bagaimana mengenali sahabat

Click here to load reader

Post on 15-Jul-2015

55 views

Category:

Education

4 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Bagaimana Mengenali Sahabat

Bagaimana Mengenali SahabatDisampaikan oleh :Sanuddin Bin WarisiGuru B & KSMK Madai,Kunak

Bukan mudah utk memiliki seorang sahabat yg benar-benar setia dan memahami. Maklumlah, dlm dunia ini terdapat bermacam-macam ragam manusia yg sukar ditafsir perlakuannya. Jadi, kalau tersilap pilih sahabat alamatnya meranalah diri kerana sahabat turut memberi pengaruh yg besar dlm kehidupan individu. Tips Mencari Sahabat Sejati1. Boleh berkongsi apa-apa sajaIndividu drp kategori ini ternyata sanggup mengenepikan krisis yg sedang dialaminya demi seorang sahabat. `Tetapi jgn pula kamu mengambil kesempatan atas kebaikan dirinya pula.`- Bagaimana ingin mengenal individu ini?Dia tidak kecoh dan mampu menyimpan rahsia walaupun perkara kecil.Dia sering bertanyakan khabar tentang diri mu.Kerjaya impiannya ialah sebagai seorang ahli psikologi.2. MemahamiKamu boleh menerima dan mendengar nasihat serta pandangan yang diberikan dengan hati terbuka. Nasihat yang diberikan juga amat meyakinkan kamu! `Individu ini wajar kamu dampingi sebagai sahabat sejati!`

- Bagaimana ingin mengenal individu ini.Dia sedia dihubungi bila-bila masa... 24 jam sehari, 7 hari seminggu!Ia seorang teman yg komited. Dalam perhubungan, dia adalah pasangan yg setia.Dalam percintaan dia banyak membantu kamu! Dia mampu mengenali sama ada individu yang kamu dampingi itu benar-benar ikhlas dengan kamu atau mungkin ingin memperalatkan diri mu sahaja!

3. ProfesionalSedang kamu mengalami krisi atau masalah, si sahabat datang menghampiri mu dan cuba memahami situasi mu. Dia cuba memberi nasihat dengan meletakkan diri mu dalam dirinya. Nasihat dan pandangannya itu ternyata tidak mempunyai unsur berat sebelah dan sekali gus tdk meletakkan kesilapan pada mana-mana pihak!

`Jelaslah bahawa dia sahabat yang profesional yang wajar kamu dampingi!`

- Bagaimana ingin mengenal individu ini;Dia bijak mengawal emosi mu setiap kali kamu berada dalam keadaan tegangSetiap kali kamu menyatakan pandangan & cadangan, dia m`dengarnya dgn ikhlas & hormat.Kamu boleh melihat kejujuran itu dari sinar matanya. Dia tidak pernah memberi sebarang alasan sekiranya kamu ajak bertemu.Walaupun dia tahu bahawa dirinya akan menjadi tempat curahan masalah pada waktu itu!

4. JujurSetiap kali ada yang tidak kena dengan penampilan mu, dia akan menegur mu dengan bijak. Ternyata dia berkeinginan agar kamu kelihatan ceria sepanjang masa.

Dari teguran dan komen yang diberikan itu ternyata membina. Kamu boleh menerima dgn hati yg terbuka.- Bagaimana ingin mengenal individu ini:Dia adalah individu yang lurus. Walau bagaimanapun, kelurusannya itu tidak menyakitkan hati kamu!Dia sedia menjadi tulang belakang buat diri mu...Kamu sentiasa merasakan bahawa nasihatnya amat berharga!Tips Mengenali Sahabat Tidak Sejati

1. Teman yang menjatuhkan kamu- Bagaimana ingin mengenal individu ini?Gemar mencari kesalahan orang lain.Setiap perkara dinilainya dari sudut negatif sahaja.Dia tidak memiliki ramai kawan!2. Teman yang memiliki pengaruh negatif- Bagaimana ingin mengenal individu ini?Kamu sendiri dapat melihat sikap buruknya itu seperti kaki ponteng, menipu dan sebagainya.

Dia mengajak kamu melakukan sesatu perkara yang kamu sendiri pasti bahawa perkara itu adalah SALAH!Dia gemar melakukan sesuatu perkara secara sesuka hati. Kamu sendiri tidak menyenanginya!3. Teman yang mempergunakan kamu- Bagaimana ingin mengenal individu ini?Dia tidak pernah ingin berkongsi kegembiraan dengan mu.Sekiranya dia bersedih, dia harapkan kamu memberikan sepenuh perhatian padanya.

Bila kamu memerlukan pertolongan dia tidak memberi apa-apa tindak balas.

4. Teman yang tikam dari belakang- Bagaimana ingin mengenal individu ini?Apa yang kamu miliki, akan turut dimilikinya sama.Dia gemar merahsiakan sesuatu perkara dari pengetahuan mu.Nasihatnya sering menimbulkan keraguan pada diri mu.5. Teman yang suka meniru kamu! - Bagaimana ingin mengenal individu ini?Serba-serbinya sama. rambut, beg, baju dan lain-lain juga sama dengan mu.Setiap kali ingin membeli barangan yang disukainya dia akan menanyakan mengenai cita rasa mu terlebih dahulu.Apa-apa jua yang kamu suarakan, turut disuarakan sama olehnya! Kamu bagaikan KEMBAR! Tak syoklah kan. Walau pun mungkin rapat tapi masing-masing mestilah dengan identiti tersendiri.

Mutiara HatiSahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan dukungan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih dari sepatutnya Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmuSEKIAN TERIMA KASIH