meningkatkan kemahiran menjahit pelajar

21
1 MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR DALAM JAHITAN ASAS SUBJEK KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN 1 DENGAN MENGGUNAKAN CROSS STITCH KITS Oleh: Hasliza Hassan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Parit Raja,86400 Batu Pahat, Johor. Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu Pada tahun ini saya telah diamanahkan untuk mengajar Tingkatan 1 Bestari bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Pelajar Tingkatan 1 Bestari merupakan pelajar bagi kelas ketiga. Kebanyakkan pelajar telah disaring berdasarkan keputusan UPSR mereka. Berdasarkan Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1,pelajar-pelajar perlu mempelajari jahitan asas, antaranya : jahitan insang pari, jahitan sembat,jahitan kia, jahitan jelujur halus, jahitan lilit kemas,jahitan lubang butang,jahitan silang pangkah dan jahitan suji bilang. Seterusnya, mereka perlu mengaplikasikan kemahiran mereka untuk projek menghias artikel. Oleh kerana mereka tidak mempunyai asas menjahit, timbul kesukaran apabila mereka diminta untuk menghias artikel dengan menggunakan jahitan asas. Secara tidak langsung, ini akan menyebabkan mereka tidak dapat menghias artikel dengan mudah dan baik. Jadi kebanyakan artikel yang dihasilkan adalah tidak menarik. Selepas setiap kali mengajar jahitan asas, saya akan mengulanginya semula dengan bertanya kepada pelajar, “Masih ingat atau tidak bagaimana untuk menjahit jahitan jelujur?”.Pelajar menjawab sudah lupa. Hal yang demikian amat mengecewakan saya. Berdasarkan hasil kerja mereka, saya dapati hasilnya amatlah tidak memuaskan dan mereka sering gagal untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Selain itu juga, soalan untuk tajuk jahitan asas merupakan soalan yang kerap disoal dalam kertas Kemahiran Hidup Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Ini kerana kebanyakkan pelajar tidak dapat mengenal pasti dan membezakan lapan jenis jahitan asas dengan baik seterusnya tidak dapat

Upload: hasliza-eija

Post on 23-Oct-2015

667 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

KAJIAN TINDAKAN

TRANSCRIPT

Page 1: Meningkatkan Kemahiran Menjahit Pelajar

1

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR DALAM JAHITAN ASAS SUBJEK

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN 1 DENGAN MENGGUNAKAN

CROSS STITCH KITS

Oleh:

Hasliza Hassan

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Parit Raja,86400 Batu Pahat, Johor.

Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu

Pada tahun ini saya telah diamanahkan untuk mengajar Tingkatan 1 Bestari bagi mata

pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Pelajar Tingkatan 1 Bestari merupakan pelajar bagi kelas

ketiga. Kebanyakkan pelajar telah disaring berdasarkan keputusan UPSR mereka.

Berdasarkan Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1,pelajar-pelajar

perlu mempelajari jahitan asas, antaranya : jahitan insang pari, jahitan sembat,jahitan kia, jahitan

jelujur halus, jahitan lilit kemas,jahitan lubang butang,jahitan silang pangkah dan jahitan suji

bilang. Seterusnya, mereka perlu mengaplikasikan kemahiran mereka untuk projek menghias

artikel. Oleh kerana mereka tidak mempunyai asas menjahit, timbul kesukaran apabila mereka

diminta untuk menghias artikel dengan menggunakan jahitan asas. Secara tidak langsung, ini

akan menyebabkan mereka tidak dapat menghias artikel dengan mudah dan baik. Jadi

kebanyakan artikel yang dihasilkan adalah tidak menarik. Selepas setiap kali mengajar jahitan

asas, saya akan mengulanginya semula dengan bertanya kepada pelajar, “Masih ingat atau tidak

bagaimana untuk menjahit jahitan jelujur?”.Pelajar menjawab sudah lupa. Hal yang demikian

amat mengecewakan saya. Berdasarkan hasil kerja mereka, saya dapati hasilnya amatlah tidak

memuaskan dan mereka sering gagal untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Selain itu juga,

soalan untuk tajuk jahitan asas merupakan soalan yang kerap disoal dalam kertas Kemahiran

Hidup Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Ini kerana kebanyakkan pelajar tidak dapat

mengenal pasti dan membezakan lapan jenis jahitan asas dengan baik seterusnya tidak dapat

Page 2: Meningkatkan Kemahiran Menjahit Pelajar

2

menjawab soalan ini dengan baik. Hal ini dapat dibuktikan melalui hasil semakan buku latihan

dan keputusan ujian mereka.

Seminggu 120 minit atau tiga masa seminggu diperuntukan untuk subjek Kemahiran Hidup

Bersepadu. Justeru dengan peruntukan masa yang terhad, telah menghadkan pelajar untuk

menguasai kemahiran menjahit jahitan asas dengan baik. Daripada temubual secara tidak

formal,pelajar didapati bosan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Ada di antara

mereka tidak menumpukan perhatian sepenuhnya dan ada juga yang bermain dengan rakan

mereka. Sehubungan dengan itu, saya selaku guru Kemahiran Hidup bertanggungjawab untuk

meningkatkan minat,kecekapan dan kemahiran pelajar dalam menguasai kemahiran jahitan asas.

Berdasarkan pemasalahan ini, saya dapati bahawa pelajar saya memerlukan bimbingan

yang berterusan sebagai asas untuk mereka menguasai jahitan asas ini dengan baik seterusnya

dapat menghias artikel dengan menarik .Seterusnya membantu mereka memperoleh markah yang

baik kerana hasil kerja mereka menghias artikel akan dinilai dan diharap mereka dapat menjawab

soalan ini dengan baik untuk membantu peratusan markah kertas Kemahiran Hidup PMR.

Fokus kajian

Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan mata pelajaran teras dan dinilai dalam Penilaian

Menengah Rendah (PMR). Kertas Kemahiran Hidup Bersepadu mengandungi 60 soalan objektif

dengan pilihan jawapan ; A, B, C, D. Soalan jahitan asas adalah antara soalan wajib bagi

Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Oleh kerana peruntukan masa yang terhad, menghadkan pelajar untuk menguasai jahitan

asas dengan baik. Mereka bukan sahaja gagal untuk menguasai kemahiran jahitan asas malah

turut menyebabkan mereka tidak dapat membezakan jenis jahitan apabila diajukan dalam kertas

soalan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Sekiranya masalah ini tidak diambil berat, kesannya akan menjejaskan markah

peperiksaan mereka dan seterusnya jika dibiarkan ia akan terbawa-bawa ke tingkatan berikutnya

dan kesukaran akan berlaku kepada guru yang mengajar pelajar ini pada tahun akan datang

kerana kemahiran jahitan asas merupakan subjek semasa di Tingkatan 1, dan guru tidak akan

mengulanginya untuk tahun berikutnya iaitu di Tingkatan 2 dan 3. Hal ini akan menyebabkan

Page 3: Meningkatkan Kemahiran Menjahit Pelajar

3

pelajar akan terus ketinggalan dalam menguasai kemahiran jahitan asas dan seterusnya gagal

untuk mengenal pasti serta membezakan jahitan asas.

Kajian yang dijalankan ini berfokus kepada meningkatkan kemahiran pelajar menguasai

jahitan asas dan menjawab soalan berkaitan jahitan asas dengan baik.

Objektif kajian

Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar akan mencapai objektif berikut:

i. Objektif Umum:

Meningkatkan kemahiran pelajar dalam jahitan asas menggunakan cross stitch kits.

ii. Objektif khusus:

Meningkatkan penguasaan pelajar tentang konsep jahitan asas dengan menggunakan

cross stitch kits.

Mengukuhkan kemahiran menjahit pelajar dengan aktiviti menjahit artikel mudah

menggunakan jahitan asas yang sesuai.

Kumpulan sasaran

Kajian ini melibatkan 30 orang pelajar Tingkatan 1 Bestari (satu kelas), 20 orang pelajar

perempuan dan 10 orang pelajar lelaki. Pelajar-pelajar di kelas ini adalah pelajar yang lemah

dalam pembelajaran dan daya ingatan mereka berada di tahap yang sederhana. 15 orang

mencapai gred C ,10 orang mendapat gred D,dan 5 orang gred E dalam Ujian Prestasi 1.

Page 4: Meningkatkan Kemahiran Menjahit Pelajar

4

Strategi Tindakan Dicadangkan

i. Tinjauan Masalah:

Sebelum langkah-langkah seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan

masalah telah dikenal pasti dan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih

mendalam masalah tersebut.

a. Kaedah Pemerhatian

Kaedah pertama yang saya gunakan adalah pendekatan secara pemerhatian bagi

mengesan kelemahan dan kekuatan pelajar-pelajar saya ketika sesi pengajaran dan

pembelajaran berlaku di dalam kelas.

b. Kaedah Semakan buku latihan

Tinjauan masalah diteruskan dengan menyemak buku latihan pelajar.

c. Kaedah Temubual

Kaedah ketiga yang saya gunakan adalah melalui pendekatan temubual secara rawak.

Amali

Amali ini bertujuan untuk mengenal pasti punca kelemahan pelajar.

ii. Analisis Tinjauan Masalah:

a. Kaedah Pemerhatian:

Pemerhatian dibuat berdasarkan hasil kerja pelajar dalam menyiapkan tugasan

yang diberikan. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, pelajar seringkali tidak

dapat menyempurnakan tugasan dengan baik dan memberi alasan tidak tahu dan

tidak pandai untuk menjahit walaupun sudah diberi peringatan akan didenda jika

tidak menyiapkan tugasan yang diberikan. Selain itu juga, saya perhatikan bahawa

pelajar sering keluar kelas untuk ke tandas dan ini menyukarkan pelajar untuk

memahami apa yang diajar oleh saya.

Page 5: Meningkatkan Kemahiran Menjahit Pelajar

5

b. Kaedah Semakan buku latihan

Pelajar diberikan soalan objektif untuk mengenal pasti jenis jahitan. Latihan ini

bertujuan supaya pelajar dapat mengingati serta menguasai jahitan asas yang telah

diajar oleh saya. Hasilnya pelajar gagal untuk membezakan jahitan asas ini

dengan baik.

c. Kaedah Temubual

Saya bertanya pendapat mereka tentang topik jahitan asas. Mereka memberi

respon, subjek Kemahiran Hidup membosankan dan susah untuk mengingati apa

yang diajar oleh saya dalam masa tempoh yang terhad. Mereka juga memberitahu

diganggu rakan sama ada diajak berbual dan sebagainya ketika sesi pengajaran

dan pembelajaran berlaku. Oleh itu, saya bercita-cita untuk mempelbagaikan lagi

strategi pengajaran dan pembelajaran saya di dalam kelas.

Amali

Amali ini dilakukan untuk 30 orang pelajar yang disasarkan dan mereka diberikan

tempoh masa selama 30 minit untuk menyiapkan jahitan asas. Pelajar akan diberikan

kain Cotton sebagai latihan permulaan.

Page 6: Meningkatkan Kemahiran Menjahit Pelajar

6

d. Merancang Tindakan:

Sebanyak empat aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dirancang bagi

meningkatkan kemahiran pelajar dalam jahitan asas dalam kalangan pelajar

sasaran saya. Markah akan direkod untuk setiap aktiviti yang dijalankan bagi

tujuan untuk menilai keberkesanan rancangan tindakan ini.

Kelebihan aktiviti ini:

Hasil dapatan yang saya perolehi daripada menggunakan kedua-dua teknik ini ialah yang

pertama, dengan menggunakan kain cotton hasil kerja pelajar tidak kemas dan tidak lurus

jahitannya. Ini berlaku disebabkan tekstur kain cotton keras dan apabila berlaku kesalahan

akan menyukarkan pelajar untuk membetulkannya. Berlainan pula dengan menggunakan

cross stitch, cross stitch kainnya berlubang dan ini secara tidak langsung akan memudahkan

pelajar untuk melakukan jahitan, lagipun ia secara tidak langsung memberi panduan kepada

pelajar untuk melakukan jahitan dengan lubang-lubang yang ada pada kain cross stitch itu.

Hasil kerja pelajar dengan menggunakan kain cross stitch lebih kemas dan tersusun.

Pelajar akan berasa seronok jika hasil yang mereka lakukan berjaya dan mendapat pujian

daripada rakan dan guru, dan ini akan menimbulkan satu rasa kepuasan kepada diri mereka.

Jika mengikut psikologi, apabila sesuatu tindakan mendapat pujian dan ganjaran , maka

secara tidak langsung akan membangkit rasa gembira dalam diri seseorang itu.

Pada pandapat saya, dengan menggunakan cross stitch lebih mudah untuk mengajar

pelajar untuk asas-asas jahitan dan setelah mereka mahir barulah beralih kepada dengan

menggunakan kain cotton pula. Ini kerana, langkah ini secara tidak langsung mampu menarik

minat pelajar untuk belajar cara-cara jahitan asas menjahit. Seterusnya mampu memberi

dorongan kepada pelajar untuk belajar teknik-teknik jahitan yang seterusnya. Jika mereka

ingat cara-cara menjahit dengan melakukan sendiri akan lebih mudah untuk mereka

mengingati asas-asas jahitan dan ini seterusnya dapat memberi ingatan kepada mereka ketika

menjawab soalan peperiksaan.

Namun di sini di samping untuk ingatan dalam persediaan peperiksaan ia juga berkesan

kepada pelajar dalam dunia realiti mereka, di mana mereka boleh mengaplikasikan teknik ini

untuk menjahit pakaian mereka yang koyak.

Page 7: Meningkatkan Kemahiran Menjahit Pelajar

7

a. Aktiviti 1 CrossFun (Cross Stitch Fun)

Cara perlaksanaan:

i. Guru menunjukkan peralatan jahitan dalam bentuk maujud iaitu gunting, benang,

cross stitch, dan seterusnya diletakkan di hadapan pelajar.

ii. Guru memberikan cross stitch dengan ukuran 7.5cm x 11.5cm beserta alatan

jahitan kepada setiap pelajar.

iii. Guru membimbing pelajar untuk menjahit dengan betul.

iv. Selepas selesai menjahit lapan jenis jahitan, pelajar dikehendaki menampal hasil

kerja mereka dalam “Sewing Little Picture” seperti Lampiran A.

v. Sewing Little Picture juga memaparkan langkah-langkah menjahit dengan betul

(bagi aktiviti 1).

vi. Tempoh masa mereka habis menjahit direkodkan.

Page 8: Meningkatkan Kemahiran Menjahit Pelajar

8

Bahan yang diperlukan:

i. cross stitch : 7.5cm x 11.5cm

ii. gunting

iii. benang

iv. jarum

11.5cm

7.5cm

Page 9: Meningkatkan Kemahiran Menjahit Pelajar

9

Langkah jahitan jelujur halus

JAHITAN JELUJUR HALUS

Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri.

Jahit dengan halus dan sama jarak lebih kurang 3 mm hingga 5 mm.

Jahit sehingga siap.

Matikan jahitan dengan jahitan kia.

Page 10: Meningkatkan Kemahiran Menjahit Pelajar

10

Langkah jahitan kia

JAHITAN KIA

Mulakan jahitan dari kiri ke kanan.

Cucuk jarum pada A dan keluarkan jarum pada B dengan jarak 1mm hingga 2

mm.

Cucuk jarum semula pada A dan keluarkan pada C dengan jarak 4 mm dari

A.

Matikan jahitan dengan jahitan kia sebanyak dua kali.

Page 11: Meningkatkan Kemahiran Menjahit Pelajar

11

Langkah jahitan sembat

JAHITAN SEMBAT

Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri.

Cucuk jarum pada A, keluarkan jarum pada B dengan mencondongkan jarum

lebih kurang 300

Jahit sehingga siap.Matikan jahitan dengan jahitan kia.

Page 12: Meningkatkan Kemahiran Menjahit Pelajar

12

Langkah jahitan lubang butang

JAHITAN LUBANG BUTANG

Jahit dari kiri ke kanan. Mulakan dengan jahitan kia

Cucuk jarum menegak dari sebelah dalam fabrik kesebelah luar fabrik.

Tarik benang dan susup di bawah jarum.

Jahit sehingga siap. Matikan jahitan dengan jahitan kia.

• Matikan jahitan dengan jahitan kia.

Page 13: Meningkatkan Kemahiran Menjahit Pelajar

13

Langkah jahitan silang pangkah

JAHITAN SILANG PANGKAH

Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri .

Masukkan jarum pada A dan keluarkan pada B dengan jarak 1 mm dengan

jarak 1mm .

• Matikan dengan jahitan kia

Masukkan jarum ke dalam lipatan pada C dan keluarkan pada D dengan jarak

1mm .

Matikan dengan jahitan kia .

Page 14: Meningkatkan Kemahiran Menjahit Pelajar

14

Langkah jahitan insang pari

JAHITAN INSANG PARI

Jahit dari kiri ke kanan. Mulakan dengan beberapa jelujur halus menegak pada

A.

Cucuk jarum menegak pada B dan halakan jarum ke arah penjahit.

Letak benang di bawah hujung jarum dan tarik benang menghala ke arah

penjahit.

Matikan jahitan dengan beberapa jelujur halus menegak di sebelah kanan mata

jahitan insang pari yang akhir .

Page 15: Meningkatkan Kemahiran Menjahit Pelajar

15

Langkah jahitan lilit kemas

JAHITAN LILIT KEMAS

Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kiri ke kanan.

Cucuk jarum dari sebelah dalam fabrik ke sebelah luar fabrik dan tarik jarum ke

arah penjahit.

Jahit sehingga siap.Matikan dengan jahitan kia.

Page 16: Meningkatkan Kemahiran Menjahit Pelajar

16

Langkah jahitan jahitan suji bilang

b. Aktiviti 2 Re-Test 1(Remember Test 1)

i. Aktiviti ini berbentuk individu. Mereka perlu menyiapkan jahitan asas yang telah

dipelajari menggunakan cross stitch kits.

ii. Masa yang diperuntukan adalah 30 minit.

iii. Pelajar yang paling awal menyiapkan tugasan ini dikira sebagai pemenang.

iv. Pelajar dikehendaki menampal hasil kerja mereka dalam “Sewing Little Picture”.

v. Tempoh masa mereka habis menjahit direkodkan.

c. Aktiviti 3 Re-Test 2 (Remember Test 2)

i. Guru mengulangi aktiviti 2.Tempoh masa yang diperuntukkan adalah 20 minit.

ii. Pelajar yang paling awal menyiapkan tugasan ini dikira sebagai pemenang.

iii. Pelajar dikehendaki menampal hasil kerja mereka dalam “Sewing Little Picture”.

iv. Tempoh masa mereka habis menjahit direkodkan.

JAHITAN SUJI BILANG

Mulakan jahitan dengan jahitan kia.Jahitan satu barisan jahitan condong.

Silangkan jahitan tersebut sehingga bersilang di tengah-tengah jahitan. Jahit

sehingga habis silangnya.

Page 17: Meningkatkan Kemahiran Menjahit Pelajar

17

d. Aktiviti 4 Artimu (Artikel mudah)

i. Aktiviti ini bertujuan untuk menguji tahap kefahaman dan juga ingatan pelajar .

ii. Aktiviti ini dijalankan secara individu.

iii. Pelajar dikehendaki menghias artikel mudah dengan jahitan asas seperti insang

pari, jahitan silang pangkah, jahitan suji bilang dan sebagainya (Lampiran B).

iv. Pelajar dikehendaki menampal hasil kerja mereka dalam “Sewing Little Picture”.

v. Tempoh masa mereka habis menjahit direkodkan.

Ujian

Ujian ini bertujuan untuk mengukuhkan ingatan pelajar dalam membezakan serta

mengenal pasti jahitan asas yang telah dipelajari. Setelah guru melaksanakan empat

aktiviti yang dinyatakan, guru akan menjalankan ujian. Soalan adalah berbentuk 10

objektif. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C dan

D. Contoh soalan adalah seperti Lampiran C.

Page 18: Meningkatkan Kemahiran Menjahit Pelajar

18

Jadual Pelaksanaan Kajian

Kajian ini dijalankan selama 4 minggu bermula dari 8 Oktober 2012 hingga 29 Oktober 2012.

Bil. Aktiviti Tempoh Pelaksanaan

1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 8 Oktober 2012

2 Menulis proposal kajian 10 Oktober 2012

3 Merancang tindakan 15 Oktober 2012

4 Melaksanakan tindakan – Aktiviti 1(Cross Stitch Fun) 17 Oktober 2012

5 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 17 Oktober 2012

6 Melaksanakan tindakan – Aktiviti 2 (Remember Test 1) 18 Oktober 2012

7 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2 18 Oktober 2012

8 Melaksanakan tindakan – Aktiviti 3 (Remember Test 2) 19 Oktober 2012

9 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 3 19 Oktober 2012

10 Melaksanakan tindakan – Aktiviti 4 (Artikel mudah) 24 Oktober 2012

11 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 4 24 Oktober 2012

12 Ujian 24 Oktober 2012

12 Refleksi kajian 26 Oktober 2012

13 Menulis laporan kajian 26 Oktober 2012

14 Pembentangan dapatan kajian untuk makluman

panitia/sekolah. 29 Oktober 2012

Page 19: Meningkatkan Kemahiran Menjahit Pelajar

19

Anggaran kos

BIL ITEM KUANTITI/SAIZ HARGA SEUNIT( RM) JUMLAH(RM)

1 Cross stitch 2 meter RM16.00 RM 32.00

JUMLAH RM32.00

Page 20: Meningkatkan Kemahiran Menjahit Pelajar

20

Rujukan

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia.

(2008). Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: BPPPPDP,KPM.

Tan et all. (2003). Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1. Kuala Lumpur: Percetakan

Rina Sdn.Bhd.

M.Yunus et all. (2011). Psikologi Pendidikan.Selangor: Meteor Doc. Snd. Bhd.

Page 21: Meningkatkan Kemahiran Menjahit Pelajar

21

Lampiran