mengenali perniagaan sistem francais

Upload: zaini-bin-mat

Post on 06-Apr-2018

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Mengenali Perniagaan Sistem Francais

    1/4

    Mengenali perniagaan sistem francais

    KATA orang tak kenal, maka tak cinta. Dua puluh tahun dahulu, tidak ramai di antara kitamengenali apa itu francais. Bahkan sebahagian daripada kita mungkin tidak pernah punmendengar dan menyebut perkataan tersebut. Suatu ketika dulu emak saudara saya di kampungpernah menegur saya apabila mendengar saya hendak melibatkan diri dalam perniagaan

    francais, engkau nak jual perencah (sepatutnya disebut francais) apa?.

    Terdapat sedikit perbezaan definisi francais, dari satu negara ke negara yang lain. Begitu jugadengan pendekatan mereka dalam mengiktiraf sesuatu sistem francais dan cara merekamengkategorikan jenis-jenis francais.

    Definisi francais di dalam Akta Francais 1998 adalah sangat luas dan agak terperinci mencakupiaspek-aspek perjanjian kontrak, pemberian hak, penggunaan harta intelektual, pembayaranyuran dan royalti serta tanggungjawab asas francaisor dan francaisi.

    Apa bezanya francais?

    Populariti penggunaan perkataan francais akhir-akhir ini dalam mengaitkan hubungan

    perniagaan, telah mengundangkan salah fahaman dan penggunaan yang tidak tepat. Fenomenaini berlaku di kalangan bentuk perniagaan yang melibatkan pelesenan (licensing), pelantikanwakil pengedar (distributorship) atau wakil jualan/ejen (agency).

    Sementara itu, ada juga sesetengah pihak yang masih tidak dapat membezakan di antara sistemfrancais dengan sistem pemasaran bertingkat (multi-level marketing). Bahkan, ada juga yangberpendapat bahawa, menjadi francaisi adalah tidak lebih seperti bekerja makan gaji.

    Berikut adalah beberapa persamaan dan perbezaan di antara sistem francais denganpendekatan-pendekatan lain, sebagai perbandingan;

    Bezanya francais dengan makan gaji.

    Perbezaan utama di antara francaisi dan pekerja adalah pelaburan. Francaisi perlumengeluarkan modal sendiri (atau sering kali juga perlu membuat pinjaman), sementara pekerjatidak perlu melakukan perkara ini;

    Walaupun kedua-dua francaisi dan pekerja yang makan gaji tertakluk kepada arahan danperaturan yang ditetapkan oleh francaisor/majikan, namun francaisi selalunya mempunyai lebihkebebasan menggunakan idea dan inisiatif sendiri;

    Francaisor mempunyai lebih tanggungjawab dalam memastikan francaisi disediakan sistemoperasi serta mendapat program latihan dan khidmat sokongan secukupnya, dibandingkandengan hubungan pekerja-majikan;

    Francaisi memiliki perniagaan, memungkinkan meraih keuntungan dan juga menanggung risikokegagalan, tetapi sebaliknya pekerja tidak terlibat dalam soal-soal ini.

    Perbandingan francaisi dengan pengedar

    Francaisor mempunyai lebih tanggungjawab mendidik dan melatih francaisi bagaimanamenguruskan perniagaan, mengendalikan produk dan perkhidmatan, sedangkan pengedarselalunya hanya dipertanggungjawabkan mengedar barangan tanpa perlu sangat terikat kepadaprosedur atau manual operasi tertentu;

  • 8/3/2019 Mengenali Perniagaan Sistem Francais

    2/4

    Francaisi berurusan dengan satu syarikat sahaja (francaisor), sedangkan pengedar selalunyaberurusan dengan banyak syarikat pembekal;

    Hubungan francais selalunya bersifat jangka panjang, mengambil kira kepentingan jangkapanjang kedua-dua pihak, maka selalunya francaisi memperoleh hak pengedaran yang lebiheksklusif dan hak kewilayahan yang lebih jelas dibandingkan dengan pengedar.

    Perbandingan francais dengan pelesenan (licensing)

    Walaupun kedua-dua francais dan pelesenan melibatkan hubungan kontraktual, namunhubungan francais lebih merupakan hubungan yang aktif di mana francaisor secara signifikanbukan sahaja mempunyai bidang kuasa yang lebih bagi mengawal operasi perniagaan francaisi,bahkan juga mempunyai tanggungjawab yang lebih besar memastikan perjalanannya mengikutsistem yang ditetapkan. Sementara dalam pelesenan, pemberi lesen selalunya lebih berminatuntuk mengutip royalti dan mengawal selia penggunaan lesen agar dibuat dengan betul, tetapitidak mempengaruhi operasi harian perniagaan pemegang lesen;

    Perbezaan francais dengan pemasaran bertingkat (MLM)

    Perbezaan di antara francais dan sistem pemasaran bertingkat adalah jelas, di mana sistemfrancais hanya melibatkan dua peringkat hubungan sahaja, iaitu francaisor dan francaisi (ataumungkin dalam sesetengah kes melibatkan tiga peringkat, jika hak diberikan kepada francaisiinduk), sedangkan sistem pemasaran bertingkat selalunya melibatkan bilangan peringkat yangtidak terhad.

    Perniagaan francais juga tidak melibatkan jualan dari pintu ke pintu, tidak mempromosikanpendaftaran keahlian ataupun memberi peluang dan galakan kepada setiap ahli untuk berusahamencapai peringkat yang lebih tinggi dalam struktur pelan pemasaran yang selalunya berbentukpiramid, sebagaimana dalam sistem MLM.

    Hubungan francais

    Sebagaimana yang didefinisikan di dalam siri yang terdahulu, sistem francais melibatkanhubungan dua pihak, iaitu francaisor dan francaisi. Namun hubungan ini boleh dibahagikankepada beberapa bentuk dan pendekatan, antaranya;

    Francaisi induk (master franchisee)

    Francaisi induk selalunya diberi hak oleh francaisor untuk sesuatu wilayah, negara atau negeritertentu. Di dalam hak kewilayahan yang diberikan selalunya francaisi induk berhak untukmewujudkan subfrancais sama ada dalam bentuk francaisi kawasan (area franchisee) ataufrancaisi unit (unit franchisee). Namun francaisi induk juga boleh memilih untuk tidakmempraktikkan subfrancais dan mengembangkan sendiri perniagaan mereka dan membukasendiri outlet-outletyang dimiliki sepenuhnya oleh mereka di dalam wilayah yang ditetapkan.

    Francaisor juga selalunya mengenakan syarat-syarat tertentu dalam soal-soal yang melibatkanberapa banyak outletperlu dibuka dalam tempoh tertentu, penyediaan sistem sokongan bagiprogram subfrancais serta kriteria-kriteria pemilihan francaisi dan rakan kongsi. Sebagaicontohnya; McDonalds Corporation selaku francaisor telah melantik Golden Arches RestaurantSdn. Bhd. (GARSB) sebagai francaisi induknya di Malaysia. Oleh yang demikian, GARSB berhakmembuka sendiri restoran-restoran McDonaldsnya, sebagaimana yang dibuat di sebelah PantaiBarat Semenanjung Malaysia atau melantik francaisi, sebagaimana yang dipraktikkan bagikawasan tertentu Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

  • 8/3/2019 Mengenali Perniagaan Sistem Francais

    3/4

    Francaisi kawasan (area/regional franchisee)

    Seperti juga francaisi induk, francaisi kawasan juga diberikan hak kewilayahan oleh francaisor(atau francaisi induk), namun selalunya kawasan ini melibatkan wilayah yang lebih kecil jikadibandingkan dengan francaisi induk. Terdapat 2 pendekatan pelaksanaan francaisi kawasan,iaitu;

    Francaisi kawasan diberi suatu hak eksklusif di mana francaisi kawasan dikehendakimenjalankan sepenuhnya perniagaan secara sendiri tanpa membabitkan subfrancais. Francaisikawasan juga selalunya disyaratkan mematuhi jadual pembangunan outletyang ditetapkan olehfrancaisor, jika tidak, ianya memungkinkan hak ini dipindahkan kepada pihak lain. Pun begitu,selalunya francaisor memberi kelonggaran dalam soal penglibatan pelabur tambahan dalampembangunan perniagaan yang dimaksudkan, selagi francaisi kawasan tersebut masihmempunyai kuasa mutlak terhadap keseluruhan operasi perniagaannya. Contoh francaisikawasan bentuk ini adalah sepertimana yang dipraktikkan oleh KFC di Semenanjung Malaysia,Sabah dan Sarawak.

    Francaisi kawasan juga boleh diberi hak eksklusif dan dibenarkan melaksanakan subfrancais.Contohnya dalam kes Fastway Couriers, Kurier Nasional Sdn. Bhd. yang diberi hak eksklusif oleh

    Fastway Global Ltd. sebagai francaisi induk bagi seluruh Malaysia bukan sahaja dibenarkanmelaksanakan subfrancais dengan melantik francaisi kawasan, bahkan francaisi kawasan yangdilantik pula digalakkan melantik francaisi kurier (francaisi unit).

    Francaisi unit (unit franchisee)

    Francaisi unit adalah merupakan individu usahawan atau syarikat kecil yang diberi hak olehfrancaisor untuk menjalankan operasi perniagaan francais tertentu di lokasi, kawasan ataupremis sebagaimana yang ditetapkan sahaja. Francaisi unit juga tidak dibenarkan mempraktikkansubfrancais, namun francaisi unit selalunya digalakkan untuk mempunyai lebih daripada 1 unitoutletatau kawasan, berdasarkan prestasi perniagaan yang ditunjukkan. Jika sekali lagi contohFastway Couriers diambil. Fastway Couriers (Malaysia) telah melantik Farina Kurier Sdn. Bhd.sebagai francaisi kawasan di Selangor yang kemudiannya melantik Roslan Mohd Ibrahim

    sebagai francaisi unit (francaisi kurier) bagi kawasan di sekitar Kelana Jaya dan sebahagian dariPetaling Jaya. Roslan kemudiannya telah menubuhkan Vistro Saga Services bersama adiknyaRosman dan membeli hak dua kawasan lagi di sekitar Shah Alam dan Subang.

    Contoh pelantikan terus francaisi unit berasaskan outletmudah didapati di negara kita,sebagaimana yang dipraktikkan oleh kebanyakan francaisor tempatan seperti EON, Marrybrown,Nelsons dan sebagainya.

    Jenis-jenis francais

    Secara umumnya terdapat 3 jenis francais yang popular, iaitu;

    Francais tanda nama atau francais cap dagangan

    Francais jenis ini lebih mirip kepada pelesenan (licensing) di mana francaisor memberi hakkepada francaisi mengeluarkan produk menggunakan jenama, tanda nama, cap dagangan, logo,karikatur dan sebagainya milik francaisor bagi sesuatu wilayah tertentu. Pendekatan francais

    jenis ini tidak memerlukan sistem yang lengkap, namun pengawalseliaan francaisor diperlukanbagi memastikan kualiti dan nama baik jenama terpelihara. Contoh francais jenis ini ialahpembotolan minuman Coca-Cola dan pengeluaran produk menggunakan watak kartun WaltDisney.

  • 8/3/2019 Mengenali Perniagaan Sistem Francais

    4/4

    Francais pengedaran produk

    Francais jenis ini adalah membabitkan pemberian hak oleh francaisor kepada francaisi bagimenjual dan mengedar produk-produk yang dikeluarkan oleh francaisor. Menerusi francaispengedaran produk, francaisor selalunya menyediakan panduan dan latihan kepada francaisitentang bagaimana mengendalikan pengedaran produk berkenaan, namun pembangunan sistem

    operasinya tidaklah begitu komprehensif. Francais jenis ini popular di kalangan industri automatifseperti pengedar kereta nasional EON dan rangkaian stesen-stesen minyak seperti Petronas,Shell, Esso, Caltex, Mobil dan seumpamanya.

    Francais format perniagaan (business format)

    Francais format perniagaan adalah jenis francais yang paling popular dan paling komprehensif.Menerusi francais format perniagaan, francaisi bukan sahaja diberi hak menggunakan jenamaataupun mengedarkan produk keluaran francaisor, bahkan menduplikasikan keseluruhan sistemperniagaan yang dipraktikkan oleh francaisor dan francaisi-francaisi di dalam rangkaianperniagaan yang sama. Dalam francais jenis ini francaisor bertanggungjawab menyediakankepada francaisi bermula daripada pembangunan konsep dan pemilihan lokasi, sehinggalahkepada, manual operasi, latihan, sistem perakaunan, pakej pengiklanan dan promosi serta

    khidmat sokongan yang berterusan. Francais format perniagaan adalah jenis francais yangditerima pakai meluas dan diiktiraf di bawah Program Pembangunan Francais anjuran kerajaan.Contoh jelas francais jenis ini ialah sebagaimana yang dipraktikkan oleh McDonalds di seluruhdunia.

    Francais Multiunit

    Francais jenis ini melibatkan gabungan beberapa jenis produk atau perkhidmatan francais dandiuruskan oleh satu syarikat pengurusan francais. Syarikat pengurusan francais ini berperanansebagai francaisor yang menawarkan berbagai pakej francais menggabungkan unit-unit sistemfrancais yang diuruskannya. Pendekatan jenis ini juga dipanggil francais di dalam francais.

    Contohnya ialah ServiceMaster Residential/Commercial Services yang menggabungkan sistem-

    sistem francais dengan jenama Merrymaids, Terminix, Furniture Medic dan AmeriSpec bagimenyediakan perkhidmatan pembersihan dan pembantu rumah yang bersepadu kepadapelanggan. Syarikat yang mempunyai rangkaian francais di 30 negara seluruh dunia dan telahmencapai nilai jualan tahunan RM16 bilion ini menyediakan lima pakej francais, sesuai bukansahaja kepada francaisi sepenuh masa, bahkan juga boleh dilakukan secara separuh masa.

    Francais jenis multiunit selalunya memberi peluang kepada francaisi sama ada untukmenjalankan perniagaan francais tersebut secara unit sistem individu atau pun denganmenggabungkan dua atau lebih unit sistem berkenaan. Selalunya francaisi yang memiliki hakbagi unit sistem pertama akan diberi keutamaan untuk memiliki unit sistem seterusnya.

    Francais bukan Skim Cepat Kaya

    Namun perlu sekali lagi diingatkan bahawa, francais bukanlah satu bentuk perniagaan yangmenjamin 100 peratus kejayaan tanpa komitmen dan usaha yang jitu, bahkan francais jugabukanlah satu lagi bentuk Skim Cepat Kaya!