menilai kepentingan unsur-unsur tradisi dalam konteks hubungan etnik

12
Menilai Kepentingan Unsur-unsur Tradisi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia Disediakan oleh: Norhidayah binti Adn PISMP Bm Sem 3

Upload: melatidesaku

Post on 17-Nov-2015

131 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

hubungan etnik

TRANSCRIPT

Menilai Kepentingan Unsur-unsur Tradisi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

Menilai Kepentingan Unsur-unsur Tradisi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di MalaysiaDisediakan oleh:Norhidayah binti AdnanPISMP Bm Sem 3

Konsep unsur tradisiMeliputi bahasa, agama, kerakyatan, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Serawak, dan sistem pemerintahan beraja. Ia telah pun wujud semenjak ratusan tahun sebelum Perlembagaan Persekutuan 1963 dan ia berperanan menstabilkan sistem politik negara Tun Mohd. Salleh Abbas

Perkara-perkara yang menyentuh hubungan etnik dalam Perlembagaan Malaysia

BAHASA KEBANGSAANPerkara 152Iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain yang menggunakan bahasa mereka.Diwujudkan untuk komunikasi dan bahasa pertuturan umum dan bahasa rasmi negara bagi menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di Malaysia

Kedudukan istimewa orang melayuPerkara 153 iaitu kedudukan istimewa orang-orang Melayu tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum lain.Bertujuan memelihara orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak .Menentukan kedudukan dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa, pendidikan, latihan atau lain-lain kemudahan oleh kerajaan (permit/ lesen perniagaan.)

Peruntukan Perkara 89 dan 90 memberi kuat kuasa undang-undang yang sedia ada utuk melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu.

Agama PersekutuanPerkara 3 iaitu agama persekutuan ialah agama Islam, namun agama lain bebas diamalkan. Islam sebagai agama rasmi negara agar tidak membimbangkan kaum lain kerana kebebasan beragama dijamin dalam Perlembagaan.

Pemerintahan berajaIntitusi beraja di Malaysia bermula sebelum kedatangan penjajah. Semasa penjajahan British, kuasa mutlak raja dihadkan hanya kepada hal adat istiadat dan agama Islam sahaja. Malayan union- Sistem beraja dihapuskan.

Selepas kemerdekaan, institusi beraja diteruskan tetapi dengan pindaan supay sesuai dengan konsep berparlimen dan demokrasi. Raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal negara Malaysia.Melambangkan kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada identiti negara.

Kepentingannya dalam hubungan etnik

Pengekalan unsur-unsur tradisi penting bagi mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefahaman ke arah perpaduan.

Mewujudkan keseimbangan dan kemakmuran negara.

Merupakan pra syarat yang perlu bagi mengelakkan konflik daripada berlaku.

Adakah KITA MAMPU hanya bergantung kepada PERLEMBAGAAN dalam usaha memelihara dan menjaga hubungan etnik?

Apa Pandangan Anda??