang sama berkongsi maklumat seperti nota dan bahan-bahan rujukan dan sebagainya. Mengajar rakan lain apa yang diketahui menggalakkan rakan sebaya untuk pencapaian yang lebih baik

tentang mata pelajaran yang sukar difahami Difahamkan, idea yang bernas dari rakan-rakan menjadi asas dalam memperbetulkan kesalahan. Berbincang

Ghairah untuk belajar Tidak cepat bosan

Mudah ingat

Cepat fahamPembelajaran lebih bermakna

pelajar

Sekian..