kekangan yang dihadapi oleh pelajar sarjana … · saya akui bahawa saya telah membaca karya ini...

29
KEKANGAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN(KEMAHIRAN HIDUP) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN REKA CIPTA SITI SYAZWANI BINTI MD MUDZAFFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: duongkhuong

Post on 30-Jun-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEKANGAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR SARJANA … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini . adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk

KEKANGAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR SARJANA MUDA TEKNOLOGI

SERTA PENDIDIKAN(KEMAHIRAN HIDUP) DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN REKA CIPTA

SITI SYAZWANI BINTI MD MUDZAFFAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KEKANGAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR SARJANA … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini . adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk

PSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o

JUDUL: KEKANGAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR SARJANA MUDA

TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN(KEMAHIRAN HIDUP) DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN REKA CIPTA

SESI PENGAJIAN: 2011/2012 Saya _SITI SYAZWANI BINTI MD MUDZAFFAR_ mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: EN. HASSAN BIN HUSHIN Nama Penyelia LOT 71 RKT KESEDAR PALOH 1, 18300 GUA MUSANG, KELANTAN DARUL NAIM. Tarikh: 9 JANUARI 2012 Tarikh: 9 JANUARI 2012 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT dan TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

o Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: KEKANGAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR SARJANA … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini . adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk

KEKANGAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR SARJANA MUDA

TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN(KEMAHIRAN HIDUP) DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN REKA CIPTA

SITI SYAZWANI BINTI MD MUDZAFFAR

Laporan penyelidikan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

JANUARI 2012

Page 4: KEKANGAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR SARJANA … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini . adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk

ii  

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Tandatangan :......................................................

Nama penyelia : EN. HASSAN BIN HUSHIN

Tarikh : 9 JANUARI 2012

 

Page 5: KEKANGAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR SARJANA … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini . adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk

iii  

“Saya akui bahawa ini adalah hasil penyelidikan saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang mana tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :...............................................................

Nama Penulis : SITI SYAZWANI BINTI MD. MUDZAFFAR

Tarikh : 9 JANUARI 2012

Page 6: KEKANGAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR SARJANA … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini . adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk

iv  

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala Junjungan Dan

Pujian Atas Limpahan Dan Kurnian Allah S.W.T Tuhan Seluruh Alam. Selawat Dan Salam

Ke Atas Junjugan Nasi Muhammad S.A.W.

Buat insan teristimewa dalam hidupku, ingin ku abadikan penghargaan buat kalian.

Ibu dan Ayah Tercinta

Fatmah Binti Mamat & Md. Mudzaffar Bin Yaacob

Setiap iringan doamu menyerikan kejayaan ku, tiap gerak langkah ku akan kuingati segala

baktimu. Semoga Allah memberkati dirimu dan mencucuri rahmat selamanya.

Suami Tersayang Mohamed Afif Bin Abdul Malek

Kata-kata semangat yang lahir dari bibirmu menjadi kekuatan dan pendorong kejayaan ku

pada hari ini.

Kekanda yang Dikasihi Md. Khairuddin & Nor Fauzana

Kenangan membesar bersama tidak akan dilupakan dan ku hargai untuk selama-lamanya.

Buat Pensyarah-pensyarah yang Disanjungi,

(En. Hassan Bin Hushin dan lain-lain)

Akanku manfaatkan segala ilmu yang dicurahkan. Semoga Allah merahmati

perjuangan murni kalian dalam mendidik anak bangsa. Terima kasih untuk

segalanya.

Buat Teman Seperjuangan yang Dikasihi, (Aida Yusnita, Nursuraya, Masyitah, Akmal, Safwan dan Warga SPH)

Kenangan bersama tak mungkin hilang ditelan usia, suka duka telah diharungi

bersama.Semoga Allah memberkati usaha kita semua.

Page 7: KEKANGAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR SARJANA … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini . adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk

v  

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani dan segala

pujian untuk Allah S.W.T serta selawat dan salam kepada junjungan mulia

Rasulullah S.A.W. Segala puji dan syukur kupanjatkan ke hadrat Illahi kerana telah

memberiku kekuatan bagi menyempurnakan penyelidikan ini. Setinggi-tinggi

penghargaan yang tidak terhingga kepada penyelia projek sarjana muda iaitu, En.

Hassan Bin Hushin. Tiada kata seidah bahasa yang dapat saya ungkapkan dengan

hanya ucapan terima kasih yang dapat saya berikan.

Keperihatinan En. Hassan memberi segala tunjuk ajar sehingga setiap helaian

muka surat disemak dan diperbetulkan dengan hanya menggunakan sebatang pen

yang membuatkan helaian tersebut penuh dengan ilmu yang berguna kepada saya.

Segala tunjuk ajar dan bimbingan yang En. Hassan berikan membantu saya

ke arah menjadi pelajar berilmu membuatkan saya lebih bersemangat dalam

mengharungi segala kepayahan dan kesukaran bukan sahaja dalam menyiapkan

Pojek Sarjana Muda tetapi dalam pembelajaran bagi kursus-kursus laian.

Akhir sekali, ucapan terima kasih buat insan di sekeliling saya yang banyak

membantu dan terlibat secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang saya

menyiapkan projek ini. Sekian.

Page 8: KEKANGAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR SARJANA … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini . adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk

vi  

ABSTRAK

Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang bertujuan untuk mengkaji apakah

kekangan yang dihadapi oleh pelajar yang mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) dalam pengajaran dan pembelajaran

Reka Cipta. Aspek kajian ini difokuskan berdasarkan kekangan yang dihadapi dalam

empat proses utama rekacipta iaitu proses Pengenalpastian Masalah, Pencetusan

Idea, Perekaan Projek dan Perancangan Pembinaan Projek. Seramai 50 orang pelajar

tahun empat yang sedang mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan (Kemahiran Hidup) menjadi responden dalam kajian ini. Satu set borang

soal selidik telah digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini. Data-data yang

diperolehi dianalisis menggunakan perisian “Statistical Packages For Social Sciences

(SPSS)” versi 16.0 untuk mendapatkan kekerapan, peratus dan nilai min. Kajian

rintis telah dijalankan terhadap 10 orang pelajar tahun empat yang mengikuti kursus

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Elektrik) untuk menguji

kebolehpercayaan instrument kajian. Nilai Alpha Cronbach yang diperolehi adalah

0.829. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kekangan

yang paling banyak dihadapi oleh responden adalah dalam dua proses utama iaitu

proses Pengenalpastian Masalah dan proses Perancangan Pembinaan Projek.

Akhirnya beberapa cadangan dikemukakan untuk menangani kekangan yang

dihadapi oleh pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran rekacipta.

Page 9: KEKANGAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR SARJANA … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini . adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk

vii  

ABSTRACT

This descriptive study aims to determine the constraint faced by students

pursuing the Bachelor of Technology with Education (Living Skills) in the teaching

and learning process of the Invention. Aspects of this study focused on constraints in

the four main process of the invention which is the process of Problem Identification,

Brainstorming Ideas, The Project Design and Construction Planning Project. A total

of 50 fourth year students who was studying Bachelor of Technology with Education

(Living Skills) became the respondents in this study. A set of questionnaires were

used as an instrument in this study. The data obtained analyzed using the software

“Statistical Packages for Social Sciences (SPSS)” version 16.0 to obtain the

frequency, percentage and the mean value. A pilot study was conducted on 10 fourth

year students who in enroll the Bachelor of Technology with Education (Electrical)

programme to test the reliability of the research instrument. The value of Alpha

Cronbach obtained was 0.829. Overall, these findings indicate that most of the

constraints faced by the respondents are in two main processes

Identification of the Problem process and Construction Project Planning process.

Finally, several proposals were submitted to address the constraints faced by

students in the teaching and learning process of the Invention.

Page 10: KEKANGAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR SARJANA … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini . adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk

viii  

KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKASURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL

PENGESAHAN PENYELIA ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN 1

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 4

1.2 Pernyataan Masalah 10

1.3 Objektif Kajian 11

1.4 Persoalan Kajian 11

1.5 Kepentingan Kajian 12

1.5.1 Pelajar 12

1.5.2 Pensyarah 12

Page 11: KEKANGAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR SARJANA … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini . adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk

ix  

1.5.3 Pihak Universiti 13

1.5.4 Kajian akan datang 13

1.6 Batasan Kajian 13

1.7 Definisi Operasional 14

1.7.1 Masalah 14

1.7.2 Pelajar SPH 14

1.7.3 Mata Pelajaran 15

1.7.4 Reka Cipta 15

1.7.5 Mata Pelajaran Reka Cipta 15

1.8 Penutup 16

2 SOROTAN KAJIAN 17

2.0 Pengenalan 17

2.1 Mata Pelajaran Reka Cipta 18

2.2 Proses Mereka Bentuk Projek Reka Cipta 20

2.2.1 Proses Pengenalpastian Masalah 23

2.2.1.1 Kajian Berkaitan Proses Pengenalpastian

Masalah 25

2.2.2 Proses Pencetusan Idea 26

2.2.2.1 Kajian Berkaitan Proses Pencetusan Idea 27

2.2.3 Proses Perekaan Projek 28

2.2.3.1 Kajian Berkaitan Proses Perekaan Projek 30

2.2.4 Proses Perancangan Pembinaan Projek 31

2.2.4.1 Kajian Berkaitan Proses Perancangan

Pembinaan Projek 34

2.3 Penutup 35

3 METODOLOGI KAJIAN 36

3.0 Pengenalan 36

3.1 Reka Bentuk Kajian 36

3.2 Tempat Kajian 37

3.3 Populasi Kajian 38

Page 12: KEKANGAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR SARJANA … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini . adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk

x  

3.4 Instrument Kajian 38

3.5 Kesahan Soal Selidik 40

3.6 Kajian Rintis 41

3. 7 Kebolehpercayaan Soal Selidik 42

3.8 Prosedur Kajian 44

3.9 Analisis Data 45

3.10 Jangkamasa Kajian 47

3.11 Andaian Kajian 47

3.12 Penutup 48

4 ANALISIS KAJIAN 49

4.0 Pengenalan 49

4.1 Penganalisaan Data 49

4.1.1 Bahagian A 50

4.2 Analisis Bahagian A 51

4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 51

4.2.2 Taburan Responden Berdasarkan

Tahun Pengajian 52

4.2.3 Taburan Responden Berdasarkan Mata Pelajaran

RC Yang Telah Diambil 52

4.3 Analisis Bahagian B 53

4.3.1 Dapatan Masalah Dalam Proses Pengenalpastian

Masalah 54

4.3.2 Dapatan Masalah Dalam Proses Pencetusan Idea 56

4.3.3 Dapatan Masalah Dalam Proses Perekaan Projek 58

4.3.4 Dapatan Masalah Dalam Proses Perancangan

Pembinaan Projek 60

4.4 Rumusan 62

4.5 Penutup 64

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 65

5.0 Pengenalan 65

Page 13: KEKANGAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR SARJANA … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini . adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk

xi  

5.1 Ringkasan Dapatan Kajian 66

5.2 Perbincangan 67

5.2.1 Bahagian A 67

5.2.2 Bahagian B 68

5.2.2.1 Masalah Ketika Proses Pengenalpastian

Masalah 69

5.2.2.2 Masalah Ketika Proses Pencetusan Idea 72

5.2.2.3 Masalah Ketika Proses Perekaan Projek 74

5.2.2.4 Masalah Ketika Proses Perancangan

Pembinaan Projek 76

5.3 Rumusan 79

5.4 Cadangan 80

5.4.1 Pelajar 80

5.4.2 Pensyarah 81

5.4.3 Fakulti Pendidikan dan JPTK 81

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 82

BIBLIOGRAFI 83

LAMPIRAN

Page 14: KEKANGAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR SARJANA … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini . adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk

xii  

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Gred mata pelajaran Asas Rekacipta bagi sesi 2009/2010/2

7

1.2 Gred mata pelajaran Reka Cipta bagi sesi 2009/2010/1 8

2.1 Bahan-bahan yang sesuai untuk produk dan ciri-cirinya 32

3.1 Bilangan pelajar 4 SPH aliran perdana 38

3.2 Pengkelasan mengikut skala likert 40

3.3 Taburan soalan bagi persoalan kajian 40

3.4 Jumlah sampel kajian rintis mengikut jantina 42

3.5 Pekali Alpha Cronbach 43

3.6 Keputusan analisa Nilai Kebolehpercayaan Kajian 43

3.7 Skor skala likert lima mata kepada skala likert tiga mata 46

3.8 Tahap penilaian responden berdasarkan peratus 46

3.9 Tahap penilaian responden berdasarkan Min 47

4.1 Maklum balas dan Skor Skala Likert terhadap Item 50

4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 51

4.3 Taburan Responden Mengikut Tahun Pengajian 52

4.4 Taburan Responden Mengikut Mata Pelajaran Reka Cipta Yang Telah Diambil

52

4.5 Tahap Peratusan Maklum Balas Terhadap Item 53

4.6 Tahap Skor Min Terhadap Item 54

4.7 Taburan Peratusan dan Min Berkaitan Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh Pelajar SPH Ketika

54

Page 15: KEKANGAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR SARJANA … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini . adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk

xiii  

Proses Pengenalpastian Masalah

4.8 Taburan Peratusan dan Min berkaitan Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh Pelajar SPH Ketika Proses Pencetusan Idea

56

4.9 Taburan Peratusan Dan Min Berkaitan Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh Pelajar SPH Ketika Proses Perekaan Projek

58

4.10 Taburan Peratusan dan Min Berkaitan Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh Pelajar SPH Ketika Proses Perancangan Pembinaan Projek

60

4.11 Keputusan Keseluruhan Peratusan dan Min Masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar SPH Dalam Pemboleh Ubah Kajian

62

5.1 Keputusan Keseluruhan Peratusan dan Min Masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar SPH Dalam Pemboleh Ubah Kajian

68

Page 16: KEKANGAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR SARJANA … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini . adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk

xiv  

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Proses mereka cipta dan kemahiran grafik (Renwick, 2004)

21

2.2 Proses mereka cipta (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002)

22

Page 17: KEKANGAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR SARJANA … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini . adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk

xv  

SENARAI SINGKATAN

SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

SPE - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kejuruteraan Elektrik)

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

SPSS - Statistical Package Of Science

KBSM- Kemahiran Bersepadu Sekolah Menengah

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

RC - Reka Cipta

PTV - Pendidikan Teknik Dan Vokasional

JPTK - Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan

RRJP - Rangka Rancangan Jangka Panjang

ICT - Information and Communication Technology

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

CAD - Reka Bentuk Berbantukan Komputer

2D - Dua Dimensi

3D - Tiga Dimensi

IKBN - Institut Kemahiran Bina Negara

PSM - Projek Sarjana Muda

IPT - Institusi Pengajian Tinggi

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

Page 18: KEKANGAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR SARJANA … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini . adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk

xvi  

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik

Page 19: KEKANGAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR SARJANA … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini . adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Matlamat negara untuk mencapai taraf negara maju dalam Wawasan 2020

menjadi titik tolak kepada wujudnya usaha-usaha untuk melahirkan modal insan yang

berkualiti tinggi dan memiliki minda kelas pertama. Ia merupakan cabaran terbesar bukan

sahaja kepada pucuk pimpinan negara malah ia merupakan tanggungjawab bersama

seluruh rakyat Malaysia. Menurut (Tun) Mahathir Mohamed (1991):

“… amatlah jelas bahawa sumber yang paling utama bagi sesebuah negara ialah bakat, kemahiran, daya cipta, dan daya usaha rakyatnya. Tenaga otak kita ialah sumber yang jauh lebih berharga daripada sumber alam. Rakyat ialah sumber kita yang utama. Tanpa ragu-ragu lagi, pada tahun 1990-an dan seterusnya, Malaysia mestilah memberikan perhatian sepenuhnya terhadap pembangunan sumber yang amat penting ini.”

Page 20: KEKANGAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR SARJANA … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini . adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk

 

Dalam Wawasan 2020 untuk mencapai tahap negara maju, terdapat sembilan

cabaran yang terkandung di dalamnya, dimana cabaran keenam menyatakan:

“ Mewujudkan sebuah masyarakat yang bersifat sains dan progresif, berdaya cipta dan berpandangan jauh ke hari muka, yakni sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi terkini tetapi turut menjadi penyumbang terhadap pembentukan peradaban sains dan teknologi masa hadapan”.

Rakyat Malaysia terutamanya generasi muda perlu sedar bahawa untuk

meletakkan negara kita seiring dengan negara maju yang lain adalah bukan perkara yang

mudah. Kita perlu bersaing dalam semua bidang terutama sekali dalam bidang sains dan

teknologi. Persaingan dengan negara maju memerlukan kita untuk mereka cipta sesuatu

yang kreatif dengan mengaplikasikan semua pengetahuan dalam pelbagai bidang. Demi

merealisasikan usaha Malaysia untuk membina sebuah masyarakat dan negara yang

kreatif, maka kemahiran rekacipta dan inovasi perlu disuburkan dalam diri setiap

individu.

Hasrat murni ini telah mendorong kepada berlakunya reformasi di dalam sistem

pendidikan negara. Reformasi dalam sistem pendidikan adalah berdasarkan kepada

falsafah pendidikan negara seperti yang dinyatakan dalam Huraian Sukatan Pelajaran

Reka Cipta, Pusat Perkembangan Kurikulum(2002), yang mana ada menyebut tentang

peranan pendidikan sebagai satu usaha yang berterusan kearah memperkembangkan lagi

potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu agar dapat melahirkan individu

pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani,

berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.

Dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang 2 (RRJP2), kerajaan akan memberi

perhatian dan tumpuan kepada penyusunan semula sistem pendidikan sains dan teknologi

Page 21: KEKANGAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR SARJANA … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini . adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk

 

bagi memupuk daya cipta di kalangan generasi muda. Berdasarkan apa yang dinyatakan

dalam RRJP2, maka peranan dan cabaran yang perlu dimainkan oleh sektor pendidikan

adalah untuk melahirkan satu generasi yang berdaya cipta tinggi dan mampu

menyumbang kepada pembangunan negara.

Dalam KBSM Rekacipta telah dijadikan satu matapelajaran elektif yang mana

ianya berlandaskan kemajuan teknologi dan menekankan daya kreativiti pelajar.

Tujuannya adalah untuk membentuk minda pelajar yang kreatif dan inovatif sebagai

persediaan negara untuk melahirkan tenaga pekerja yang bermaklumat dan

berketerampilan dalam menempuhi cabaran dunia teknologi di alaf baru. Dalam

rekacipta, ia berlandaskan kepada gabungan tiga(3) dimensi iaitu minda, kemahiran dan

sikap atau nilai.

Kreativiti, rekacipta, dan inovasi merupakan elemen yang sangat penting bagi

setiap individu, masyarakat dan negara dalam era ICT globalisasi ini seperti yang

digambarkan oleh pelopor ini.

“ Creative sparks can only happen if the individuals are right and if the environment is condusive. Right in the sense that the individuals are molded with a particular mindset because mindset are so critical. Conducive, in that the environment will permit these individuals to survive and even to excel.”

(Leong,2001)

Page 22: KEKANGAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR SARJANA … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini . adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk

 

1.1 Latar Belakang Masalah

Mata pelajaran Reka cipta bermula apabila Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM) memperkenalkan mata pelajaran kemahiran hidup di sekolah-sekolah menengah

rendah mulai tahun 1992. Mata pelajaran yang bercorak amali ini diajar kepada pelajar

menengah rendah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar terhadap unsur

teknologi serta menyediakan pelajar kepada pengalaman dan kemahiran yang berguna

untuk diparaktikkan.

Seterusnya, bagi mempercepatkan usaha kerajaan mencapai Wawasan 2020, maka

mata pelajaran Reka Cipta telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM). Mata pelajaran reka cipta diperkenalkan sebagai satu mata pelajaran elektif di

bawah kumpulan Vokasional dan Teknologi.

Mata pelajaran Reka Cipta ini diperkenalkan di sekolah-sekolah kerajaan bagi

memantapkan sistem pendidikan di Malaysia. Pada tahun 1995, sebanyak 14 buah

sekolah telah dipilih dalam projek rintis bagi matapelajaran Reka Cipta di peringkat

menengah atas iaitu Tingkatan 4 dan 5. Pada tahun 1996, mata pelajaran Reka Cipta

telah dikembangkan dan dilaksanakan ke atas 160 buah sekolah menengah atas di seluruh

negara (Ahmad Mohd. Sharif, 1998).

Memandangkan perlaksanaan mata pelajaran Reka Cipta masih baru

diperkenalkan, maka sudah tentu masih banyak yang perlu diperbaiki terutamanya pihak

yang bertanggungjawab sebagai pelaksana kurikulum itu sendiri iaitu guru. Cabaran

kekurangan guru yang berkelayakan dan dapat mengendalikan mata pelajaran RC

dengan sebaiknya masih belum mampu diatasi. Oleh disebabkan itu, maka guru-guru

Page 23: KEKANGAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR SARJANA … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini . adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk

 

teknikal seperti guru mata pelajaran Kemahiran Hidup, guru Kejuruteraan Awam, guru

Kejuruteraan Elektrik, guru Kejuruteraan Mekanikal telah diambil untuk mengajar mata

pelajaran Reka Cipta ini (Laporan ringkas pengesanan mata pelajaran Reka Cipta sekolah

menengah atas, Pusat perkembangan Kurikulum). Kesannya adalah menyebabkan

potensi dan pencapaian pelajar akan terjejas serta pengajaran optimum tidak akan

tercapai.

Seiring dengan perlaksanaan kurikulum Reka Cipta di sekolah-sekolah menengah,

maka pihak Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) Fakulti Pendidikan Universiti

Teknologi Malaysia telah memperkenalkan mata pelajaran Reka Cipta khusus untuk

bakal – bakal guru yang sedang mengikuti kursus Sarjana Muda Teknologi serta

pendidikan. Antara kursus yang ditawarkan mata pelajaran ini adalah Sarjana muda

(Kemahiran Hidup), Sarjana Muda (Jentera), Sarjana Muda (Awam) dan Sarjana Muda

(Elektrik). Tujuannya adalah untuk melengkapkan diri bakal-bakal guru teknikal dengan

segala pengetahuan dan kemahiran dalam mata pelajaran ini agar dapat diaplikasikan

sepenuhnya di sekolah nanti.

Reka Cipta merupakan mata pelajaran yang melibatkan pelajar dengan kerja amali

agar dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang penggunaan teknologi yang ada.

Ia juga bertujuan untuk melahirkan para guru yang berkelayakan dan berpengalaman

dalam bidang reka cipta serta kreatif, inovatif dan berketerampilan.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Iswandi Be (2002), setiap pelajar dari kursus

yang berlainan menghadapi masalah yang berbeza dalam menyiapkan reka cipta. Ini

kerana, Reka Cipta memerlukan gabungan ilmu dari tiga bidang iaitu ilmu elektrik,

mekanikal dan awam. Kekurangan ilmu dari salah satu bidang tersebut akan

menimbulkan masalah ketika melakukan reka cipta. Oleh itu, kursus SPH dikatakan

Page 24: KEKANGAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR SARJANA … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini . adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk

 

kursus yang menggabungkan ketiga-tiga ilmu tersebut dan pelajarnya adalah yang paling

layak untuk mengajar mata pelajaran Reka Cipta di sekolah. Walau bagaimanapun,

masalah tetap wujud dikalangan pelajar SPH kerana mereka hanya di ajar asas bagi setiap

bidang dan tidak berjaya menguasai sepenuhnya ilmu tersebut.

Shamsul Nazman(2002) dalam kajiannya menyatakan 74.4 peratus daripada

respondennya tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam untuk setiap topik dalam

mata pelajaran Reka Cipta yang dipelajarinya. Selain itu, hanya 55.8 peratus responden

yang telah menguasai setiap kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam mata pelajaran

Reka Cipta. Ini menyebabkan bakal guru masih belum bersedia untuk melaksanakan

proses pengajaran dan pembelajaran Reka Cipta di sekolah.

Jadual di bawah menunjukkan gred yang diperolehi oleh pelajar SPH tahun 2 sesi

2009/2010/2 di dalam mata pelajaran Asas Reka Cipta. Berdasarkan jadual tersebut,

dapat dilihat bilangan pelajar yang memperolehi gred A hanya 14 orang sahaja. Ini

kerana ramai pelajar yang tidak berjaya menghasilkan produk yang kreatif dan memenuhi

kehendak kursus. Pelajar juga tidak mampu mengenal pasti masalah sebenar yang

dihadapi pada masa kini yang menyebabkan penghasilan produk mereka tidak dapat

menjadi penyelesaian terbaik kepada masalah tersebut.

Page 25: KEKANGAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR SARJANA … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini . adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk

 

Jadual 1.1: Gred mata pelajaran Asas Reka Cipta yang diperolehi oleh pelajar sesi

2009/2010/2.

Gred Mata Nilai Bilangan Pelajar Peratus

A 4 14 14.74%

A- 3.67 40 42.11%

B+ 3.33 28 29.47%

B 3 8 8.42%

B- 2.67 4 4.21%

C+ 2.33 1 1.05%

Jumlah 95 100%

Sumber : Bahagian Pengurusan Akademik, Fakulti Pendidikan UTM(2010)

Jadual di bawah pula menunjukkan gred pencapaian pelajar SPH tahun 4 sesi

2009/2010/1 di dalam mata pelajaran Reka Cipta. Berdasarkan jadual tersebut, dapat

dilihat bilangan pelajar yang memperolehi gred A hanya 29 orang sahaja daripada 89

orang pelajar. Ini bermakna hanya satu per tiga daripada bakal guru Kemahiran Hidup

yang memperolehi keputusan cemerlang dalam mata pelajaran Reka Cipta. Keadaan ini

membuktikan wujudnya masalah yang dihadapi oleh bakal guru yang akan mengajar

mata pelajaran Reka Cipta di sekolah nanti. Keadaan ini akan memberi kesan negatif

kepada perlaksanaan pengajaran mereka di sekolah kelak.

Page 26: KEKANGAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR SARJANA … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini . adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk

 

Jadual 1.2 : Gred mata pelajaran Reka Cipta yang diperolehi oleh pelajar sesi

2009/2010/1.

Gred Mata Nilai Bilangan Pelajar Peratus

A 4 29 32.58 %

A- 3.67 36 40.45 %

B+ 3.33 19 21.35 %

B 3 5 5.62 %

Jumlah 89 100%

Sumber : Bahagian Pengurusan Akademik, Fakulti Pendidikan UTM(2010)

Pelajar dilihat tidak mampu menghasilkan rekaan yang tepat dan dapat

menyelesaikan masalah yang dihadapi pengguna masa kini. Ini kerana mereka

menghadapi beberapa masalah di peringkat awal proses reka bentuk iaitu untuk mengenal

pasti masalah yang sebenar.

Menurut Mohd Azhar dan rakan-rakan (2005), seseorang individu berasa sukar

untuk menerbitkan idea sama ada secara individu ataupun berkumpulan disebabkan oleh

beberapa faktor seperti berfikir sehala, takut dikatakan bodoh dan pasif. Sikap ini akan

menjadi penghalang kepada pertumbuhan idea kreatif dan bermanfaat.

Menurut Shahril (2002), kaedah perbincangan sering dilaksanakan di dalam

proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru teknikal bagi menarik minat dan

Page 27: KEKANGAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR SARJANA … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini . adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk

 

perhatian pelajar. Perbincangan secara berkumpulan dalam mata pelajaran Reka Cipta

mampu memberi kesan yang positif terhadap pencetusan idea yang terbaik.

Satu kajian mengenai pengalaman pengajaran dan pembelajaran kursus Rekacipta

di Universiti Teknologi Malaysia telah dijalankan oleh Nor Fadila Mohd Amin dan

Muhammad Sukri Saud (2008). Dalam kajiannya, mereka mendapati wujudnya banyak

masalah dikalangan pengajar dan juga pelajar. Hasil kajian telah mengenal pasti masalah

yang sering dihadapi oleh pelajar kursus rekacipta untuk menghasilkan idea yang

mempunyai nilai kreativiti yang tinggi. Antaranya adalah seperti berikut:

a) Sukar untuk memulakan pencetusan idea di mana kebanyakan pelajar hanya

berfikir untuk menghasilkan produk yang baik tanpa mengukur kemampuan

sebenar mereka.

b) Gagal mentakrifkan masalah rekacipta dengan jelas dan tidak berupaya

menterjemah keperluan sebenar kumpulan sasaran.

c) Pelajar kurang pendedahan kepada penyelidikan untuk sesuatu penemuan

baru.

d) Gagal memanfaatkan kajian yang telah dijalankan.

e) Sukar mengaplikasikan konsep sedia ada kepada situasi yang berbeza di mana

pelajar mempunyai fikiran yang tegar terhadap sesuatu konsep.

f) Sukar untuk mengaplikasikan prinsip dan elemen rekabentuk pada ciptaan

sebenar.

g) Kurang daya kreativiti

h) Pelajar kerap hanya melakukan penambahbaikan kepada produk sedia ada

tanpa menghasilkan satu ciptaan baru.

i) Pelajar tidak bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan sesuatu masalah

Page 28: KEKANGAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR SARJANA … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini . adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk

10 

 

j) Pelajar sering kali mengambil jalan pintas dalam membuat keputusan mereka

cipta dan membuat rumusan berdasarkan persepsi peribadi bukan kumpulan

sasaran.

k) Pelajar gagal mempersembahkan idea rekacipta mereka semasa sesi

pembentangan.

Oleh kerana pelajar SPH dikatakan hampir memenuhi keperluan dalam bidang

Reka Cipta walaupun tidak sepenuhnya dan paling cenderung dan berisiko untuk

mengajar mata pelajaran Reka Cipta di sekolah, maka kajian ini wajar untuk dilakukan

bagi melihat kekangan-kekangan yang dihadapi oleh bakal-bakal guru kursus SPH dalam

mata pelajaran Reka Cipta agar penyelesaian terbaik dapat dibentuk dan cadangan yang

bernas dapat dicadangkan dalam memastikan pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta di

sekolah akan berjalan dengan lancar dan pengajarannya adalah sangat berkesan. Kajian

ini disokong lagi dengan wujudnya kelemahan dan masalah yang dihadapi oleh bakal-

bakal guru seperti yang dibincangkan diatas.

1.2 Pernyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah yang dinyatakan di atas, pengkaji ingin

mengenal pasti kekangan yang wujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Rekacipta dalam kalangan pelajar SPH yang mengambil kursus Rekacipta di Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Diantara aspek yang dikaji adalah

kekangan yang wujud dalam proses pengenalpastian masalah, proses pencetusan idea,

proses perekaan projek dan proses perancangan pembinaan projek.

Page 29: KEKANGAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR SARJANA … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini . adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk

11 

 

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kekangan yang dihadapi oleh pelajar

SPH yang mengambil kursus Rekacipta di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai ketika

proses pengajaran dan pembelajaran Rekacipta. Antara objektif khusus kajian ini

dijalankan adalah untuk:

a) Mengenal pasti kekangan yang dihadapi oleh pelajar SPH ketika proses

Pengenalpastian Masalah dalam kursus Rekacipta.

b) Mengenal pasti kekangan yang dihadapi oleh pelajar SPH ketika proses

Pencetusan Idea dalam kursus Rekacipta.

c) Mengenal pasti kekangan yang dihadapi oleh pelajar SPH ketika proses Perekaan

Projek dalam kursus Rekacipta.

d) Mengenal pasti kekangan yang dihadapi oleh pelajar SPH ketika proses

Perancangan Pembinaan Projek dalam kursus Rekacipta.

1.4 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk menjawab empat (4) persoalan kajian yang

dikemukakan iaitu:

a) Apakah kekangan yang dihadapi oleh pelajar SPH ketika proses Pengenalpastian

Masalah dalam kursus Rekacipta?

b) Apakah kekangan yang dihadapi oleh pelajar SPH ketika proses Pencetusan Idea

dalam kursus Rekacipta?

c) Apakah kekangan yang dihadapi oleh pelajar SPH ketika proses Perekaan Projek

dalam kursus Rekacipta?

d) Apakah kekangan yang dihadapi oleh pelajar SPH ketika proses Perancangan

pembinaan projek dalam kursus Rekacipta?