universiti teknologi malaysia - fp.utm.my file“saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini...

21
UTPSZ 19:16 (Pind.1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PERKAITAN DI ANTARA KADAR DENYUTAN JANTUNG DAN TAHAP DEHIDRASI DI KALANGAN ATLET LARIAN JARAK DEKAT SESI PENGAJIAN: 2007/2008 Saya : RAHMAH BINTI ABD. RAHMAN @ HASSAN_______________ (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________________ _______________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 288 BLOK 12, FELDA PAPAN PN. ASHA HASNIMY BINTI MOHD HASHIM TIMUR, 81900 KOTA TINGGI Nama Penyelia JOHOR. Tarikh: 2 MEI 2008 Tarikh: 2 MEI 2008

Upload: nguyenkiet

Post on 05-Jun-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

UTPSZ 19:16 (Pind.1/07)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PERKAITAN DI ANTARA KADAR DENYUTAN JANTUNG DAN TAHAP

DEHIDRASI DI KALANGAN ATLET LARIAN JARAK DEKAT

SESI PENGAJIAN: 2007/2008 Saya : RAHMAH BINTI ABD. RAHMAN @ HASSAN_______________

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

__________________________ _______________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap:

288 BLOK 12, FELDA PAPAN PN. ASHA HASNIMY BINTI MOHD HASHIM TIMUR, 81900 KOTA TINGGI Nama Penyelia JOHOR.

Tarikh: 2 MEI 2008 Tarikh: 2 MEI 2008

PERKAITAN DI ANTARA KADAR DENYUTAN JANTUNG DAN TAHAP DEHIDRASI DI KALANGAN ATLET LARIAN JARAK DEKAT

RAHMAH BINTI ABD. RAHMAN@HASSAN

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

2008

ii

“Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)”.

Tandatangan : ……………………………………………………

Nama Penyelia : PUAN ASHA HASNIMY BT. MOHD HASHIM Tarikh: : APRIL 2008

iii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………………………………………………….

Nama Penulis : RAHMAH BINTI ABD RAHMAN@HASSAN Tarikh: : APRIL 2008

iv

DEDIKASI

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Yang Maha Mengasihani

Segala pujian bagi Allah S.W.T pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Syukur kepada Allah kerana taufiq dan inayah-

Nya telah mengizinkan saya menyiapkan penulisan ilmiah ini.

Buat Mak dan Abah yang kusanjungi

Segala jasa dan pengorbananmu amat kuhargai. Terima kasih kerana merestui perjuangan ku selama ini. Ku panjatkan doa pada tuhan agar kalian sentiasa berada di

dalam perlindungan dan keredhaan-Nya. Amin.

Buat suami yang tercinta, Mohd Shaifudin B. Ab. Razak

Kehadiranmu dalam hidup ini menyemarakkan lagi semangatku untuk menjadi insan yang berguna. Segala nasihat dan teguranmu telah menyedarkanku erti hidup yang

sebenar di dunia ini.

Buat adik-beradik yang kusayangi

Terima kasih kerana sentiasa memahami diriku. Kebaikan kalian tetap kukenang sehingga ke akhir hayat ini.

Buat rakan-rakan seperjuangan

Segala dorongan dan sokongan daripada kalian tidak akan kulupakan. Akan kusimpan segala kenangan dan suka duka kita bersama kekal bersemadi di dalam ingatanku.

Sekian, Wassalam

v

PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana memberikan saya kesempatan dan juga kesihatan

yang baik sehingga dapat saya menyiapkan projek sarjana muda ini tepat pada masanya.

Terlebih dahulu jutaan terima kasih diucapkan kepada penyelia Pn. Asha Hasnimy Bt.

Mohd Hashim di atas segala tunjuk ajar dan bimbingan yang telah diberikan

sepanjang menyiapkan penulisan ilmiah ini. Semoga Allah merahmati hidupmu.

Ucapan terima kasih juga ini ditujukan kepada jurulatih dan atlet –atlet dari MSNJ

kerana memberikan kerjasama yang terbaik kepada saya sepanjang menjalankan kajian

di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Johor Bahru, Johor.

Di kesempatan ini juga saya ingin megucapkan jutaan terima kasih kepada suami

tercinta, ibu bapa dan adik-beradik di atas segala dorongan, sokongan, pengorbanan dan

kasih sayang yang diberikan.

Tidak dilupakan kepada rakan-rakan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung

dalam membantu menyiapkan penulisan ilmiah ini.

Sekian Terima kasih.

vi

ABSTRAK

Kajian-kajian lepas menunjukkan dehidrasi merupakan salah satu faktor yang

boleh menyebabkan berlakunya kemerosotan prestasi seseorang atlet. Ia dikatakan

dapat mempengaruhi kadar denyutan jantung atlet dan secara langsung memberi

kesan kepada fungsi jantung untuk bekerja. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji

perkaitan di antara kadar denyutan jantung dan tahap dehidrasi di kalangan atlet bagi

acara larian jarak dekat. Pengujian yang dilakukan mengambil kira tahap dehidrasi

dan kadar denyutan jantung bagi melihat perkaitan di antara kedua-duanya. Seramai

lima orang atlet lelaki dari Majllis Sukan Negeri Johor (MSNJ) yang akan

bertanding pada Sukan Malaysia (SUKMA) tahun 2008 bagi acara larian jarak dekat

telah dipilih sebagai subjek. Data yang diperoleh dikumpul untuk dianalisis dengan

menggunakan perisian ‘Statistical Package For Social Science’ (SPSS) versi 14.0.

Bagi mencari perkaitan di antara kedua-dua item tersebut ujian korelasi Pearson telah

digunakan. Berdasarkan keputusan ujian korelasi yang diperolehi menunjukkan nilai

pekali korelasi di antara kadar denyutan jantung dan tahap dehidrasi adalah positif

sederhana (r = .580). Maka, hubungan di antara kedua-dua pembolehubah adalah

tidak signifikan r = .580, p = .305). Kesimpulannya kajian gagal menerima hipotesis

alternatif iaitu terdapat perkaitan yang signifikan terhadap kadar denyutan jantung

dan tahap dehidrasi.

vii

ABSTRACT

Previous researches have shown that dehydration is one of the factors that can

decrease athlete’s performance. It been assumed that it has directly effects on function

and heart rate. The purpose of this study was to determine the correlation between

heart rate and dehydration level among athletes in short distance running event. Five

male athletes from Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) who will participate in Sukan

Malaysia (SUKMA) 2008 in short distance running event were selected as subjects.

Data collected was analyzed using Statistical Package For Social Science software

(SPSS) 14.0. To correlate the two items, the Pearson Correlation test was used. The

result of the correlation between heart rate and dehydration level show that the

correlation value is moderate positive (r = .580). Therefore the relationship between

both items are not significant ( r = .580, p = .305). In conclusion, this study failed to

accept alternative hypotheses that is; there were significant correlation between heart

rate and dehydration level.

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

TAJUK i

PENGESAHAN PENYELIA ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI SINGKATAN xi

SENARAI JADUAL xii

SENARAI LAMPIRAN

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Hipotesis Kajian 6

1.7 Kepentingan Kajian 7

1.8 Limitasi Kajian 8

1.9 Definisi Operasional 9

ix

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Air dan Dehidrasi 11

2.3 Air, Dehidrasi dan Prestasi Atlet 15

2.4 Kadar Denyutan Jantung 16

2.5 Denyutan Jantung dan Prestasi Atlet 18

2.6 Dehidrasi dan Denyutan Jantung 19

2.7 Penutup 20

3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 21

3.2 Rekabentuk Kajian 21

3.3 Lokasi Kajian 22

3.4 Instrumen Kajian 22

3.5 Prosedur Kajian 22

3.6 Proses Pengumpulan Data 25

3.7 Analisa Data 25

4 ANALISA DATA

4.1 Pendahuluan 26

4.2 Analisa Latar Belakang Subjek 27

4.3 Analisa Kadar denyutan jantung sebelum dan

selepas larian jarak dekat. 32

x

4.4 Analisa Tahap dehidrasi sebelum dan

selepas larian jarak dekat. 33

4.5 Perkaitan di antara kadar denyutan jantung dan

tahap dehidrasi selepas larian jarak dekat 34

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 35

5.2 Perbincangan Kajian 35

5.3 Cadangan 38

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 39

5.5 Rumusan 41

5.6 Penutup 41

RUJUKAN 42

LAMPIRAN A-H 45-52

xi

SENARAI SINGKATAN ACSM - The American College of Sport Medicine AFIC - Asian Food Information Center

BPM - Beats Per Minute MSNJ - Majlis Sukan Negeri Johor

SPSS - Statistical Packages for Social Science

SUKMA - Sukan Malaysia UTM - Universiti Teknologi Malaysia

xii

SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 1.1 Kadar Kehilangan air di bawah suhu

Persekitaran 3

2.1 Tanda- Tanda Atau Simptom Dehidrasi 12 2.2 Pengambilan Minuman Air Harian Berdasarkan

Penggunaan Tenaga Harian 14

3.1 Prosedur Pengujian Mengukur Kadar Denyutan

Jantung Dan Tahap Dehidrasi 23

4.1 Taburan Subjek Mengikut Umur 27 4.2 Taburan Subjek Mengikut Berat Badan 28 4.3 Taburan Subjek Mengikut Ketinggian 29 4.4 Taburan Subjek Mengikut Tahap

Penglibatan Tertinggi Dalam Sukan 30

4.5 Taburan Subjek Mengikut Kategori Sukan

xiii

Yang Diceburi Di Dalam Penglibatan Tertinggi 31

4.6 Kadar Denyutan Jantung Sebelum

dan Selepas Larian Jarak Dekat 32

4.7 Tahap Dehidrasi Sebelum dan Selepas

Larian Jarak Dekat 33

4.8 Perkaitan Di Antara Kadar Denyutan

Jantung dan Tahap Dehidrasi Selepas

Larian Jarak Dekat 34

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Surat Akuan Pelajar Universiti Teknologi 45

Malaysia

B Surat Permohonan Peminjaman Peralatan 46 C Surat Perlantikan Latar Belakang Subjek 47 D Prosedur Kajian 48 E Latar Belakang Subjek 49 F Borang Skor 50 G Analisis SPSS 51 H Formula Mengukur Tahap Dehidrasi 52

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Air amat penting kepada tubuh manusia. Ia adalah bahan perantara bagi

penghantaran nutrien, gas dan bahan kumuhan serta untuk semua tindakbalas biokimia

sel dan tisu. Selain itu, air dapat mengekalkan isipadu darah yang secukupnya

(Rabindarjeet Singh, 2003).

Kepentingan air dalam badan dapat dilihat di mana ia membantu setiap fungsi

organ dalam tubuh. Otak kita terdiri daripada 75 peratus air, darah terdiri daripada 92

peratus air, tulang terdiri daripada 22 peratus air dan otot terdiri daripada 75 peratus air.

Ia juga penting untuk pernafasan dan pengaturan suhu badan. Cecair juga penting

untuk melindungi organ tubuh yang penting dan juga melindungi sendi-sendi tulang

(Easaw-John, 2006).

Menurut Asian Food Information Centre (2004), air merupakan komponen

yang paling banyak di dalam badan manusia iaitu 50 peratus daripada berat badan

orang dewasa dan 70 peratus bagi bayi yang baru dilahirkan. Dalam keadaan normal,

sebanyak tiga liter air akan hilang daripada tubuh badan seseorang dalam satu hari.

Oleh itu, kita dinasihatkan meminum lebih kurang 2.5 atau 3 liter air (10 cawan) setiap

hari. Hal ini bertujuan untuk menggantikan air yang telah dikumuhkan.

2

Keseimbangan air dalam badan adalah perlu supaya tubuh dapat berfungsi

secara keseluruhan. Menurut (Mack dan Nadel 1996; Sawka 1988) dalam Syaratul

Irwina (2006), keseimbangan air adalah kritikal untuk semua organ bagi mengekalkan

kesihatan. Kekurangan air atau dehidrasi boleh berlaku apabila air hilang daripada

badan akibat perpeluhan dan sebagainya. Menurut Rabindarjeet Singh (2003),

kehilangan air di dalam tubuh sebanyak dua peratus daripada berat badan boleh

menjejaskan prestasi atlet manakala kehilangan air melebihi lima peratus daripada berat

badan disebabkan oleh senaman boleh menurun sebanyak 30 peratus daripada prestasi

sebenar.

Menurut Kenney (2005) dalam Syaratul Irwina (2006), pengambilan cecair

sebelum, semasa dan selepas latihan adalah penting untuk membantu mengawal suhu

badan dan mengantikan semula kehilangan cecair melalui perpeluhan. Kehilangan

cecair badan diagihkan ke pelbagai bahagian di antara plasma, cecair intrasel dan

ekstrasel. Pengurangan pada isipadu plasma boleh memberi kesan dan kemungkinan

boleh menjejaskan prestasi senaman secara signifikan.

Menurut Rabindarjeet Singh (2003), pengaliran darah ke otot-otot harus

dikekalkan sepanjang sesi senaman untuk membekalkan oksigen dan substrat ke otot-

otot yang terlibat dan juga untuk mengeluarkan bahan sisa yang lain. Pengaliran darah

ke kulit seharusnya mencukupi supaya dapat membawa haba ke permukaan badan

untuk dibebaskan. Jika isipadu darah berkurangan kerana kehilangan cecair,

kemungkinan timbul kesukaran bagi memenuhi keperluan kadar aliran yang tinggi ke

otot dan kulit.

Menurut Easaw-John (2006), pengambilan cecair adalah perlu untuk setiap

individu kerana badan mengandungi sehingga tiga suku cecair. Oleh itu, usaha perlu

dilakukan untuk mengekalkan tahap pengambilan cecair. Seperti yang sedia maklum,

setiap bahagian tubuh dari sel individu sehingga ke sistem peredaran seluruhnya adalah

3

bergantung kepada cecair. Organ tubuh seperti buah pinggang yang menapis bahan-

bahan tercemar dari aliran darah dan mengkumuhkannya melalui air kencing

memerlukan minimum satu liter cecair untuk berfungsi dengan sempurna. Menurutnya

lagi, seseorang boleh mati tanpa cecair selama tiga hari sedangkan seseorang itu boleh

hidup lapan minggu lamanya tanpa makanan.

Menurut Costil (1972), jumlah kandungan air di dalam tubuh bergantung

kepada keseimbangan di antara pengambilan cecair harian dan kehilangan cecair tubuh.

Kebanyakan pengambilan cecair adalah melalui minuman iaitu sebanyak 90 peratus

dan sejumlah kecil cecair diperolehi daripada makanan yang diambil. Purata

pengambilan cecair yang normal adalah sebanyak 2.3 liter sehari. Kadar kehilangan

cecair di dalam tubuh bergantung kepada faktor persekitaran. Jadual menunjukkan

kadar kehilangan air di bawah suhu persekitaran 20° C.

Jadual 1.1: Kadar kehilangan air di bawah suhu persekitaran 20° C

Jenis kehilangan air Kadar pengeluaran air

Respiratori - 0.7 liter daripada paru-paru (melalui pernafasan normal)

Peluh - 0.1 liter

Air kencing - 1.3 liter

Peninjaan - 0.1 liter sehari (orang berpenyakit boleh hilang air sehingga 25 liter)

4

Kesimpulannya, setiap individu perlu mempunyai kesedaran mengenai

keperluan untuk mengekalkan hidrat yang baik. Hal ini disebabkan keperluan air dalam

tubuh amat penting untuk menjalankan fungsi secara keseluruhan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Walaupun terdapat bukti jelas yang menunjukkan kesan positif pengambilan air

dan kesan negatif akibat dehidrasi terhadap prestasi senaman, masih terdapat ramai

atlet yang tidak mengambil minuman yang mencukupi untuk menggantikan air yang

hilang melalui peluh semasa senaman. Atlet yang berada dalam keadaan dehidrasi

biasanya tidak dapat melakukan aktiviti sukan dalam jangka masa yang lama

disebabkan mudah berasa kepenatan berbanding atlet yang berada dalam keadaan

hidrat yang baik.

Setiap atlet perlu mengetahui bahawa dehidrasi boleh terjadi disebabkan oleh

beberapa faktor. Ini dijelaskan oleh Sawka dan Wenger (1998) dalam Syaratul Irwina

(2006) yang menyatakan cecair yang hilang di kalangan atlet bergantung kepada

intensiti latihan yang dilakukan, genetik seseorang individu yang mudah berpeluh, tahap

kecergasan atlet, keadaan persekitaran dan jenis serta bilangan pakaian yang dipakai

oleh atlet.

Menurut Robergs dan Roberts (1997), dehidrasi yang terjadi secara langsung

mengurangkan darah dan isipadu plasma, memberi kesan kepada pengurangan jumlah

darah yang dipam oleh jantung. Ini seterusnya memaksa jantung bekerja keras untuk

mengekalkan darah beroksigen kepada otot-otot.

5

Disebabkan hal ini, setiap atlet perlulah mempunyai pengetahuan berkaitan

dengan dehidrasi yang mempunyai hubungan yang rapat dengan organ penting manusia

iaitu jantung.

1.3 Pernyataan Masalah

Dehidrasi adalah antara punca yang menyebabkan prestasi seseorang atlet

menurun. Kebanyakan atlet memandang mudah terhadap kesan dehidrasi yang

akhirnya merugikan diri mereka sendiri. Seharusnya atlet perlu melengkapkan

pengetahuan berkaitan dehidrasi bagi mengekalkan prestasi mereka. Dehidrasi

kebiasaannya akan memberikan tanda-tanda awal atau simptom kepada diri atlet.

Menurut Asian Food Information Center (2004), dahaga merupakan tanda awal

terjadinya dehidrasi. Apabila atlet tidak prihatin dengan keadaan ini maka dehidrasi

akan menjadi bertambah buruk. Kesan dehidrasi seterusnya boleh menyebabkan atlet

mengalami simptom seperti pening kepala, degupan jantung menjadi semakin laju,

kelesuan dan kurang bertenaga. Dehidrasi adalah lebih kritikal apabila buah pinggang

tidak dapat berfungsi dengan baik dan akhirnya boleh membawa kematian.

Oleh itu, kajian ini berguna kepada semua terutama kepada jurulatih-jurulatih

dan para atlet bagi mengenalpasti kemungkinan faktor dehidrasi adalah berkaitan

dengan kadar denyutan jantung dan juga kesannya kepada prestasi seseorang atlet.

1.4 Objektif Kajian

Objektif utama kajian ini adalah untuk :

a) Mengenalpasti kadar denyutan jantung sebelum dan selepas larian jarak dekat.

6

b) Mengenalpasti tahap dehidrasi sebelum dan selepas larian jarak dekat.

c) Melihat perkaitan di antara kadar denyutan jantung dan tahap dehidrasi selepas

larian jarak dekat.

1.5 Persoalan Kajian

Di dalam kajian ini, penyelidik telah mengenalpasti beberapa persoalan

kajian . Antaranya ialah:

1.5.1 Berapakah kadar denyutan jantung sebelum dan selepas melakukan larian?.

1.5.2 Berapakah tahap dehidrasi sebelum dan selepas melakukan larian?. 1.5.3 Sejauh manakah perkaitan di antara kadar denyutan jantung dan tahap

dehidrasi selepas melakukan larian?