doa menghadapi peperiksaan

24
DOADOA KEJAYAAN Disusun Oleh : Ustaz Safaee b. Zakaria SMK Jelawat, 16370 Bachok, Kelantan

Upload: nur-hazwani

Post on 09-Aug-2015

140 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Doa Menghadapi Peperiksaan

DOA­DOA KEJAYAAN

Disusun Oleh : Ustaz Safaee b. Zakaria SMK Jelawat, 16370 Bachok, Kelantan

Page 2: Doa Menghadapi Peperiksaan

2

KANDUNGAN MUKASURAT Kandungan  i 

Secangkir bicara dari penyusun  1 1. Persediaan menghadapi peperiksaan  2 

A. Persediaan Sebelum Peperiksaan  2 B.  Persediaan Pada Malam Sebelum Peperiksaan  2 C.  Tindakan Pada Pagi Hari Peperiksaan  3 

D. Tindakan Pada Hari Peperiksaan  3 2. Cara Menghadapi Tekanan  4 

A. Buntu Fikiran  4 B. Keletihan Fizikal  5 

3. Masalah Semasa Peperiksaan dan Cara Mengatasinya  5 

A. Menghilangkan perasaan Gementar  5 b. Sentiasa Berdoa dan Solat Hajat  5 

4.  Petua Cemerlang Menghadapi Pembelajaran  5 5.  Teknik Menjawab  6 

A. Panduan Umum  6 

B. Ujian Objektif  6 C. Ujian Subjektif  7 

D. Ujian Kuantitatif  8 6. Doa­Doa Yang Berkaitan Untuk Menghadapi Peperiksaan  9 

i.  Doa Kecergasan  9 

ii.  Doa Menghilangkan Darah Gemuruh  9 iii. Doa Tetapkan Hati  9 

iv. Doa Mahu Tidur  9 v.  Doa Bangun Tidur  10 vi. Doa Memasuki Ujian  10 

7. Petua Semasa Menjawab Soalan  10 i.  Doa Penerang Hati  10 

ii. Doa Bila Terlupa  10 

i

Page 3: Doa Menghadapi Peperiksaan

iii.  Doa Minta Tambah Ilmu  11 

iv.  Doa Minta Dapat Petunjuk  11 v.    Doa Mudah Faham / Hafal  11 

vi.  Doa Ketika Menemui Kesukaran  11 vii.  Doa Mendapat Idea Yang Baik  11 viii. Doa Kebahagiaan Dunia dan Akhirat  12 

ix.  Doa Memohon Kejayaan Cemerlang  12 8.  Adab Berdoa  12 

9.  Khaifiat Solat Hajat  13 10. Zikir Harian  14 

ii

Page 4: Doa Menghadapi Peperiksaan

SECANGKIR BICARA DARI PENYUSUN 

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. 

Penyusunan  buku  kecil  ini  adalah    bertujuan  untuk  membantu  para  pelajar  bagi menguatkan mental dan keyakinan kepada Allah sebagai tempat untuk meminta pertolongan dan tumpuan ketika menghadapi sesuatu yang amat penting dalam kehidupan mereka. 

Sebenarnya tiada  teknik dan petua­petua tertentu untuk menghadapi peperiksaan, tetapi penyusun  telah mengambil   beberapa petua yang dirasakan bersesuaian dengan  keadaan dan situasi semasa para pelajar. Apa yang ada dalam buku  kecil ini merupakan sebahagian kecil sahaja dan diharapkan pelajar dapat mengamal dan menggunakannya dalam kehidupan seharian. 

Buku  ini mengandungi beberapa  teknik, petua  dan  cara­cara menghadapi  peperiksaan dan  doa­doa  yang  ringkas    tetapi  amat  berguna  kepada  pelajar  dalam  menghadapi peperiksaan.  Disamping  itu  juga  penyusun  telah  memuatkan  cara­cara  mengerjakan  solat sunat hajat secara ringkas dan zikir­zikir harian yang perlu diamalkan oleh para pelajar. 

Mudah­mudahan  buku  kecil  yang  tak  seberapa  ini  boleh menjadi    pemangkin  kepada kejayaan pelajar dalam menghadapi peperiksaan khasnya dan dalam kehidupan amnya. Amin ……….. 

Sekian, 

Salam dari penyusun 

Ustaz  Safaee b. Zakaria Makmal Komputer SMKJ. 18 Mei 2008 / 12 Jamadil  Awal 1429 

1

Page 5: Doa Menghadapi Peperiksaan

5

A. Persediaan sebelum peperiksaan. 

1.  Belajar  dengan  bersungguh­sungguh  dan  membuat  ulangkaji  semua matapelajaran yang diambil dalalam peperiksaan dengan konsisten. Anggaplah peperiksaan ini merupakan peperiksaan terakhir dalam hidup anda. Anggaplah jika anda gagal dalam peperiksaan ini anda akan gagal dan kecewa sepanjang hayat anda. 

2.  Tanamkan  azam  dan  semangat  untuk  berjaya  dan  ini  dapat  diperkuatkan sekiranya anda telah mematuhi strategi belajar yang bermula pada awal tahun. Letakkan (gambar) di dinding dengan tulisan seperti  ‘Aku Boleh Berjaya’ atau ‘I Can Do It’. 

3.  Kurangkan  meminum  minuman  teh  dan  kopi.  Jangan  gunakan  dadah perangsang  seperti  Amfetamin  atau  ‘Pep  Pills’  yang  senang  disalahgunakan oleh pelajar semasa hendak mengambil peperiksaan. 

4.  Hadkan  aktiviti  anda  hanya  kepada  perkara­perkara  yang  penting  sahaja. Menonton  TV  hanya  untuk  melepaskan  tekanan  perasaan  sahaja.  Jangan menonton  drama  bersiri  kerana  anda  akan  terikat  untuk  mengetahui kesudahan cerita tersebut sehingga akhir, sedangkan masa anda adalah untuk mengulangkaji pelajaran. 

5.  Pastikan  anda  mengetahui    maklumat  mengenai  peperiksaan  yang  akan dihadapi  seperti : 

a.  Maklumat umum peperiksaan. i.  Nama pusat peperiksaan ii.  Nombor pusat iii. Angka giliran iv. Lokasi tempat, keadaan fizikal bilik/kawasan v.  Kenderaan untuk sampai ke tempat peperiksaan vi. Sistem peperiksaan (syarat untuk lulus) vii.Jadual Peperiksaan 

b.  Maklumat Kertas peperiksaan i.  Nombor kertas ii.  Bilangan kertas iii. Syarat lulus iv. Tarikh

1. PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

2

Page 6: Doa Menghadapi Peperiksaan

v.  Masa vi. Sesi/Bahagian kertas vii.Arahan spesifik viii.  Format kertas peperiksaan

B. Persediaan pada malam sebelum peperiksaan. 

1.  Ulangkaji  pelajaran yang akan anda hadapi esok hari 2.  Tidur  awal  agar  anda  dapat  bangun  awal  dan  mendapat  rehat  yang 

secukupnya 3.  Semak jadual waktu peperiksaan pastikan kertas apa yang akan anda hadapi 

esok. 4.  Solat sunat hajat dan berdoa semoga Allah memberi ketenangan sebelum tidur 5.  Membaca doa sebelum tidur 6.  Sembahyang fardu subuh / sunat selepas bangun 7.  Sekiranya anda perlu pengangkutan untuk ke dewan peperiksaan, anggarkan 

masa yang diperlukan, supaya anda tidak lewat.

C. Tindakan pada pagi hari peperiksaan Berikut beberapa panduan sebelum anda pergi periksa:­ 

1.  Bangun awal­awal pagi supaya sempat menunaikan solat subuh dan berdoa. 2.  Berdoalah kepada Allah (swt) untuk memohon pertunjuk dan kekuatan. 3.  Ambillah sarapan pagi yang sederhana. 4.  Ambillah makan tengah hari yang sederhana, terutama jika ada kertas lagi di sebelah 

petang. 5.  Jangan ada rasa gugup, takut dan gelisah, tenteramkan jiwa. 6.  Tiba  awal  sebelum peperiksaan dimulakan. 7.  Hindarkan daripada perkara­perkara yang boleh mengganggu  fikiran  dan  ingatan 

anda. 8.  Jangan terlalu terpikat dengan soalan­soalan lama dan soalan­soalan ramalan. 9.  Bawa  keperluan­keperluan  peperiksaan  yang  cukup  seperti  pen,  getah 

pemadam, pembaris, pensil, gam, kad pengenalan, slip peperiksaan dan sebagainya. 10. Pastikan anda sampai awal di pusat peperiksaan. 

3

Page 7: Doa Menghadapi Peperiksaan

7

D. Tindakan pada hari peperiksaan 

Tindakan berikut perlu anda jalankan pada hari peperiksaan 

1.  Pastikan pusat, bangunan dan lokasi peperiksaan. Perkara ini sangat penting bagi calon persendirian terutama yang menduduki satu peperiksaan sahaja. 

2.  Semak peraturan peperiksaan sama ada peraturan umum atau khas. 3.  Sampai ke pusat peperiksaan awal supaya jangan terburu­buru. 4.  Apabila sampai ke dewan peperiksaan anda akan melihat keadaan seperti  ini: 

Ada pelajar yang masih sedang menyemak nota, ada yang sedang berbincang dan ada yang bergelak ketawa antara mereka. Ada baiknya anda menjauhkan diri  daripada  mereka  supaya  anda  tidak  merasa  panik.  Misalnya,  apabila berbual mungkin anda mendapati bahawa anda terlupa belajar sesuatu dan ini akan  menakutkan  anda.  Kalau  perlu  dan  kalau  ada  masa,  belek  nota­nota supaya segala yang dipelajari segar dalam ingatan. 

5.  Apabila  dibenarkan masuk  ke  dalam  dewan,  tentukan  bahawa  tempat  duduk anda  memuaskan.  Adakah  tempat  itu  terlalu  sejuk  atau  terlalu  panas? Bagaimana dengan cahaya lampu? Adakah meja tulis dan kerusi sesuai? 

6.  Baca dengan teliti format dan arahan pada kertas soalan peperiksaan. 7.  Pilih soalan yang terbaik untuk dijawab. Beberapa soalan yang boleh dijawab 

dengan baik iaitu boleh memberikan banyak markah perlu dipilih sebelum menjawab. 

8.  Tulis dengan jelas dan cepat 9.  Peruntukan masa bagi setiap jawapan perlu dikawal. 10. Masa menulis perlu digunakan dengan sepenuhnaya. 11. Jangan tinggalkan dewan peperiksaan sebelum kertas jawapan dipungut oleh 

para pengawas peperiksaan.

A. Buntu fikiran. 

a.  Keadaan  ini  boleh  disebabkan oleh  kurang persediaan  yang  lakukan seperti kurang  membuat  ulangkaji  atau  latih  tubi,  oleh  itu  sentiasalah  membuat ulangkaji  dan  latih  tubi  setiap   hari dan minggu walaupun peperiksaan masih jauh lagi. 

b.  Jika  keadaan  buntu  fikiran  berlaku  semasa  dalam  dewan  peperiksaan,  anda hendaklah  bertenang  dan  jangan  gementar  atau  gelabah.  Anda  boleh mencuba cara ini bagi menenangkan fikiran, iaitu : 

4

2. CARA MENGHADAPI TEKANAN

Page 8: Doa Menghadapi Peperiksaan

i.  Bernafas panjang dan dalam­dalam beberapa kali ii.  Bersantai iaitu berehat sekejap lebih kurang 2 – 3 minit. iii. Cuba ingatkan semula fakta,  dengan cara  mengingati fakta yang 

berkaitan dengan fakta yang dilupai – cuba cari pertaliannya. iv. Baca selawat keatas rasul beberapa kali. v.  Baca doa no 2 di muka surat    12 berulang kali

B. Keletihan Fizikal a.  Jaga masa tidur. Pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya. b.  Rehatkan tangan, mata dan otot­otot semasa menjawab soalan sekali sekala. c.  Ambil angin sebentar d.  Basuh muka dengan air sejuk jika perlu.

A Menghilangkan perasaan gementar 

o  Buatlah persediaan awal secara  menyeluruh sebelum menghadapi peperiksaan 

o  Latih mental untuk menghadapi situasi yang mendesak dan tertekan o  Cuba berhentikan rasa gementar dengan menggenggam tangan o  Kawal nafas , cuba bertenang. Kurangkan kecepatan bernafas. o  Rehatkan fikiran o  Gantikan fikiran cemas dan tegang dengan positif o  Hindarkan mengingati pemikiran yang menyebabkan panik 

B.  Sentiasa berdoa dan mendirikan solat sunat hajat 

o  Dirikan Solat sunat  hajat sebelum tidur pada setiap malam o  Sentiasa membaca doa sebelum keluar rumah o  Sentiasa membaca doa apabila menemui sesuatu yang sukar o  Sentiasa membaca doa apabila hati menghadapi kesedihan o  Sentiasa membaca doa apabila terkena kesedihan hati 

i.  Sediakan jadual waktu belajar yang sistematik. ii.  Mengetahui sukatan pelajaran. iii.  Mempunyai tempat belajar (bermutalaah) yang sesuai dan selesa. Belajar 

bermula daripada awal tahun lagi 

5

3. MASALAH SEMASA PEPERIKSAAN DAN CARA MENGATASINYA

4. PETUA CEMERLANG DALAM MENGHADAPI PEMBELAJARAN

Page 9: Doa Menghadapi Peperiksaan

iv.  Membuat catatan dan nota kecil / poket semasa membaca. v.  Pastikan jiwa sentiasa tenteram dan tenang dengan sentiasa berzikir 

kepada Allah. ( Anda boleh mengamalkan zikir pada mukasurat 18 ) vi.  Membaca pada waktu tengah malam dan pada waktu pagi atau pada masa 

yang sesuai dengan keadaan anda. vii. Mempunyai bahan rujukan yang sesuai seperti buku nota, peta minda dan 

sebagainya. viii. Banyakkan latihan menjawab soalan ix.  Rajin serta selalu  bertanya guru jika ada masalah mengenai pelajaran. x.  Sentiasa mengadakan perbincangan melalui kumpulan. xi.  Berdoa serta bertawakkal kepada Allah (SWT) setelah berusaha dengan 

bersungguh­sungguh.

A. Panduan Umum

•  Jawab soalan yang boleh dijawab dahulu •  Pilih soalan yang boleh dijawab dengan baik dahulu •  Tinggal dahulu soalan yang sukar •  Baca soalan dengan tenang dan jangan gopoh •  Rancang jawapan (lakar jawapan)  dengan mencatat isi­isi penting sebelum 

menjawab.

B. .Ujian Objektif

•  Baca arahan dengan teliti •  Baca soalan dan  fahami kehendak soalan terlebih dahulu, baca beberapa kali 

supaya anda dapat memahami kehendak soalan •  Analisa soalan­soalan yang sukar untuk mendapatkan perkataan kunci atau 

bayangan (clue) •  Tandakan jawapan bila anda  pasti betul jawapannya •  Tinggalkan dahulu soalan yang anda belum pasti jawapannya. Setelah anda 

habis menjawab, balik semula kepada soalan­soalan yang anda tinggal tadi. •  Pilih dan buang jawapan yang tidak tepat/rapat dengan soalan. 

6

5. TEKNIK MENJAWAB

Page 10: Doa Menghadapi Peperiksaan

10

•  Ambil perhatian kepada perkara­perkara yang boleh mengelirukan anda dalam soalan seperti tidak benar, bukan, kecuali atau gambarajah dalam soalan. Gariskan perkataan tersebut agar anda tidak terkeliru. 

•  Padankan soalan dengan setiap jawapan cara berasingan. Ini mungkin boleh menolong mendapatkan jawapan yang baik/tepat walaupun ia tidak merupakan yang setepatnya. Ini lebih baik daripada cuba mengagak saja. 

•  Olah balik soalan supaya senang difahami. Cari contoh­contoh yang boleh menambah kefahaman kita terhadap soalan. Baca balik soalan asal dan cuba dapatkan jawapan yang setepat mungkin. 

•  Gunakan maklumat/pengetahuan yang ada dalam soalan dan jawapan yang lain 

•  Cuba teka adalah usaha terakhir •  Semak semula semua  jawapan setelah anda selesai menjawab sehingga anda 

berpuas hati 

C. Ujian Subjektif

i. Sebelum Menulis

•  Baca arahan dengan teliti •  Baca semua soalan dengan pantas dahulu •  Analisa dan tanda bahagian­bahagian atau pokok soalan yang hendak dijawab. •  Gariskan perkataan kunci dalam soalan dan fahamkan maksudnya. •  Catat isi­isi penting di tepi soalan. •  Susun isi­isi penting (panduan jawapan) 

Semasa Menulis 

•  Awasi penggunaan masa •  Jawab semua bahagian soalan (jangan tertinggal) •  Jawab tepat kepada kehendak soalan terutama ayat pertama. •  Ikut garis panduan jawapan •  Urutan jawapan secara perenggan dan nombor. Perlu ada kesinambungan. •  Tulis isi yang relevan saja. •  Pastikan setiap jawapan anda mempunyai fakta / isi anda mempunyai  huraian 

7

Page 11: Doa Menghadapi Peperiksaan

11

•  Jangan menyeleweng atau cuba meniru. •  Baca sekali lagi jawapan sebelum menyerahkan kepada pengawas 

peperiksaan.

D. Ujian Kuantitatif ( Mata pelajaran matematik, sains dan teknikal) •  Baca arahan dengan teliti •  Jawab soalan yang boleh dijawab lebih dahulu. •  Balik kepada soalan yang sukar dan analisa supaya dapat sedikit isi jawapan 

sekurang­kurangnya. •  Gunakan masa dengan baik. •  Tunjukkan cara atau mendapat jawapan selain daripada jawapan akhir. •  Susun atur jawapan dengan jelas. •  Semak jawapan. •  Tambah/betulkan apabila perlu.

i.

8

6. DOA­DOA YANG BERKAITAN UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Page 12: Doa Menghadapi Peperiksaan

12

ii.

iii.

iv.

5.v.

9

Page 13: Doa Menghadapi Peperiksaan

13 

vi. 

i. 

ii.

iii.

7. PETUA SEMASA MENJAWAB SOALAN

10

Page 14: Doa Menghadapi Peperiksaan

14 

iv.

v.

vi. 

11

Page 15: Doa Menghadapi Peperiksaan

15

.

vii. 

viii. 

Ertinya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan orang­orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh

Doa memohon kejayaan cemerlang dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan ix. 

12

Page 16: Doa Menghadapi Peperiksaan

16

8. ADAB BERDOA

13

Page 17: Doa Menghadapi Peperiksaan

17 14

Page 18: Doa Menghadapi Peperiksaan

18 15

Page 19: Doa Menghadapi Peperiksaan

19

Selepas salam sujud sekali lagi dan baca zikir dibawah

5. 

6. 

7. 

16

Page 20: Doa Menghadapi Peperiksaan

20 17

Page 21: Doa Menghadapi Peperiksaan

21

Catatan

18

Page 22: Doa Menghadapi Peperiksaan

22

Catatan

19

Page 23: Doa Menghadapi Peperiksaan

23

Catatan

20

Page 24: Doa Menghadapi Peperiksaan

24