psz 19:16 (pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportpsm.pdf · “saya akui bahawa saya...

94
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : SISTEM INTEGRASI PENGURUSAN PESAKIT : TEMUJANJI, PEMBEDAHAN DAN PENDERMAAN DARAH SESI PENGAJIAN: SEMESTER II SESI 2007 / 2008 Saya HANISAH BINTI SAMID mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan () SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________ ___________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: Nama Penyelia : KG PT MOHAYAT, 82100, AYER BALOI, PM MAZLEENA BTE SALLEH PONTIAN, JOHOR. Tarikh : 9 MEI 2008 Tarikh : 9 MEI 2008 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: ngotu

Post on 12-May-2019

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦ JUDUL : SISTEM INTEGRASI PENGURUSAN PESAKIT : TEMUJANJI, PEMBEDAHAN DAN PENDERMAAN DARAH

SESI PENGAJIAN: SEMESTER II SESI 2007 / 2008

Saya HANISAH BINTI SAMID mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (√) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh

__________________ ___________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: Nama Penyelia : KG PT MOHAYAT, 82100, AYER BALOI, PM MAZLEENA BTE SALLEH PONTIAN, JOHOR. Tarikh : 9 MEI 2008 Tarikh : 9 MEI 2008

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Komputer”.

Tandatangan : ………………………………….

Nama Penyelia : PM MAZLEENA BTE SALLEH

Tarikh : 9 MEI 2008

Page 3: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

i

SISTEM INTEGRASI PENGURUSAN PESAKIT :

TEMUJANJI, PEMBEDAHAN DAN PENDERMAAN DARAH

HANISAH BINTI SAMID

Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer)

Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat

Universiti Teknologi Malaysia

Mei, 2008

Page 4: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

ii

“Saya akui tesis ini yang bertajuk “Sistem Integrasi Pengurusan Pesakit : Temujanji,

Pembedahan Dan Pendermaan Darah” adalah hasil kerja saya sendiri

kecuali petikan-petikan yang diambil dari mana-mana sumber yang tiap-tiap satunya

telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : …………………………...

Nama Penulis : HANISAH BINTI SAMID

Tarikh : 9 MEI 2008

Page 5: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

iii

DEDIKASI

Dedikasi ini ditujukan khas untuk insan-insan yang dihormati dan dikasihi:

Buat Ayah dan Mak tersayang,

Jutaan terima kasih yang tak terhingga buat ayah dan mak kerana sentiasa memberikan

dorongan dan sokongan yang berterusan kepada Ani.

Buat Teman-teman yang disayangi selalu,

Saat-saat pertemuan dan setiap kenangan yang tercipta tidak akan Nisa lupakan.

Terima kasih kerana sentiasa memberikan tunjuk ajar dan sokongan kepada Nisa

selama

ini.

Akhir sekali, terima kasih kepada semua pihak terlibat yang sentiasa membantu diri ini.

Page 6: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

iv

PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia-Nya,

dapatlah saya menyudahkan laporan PSM II ini. Di kesempatan ini juga, saya ingin

merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia PSM II saya iaitu, PM

Mazleena Salleh atas bimbingan dan tunjuk ajarnya kepada saya dalam menyudahkan

laporan ini.

Di samping itu, penghargaan juga diberikan kepada para pensyarah dan rakan-

rakan yang telah banyak membantu dan menyumbang idea serta pendapat yang bernas

kepada saya semasa proses penulisan laporan PSM II serta sepanjang pembangunan

sistem dilakukan ini.

Akhir sekali, tidak lupa juga ucapan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga

yang tersayang terutama ibu bapa saya kerana dorongan dan sokongan penuh yang

diberikan terhadap saya dalam tempoh menyiapkan laporan ini. Semoga Allah s.w.t.

membalas segala jasa dan budi baik yang dicurahkan oleh semua pihak yang terlibat.

Page 7: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

v

ABSTRAK

Sistem pengurusan pesakit di hospital-hospital pada masa kini memerlukan

peningkatan pengurusan maklumat pesakit bagi temujanji antara doktor dan pesakit,

pendermaan darah dan pembedahan. Projek yang dilaksanakan ini iaitu sistem integrasi

pengurusan pesakit bagi temujanji, pembedahan dan pendermaan darah bertujuan untuk

memudahkan pihak pentadbiran hospital dengan meningkatkan tahap pengurusan

maklumat pesakit, pengurusan temujanji antara pesakit dengan doktor, pengurusan

penempahan bilik pembedahan dan pengurusan maklumat pendermaan darah dengan

bantuan teknologi masa kini. Sistem-sistem tersebut digabungkan untuk menjadi satu

sistem yang berintegrasi bagi mengelakkan berlakunya pertindihan maklumat pesakit

serta memudahkan penyelenggaraan maklumat-maklumat tersebut. Untuk memudahkan

capaian kepada maklumat yang tersimpan, teknologi berasaskan web serta SMS telah

digunakan. Sistem ini menggunakan metodologi prototaip. Pembangunan sistem ini

juga melibatkan penggunaan Microsoft Web Developer 2005 Express Edition dan

Microsoft SQL Server 2005. Sistem ini diharapkan dapat meningkatkan tahap kualiti

pengurusan maklumat pesakit di hospital-hospital.

Page 8: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

vi

ABSTRACT

Nowadays, a patient management system in hospital are need to be upgrade and

increase the management quality in appointment between doctor and patient, blood

donation and surgery system to ensure that the patient information are manageable.

Patient management system for appointment, operation and blood donation are

developed to ease the hospital administration by increasing the level of patient

information management, appointment between doctor and patient management,

operating theatre booking management and blood donation management with the use of

latest technology. Those system are combined and make it as one integrated system to

prevent redundancy in patient information and easy maintenance. To make sure that the

information retrieval can be achieved, this system is developed with web-based design

and supported with SMS technology. This system is using the prototyping

methodology. The system development is using Microsoft Web Developer 2005

Express Edition and Microsoft SQL Server 2005. Hopefully, the development of this

system can provide functionality to improve a quality level of management in patient

information at hospital.

Page 9: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA

SURAT

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI ISTILAH xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Matlamat 3

1.4 Objektif 4

1.5 Skop 4

Page 10: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

viii

1.6 Kepentingan Projek 5

1.7 Ringkasan 7

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 8

2.2 Kajian Terhadap Sistem Sedia Ada 9

2.2.1 Temujanji Antara Doktor dan Pesakit 9

2.2.2 Pendermaan Darah 10

2.2.3 Pembedahan 15

2.3 Analisis Masalah Terhadap Sistem sedia Ada 17

2.3.1 Temujanji Antara Doktor dan Pesakit 17

2.3.2 Integrasi Antara Sistem 17

2.4 Kajian Terhadap Teknologi Yang Digunakan 18

2.4.1 Internet 18

2.4.2 HyperText Transfer Protocol (HTTP) 18

2.4.3 Internet Information Service(IIS) 19

2.4.4 Microsoft SQL Server 2005 19

2.4.5 Microsoft Visual Web Developer 2005

Express Edition 20

2.4.6 Modem GSM 20

2.4.7 Short Messaging Service (SMS) 21

2.5 Ringkasan 21

BAB 3 METODOLOGI PROJEK

3.1 Pengenalan 22

3.2 Metodologi Prototaip 23

3.3 Kaedah Unified Modeling Language (UML) 26

Page 11: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

ix

3.4 Keperluan Perkakasan dan Perisian 27

3.4.1 Spesifikasi Perkakasan 27

3.4.2 Spesifikasi Perisian 28

3.4.3 Short Message Service (SMS) 30

3.5 Ringkasan 30

BAB 4 REKABENTUK SISTEM

4.1 Pengenalan 31

4.2 Rekabentuk Rangkaian Sistem 32

4.3 Rekabentuk Senibina Sistem 33

4.4 Rajah Kes Guna 34

4.4.1 Takrifan Bagi Aktor Sistem 34

4.4.2 Takrifan Bagi Kes Guna Sistem 37

4.5 Rajah Jujukan 40

4.6 Rekabentuk Pangkalan Data 40

4.7 Rekabentuk Antaramuka 43

4.7.1 Rekabentuk Input 43

4.7.2 Rekabentuk Output 44

4.8 Ringkasan 45

BAB 5 IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN

5.1 Pengenalan 46

5.2 Implementasi 47

5.2.1 Implementasi Bahagian Pentadbiran Sistem 47

5.2.1.1 Operasi Penambahan, Pengemaskinian

dan Penghapusan Maklumat 48

5.3 Implementasi Bahagian SMS 51

Page 12: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

x

5.4 Implementasi Sistem Temujanji Antara Doktor dan Pesakit 53

5.5 Implementasi Sistem Pendermaan Darah 58

5.6 Implementasi Sistem Pembedahan 60

5.7 Pengujian Terhadap Sistem 63

5.7.1 Pengujian Terhadap Pangkalan Data 63

5.7.2 Pengujian Terhadap Input Dan Output Sistem. 64

5.7.3 Pengujian Integrasi Unit 66

5.8 Rumusan 67

BAB 6 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

6.1 Pengenalan 68

6.2 Pencapaian 69

6.2.1 Kebaikan Sistem 70

6.3 Kelemahan Sistem 71

6.4 Cadangan Pembaikan 71

6.5 Ringkasan 72

RUJUKAN 73

Page 13: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Kumpulan Darah ABO 10

2.2 Pemilihan Kesesuaian Darah Untuk Tujuan

Pemindahan Darah 11

3.1 Spesifikasi Perkakasan Peralatan Komputer 28

3.2 Spesifikasi Perkakasan Untuk Fungsi SMS 28

3.3 Spesifikasi Perisian 29

4.1 Takrifan Aktor Bagi Proses Temujanji 35

4.2 Takrifan Aktor Bagi Proses Pendermaan Darah 36

4.3 Takrifan Aktor Bagi Proses Pembedahan 36

4.4 Takrifan Kes Gunaan Sistem Bagi Temujanji 37

4.5 Takrifan Kes Gunaan Sistem Bagi Pendermaan

Darah 38

4.6 Takrifan Kes Gunaan Sistem Bagi Pembedahan 39

4.7 Spesifikasi Input Pengguna 44

4.8 Spesifikasi Output Pengguna 44

Page 14: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Carta Alir Proses Temujanji Antara Pesakit

Dan Doktor 9

2.2 Proses Pendermaan Darah 12

2.3 Sistem Maklumat Penderma Darah Secara Atas Talian 13

2.4 Borang Pendaftaran Sebagai Penderma Darah 13

2.5 Proses Pemindahan Darah 14

2.6 Proses Sebelum Dan Selepas Pembedahan 16

3.1 Aliran Senibina Model Prototaip 24

4.1 Rekabentuk Rangkaian Sistem 32

4.2 Rekabentuk Senibina Sistem 33

4.3 Rekabentuk Hubungan Entiti Bagi Integrasi Antara

Temujanji Dan Pembedahan 41

4.4 Rekabentuk Hubungan Entiti Bagi Temujanji 41

4.5 Rekabentuk Hubungan Entiti Bagi Pendermaan Darah 42

4.6 Rekabentuk Hubungan Entiti Bagi Pembedahan 42

5.1 Keratan Antaramuka Log Masuk 47

5.2 Keratan Kod Aturcara Bagi Log Masuk 48

5.3 Antaramuka Laman Utama Bagi Pentadbir 48

5.4 Antaramuka Paparan Utama Pengguna Sistem 49

5.5 Antaramuka Paparan Maklumat Pengguna Sistem 49

5.6 Keratan Kod Aturcara Bagi Proses Penambahan 50

5.7 Keratan Kod Aturcara Bagi Proses Pengemaskinian 50

5.8 Keratan Kod Aturcara Bagi Proses Penghapusan 51

Page 15: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

xiii

5.9 Keratan Kod Aturcara Bagi SMS 52

5.10 Antaramuka Bagi Doktor Untuk Menetapkan Jadual

Waktu 53

5.11 Antaramuka Bagi Paparan Temujanji 53

5.12 Antaramuka Untuk Pengesahan Temujanji 54

5.13 Antaramuka Untuk Pengesahan Temujanji Melalui

SMS Peringatan 54

5.14 Antaramuka Bagi Senarai Pesakit 55

5.15 Antaramuka Bagi Maklumat Pesakit 55

5.16 Antaramuka Bagi Status Pesakit 56

5.17 Antaramuka Untuk Membuat Temujanji 56

5.18 Antaramuka Pengisian Maklumat Temujanji 57

5.19 Antaramuka Bagi Maklumat Temujanji 57

5.20 Antaramuka Bagi Pemberitahuan Temujanji Baru

Melalui SMS Peringatan 57

5.21 Antaramuka Borang Pengisian Maklumat Penderma

Darah 58

5.22 Antaramuka Carian Darah 59

5.23 Antaramuka Paparan Maklumat Penderma Darah 59

5.24 Antaramuka Paparan Maklumat Terperinci Penderma

Darah 60

5.25 Antaramuka Tempahan Bilik Pembedahan 61

5.26 Antaramuka Pemberitahuan Pembedahan Baru Melalui

SMS Peringatan 61

5.27 Antaramuka Paparan Tempahan Bilik Pembedahan 62

5.28 Antaramuka Pemberitahuan Pembatalan Pembedahan

Melalui SMS Peringatan 62

5.29 Ralat Pada Pangkalan Data 63

5.30 Keratan Kod Aturcara Untuk Capaian Ke Pangkalan

Data 64

5.31 Mesej Ralat Pada Log Masuk 64

Page 16: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

xiv

5.32 Mesej Ralat Jika Pengisian Maklumat Tidak Menepati

Format 65

5.33 Mesej Ralat Jika Pengisian Maklumat Tidak Lengkap 65

5.34 Mesej Ralat Jika Pengisian Maklumat Katalaluan

Berbeza 66

5.35 Contoh Ralat Pada Pengintegrasian Unit 66

Page 17: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

xv

SENARAI SINGKATAN

ASP - Active Server Pages

FTP - File Transfer Protocol

GSM - Global Standard Mobile

HTTP - Hypertext Transfer Protocol

ID - Identification

IIS - Internet Information Service

ISDN - Integrated Services Digital Network

LAN - Local Area Network

OT - Operating Theatre

PC - Personal Computer

POC - Point Of Care

PCMCIA - Personal Computer Memory Card

Association

RAD - Rapid Application Development

RFC - Request For Comment

RFID - Radio Frequency Identification

SMS - Short Messaging Service

SQL - Structure Query Language

TCP/IP - Transmission Control Protocol/Internet

Protocol

UML - Unified Modeling Language

USB - Universal Serial Bus

Page 18: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

xvi

SENARAI ISTILAH

Bahasa Melayu Bahasa Inggeris

Aktor - Actor

Bilik Pembedahan - Operating Theatre (OT)

Kata Laluan - Password

Kebenaran - Admission

Kes Gunaan - Use Case

Khidmat Pesanan Ringkas - Short Messaging Service

Komputer Peribadi - Personal Computer

Komputer Riba - Laptop Computer

Laluan - Gateway

Nama Pengguna - Username

Peralatan luaran - External Device

Protokol - Protocol

Sistem Kumpulan Darah - Blood Group System

Validasi - Validation

Verifikasi - Verification

Page 19: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT

A Carta Gantt Projek I 75

B Carta Gantt Projek II 77

C Rajah Kes Gunaan 79

D Rajah Jujukan 84

E Rekabentuk Pangkalan Data 88

F Manual Pengguna 93

Page 20: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

BAB 1

PENGENALAN PROJEK

1.1 Pengenalan

Secara umumnya, hospital boleh didefinisikan sebagai sebuah institusi

perubatan yang memberikan kemudahan seperti rawatan perubatan, rawatan diagnostik

dan perkhidmatan pembedahan seperti penjagaan perubatan serta rawatan kepada

pesakit yang menghidapi penyakit serta mengalami kecederaan dan dipantau oleh

doktor dan jururawat yang terlibat. Bagi memastikan proses rawatan berjalan dengan

lancar, doktor dan jururawat adalah antara pihak yang memainkan peranan utama

dalam memastikan para pesakit menerima segala keperluan dan rawatan yang

sepatutnya.

Dalam memberikan perkhidmatan kepada setiap pesakit yang berkunjung ke

hospital setiap hari dengan kapasiti pengunjung yang tinggi, adakalanya perkhidmatan

kepada pesakit adalah terhad. Oleh itu, pesakit perlu berada di dalam senarai

menunggu untuk diberikan rawatan. Antara aktiviti yang melibatkan penggunaan

Page 21: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

2

senarai menunggu pesakit ini adalah proses membuat temujanji antara doktor dan

pesakit, pembedahan dan pendermaan darah.

Dalam era pembangunan teknologi pengkomputeran yang pesat, penggunaan

komputer secara maksima dapat dilihat sebagai satu alat yang sangat membantu

pengurusan pihak hospital dalam menguruskan maklumat-maklumat pesakit tersebut.

Ini kerana, penggunaan komputer mampu meningkatkan kualiti dan kecekapan

pengurusan penyimpanan maklumat pesakit serta adanya bantuan teknologi yang lain

seperti penggunaan SMS. Oleh itu, pembangunan sistem ini amat diperlukan bagi

melancarkan pengurusan maklumat pesakit dan mengurangkan masalah yang dihadapi.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dewasa ini, salah satu masalah yang dapat dilihat di hospital-hospital adalah

sistem pengurusan pesakit yang sedia ada, dikecilkan skopnya kepada temujanji antara

doktor dan pesakit, pembedahan dan pendermaan darah.

Merujuk kepada proses temujanji antara doktor dan pesakit, sistem temujanji

yang dipraktikkan pada masa kini adalah secara manual di mana pesakit perlu hadir ke

hospital atau membuat panggilan terlebih dahulu untuk membuat temujanji dengan

doktor dan doktor pula kadangkala menerima pesakit yang ramai dalam sehari. Sebuah

sistem temujanji perlu dibangunkan bagi membantu urusan temujanji antara doktor dan

pesakit agar bertambah baik dengan adanya bantuan teknologi masa kini.

Selain itu, sistem tempahan bilik pembedahan sedia ada menggunakan talian

telefon sebagai alat perhubungan utama untuk menghubungi pakar bedah bagi

Page 22: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

3

memaklumkan sesi pembedahan yang akan dilakukan. Memandangkan wujudnya

pelbagai teknologi yang boleh digunakan selain telefon seperti teknologi Internet dan

SMS, ini dapat dilihat sebagai satu cara alternatif mengurangkan kos penggunaan talian

telefon.

Tambahan pula, sistem-sistem sedia ada bagi temujanji antara doktor dan

pesakit, tempahan bilik pembedahan dan pengurusan bank darah hospital tidak

melibatkan integrasi di antara sistem tersebut. Sistem sedia ada memerlukan setiap

pengguna mendapatkan maklumat secara manual iaitu menelefon atau berjumpa dengan

pihak terlibat. Contohnya, bagi pihak doktor yang ingin melihat maklumat pesakitnya

yang akan melalui pembedahan perlu menghubungi dahulu pihak yang terlibat dalam

urusan tempahan bilik pembedahan dan sekiranya operasi pembedahan melibatkan

permintaan bekalan darah dari bank darah hospital, urusan dilakukan dengan

melakukan pengisian borang tertentu untuk mendapatkan bekalan darah yang

diperlukan. Oleh kerana sistem-sistem tersebut saling tidak berintegrasi, maka terdapat

kemungkinan akan berlaku pertindihan maklumat pesakit.

Oleh itu, sebuah sistem yang dapat memudahkan pengurusan bukan sahaja

untuk urusan temujanji antara doktor dan pesakit malahan meningkatkan kualiti

pengurusan maklumat-maklumat berkaitan tempahan bilik pembedahan serta bank

darah hospital.

1.3 Matlamat Projek

Sistem integrasi pengurusan pesakit bagi temujanji, pembedahan dan

pendermaan darah menekankan konsep integrasi iaitu gabungan sistem-sistem di mana

Page 23: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

4

setiap sistem mampu berkomunikasi di antara satu sama lain untuk memperoleh

maklumat yang dikehendaki. Matlamat utama telah dicapai semasa proses

pembangunan sistem ini iaitu membangunkan sistem pengurusan pesakit yang

berintegrasi antara temujanji, pembedahan dan pendermaan darah.

1.4 Objektif Projek

Terdapat tiga objektif utama bagi projek yang telah dibangunkan iaitu:

i. Mengkaji dan mengenalpasti masalah sistem pengurusan pesakit sedia ada.

ii. Merekabentuk sistem yang merangkumi temujanji, tempahan bilik

pembedahan dan pengurusan bank darah.

iii. Membangunkan sistem pengurusan pesakit yang berintegrasi.

1.5 Skop Projek

Skop bagi projek ini adalah seperti berikut :

i. Sistem integrasi pengurusan pesakit bagi temujanji, pembedahan dan

pendermaan darah ini adalah berasaskan web.

Page 24: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

5

ii. Sistem ini hanya boleh dicapai oleh pengguna yang terlibat iaitu pentadbir,

doktor, jururawat, pakar bedah, penyelaras tempahan bilik pembedahan, staf

pendermaan darah dan pesakit.

iii. Sistem ini memberi fokus kepada proses temujanji antara doktor dan

pesakit, urusan tempahan bilik pembedahan dan pengurusan bank darah

sahaja.

iv. Hanya sistem temujanji dan tempahan bilik pembedahan sahaja yang saling

berintegrasi.

v. Teknologi SMS turut digunakan dalam sistem ini di mana hanya melibatkan

penghantaran SMS peringatan secara automatik melalui sistem tersebut.

vi. Paparan terbaik bagi sistem ini adalah menggunakan pelayar Internet

Explorer.

1.6 Kepentingan Projek

Pembangunan sistem integrasi pengurusan pesakit bagi temujanji, pembedahan

dan pendermaan darah ini adalah perlu bagi memudahkan dan meningkatkan kualiti

pengurusan senarai menunggu pesakit di hospital-hospital pada masa hadapan.

Sistem ini dibangunkan secara berasaskan web dengan tujuan untuk

memudahkan capaian oleh pengguna-pengguna terlibat iaitu pihak doktor, jururawat,

pakar bedah, penyelaras bilik pembedahan, staf pendermaan darah dan pesakit berdaftar

secara pantas.

Page 25: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

6

Sistem ini juga mengintegrasikan sistem temujanji antara doktor dan pesakit,

sistem tempahan bilik pembedahan serta sistem pendermaan darah. Ini mengelakkan

berlakunya pertindihan maklumat-maklumat kerana hanya satu pangkalan data sahaja

yang digunakan.

Bagi proses temujanji di antara doktor dan pesakit, sistem ini menyediakan

fungsi di mana pihak doktor atau jururawat boleh melakukan proses memapar,

menambah, mengemaskini semula, menghapus serta carian maklumat pesakit. Selain

itu, pihak doktor boleh melihat maklumat pesakit yang akan melalui pembedahan.

Senarai maklumat temujanji juga boleh dilihat, diubah atau dibatalkan.

Bagi pesakit pula, mereka boleh melakukan proses memapar maklumat mereka

serta maklumat temujanji yang perlu dihadiri. Sistem ini turut membenarkan pesakit

untuk membuat temujanji baru dengan membuat pilihan doktor dan melihat serta

membuat tempahan berdasarkan kekosongan masa pada jadual waktu bagi doktor yang

dipilih. Setelah itu, pilihan yang telah dilakukan akan disahkan oleh doktor berkenaan

samada diterima atau tidak. Terdapat fungsi penghantaran SMS secara automatik

kepada pihak doktor atau pesakit untuk tujuan pemberitahuan temujanji.

Bagi proses tempahan bilik pembedahan pula, pihak penyelaras bilik tempahan

boleh melakukan tempahan bilik pembedahan, mengubah dan membatalkan tempahan

tersebut. Penghantaran SMS pembatalan atau perubahan pembedahan kepada pihak

pakar bedah adalah secara automatik melalui sistem ini.

Selain itu, pihak pakar bedah turut boleh melihat maklumat jadual pembedahan

yang akan dijalankan atau sekiranya terdapat perubahan atau pembatalan pembedahan

yang telah ditetapkan.

Page 26: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

7

Bagi pengurusan bank darah hospital pula, sistem ini membenarkan staf

pendermaan darah mengisi maklumat bagi penderma darah baru. Maklumat darah yang

diterima akan dimasukkan ke dalam pangkalan data bank darah hospital. Selain itu,

carian maklumat bank darah boleh dilakukan berdasarkan jenis darah. Carian maklumat

penderma darah yang lebih terperinci berdasarkan nama, nombor kad pengenalan dan

tarikh bagi pendermaan terakhir yang dibuat juga boleh dilakukan

1.7 Ringkasan

Kesimpulannya, pembangunan sistem integrasi pengurusan pesakit bagi

temujanji, pembedahan dan pendermaan darah ini memberikan banyak kebaikan dan

kemudahan yang boleh dimanfaatkan oleh pihak hospital. Bab 1 menerangkan masalah

dalam sistem sedia ada, matlamat, skop dan objektif sistem. Kajian dan analisis

masalah yang wujud dalam sistem sedia ada serta ringkasan penggunaan teknologi dan

perisian yang digunakan akan dikupas pada Bab 2. Bab 3 pula membincangkan

metodologi yang dipilih iaitu metodologi prototaip serta spesifikasi perkakasan dan

perisian yang terlibat untuk membangunkan sistem ini. Seterusnya, Bab 4 menghurai

secara terperinci rekabentuk-rekabentuk yang terlibat serta huraian maksud tentang

rajah kes guna dan rajah jujukan bagi menerangkan interaksi di antara pengguna dan

sistem ini. Selain itu, Bab 5 pula membincangkan implimentasi iaitu penerangan secara

menyeluruh mengenai bahagian-bahagian dalam sistem serta pengujian-pengujian yang

telah dilakukan pada sistem. Akhir sekali, perbincangan serta kesimpulan mengenai

pencapaian yang diperoleh, kebaikan dan kelemahan yang terdapat pada sistem serta

cadangan pembaikan yang boleh dilakukan akan diterangkan pada Bab 6.

Page 27: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan topik-topik yang berkaitan berdasarkan kajian-

kajian yang telah dilakukan sebelum pelaksanaan pembangunan sistem. Ia termasuklah

kajian terhadap sistem sedia ada, teknologi atau teknik yang terlibat serta perisian-

perisian aplikasi yang digunakan dalam pembangunan sistem.

Pertama sekali, perbincangan tertumpu kepada kajian terhadap sistem

pengurusan pesakit sedia ada meliputi proses temujanji antara doktor dan pesakit,

pendermaan darah dan pembedahan sebelum sistem yang baru dibangunkan.

Bab ini juga akan membincangkan perisian-perisian yang terlibat dalam proses

pembangunan sistem ini seperti Internet Information Server (IIS), Microsoft SQL

Server 2005, Microsoft Web Developer 2005 Express Edition, Modem GSM, Short

Messaging Service (SMS).

Page 28: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

9

2.2 Kajian Terhadap Sistem sedia Ada

Secara umumnya, masalah yang wujud dalam pengurusan senarai menunggu

pesakit bukan sahaja berlaku di Malaysia bahkan masalah ini turut diberi perhatian di

seluruh dunia. Kajian terhadap sistem sedia ada memberi fokus kepada contoh-contoh

kajian tentang masalah pengurusan senarai menunggu pesakit yang telah dilakukan

merangkumi proses temujanji antara doktor dan pesakit, tempahan bilik pembedahan

dan pendermaan darah.

2.2.1 Temujanji Antara Doktor dan Pesakit

Temujanji boleh ditakrifkan sebagai masa peruntukan untuk sesuatu perkara

contohnya untuk proses rawatan antara doktor dan pesakit pada masa tertentu. Rajah

2.1 merupakan carta alir bagi temujanji antara pesakit dan doktor secara umum di

hospital-hospital.

Pesakit membuat panggilan untuk

temujanji

Pihak pengurusan menentukan tarikh

temujanji

Pesakit daftar masuk

Jururawat membawa pesakit ke bilik temujanji

Pesakit berjumpa doktor

Pesakit daftar keluar

Rajah 2.1 Carta Alir Temujanji Antara Pesakit Dan Doktor

Page 29: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

10

2.2.2 Pendermaan Darah

Darah secara umumnya adalah cecair merah yang mengalir pada arteri dan vena

dalam tubuh badan yang membawa oksigen dan karbon dioksida daripada tisu badan.

Jenis darah atau kumpulan darah pula adalah pengklasifikasian darah berdasarkan

kepada kehadiran bahan antigen perwarisan pada permukaan sel darah merah yang

mungkin mengandungi protien, karbohidrat dan glikoprotien. Sistem kumpulan darah

terbentuk daripada kehadiran beberapa antigen. Jenis darah ditentukan sebahagiannya

berdasarkan antigen kumpulan darah ABO yang hadir pada sel darah merah. Jadual 2.1

menunjukkan jenis-jenis darah dalam sistem kumpulan darah ABO [1].

Jadual 2.1 Kumpulan Darah ABO

Kumpulan Darah

Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan AB Kumpulan O

Jenis sel darah merah

A

B

AB

O

Antibodi

Anti-B

Anti-A

-

Anti-A dan

Anti-B

Antigen

Antigen A

Antigen B

Antigen A

dan B

-

Pendermaan darah adalah satu proses di mana penderma darah dengan sukarela

mendermakan darahnya untuk tujuan pengumpulan dan simpanan bekalan darah di

bank darah hospital yang kemudiannya digunakan untuk proses pemindahan darah

kepada pesakit yang memerlukan.

Page 30: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

11

Jadual 2.2 menunjukkan pemilihan kesesuaian darah mengikut jenis darah

pesakit tersebut [2].

Jadual 2.2 Pemilihan Kesesuaian Darah Untuk Pemindahan Darah

KUMPULAN DARAH PENDERMA

O

A

B

AB

O

-

-

-

A

-

-

B

-

-

K

MU

PUL

AN

DA

RA

H

PESA

KIT

AB

Proses pendermaan darah secara umumnya melibatkan beberapa fasa iaitu

pendaftaran, temubual perubatan, pemeriksaan mini fizikal, pendermaan darah dan

penyegaran dan istirehat. Rajah 2.2 menunjukkan proses aliran setiap fasa bagi proses

pendermaan darah [3].

Page 31: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

12

Pendaftaran

Temubual perubatan

Pemeriksaan mini fizikal

Pendermaan darah

Penyegaran dan istirehat

Rajah 2.2 Proses Pendermaan Darah

Merujuk pada Rajah 2.2, bagi fasa pendaftaran, penderma perlu mengisi

maklumat diri di dalam borang pendaftaran. Seterusnya, temubual dilakukan oleh staf

yang bertugas untuk melihat sejarah perubatan penderma. Untuk fasa berikutnya, suhu,

denyutan nadi dan tekanan darah akan disemak. Kemudian, sampel darah akan diambil

dan diuji untuk memastikan kandungan zat besi dalam darah adalah mencukupi. Pada

fasa pendermaan darah, darah akan diambil dengan anggaran satu pain darah dan dalam

fasa seterusnya, penderma darah akan diberi rehat dan sumber makanan untuk menjana

semula tenaga akibat kekurangan bekalan darah.

Terdapat beberapa contoh sistem sedia ada yang telah diambil bagi proses

pendermaan darah. Rajah 2.3 menunjukkan sistem maklumat penderma darah secara

atas talian [4].

Page 32: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

13

Rajah 2.3 Proses Carian Jenis Darah Di Bank Barah

Sistem Maklumat Penderma Darah Secara Atas Talian adalah contoh sistem

bank darah di Tripura, India yang membenarkan carian jenis kumpulan darah di daerah

yang diingini. Sistem ini akan memaparkan maklumat penderma darah berdasarkan

pilihan kumpulan darah dan daerah.

Rajah 2.4 Borang Pendaftaran Sebagai Penderma Darah Baru Secara Atas Talian

Page 33: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

14

Rajah 2.4 menunjukkan borang pendaftaran sebagai penderma darah baru secara

atas talian yang boleh didapati menerusi laman web American Red Cross [3]. Selepas

pendaftaran, penderma darah boleh memilih pusat derma darah bagi menentukan lokasi

serta masa temujanji untuk pendermaan darah.

Rajah 2.5 pula menunjukkan penggunaan teknologi RFID bagi proses

pemindahan darah [5].

Rajah 2.5 Proses Pemindahan Darah

Teknologi RFID adalah antara teknologi terkini yang digunakan dalam proses

pendermaan dan pemindahan darah. Penggunaan teknologi RFID ini dapat

mengurangkan kesilapan semasa proses pemindahan darah. Beberapa contoh kesilapan

yang sering terjadi adalah kesilapan semakan kesesuaian jenis darah di bank darah,

kesilapan staf bertugas kerana melakukan banyak tugas pada satu masa dan kesilapan

melabel disebabkan beberapa faktor seperti pesakit mempunyai nama yang hampir

sama dan dalam keadaan tergesa-gesa. Penggunaan borang yang banyak dan semakan

secara manual turut menyumbang kepada berlakunya kesilapan.

Teknologi ini menggunakan tag RFID 13.56 MHz yang diletakkan pada

pergelangan tangan pesakit dan beg darah. Keseluruhan hospital pula menggunakan

Page 34: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

15

rangkaian tanpa wayar. Peralatan yang terlibat adalah komputer peribadi, komputer

riba dan PDA.

Untuk proses pendermaan darah, apabila penderma darah memasuki wad,

maklumat seperti nombor ID dan jenis darah direkod ke dalam sistem komputer dan

meletakkan tag RFID pada pergelangan tangan. Kemudian penderma darah, memasuki

tempat menderma darah di mana terdapat troli yang mengandungi mobil Point-Of-Care

(POC) yang menggunakan komputer riba teknologi tanpa wayar 1.7 GHz, pembaca

RFID tanpa wayar dan PDA. Sebelum pendermaan darah, staf bertugas akan membaca

maklumat penderma darah menggunakan pembaca RFID. Maklumat penderma darah

tersebut dipindahkan ke tag beg darah. Apabila pendermaan darah selesai, staf bertugas

memeriksa dan membandingkan semula maklumat beg darah dan tag RFID penderma

darah. Kemudian beg darah tersebut disimpan di bank darah hospital.

Apabila darah penderma diperlukan untuk pemindahan darah, beg darah

tersebut dibawa kepada pesakit yang memerlukan dan disahkan kesesuaiannya

menggunakan pembaca PDA 520 MHz. Jika kesemua maklumat bersesuaian, proses

pemindahan darah dilakukan.

2.2.3 Pembedahan

Pembedahan boleh ditakrifkan sebagai salah satu cabang rawatan perubatan

bagi kecederaan atau gangguan fungsi tubuh dengan melakukan pemotongan,

manipulasi atau pengubahan organ tubuh samada menggunakan tangan atau dengan

peralatan. Dalam erti kata lain, prosedur pembedahan yang telah dijadualkan adalah

seseorang yang diletakkan di bilik pembedahan dengan kelengkapan peralatan untuk

pembedahan dan dalam keadaan bawah sedar. Kebenaran untuk pembedahan tidak

Page 35: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

16

diperlukan jika keputusan pembedahan dibuat oleh pakar bedah adalah dalam tempoh

24 jam. Sebelum pesakit memerlukan pembedahan, terdapat beberapa proses yang

perlu dilalui. Rajah 2.6 menunjukkan carta alir pesakit sebelum dan selepas

pembedahan [7].

Pra-pendaftaran dan ujian

kebenaran masuk

Sebelum pembedahan

Semasa pembedahan

Proses penyembuhan

Pulang ke rumah

Selepas pembedahan

Rajah 2.6 Proses Sebelum Dan Selepas Pembedahan

Proses ini bermula dengan pra-pendaftaran di mana pesakit perlu membawa kad

insuran atau borang berkaitan. Seterusnya, setelah jadual pembedahan ditentukan oleh

doktor, pesakit perlu menjalani ujian kebenaran untuk pembedahan. Semua ujian

diagnostik perlu diselesaikan sebelum jadual pembedahan yang telah ditentukan.

Sehari sebelum pembedahan dijalankan, pesakit perlu mengikut panduan-

panduan sebelum pembedahan seperti menjaga pemakanan dan tidak merokok.

Seterusnya, sebelum pembedahan dilakukan pesakit perlu menandatangani borang

kebenaran untuk menjalani pembedahan. Selepas pembedahan dijalankan, pesakit akan

diberi rawatan pemulihan dan akan dibenarkan pulang apabila pesakit telah pulih dari

pembedahan yang dilakukan.

Merujuk kepada penggunaan bilik pembedahan, kebanyakan hospital akan

memastikan segala penggunaan sumber berkaitan iaitu mengekalkan pengoperasian

Page 36: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

17

bilik pembedahan, pakar bedah dan staf bilik bedah sentiasa ada pada jadual

pembedahan yang ditetapkan. Ini penting bagi memastikan masalah menunggu oleh

pesakit yang lebih lama dapat diminimakan.

2.3 Analisis Masalah Terhadap Sistem sedia Ada

Berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas beberapa sistem sedia ada sebelum

ini, terdapat kelemahan-kelemahan yang dapat dilihat.

2.3.1 Temujanji Antara Doktor dan Pesakit

Masalah utama yang dapat dilihat adalah pada proses temujanji tersebut di mana

kadangkala doktor menerima pesakit yang terlalu ramai iaitu pesakit yang telah

membuat temujanji serta pesakit yang baru meminta untuk membuat temujanji pada

masa itu. Oleh itu, untuk meningkatkan tahap pengurusan temujanji tersebut, sebuah

sistem temujanji perlu dibangunkan untuk meningkatkan kualiti pengurusan temujanji

antara doktor dan pesakit.

2.3.2 Integrasi Antara Sistem

Integrasi antara sistem tidak diwujudkan antara sistem-sistem sedia ada di mana

ia sepatutnya lebih memudahkan pengguna untuk mencari maklumat diperlukan tanpa

perlu berjumpa dengan pihak yang terlibat.

Page 37: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

18

2.4 Kajian Terhadap Teknologi Yang Digunakan

Kajian terhadap teknologi yang akan digunakan dan akan dibincangkan

termasuklah Internet, hypertext transfer protocol (HTTP), Microsoft SQL Server 2005,

Microsoft Visual Web Developer 2005 Express Edition, modem GSM dan short

messaging service (SMS).

2.4.1 Internet

Internet merupakan kumpulan atau jaringan dari jaringan komputer yang ada di

seluruh dunia. Kini, komputer yang dahulunya adalah stand-alone dapat berhubungan

dengan komputer-komputer yang lain.

Definisi yang lain bagi Internet adalah ia bagaikan sebuah kota elektronik yang

sangat besar di mana setiap penduduk memiliki alamat internet yang membenarkan

proses pemindahan maklumat dan informasi. Keadaan ini boleh diibaratkan seperti

sekiranya penduduk itu ingin mengelilingi kota, cukup dengan menggunakan komputer

sebagai kenderaan. Jaringan jalannya tertumpu pada media telekomunikasi. Jalur

lambatnya menggunakan line telefon dan jalur cepatnya menggunakan leased line atau

ISDN.

2.4.2 HyperText Transfer Protocol (HTTP)

Page 38: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

19

HTTP dicipta untuk mencapai halaman web serta menakrifkan beberapa kaedah

yang digunakan untuk menguruskan capaian halaman web tersebut. Contoh kaedah

adalah seperti GET, HEAD dan DELETE. HTTP merupakan protokol lapisan aplikasi.

Ia melalui lapisan pengangkutan, rangkaian dan pautan data sebelum dihantar melalui

rangkaian fizikal.

2.4.3 Internet Information Service (IIS)

IIS adalah salah satu perisian daripada Microsoft yang disertakan bersama

sistem pengoperasian Windows NT, Windows 2000 dan Windows Server 2000. IIS

berfungsi sebagai enjin di mana dalam pembangunan sistem ini, IIS digunakan sebagai

agen yang menghubungkan Microsoft SQL Server 2005 dengan Microsoft SQL Server.

IIS juga turut digunakan sebagai perisian yang menghubungkan sistem dengan

pelayar web dan perisian FTP serta pelayan e-mel yang lain pada komputer pengguna.

Ia juga membenarkan komputer persendirian untuk menjadi pelayan seperti HTTP dan

FTP. Selain itu, pelayan IIS perlu didirikan bagi menyediakan perkhidmatan protokol

TCP/IP bagi membenarkan semua jenis perhubungan di antara pelayan SQL dengan

komputer peribadi dan telefon bimbit.

2.4.4 Microsoft SQL Server 2005

Microsoft SQL Server 2005 pula adalah pelayan-pelanggan data hubungan yang

digunakan dalam pemprosesan transaksi yang berasaskan senibina pelayan-pelanggan

iaitu mempunyai komponen front-end (pelanggan) dan back-end (pelayan). Permintaan

terhadap pelayan adalah menggunakan SQL.

Page 39: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

20

2.4.5 Microsoft Visual Web Developer 2005 Express Edition

Microsoft Visual Web Developer 2005 Express Edition merupakan perisian

yang memudahkan pembangunan sistem di mana ia menyediakan kemudahan

perpustakaan yang besar dan juga membolehkan sistem yang dibangunkan dikompil

dan dilarikan. Pembangunan sistem ini yang menggunakan aplikasi ASP.NET

dipermudahkan dengan penyediaan alat bantu yang lengkap oleh Microsoft Visual Web

Developer 2005 Express Edition. Perisian ini juga turut menyokong pembangunan

program yang melibatkan penggunaan telefon bimbit.

2.4.6 Modem GSM

Pelayan telefon bimbit yang digunakan adalah modem GSM di mana dalam

pembangunan sistem ini, modem GSM yang digunakan adalah telefon bimbit yang

menyokong modem di dalamnya.

Modem GSM adalah modem tanpa wayar yang berinteraksi dengan rangkaian

tanpa wayar GSM yang bertindak seperti modem dial-up di mana modem ini menerima

dan menghantar maklumat melalui gelombang radio. Modem GSM terdiri daripada

external device atau kad PC atau PCMCIA. Umumnya, modem GSM luaran di

sambungkan pada komputer melalui kabel selari atau kabel USB manakala penggunaan

kad PC atau PCMCIA adalah untuk komputer riba dengan memasukkannya ke dalam

slot kad PC atau PCMCIA pada komputer riba.

Page 40: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

21

2.4.7 Short Messaging Service (SMS)

SMS atau Khidmat Pesanan Ringkas adalah khidmat pesanan teks yang

membenarkan pesanan teks pendek dalam lingkungan 140 hingga 160 nilai panjang

karakter untuk dihantar kepada atau diterima semula oleh telefon bimbit. SMS telah

diperkenalkan dalam sistem GSM dan disokong penggunaannya oleh semua sistem

komunikasi mobil berasaskan digital. Seperti e-mail, pesanan teks disimpan dan

dihantar pada pusat SMS. Ini bermakna, mesej teks boleh dihantar kemudian jika

telefon bimbit tidak diaktifkan pada masa tersebut.

2.5 Ringkasan

Secara keseluruhannya, kajian terhadap sistem integrasi pengurusan pesakit bagi

temujanji, pembedahan dan pendermaan darah ini mempunyai kelemahan-kelemahan

yang perlu diatasi. Oleh itu, pelbagai teknik, teknologi serta perisian dikaji

kesesuaiannya dan telah digunakan untuk memastikan sistem yang dibangunkan dapat

mengatasi masalah tersebut.

Setelah kajian terhadap domain, teknologi serta teknik-teknik telah dilakukan,

penyelesaian yang dikenalpasti telah dilaksanakan dalam rekabentuk sistem pada bab-

bab seterusnya.

Page 41: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

22

Page 42: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

BAB 3

METODOLOGI PROJEK

3.1 Pengenalan

Bahagian ini menerangkan metodologi yang digunakan dalam proses

pembangunan sistem integrasi pengurusan pesakit bagi temujanji, pembedahan dan

pendermaan darah. Umumnya, metodologi adalah keterangan tentang jujukan aktiviti

yang membantu menyelesaikan masalah dalam pembangunan sistem atau perisian.

Metodologi pembangunan menyediakan satu set teknik, paradigma, peralatan, bahasa

pengaturcaraan dan kaedah-kaedah sampingan yang diperlukan untuk menganalisa

keperluan sistem dan memodelkan sistem yang dibangunkan.

Pemilihan metodologi yang bersesuaian adalah penting agar sistem yang

dihasilkan dapat memenuhi kehendak pengguna. Metodologi yang digunakan dalam

pembangunan sistem ini adalah metodologi prototaip.

Page 43: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

23

3.2 Metodologi Prototaip

Sistem integrasi pengurusan pesakit bagi temujanji, pembedahan dan

pendermaan darah ini dibangunkan berdasarkan penggunaan metodologi yang dipilih

iaitu Model Prototaip. Terdapat beberapa kelebihan menggunakan model ini iaitu

seperti berikut:

i. Model Prototaip ini menyokong kepada pembangunan sistem yang dapat memenuhi

pelbagai keperluan pengguna yang sukar untuk dikenalpasti.

ii. Model ini dapat membantu pembangun sistem mengenalpasti keperluan pengguna

yang sentiasa berubah.

iii. Model ini dapat menjelaskan keperluan untuk kedua-dua pembangun sistem dan

juga pengguna dan ia juga dapat menguji dan menentukan rekabentuk yang sesuai.

iv. Kesilapan pada fasa tertentu dalam model tersebut dapat dikenalpasti dengan lebih

cepat sebelum seluruh sistem dihasilkan. Ini menjimatkan masa pengujian sistem,

melancarkan proses serta meminimakan risiko pembangunan sistem.

v. Model ini melibatkan perbincangan antara pembangun sistem dengan pengguna

sistem sebelum sistem sebenar dibangunkan bagi memastikan sistem yang

dibangunkan memenuhi keperluan pengguna.

Fasa-fasa yang terlibat dalam pembangunan sistem menggunakan pendekatan

berstruktur dan metodologi prototaip adalah seperti berikut:

i. Fasa Perancangan Projek

ii. Fasa Analisa Sistem

iii. Fasa Rekabentuk Sistem

Page 44: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

24

iv. Fasa Pembangunan Prototaip

v. Fasa Pengujian dan Penilaian Prototaip

vi. Fasa Implementasi Sistem

Rajah 3.1 menunjukkan carta alir bagi senibina model prototaip yang digunakan

untuk membangunkan sistem ini.

Perancangan

Sistem yang telah siap

Rekabentuk Analisis

Pembangunan Prototaip

Implementasi Sistem

Penilaian Prototaip

Rajah 3.1 Rajah Aliran Senibina Model prototaip

i) Fasa Perancangan

Dalam fasa perancangan, masalah-masalah yang wujud dalam sistem

pengurusan senarai menunggu pesakit sistem sedia ada dikenalpasti. Seterusnya,

matlamat, objektif dan skop bagi sistem telah ditentukan. Aktiviti-aktiviti yang terlibat

dalam fasa ini ditunjukkan pada Carta Gantt I di Lampiran A dan penerangan yang

lebih lanjut boleh dirujuk kepada bahagian-bahagian pada Bab 1.

Page 45: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

25

Pengumpulan maklumat dan kajian dilakukan dalam pelbagai kaedah. Antara

kaedah yang digunakan adalah mendapatkan rujukan daripada internet dan lawatan ke

hospital-hospital yang berkaitan.

ii) Fasa Analisa

Dalam fasa ini, keperluan pengguna dan sistem perlu dikenalpasti terlebih

dahulu. Kajian yang dilakukan melibatkan lawatan ke hospital-hospital yang berkaitan

dan carian sumber di internet dengan menganalisis sistem sedia ada untuk mendapatkan

masalah-masalah asas bagi sistem ini. Seterusnya, spesifikasi keperluan juga

dikenalpasti.

iii) Fasa Rekabentuk

Dalam fasa ini pula, rekabentuk sistem yang mengintegrasikan antara temujanji,

pembedahan dan pendermaan darah telah dihasilkan berdasarkan keperluan pengguna

yang telah lengkap. Rekabentuk struktur sistem secara kasar telah dihasilkan.

Rekebentuk lain seperti rajah kes guna, rajah jujukan, penghasilan antaramuka dan

rekabentuk pangkalan data turut dihasilkan.

iv) Fasa Pembangunan Prototaip

Fasa pembangunan sistem prototaip melibatkan aktiviti rekabentuk sistem

prototaip. Ia juga melibatkan aktiviti pengaturcaraan sistem pengurusan secara

prototaip. Bahasa pengaturcaraan yang digunakan adalah bahasa pengaturcaraan C-

Sharp .NET di dalam ASP .NET dan pangkalan data dibina menggunakan Microsoft

SQL Server 2005 bagi menyimpan jadual-jadual yang berkaitan.

Page 46: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

26

v) Fasa Penilaian Prototaip

Dalam fasa penilaian prototaip ini, sistem prototaip yang dibina akan

diaplikasikan di mana sistem ini akan digunakan serta diuji oleh pengguna sistem.

Pengubahsuaian akan dilakukan sehingga menepati kehendak pengguna sekiranya

terdapat sebarang masalah yang timbul pada sistem tersebut.

vi) Fasa Implementasi

Dalam fasa ini, sistem prototaip yang telah diubahsuai dan diperbaiki,

digabungkan menjadi sebuah sistem yang lengkap serta perlu menjalani proses validasi

dan verifikasi sebelum dihantar dan digunakan oleh pengguna. Aktiviti-aktiviti yang

terlibat dalam fasa ini ditunjukkan pada Carta Gantt II di Lampiran B.

3.3 Kaedah Unified Modeling Language (UML)

Dalam proses pembangunan sistem ini, kaedah atau teknik yang digunakan

untuk memodelkan sistem adalah UML. UML menggambarkan kelakuan sistem,

interaksi antara objek dan juga rekabentuk sesuatu sistem. Selain itu, ia menyediakan

notasi-notasi yang mudah difahami dan konsisten.

UML mengandungi beberapa elemen grafik yang digabungkan menjadi rajah.

Antara rajah-rajah yang terdapat dalam UML adalah seperti berikut:

Page 47: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

27

i. Rajah Kes Guna

Rajah kes gunaan terdiri daripada aktor dan kes gunaan. Aktor digunakan untuk

mewakili pengguna dalam persekitaran sistem manakala kes gunaan digunakan untuk

mewakili fungsi-fungsi yang digunakan dalam sistem.

ii. Rajah Jujukan

Rajah Jujukan digunakan untuk menunjukkan bagaimana sekumpulan objek

dalam bahagian sistem berinteraksi dalam jujukan masa tertentu dan menunjukkan

mesej yang dihantar dan diterima semula dalam transaksi proses tersebut. Kaedah UML

ini akan digunakan dalam Bab 4 iaitu dalam bahagian rekabentuk sistem.

3.4 Keperluan Perkakasan dan Perisian

Sebelum sesuatu sistem dibangunkan, analisis terhadap keperluan perkakasan

dan perisian perlu dilakukan. Bahagian ini akan membincangkan jenis-jenis perkakasan

serta perisian yang akan digunakan dalam membangunkan sistem ini.

3.4.1 Spesifikasi Perkakasan

Perkakasan yang sesuai dengan perisian amat penting bagi memastikan perisian

yang dipilih dapat berfungsi dengan baik. Senarai bagi spesifikasi perkakasan peralatan

Page 48: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

28

komputer adalah seperti dalam Jadual 3.1 manakala senarai spesifikasi perkakasan

untuk fungsi SMS ditunjukkan dalam Jadual 3.2.

Jadual 3.1 Spesifikasi Perkakasan Peralatan Komputer

Jenis Perkakasan Penerangan Spesifikasi

Unit Pemprosesan Pusat (CPU) Intel Pentium 4 atau lebih

Ingatan Simpanan Rawak 256 RAM atau lebih

Kapasiti Cakera Keras 40 GB atau lebih

Papan Kekunci

Tetikus

Jadual 3.2 Spesifikasi Perkakasan Untuk Fungsi SMS

Jenis Perkakasan Penerangan Spesifikasi

Telefon bimbit

Modem GSM

3.4.2 Spesifikasi Perisian

Untuk membangunkan sistem pengurusan pesakit bagi temujanji, pendermaan

darah dan pembedahan ini, perisian yang sesuai adalah amat penting bagi memastikan

sistem dapat dibangunkan dengan baik. Oleh itu, beberapa jenis perisian yang

bersesuaian dipilih dan pemilihan perisian adalah mengikut spesifikasi perisian seperti

dalam Jadual 3.3.

Page 49: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

29

Jadual 3.3 Spesifikasi Perisian

Perisian Keperluan Perisian

Microsoft Visual Web Developer

2005 Express Edition

Perisian yang digunakan untuk pembangunan

antaramuka sistem serta menyokong aplikasi web

ASP .NET.

Microsoft SQL Server 2005 Perisian ini digunakan bagi membina objek-objek

seperti jadual, data dalam pangkalan data yang

menyimpan data yang dijana oleh sistem.

Internet Information Sevice (IIS) Perisian ini digunakan sebagai agen yang

menghubungkan Microsoft SQL Server 2005

dengan Microsoft SQL Server.

Internet Explorer Digunakan sebagai browser untuk menghasilkan

paparan laman web yang lebih baik.

Microsoft Windows XP Perisian sistem pengoperasian yang mesra

pengguna.

Microsoft Office 2003 Perisian ini digunakan untuk menyokong

dokumentasi projek dan tesis PSM serta laporan

yang perlu.

Microsoft Project 2003 Perisian ini digunakan bagi menjana Carta Gantt

iaitu carta yang menunjukkan perancangan kerja

yang lebih teliti sepanjang proses pelaksanaan.

Rational Rose 2000 Enterprise

Edition

Perisian ini digunakan untuk melukis rajah kes

guna dan rajah jujukan yang diperlukan.

Page 50: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

30

3.4.3 Short Message Service (SMS)

Selain itu, teknologi SMS turut digunakan bagi membolehkan fungsi

penghantaran secara manual dan automatik oleh doktor atau jururawat kepada pesakit

yang terlibat.

3.4 Ringkasan

Secara ringkasnya, Metodologi Prototaip yang digunakan bagi pembangunan

sistem integrasi pengurusan pesakit bagi temujanji, pembedahan dan pendermaan darah

dapat membantu pembangun menghasilkan sistem dengan lebih mudah dan sistematik.

Fasa-fasa yang terlibat dalam metodologi ini menerangkan aktiviti yang dilakukan

dalam pembangunan sistem ini. Pembangun juga dapat menentukan spesifikasi

perkakasan dan perisian yang digunakan bagi menyiapkan projek ini.

Page 51: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

BAB 4

REKABENTUK SISTEM

4.1 Pengenalan

Bahagian ini menerangkan dan membincangkan rekabentuk-rekabentuk yang

terlibat dalam proses pembangunan bagi sistem integrasi pengurusan pesakit bagi

temujanji, pembedahan dan pendermaan darah.

Pembangun akan membincangkan tentang rekabentuk sistem yang telah

dibangunkan berdasarkan kajian kes pada Bab 2. Bab ini meliputi rekabentuk

rangkaian sistem, rekabentuk senibina sistem, rajah kes guna, rajah kes jujukan,

rekabentuk pangkalan data dan rekabentuk antaramuka.

Page 52: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

32

4.2 Rekabentuk Rangkaian Sistem

Rajah 4.1 menunjukkan rekabentuk rangkaian sistem yang terdiri daripada tiga

jenis rangkaian iaitu, rangkaian komputer LAN, rangkaian internet dan rangkaian SMS.

Bagi rangkaian komputer LAN, komputer peribadi digunakan oleh pihak doktor atau

jururawat dan pihak pentadbir. Bagi rangkaian internet, pengguna iaitu pesakit dan

penderma darah boleh mengakses terus ke laman web sistem tersebut. Manakala

rangkaian SMS pula memerlukan modem GSM untuk memboleh dan membenarkan

SMS dihantar kepada pesakit, doktor dan pakar bedah melalui sistem in. Ketiga-tiga

rangkaian tersebut bersambung kepada pelayan SQL dan pelayan SQL tersebut terdiri

daripada komponen pelayan IIS dan Pengurus SQL Server 2005.

Rajah 4.1 Rekabentuk Rangkaian Sistem

Page 53: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

33

4.3 Rekabentuk Senibina Sistem

Rajah 4.2 menunjukkan struktur rekabentuk senibina sistem yang digunakan

dalam sistem integrasi pengurusan pesakit bagi temujanji, pembedahan dan

pendermaan darah. Bagi menghasilkan aplikasi SMS, modem GSM digunakan untuk

memboleh dan membenarkan SMS dihantar dan diterima melalui sistem berasaskan

web ini.

Bagi menghasilkan aplikasi-aplikasi yang digunakan oleh pihak doktor,

jururawat dan pesakit. Microsoft Visual Web Developer 2005 Express Edition dengan

aplikasi web ASP .NET digunakan untuk melaksanakan pertanyaan-pertanyaan SQL ke

atas pangkalan data dengan melalui pengurus SQL Server 2000 terlebih dahulu.

Pelayan SQL terdiri daripada gabungan komponen pelayan IIS dan pengurus SQL

Server 2005. Pelayan IIS bertindak sebagai pelayan server web kepada internet.

-IIS -TCP/IP

-Aplikasi -Pengurus SQL Server 2005

Aplikasi-aplikasi Visual Web Developer

Microsoft ASP .NET

Telefon Bimbit

Modem GSM

Rajah 4.2 Rekabentuk Senibina Sistem

Page 54: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

34

4.4 Rajah Kes Guna

Rekabentuk sistem ini memodelkan sistem dalam bentuk rajah kes guna yang

terdiri daripada aktor dan kes guna. Secara umumnya, rajah kes guna adalah satu set

peristiwa yang menghuraikan interaksi antara pengguna dan sistem yang digunakan

untuk menggambarkan perhubungan antara aktor dan kes gunaan. Aktor mewakili

pengguna yang akan berinteraksi dengan sistem manakala kes guna pula adalah

pandangan luaran sistem mewakili beberapa tindakan yang akan dilakukan oleh

pengguna.

Rajah kes guna bagi sistem integrasi pengurusan pesakit bagi temujanji,

pembedahan dan pendermaan darah bagi proses temujanji melibatkan empat jenis aktor

iaitu pesakit, doktor, jururawat, dan pentadbir. Bagi pendermaan darah pula melibatkan

empat jenis aktor juga iaitu perderma darah, doktor, jururawat dan pentadbir. Manakala

bagi proses pembedahan pula melibatkan enam jenis aktor iaitu penyelaras tempahan,

pengurus OT, pakar bedah, pakar anatesia, pesakit dan pentadbir. Semua rajah kes

gunaan tersebut ditunjukkan pada Lampiran C iaitu dari Rajah C1 hingga Rajah C7.

Rajah C1 menunjukkan kes guna bagi pentadbir sistem. Rajah C2, Rajah C3 dan Rajah

C4 masing-masing menunjukkan kes gunaan bagi pesakit, doktor dan jururawat untuk

proses temujanji. Rajah C5 menunjukkan kes guna proses pendermaan darah bagi staff

pendermaan darah. Rajah C6 dan Rajah C7 masing-masing menunjukkan kes guna bagi

penyelaras tempahan bilik pembedahan dan pakar bedah untuk proses pembedahan.

4.4.1 Takrifan Bagi Aktor Sistem

Sistem ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu proses temujanji, pendermaan

darah dan pembedahan. Jadual 4.1 menunjukkan takrifan aktor bagi proses temujanji.

Terdapat empat aktor yang terlibat iaitu pesakit, doktor, jururawat dan pentadbir.

Page 55: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

35

Jadual 4.1 Takrifan Aktor Bagi Proses Temujanji

Aktor Penerangan

Pesakit

Mewakili pihak pesakit yang ingin membuat, mengubah dan

membatalkan temujanji dengan doktor yang berkaitan,

memapar maklumat pesakit serta menerima SMS peringatan

untuk temujanji .

Doktor

Mewakili pihak doktor yang menguruskan temujanji dengan

pesakit. Mereka bertanggunjawab samada mengubah atau

membatalkan temujanji yang dibuat oleh pesakit, melihat

maklumat pesakit yang berkaitan serta menghantar SMS

kepada pesakit.

Jururawat

Mewakili pihak jururawat yang boleh memapar maklumat

pesakit, memapar temujanji serta mengemaskini maklumat

pesakit.

pentadbir

Mewakili pihak pentadbir yang bertanggungjawab untuk

memasuk, menghapus serta mengemaskini maklumat doktor

dan jururawat.

Manakala Jadual 4.2 pula menunjukkan takrifan aktor bagi proses pendermaan

darah. Terdapat dua aktor yang terlibat iaitu staf pendermaan darah dan pentadbir.

Page 56: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

36

Jadual 4.2 Takrifan Aktor Bagi Proses Pendermaan Darah

Aktor Penerangan

Staff pendermaan darah

Mewakili pihak staf pendermaan darah yang boleh melihat

maklumat penderma darah, melihat status bank darah

pentadbir

Mewakili pihak pentadbir yang bertanggungjawab untuk

mengemaskini maklumat staf pandermaan darah.

Jadual 4.3 pula menunjukkan takrifan aktor bagi proses pembedahan. Terdapat

tiga aktor yang terlibat iaitu penyelaras tempahan, pakar bedah dan pentadbir.

Jadual 4.3 Takrifan Aktor Bagi Proses Pembedahan

Aktor Penerangan

penyelaras tempahan bil ik pembedahan

Mewakili pihak penyelaras tempahan yang akan menghantar

SMS pembedahan serta perubahan dan pembatalan

pembedahan, melakukan tempahan bilik pembedahan dan

melihat maklumat pembedahan.

pakar bedah

Mewakili pihak pakar bedah yang akan melihat maklumat

pembedahan, membatalkan pembedahan, menerima SMS

peringatan pembedahan serta SMS pembatalan dan perubahan

pembedahan.

Page 57: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

37

pentadbir

Mewakili pihak penyelaras tempahan yang akan menghantar

SMS pembedahan serta perubahan dan pembatalan

pembedahan, melakukan tempahan bilik pembedahan dan

melihat maklumat pembedahan.

4.4.2 Takrifan Bagi Kes Guna Sistem

Takrifan kes guna sistem bagi proses-proses yang terlibat dalam sistem ini

ditunjukkan pada Jadual 4.4, Jadual 4.5 dan Jadual 4.6. Jadual 4.4 menunjukkan

takrifan kes guna sistem ditunjukkan bagi proses temujanji.

Jadual 4.4 Takrifan Kes Guna Sistem Bagi Temujanji

Kes Guna Penerangan

Log masuk

Kes guna ini meminta pihak pesakit, doktor, jururawat dan

pentadbir untuk memasukkan username dan password untuk

proses validasi sebelum memasuki sistem.

Buat temujanji Kes guna ini membenarkan pihak pesakit untuk membuat

temuajanji.

Ubah/batal temujanji Kes guna ini membenarkan pihak doktor dan pesakit untuk

mengubah atau membatalkan temujanji.

Papar maklumat

pesakit

Kes guna ini membolehkan pihak doktor dan jururawat untuk

memapar maklumat pesakit.

Terima peringatan

SMS temujanji

Kes guna ini membolehkan pihak pesakit menerima

peringatan SMS untuk temujanji.

Hantar SMS untuk

temujanji

Kes guna ini membolehkan pihak doktor untuk menghantar

SMS peringatan untuk temujanji

Page 58: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

38

Papar temujanji Kes guna ini membolehkan pihak doktor, jururawat dan

pesakit untuk memapar kesemua senarai temujanji yang telah

dibuat.

Mengemaskini

maklumat pesakit

Kes guna ini membenarkan pihak jururawat untuk

mengemaskini maklumat pesakit.

Mengemaskini

maklumat doktor/

jururawat

Kes guna ini membolehkan pihak pentadbir untuk menambah,

menghapus dan mengemaskini maklumat doktor dan

jururawat.

Jadual 4.5 menunjukkan takrifan kes guna sistem ditunjukkan bagi proses

pendermaan darah.

Jadual 4.5 Takrifan Kes Guna Sistem Bagi Pendermaan Darah

Kes Guna Penerangan

Log masuk Kes guna ini meminta pihak staf pendermaan darah untuk

memasukkan username dan password untuk proses validasi

sebelum memasuki sistem.

Isi maklumat

penderma darah

Kes guna ini membolehkan staf pendermaan darah untuk

menyemak status terkini bank darah

kemaskini maklumat

penderma darah

Kes guna ini membolehkan staf pendermaan darah untuk

mengemaskini maklumat bank darah.

Mengemaskini

maklumat penderma

darah

Kes guna ini membenarkan pihak staf pendermaan darah

untuk mengemaskini maklumat penderma darah.

melakukan carian

jenis darah

Kes guna ini membolehkan pihak melakukan carian jenis

darah di bank darah hospital.

Page 59: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

39

Jadual 4.6 menunjukkan takrifan kes guna sistem ditunjukkan bagi proses

pembedahan.

Jadual 4.6 Takrifan Kes Guna Sistem Bagi Pembedahan

Kes Guna Penerangan

Log masuk Kes guna ini membenarkan penyelaras tempahan bilik

pembedahan, pakar bedah dan pentadbir untuk log masuk ke

dalam sistem.

Tempahan bilik

pembedahan

Kes guna ini membolehkan pihak penyelaras tempahan bilik

pembedahan untuk melakukan penempahan bilik

pembedahan.

Hantar SMS

pembedahan serta

perubahan dan

pembatalan pembedahan

Kes guna ini membolehkan pihak penyelaras tempahan bilik

pembedahan untuk menghantar SMS peringatan untuk

pembedahan serta perubahan atau pembatalan pembedahan.

Batal pembedahan Kes guna ini membolehkan pihak penyelaras tempahan bilik

pembedahan untuk melakukan pembatalan pembedahan.

Papar maklumat

pembedahan

Kes guna ini membenarkan pihak penyelaras tempahan bilik

pembedahan dan pakar bedah untuk memapar maklumat

pembedahan.

Terima SMS peringatan

pembedahan

Kes guna ini membolehkan pihak pakar bedah menerima

SMS peringatan untuk pembedahan.

Terima SMS

perubahan/pembatalan

pembedahan

Kes guna ini membolehkan pihak pakar bedah menerima

SMS pembatalan dan perubahan pembedahan.

Mengemaskini

maklumat penyelaras

tempahan bilik

pembedahan dan pakar

bedah

Kes guna ini membolehkan pihak pentadbir untuk

mengemaskini maklumat penyelaras tempahan bilik

pembedahan dan pakar bedah.

Page 60: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

40

4.5 Rajah Jujukan

Rajah jujukan menunjukkan bagaimana objek-objek yang mewakili bahagian

sistem tertentu berinteraksi antara satu sama lain dalam jujukan masa tertentu Rajah

jujukan digunakan untuk menunjukkan pelaksanaan proses yang berlaku ke atas setiap

kes guna. Semua rajah jujukan yang terlibat dalam pembangunan sistem ini ditunjukkan

pada Lampiran D iaitu dari Rajah D1 hingga Rajah D6.

Rajah D1 menunjukkan operasi log masuk bagi pihak doktor, jururawat, pesakit,

penderma darah dan pentadbir. Rajah D2 menunjukkan operasi temujanji bagi pihak

doktor. Rajah D3 menunjukkan temujanji bagi pihak jururawat. Rajah D4 menunjukkan

operasi temujanji bagi pihak pesakit. Rajah D5 menunjukkan operasi kemaskini bagi

pihak pentadbir. Rajah D6 menunjukkan kemaskini bagi pihak pakar bedah

4.6 Rekabentuk Pangkalan Data

Rekabentuk pangkalan data merupakan sebahagian daripada pembangunan kitar

hayat sistem pengurusan maklumat. Rekabentuk pangkalan data menunjukkan

hubungan antara jadual-jadual yang terdapat pada pangkalan data.

Rajah 4.3 menunjukkan rekabentuk hubungan entiti bagi integrasi antara jadual

maklumat temujanji dan pembedahan. Maklumat tambahan tentang pembedahan bagi

pesakit yang akan menjalani pembedahan dapat dipapar berdasarkan integrasi yang

diwujudkan antara jadual-jadual tersebut.

Page 61: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

41

Rajah 4.3 Rekabentuk Hubungan Entiti Bagi Integrasi Antara Temujanji Dan

Pembedahan

Rajah 4.4 menunjukkan rekabentuk hubungan entiti bagi proses temujanji yang

menunjukkan perhubungan antara jadual maklumat temujanji dengan jadual maklumat

doktor, jururawat dan pesakit.

Rajah 4.4 Rekabentuk Hubungan Entiti Bagi Temujanji

Page 62: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

42

Rajah 4.5 menunjukkan rekabentuk hubungan entiti bagi proses pendermaan

yang menunjukkan perhubungan antara jadual maklumat staf pendermaan darah dan

jadual maklumat penderma darah.

Rajah 4.5 Rekabentuk Hubungan Entiti Bagi Pendermaan Darah

Rajah 4.6 menunjukkan rekabentuk hubungan entiti bagi proses pembedahan

yang menunjukkan perhubungan antara jadual maklumat pembedahan dan jadual

maklumat pakar bedah, penyelaras tempahan bilik pembedahan dan jururawat.

Rajah 4.6 Rekabentuk Hubungan Entiti Bagi Pembedahan

Page 63: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

43

Semua jadual terlibat dalam pangkalan data ditunjukkan pada Lampiran E dari

Rajah E1 hingga Rajah E9. Rajah E1 menunjukkan jadual maklumat pesakit. Rajah E2

menunjukkan jadual maklumat doktor. Rajah E3 menunjukkan jadual maklumat

jururawat. Rajah E4 menunjukkan jadual maklumat pentadbir. Rajah E5 menunjukkan

jadual maklumat temujanji. Rajah E6 menunjukkan jadual maklumat penderma

darah/bank darah. Rajah E7 menunjukkan jadual maklumat staf pendermaan darah.

Rajah E8 menunjukkan jadual maklumat penempahan bilik pembedahan. Rajah E9

menunjukkan jadual maklumat pakar bedah.

4.7 Rekabentuk Antaramuka

Rekabentuk antaramuka merupakan merupakan sebahagian dari pembangunan

sistem yang menunjukkan antaramuka yang terlibat dalam sistem yang dibangunkan.

Rekabentuk input merupakan rekebentuk antaramuka yang memerlukan pengguna

memasukkan input ke dalam sistem manakala rekebentuk output pula adalah hasil

paparan di dalam sistem.

4.7.1 Rekabentuk Input

Rekabentuk antaramuka input digunakan untuk memudahkan pengguna

memasukkan input kepada sistem. Dalam sistem ini, pesakit, doktor, jururawat,

penderma darah dan pentadbir yang perlu memasukkan input tersebut mengikut

spesifikasi masing-masing. Contoh spesifikasi input pesakit, doktor, jururawat,

penderma darah dan pentadbir ditunjukkan dalam Jadual 4.7.

Page 64: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

44

Jadual 4.7 Spesifikasi Input Pengguna

Pengguna Spesifikasi Input

Doktor Memasukkan username dan password doktor untuk memasuki

sistem.

Pesakit Memasukkan username dan juga password pesakit untuk memasuki

sistem.

Jururawat Memasukkan username dan password jururawat untuk memasuki

sistem dan memasukkan maklumat pesakit.

Pentadbir Memasukkan username dan password pentadbir untuk memasuki

sistem serta memasukkan maklumat doktor dan jururawat.

Staf Pendermaan

Darah

Memasukkan maklumat penderma darah untuk simpanan rekod

bank darah hospital.

4.7.2 Rekabentuk Output

Rekabentuk antaramuka output pula digunakan untuk memudahkan pengguna

untuk melihat dan memaparkan maklumat yang dikehendaki daripada sistem. Contoh

spesifikasi output bagi pesakit, doktor, jururawat, penderma darah dan pentadbir adalah

seperti Jadual 4.8.

Jadual 4.8 Spesifikasi Output Pengguna

Pengguna Spesifikasi Output

Doktor Memaparkan senarai menunggu pesakit bagi temujanji

Pesakit Memaparkan maklumat pesakit serta maklumat temujanji

Jururawat Memaparkan maklumat pesakit serta maklumat temujanji

Pentadbir Memapar maklumat doktor dan jururawat

Staf Pendermaan

Darah

Memapar maklumat peribadi penderma darah dan melihat

maklumat bank darah

Page 65: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

45

4.8 Ringkasan

Dalam bab ini diterangkan tentang rajah aliran data bagi sistem yang akan

dibangunkan serta rekabentuk sistem yang diperlukan. Rekabentuk sistem yang

menepati kehendak pengguna adalah lebih baik dan memainkan peranan yang penting

sebelum memulakan fasa pembangunan. Hal ini dapat memberi kepuasan kepada

pengguna sistem.

Page 66: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

BAB 5

IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN

5.1 Pengenalan

Bab ini menerangkan merupakan bahagian pembangunan sistem yang paling

penting, fasa implementasi dan fasa pengujian digabungkan dalam Kitar Hayat

Pembangunan Sistem.

Dalam fasa implementasi, senibina sistem yang telah direkabentuk dalam Bab 4

telah direalisasikan dan diimplementasikan bertujuan untuk menghasilkan sistem yang

boleh dilaksanakan dalam peranti sebenar. Fasa ini menerangkan setiap langkah yang

dilakukan dalam proses implementasi. Selepas sistem telah siap dimplementasi,

pengujian telah dilakukan dalam fasa pengujian sistem. Fasa pengujian dilakukan bagi

mengenalpasti ralat yang wujud dalam sistem.

Page 67: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

47

5.2 Implementasi

Pembangunan dan implementasi untuk sistem integrasi pengurusan pesakit bagi

temujanji, pembedahan dan pendermaan darah terbahagi kepada lima pecahan sistem

yang lebih kecil iaitu bahagian pentadbiran sistem, bahagian SMS, sistem temujanji

antara doktor dan pesakit, sistem penempahan bilik pembedahan dan sistem pengurusan

bank darah.

5.2.1 Implementasi Bahagian Pentadbiran Sistem

Bahagian pentadbiran sistem ini diuruskan oleh seorang pentadbir sistem yang

akan menguruskan maklumat-maklumat doktor, jururawat, staf pendermaan darah,

penyelaras tempahan bilik pembedahan dan pakar bedah melibatkan proses

penambahan, mengemaskini dan menghapus data.

Sebelum memasuki bahagian pentadbiran sistem, pentadbir sistem hendaklah

melalui proses pengesahan maklumat nama pengguna dan kata laluan serta jenis

pengguna yang akan memasuki sistem. Rajah 5.1 merupakan antaramuka log masuk.

Rajah 5.1 Antaramuka Log Masuk

Page 68: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

48

Rajah 5.2 menunjukkan kod aturcara bagi sistem log masuk. Contoh pengguna

dalam kod aturcara berikut adalah bagi pengguna pentadbir. Apabila pentadbir

memasukkan nama pengguna dan kata laluan, melalui arahan SQL select daripada

jadual pentadbir, sistem ini akan mengenalpasti jika pengguna adalah pengguna sistem

yang sah dan merupakan pentadbir. Jika log masuk berjaya, pentadbir akan melihat

paparan laman utama bagi pentadbir.

if (ddlusertype.SelectedValue == "Doctor") { MyCommand = new SqlCommand("select * from admin where username='" + txtUsername.Text + "' and pwd='" + txtPassword.Text + "'", MyConnection); MyAdapter = new SqlDataAdapter(MyCommand); MyDataSet = new DataSet(); MyAdapter.Fill(MyDataSet); if (MyDataSet.Tables[0].Rows.Count == 1) { foreach (DataRow table in MyDataSet.Tables[0].Rows) { Session["id"] = Convert.ToInt32(table[0].ToString()); Response.Redirect("~/Admin/HomeAdmin.aspx?id=" + Convert.ToInt32(table[0].ToString())); }

Rajah 5.2 Keratan Kod Aturcara Bagi Log Masuk

5.2.1.1 Operasi Penambahan, Pengemaskinian dan Penghapusan Maklumat

Selepas melalui sistem log masuk, pentadbir sistem akan menerima paparan

maklumat peribadi pentadbir seperti pada Rajah 5.3. Pentadbir boleh melakukan proses

pengemaskinian butir peribadi dan penukaran kata laluan.

Rajah 5.3 Antaramuka Laman Utama Bagi Pentadbir

Page 69: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

49

. Pentadbir menguruskan maklumat pengguna iaitu doktor, jururawat, pakar

bedah, penyelaras tempahan bilik pembedahan dan staf pendermaan darah. Pentadbir

boleh melihat maklumat pengguna sistem dengan memilih pengguna yang

diinginiPaparan adalah seperti pada Rajah 5.4.

Rajah 5.4 Antaramuka Paparan Utama Pengguna Sistem

Seterusnya selepas memilih pengguna, paparan terhadap maklumat pengguna

sedia ada akan ditunjukkan seperti pada Rajah 5.5. Pentadbir boleh melakukan proses

menambah, mengubahsuai dan menghapus maklumat pengguna sistem.

Rajah 5.5 Antaramuka Paparan Maklumat Pengguna Sistem

Page 70: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

50

Rajah 5.6 menunjukkan keratan kod aturcara bagi proses penambahan

maklumat pengguna sistem yang dilakukan oleh pentadbir. Pengguna yang ditunjukkan

dalam kod aturcara ini adalah doktor. Menerusi arahan SQL insert, maklumat doktor

seperti nama pengguna, kata laluan, nama, kepakaran, nombor telefon, email dan

alamat akan dimasukkan ke dalam jadual doktor.

sqlCmd = "insert into doctor (username, pwd, name, specialty, nophone, email, address, poscode) values(@username, @pwd, @name, @specialty, @nophone, @email, @address, @poscode)"; Cmd = new SqlCommand(sqlCmd, Conn); Cmd.Parameters.Add("@username", txtUsername.Text); Cmd.Parameters.Add("@pwd",txtPassword.Text ); Cmd.Parameters.Add("@name", txtName.Text);

Cmd.Parameters.Add("@specialty",ddlspecialty.SelectedItem.Text); Cmd.Parameters.Add("@nophone", "+6"+txtHpA.Text+ txtHpB.Text); Cmd.Parameters.Add("@email", txtEmail.Text); Cmd.Parameters.Add("@address", txtAddress.Text); Cmd.Parameters.Add("@poscode", txtPoscode.Text);

Rajah 5.6 Keratan Kod Aturcara Bagi Proses Penambahan

Rajah 5.7 menunjukkan keratan kod aturcara bagi proses pengemaskinian

maklumat pengguna. Pengguna yang ditunjukkan dalam kod aturcara ini adalah doktor.

Menerusi arahan SQL update, maklumat doktor yang diubah akan disetkan semula di

dalam jadual doktor.

Cmd = new SqlCommand("update doctor set name = @name, address = @address,email = @email, nophone = @nophone ,username = @username, pwd = @pwd, specialty = @specialty, poscode = @poscode where doctor_id = @doctor_id ", MyConnection); Cmd.Parameters.Add("@doctor_id", Request.QueryString["id"]); Cmd.Parameters.Add("@name", txtName.Text);

Cmd.Parameters.Add("@username", txtUsername.Text); Cmd.Parameters.Add("@pwd", txtPassword.Text); Cmd.Parameters.Add("@specialty", ddlspecialty.SelectedItem.Text); Cmd.Parameters.Add("@email", txtEmail.Text); Cmd.Parameters.Add("@nophone", "+6" + txtHpA.Text + txtHpB.Text); Cmd.Parameters.Add("@address", txtAddress.Text); Cmd.Parameters.Add("@poscode", txtPoscode.Text);

Rajah 5.7 Keratan Kod Aturcara Bagi Proses Pengemaskinian

Page 71: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

51

Rajah 5.8 pula menunjukkan keratan kod aturcara bagi proses penghapusan

maklumat pengguna sistem. Pengguna yang ditunjukkan dalam kod aturcara ini adalah

doktor. Menerusi arahan SQL delete, maklumat doktor akan dihapuskan berdasarkan id

doktor tersebut.

Rajah 5.8 Keratan Kod Aturcara Bagi Proses Penghapusan

<asp:SqlDataSource ID="SqlDataSource1" runat="server" ConnectionString="<%$ ConnectionStrings:ConnectionString %>" DeleteCommand="DELETE FROM [doctor] WHERE [doctor_id] = @original_doctor_id" OldValuesParameterFormatString="original_{0}" ProviderName="System.Data.SqlClient"> <DeleteParameters> <asp:Parameter Name="original_doctor_id" Type="Int32" /> </DeleteParameters> </asp:SqlDataSource>

5.3 Implementasi Bahagian SMS

Di dalam sistem ini, implimentasi SMS digunakan pada sistem temujanji antara

doktor dan pesakit dan sistem penempahan bilik pembedahan. Rajah 5.9 menunjukkan

merupakan keratan kod aturcara yang menunjukkan bagaimana kod SMS digunakan

untuk penghantaran pengesahan temujanji kepada pesakit yang telah membuat

temujanji. Kod aturcara tersebut dimulakan dengan pengisytiharan library untuk SMS

iaitu MobitekSMSWebApi. Pada arahan if, iaitu initmodem(5), nombor 5 merujuk

kepada port COM untuk modem GSM yang telah ditentukan oleh sistem komputer.

Menerusi arahan SQL select daripada jadual temujanji, maklumat bagi tajuk serta tarikh

dan masa diperoleh. Seterusnya, pada jadual doktor, maklumat bagi nama doktor akan

dipapar dan maklumat daripada jadual pesakit adalah nombor telefon pesakit yang

digunakan untuk penghantaran mesej tersebut.

Page 72: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

52

string Message, MobileNumber, TimeStamp; MobitekSMSWebAPI.SMSWebAPI SMSWebAPI = new MobitekSMSWebAPI.SMSWebAPI(); if (SMSWebAPI.InitModem(5) == true) { SqlConnection smsConnect; SqlCommand smsCommand, smsCommand1, smsCommand2; SqlDataAdapter smsAdapter, smsAdapter1, smsAdapter2; DataSet smsDataSet, smsDataSet1, smsDataSet2; smsConnect = new SqlConnection(); smsConnect.ConnectionString = ConfigurationManager.ConnectionStrings["ConnectionString"].ConnectionString; smsConnect.Open(); smsCommand = new SqlCommand("select * from appointments where appointment_id='" + Request.QueryString["appointment_id"] + "'", smsConnect); smsAdapter = new SqlDataAdapter(smsCommand); smsDataSet = new DataSet(); smsAdapter.Fill(smsDataSet); foreach (DataRow t in smsDataSet.Tables[0].Rows) { lblTitle.Text = t[4].ToString(); lblTime.Text = t[15].ToString();

smsCommand1 = new SqlCommand("select * from doctor where doctor_id='" + Request.QueryString["doc_id"] + "'", smsConnect);

smsAdapter1 = new SqlDataAdapter(smsCommand1); smsDataSet1 = new DataSet(); smsAdapter1.Fill(smsDataSet1); foreach (DataRow t2 in smsDataSet1.Tables[0].Rows) { lblDoctor.Text = t2[3].ToString(); } smsCommand2 = new SqlCommand("select * from patient where patient_id='" + t[3].ToString() + "'", smsConnect); smsAdapter2 = new SqlDataAdapter(smsCommand2); smsDataSet2 = new DataSet(); smsAdapter2.Fill(smsDataSet2); foreach (DataRow t3 in smsDataSet2.Tables[0].Rows) { lblHpPatient.Text = t3[10].ToString(); } } string message; message = "ID=" + Request.QueryString["appointment_id"] + ". Title=" + lblTitle.Text + ". Date=" + lblTime.Text + ". This appointment has been APPROVED by " + lblDoctor.Text; SMSWebAPI.SendSMSWC(message, lblHpPatient.Text); }

Rajah 5.9 Keratan Kod Aturcara Bagi SMS

Page 73: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

53

5.4 Implementasi Sistem Temujanji Antara Doktor dan Pesakit

Bahagian sistem temujanji ini membenarkan doktor dan pesakit membuat

temujanji secara atas talian sebelum berjumpa. Sebelum doktor dan pesakit boleh

memasuki sistem temujanji, mereka perlu melalui proses pengesahan terlebih dahulu.

Selepas itu, doktor dan pesakit akan terus memasuki paparan peribadi masing-masing

dan proses pengemaskinian butir peribadi dan penukaran kata laluan boleh dilakukan.

Bagi pihak doktor, mereka boleh melakukan penetapan jadual waktu seperti pada Rajah

5.10.

Rajah 5.10 Antaramuka Bagi Doktor Untuk Menetapkan Jadual Waktu

Rajah 5.11 menunjukkan paparan bagi temujanji yang telah dilakukan oleh

pesakit. Bagi pesakit yang mempunyai status Unauthorized, doktor perlu mengesahkan

temujanji tersebut atau menolaknya seperti pada Rajah 5.12.

Rajah 5.11 Antaramuka Bagi Paparan Temujanji

Page 74: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

54

Rajah 5.12 Antaramuka Untuk Pengesahan Temujanji

Setelah pengesahan atau penolakan temujanji dilakukan, SMS peringatan akan

dihantar kepada pesakit seperti pada Rajah 5.13. Maklumat yang akan diterima oleh

pesakit adalah id temujanji, tajuk temujanji, tarikh dan masa temujanji serta kenyataan

yang mengatakan temujanji telah disahkan oleh doktor yang dipilih untuk temujanji.

Rajah 5.13 Antaramuka Untuk Pengesahan Temujanji Melalui SMS Peringatan

Seterusnya, doktor boleh melihat paparan maklumat pesakit yang berdaftar

seperti pada Rajah 5.14 dan maklumat yang lebih terperinci tentang pesakit tersebut

adalah seperti pada paparan 5.15.

Page 75: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

55

Rajah 5.14 Antaramuka Bagi Senarai Pesakit

Pada Rajah 5.15 menunjukkan jika pesakit telah ditetapkan akan melalui proses

pembedahan, maklumat pada operation’s details akan memaparkan maklumat seperti

nama pembedahan, bilik pembedahan dan tarikh serta masa pembedahan.

Rajah 5.15 Antaramuka Bagi Maklumat Pesakit

Rajah 5.16 menunjukkan senarai pesakit dengan status kesihatan berdasarkan

pemeriksaan yang telah dijalankan oleh doktor. Maklumat yang dipaparkan adalah

nama pesakit, penyakit dan status. Status merujuk kepada tahap kesihatan pesakit iaitu

Page 76: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

56

Not Critical, Moderate dan Critical. Status akan menjadi rujukan untuk meletakkan

pesakit untuk operasi pembedahan.

Rajah 5.16 Antaramuka Bagi Status Pesakit

Bagi pihak pesakit pula, mereka boleh memulakan temujanji baru dengan

doktor tertentu. Setelah tarikh dipilih, pesakit perlu memilih masa untuk temujanji

seperti yang ditunjukkan pada Rajah 5.17.

Rajah 5.17 Antaramuka Untuk Membuat Temujanji

Page 77: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

57

Rajah 5.18 pula menunjukkan maklumat yang perlu diisi oleh pesakit iaitu tajuk

dan mesej yang ingin disampaikan. Manakala Rajah 5.19 menunjukkan maklumat

penuh tentang temujanji yang telah dibuat oleh pesakit sebelum dihantar kepada doktor

yang dipilih. Setelah maklumat dihantar, doktor akan menerima SMS peringatan

tentang temujanji baru yang perlu disahkan seperti yang ditunjukkan pada Rajah 5.20.

Rajah 5.18 Antaramuka Pengisian Maklumat Temujanji

Rajah 5.19 Antaramuka Bagi Maklumat Temujanji

Rajah 5.20 Antaramuka Bagi Pemberitahuan Temujanji Baru Melalui SMS Peringatan

Page 78: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

58

5.5 Implementasi Sistem Pendermaan Darah

Bahagian sistem pendermaan darah ini diuruskan oleh beberapa staf

pendermaan darah. Pada bahagian ini, setelah melalui proses pengesahan, staf

pendermaan darah akan dibawa ke laman profil peribadi. Pengguna juga boleh

melakukan pengubahsuaian pada maklumat diri serta penukaran kata laluan.

Seterusnya, borang pengisian maklumat penderma darah yang telah menderma akan

diisi oleh staf pendermaan darah seperti pada Rajah 5.21. Maklumat tersebut adalah

untuk simpanan rekod bank darah hospital.

Rajah 5.21 Antaramuka Borang Pengisian Maklumat Penderma Darah

Page 79: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

59

Staf pendermaan darah juga boleh melakukan carian penderma darah yang

dikehendaki berdasarkan maklumat darah seperti pada Rajah 5.22.

Rajah 5.22 Antaramuka Carian Darah

Maklumat penderma darah tersebut juga boleh dicari berdasarkan nama,

nombor IC atau tarikh akhir pendermaan seperti yang ditunjukkan pada Rajah 5.23.

Maklumat terperinci tentang penderma darah tersebut adalah seperti pada Rajah 5.24.

Rajah 5.23 Antaramuka Paparan Maklumat Penderma Darah

Page 80: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

60

Rajah 5.24 Antaramuka Paparan Maklumat Terperinci Penderma Darah

5.6 Implementasi Sistem Pembedahan

Pada bahagian ini pula diuruskan oleh penyelaras tempahan bilik pembedahan.

Contoh input yang akan diisi ditunjukkan pada Rajah 5.25. Setelah tempahan bilik

pembedahan dilakukan, paparan bilik pembedahan boleh dilihat dan pengubahsuaian

maklumat tempahan tersebut boleh dilakukan.

Page 81: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

61

Rajah 5.25 Antaramuka Tempahan Bilik Pembedahan

Pengguna lain yang terlibat dalam bahagian ini adalah pakar bedah. Setelah

tempahan dilakukan oleh penyelaras tempahan bilik pembedahan, pihak pakar bedah

akan menerima SMS pemberitahuan pembedahan seperti pada Rajah 5.26. Maklumat

yang akan diterima adalah tajuk pembedahan serta tarikh dan masa bagi pembedahan

tersebut.

Rajah 5.26 Antaramuka Pemberitahuan Pembedahan Baru Melalui SMS Peringatan

Rajah 5.27 menunjukkan senarai maklumat tempahan pembedahan yang telah

dibuat dan boleh dilihat oleh penyelaras tempahan bilik pembedahan dan pakar bedah.

Page 82: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

62

Rajah 5.27 Antaramuka Paparan Tempahan Bilik Pembedahan

Sekiranya penyelaras tempahan bilik pembedahan membatalkan atau mengubah

tarikh pembedahan tertentu, pakar bedah akan menerima SMS pemberitahuan seperti

pada Rajah 5.28 untuk memaklumkan pembedahan telah dibatalkan atau diubah ke

tarikh atau masa yang lain.

Rajah 5.28 Antaramuka Pemberitahuan Pembatalan Pembedahan Melalui SMS

Peringatan

Page 83: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

63

5.7 Pengujian Sistem

Selepas sistem ini dibangunkan dalam fasa implementasi, proses pengujian

sistem perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum dihantar kepada pengguna sistem.

Tujuan pengujian sistem adalah seperti berikut:

i. memastikan sintaks kod aturcara adalah betul.

ii. memastikan logik yang digunakan dalam kod aturcara adalah betul.

iii. memastikan kod aturcara yang ditulis dapat dilarikan dengan betul dan

menghasilkan output yang diinginkan. Terdapat beberapa jenis pengujian yang dilakukan seperti pengujian terhadap

pangkalan data, pengujian input dan ouput sistem dan pengujian integrasi.

5.7.1 Pengujian Terhadap Pangkalan Data

Pengujian terhadap sistem dilakukan dilakukan terhadap komunikasi sistem dan

pangkalan data. Jika terhadap kesilapan menakrif connection untuk mencapai

pangkalan data, ralat seperti pada Rajah 5.29 akan dipaparkan.

Rajah 5.29 Ralat Pada Pangkalan Data

Page 84: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

64

Untuk memastikan capaian ke pangkalan data berjaya, pastikan penetapan kod

adalah betul. Rajah 5.30 menunjukkan kod aturcara utama bagi menghubungkan

pangkalan data.

<connectionStrings> <add name="ConnectionString" connectionString="Data Source=.\SQLEXPRESS;AttachDbFilename=|DataDirectory|\Database.mdf;Integrated Security=True;User Instance=True" providerName="System.Data.SqlClient"/>

</connectionStrings>

Rajah 5.30 Keratan Kod Aturcara Untuk Capaian Ke Pangkalan Data

5.7.2 Pengujian Terhadap Input Dan Output Sistem.

Pengujian input adalah penting bagi mengurangkan ralat output yang boleh

menyebabkan ralat pada sistem. Sistem yang telah dibangunkan ini dapat mengesan

ralat seperti ralat integer, ralat aksara, input utama tidak diisi dan sebagainya. Apabila

wujudnya ralat, mesej ralat akan dipaparkan. Rajah 5.31 menunjukkan paparan mesej

ralat apabila pengguna tidak memasukkan nama pengguna dan katalaluan yang betul.

Rajah 5.31 Mesej Ralat Pada Log Masuk

Page 85: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

65

Rajah 5.32 menunjukkan mesej ralat yang dipaparkan jika format email tidak

menepati format piawai yang telah ditetapkan.

Rajah 5.32 Mesej Ralat Jika Pengisian Maklumat Tidak Menepati Format

Rajah 5.33 pula menunjukkan mesej ralat yang dipaparkan jika pengisian

maklumat tidak lengkap.

Rajah 5.33 Mesej Ralat Jika Pengisian Maklumat Tidak Lengkap

Page 86: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

66

Seperti pada Rajah 5.34, jika katalaluan yang baru berbeza dengan pengesahan

katalaluan yang baru, mesej ralat akan dipaparkan.

Rajah 5.34 Mesej Ralat Jika Pengisian Maklumat Katalaluan Berbeza

Tujuan pengujian output dilaksanakan pula adalah untuk memastikan output

yang dipaparkan oleh sistem adalah betul dan tepat. Oleh kerana kebanyakan output

adalah bergantung kepada input yang dimasukkan oleh pengguna, maka pengujian

perlu dilakukan dengan berulang kali untuk memastikan sistem yang dihasilkan benar-

benar bebas daripada sebarang ralat.

5.7.3 Pengujian Integrasi Unit

Pengujian ini dilakukan untuk menguji percantuman unit-unit. Ini dilakukan

untuk memastikan sistem dapat berintegrasi dengan sempurna tanpa sebarang ralat.

Rajah 5.35 menunjukkan contoh paparan ralat pengintegrasian unit yang tidak berjaya

dan kesilapan perlu diperbetulkan.

Rajah 5.35 Contoh Ralat Pada Pengintegrasian Unit

Page 87: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

67

5.8 Rumusan

Sistem integrasi pengurusan pesakit bagi temujanji, pembedahan dan

pendermaan darah ini merangkumi bahagian temujanji antara doktor dan pesakit,

penempahan bilik pembedahan dan pengurusan bank darah hospital. Sistem ini

dibangunkan secara atas talian di mana capaian boleh dilakukan oleh pengguna-

pengguna yang terlibat. Kesemua bahagian sistem tersebut telah diimplementasikan

secara berasingan untuk memudahkan pengujian dijalankan bagi mengelakkan

berlakunya sebarang ralat pada sistem.

Aktiviti-aktiviti pengujian telah diterangkan dengan jelas setelah pengujian

sistem dijalankan oleh pembangun sendiri. Perlaksanaan pengujian dan penilaian sistem

ini penting bagi memastikan sistem yang dibangunkan dapat memenuhi spesifikasi dan

keperluan pengguna.

Page 88: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

BAB 6

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

6.1 Pengenalan

Dalam bab ini, pembangun akan membincangkan dan membuat kesimpulan

secara keseluruhan tentang projek atau sistem yang telah dilaksanakan. Sistem integrasi

pengurusan pesakit bagi temujanji, pembedahan dan pendermaan darah ini dibangunkan

bertujuan untuk memudahkan urusan temujanji antara doktor dan pesakit, pendermaan

darah dan tempahan bilik pembedahan.

Sistem ini dapat membantu pengurusan maklumat pesakit dengan membenarkan

interaksi antara pesakit dan doktor untuk proses temujanji. Manakala untuk pendermaan

darah pula, urusan bank darah hospital dapat diuruskan dengan lebih baik serta

meningkatkan tahap pengurusan tempahan bilik pembedahan.

Page 89: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

69

6.2 Pencapaian

Secara keseluruhannya, pembangun telah menerangkan tentang pengenalan

projek yang telah dibangunkan, kajian-kajian yang telah dibuat iaitu kajian literatur,

metodologi pembangunan sistem dan juga rekabentuk sistem bagi sistem integrasi

pengurusan pesakit bagi temujanji, pembedahan dan pendermaan darah.

Kemajuan projek menepati setiap objektif yang digariskan dan tidak terkeluar

daripada skop yang dibincangkan dalam bab Pengenalan Projek. Kajian-kajian yang

dibuat juga adalah berkaitan sistem yang telah dibangunkan seperti dalam bab Kajian

Literatur dan metodologi pembangunan adalah bersesuaian dengan sistem seperti

diterangkan dalam bab Metodologi Pembangunan Sistem. Manakala hasil yang

dijangkakan dan rekabentuk bagi sistem ini memberi gambaran awal kepada

pembangun dan pengguna tentang perjalanan sistem yang akan dibina melalui rajah-

rajah yang berkaitan seperti Rajah Senibina Rangkaian dan Rajah Senibina Sistem.

Selain itu, sistem integrasi pengurusan pesakit bagi temujanji, pembedahan dan

pendermaan darah ini sepatutnya dapat memenuhi keperluan pengguna dan dapat

digunakan oleh pengguna dengan sebaik mungkin dengan kelebihan yang terdapat pada

sistem berbanding sistem sebelum ini.

Page 90: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

70

6.2.1 Kebaikan Sistem

Sistem integrasi pengurusan pesakit bagi temujanji, pembedahan dan

pendermaan darah ini mempunyai kelebihan tersendiri berbanding sistem sedia ada di

mana antara keistimewaan sistem ini adalah seperti berikut:

i. Temujanji Secara Atas Talian

Proses untuk membuat temujanji antara pesakit dan doktor dapat dilakukan

secara atas talian.

ii. Pengurusan Bank Darah

Membenarkan pihak pengurusan mengemaskini dan melihat maklumat bank

darah.

iii. Sistem Penempahan Bilik Pembedahan

Meningkatkan tahap pengurusan penempahan bilik pembedahan.

iv. Penggunaan Teknologi SMS

Sistem ini turut menggunakan teknologi SMS di mana SMS peringatan

dihantar kepada pengguna yang terlibat.

v. Antaramuka Mesra Pengguna

Antaramuka yang mesra pengguna adalah penting dalam pembangunan

sesebuah sistem bagi memastikan pengguna memahami penggunaannya

dengan baik.

Page 91: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

71

vi. Penyelenggaran Sistem Yang Mudah

Sistem ini mudah diselenggarakan jika pengubahsuaian terhadap sistem

ingin dilakukan pada masa akan datang.

6.3 Kelemahan Sistem

Terdapat beberapa kelemahan pada sistem yang telah dibangunkan :

i. Sistem ini tidak mengintegrasikan sistem pengurusan bank darah dengan

sistem-sistem yang lain.

ii. Maklumat penderma darah tidak mencukupi di mana sepatutnya bagi sistem

pengurusan bank darah, maklumat yang diperlukan selain maklumat peribadi

dan malumat pendermaan darah adalah seperti penyakit dihidapi,

mempunyai HIV atau tidak dan pengambilan ubat hormon untuk tubuh.

6.4 Cadangan Pembaikan

Cadangan pembaikan yang boleh dilakukan ke atas sistem ini adalah :

i. Bagi mewujudkan integrasi antara sistem pengurusan bank darah dengan

sistem-sistem yang lain, fungsi lain boleh ditambah seperti operasi

permintaan bekalan darah dalam tempahan bilik pembedahan.

Page 92: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

72

ii. Menambah maklumat-maklumat yang lebih terperinci dalam sistem

pengurusan bank darah hospital.

6.5 Ringkasan

Secara keseluruhannya, bahagian ini telah menerangkan tentang keseluruhan

projek yang telah dibuat. Projek ini telah dapat mencapai objektif dan skop yang

digariskan. Selain itu, kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam sistem boleh diatasi

jika pembaikan dilakukan pada masa akan datang berdasarkan cadangan pembaikan.

Page 93: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

73

RUJUKAN

1. Wikimedia Foundation. Inc. Blood Type. Online at

http://en.wikipedia.org/wiki/Blood_type. August 26, 2007.

2. Tranfusion Practise Guidelines For Clinicians And Laboratory. Pusat Darah Negara

(2003) Online at http://www.pdn.gov.my/panduan.doc. August 26, 2007.

3. RedCross.org (1998-2007). Blood Donation Proocess. Online at https://www.givelife.org/index.cfm. September 1, 2007.

4. Online Blood Donor Information System, Tirupa, India. Online at

tsu.trp.nic.in/blood/don_search.asp. September 14, 2007.

5. Intel Corporation (2005). Using RFID Technologies to Reduce Blood Transfusion

Errors. Online at

http://www.cisco.com/web/IT/local_offices/case_history/rfid_in_blood_transfusions_fi

nal.pdf. September 14, 2007.

6. John C. Lincoln Hospital (2005). Your Guide to Inpatient Surgery. Online at

http://www.jcl.com/content/northmountain/inpatientsurgeryguide.htm. September 14,

2007.

7. Aldo Mariotto (2004). Reminder Calls Help Waiting-Lists Management and

Fairness. The Internet Journal of Healthcare Administration. Volume 2 Number 1

Online at http://www.ispub.com/ostia/index.php?xmlFilePath=journals/

ijhca/vol2n1/waiting.xml. September 1, 2007.

Page 94: PSZ 19:16 (Pind - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/84/1/reportPSM.pdf · “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

74

8. McCarthy, J., Kashif Riaz, Yvonne Nolan (2007). An Interactive Outpatient

Reminder. System. The Internet Journal of Medical Informatics, Volume 3 Number 1

Online at http://www.ispub.com/ostia/index.php?xmlFilePath=journals/ijmi/vol3n1/outpatient.xm

l, September 1, 2007.

9. Schofield, W. N., Rubin, G. L., Michael P., Ying Yin Lai, Doungkamol Sindhusake,

Fearnside M. R and Klineberg P. L.(2002). Cancellation of operations on the day of

intended surgery at a major Australian referral hospital. 182 (12): 612-615.

17. DevelopersHome.com. Introduction to GSM / GPRS Wireless Modems. Online at

http://www.developershome.com/sms/GSMModemIntro.asp. August 26, 2007.

11. Wikimedia Foundation, Inc. Microsoft SQL Server. Online at http://en.wikipedia.org/wiki/Microsoft_SQL_Server. August 26, 2007.

12. Wikimedia Foundation, Inc. Visual Basic .NET. Online at

http://en.wikipedia.org/wiki/Internet_Information_Server. August 26, 2007.

13. Wikimedia Foundation, Inc. Unified Modeling Language. Online at

http://en.wikipedia.org/wiki/Unified_Modeling_Language#Modeling. August 10, 2007.

14. Wikimedia Foundation, Inc. Appointment. Online at

http://en.wikipedia.org/wiki/Appointment. August 10, 2007.

15. Ziff Davis Publishing Holdings Inc(1996-2007). Definition of: SMS. Online at

http://www.pcmag.com/encyclopedia_term/ 0,2542,t%3DSMS&i%3D51563,00.asp.

August 15, 2007.

16. Wikimedia Foundation, Inc. MD5. Online at http://en.wikipedia.org/wiki/Md5.

August 15, 2007.

17. Asp.Net foundation. Inc.Data Access. Online at http://www.asp.net/learn/data-

access/tutorial-07-cs.aspx-asp.net, March 3,2008.