memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ......1 “saya akui bahawa saya telah membaca karya...

27
0

Upload: others

Post on 25-Jan-2021

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 0

  • 1

    “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah

    memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

    Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)

    Tandatangan : ................................................................................

    Nama Penyelia : PROF. MADYA DR AZIZI BIN HAJI YAHAYA

    Tarikh : 30 APRIL 2008

  • 0

    TAHAP KOMPETENSI GURU SEKOLAH RENDAH TERHADAP PENGAJARAN

    SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS

    FADHLINA BINTI MOHD AZIZUDDIN

    Laporan Projek ini Dikemukakan

    Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

    Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

    (Kejuruteraan Elektrik)

    Fakulti Pendidikan

    Universiti Teknologi Malaysia

    APRIL 2008

  • 1

    “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri

    kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap

    satunya saya jelaskan sumbernya”

    Tandatangan : ………………………….............

    Nama Penyelidik : FADHLINA BINTI MOHD AZIZUDDIN

    Tarikh : 30 APRIL 2008

  • 2

    Buat ayah tersayang,

    Mohd Azizuddin bin SharifMohd Azizuddin bin SharifMohd Azizuddin bin SharifMohd Azizuddin bin Sharif

    Terima kasih atas pengorbananmu

    Buat ibu tercinta,

    Rositah binti Mohamed AminRositah binti Mohamed AminRositah binti Mohamed AminRositah binti Mohamed Amin

    Engkaulah sumber inspirasiku

    Buat adik-adikku yang teristimewa,

    Mohd Fardzren bin Mohd AzizuddinMohd Fardzren bin Mohd AzizuddinMohd Fardzren bin Mohd AzizuddinMohd Fardzren bin Mohd Azizuddin

    Farah Hani binti Mohd Azizudd inFarah Hani binti Mohd Azizudd inFarah Hani binti Mohd Azizudd inFarah Hani binti Mohd Azizudd in

    Jadikan jalan yang kakanda rintis ini, panduan, teladan, pedoman serta asas

    kejayaan kalian

    Buat para sahabat,

    Nasriah, Qistin, Shila, Ezzati, Azra, Sulia, Faezah, Yasmeen dan Nasriah, Qistin, Shila, Ezzati, Azra, Sulia, Faezah, Yasmeen dan Nasriah, Qistin, Shila, Ezzati, Azra, Sulia, Faezah, Yasmeen dan Nasriah, Qistin, Shila, Ezzati, Azra, Sulia, Faezah, Yasmeen dan Syarina Syarina Syarina Syarina

    Budimu ku kenang hingga ke akhir hayat

  • 3

    PENGHARGAAN “Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagu Maha Pengasih”

    Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya, maka

    projek penyelidikan ini dapat disiapkan bagi memenuhi penganugerahan Ijazah Sarjana

    Muda Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik).

    Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi prnghargaan dan jutaan

    terima kasih kepada Profesor Madya Dr. Azizi bin Haji Yahaya selaku penyelia Projek

    Sarjana Muda ini atas segala bimbingan, bantuan, dan nasihat yang diberikan sepanjang

    tempoh menjalankan kajian ini.

    Penghargaan juga kepada Kementerian, Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran

    Negeri Sembilan, dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Port Dickson, Sekolah Kebangsaan

    Kampung Gelam, Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan, Sekolah Kebangsaan Si Rusa, dan

    Sekolah Kebangsaan Sungala diatas kerjasama yang diberikan. Ucapan terima kasih juga

    kepada guru-guru yang terlibat untuk menjawab soal selidik ini kerana sudi membantu untuk

    melaksanakan kajian ini.

    Buat ibu dan ayah tersayang, terima kasih atas segala pengorbanan, Tidak lupa juga

    kepada rakan-rakan seperjuangan, terimakasih atas segala dorongan dan bantuan. Semoga

    Allah s.w.t melimpahkan rahmatNya ke atas kita semua. Amin.

  • 4

    ABSTRAK

    Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kompetensi guru sekolah rendah

    terhadap pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Kajian ini memfokuskan

    kepada enam persoalan kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik

    untuk mengukur tahap kompetensi responden. Tahap kompetensi dikaji daripada aspek yang

    berkaitan dengan penggunaan bahasa Inggeris, kaedah pengajaran, dan bahan bantu

    mengajar yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Seramai 73 orang

    guru yang mengajar matapelajaran sains dan matematik dari lima buah sekolah di daerah

    Port Dickson, Negeri Sembilan terpilih sebagai responden. Data yang dikumpul dianalisis

    menggunakan perisian Statistical Package for The Social Science (SPSS 12.0) untuk

    mendapatkan frekuensi, min, dan sisihan piawai manakala ujian-t, ANOVA, dan korelasi

    Pearson digunakan untuk menganalisis hipotesis. Hasil kajian mendapati bahawa tahap

    kompetensi guru sekolah rendah terhadap pengajaran sains dan matematik berada di tahap

    tinggi bagi kaedah pengajaran dan bahan bantu mengajar. Manakala bagi penggunaan

    bahasa Inggeris pula berada pada tahap yang sederhana. Bagi hipotesis, faktor penggunaan

    bahasa Inggeris, kaedah pengajaran dan bahan bantu mengajar mendapati tidak terdapat

    hubungan yang signifikan antara faktor tersebut mengikut pengalaman mengajar dan tidak

    terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor tersebut dengan jantina. Selain itu, didapati

    bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara penggunaan bahasa Inggeris dan

    bahan bantu mengajar dengan opsyen dan terdapatnya perbezaan yang signifikan antara

    faktor kaedah pengajaran dengan opsyen.

  • 5

    ABSTRACT

    The purpose of this study is to identify the competency level among science and

    mathematics of primary school teachers. This study were focused on six research questions.

    The research instrument used is questionnaire to measure the level of competency

    respondent. Competency level were investigate from three related aspect such as usage of

    English, teaching method and teaching aids manipulated during teaching and learning

    process. A total of 73 science and mathematic teachers from five schools in Port Dickson

    were chosen to be the respondents. Data that had been collected is analyzed with Statistical

    Package for The Social Science (SPSS 12.0) to find the mean, frequency and standard

    deviation. While, t-test, ANOVA and Pearson correlation were used to analyze the

    hypothesis. The findings showed that for teaching methods and teaching aids used, the level

    of competency is high while the level of competency of English usage is medium. As for the

    hypothesis, there are no significant differences between the use of English, teaching

    methods and teaching aids with teaching experience and gender. Apart from that, there are

    no significant differences between the use of English and teaching aids with option.

    However, there are significant differences between teaching methods and option.

  • 6

    KANDUNGAN

    BAB PERKARA HALAMAN

    PENGESAHAN STATUS TESIS

    PENGESAHAN PENYELIA

    HALAMAN JUDUL i

    PENGAKUAN ii

    DEDIKASI iii

    PENGHARGAAN iv

    ABSTRAK v

    ABSTRACT vi

    KANDUNGAN vii

    SENARAI JADUAL xiv

    SENARAI RAJAH xvi

    SENARAI SINGKATAN xvii

    SENARAI SIMBOL xviii

    SENARAI LAMPIRAN xix

    BAB 1 PENGENALAN

    1.1 Pengenalan 1

    1.2 Latar Belakang Masalah 3

    1.3 Pernyataan Masalah 5

    1.4 Objektif Kajian 7

    1.5 Persoalan Kajian 8

    1.6 Hipotesis 9

  • 7

    1.7 Kepentingan Kajian 10

    1.8 Skop dan Batasan Kajian 11

    1.9 Definisi Terminologi 11

    1.9.1 Kompetensi 12

    1.9.2 Guru 12

    1.9.3 Sekolah Rendah 12

    1.9.4 Pengajaran 13

    1.9.5 Sains 13

    1.9.6 Matematik 13

    1.9.7 Bahasa Inggeris 14

    1.9.8 Kaedah Pengajaran 15

    1.10 Penutup 15

    BAB 2 SOROTAN KAJIAN

    2.1 Pengenalan 17

    2.2 Kaedah Pengajaran 17

    2.2.1 Kaedah Kuliah 21

    2.2.2 Kaedah Tunjuk Cara 21

    2.2.3 Kaedah Perbincangan 22

    2.2.4 Kaedah Penemuan 22

    2.2.5 Kaedah Kerja Praktik 22

    2.2.6 Kaedah Latih Tubi 22

    2.3 Penggunaan Bahan Bantu Mengajar 23

    2.4 Penggunaan dan Penguasaan Bahasa Inggeris guru 26

    2.5 Kajian-kajian Lepas 28

    2.6 Teori-teori dan Strategi Pengajaran dan

    pembelajaran 29

    2.6.1 Teori Tingkah Laku ( Behavioris ) 30

  • 8

    2.6.2 Teori Konstruktivisme 32

    2.6.3 Teori Kognitif 35

    2.7 Kerangka Kajian 38

    2.8 Penutup 39

    BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

    3.1 Pengenalan 41

    3.2 Rekabentuk Kajian 42

    3.3 Tempat Kajian 42

    3.4 Populasi dan Persampelan 43

    3.4.1 Populasi 43

    3.4.2 Persampelan 43

    3.5 Instrumen Kajian 45

    3.6 Kajian Rintis 46

    3.7 Prosedur Kajian 48

    3.8 Penganalisaan Data 49

    3.8.1 Min 49

    3.8.2 Ujian t 50

    3.8.3 Korelasi Pearson 50

    3.8.4 ANOVA 51

    3.9 Penutup 53

    BAB 4 ANALISIS DATA

    4.1 Pengenalan 54

    4.2 Analisa Maklumat Bahagian A : 55

    Latar Belakang Responden 55

    4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 55

    4.2.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 56

    4.2.3 Taburan Responden Mengikut 56

  • 9

    Kelulusan Tertinggi

    4.2.4 Taburan Responden Mengikut Opsyen 57

    4.2.5 Taburan Responden Mengikut Pengalaman 57

    Mengajar

    4.3 Analisa Maklumat Bahagian B : 58

    4.3.1 Aspek Penggunaan Bahasa Inggeris 59

    4.3.2 Aspek Kaedah Pengajaran 63

    4.3.3 Aspek Penggunaan Bahan Bahan Bantu Mengajar 67

    4.4 Pengujian Hipotesis 71

    4.4.1 Hipotesis 1 : Tidak Terdapat Perbezaan Yang 71

    Signifikan Antara Faktor

    Penggunaan Bahasa Inggeris,

    Kaedah Pengajaran, Dan

    Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

    Guru Sekolah Rendah Terhadap

    Pengajaran Sains Dan Matematik

    Dalam Bahasa Inggeris Mengikut

    Pengkhususan (Opsyen).

    4.4.2 Hipotesis 2 : Tidak Terdapat Perbezaan Yang 74

    Signifikan Antara Faktor

    Penggunaan Bahasa Inggeris,

    Kaedah Pengajaran, Dan

    Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

    Guru Sekolah Rendah Terhadap

    Pengajaran Sains Dan Matematik

    Dalam Bahasa Inggeris Mengikut

    4.4.3 Hipotesis 3 : Tidak Terdapat Hubungan Yang 76

    Signifikan Antara Faktor

    Penggunaan Bahasa Inggeris,

    Kaedah Pengajaran, Dan

  • 10

    Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

    Guru Sekolah Rendah Terhadap

    Pengajaran Sains Dan Matematik

    Dalam Bahasa Inggeris Mengikut

    Pengalaman Mengajar

    4.5 Penutup 78

    BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

    5.1 Pengenalan 80

    5.2 Perbincangan Hasil Kajian 81

    5.2.1 Perbincangan Latar Belakang Responden 81

    5.2.2 Perbincangan Tahap Kompetensi Guru 82

    Sekolah Rendah Terhadap Pengajaran Sains dan

    Matematik dalam Bahasa Inggeris

    5.2.2.1 Perbincangan Tahap Kompetensi Guru 82

    Sekolah Rendah Terhadap Pengajaran Sains

    dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

    Berdasarkan Penggunaan Bahasa Inggeris

    5.2.2.2 Perbincangan Tahap Kompetensi Guru 83

    Sekolah Rendah Terhadap Pengajaran Sains

    dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

    Berdasarkan Kaedah Pengajaran yang

    digunakan Semasa Proses Pengajaran dan

    Pembelajaran

    5.2.2.3 Perbincangan Tahap Kompetensi Guru 84

    Sekolah Rendah Terhadap Pengajaran Sains

    dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

    Berdasarkan Bahan Bantu Mengajar

    yang digunakan Semasa Proses

  • 11

    Pengajaran dan Pembelajaran

    5.2.3 Perbincangan Perbezaan Antara Faktor 85

    Penggunaan Bahasa Inggeris, Kaedah Pengajaran

    dan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Guru

    Sekolah Rendah Terhadap Pengajaran Sains dan

    Matematik dalam Bahasa Inggeris Mengikut

    Pengkhususan (opsyen)

    5.2.4 Perbincangan Perbezaan Antara Faktor 87

    Penggunaan Bahasa Inggeris, Kaedah Pengajaran

    dan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Guru

    Sekolah Rendah Terhadap Pengajaran Sains dan

    Matematik dalam Bahasa Inggeris Mengikut

    Jantina

    5.2.5 Perbincangan Perbezaan Antara Faktor 88

    Penggunaan Bahasa Inggeris, Kaedah Pengajaran

    dan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Guru

    Sekolah Rendah Terhadap Pengajaran Sains dan

    Matematik dalam Bahasa Inggeris Mengikut

    Pengalaman Mengajar

    5.3 Rumusan 90

    5.4 Cadangan Kajian 92

    5.5 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang 93

    5.6 Penutup 94

    RUJUKAN 96 LAMPIRAN 102

  • 12

    SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

    3.1 Taburan sampel bagi setiap sekolah 43

    3.2 Jadual menentukan sampel daripada populasi 44

    3.3 Item soalan mengikut kriteria 46

    3.4 Pelaksanaan kaedah skala Likert 46

    3.5 Nilai Alpha bagi setiap objektif kajian 48

    3.6 Analisa tahap mengikut min 50

    3.7 Garis panduan Guilford’s Rule of Thumbs 51

    3.8 Penentuan hipotesis nol berdasarkan nilai signifikan 51

    3.9 Ringkasan pengujian statistik objektif kajian 52

    4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 55

    4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa

    4.3 Taburan Responden Mengikut Keluluan Tertinggi 57

    4.4 Taburan Responden Mengikut Opsyen 57

    4.5 Taburan Responden Mengikut Pengalaman 58

    Mengajar

    4.6 Taburan Responden Mengikut Peratus, Min, 59

    Dan Sisihan Piawai Bagi Melihat Tahap

    Kompetensi Guru Sekolah Rendah Terhadap

    Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam

    Bahasa Inggeris Berdasarkan Penggunaan

    Bahasa Inggeris

    4.7 Taburan Tahap Kompetensi Responden 62

    Berdasarkan Penggunaan Bahasa Inggeris

  • 13

    4.8 Taburan Responden Mengikut Peratus, Min, 63

    Dan Sisihan Piawai Bagi Melihat Tahap

    Kompetensi Guru Sekolah Rendah Terhadap

    Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam

    Bahasa Inggeris Berdasarkan Kaedah Pengajaran

    Yang Digunakan Semasa Proses Pengajaran Dan

    Pembelajaran.

    4.9 Taburan Tahap Kompetensi Responden

    Berdasarkan Kaedah Pengajaran Yang Digunakan

    4.10 Taburan Responden Mengikut Peratus, Min, 68

    Dan Sisihan Piawai Bagi Melihat Tahap

    Kompetensi Guru Sekolah Rendah Terhadap

    Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam

    Bahasa Inggeris Berdasarkan Bahan Bantu

    Mengajar Yang Digunakan Semasa Proses

    Pengajaran Dan Pembelajaran

    4.11 Taburan Tahap Kompetensi Responden 71

    Berdasarkan Bahan Bantu Mengajar Yang

    Digunakan Semasa Proses Pengajaran dan

    Pembelajaran

    4.12 Keputusan Ujian ANOVA 73

    4.13 Ujian-t Untuk Perbezaan Min 75

    4.14 Keputusan ujian Korelasi 77

  • 14

    SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

    2.1 Konsep Pengajaran Terancang oleh Skinner 31

    2.2 Fasa-fasa Pengajaran Berasaskan Model 35

    Konstruktivisme 5-fasa

    2.3 Teori Kognitif Mengenai Proses Mengingat 37

    2.4 Kerangka Kajian 38

  • 15

    SENARAI SINGKATAN BBM - Bahan Bantu Mengajar

    EPRD - Bahagian Pembangunan dan Penyelidikan Pendidikan

    ICT - Information and Communication Technology

    IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam

    JPN - Jabatan Pelajaran Negeri

    KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

    LCD - Liquid Crystal Display

    P & P - Pengajaran dan Pembelajaran

    PPMSI - Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa

    Inggeris

    SPSS - Statistical Package for the Social Sciences

    SS - Sangat Setuju

    S - Setuju

    STS - Sangat Tidak Setuju

    TP - Tidak Pasti

    TESL - Teaching English As Second Language

    TS - Tidak Setuju

  • 16

    SENARAI SIMBOL

    SIMBOL KETERANGAN % Peratus

    f Frekuensi

    α Cronbach Alpha

  • 17

    SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

    A Borang Soal Selidik 102

    B Surat Pengesahan dari Fakulti Pendidikan 108

    C Surat Pengesahan Soal Selidik 109

    D Surat Kebenaran dari Kementerian Pelajaran 111

    Malaysia

    E Surat Kebenaran dari Jabatan Pelajaran 113

    Negeri Sembilan

    F Pengesahan Menjalankan Kajian 115

  • 18

    BAB 1

    PENGENALAN

    1.1 Pengenalan Dasar Pendidikan Negara telah menekankan penggunaan Bahasa Melayu

    sebagai bahasa pengantar di dalam pendidikan. Tetapi, menjelang akhir-akhir ini,

    timbul keresahan dan kebimbangan di kalangan para pegawai tinggi kerajaan dan

    para majikan tentang betapa merosotnya penguasaan bahasa Inggeris di kalangan

    para lulusan sekolah dan universiti tempatan. Masalah ini juga dikatakan sebagai

    faktor penyumbang kepada masalah pengangguran di kalangan graduan IPTA

    (Portal Pendidikan Utusan, 2003). Rasa prihatin ini timbul apabila melihat

    fenomena di mana bahasa Inggeris tidak dapat ditutur dengan fasih oleh pelajar

    universiti dan sekolah. Kegagalan pelajar di IPTA juga dikaitkan dengan kelemahan

    dalam penggunaan dan penguasaan bahasa Inggeris (Izam Fairus Kamaruddin,

    2002).

    Perubahan dalam kurikulum bagi matapelajaran sains dan matematik ini

    dibuat adalah selaras dengan perkembangan negara. Sekiranya bidang pendidikan

    tidak selari dengan kemajuan sains dan teknologi, maka adalah mustahil untuk

    sesebuah negara itu berkembang maju kerana kurangnya tenaga mahir bagi

    membangunkan negara tersebut. Data yang diperolehi dari pasaran pekerja

    menyokong pendapat mengenai kekurangan sumber manusia atau kekosongan di

  • 19

    dalam pekerjaan memerlukan kelayakan sains dan disokong dengan kemahiran

    berkomunikasi dan berbahasa Inggeris (Nor Azuhar Kasim, 2003).

    Penggunaan bahasa Inggeris di dalam bidang sains dan teknologi,

    perubatan perdagangan dan lain-lain memang jelas, lebih-lebih lagi dalam era

    globalisasi dan pengetahuan-ekonomi. Dalam bidang teknologi maklumat dan

    komunikasi, bahasa Inggeris banyak digunakan seolah-olah ia menjadi satu hakikat

    bahawa untuk memperolehi ilmu dan maklumat mesti menerusi bahasa Inggeris. Ini

    menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa teknologi yang sangat penting.

    Untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berdaya

    saing dalam pelbagai bidang samada dari segi ekonomi, teknologi, keilmuan,

    pendidikan mahupun politik memperlihatkan kepada pentingnya keperluan

    penguasaan bahasa Inggeris sepenuhnya di kalangan rakyat negara ini, khususnya

    generasi muda yang bakal mencorakkan negara di masa hadapan tanpa

    mengorbankan jatidiri dan identiti rakyat Malaysia dan Melayu khususnya.

    Sewajarnya kita mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris untuk

    memperkukuhkan bahasa Melayu (Khairul Ariffin, 2002).

    Membiarkan pelajar kita terus lemah dalam bahasa Inggeris hanya akan

    membuatnya ketinggalan dalam mendapatkan maklumat dan ilmu yang

    kebanyakannya di dalam bahasa Inggeris. Di dalam era globalisasi dan pengetahuan

    ekonomi, hampir 99% maklumat dalam Internet adalah dalam bahasa Inggeris

    (Ahmad Zahri Jamil, 2002). Ini menunjukkan perspektif sebenar betapa pentingnya

    kita perlu mengusai bahasa Inggeris. Penguasaan bahasa Inggeris juga merupakan

    survival bangsa. Bahasa utama di dalam dunia teknologi maklumat dan komunikasi

    (ICT) ialah bahasa Inggeris. Pengetahuan dapat melahirkan bangsa yang maju dan

    dihormati.

    Maka, sebagai guru, mereka haruslah bersiap sedia dari segi mental dan

    fizikal supaya dapat menyampaikan ilmu yang ada kepada pelajar dalam bentuk

  • 20

    paling mudah difahami tanpa melibatkan sebarang masalah, terutamanya bahasa

    Inggeris yang dijadikan sebagai bahasa pengantar bagi matapelajaran sains dan

    matematik. Ini adalah disebabkan oleh peranan guru dan peranan murid saling

    melengkapi. Tugas utama guru adalah untuk menterjemahkan kandungan pelajaran

    kepada satu bentuk lain yang boleh difahami murid melalui sesuatu siri aktiviti

    pembelajaran yang sesuai (Noor Azlan Ahmad Zanzali, 1995).

    Daripada penyataan di atas, jelaslah kepada kita betapa pentingnya

    penggunaan dan penguasaan bahasa Inggeris dalam menghadapi era globalisasi dan

    pengetahuan.

    1.2 Latar Belakang Masalah Mata pelajaran Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris di tahun

    satu, tingkatan satu serta enam rendah di sekolah kebangsaan mulai tahun 2003

    sebelum dilaksanakan sepenuhnya pada semua peringkat sekolah menjelang 2008.

    Matlamat utama pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa

    Inggeris ialah untuk membolehkan pelajar menguasainya sebagai bahasa ilmu dua

    bidang pengetahuan berkenaan sejak di peringkat awal.

    Mutu bahasa Inggeris yang lemah di kalangan para pelajar perlu ditangani

    sejak di peringkat paling asas pendidikan. Selama 12 tahun menerima pendidikan,

    para pelajar sepatutnya mempunyai tahap kemahiran secukupnya dalam bahasa

    Inggeris supaya tidak mengalami masalah apabila memasuki universiti (Sham

    Sani,1995). Untuk menjadikan ia bukan masalah, langkah awal telah di ambil oleh

    peneraju negara dengan pelaksanaan dasar pengajaran matematik dalam bahasa

    Inggeris.

  • 21

    Mahathir Mohamad (2002), kerajaan akan melaksanakan pengajaran mata

    pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah dan

    menengah secara serentak mulai tahun depan, bukan setakat di tahun satu sahaja.

    Beliau berkata, langkah melaksanakan secara serentak itu perlu diambil

    memandangkan kesan pengajaran bahasa Inggeris dalam dua subjek berkenaan, jika

    bermula pada tahun satu sahaja, akan mengambil masa 11 tahun untuk

    menampakkan hasilnya. Ini adalah kenyataan yang telah mengubah kurikulum dan

    mengundang perdebatan hebat di kalangan kebanyakan pihak seperti guru, pelajar,

    ibu bapa dan masyarakat awam.

    Namun pengajaran dan pembelajaran sains adalah suatu proses yang

    kompleks yang melibatkan penbinaan makna dalam usaha mereka untuk memahami

    perkara yang diajar. Masalah dan kesukaran timbul bukan sahaja dari simbol yang

    digunakan bagi mewakili konsep, tetapi juga dari bahasa yang perlu dikuasai,

    terutama perkataan teknikal dan bukan teknikal.

    Risiko perlaksanaan keputusan itu dijangka besar sekali, kerana guru

    sains dan matematik tidak semestinya guru yang mahir berbahasa Inggeris, dan

    dikhuatiri timbul keadaan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran, iaitu

    penguasaan bahasa Inggeris pelajar tidak dapat ditingkatkan dan penguasaan ilmu

    matematik pelajar pula terjejas oleh sebab masalah bahasa.

    Oleh yang demikian, kementerian telah banyak menyediakan peruntukkan

    yang besar untuk menyesuaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan

    kelengkapan terkini seperti modul pengajaran, buku-buku teks dan kemudahan

    pelbagai teknologi maklumat seperti laptop dan projektor LCD. Sesuatu aktiviti

    pengajaran yang berjaya adalah bergantung kepada kesediaan pelajar memilih

    operasi yang wajar, mengekalkan operasi tersebut dan mengeluarkan sejumlah

    usaha ke arah matlamat yang dikehendaki. (Mohd Daud,1990).

  • 22

    Selain daripada itu, penggunaan bahan bantu mengajar yang baik yang

    digunakan oleh guru akan dapat membantu pelajar untuk lebih memahami apa

    yang hendak disampaikan oleh guru. Banyak alatan dan bahan bantuan mengajar

    seperti laptop, projektor LCD, dan perisian Sains dan Matematik yang telah

    disediakan oleh pihak kerajaan dalam membantu pengajaran guru di bilik darjah.

    Dari sudut perbelanjaan juga pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah

    menyediakan satu belanja yang besar untuk menyesuaikan kaedah pengajaran dan

    pembelajaran dengan kelengkapan-kelengkapan terkini seperti modul pengajaran,

    buku-buku teks, dan kemudahan pembelajaran teknologi maklumat seperti laptop

    dan projektor LCD.

    Oleh yang demikian, kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji faktor-

    faktor yang mempengaruhi kompetensi guru sekolah rendah terhadap pengajaran

    sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

    1.3 Pernyataan Masalah Aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang

    maju banyak bergantung kepada bidang sains dan teknologi. Oleh itu aspirasi ini

    boleh dicapai seandainya kerajaan dapat menyediakan pendidikan matematik dan

    sains pada peringkat awal lagi dan kejayaan ini menjaminkan masyarakat yang

    berpengetahuan yang mampu bersaing di arena antarabangsa.

    Perlaksanaan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris

    mulai tahun awal tahun 2003 yang diputuskan oleh Jemaah Menteri bagi

    merealisasikan aspirasi kerajaan. Rasional kerajaan melaksanakan penggunaan

    bahasa inggeris dalam matapelajaran sains dsn matematik adalah kerana bahasa

    inggeris merupakan bahasa ilmu dan bahasa hubungan antarabangsa. Dengan itu

    langkah ini akan membolehkan pelajar memperolehi maklumat mengenai

  • 23

    perkembangan terkini dalam bidang matematik dan sains disamping meningkatkan

    kebolehan mengakses maklumat dari pelbagai sumber.

    Namun begitu, aspirasi ini tidak dapat tercapai sekiranya guru-guru bagi

    subjek ini masih belum bersedia mengajar subjek ini di dalam bahasa Inggeris.

    Mungkin di kalangan mereka mempunyai tahap penguasaan bahasa Inggeris yang

    rendah dan masih belum yakin untuk mengajar dalam bahasa Inggeris. Mereka

    masih was-was menggunakan bahasa Inggeris semasa proses pengajaran dan

    pembelajaran.

    Tambahan pula, menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), terdapat

    kekangan dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya

    kebimbangan pengenalan elemen baru dalam kelas akan menambahkan bebanan

    guru. Dapatan kajian daripada Nooreiny et.al (2003) pula menyatakan kebanyakan

    sekolah tidak memberikan banyak tumpuan untuk membentuk persekitaran yang

    membantu kepada pembelajaran yang dapat meningkatkan penguasaan bahasa

    Inggeris pelajar. Seterusnya kajian yang dijalankan oleh Sukumaran (1998) pula

    mendapati guru-guru memang sukar untuk menerima perubahan kurikulum kerana

    perubahan tersebut di anggap mengusik keselesaan mereka.Jelas menunjukkan akan

    terdapat masalah kepada guru semasa berlangsungnya proses pengajaran dan

    pembelajaran jika menggunakan bahasa Inggeris.

    Daripada permasalahan yang telah dikenal pasti, penyelidik merasakan

    adalah penting bagi penyelidik untuk membuat kajian berdasarkan permasalahan

    seperti tahap kesediaan guru dari segi penguasaan bahasa Inggeris dan keyakinan

    diri mereka untuk mengajar subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

    Selain itu, tahap kompetensi guru juga dapat dinilai dengan tahap penggunaan

    bahasa Inggeris, kaedah pengajaran dan penggunaan bahan bantu mengajar yang

    mereka gunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik

    di dalam Bahasa Inggeris.

  • 24

    1.4 Objektif Kajian Tujuan utama kajian ini adalah untuk : 1.4.1 Mengenalpasti tahap kompetensi guru sekolah rendah terhadap

    pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris berdasarkan

    penggunaan bahasa Inggeris.

    1.4.2 Mengenalpasti tahap kompetensi guru sekolah rendah terhadap

    pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris berdasarkan

    kaedah pengajaran yang digunakan semasa proses pengajaran dan

    pembelajaran.

    1.4.3 Mengenalpasti tahap kompetensi guru sekolah rendah terhadap

    pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris berdasarkan

    bahan bantu mengajar yang digunakan semasa proses pengajaran dan

    pembelajaran.

    1.4.4 Untuk mengenalpasti adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara

    penggunaan bahasa Inggeris, kaedah pengajaran, dan penggunaan bahan

    bantu mengajar guru sekolah rendah terhadap pengajaran sains dan

    matematik dalam bahasa Inggeris mengikut pengkhususan (opsyen).

    1.4.5 Untuk mengenalpasti adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara

    penggunaan bahasa Inggeris, kaedah pengajaran, dan penggunaan bahan

    bantu mengajar guru sekolah rendah terhadap pengajaran sains dan

    matematik dalam bahasa Inggeris mengikut jantina.

    1.4.6 Untuk mengenalpasti adakah terdapat hubungan yang signifikan antara

    penggunaan bahasa Inggeris, kaedah pengajaran, dan penggunaan bahan

    bantu guru sekolah rendah terhadap pengajaran sains dan matematik

    dalam bahasa Inggeris mengikut pengalaman mengajar (tahun).