tahap pengetahuan terhadap pendidikan ... - fp.utm.my · ii “ saya akui bahawa saya telah membaca...
TRANSCRIPT
TAHAP PENGETAHUAN TERHADAP PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN USAHAWAN DI PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN
JOHOR BAHRU TIMUR
NORAZLINA BINTI YUSOF
MEI 2011
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2010/2011
Saya NORAZLINA BINTI YUSOF
Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
√ TIDAK TERHAD Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :
Tarikh : 12 Mei 2011 Tarikh : 13 Mei 2011
Catatan * Potong yang tidak berkenaan
** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
TAHAP PENGETAHUAN TERHADAP PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN USAHAWAN DI PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN JOHOR BAHRU TIMUR
(HURUF BESAR)
CIK NUR HUSNA BINTI ABD WAHID 1005-1 KG PADANG LALANG,
BINJAI, 24000 KEMAMAN, TERENGGANU DARUL IMAN.
ii
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”
Tandatangan : …………………………………………….
Nama Penyelia : CIK NUR HUSNA BINTI ABD WAHID
Tarikh : 13 Mei 2011
iii
TAHAP PENGETAHUAN TERHADAP PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN
DALAM KALANGAN USAHAWAN DI PERTUBUHAN PELADANG
KAWASAN JOHOR BAHRU TIMUR
NORAZLINA BINTI YUSOF
Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi
Syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2011
iv
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : …………………………..
Nama Penulis : NORAZLINA BINTI YUSOF
Tarikh : 12 Mei 2011
v
DEDIKASI
Buat yang tercinta,
Ayahanda dan Bondaku yang disayangi
Yusof Bin Mohd Zin dan Noraini Mamat
Pengorbananmu untuk membesarkanku
sentiasa dalam ingatanku hingga akhir hayat.
Untuk kakak, abang dan adik yang dikasihi,
Yang sering memberi dorongan dan semangat kepadaku,
Pensyarah pembimbing yang disanjungi,
Cik Nur Husna Binti Abd Wahid,
Kerana begitu sabar dalam membimbing saya dalam menyiapkan
Projek Sarjana Muda ini……
Kepada rakan seperjuangan yang banyak membantuku,
Terima kasih atas segala bantuan dan tunjuk ajar.
Dan tidak lupa juga diucapkan kepada
,
Buat usahawan di Pertubuhan Peladang yang dihormati,
Terima kasih di atas segala kerjasama dan pertolongan kalian dalam menyempurnakan kajian ini dengan berjaya.
vi
PENGHARGAAN
“ Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Lagi Maha Penyayang”
Alhamdulillah dengan rasa kesyukuran kehadrat Allah S.W.T dan limpah
kurnia-Nya, maka dapat juga saya menyiapkan projek sarjana muda bagi memenuhi
syarat mendapat Sarjana Muda Teknlogi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).
Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya juga rasa rendah diri dan tulus
ikhlas merakamkan perhargaan kepada penyelia saya iaitu Cik Nur Husna Binti Abd
Wahid yang banyak memberi tunjuk ajar, bimbingan, nasihat dan teguran sepanjang
penyelidikan ini dijalankan.
Tidak dilupakan kepada semua ahli keluarga yang banyak memberi dorongan
dalam menuntut ilmu dan diiringi doanya agar semua yang dijalankan mencapai
kejayaan yang dicita-cita. Saya juga berharap hubungan kekuargaaan dapat
dipanjangkan hingga ke akhir hayat dan mendapat rahmat daripada Allah S.W.T.
Penghargaan juga diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama
menberi semangat bagi menjayakan penyelidikan ini.
Sekian Terima Kasih
vii
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan terhadap
pendidikan keusahawanan dalam kalangan usahawan di Pertubuhan Peladang
Kawasan Johor Bahru Timur. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpati tahap
pengetahuan terhadap program pendidikan keusahawanan dan persepsi usahawan
terhadap kepentingan pendidikan keusahawanan. Seramai 50 usahawan di PPKJBT
telah diambil sebagai responden. Dapatan kajian diproses dengan menggunakan SPSS
versi 17.0 Rekabentuk kajian kuantitatif yang dan dapatan dianalisis menggunakan
analisis deskriptif dan ujian-t.Instrumen kajian yang digunakan mengandungi 30
soalan berdasarkan kepada skop kajian. Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan
mendapat nilai Alpha Cronbanch mengikut persoalan kajian.Nilai Alpha Cronbanch
bagi tahap pengetahuan terhadap program pendidikan keusahawanan ialah 0.88 dan
bagi nilai alpha Cronbanch mengenai persepsi terhadap kepentingan pendidikan
keusahawanan sebanyak 0.70.Hasil dapatan kajian mendapat tahap pengetahuan
terhadap program keusahawanan berada pada tahap yang sederhana dan persepsi
usahawan terhadap kepentingan pendidikan keusahawanan berada pada tahap yang
tinggi. Secara keseluruhan tahap pengetahuan usahawan yang menghadiri kursus
terhadap program keusahawanan lebih tinggi berbanding dengan usahawan yang tidak
menghadiri kursus dan persepsi mereka sama terhadap kepentingan pendidikan
keusahawanan
viii
ABSTRACT
The study aim to identify the level of knowledge towards entrepreneurship
education among entrepreneurs in Pertubuhan Peladang Kawasan Johor Bahru
Timur(PPKJBT).The specific objective of this study is to identify the level of
knowledge towards entrepreneurship program and also the perception of entrepreneurs
towards the importance of entrepreneurship education. A total of 50 entrepreneurs
from PPKJBT were involved in this study. The findings of this research are analyzed
by using SPSS version 17.0.The study base on quantitative study and the result were
analyzed descriptive analysis and t-test. The instrument consist 30 item bases on the
scope of study. The reliability of the questionnaire was tested with a value
of Alpha Cronbanch according to the research questions. The Alpa Cronbanch the
level of knowledge about entrepreneuship education program is 0.88 and Alpha
Conbanch of the perception of the importance entrpreneurship education is 0.70. The
finding that entrepreneurs level of knowledge towards entrpreneurship education is at
a moderate level and their perception towards entrpreneurship education is at high
level. However entrepreneurs who had attend course program showed a high level of
knowledge towards entrpreneurship education compare who did not attend.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS i
PENGESAHAN PENYELIA ii
HALAMAN JUDUL iii
HALAMAN PENGAKUAN iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xvi
SENARAI SINGKATAN NAMA xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
x
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Skop dan Batasan Kajian 7
1.8 Definisi Istilah 7
1.8.1 Keusahawanan 7
1.8.2 Usahawan 8
1.8.3 Pengetahuan 8
1.8.4 Pendidikan 9
1.8.5 Pendidikan keusahawanan 9
1.9 Penutup 10
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Definisi 12
2.3 Ciri-Ciri Usahawan 13
2.4 Pengetahuan Pendidikan Keusahawanan 15
2.5 Taksonomi Kesediaan Keusahawanan 17
2.6 Kepentingan Pendidikan Keusahawanan 18
2.7 Agensi Yang Terlibat Dalam Memberi Pendidikan
xi
Keusahawanan Di Malaysia 22
2.8 Bentuk Khidmat Nasihat Dan Perundingan Yang Boleh
Diperolehi Daripada Agensi Kerajaan,Badan Berkanun
Dan Swasta 31
2.9 Kajian Lepas 33
2.10 Penutup 34
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 35
3.2 Rekabentuk Kajian 35
3.3 Populasi Kajian 36
3.4 Instrumen Kajian 37
3.5 Keesahan Soal Selidik 39
3.6 Kajian Rintis 40
3.7 Prosedur Kajian 41
3.8 Analisis Data 44
3.9 Penutup 46
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 47
4.2 Bahagian A- Analisis Latar Belakang Responden 47
4.2.1 Peratusan Responden Mengikut Jantina 48
4.2.2 Peratusan Responden Mengikut Umur 48
4.2.3 Peratusan Responden Mengikut Kelulusan
Akademik 49
4.2.4 Peratusan Responden Yang Mengikuti Kursus 50
xii
4.2.5 Peratusan Responden Mengikut Tempoh
Perniagaan 59
4.2.6 Peratusan Responden Yang Menunjukkan
Sebab-Sebab Menceburi Bidang Perniagaan 51
4.3 Bahagian B: Analisis Item Soal Selidik 51
4.3.1 Tahap Pengetahuan Terhadap Program
Pendidikan Keusahawanan 51
4.4 Bahagian C: Analisis Item Soal Selidik 54
4.4.1 Mengenai Persepsi Usahawan Terhadap
Kepentingan Pendidikan Keusahawanan
Dalam Kalangan 54
4.5 Analisis Keseluruhan 56
4.6 Analisis Ujian-T 56
4.6.1 Perbezaan Antara Usahawan Yang Menghadiri
Kursus Dengan Tidak Menghadiri Kursus Dari
Aspek Tahap Pengetahuan Terhadap Program
Pendidikan Keusahawan Dalam Kalangan
Usahawan 56
4.6.2 Perbezaan Antara Usahawan Yang Menghadiri
Kursus Dengan Tidak Menghadiri Kursus
Dari Aspek Persepsi Usahawan Terhadap
Kepentingan Pendidikan Keusahawanan 57
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 58
5.2 Rumusan 58
5.3 Perbincangan 60
5.3.1 Pengetahuan Terhadap Program Pendidikan
Keusahawanan 60
5.3.2 Kepentingan Pendidikan Keusahawanan 62
5.4 Cadangan Kepada Pihak Yang Berkenaan 64
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Item-item Soal Selidik Mengikut
Persoalan Kajian 38
3.2 Pengkelasan Skala seperti Likert Empat
Mata bagi bahagian B 38
3.3 Pengkelasan Skala seperti Likert Empat
Mata bagi bahagian C 39
3.4 Kebolehpercayaan Item Soal Selidik 40
3.5 Pekali Alpha Cronbanch 41
3.6 Jadual Analisis Data Berdasarkan Persoalan
Kajian 45
3.7 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Nilai
Min 45
4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden
Mengikut Jantina 48
4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden
Mengikut Umur 49
4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden
Mengikut Kelulusan Akademik 49
4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden
xv
Yang Mengikuti Kursus Keusahawanan 50
4.5 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden
Yang Mengikuti Tempoh Perniagaan 50
4.6 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden
Yang Menunjukkan Sebab Menceburi Bidang
Perniagaan 51
4.7 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus,min
dan sisihan piawai bagi mengenal pasti tahap pengetahuan
terhadap program pendidikan keusahawanan 53
4.8 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus,min
dan sisihan piawai bagi mengenal pasti persepsi
usahawan terhadap pendidikan keusahawanan 55
4.9 Keputusan keseluruhan bagi setiap aspek kajian
mengikut min dan tahap 56
4.10 Analisis ujian T usahawan yang menghadiri kursus
dengan tidak menghadiri kursus dari aspek tahap
pengetahuan terhadap program pendidikan keusahawanan
dalam kalangan usahawan 57
4.11 Analisis ujian T antara usahawan yang menghadiri kursus
dengan tidak menghadiri kursus dari aspek persepsi usahawan
terhadap kepentingan pendidikan keusahawanan 57
xvi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK
HALAMAN
2.1 Taksonomi Kesediaan Keusahawanan 17
3.1 Prosedur Keseluruhan Kajian 42
xvii
SENARAI SINGKATAN NAMA
SPSS - Statistical Package For The Social Science
MEDEC - Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia
MARA - Majlis Amanah Rakyat
FAMA - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Malaysia
INSKEN - Institut Keusahawanan Negara
PPKJBT - Pertubuhan Peladang Kawasan Johor Bahru Timur
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Set Borang Selidik B Surat Kelulusan Mendapatkan Maklumat Daripada Fakulti
Pendidikan Teknologi Malaysia
C Surat Memohon Mendapatkan Maklumat Daripada Penyelidik D Surat Pengesahan Soal Selidik
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan Keusahawanan merupakan bidang kerjaya amat penting di negara ini. Kerajaan
bermatlamat untuk menjadikan bidang keusahawanan ini sebagai satu input untuk
memperkembangkan ekonomi negara terutama dalam bidang keusahawanan sekaligus
dapat menyumbang kepada peluang pekerjaan pada abad ke 21. Dengan itu, peranan
usahawan sebagai penggerak utama dalam sektor ekonomi adalah sangat penting
walaupun Malaysia kini sudah berjaya dari aspek keusahawanan tetapi terdapat beberapa
isu yang perlu diambil perhatian. Antaranya terdapat kekurangan usahawan
berketrampilan, kreatif, lebih banyak pendekatan baru dalam pembangunan dan perlunya
pemantapan dan perluasan pendidikan keusahawan sekaligus dapat melahirkan
usahawan yang mempunyai pendidikan keusahawanan (Adnan Alias, 1997)
Bidang keusahawanan dikatakan penting bagi melahirkan lebih ramai usahawan
yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menjalani perniagaan. Oleh itu,
usahawan telah didedahkan dengan pendidikan keusahawanan bermula di bangku
sekolah supaya menimbulkan minat seseorang dalam bidang keusahawanan melalui
pendidikan formal dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup di tingkatan 1-3 dan subjek
2
keusahawanan di tingkatan 4-5. Walaubagaimanapun, pendidikan keusahawanan boleh
dipelajari apabila berada di Institusi Pengajian Tinggi supaya pengetahuan dalam bidang
keusahawanan menjadi semakin berkembang dalam diri seseorang. Manakala menurut
Halimah (1995) pendedahan dalam dunia keusahawanan bukan sahaja tertumpu kepada
golongan dewasa malahan golongan kanak-kanak diperingkat sekolah lagi. Usaha
Kementerian Pendidikan memperkenalkan mata pelajaran perdagangan dan
keusahawanan adalah suatu yang patut diberi perhatian yang lebih.
Selain itu, pendidikan keusahawanan juga dapat dipraktikan secara tidak formal
melalui pelbagai program-program dan latihan-latihan yang disedikan oleh pelbagai
agensi yang terlibat dalam memberi pendidikan keusahawanan kepada usahawan.
Antaranya adalah Kementerian Pembangunan Usahawan, Kementerian Pertanian,
Kementerian Pendidikan, Majlis Amanah Rakyat dan Kementerian Belia dan Sukan
yang bertanggungjawab dalam pembangunan Keusahawanan Di Malaysia.
Bidang keusahawanan di Malaysia sangat berkembang hasil daripada bantuan
pelbagai pihak yang tertentu dalam memberi ruang kepada usahawan untuk menyertai
aspek keusahawanan ini. Jika dilihat peranan kerajaan amat penting dalam melahirkan
usahawan yang berjaya yang mempunyai pendidikan keusahawanan melalui bantuan
sama ada dari segi kewangan dan khidmat nasihat kepada yang berminat menjadi
usahawan. Badan-badan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menyediakan
modal yang besar untuk membantu para usahawan terutama usahawan Bumiputera.
Bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaleed
Nordin berkata, MARA Inc yang merupakan anak syarikat MARA telah menyediakan
modal awal sebanyak RM100 juta untuk membangunkan usahawan bumiputera agar
berdaya saing dan maju untuk mencapai potensi antarabangsa (Utusan Malaysia, 2008).
Selain pihak kerajaan, institusi pendidikan juga telah memainkan peranan
penting dalam usaha meningkatkan minat para pelajar menceburi bidang keusahawanan
selepas tamat pengajian. Antara program yang dijalankan ialah Program Inkubator
3
Usahawan Siswazah adalah merupakan satu usahasama di antara Bank Pembangunan
dan Infrastruktur Malaysia Berhad (SME Bank) dan 17 buah universiti tempatan di
bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Menerusi program ini,
siswazah yang berminat akan menerima bimbingan dan juga akan diberi khidmat nasihat
mengenai jenis perniagaan yang berpotensi untuk mereka ceburi (UtusanMalaysia,2005).
1.2 Latar Belakang Masalah
Hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju
yang berteraskan perindustrian supaya dapat melahirkan usahawan yang berkualiti.
Untuk merealisasikan matlamat tersebut, langkah kerajaan menyediakan beberapa agensi
yang dapat menyediakan kemudahan dan latihan seperti Majlis Amanah Rakyat
(MARA), Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC), Institut Keusahawanan
Negara (INSKEN), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Malaysia (FAMA) dan
lain-lain. Dengan itu, Dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7), kerajaan telah
menyediakan pelbagai program seperti Pengurusan Pembangunan Vendor, Program
Pembangunan Francais, Skim Usahawan dan Skim Modal Teroka. Melalui program ini
dapat meningkatkan pembangunan usahawan supaya menjadikan usahawan lebih
berpengetahuan berkaitan dengan pengurusan perniagaan yang berkualiti, kecekapan
dan etika perniagaan yang lebih baik. Ini bertujuan bagi menggalakkan usahawan dapat
menceburi bidang keusahawanan ( Malaysia, 2001)
Walaubagaimanapun, penglibatan usahawan dalam aktiviti berkaitan dengan
keusahawanan sangat penting bagi meningkatkan pengetahuan para usahawan. Dengan
itu, Pusat Pembanguanan Usahawan Malaysia (MEDEC) telah mengendalikan
rancangan penyelidikan, pendidikan dan penyelenggaraan khidmat perundingan
keusahawanan untuk membantu usahawan. Pada tahun 2007, Kementerian Pembagunan
Malaysia dan Koperasi Malaysia (MECD) melalui Bahagian Promosi dan Pemasaran
menyediakan peruntukan untuk Program Promosi Pengiklanan Usahawan bagi
4
membantu usahawan Bumiputera yang begitu takut untuk mengiklankan produk mereka.
Kebanyakan maklum balas yang diterima daripada usahawan menunjukkan mereka
menganggap pengiklanan sebagai tidak penting. Oleh itu, MECD melihat satu keperluan
untuk membantu meringankan beban usahawan terutama usahawan kecil dan sederhana
untuk mempromosi produk melalui pengiklanan (Mohamad Khir, 2009). Memang tidak
dinafikan bahawa keperluan pendidikan amat penting bagi usahawan menambahkan
pengetahuan dan sekaligus mengetahui hala tuju mereka untuk menjadi seseorang
usahawan yang berjaya.
Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam (2008) mendapati
seramai 40,000 siswazah menganggur kerana tidak mempunyai pekerjaan selepas
tamatnya belajar.Namun begitu, bagi mengatasi masalah ini, bidang keusahawanan
dilihat sebagai satu kerjaya yang dapat menjamin kepada peluang pekerjaan kepada
siswazah bagi mengatasi masalah pengangguran supaya tidak bergantung kepada
pekerjaan yang disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta semata-mata.
Menurut Zaidatol dan Habibah (2004) yang menyatakan sistern pendidikan
keusahawanan secara beransur-ansur mengubah nilai dan sikap usahawan ke arah
perubahan positif. Ini kerana terdapat beberapa golongan usahawan yang masih
ketinggalan dari aspek pengetahuan seperti daya cipta, amalan perniagaan yang baik dan
semangat bekerja yang gigih. Selain itu, budaya niaga keusahawanan dan kesanggupan
mereka dalam menanggung risiko belum ada dalam diri usahawan tersebut. Dengan itu,
bagi membantu usahawan dalam menerapkan ilmu keusahawanan dapat dilihat dengan
pelbagai usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan dan sistem pendidikan perdagangan dan
keusahawanan telah lama wujud di Malaysia (Shahril 1993). Kementerian Pendidikan
juga memainkan peranan penting mewujudkan pelapis usahawan melalui program
seperti Usahawan Muda dan Briged Usahawan (Zaidatol et at, 1998).
Selain itu, menurut Badrul Hisham (1995) menyatakan pengetahuan dalam
bidang keusahawanan sangat penting kepada seseorang yang dapat memberi kesan
5
kepada kejayaan dalam sesebuah perniagaan yang dijalankan. Oleh itu, pendedahan awal
mengenai setiap kemudahan yang disediakan oleh kerajaan perlu diambil perhatian oleh
mana-mana usahawan ataupun bakal usahawan untuk menceburi diri dalam bidang ini.
Ini bertepatan dengan dengan kajian yang dijalankan oleh Michael, Liao Jianwen dan
Harold (2004) yang menyatakan bahawa terdapat hubungan yang positif antara kejayaan
usahawan dengan pengetahuan mereka berkaitan dengan maklumat perniagaan dan
kemudahan- kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.
1.3 Pernyataan Masalah Seseorang yang bergelar usahawan akan melalui pelbagai cabaran untuk berjaya
dalam bidang perniagaan. Dengan itu, peranan kerajaan dalam menyediakan pelbagai
galakan dan bantuan bagi melahirkan usahawan yang berpengetahuan diperolehi samada
secara formal ataupun tidak formal Menurut Zaidatol Akmaliah dan Habibah (1997),
pendidikan yang formal membantu menyediakan seseorang ke arah menjadi usahawan
berjaya kerana melalui pendidikan, para usahawan dapat memahami peluang perniagaan
yang boleh diterokai. Oleh itu, pengkaji menjalankan kajian ini adalah untuk
mengenalpasti tahap pengetahuan usahawan terhadap pendidikan keusahawanan dalam
kalangan usahawan di Pertubuhan Peladang Kawasan Johor Bahru Timur.
1.4 Objektik Kajian Berikut merupakan objektif kajian yang dilakukan:
1.4.1 Mengenalpasti tahap pengetahuan usahawan terhadap program pendidikan
keusahawanan
1.4.2 Mengenalpasti persepsi usahawan terhadap kepentingan pendidikan
keusahawanan.
6
1.4.3 Mengenalpasti perbezaan signifikan mengenai tahap pengetahuan usahawan
terhadap program pendidikan keusahawanan antara usahawan yang menghadiri
kursus dengan tidak menghadiri kursus.
1.4.4 Mengenalpasti perbezaan signifikan terhadap persepsi usahawan terhadap
kepentingan pendidikan keusahawanan antara usahawan yang menghadiri kursus
dengan tidak menghadiri kursus.
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Apakah tahap pengetahuan usahawan terhadap program pendidikan
keusahawanan?
1.5.2 Apakah persepsi usahawan terhadap kepentingan pendidikan keusahawanan?
1.5.3 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan mengenai tahap pengetahuan
terhadap pendidikan keusahawanan antara usahawan yang menghadiri kursus
dengan tidak menghadari kursus?
1.5.4 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan mengenai persepsi usahawan
terhadap kepentingan pendidikan keusahawanan antara usahawan yang
menghadiri kursus dengan tidak menghadari kursus?