kerja kumpulan bagaimana menghargai keindahan alam

11
KESEDARAN MENINGKATKAN SEMANGAT CINTAKAN ALAM SEKITAR

Upload: nur-hasanuddin

Post on 30-Jun-2015

1.388 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja kumpulan bagaimana menghargai keindahan alam

KESEDARAN MENINGKATKAN

SEMANGAT CINTAKAN ALAM

SEKITAR

Page 2: Kerja kumpulan bagaimana menghargai keindahan alam

Aktiviti berkumpulan

1) Senaraikan kata hubung yang terdapat dalam petikan .2) Senaraikan kata majmuk yang terdapat dalam petikan.

Page 3: Kerja kumpulan bagaimana menghargai keindahan alam

kumpulan 1

Kumpulan 2

Kumpulan 3

Kumpulan 4

Kumpulan 5

Kumpulan 6

Kumpulan 7

Klik untuk mendapatkan tugasan kumpulan

Page 4: Kerja kumpulan bagaimana menghargai keindahan alam

Kumpulan 1Alam sekitar adalah segala benda hidup dan

bukan hidup yang dimana wujud secara semula

jadi di permukaan bumi ini. Sejak kebelakangan

ini, pelbagai isu alam sekitar semakin menjadi,

contohnya pemusnahan hutan, kesan rumah

hijau dan isu-isu lain seperti yang dipaparkan di

surat khabar atau televisyen telah menyebabkan

keseimbangan ekosistem di permukaan bumi ini

terganggu.

Page 5: Kerja kumpulan bagaimana menghargai keindahan alam

Kumpulan 2Memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak yang

sedang membesar tentang kepentingan alam sekitar

adalah perlu untuk mendidik mereka supaya prihatin

terhadap alam sekitar. Bak peribahasa berkata

“melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Oleh itu adalah penting untuk ibu bapa sebagai insan

yang paling rapat dengan anak-anak memberi

pendidikan awal dalam mendidik mereka supaya

prihatin terhadap alam sekitar.

Page 6: Kerja kumpulan bagaimana menghargai keindahan alam

Kumpulan 3

guru -guru di sekolah juga perlu memainkan

peranan dan menjadi contoh yang baik kepada

pelajar. Guru–guru perlu menanamkan sikap

prihatin terhadap alam sekitar supaya menjadi

rujukan kepada pelajar. Selain itu, guru–guru perlu

bertanggungjawab untuk memberi ilmu

pengetahuan tentang alam sekitar kepada pelajar

supaya generasi itu peka dan bertanggungjawab

terhadap isu–isu alam sekitar.

Page 7: Kerja kumpulan bagaimana menghargai keindahan alam

Media massa juga perlu memainkan peranan dalam

memelihara alam sekitar. Contohnya media massa boleh

menyiarkan cara–cara untuk melindungi alam sekitar

ataupun kesan–kesan jika manusia tidak memelihara

alam semula jadi. Artis boleh menjadi model untuk

mempromosikan iklan–iklan menyayangi alam sekitar.

Kumpulan 4

Page 8: Kerja kumpulan bagaimana menghargai keindahan alam

Masyarakat lebih minat untuk mengikutinya kerana

mereka merupakan golongan yang sentiasa

mendapat perhatian. Antara iklan yang boleh

dipaparkan adalah menaiki kereta bersama-sama

apabila ingin pergi lokasi yang sama kerana ini dapat

membantu mengelakkan pencemaran udara dan

menjimatkan petrol.

Kumpulan 5

Page 9: Kerja kumpulan bagaimana menghargai keindahan alam

Langkah yang seterusnya adalah kita sebagai individu

perlulah memainkan peranan sendiri. Tiga sikap yang

harus diamalkan adalah menggunakan semula

barang-barang yang boleh diproses semula dan

mengurangkan penggunaan barang-barang yang tidak

diperlukan. Sikap-sikap sebegini dapat mengurangkan

pencemaran pada alam sekitar. Tidak lupa, sikap

kesedaran pada diri sendiri harus ada untuk

mengelakkan dari dunia terus dicemar.

Kumpulan 6

Page 10: Kerja kumpulan bagaimana menghargai keindahan alam

Kesimpulannya, apabila kita menyayangi alam

sekitar kita akan mempunyai alam sekitar yang

selesa dan bersih manakala kesihatan manusia akan

terjamin. Selain itu, negara yang cantik dengan

pembekalan udara yang segar akan menarik

perhatian pelancong asing. Di samping itu, bumi kita

akan mempunyai ekosistem yang stabil, maka

habitat hidupan darat dan air terpelihara dan juga

dapat mengelakkan kepupusan.

Kumpulan 7

Page 11: Kerja kumpulan bagaimana menghargai keindahan alam

SEKIAN