mengenali ciri - ciri usahawan

33
BAB 2 MENGENALI CIRI-CIRI USAHAWAN

Upload: syahremie-teja

Post on 20-Jan-2017

357 views

Category:

Education


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mengenali ciri - ciri usahawan

BAB 2MENGENALI CIRI-CIRI

USAHAWAN

Page 2: Mengenali ciri - ciri usahawan

OBJEKTIF BAB 1. Mengenal pasti mitos-mitos keusahawanan.2. Mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong penyertaan individu

dalam bidang keusahawanan.3. Mengenal pasti ciri-ciri usahawan yang berjaya.4. Membezakan ciri-ciri usahawan dengan peniaga, pengurus dan

usahawan korporat.5. Mengaplikasikan profil usahawan berjaya di Malaysia dan di dunia

dengan ciri-ciri usahawan yang dipelajari.

Page 3: Mengenali ciri - ciri usahawan
Page 4: Mengenali ciri - ciri usahawan
Page 5: Mengenali ciri - ciri usahawan

Pengenalan penggerak dan pemangkin ekonomi negara. Tulang belakang dan nadi penggerak ekonomi sesebuah negara Pelajar perlu diyakinkan bahawa masyarakat yang mempunyai paling

ramai usahawan adalah merupakan masyarakat yang terbaik. Mereka perlu diyakinkan bahawa pembudayaan nilai-nilai dan ciri-ciri

keusahawanan yang dimiliki akan menjurus mereka untuk menjadi lebih yakin serta lebih bersedia untuk merebut peluang serta berhadapan dengan cabaran.

Page 6: Mengenali ciri - ciri usahawan

Mitos Keusahawanan Mitos 1: Usahawan adalah pelaksana bukan pemikir Realiti: Walaupun usahawan lebih cenderung kepada pelaksanaan,

tetapi mereka juga sering berfikir secara mendalam mengenai tindakan yang akan diambil.

Mereka berfikir tentang alternatif lain sekiranya rancangan mereka tidak berjaya.

Mitos 2: Usahawan adalah dilahirkan bukan dibentuk Realiti: pada mas a kini penyelidikan dan pengiktirafan terhadap bidang

keusahawanan berjaya membuktikan bahawa usahawan dapat dibentuk melalui proses pembelajaran dan latihan berdasarkan modul yang teratur.

Mitos 3: Usahawan adalah seorang pencipta Realiti: ramai pencipta adalah seorang usahawan, tetapi ramai

usahawan berjaya tidak terdiri daripada kalangan pencipta.

Page 7: Mengenali ciri - ciri usahawan

Mitos Keusahawanan Mitos 4: Usahawan adalah golongan yang tercicir dalam akademik

dan masyarakat Realiti: Kepercayaan bahawa usahawan adalah terdiri daripada

golongan yang tercicir dalam akademik dan masyarakat ekoran daripada ramai individu menceburi bidang keusahawanan setelah mereka tercicir dari akademik dan gagal dalam peperiksaan.

Mitos 5: Usahawan mesti memiliki semua ciri dan profil tertentu Realiti: Terdapat banyak buku dan majalah di pasaran menyediakan

senarai semak ciri-ciri dan profil usahawan yang berjaya. Namun demikian, ada kaedah yang boleh digunakan untuk mengenal pasti ciri-ciri tertentu.

Mitos 6: Apa yang usahawan inginkan ialah wang Realiti: Bagi sesebuah perniagaan, wang adalah penting untuk

kesinambungan perniagaan. Namun begitu, banyak faktor lain yang boleh menyebabkan sesebuah perniagaan itu gagal.

Page 8: Mengenali ciri - ciri usahawan

Mitos Keusahawanan Mitos 7: Apa yang diperlukan oleh usahawan adalah nasib Realiti: Usahawan tidak bergantung kepada nasib semata-mata; tetapi

usahawan akan menerima nasib yang baik apabila membuat perancangan yang baik dan teliti.

Mitos 8: Kejahilan adalah kelebihan bagi usahawan Realiti:Dalam dunia perniagaan yang semakin sengit dan penuh

dengan cabaran, usahawan memerlukan pengetahuan yang mantap dan kukuh terhadap kekuatan dan kelemahannya. Perancangan jadual kerja dan pembentukan strategi adalah kunci kejayaaan bagi seseorang usahawan.

Mitos 9: Usahawan mencari kejayaan tetapi mengalami kadar kegagalan yang tinggi.

Realiti: Kegagalan yang dihadapi akan mengajar dan mematangkan usahawan dalam bidang keusahawanan. Selain itu, kegagalan juga dapat membentuk usahawan supaya lebih berhati-hati dan lebih gigih berusaha ke arah kejayaan

Page 9: Mengenali ciri - ciri usahawan

Mitos Keusahawanan Mitos 10: Usahawan ibarat penjudi yang mengambil risiko tinggi Realiti: Usahawan yang bijak akan berhadapan dengan risiko yang

telah dikira dan diperhitungkan bagi membolehkan beliau menangani setiap kemungkinan yang bakal dihadapinya.

Page 10: Mengenali ciri - ciri usahawan

Faktor yang Mendorong Penyertaan Individu dalam Bidang Keusahawanan

Minat dan Kepuasan Diri usahawan yang meminati bidang keusahawanan akan sentiasa bekerja

keras serta dapat menguruskan sumber dengan berkesan. Berdasarkan Teori Keperluan Maslow (1970), kepuasan dan penyempurnaan diri merupakan elemen kelima di mana seseorang individu itu mahu mencapai kejayaan sebagaimana yang diidamkan.

Pencapaian Matlamat Usahawan akan dianggap berjaya apabila keinginan, matlamat dan

objektif penceburan diri mereka dalam bidang keusahawanan berjaya dicapai sebagaimana yang telah dirancangkan.

Keselamatan Usahawan lebih suka bertindak untuk menjalankan tugasnya tanpa

perlu kongkongan orang lain. Ini kerana ia merasakan adanya kebebasan yang wajar dari kekuatan atau ancaman kehilangan dalam urusan seperti keselamatan diri, keselamatan kerja, kestabilan ekonomi dan sebagainya.

Page 11: Mengenali ciri - ciri usahawan

Faktor yang Mendorong Penyertaan Individu dalam Bidang Keusahawanan

Status Status atau penghormatan diri merupakan elemen penting yang

mempengaruhi usahawan. Usahawan tidak akan dikatakan sebagai seorang yang berjaya sekiranya mereka tidak mampu mempertingkatkan status kehidupan mereka.

Kuasa Teori Hierarki Keperluan yang diperkenalkan oleh McClelland (1961)

menyatakan bahawa manusia membentuk profil keperluan menerusi pengalaman hidup yang lalu. Keperluan kuasa ini ialah keinginan untuk mengawal orang lain, mempengaruhi gelagat individu atau bertanggungjawab ke atas orang lain.

Page 12: Mengenali ciri - ciri usahawan

Ciri-Ciri dan Profil Usahawan Berjaya Menurut kajian McClelland (1985) terhadap budaya Malawi dan

Ecuador mengenai ciri-ciri usahawan yang berjaya antaranya ialah:Inisiatif diriDapat melihat dan merebut peluangKecekalanMencari maklumatMenitikberatkan mutu kerja yang tinggiKomitmen terhadap perjanjian kerjaBerorientasikan kecekalanPerancangan yang sistematikMenyelesaikan masalah secara kreatifKeyakinan diriKetegasanMeyakinkan orang lainMenggunakan strategi-strategi pengaruh

Page 13: Mengenali ciri - ciri usahawan

Ciri-Ciri dan Profil Usahawan Berjaya Menurut kajian yang dilaksanakan oleh Kao (1991) pula, terdapat

sebelas ciri-ciri utama yang perlu ada pada diri seseorang usahawan iaitu:Komitmen, keazaman dan ketabahanDorongan untuk berjaya dan berkembang majuOrientasi kepada peluang dan matlamatMengambil inisiatif dan tanggungjawab peribadiPenyelesaian masalah secara berterusanRealistikMencari dan menggunakan maklum balasLokus kawalan dalamanMengambil risiko yang diperhitungkanDorongan rendah ke arah kuasa dan statusIntegriti dan boleh dipercayai

Page 14: Mengenali ciri - ciri usahawan

Ciri-Ciri Umum Profil Usahawan Berjaya

Dorongan ke arah kejayaan Dorongan ke arah kejayaan bermakna usahawan mempunyai semangat

dan keupayaan untuk maju ke hadapan. Sebagai contoh, Tan Sri Lim Goh Tong

Mengambil risiko yang diperhitungkan semakin tinggi sesuatu risiko, semakin besar pulangannya. Seseorang usahawan harus membuat penilaian dan pertimbangan

terhadap risiko, ini kerana risiko yang terh itung akan menjamin pulangan yang selamat.

Contohnya, Lakshmi MitalKerajinan, komitmen, keazaman dan ketabahan

Merujuk kepada personaliti usahawan yang amat penting dalam pembangunan dan kejayaan seseorang usahawan.

Contohnya, Bill Gates

Page 15: Mengenali ciri - ciri usahawan

Ciri-Ciri Umum Profil Usahawan Berjaya

Berinisiatif dan bertanggungjawab Mempunyai semangat atau tabiat untuk melaksanakan tanggungjawab

tanpa diarah atau dipaksa. Usahawan yang berjaya akan bertanggungjawab terhadap sikap,

tingkah laku serta perbuatannya. Contohnya: Steve Jobs

Lokus kawalan dalaman merupakan tahap kepercayaan seseorang individu terhadap kebolehan

dirinya tanpa dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran Contohnya: Lakshmi Mital

Berkeyakinan terhadap kebolehan diri usahawan mempunyai pendirian dalam membuat sebarang keputusan

walaupun mendapat tentangan hebat dari pelbagai pihak. Sebagai contoh Tan Sri Teh Hong Piow

Page 16: Mengenali ciri - ciri usahawan

Ciri-Ciri Umum Profil Usahawan Berjaya

Kejujuran dan menepati janji ianya membolehkan usahawan itu mendapat kepercayaan semua pihak

yang berkepentingan dengannya seperti pembekal,peguam, pelanggan dan lain –lain lagi.Menitikberatkan mutu kerja yang tinggi

Melalui mutu kerja yang tinggi, usahawan bukan sahaja dapat meyakinkan para pembeli dan pelanggan tetapi juga dapat memuaskan kehendak dan keperluan mereka.Kebolehan menyelesaikan masalah

Usahawan akan menghadapi segala kepayahan dan kesulitan ini dengan tenang tanpa membantutkan usaha mereka untuk terus maju.

Page 17: Mengenali ciri - ciri usahawan

Ciri-Ciri Umum Profil Usahawan Berjaya

Tahap tenaga kerja yang tinggi Usahawan memerlukan tahap tenaga kerja yang tinggi terutama

sewaktu permulaan dan pra-permulaan sesebuah perniagaanBerorientasikan matlamat dan wawasan

Usahawan akan sedaya upaya berusaha untuk mencapai matlamat dan wawasan perniagaannya itu bagi membolehkan beliau menjadikan perniagaannya termasyhur di mata rakyat.Kebolehan membuat keputusan

Usahawan perlulah mengambil kira kesemua faktor dalaman dan luaran organisasi serta mengambil kira kesemua pihak yang berkepentingan dengannya dalam sebarang pembuatan keputusan.

Page 18: Mengenali ciri - ciri usahawan

Ciri-Ciri Umum Profil Usahawan Berjaya

Menggunakan strategi-strategi pengaruh Pengaruh untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan serta

menjalinkan hubungan yang rapat dengan semua pihak yang berkepentingan dengannya.Keusahawanan sosial

sumbangan usahawan kepada organisasi sosial atau organisasi bukan untung bagi menyalurkan bantuan kepada masyarakat yang kurang berkemampuan.

Contohnya: Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dengan penubuhan Yayasan AlBukhary

Page 19: Mengenali ciri - ciri usahawan

Ciri-Ciri dan Profil Usahawan Berjaya pada Abad Ke-21

Dapat melihat dan mengambil peluang bukan sahaja pandai melihat dan mengambil peluang tetapi perlu juga

pandai menganalisis, merumus dan mengambil tindakan. Contoh usahawan Malaysia T. Ananda Krishnan yang dapat merebut

peluang dalam industri telekomunikasi Maxis dan penyiaran ASTROMempunyai maklumat

Bagi mendapatkan maklumat yang terkini, tepat dan jelas, usahawan haruslah mempunyai kepintaran rangkaian dalaman dan kepintaran rangkaian luaran bagi perniagaannya.Kreatif dan inovatif

seseorang yang dapat menghasilkan idea dan konsep baru dan dapat menterjemahkannya kepada produk yang dapat dikomersialkan.

Sebagai contoh, Michael Dell daripada Dell Corporation adalah usahawan yang pertama memperkenalkan pembelian komputer secara talian terus

Page 20: Mengenali ciri - ciri usahawan

Ciri-Ciri dan Profil Usahawan Berjaya pada Abad Ke-21

Mempunyai visi Usahawan yang mempunyai visi akan membuat keputusan yang terbaik

serta mempertimbangkan cabaran, ancaman dan juga peluang yang bakal dihadapinya.

Sebagai contoh, Tan Sri Mustapha Kamal yang mempunyai visi dalam memajukan industri hartanah di negara ini.Berfikiran yang bebas

Seseorang yang berfikiran bebas dapat melihat, merebut dan menganalisis peluang yang ada dengan sendirinya.Berdaya maju

berdaya maju akan sentiasa menjadi 'world leader‘ Usahawan yang berdaya maju akan mencari idea-idea baru serta dapat

mengintegrasikan idea tersebut kepada penyelesaian yang rasional dan kreatif.

Page 21: Mengenali ciri - ciri usahawan

Ciri-Ciri dan Profil Usahawan Berjaya pada Abad Ke-21

Optimistik Merupakan ciri-ciri usahawan yang sentiasa berfikiran ke hadapan dan

sentiasa berfikiran positif terhadap tindakan yang akan diambil. Tan Sri Lim Goh Tong terhadap projek Genting Highlandsnya pada satu

ketika dahulu yang pernah dikatakan sebagai projek yang bodoh dan membuang masa.Bertindak sebagai inovator

semangat mencipta serta mengilhamkan konsep dan idea yang baru Sebagai contoh, dalam industri telekomunikasi, Nokia sentiasa

membuat kejutan dan menjadi inovator yang pertama.Mengambil risiko yang diperhitungkan

usahawan haruslah mengira dan memperhitungkan risiko yang bakal dihadapi bagi mengelakkan kemungkinan kerugian pada masa hadapan.

Page 22: Mengenali ciri - ciri usahawan

Ciri-Ciri dan Profil Usahawan Berjaya pada Abad Ke-21

Sifat kepimpinan Kepimpinan karismatik, kepimpinan 'transactional', kepimpinan

transformasi serta kepimpinan 'visionary'.

Page 23: Mengenali ciri - ciri usahawan

Perbezaan antara usahawan dengan peniaga

Page 24: Mengenali ciri - ciri usahawan

Perbezaan antara usahawan dengan pengurus tradisional

Page 25: Mengenali ciri - ciri usahawan

Perbezaan antara usahawan dengan pengurus tradisional

Page 26: Mengenali ciri - ciri usahawan

Perbezaan antara usahawan dengan usahawan korporat

Page 27: Mengenali ciri - ciri usahawan

Perbezaan antara usahawan dengan usahawan korporat

Page 28: Mengenali ciri - ciri usahawan

KesimpulanBanyak perbezaan ciri antara usahawan dengan peniaga, pengurus dan usahawan dalaman telah diketengahkan. Individu atau masyarakat yang ingin mengecapi kejayaan seperti usahawan perlulah mendalami dan mempunyai ciri-ciri usahawan seperti yang telah dibincangkan.

Page 29: Mengenali ciri - ciri usahawan

Perbincangan

Next: William Gates IIINet Worth: $53.5 bilFortune: Self MadeSource: telecomAge: 70Country Of Citizenship: MexicoResidence: Mexico CityEducation: Universidad Nacional

Autonoma de Mexico, Bachelor of Arts / Science

Marital Status: Widowed, 6 children

Page 30: Mengenali ciri - ciri usahawan

Perbincangan

Net Worth: $53.0 bilFortune: Self MadeSource: MicrosoftAge: 54Country Of Citizenship: United StatesResidence: Medina, WashingtonEducation: Harvard U, Drop OutMarital Status: Married, 3 children

AP Photo

Page 31: Mengenali ciri - ciri usahawan

Perbincangan

Net Worth: $47.0 bilFortune: Self MadeSource: Berkshire HathawayAge: 79Country Of Citizenship: United StatesResidence: Omaha, NebraskaEducation: Columbia U, Master of Science;

U of Nebraska Lincoln, Bachelor of Arts / Science

Marital Status: Widowed, 3 children

                                                            

Page 32: Mengenali ciri - ciri usahawan

PerbincanganCarikan profil-profil usahawan berikut:

Page 33: Mengenali ciri - ciri usahawan

BERFIKIRLAH…