pembangunan perisian pengajaran berbantu … file“saya mengakui bahawa saya telah membaca karya...

23
PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTU KOMPUTER (PBK) : PANDANGAN BANTUAN BERDASARKAN SUKATAN MATA PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM). NORLIDA BINTI MAT SAAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 01-Sep-2019

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTU … file“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan berpendapat karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTU

KOMPUTER (PBK) : PANDANGAN BANTUAN BERDASARKAN

SUKATAN MATA PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU

SEKOLAH MENENGAH (KBSM).

NORLIDA BINTI MAT SAAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTU … file“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan berpendapat karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

PSZ 19: 16 (Pind. 1/ 97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTU KOMPUTER (PBK):

PANDANGAN BANTUAN BERDASARKAN SUKATAN MATA PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM).

SESI PENGAJIAN: 2005/2006

Saya NORLIDA BINTI MAT SAAD

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan Oleh:

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: EN AMIRMUDIN BI UDIN 288, Lorong Desa Seni ¾, Taman Desa seni, Nama Penyelia 09600 Lunas, Kedah Darul Aman Tarikh:_________________ Tarikh:__________________

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan

penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTU … file“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan berpendapat karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan berpendapat karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan mekanikal)”.

Tandatangan : ........................................................

Nama Penulis : EN. AMIRMUDIN BIN UDIN

Tarikh : ........................................................

Page 4: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTU … file“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan berpendapat karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTU KOMPUTER (PBK) :

PANDANGAN BANTUAN BERDASARKAN SUKATAN MATA PELAJARAN

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM).

NORLIDA BINTI MAT SAAD

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada

Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Mekanikal)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

Page 5: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTU … file“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan berpendapat karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ........................................................

Nama Penulis : NORLIDA BINTI MAT SAAD

Tarikh : ........................................................

Page 6: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTU … file“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan berpendapat karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

iii

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dan Selawat Serta Salam Buat Nabi Junjungan

Teristimewa…..

Buat Ayahanda Dan Bonda Dan Keluarga Tersayang

Jasa, pengorbanan, dan doa kalian azimat kekuatan bagiku, akan ku balas segala jasa dan

pengorbanan kalian yang tidak ternilai itu….

Buat Insan Tercinta…

Sokongan dan doronganmu sumber ilhamku, kejayaanku kan kita kongsi bersama….

Buat Sahabat Yang Diingati…

Perjuangan bersama kalian tidak akan ku lupakan hingga ke akhir hayat…

Page 7: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTU … file“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan berpendapat karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

iv

PERHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dan Selawat Serta Salam Buat Nabi Junjungan

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT diatas keizinannya

saya dapat menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini. Ucapan jutaan terima kasih dan

setinggi penghargaan buat Encik Amirmudin bin Udin selaku penyelia bagi Projek

Sarjana Muda yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar sepanjang proses

pembangunan perisian ini.

Ingatan tulus ikhlas yang tidak terhingga dihulurkan buat ayahanda dan bonda

yang disayangi dan keluarga tercinta yang tidak pernah putus mendoakan kejayaan dan

kesejahteraan saya di dunia dan akhirat.

Di kesempatan ini juga, ribuan terima kasih diucapkan buat rakan-rakan

seperjuangan yang banyak memberi dorangan dan bantuan sepanjang tempoh

menyiapkan projek ini. Tidak dilupakan semua pihak yang terlibat sama ada secara

langsung mahupun tidak langsung dalam pembangunan perisian yang dijalankan ini.

Page 8: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTU … file“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan berpendapat karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

v

ABSTRAK

Potensi dan kecanggihan teknologi yang terus berkembang pada masa kini perlu

dimanfaatkan sepenuhnya. Lantaran itu, penggunaan komputer dalam pendidikan

merupakan satu langkah kehadapan untuk mewujudkan masyarakat berteknologi selaras

dengan hasrat Wawasan 2020. Kebelakangan ini, konsep pengajaran berbantukan

komputer (PBK) menjadi semakin popular dan boleh diketengahkan penggunaannya di

dalm kelas. Oleh itu, objektif projek ini adalah untuk membangunkan sebuah perisian

PBK yang bertajuk “Pembangunan Perisian Pengajaran Berbantu Komputer (PBK) :

Pandangan Bantuan berdasarkan Sukatan Mata Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM)”. Proses Pembangunan perisian ini dibangunkan berdasarkan

Model ADDIE yang mengandungi lima fasa iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan,

perlaksanaan dan penilaian. Perisian gubahan Flash MX digunakan sebagai alat

pembangunan utama serta perisian tambahan lain. Satu soal selidik telah diedarkan

kepada sekumpulan guru lukisan kejuruteraan untuk mendapatkan maklum balas bagi

menguji kefungsian perisian yang dibangunkan dapat digunakan di sekolah. Hasil yang

maklum balas yang diperolehi mendapati perisian yang dibangunkan amat sesuai untuk

digunakan oleh guru-guru dalam proses pengajaran sekaligus memenuhi Sukatan

Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

Page 9: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTU … file“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan berpendapat karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

vi

ABSTRACT

Today’s ever expending technological advancement and potential should be

manipulated extensively. In this case, the aplication of computer technology in

educations is a one step forward in our ambitions to create a technological advanced

society in conjuctions with vision 2020. Recently, the concept of Computer Assisted

Instruction (CAI) has become quite popular and could applied in the classroom.

Therefore, the objective of this project was to create CAI software entitle “Computer

Assisted Instruction (CAI) Development Software : Pandangan Bantuan Based On

Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)”. This CAI

sftware was developed base on ADDIE Models that include five phase of requirement

analysis, design, development, implimentation and evaluation. The authoring software

used is Flash MX and several other. Feed back from a group or teacher has been

colected to verify the software functional to use in school. The finding shown tthat the

software is suitable for teachers to use in teaching process and it full fill Sukatan

Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

Page 10: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTU … file“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan berpendapat karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

vii

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Perisian 6

1.5 Kepentingan Perisian 7

Page 11: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTU … file“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan berpendapat karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

viii

1.6 Skop Perisian 7

1.7 Rasional Pemilihan Tajuk 8

1.8 Definisi Terminologi 9

1.8.1 Perisian 9

1.8.2 Pengajaran Berbantu Komputer 9

1.8.3 Lukisan Kejuruteraan 10

1.8.4 Pandangan Bantuan 10

1.8.5 Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah 10

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 11

2.2 Pengajaran Berbantu Komputer 12

2.3 Kurikulum Lukisan Kejuruteraan 13

2.3.1 Konsep Pandangan Bantuan 13

2.3.2 Jenis Pandangan Bantuan 14

2.3.3 Pembinaan pandangan tambahan 14

2.3.4 Aplikasi Dalam Bidang Kejuruteraan 14

2.4 Model Pengajaran Glaser 15

2.5 Teori pembelajaran 17

2.5.1 Teori Behaviorisme 17

2.5.2 Teori Kognitivisme 19

2.5.3 Teori Konstruktivisme 19

2.6 Kelebihan PBK 20

2.7 Kekurangan PBK 21

2.8 Pertimbangan Dalam Penyediaan Kandungan PBK 22

2.9 Kajian Berkaitan Keberkesanan PBK 23

Page 12: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTU … file“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan berpendapat karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

ix

2.10 Elemen Multimedia 24

2.10.1 Teks 24

2.10.2 Warna 26

2.10.3 Grafik 27

2.10.4 Animasi 27

2.10.5 Video 28

2.10.6 Audio 29

BAB III REKA BENTUK PERISIAN

3.1 Pendahuluan 30

3.2 Model Rekabentuk Perisian 31

3.2.1 Analisis 32

3.2.1.1 Tajuk dan Skop 32

3.2.1.2 Kumpulan Sasaran 33

3.2.1.3 Sprsifikasi dan Peralatan 33

3.2.2 Rekabentuk 34

3.2.2.1 Model Pengajaran 34

3.2.2.2 Teks 34

3.2.2.3 Warna 35

3.2.2.4 Grafik 35

3.2.2.5 Audio 36

3.2.2.6 Animasi 36

3.2.3 Pembangunan 36

3.2.3.1 Perkakasan Yang Digunakan 37

3.2.3.2 Perisian Yang Digunakan 37

3.2.4 Perlaksanaan 38

Page 13: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTU … file“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan berpendapat karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

x

3.2.5 Penilaian 38

3.3 Carta Alir Perisian 39

BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN

4.1 Pendahuluan 40

4.2 Pakej Perisian 40

4.3 Kaedah Penggunaan Perisian 41

4.4 Meneroka Perisian 41

4.4.1 Bahagian Intro 42

4.4.2 Bahagian Objektif 44

4.4.3 Bahagian Pengetahuan Sedia Ada 45

4.4.4 Bahagian Ruangan Daftar 46

4.4.5 Bahagian Menu Utama 46

4.4.6 Bahagian Konsep 47

4.4.7 Bahagian Jenis 49

4.4.8 Bahagian Pembinaan 50

4.4.9 Bahagian Aplikasi Dalam bidang Kejuruteraan 51

4.4.10 Bahagian Latihan 52

4.4.11 Bahagian Kuiz 53

Page 14: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTU … file“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan berpendapat karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

xi

BAB V KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 55

5.2 Kesimpulan 56

5.3 Perbincangan 58

5.3.1 Masalah Pembangunan Perisian 58

5.3.2 Kelebihan Perisian 60

5.3.3 Kelemahan Perisian 61

5.3.4 Kebolehfungsian Perisian 61

5.4 Cadangan 62

5.4.1 Pembangunan Perisian Dwi Bahasa 62

5.4.2 Ruangan Rehat Minda 63

5.4.3 Pendedahan Lebih Meluas Kepada Guru Dalam 63

Pembangunan Perisian PBK

5.4.4 Sumber Rujukan Pembangunan Perisian 64

RUJUKAN 65

Lampiran A 68

Page 15: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTU … file“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan berpendapat karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

xii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Model Pengajaran Glaser 16

3.1 Model ADDIE 32

4.1 Paparan Intro 1, Logo UTM 43

4.2 Paparan Intro 2 44

4.3 Paparan Intro 3, Tajuk Subjek 44

4.4 Paparan Bahagian Objektif 45

4.5 Paparan Bahagian Pengetahuan Sedia Ada 46

4.6 Paparan Bahagian Ruangan Daftar 47

4.7 Paparan Menu Utama 48

4.8 PaparanKonsep 49

4.9 Paparan Jenis 50

4.10 Paparan Pembinaan 52

4.11 Paparan Aplikasi 53

4.12 Paparan Latihan 54

4.13 Paparan Kuiz 55

Page 16: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTU … file“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan berpendapat karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

xiii

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Penilaian Perisian 69

Page 17: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTU … file“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan berpendapat karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Perubahan era globalisasi menerusi ledakan maklumat dan kemajuan teknologi

multimedia telah menukar wajah dunia pendidikan daripada ‘sage on stage’ (pendita atas

pentas) kepada ‘guide by the side’ (pembimbing di sisi). Pencetusan era globalisasi ini

juga telah menghasilkan satu pencetus idea baru bagi reformasi pendidikan dengan

menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and

Communication Technology (ICT) sebagai medium terkini dalam sistem pendidikan di

negara kita. Kemajuan ICT yang merangkumi bidang teknologi, satelit, telekomunikasi,

teknologi multimedia dan teknologi maklumat membolehkan seseorang menyampaikan,

mengumpul, menyalur, menyebar, mengurus, memproses, menyimpan atau

menggabungkan pelbagai jenis maklumat dengan mudah dan cepat (Nik Aziz, 1997).

Lanjutan dari perkembangan teknologi ini, komunikasi antara perseorangan yang bersifat

interaktif dapat dibuat dengan cepat dan mudah.

Page 18: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTU … file“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan berpendapat karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

2

Pembaharuan dalam teknologi pendidikan yang menekankan ICT yang

menekankan konsep komunikasi terkini boleh menjadikan pengajaran menjadi lebih

seronok, mudah dan global. Pengajaran juga dapat diperluaskan lagi melalui alat-alat

ICT seperti bahan multimedia, rangkaian komputer dan telekomunikasi. Pendekatan dan

kaedah menggunakan bahan bantu mengajar disesuaikan mengikut kecanggihan

teknologi komunikasi dan maklumat ini.

Justeru, dunia pendidikan yang berperanan sebagai medium dalam mengadun dan

mencorakkan generasi akan datang perlulah mengambil langkah bijak dalam

melaksanakan penggunaan multimedia dalam pendidikan. Penggunaan multimedia

dalam pengajaran dan pembelajaran mampu melahirkan pelajar yang mahir berfikir

secara kreatif dan kritis. Ia berbeza dengan proses pengajaran dan pembelajaran

tradisional yang memperlihatkan guru membaca buku teks di hadapan pelajar sambil

pelajar mendengar. Menerusi penggunaan multimedia, ia turut melibatkan perbincangan

antara guru dan pelajar. Kaedah ini lebih efektif dan lebih berkesan dari pengajaran

secara tradisional malah pengajaran menggunakan komputer telah lama dipraktikkan di

negara-negara maju. Malah penggunaannya menjadikan pelajar lebih seronok belajar

apabila perisian kursus yang digunakan menyelitkan animasi dan watak-watak tertentu

yang dilakonkan mengikut tema kurikulum mata pelajaran itu.

Bagi mereka bentuk bahan atau media pembelajaran, pelbagai aspek perlu diambil

kira supaya ia menepati keperluan pelajar serta mampu memenuhi kehendak

pembelajaran. Memandangkan bahan pembelajaran yang dibina adalah suatu sumber

yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penggunaan teori

pembelajaran, dan model pengajaran sebagai panduan dalam mereka bentuk bahan

tersebut perlu diambil kira dengan mendalam. Proses mereka bentuk bahan pengajaran

berasaskan teknologi terkini seperti perisian multimedia ataupun laman web tidak

terlepas daripada peraturan ini (Jamaluddin dan Zaidatun, 2003).

Page 19: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTU … file“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan berpendapat karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

3

Pengajaran Berbantu Komputer (PBK) merupakan salah satu cara untuk

mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan yang berpotensi untuk memastikan

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Teori pembelajaran dan model

pengajaran pula menjelaskan bagaimana seseorang belajar dan seseorang itu mengajar.

Pendekatan teori-teori pembelajaran dan model pengajaran memainkan peranan penting

dalam menentukan keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran dalam bidang

pendidikan.

Zoraini (1993), menyatakan bahawa generasi celik maklumat perlu dibentuk dari

sekarang. Mereka perlu bersedia dan lengkap dengan segala kemahiran yang akan

membawa negara ke tahap negara maju. Oleh itu pemupukan pengetahuan dalam bidang

multimedia dan komputer perlu dilakukan dari sekarang supaya satu masyarakat IT dapat

dibentuk seiring dengan hala tuju negara kita menuju Wawasan 2020. Dengan adanya

pengetahuan dalam multimedia dan kebolehan menggunakan komputer, diharapkan

negara kita akan menjadi sebuah negara yang mampu melahirkan masyarakat yang celik

IT seperti yang diharapkan oleh kerajaan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Perkembangan teknologi maklumat pada masa kini memaksa para pendidik

mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi memastikan matlamat pengajaran tercapai.

Para pendidik perlulah mengubah kaedah pengajaran tradisional kepada kaedah

pengajaran yang berteraskan penggunaan komputer dan perisian Pengajaran Berbantu

Komputer (PBK) yang mana ianya telah banyak membantu dalam meningkatkan

pencapaian pelajar dalam pelajaran.

Page 20: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTU … file“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan berpendapat karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

4

Kaedah pengajaran secara tradisional menggunakan kapur dan papan hitam sudah

tentu tidak dapat membantu guru menyampaikan isi pengajaran dengan berkesan

terutamanya bagi mata pelajaran lukisan kejuruteraan yang mempunyai konsep yang

sukar untuk dijelaskan. Secara tradisional, guru menggunakan objek yang sebenar untuk

membantu pelajar memahami bentuk sebenar objek yang akan dilukis. Penggunaan

objek yang sebenar sebagai bahan bantu mengajar sememangnya dapat membantu pelajar

memahami bentuk sebenar objek yang akan dilukis namun guru tidak dapat menyediakan

semua objek sebenar yang akan dilukis oleh pelajar disebabkan oleh faktor masa dan kos.

Walaupun terdapat buku teks yang disediakan namun ianya belum dapat membantu

secara optimum dalam memberi penjelasan secara mendalam dan terperinci. Bagi pelajar

yang bijak serta mempunyai daya imaginasi yang tinggi sudah tentu tidak mempunyai

masalah tetapi bagi pelajar yang lemah serta kurang daya imaginasi sudah tentu

mempunyai masalah untuk memahami isi pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru.

Masalah ini ditambah pula dengan masa pengajaran yang terhad untuk

menerangkan sesuatu konsep isi pelajaran tersebut. Jesteru itu, penggunaan perisian PBK

dalam pengajaran adalah satu alternatif yang boleh digunakan bagi memperbaiki corak

pengajaran yang biasa digunakan. Pembangunan perisian PBK yang mengkhususkan

kepada sesuatu tajuk seharusnya diperbanyakkan lagi agar konsep pendidikan secara

tradisional ini dapat dipertingkatkan lagi keberkesanannya dengan bantuan teknologi

multimedia. Walaubagaimanapun, pada masa kini penggunaan perisian PBK adalah

kurang di kalangan guru-guru terutamanya bagi mata pelajaran lukisan kejuruteraan. Ini

adalah kerana kesukaran untuk mendapatkan bahan bantu mengajar khususnya perisian –

perisian PBK yang mengikut sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM). Oleh itu, penghasilan perisian PBK yang mengikut sukatan mata

pelajaran KBSM adalah usaha untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh guru-guru

untuk mendapatkan perisian yang berkualiti untuk dijadikan sebagai bahan bantu

mengajar.

Page 21: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTU … file“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan berpendapat karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

5

Hasil perbincangan dengan ketua panitia dan dua orang guru panitiaLukisan

Kejuruteraan SMT Klang, Puan Rozdzila, puan Nurul huda dan Encik Misni mendapati

tiga topik di dalam Lukisan Kejuruteraan iaitu topik lukisan mekanikal, pandangan

tambahan dan tangen merupakan topik yang paling sukar dalam proses pengajaran.

Beliau menyatakan bahawa tiga topik ini menjadi sukar semasa proses pengajaran kerana

topik ini memerlukan daya imaginasi yang tinggi untuk melukis. Beliau juga berpendapat

dengan bantuan perisian PBK akan memudahkan proses pengajaran dam pemahaman

pelajar dalam topik yang dipelajari.

Hasil kajian yang dijalankan oleh Wan (2002), menunjukkan kekurangan perisian

PBK pada masa sekarang boleh dikaitkan dengan sikap segolongan pendidik yang tidak

mahu melibatkan diri dalam pembinaan perisian PBK dan hanya menyerahkan tugas

penyediaan perisian ini pada pihak-pihak tertentuyang tidak mempunyai pengetahuan

dalam bidang pendidikan.

Menurut Ee (1996), guru-guru akan menimbulkan minat pelajar–pelajar terhadap

pelajaran yang disampaikan jika pengajaran itu mereka menggunakan pelbagai

rangsangan seperti nada suara yang berubah-ubah, carta yang menarik, pita rakaman,

video serta permainan. Melalui aktiviti ini guru akan dapat menimbulkan minat pelajar

terhadap pengajarannya. Guru juga seharusnya pandai mengaitkan pelajar dengan minat,

perasaan ingin tahu dan ingin meneroka pada pelajar. Pelajar yang telah dimotivasi oleh

guru biasanya lebih berminat dan akan mempercepatkan pembinaan konsep dan

seterusnya mambantu pencapaian objektif pembelajaran. Keadaan ini pastinya akan

membantu mengekalkan minat pelajar serta memberi kesediaan kepada mereka untuk

terus belajar.

Page 22: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTU … file“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan berpendapat karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

6

1.3 Pernyataan Masalah

Pembangunan perisian PBK ini bertujuan membantu guru-guru mata pelajaran

lukisan kejuruteraan menjalankan proses pengajaran dengan lebih berkesan dalam topik

pandangan bantuan. Hasil daripada perbincangan dengan guru pakar Lukisan

Kejuruteraan, penyelidik memilih untuk membangunkan perisian PBK bagi topik

Pandangan Bantuan. Dengan menggunakan perisian PBK, proses pengajaran dan

pembelajaran mungkin akan dapat dilakukan dengan lebih berkesan kerana perisian PBK

digunakan sebagai alat bantu mengajar dan demonstrasi. Gabungan teks, grafik, audio,

video dan animasi dapat memberikan gambaran sebenar yang lebih jelas. Kepentingan

pembinaan perisian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran haruslah dipandang

berat oleh semua pihak. Ini adalah kerana pelajar yang akan diajar merupakan generasi

yang akan menjadi tiang negara kita..

1.4 Objektif Perisian

Pembinaan perisian PBK ini adalah bertujuan untuk :

i. Membangunkan perisian PBK yang menjelaskan kaedah Pandangan Bantuan

secara praktikal mengikut sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM).

ii. Menilai kebolehfungsian perisian PBK.

iii. Mendokumentasikan kelemahan dan kelebihan perisian PBK.

Page 23: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTU … file“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan berpendapat karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

7

1.5 Kepentingan Perisian

Menyedari akan kepentingan alat bantu mengajar di dalam aktiviti pengajaran

dan pembelajaran, maka penyelidik merasakan pembinaan perisian PBK perlu

dibangunkan bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan sub topik Pandangan Bantuan

kerana ia dapat meningkatkan keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Perisian PBK digunakan untuk mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran guru di

dalam kelas. Perisian PBK ini juga boleh digunakan sebagai alat persembahan dan

demonstrasi. Gabungan teks, grafik, audio, video dan animasi dapat memberikan

gambaran sebenar yang lebih jelas dan mempercepatkan pemahaman pelajar terhadap

konsep yang sukar diajar dengan pengajaran secara tradisional.