mengapa kita seharusnya mengkaji dan menghargai tokoh

3
Mengapa kita seharusnya mengkaji dan menghargai tokoh- tokoh yang telah memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan muzik. Salam sejahtera dan salam perpaduan, Di Malaysia, terdapat ramai tokoh-tokoh muzik yang memberi sumbangan besar terhadap perkembangan muzik dari zaman dahulu hinggalah sekarang. Tokoh-tokoh itu seperti Tan Sri P. Ramlee, Datuk Dr. Ahmad Nawab, Datuk Sudirman Haji Arsahd dan ramai lagi. Tokoh-tokoh ini antara mereka yang telah menjulang nama negara ke arena antarabangsa. Oleh yang demikian itulah perlunya jasa dan sumbangan mereka dikenang sepanjang zaman. 1 TAN SRI P. RAMLEE Tan Sri P. Ramlee dilahirkan pada 22 Mac 1929. Beliau merupakan pelakon filem Melayu yang tersohor. Beliau juga merupakan director, penyanyi, penggubah dan pencipta serta penerbit lagu dan filem yang amat berbakat. Berdasarkan pada hasil-hasil seni di bidang perfileman dan industri muzik, beliau dikenali sebagai ikon dalam industri hiburan di

Upload: aminah-tun-faizah-ibrahim

Post on 24-Apr-2015

67 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mengapa Kita Seharusnya Mengkaji Dan Menghargai Tokoh

Mengapa kita seharusnya mengkaji dan menghargai tokoh-tokoh yang telah memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan muzik.

Salam sejahtera dan salam perpaduan,

Di Malaysia, terdapat ramai tokoh-tokoh muzik yang memberi sumbangan besar terhadap perkembangan muzik dari zaman dahulu hinggalah sekarang. Tokoh-tokoh itu seperti Tan Sri P. Ramlee, Datuk Dr. Ahmad Nawab, Datuk Sudirman Haji Arsahd dan ramai lagi. Tokoh-tokoh ini antara mereka yang telah menjulang nama negara ke arena antarabangsa. Oleh yang demikian itulah perlunya jasa dan sumbangan mereka dikenang sepanjang zaman.

1 TAN SRI P. RAMLEE

Tan Sri P. Ramlee dilahirkan pada 22 Mac 1929. Beliau merupakan pelakon filem Melayu yang tersohor. Beliau juga merupakan director, penyanyi, penggubah dan pencipta serta penerbit lagu dan filem yang amat berbakat. Berdasarkan pada hasil-hasil seni di bidang perfileman dan industri muzik, beliau dikenali sebagai ikon dalam industri hiburan di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Antara filem-filem popular beliau ialah “Ibu Mertuaku”( Pelakon Berbakat, Festivel Filem Asia 1963 di Tokyo), “Anakku Sazali” (Pelakon Lelaki Terbaik, Festivel Filem Asia 1957 di Tokyo) dan “ Madu Tiga” (Filem Komedi Terbaik, Festivel Flem Asia 1964 di Taipei). Lagu-lagu popular beliau sehingga kini ialah Jeritan Batinku, Jangan Tinggal Daku, Merak Kayangan, Putus Sudah Kasih Sayang, Getaran Jiwa dan Di manakan Ku Cari Ganti.

Page 2: Mengapa Kita Seharusnya Mengkaji Dan Menghargai Tokoh

2 DATUK DR. AHMAD NAWAB

Datuk Dr. Ahmad Nawab dilahirkan pada 10 Januari, 1933. Beliau merupakan seorang composer dan pemain saksofon yang hebat. Beliau merupakan insan terpenting dalam memperkenalkan muzik Melayu antara era Klasik dan Romantik Melayu di Malaysia. Beliau merupakan ahli muzik yang hebat sepanjang zaman. Beliau mula menggubah lagu seawal usia 14 tahun dengan lagu “Bintang Malam” yang memenangi anugerah Merak Kayangan. Beliau telah mencipta dan menggubah kira-kira 2000 lagu dan melahirkan lebih dari 80 penyanyi unggul. Antara penyanyi-penyanyi unggul yang dilahirkan oleh beliau ialah Datuk Sharifah Aini, Datuk Khadijah Ibrahim dan Jamal Abdillah. Sekarang beliau merupakan salah seorang Seniman Negara Malaysia.

3 DATUK SUDIRMAN HAJI ARSHAD

Dato’ Sudirman bin Haji Arshad lahir pada 25 Mei 1954 di Temerloh, Pahang merupakan penyanyi dan pencipta lagu yang popular. Beliau memulakan karier sebagai penyanyi selepas memenangi pertandingan “Bintang RTM” pada 11 Ogos 1976. Beliau juga merupakan

Page 3: Mengapa Kita Seharusnya Mengkaji Dan Menghargai Tokoh

“Penghibur No. 1 Asia” selepas memenangi Pertandingan “Asian Music Popular Awards” di Royal Albert Hall, London pada 19 Mac 1989. Beliau dikenali sebagai “Singing Lawyer”, “Penyanyi Berjiwa Rakyat” dan “Elvis Malaysia”. Beliau juga merupakan manusia berbakat besar sebagai penyanyi, penghibur, penulis (buku kanak-kanak), kartunis dan pelakon.