dimensikoop - mkm.edu.my · satu kelebihan persaingan dalam perniagaan ... ini adalah tidak...

10
BIL. 45 APRIL 2015 BIL. 45 APRIL 2015 Value Chain atau Rantai Nilai adalah satu kumpulan aktiviti atau kegiatan dalam sese- buah perusahaan yang melakukan aktiviti mereka bentuk, memproses, memasarkan, dan menghantar produk kepada pelanggan serta disokong oleh aktiviti khidmat selepas jualan. Konsep rantai nilai pertama kali diperkenalkan dan dipopularkan oleh Michael E. Porter pada tahun 1985. Terdapat dua aktiviti utama dalam rantai nilai iaitu kumpulan aktiviti utama dan kumpulan aktiviti sokongan. Michael E Porter’s dalam Rajah 1 menerangkan tentang pembentukan ciri-ciri rantaian nilai yang dibentuk oleh serangkaian urutan aktiviti atau kegiatan utama dan aktiviti sokongan yang mengubah input (bahan mentah) menjadi output (produk siap) serta memberi nilai tambah kepada pelanggan yang mahukan produk tersebut. Aktiviti utama ini adalah yang berkaitan dengan pengeluaran dan pengagihan produk serta perkhidmatan organisasi yang juga memberi nilai tambah kepada pelanggan. Aktiviti-aktiviti ini termasuklah logistik, operasi, jualan dan pemasaran. Aktiviti logistik merujuk kepada aktiviti penerimaan dan penyimpanan barangan bagi proses pengagihan sehinggalah aktiviti pengeluaran. Aktiviti operasi pula merujuk kepada perubahan input kepada produk siap. Aktiviti jualan dan aktiviti pemasaran pula termasuklah usaha-usaha untuk mempromosi dan menjual barangan serta perkhidmatan keluaran organisasi tersebut. Manakala aktiviti sokongan terdiri daripada kemudahan infrastruktur (pentadbiran dan pengurusan), pelaksanaan sumber manusia (pengambilan, penggajian dan latihan), pengembangan teknologi (memperbaiki produk- produk dan proses-proses pengeluaran) dan perolehan (mendapat input). Aktiviti sokongan ini berperanan untuk memastikan perjalanan aktiviti utama dapat dilaksanakan dan disokong mengikut perancangan. Manakala aktiviti utama pula terdiri daripada aktiviti logistik masuk, operasi, logistik keluar, pemasaran dan penjualan serta perkhidmatan selepas jualan. Christopher John Baptist Maktab Koperasi Malaysia Cawangan Sarawak www.mkm.edu.my DIMENSIKOOP BIL. 45 APRIL 2015 10

Upload: dothuy

Post on 06-Mar-2019

250 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

DIMENSIKOOP

BIL. 45 APRIL 201510 BIL. 45 APRIL 201510

Value Chain atau Rantai Nilai adalah satu kumpulan aktiviti atau kegiatan dalam sese-buah perusahaan yang melakukan aktiviti mereka bentuk, memproses, memasarkan, dan menghantar produk kepada pelanggan serta disokong oleh aktiviti khidmat selepas jualan. Konsep rantai nilai pertama kali diperkenalkan dan dipopularkan oleh Michael E. Porter pada tahun 1985. Terdapat dua aktiviti utama dalam rantai nilai iaitu kumpulan aktiviti utama dan kumpulan aktiviti sokongan.

Michael E Porter’s dalam Rajah 1 menerangkan tentang pembentukan ciri-ciri rantaian nilai yang dibentuk oleh serangkaian urutan aktiviti atau kegiatan utama dan aktiviti sokongan yang mengubah input (bahan mentah) menjadi output (produk siap) serta memberi nilai tambah kepada pelanggan yang mahukan produk tersebut.

Aktiviti utama ini adalah yang berkaitan dengan pengeluaran dan pengagihan produk serta perkhidmatan organisasi yang juga memberi nilai tambah kepada pelanggan. Aktiviti-aktiviti ini termasuklah logistik, operasi, jualan dan pemasaran. Aktiviti logistik merujuk kepada aktiviti penerimaan dan penyimpanan barangan bagi proses pengagihan sehinggalah aktiviti pengeluaran. Aktiviti operasi pula merujuk kepada perubahan input kepada

produk siap. Aktiviti jualan dan aktiviti pemasaran pula termasuklah usaha-usaha untuk mempromosi dan menjual barangan serta perkhidmatan keluaran organisasi tersebut. Manakala aktiviti sokongan terdiri daripada kemudahan infrastruktur (pentadbiran dan pengurusan), pelaksanaan sumber manusia (pengambilan, penggajian dan latihan), pengembangan teknologi (memperbaiki produk-produk dan proses-proses pengeluaran) dan perolehan (mendapat input).

Aktiviti sokongan ini berperanan untuk memastikan perjalanan aktiviti utama dapat dilaksanakan dan disokong mengikut perancangan. Manakala aktiviti utama pula terdiri daripada aktiviti logistik masuk, operasi, logistik keluar, pemasaran dan penjualan serta perkhidmatan selepas jualan.

Christopher John BaptistMaktab Koperasi Malaysia Cawangan Sarawak

www.mkm.edu.myDIMENSIKOOP

BIL. 45 APRIL 201510

BIL. 45 APRIL 2015 11

DIMENSIKOOP

BIL. 45 APRIL 2015 11

Kepentingan Konsep Nilai dalam Perniagaan

Keperluan merujuk kepada keperluan manusia yang meliputi aspek fizikal, sosial dan individu. Ia wujud secara semula jadi dan bukan dihasilkan oleh pemasar. Kehendak pula merupakan kemahuan manusia yang dibentuk oleh kebudayaan dan personaliti individu. Setiap bentuk keperluan dan kepuasan ini mempunyai nilainya tersendiri bergantung kepada cita rasa dan jangkaan pelanggan. Kewujudan rantaian nilai dalam perniagaan sebenarnya memberi kepuasan, manfaat dan kesetiaan kepada pelanggan yang menggunakan produk atau perkhidmatan tersebut.

Kejayaan rantaian nilai dalam perniagaan mencapai matlamatnya apabila proses pelaksanaan produk dan perkhidmatan dalam aktiviti utama dan sokongan memberi nilai tinggi berdasarkan kehendak dan persepsi nilai kepada pelanggan dari perspektif kaca mata mereka. Namun sebenarnya, isu yang penting dalam konsep nilai dalam perniagaan ini adalah merujuk kepada persoalan apakah sebenarnya pelanggan inginkan terhadap ciri-ciri dan penyampaian sesuatu produk dan perkhidmatan?

7 Prinsip Utama Pengurusan Rantaian Nilai

Terdapat 7 prinsip utama dalam pengurusan rantaian nilai. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut :

1. Perkongsian hala tuju dan matlamat yang sama.2. Kemampuan membentuk aspek nilai.3. Budaya kerja yang menyokong kerjasama dan pembelajaran.

Rajah 2 di atas menerangkan pendekatan sistem rantaian nilai ini pada setiap komponen (sub-sistem) yang mempunyai kaitan rapat antara satu sama lain. Setiap komponen ini mempunyai fungsi tersendiri dan saling membantu antara komponen yang lain. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di setiap komponen ini dilihat sebagai satu rantaian yang membawa kepada peningkatan keupayaan bagi memastikan keperluan pelanggan dipenuhi. Apabila digabungkan semua komponen, maka wujudlah nilai tambah pada keseluruhan aktiviti yang membawa kepada pembentukan daya saing.

Kewujudan rantaian nilai dalam perniagaan sebenarnya memberi kepuasan, manfaat dan kesetiaan kepada pelanggan yang menggunakan produk atau perkhidmatan tersebut.

FIRM INFRASTRUCTURE

MARGIN

HUMAN RESOURCE MANAGEMENT

TECHNOLOGY DEVELOPMENT

PROCUREMENT

INBOUNDLOGISTIC OPERATIONS

OUTBOUNDLOGISTICS

MARKETING& SALES SERVICECO

REPR

OCES

SSU

PPO

RT P

RO

CESS

Rajah 1 : Model Michael E Porter’s

Rajah 2 : Perkongsian Rantaian Nilai

Perkongsian Nilaidan Matlamat

Petani,Peladang

Pengguna,Pembeli

Pembuat.Pemproses

Pengangkutan,Pengedaran

Peruncit,Pengedar

Pelupusan,Kitar Semula

PembekalSumber

Contoh: Matlamat Memelihara

Alam Sekitar

www.mkm.edu.myDIMENSIKOOP

www.mkm.edu.myDIMENSIKOOP

BIL. 45 APRIL 2015 11

DIMENSIKOOP

BIL. 45 APRIL 201512 BIL. 45 APRIL 201512

4. Rakan kongsi yang sepakat.5. Sentiasa menguruskan hubungan secara proaktif.6. Selalu menilai dan berusaha ke arah penambahbaikan.7. Berupaya untuk menyesuaikan diri dengan perubahan.

Kepentingan Rantaian Nilai

Dunia perniagaan tanpa sempadan kini memfokuskan tentang pentingnya rantaian nilai dalam perniagaan yang hendak diceburi oleh para peniaga. Organisasi memperoleh satu kelebihan persaingan dalam perniagaan apabila mereka menyediakan produk dan perkhidmatan yang lebih bernilai atau apabila mereka menyediakan produk dan perkhidmatan yang sama nilai tetapi pada kadar harga yang lebih rendah kepada pelanggan. Kepentingan rantaian nilai kepada perniagaan dan pelanggan adalah seperti berikut :

a. Sistem maklumat strategik yang terdapat dalam rantaian nilai boleh memberi kesan strategik seandainya dapat membantu firma menghasilkan produk dan perkhidmatan pada kos yang lebih rendah atau kos yang sama dengan produk dan perkhidmatan pesaing tetapi mempunyai nilai yang lebih tinggi.b. Rantaian nilai mendorong kepada peningkatan kualiti dan mutu barangan dan perkhidmatan.c. Selain itu, jenis-jenis atau model rantaian nilai juga boleh membantu mempertingkatkan daya saing dengan mengenal pasti titik tumpuan pengaruh kritikal dan khusus iaitu pada titik-titik inilah teknologi maklumat dapat digunakan secara efektif untuk memperkukuhkan kedudukan persaingan.

Jenis-jenis Rantaian Nilai

Beberapa jenis rantaian nilai yang dikenal pasti antara lain adalah seperti berikut :

• Rantaian Nilai Fragmen (Fragmented Valued Chain) Rantaian nilai jenis Fragmen ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut: a. Fungsi atau peranannya dilaksanakan bersendiri sahaja. b. Fokus kepada transaksi yang tidak semestinya berterusan atau berkemungkinan tidak kekal lama dalam pasaran. c. Tidak mempunyai hubungan panjang dengan rakan-rakan perniagaan lain dalam rantaian.

Cabaran utama yang dihadapi oleh rantaian nilai jenis ini adalah tidak fleksibel dan sukar untuk menghadapi cabaran pada masa akan datang.

OrganisasiB

OrganisasiA

OrganisasiC

OrganisasiB

OrganisasiC

OrganisasiA

Rajah 3 : Rantaian Nilai Fragmen

Rajah 4 : Rantaian Nilai Berkoordinasi

• Rantaian Nilai Berkoordinasi (Coordinated Value Chain) Rantaian nilai jenis Berkoordinasi ini mempunyai ciri - ciri seperti berikut : a. Mempunyai hubungan dengan ahli rangkaian yang lain dalam tempoh waktu yang sederhana atau tidak kekal lama; b. Mempunyai persefahaman budaya, sikap dan nilai kerja dengan ahli rangkaian yang lain; c. Mengamalkan perkongsian strategi perniagaan khususnya ditahap operasi dan ‘tactical’ perniagaan, dan d. Saling memahami keperluan perniagaan dalam kalangan ahli rangkaian.

Antara cabaran utama yang dihadapi oleh rantaian nilai jenis ini adalah menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan organisasi dengan keadaan atau persekitaran perniagaan dan berhadapan dengan risiko perubahan perniagaan.

• RantaianNilaiKolaborasi (Colaborated Value Chain) Rantaian nilai jenis berkolaborasi ini mempunyai ciri - ciri seperti berikut : a. Mempunyai hubungan jangka panjang dengan ahli rantaian yang lain. b. Mengamalkan aktiviti perkongsian sumber. c. Berkongsi visi dan matlamat perniagaan, dan d. Mempunyai budaya kerja yang ‘compatible’.

BIL. 45 APRIL 201512

BIL. 45 APRIL 2015 13

DIMENSIKOOP

BIL. 45 APRIL 2015 13

OrganisasiB

OrganisasiA

OrganisasiC

OrganisasiB

OrganisasiC

OrganisasiA

Rajah 6 : Rantaian Nilai Kerjasama

Rajah 5 : Rantaian Nilai Kolaborasi

Rajah 7: Perbandingan Jenis Rantaian Nilai

Menghadapi persekitaran perniagaan yang tidak kondusif dan tahap persaingan yang tidak tinggi dan agresif adalah merupakan cabaran yang dihadapi oleh rantaian nilai jenis berkolaborasi ini.

T

JENIS RANTAIAN

Fragmen Koordinasi Kolaborasi Kerjasama

OrientasiStrategik

MatlamatSendiri

MatlamatBercampur,

Manfaat Sendiri

Matlamat bersama,Manfaat Bersama

Matlamat Sendiri,Manfaat Sendiri

KewujudanKepercayaan

dan Komitmen

Tiada Ada Paling Ketara Terhad

Fokus Kewangan

Keuntungan Sendiri

Meningkatkan Keuntungan

Sendiri

Memelihara dan Cuba Mencapai

Keuntungan untuk semua

Meluaskan Keuntungan Sendiri untuk

Manfaat Keluarga

JumlahPelanggan

dan Pembekal

Ramai Pelanggan

dengan Kepentingan Sederhana dan Ramai Pembekal

Tidak Ramai Pelanggan,Tidak Ramai Pembekal

Hanya Beberapa Pelanggan

Utama dan Hanya Beberapa Pembekal

Ramai Pelanggan

yang Berbeza kepentingan,

Ramai Pembekal

Berdasarkan perbandingan dalam rajah di atas, dapat dijelaskan bahawa keempat-empat jenis rantaian ini mempunyai pendekatan yang berbeza namun tidak terlalu ketara di antara satu sama lain khususnya dari segi orientasi strategik, kewujudan kepercayaan dan komitmen, fokus kewangan dan jumlah pelanggan dan pembekal.

Justeru, terpulang kepada para peniaga atau pengusaha perniagaan dalam menentukan jenis rantaian nilai yang paling sesuai diamalkan dalam perniagaan mereka.

Sebaiknya, peniaga atau pengusaha harus melihat apakah matlamat dan hala tuju perniagaan yang diceburi dan pendekatan rantaian nilai yang manakah yang paling sesuai diguna pakai oleh mereka berdasarkan kepada kekuatan dan persekitaran yang dihadapi oleh mereka.

• Rantaian Nilai Kerjasama (Cooperative Value Chain) Rantaian nilai jenis kerjasama ini mempunyai ciri - ciri seperti berikut: a. Memahami keperluan bekerjasama. b. Tumpuan pada aspek operasi. c. Saling menggunakan keupayaan yang ada pada setiap ahli.

Dapat dilihat di sini antara cabaran utama yang dihadapi oleh rantaian nilai jenis nilai kerjasama ini adalah ia memerlukan persekitaran yang membenarkan kerjasama dilaksanakan dan perlu wujudnya persefahaman yang baik dalam kalangan ahli rantaian nilai.

Perbandingan Jenis-jenis Rantaian Nilai

Berikut adalah perbandingan di antara keempat-empat jenis rantaian nilai ini:

BIL. 45 APRIL 2015 13

DIMENSIKOOP

BIL. 45 APRIL 201514 BIL. 45 APRIL 201514

perniagaan. Koperasi perlu berhijrah untuk keluar daripada kebiasaan dan berani untuk membuat kelainan seperti mengambil kira pendekatan rantaian nilai dalam strategi perniagaan mereka yang akan memberi pulangan yang lumayan kepada koperasi dan manfaat kepada anggota.

Kerajaan pula perlu terus memberi sokongan pelaksanaan rantaian nilai dalam gerakan koperasi sekali gus membantu koperasi agar sama-sama dapat menjayakan agenda pembangunan negara. Penglibatan bidang keberhasilan yang bernilai tinggi seperti yang terkandung dalam Dasar Koperasi Negara (DKN II) 2011 - 2020 harus digembleng bersama oleh kerajaan dan gerakan koperasi. Perancangan strategik dan bersifat semasa dalam rangka persediaan berterusan perlu dibuat dalam memastikan survival koperasi.

Memperkasakan Rantaian Nilai dalam Bidang Keberhasilan Koperasi

DKN 2011-2020 merupakan penggerak hala tuju perkembangan koperasi terutama bagi merealisasikan hasrat menjadikan sektor koperasi sebagai sektor penting dalam pembangunan negara. DKN II 2011 - 2020 ini mengandungi inisiatif ke arah transformasi gerakan koperasi dalam menjadikan sektor koperasi mampu bersaing dan koperasi menjadi pemain aktif dalam ekonomi negara. Matlamat akhir adalah untuk meningkatkan sumbangan sektor koperasi kepada keluaran negara iaitu sebanyak RM 50 bilion menjelang tahun 2020. Dalam Teras 1 DKN II 2011 - 2020 juga merangsang penglibatan koperasi dalam sektor ekonomi bernilai tinggi. Perubahan persekitaran ekonomi serta politik tempatan dan antarabangsa memerlukan gerakan koperasi bergerak seiringan.

Matlamat Malaysia untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi merupakan cabaran yang perlu

Cabaran dan Pelaksanaan Rantaian Nilai Perniagaan dalam Sektor Koperasi

Perkembangan ekonomi negara yang kian membangun di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak telah membuka ruang dan galakan kepada sektor koperasi memperkasakan perniagaan yang diceburi, seiring dengan sektor lain dengan bermatlamatkan untuk menganjak ekonomi Malaysia daripada sebuah negara sederhana kepada negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Arus perubahan proses globalisasi dunia yang semakin pantas masa kini memerlukan gerakan koperasi lebih berdaya saing dan proaktif.

Hakikat ini sudah semestinya mencabar tradisi, keutuhan dan kesinambungan koperasi untuk mengekalkan identiti, konsep dan falsafahnya. Dalam menghadapi dunia perniagaan yang semakin “hypercompetitive”, gerakan koperasi harus memikir dan mengamalkan pemikiran di luar kotak dan keluar daripadat zon selesa. Suasana atau landskap persekitaran global perniagaan yang sering kali berubah-ubah, kemunculan revolusi digital, perubahan persekitaran fizikal seperti perubahan iklim, bencana alam dan kehendak pelanggan yang semakin kompleks memerlukan koperasi untuk mengubah strategi dan prasarana perniagaannya.

Justeru, sudah tiba masanya koperasi untuk melalui proses penstrukturan bagi memperkukuhkan kedudukan dan meningkatkan daya saing dan daya tahan. Isu-isu dalaman dalam koperasi yang mengekang kemajuan gerakan koperasi selama ini seperti pengurusan, kewangan, kepimpinan dan penglibatan anggota perlu diberi perhatian yang serius dan ditangani dengan lebih proaktif dan berkesan. Manakala, isu-isu luaran seperti persaingan yang semakin sengit dalam dunia perniagaan, desakan untuk mengukuhkan penampilan, pembentukan ‘competitive edge’ bagi menghadapi keupayaan persaingan dan keupayaan untuk menawarkan nilai kepada pelanggan adalah antara faktor-faktor yang memerlukan perhatian dan tindakan pantas oleh gerakan koperasi.

Cabaran dan perubahan persekitaran perniagaan semasa dalam sektor koperasi ini perlu dihadapi oleh koperasi bagi memastikan gerakan koperasi terus kekal relevan dan sesuai dengan peredaran semasa

Matlamat Malaysia untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi merupakan cabaran yang perlu didokong bersama oleh gerakan koperasi.

BIL. 45 APRIL 201514

BIL. 45 APRIL 2015 15

DIMENSIKOOP

BIL. 45 APRIL 2015 15

didukung bersama oleh gerakan koperasi. Sektor perkhidmatan kewangan yang merupakan nadi gerakan koperasi negara perlu diperkukuhkan untuk memastikan perkembangan sektor koperasi yang mantap.

Di samping itu, sektor perkhidmatan utama lain dalam gerakan koperasi seperti perdagangan pengedaran, pelancongan, pengeluaran makanan dan perladangan dikembangkan. Koperasi akan mendukung saranan kerajaan dalam usaha meningkatkan pengeluaran makanan bagi memenuhi permintaan negara. Dalam sektor pertanian, koperasi akan terlibat dalam pengeluaran makanan dan ternakan. Teknologi hijau akan diaplikasikan dalam proses pengeluaran makanan bagi meningkatkan penglibatan koperasi dalam aktiviti ini ke tahap yang lebih tinggi.

Usaha ini digerakkan melalui: i. Pakatan strategik dan jaringan perniagaan dengan pihak ketiga dalam dan luar negara. Koperasi akan mendapat manfaat dari segi modal, teknologi dan pasaran;ii. Perluasan aktiviti ekonomi dan peningkatan nilai tambah melalui aktiviti rantaian nilai dalam industri yang diceburi;iii.Perluasan pasaran produk dan perkhidmatan koperasi kepada pasaran terbuka dan tidak terhad kepada keperluan anggota sahaja sama ada dalam dan luar negara dengan memanfaatkan kemudahan ICT;iv.Aplikasi elemen teknologi hijau dalam perusahaan koperasi untuk menjamin kesejahteraan rakyat di samping menjana pendapatan baru; danv. Pemberian pembiayaan untuk membolehkan koperasi membuat penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menghasilkan produk baru dan menambah nilai kepada produk sedia ada. Bagi merealisasikan pelaksanaan pencapaian kenyataan Dasar Koperasi Negara II (2011 - 2020) Teras 1 ini, maka enam bidang keberhasilan aktiviti ekonomi diberi tumpuan. Keenam-enam bidang keberhasilan adalah seperti berikut;

a. Perkhidmatan Kewangan

Sumbangan terbesar koperasi adalah dalam sektor perkhidmatan khususnya perkhidmatan kewangan yang

merupakan tulang belakang gerakan koperasi negara. Pengukuhan koperasi dalam perkhidmatan kewangan membolehkan perolehan ditingkatkan daripada 64 peratus kepada 70 peratus menjelang 2020. Koperasi digalakkan untuk menawarkan produk kewangan baru seperti Ar-Rahnu dan pembiayaan kredit serta menyediakan lain-lain pembiayaan yang boleh menyokong pembangunan perniagaan dan perusahaan dan tidak terhad kepada pembiayaan peribadi sahaja.

b. Pemborongan dan Peruncitan

Sektor pemborongan dan peruncitan juga dijangka memberi sumbangan signifikan kepada output koperasi. Perangkaan semasa menunjukkan 50 peratus koperasi terlibat dalam sektor pengedaran dengan koperasi dewasa memainkan peranan penting bagi memastikan pengedaran barangan keperluan harian terutamanya barang kawalan sampai kepada rakyat terutamanya mereka yang tinggal di luar bandar. Gabungan dan kerjasama strategik antara koperasi pemborongan dan peruncitan di seluruh negara dijangka dapat melipatgandakan penglibatan serta mengukuhkan koperasi dalam sektor ini. Pengukuhan koperasi penting bagi memastikan koperasi dapat memainkan peranannya dengan efisien. Koperasi peruncitan digalakkan bergabung untuk menubuhkan pasar raya koperasi supaya ia boleh beroperasi dengan skala yang lebih besar di kawasan yang tiada perkhidmatan ini.

BIL. 45 APRIL 2015 15

DIMENSIKOOP

BIL. 45 APRIL 201516 BIL. 45 APRIL 201516

c. Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan

Industri pelancongan dan aktiviti perkhidmatan berkaitan seperti penjagaan diri dan kesihatan merupakan sektor ekonomi yang boleh diceburi oleh koperasi. Ia membuka peluang perniagaan terutamanya kepada koperasi bersaiz kecil dan mikro yang sebahagian besarnya wujud di luar bandar. Kawasan luar bandar kaya dengan sumber semula jadi sebagai aset yang boleh menjana aktiviti ekonomi kepada koperasi setempat. Usaha akan ditingkatkan untuk menggalakkan koperasi di luar bandar terlibat secara langsung dalam industri pelancongan khususnya yang menawarkan produk ekopelancongan. Aktiviti lasak seperti mendaki gunung, menyusuri sungai dan merentasi hutan merupakan produk ekopelancongan yang boleh diterokai oleh koperasi.

Koperasi juga digalakkan untuk terlibat dalam aktiviti pengurusan inap desa (homestay) yang telah mendapat sambutan hangat daripada pelancong terutama dari luar negara. Kerjasama antara koperasi yang menyediakan produk pelancongan ini dengan koperasi yang terlibat dalam aktiviti hiliran dan huluan, pengurusan pelancongan travel and tours membolehkan penyediaan perkhidmatan pelancongan secara komprehensif. Aktiviti sokongan yang boleh mewujudkan peluang pekerjaan dan menjana pendapatan diperkembangkan. Peluang terbuka untuk koperasi dan anggota-anggota menyediakan perkhidmatan seperti pemandu pelancong, pertunjukan kebudayaan, penyediaan makanan dan minuman, pengangkutan dan cenderamata. Dalam bidang kesihatan pula, koperasi boleh mengadakan perkhidmatan kesihatan melalui ‘community-based health service’ kepada masyarakat setempat.

d. Pertanian dan Industri Asas Tani

Walaupun sektor perkhidmatan dijangka menyumbang secara signifikan kepada pembangunan ekonomi negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi, namun aktiviti pertanian dan industri asas tani masih penting bagi memastikan penggunaan sumber sedia ada secara cekap dan optimum serta menjamin kecukupan dan kestabilan bekalan makanan negara. Koperasi yang mempunyai tanah di luar bandar digerakkan untuk melibatkan diri dalam bidang ini. Selain daripada aktiviti

pertanian konvensional seperti tanaman dan ternakan bagi memastikan bekalan makanan asasi sentiasa ada, mudah diakses dan harga berpatutan, aktiviti pertanian seperti penternakan burung Walit, akuakultur, cendawan dan sayur-sayuran organik merupakan aktiviti pertanian bernilai tinggi yang boleh diceburi oleh koperasi. Bagi meningkatkan keberhasilannya, koperasi digalakkan untuk beroperasi secara berskala besar dengan mengaplikasikan teknologi moden.

e. Perladangan

Dalam sektor perladangan negara, dianggarkan 100,000 hektar ladang kelapa sawit akan ditanam semula. Sebanyak 1,362 (19%) koperasi yang terlibat dalam aktiviti perladangan boleh memanfaatkan peluang ini. Dengan kekuatan modal yang ada, koperasi perladangan dan koperasi yang mempunyai tanah digalakkan untuk membangunkan sektor perladangan melalui gabungan atau kerjasama strategik. Secara bergabung, koperasi boleh melibatkan diri dalam operasi pengurusan ladang dan koperasi perladangan yang kecil digalakkan menjalankan operasi tapak semaian dan membekalkan benih sawit kepada ladang tempatan. Koperasi

BIL. 45 APRIL 201516

BIL. 45 APRIL 2015 17

DIMENSIKOOP

BIL. 45 APRIL 2015 17

masanya koperasi melihat dan menerokai pelaburan hartanah kerana bidang ini mempunyai peluang perniagaan yang luas dalam pelbagai aspek. Dalam tempoh beberapa tahun ini, kita dapat menyaksikan harga tanah dalam pasaran cepat melonjak naik dan peluang sebegini mesti direbut koperasi. Koperasi mempunyai banyak kelebihan, justeru, gunakan kelebihan yang ada itu untuk berkecimpung dalam pembangunan hartanah. Koperasi tidak sepatutnya bimbang mengenai soal modal sebaliknya, mesti sanggup menyahut cabaran dan tidak mudah berputus asa.

Adakah Rantaian Nilai Sesuai Dilaksanakan oleh Koperasi?

Berdasarkan kepada enam aktiviti keberhasilan seperti yang terkandung dalam DKN II (2011 - 2020) teras 1 iaitu perkhidmatan kewangan, pemborongan dan peruncitan, pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan, pertanian dan industri asas tani, perladangan dan hartanah, tidak dinafikan lagi peluang bagi koperasi terbuka luas untuk menerokai dan terlibat dalam kesemua bidang ini. Keenam-enam bidang keberhasilan ini berkait rapat dengan pengeluaran dan pengagihan produk atau perkhidmatan koperasi yang juga memberi nilai kepada pelanggan. Keenam-enam bidang ini juga memiliki ciri-ciri rantaian nilai dalam pelbagai aspek serta luas di samping dapat meningkatkan keupayaan persaingan di antara koperasi dan pihak swasta.

Selain daripada keenam-enam bidang keberhasilan yang diterangkan, hakikatnya semua bentuk perniagaan mempunyai rantaian nilai dan jenis-jenisnya tersendiri bergantung kepada bentuk perniagaan yang dipilih dan dilaksanakan oleh koperasi. Persoalan yang lebih penting tentang pelaksanaan rantaian nilai dalam koperasi dapat dirungkai dengan isu-isu seperti berikut:

a. Adakah koperasi telah memulakan aktiviti perniagaannya seperti yang dinyatakan dalam Undang-undang Kecil koperasi (UUK)?b. Adakah koperasi bersifat aktif atau dorman?c. Bidang perniagaan apakah yang diterokai atau dilaksanakan oleh koperasi yang menjurus kepada pendekatan rantaian nilai yang lebih berkesan? d. Apakah jenis rantaian nilai yang paling sesuai diaplikasikan dan dipadankan dengan perniagaan yang diceburi oleh koperasi?

perladangan yang berjaya bertindak sebagai mentor untuk membantu koperasi lain membangunkan ladang mereka secara berkelompok. Koperasi juga perlu bekerjasama dengan agensi teknikal kerajaan seperti Lembaga Sawit Malaysia (MPOB) dan agensi teknikal lain bagi membolehkan koperasi perladangan menceburi bidang baru seperti bioteknologi dan perusahaan berasaskan herba.

f. Hartanah

Pelaburan hartanah terbukti salah satu bentuk pelaburan yang membolehkan koperasi meraih keuntungan terutama jika tanah atau bangunan yang dibeli itu di bawah harga pasaran. Aktiviti pelaburan hartanah ini sebenarnya juga membantu memacu ekonomi koperasi seterusnya pada masa yang sama menyumbang kepada keberhasilan negara. Walaupun, koperasi memiliki sumber dana yang mencukupi untuk terlibat di dalam bidang ini, namun tidak banyak koperasi menyedari atau berani merebut peluang pelaburan hartanah ini kerana tidak mempunyai kepakaran serta koperasi tidak berani berhadapan dengan risiko. Hakikatnya, untuk mempelbagaikan pendapatan koperasi sudah tiba

BIL. 45 APRIL 2015 17

DIMENSIKOOP

BIL. 45 APRIL 201518 BIL. 45 APRIL 201518

mengamalkan dan memperkembangkan rantaian nilai dalam perniagaan koperasi masing-masing maka pemilihan jenis rantaian nilai akan menjadi persoalan dengan tindakan selanjutnya. Antara lain perkara-perkara yang perlu diambil kira dalam pemilihan jenis-jenis rantaian nilai adalah bergantung kepada faktor-faktor seperti berikut:

a. Keperluan dan kehendak pelanggan yang unik.a. Keupayaan membentuk matlamat yang selari.b. Keinginan untuk memperoleh faedah maksimum seperti keuntungan dan keberkesanan proses pengeluaran.c. Keupayaan untuk bekerjasama.d. Persekitaran yang kondusif.

Selain daripada pelaksanaan dan pemilihan jenis rantaian nilai dalam koperasi, beberapa persoalan juga perlu dilihat secara holistik oleh koperasi dalam pendekatan rantaian nilai ini seperti adakah koperasi sanggup melaksanakan tujuh prinsip utama pengurusan rantaian nilai? Adakah koperasi di Malaysia bersedia dan mampu untuk menerima konsep rantaian nilai? Sejauh manakah koperasi mampu untuk bekerjasama dengan organisasi lain di luar dari ruang kerja koperasi? Bagaimanakah komitmen dan tahap persefahaman koperasi dengan ahli rantaian lain?

e. Sejauh manakah koperasi yang menjalankan perniagaan peka dan serius terhadap pelaksanaan rantaian nilai ini?, danf. Pemahaman Anggota Lembaga dan anggota koperasi terhadap maksud dan impak rantaian nilai dalam perniagaan?

Selain daripada isu-isu yang dirungkaikan, sekiranya gerakan koperasi telah atau ingin secara serius

Koperasi perlu kreatif untuk merebut

peluang daripada pembangunan pesat sedia ada dan menguna peluang itu sebagai batu loncatan. Bagi mencapai tahap itu, koperasi perlulah tampil

dengan idea yang baru dan segar .

www.mkm.edu.myDIMENSIKOOP

BIL. 45 APRIL 201518

BIL. 45 APRIL 2015 19

DIMENSIKOOP

BIL. 45 APRIL 2015 19

Rujukan

Abu bakar Abdul Hamid., Md Mohar Muhammad., Mohd Shoki Md Ariff., Fauziah Sh Ahmad., Ahmad Sharifuddin Shamsuddin., Nor Zafir Md. Salleh., & Rohaizat Baharon. Prinsip Pemasaran : Teori & Praktis. (2002). Malaysia:McGraw-Hill Sdn Bhd. Canadian Agrifood Policy Institute. (2012). Characterizing the determinants of successful value chains. Dicapai daripada www. Capi-icpa.ca.

Diamond, A., & Barham, J. (2012). Moving food along the value chain: innovation in regional food distribution, agricultural marketing service. Washington DC:US Department of Agriculture.

Munirah Ab Hamid. (2012,Disember). Tradisi yang mengekang kejayaan koperasi. Dimensi Koop, 40, 35-40.

Porter, M.(1985). Competitive Advantage – creating and sustaining superior performance. New York Free Press.

Rashidah Abd Ghani.(2010, Nov 16). Perkukuh peranan koperasi Malaysia dalam pembangunan negara. Bernama.com. Dicapai daripada http://bernama.com.my/bernama/v3/printable.php?id=543418

Saranan Salleh.(2009, Okt 31). Melonjak ke tahap rantaian nilai lebih tinggi.Utusan Online. Dicapai daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1031&pub=Utusan_ Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm#ixzz3OgCGwzWz.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia. (2010).Dasar Koperasi Negara 2011 – 2020. Malaysia: Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Kesimpulan

Sehingga 30 Jun 2014, sebanyak 11,450 koperasi di Malaysia telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Pelbagai usaha telah digalas oleh SKM untuk melonjakkan perolehan dalam gerakan koperasi seperti yang telah digariskan dalam Dasar Koperasi Negara II (DKNI) 2011 - 2020, namun kebanyakan halangan dihadapi oleh gerakan koperasi untuk kekal berdaya maju dan survival disebabkan koperasi gemar tertumpu pada pasaran popular yang sudah tepu dengan persaingan dan penawaran produk yang sama.

Hari ini memang telah menjadi hakikat dalam dunia perniagaan bahawa rantaian nilai sangat penting dalam membantu melonjakkan keberhasilan perniagaan yang diceburi oleh gerakan koperasi.

Koperasi perlu kreatif untuk merebut peluang daripada pembangunan pesat sedia ada dan mengguna peluang itu sebagai batu loncatan. Bagi mencapai tahap itu, koperasi perlulah tampil dengan idea yang baru dan segar. Malah, koperasi digalakkan untuk bergerak secara berjemaah untuk mempunyai misi dan visi yang sama. Oleh yang demikian, sudah tiba masanya gerakan koperasi perlu menghayati dan sedar tentang kepentingan rantaian nilai ini dan impaknya. Gerakan koperasi di Malaysia perlulah didedahkan tentang kepentingan latihan dan keberkesanan rantaian nilai khususnya dalam perniagaan yang mereka ceburi. Apa yang jelas, dunia perniagaan hari ini menuntut agar rantaian nilai ini diberi perhatian yang serius dan diamalkan oleh gerakan koperasi kerana ia mampu meningkatkan keupayaan persaingan bagi menjana keuntungan sesuatu perniagaan.

BIL. 45 APRIL 2015 19