borang pengesahan status tesis - fp.utm.my file“saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini...

42
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESISJUDUL: TAHAP KOGNITIF PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI SEKOLAH MENENGAH DI DALAM DAERAH KLUANG JOHOR BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM DALAM MATA PELAJARAN SAINS SESI PENGAJIAN: 2007/2008 Saya: MOHD ZAWAWI BIN MOHD RAZALI (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-ayarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan () SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia: 180 FELDA LEPAR UTARA 4, PM DR SETH SULAIMAN 26400 BANDAR JENGKA, PAHANG DARUL MAKMUR Tarikh :_____ ___ Tarikh:________ __ _______________ 30 April 2008 ______________ 30 April 2008 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: hoangkhue

Post on 09-Aug-2019

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya/kami adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: TAHAP KOGNITIF PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI SEKOLAH MENENGAH DI DALAM DAERAH KLUANG JOHOR BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM DALAM MATA PELAJARAN SAINS

SESI PENGAJIAN: 2007/2008

Saya: MOHD ZAWAWI BIN MOHD RAZALI

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-ayarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian

tinggi. 4. ** Sila tandakan (√)

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh,

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia: 180 FELDA LEPAR UTARA 4, PM DR SETH SULAIMAN 26400 BANDAR JENGKA, PAHANG DARUL MAKMUR Tarikh :_____ ___ Tarikh:________ __

_______________ 30 April 2008 ______________ 30 April 2008

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya/kami adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya/kami adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Sains serta Pendidikan (Sains)”

Tandatangan : Nama Penyelia : PM DR SETH SULAIMAN Tarikh : 30 APRIL 2008

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya/kami adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

TAHAP KOGNITIF PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI SEKOLAH

MENENGAH DI DALAM DAERAH KLUANG JOHOR BERDASARKAN

TAKSONOMI BLOOM DALAM MATA PELAJARAN SAINS

MOHD ZAWAWI BIN MOHD RAZALI

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada

Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April 2008

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya/kami adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

ii

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ................................................................

Nama Penyelidik : MOHD ZAWAWI BIN MOHD RAZALI

Tarikh : ………30 April 2008………………………………….

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya/kami adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

iii

DEDIKASI

Buat ayah dan ibu yang dikasihi dan dihormati:

Mohd Razali bin Dollah

Zainin binti Md Nor

Juga kepada insan yang dicintai dan menjadi sumber inspirasi:

Norhasliza binti Mohd Doom

Putera sulungku:

Zaim Zahirulhaq

Terima kasih di atas sokongan kalian selama ini.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya/kami adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

iv

PENGHARGAAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, dapat juga saya

menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Dikesempatan ini, jutaan terima kasih diucapkan kepada Profesor Madya Dr.

Seth Sulaiman selaku penyelia Projej Sarjana Muda ini. Bimbingan dan nasihat yang

beliau berikan telah banyak membantu dalam menjalankan dan menyiapkan Projek

Sarjana Muda ini.

Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada rakan-rakan sekelas dalam

membantu menjayakan kajain ini. Selain itu juga jutaan terima kasih kepada:

1. Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Anis Bendahara,

Kluang, Johor.

2. Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Jalil,

Kluang, Johor.

3. Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Kluang,

Kluang, Johor

Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat, segala jasa yang diberi amat

dihargai.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya/kami adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kognitif pelajar pada aras

pengetahuan, aras kefahaman dan aras aplikasi berdasarkan Taksonomi Bloom bagi

pelajar Tingkatan Empat di sekolah menengah di dalam Daerah Kluang Johor. Soal

selidik yang mengandungi 30 soalan objektif digunakan untuk mengumpul data

yang diedarkan secara rawak kepada 102 orang pelajar Tingkatan Empat di tiga

buah sekolah menengah di dalam Daerah Kluang, Johor. Darjah kebolehpercayaan

alpha Croncbach bagi instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah α=0.74 .

Statistik yang digunakan adalah min, sisihan piawai, markat maksimum dan markat

minimum, peratusan, ujian-t dan ANOVA satu hala. Dapatan kajian ini

menunjukkan tahap kognitif pelajar pada aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi

berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat

hubungan yang signifikan dalam tahap kognitif antara pelajar lelaki dan pelajar

perempuan. Sebaliknya tahap kognitif pelajar berhubung kait dengan faktor etnik

seseorang pelajar.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya/kami adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

vi

ABSTRACT

The aim of this research is to measure cognitive level of the student at

knowledge, comprehension and application stage based on Taxonomy Bloom for

student Form Four in secondary school in Kluang, Johor. This questionnaire

contains 30 objective questions used to gather data and which was distributed to 102

random selected student Form Four in three secondary school in Kluang, Johor. The

alpha Croncbach for this instrument was α=0.74. The statistically method utilized

were mean, standard deviation, maximum and minimum score, percentage, t-test

and one way ANOVA. The result indicated that cognitive level of the student at

knowledge, comprehension and application stage at medium level. Result also

showed that there was no significant cognitive level difference between the male and

female students. On the other hand, the cognitive level is associated with ethnic

factor.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya/kami adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 4

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 5

1.7 Batasan Kajian 6

1.8 Definisi Secara operasi 7

1.8.1 Tahap 7

1.8.2 Kognitif 7

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya/kami adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

viii

1.8.3 Taksonomi 7

1.8.4 Sains 7

1.8.5 Pengetahuan 8

1.8.6 Kefahaman 8

1.8.7 Aplikasi 8

1.9 Rumusan 9

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pendahuluan 10

2.2 Taksonomi Bloom 11

2.2.1 Aras Pengetahuan 12

2.2.2 Aras Kefahaman 14

2.2.3 Aras Aplikasi 15

2.3 Kemahiran Berfikir 15

2.4 Kajian - Kajian 16

2.5 Rumusan 18

3 METODOLOGI

3.1 Pendahuluan 19

3.2 Reka Bentuk Kajian 20

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 20

3.4 Instrumen Kajian 21

3.5 Prosedur Mengumpul Maklumat 22

3.6 Kajian Rintis 25

3.7 Kaedah Penganalisaan Data 25

3.8 Rumusan 27

4 ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 28

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya/kami adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

ix

4.2 Analisis Taburan Responden 29

4.3 Tahap Kognitif Pada Aras Pengetahuan 30

4.4 Tahap Kognitif Pada Aras Kefahaman 30

4.5 Tahap Kognitif Pada Aras Aplikasi 31

4.6 Hubungan Antara Tahap Kognitif Pada Aras

Pengetahuan, Kefahaman Dan Aplikasi Dengan Jantina 32

4.7 Hubungan Antara Faktor Etnik Dengan Tahap Kognitif

Pada Aras Pengetahuan, Kefahaman Dan Aplikasi 33

4.8 Rumusan 35

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 36

5.2 Ringkasan Kajian 37

5.3 Perbincangan 38

5.3.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1 38

5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 39

5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3 40

5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4 41

5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 5 42

5.4 Kesimpulan 43

5.5 Implikasi 44

5.6 Cadangan 45

5.6.1 Pelajar 45

5.6.2 Guru Dan Pihak Pengurusan Sekolah 45

5.7 Cadangan Kajian Lanjutan 46

5.8 Rumusan 47

RUJUKAN 48

LAMPIRAN 52

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya/kami adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

xi

SENARAI JADUAL JADUAL MUKA SURAT 3.1 Taburan Responden Mengikut Sekolah 22 3.2 Tahap Kognitif Dan Bilangan Item 26

3.3 Pembahagian Setiap Tahap Kognitif Kepada Lima

Tahap Pencapaian Berdasarkan Peratus Min Yang

Diperolehi 26

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 29

4.2 Taburan Responden Mengikut Etnik 29

4.3 Analisis Deskriptif Tahap Kognitif Berdasarkan Taksonomi

Bloom Pada Aras Pengetahuan 30

4.4 Analisis Deskriptif Tahap Kognitif Berdasarkan Taksonomi

Bloom Pada Aras Kefahaman 31

4.5 Analisis Deskriptif Tahap Kognitif Berdasarkan Taksonomi

Bloom Pada Aras Aplikasi 31

4.6 Ujian t 32

4.7 Analisis Anova Satu Hala 33

4.8 Tukey HSD 34

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya/kami adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

xii

SENARAI RAJAH RAJAH MUKA SURAT 3.1 Tatacara Kajian 24

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya/kami adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

xiii

SENARAI SINGKATAN

JPN Jabatan Pelajaran Negeri

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

KPSB Kemahiran Proses Sains Bersepadu

PEKA Pentaksiran Kerja Amali

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

SAJ Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Jalil

SMKTSK Sekolah Menengah Taman Sri Kluang

SP Sisihan Piawai

STAB Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Anis Bendahara

SPSS Statistical Package For Sosial Science

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya/kami adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

xiv

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

1 Lampiran A Ujian Pencapaian 52

2 Lampiran B Jawapan Ujian Pencapaian 65

3 Lampiran C Surat Pengesahan Status Pelajar 66

4 Lampiran D Surat Kebenaran Dari Kementerian

Pelajaran Malaysia Bagi Menjalankan

Kajian Di Sekolah 67

5 Lampiran E Surat Kebenaran Dari Jabatan Pelajaran

Negeri Johor 69

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya/kami adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

BAB 1

PENGENALAN 1.1 Pendahuluan

Sains merupakan tunjang utama dalam membentuk sebuah negara maju

bertepatan dengan aspirasi negara untuk mencapai Wawasan 2020. Sejajar dengan

cabaran strategi Wawasan 2020 yang berhasrat untuk mewujudkan masyarakat

saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan

memandang ke hadapan yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga

penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan. Kementerian

Pendidikan Malaysia di bawah Jawatankuasa Sains diberi tanggunjawab bagi

merealisasikan aspirasi Wawasan 2020 dalam menentukan dasar pendidikan sains di

sekolah.

Dalam Falsafah Pendidikan Sains Negara dan Pernyataan Misi Pendidikan

Sains jelas menunjukkan bahawa negara ingin melahirkan individu dan masyarakat

yang membudayakan sains dan teknologi. Pendidikan sains menjadi teras untuk

mewujudkan masyarakat yang celik sains dan teknologi.

Kurikulum sains dan matematik bertujuan melahirkan warga yang

mempunyai pengetahuan asas dan kemahiran dalam bidang sains, matematik dan

teknologi dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan

sikap saintifik dan nilai murni untuk membuat keputusan dan penilaian dalam

kehidupan seharian. Kementerian mensasarkan objektif bagi kurikulum sains

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya/kami adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

2

dan matematik bagi menentukan halatuju kurikulum yang digubal bagi melahirkan

insan yang seimbang dalam semua aspek iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Objektif ini merangkumi aspek kognitif, aspek psikomotor dan aspek afektif.

Jelas dapat dilihat daripada intipati kurikulum dan objektif mata pelajaran

sains bertujuan melahirkan generasi yang dapat menampilkan potensi diri bagi

mewujudkan sebuah negara yang mempunyai daya saing di peringkat global. Abu

Hassan dan Meor Ibrahim (2006) menyatakan dalam kurikulum sains dan matematik

yang baru, proses pemerolehan pengetahuan dan penguasaan kemahiran

dilaksanakan secara bersepadu, dengan memanfaatkan kecerdasan pelbagai pelajar.

1.2 Latar Belakang Masalah

Sains terdiri daripada proses, hasil dan sikap. Sains sebagai proses menitik-

beratkan kemahiran iaitu kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif bagi

memperolehi pengetahuan dalam sains. Fakta, konsep, prinsip, hukum dan teori

adalah hasil dan produk dalam sains itu sendiri. Manakala sains sebagai sikap

menekankan kepada perkembangan emosi dan intelektual.

Pengajaran dan pembelajaran berasaskan peperiksaan menyebabkan ramai

pendidik tidak menggunakan kaedah yang bersesuaian bagi mata pelajaran sains

menyebabkan prinsip sains terabai. Fauziah (2000), sistem persekolahan masa kini

mementingkan aspek markah dan gred pencapaian dalam peperiksaan sahaja. Oleh

itu tahap pengetahuan pelajar sewajarnya berada pada aras yang betul dalam

memahami konsep dan fakta isi pelajaran yang dinilai oleh guru. Menurut Mahzan

(1994), bahawa sesetengah guru sains mengajar subjek sains tersebut seolah-olah

memberi syarahan tanpa memberi kesempatan kepada pelajar untuk meninjau dengan

lebih lanjut dan membuat penemuan.

Shahbuddin (2003), pengenalan kurikulum bersepadu memerlukan guru-guru

yang lebih bijak mentafsir dan merancang isi kandungan kurikulum yang hendak

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya/kami adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

3

diaplikasikan di dalam bilik darjah. Daya kreativiti guru sangat perlu supaya dapat

merancang sesi pengajaran dan pembelajaran yang dapat memenuhi objektif iaitu

melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kebolehan intelek yang baik,

berkeyakinan diri yang tinggi supaya mampu mengawal emosi sendiri dan orang lain

serta berakhlak mulia

Taksonomi menyediakan garis panduan yang boleh digunakan untuk

melihat perkembangan kemahiran daripada yang mudah kepada yang lebih sukar

Rockey (1983). Bloom et.al (1956) dan Krathwohl et.al (1964) menerangkan bahawa

domain kognitif mempunyai enam aras pengelasan pembelajaran. Ia dimulakan

dengan tahap kesukaran yang paling mudah ke tahap kesukaran yang paling tinggi. Ia

itu aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

Daripada Abu Hassan et.al (2000), Taksonomi Bloom yang asalnya

mengandungi enam aras kebolehan kognitif yang berbeza yang berheiraki di mana

aras yang lebih tinggi mencakupi aras yang lebih rendah. Namun demikian, dalam

banyak peperiksaan sains cuma tiga aras kognitif yang tinggi iaitu analisis, sintesis

dan penilaian di gabung. Ini menunjukkan bahawa aras pengetahuan, kefahaman dan

aplikasi kurang diterapkan dalam peperiksaan sains menyebabkan pendidik tidak

dapat gambaran jelas mengenai tiga tahap kognitif aras yang lebih rendah.

Kebanyakan guru akan memberi perhatian kepada pencapaian objektif aras tinggi

(Kamarudin et.al ,2003).

Menurut Gan See Chin (2003) guru haruslah berusaha meneroka kesilapan-

kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar dalam gerakbalas mereka terhadap

soalan-soalan pengetahuan, kefahaman, aplikasi dan analisis. Khadijah Rohani

(1982) menyebut dalam pengajaran, pengelasan soalan-soalan seperti yang

diketengahkan oleh Bloom perlu diberi penekanan. Menurut Noor Rohana (2004)

oleh sebab inilah klasifikasi aras kognitif soalan perlu diberi perhatian dan

penekanan serius oleh pendidik dalam mengimplimentasikan pengajaran dan

pembelajaran di bilik darjah. Guru seharusnya menggunakan soalan yang pelbagai

aras kognitif bagi menggerakkan pelajar ke arah menguasai kemahiran berfikir pada

kepelbagaian aras tersebut. Soalan yang dibina dan dikemukakan wajar didasarkan

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya/kami adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

4

kepada klasifikasi hierarki aras kognitif soalan bagi menjamin penggunaan

kepelbagaian aras penyoalan ke arah memantapkan pemikiran pelajar.

1.3 Penyataan Masalah

Berdasarkan daripada kajian-kajian yang telah dibincangkan adalah wajar

penilaian tahap kognitif ini terus dikaji di pelbagai jenis sekolah dan aliran.

Penyelidik ingin mengkaji tahap kognitif pelajar tingkatan empat di sekolah

menengah di dalam daerah Kluang Johor berdasarkan Taksonomi Bloom (1956) bagi

matapelajaran sains badasarkan tahap domain kognitif objektif di dalam Taksonomi

Bloom iaitu pada aras pengetahuan, kefahaman dan analisis.

Selain itu penyelidik ingin mengenalpasti perbezaan tahap kogitif yang wujud

di kalangan pelajar lelaki dan perempuan dalam mata pelajaran sains.

1.4 Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan adalah bertujuan:

i. Bagi mengukur tahap kognitif pelajar tingkatan empat sekolah

menengah di daerah Kluang Johor pada aras pengetahuan.

ii. Bagi mengukur tahap kognitif pelajar tingkatan empat sekolah

menengah di daerah Kluang Johor pada aras kefahaman.

iii. Bagi mengukur tahap kognitif pelajar tingkatan empat sekolah

menengah di daerah Kluang Johor pada aras aplikasi.

iv. Menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan

tahap kognitif pada aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi

berdasarkan Taksonomi Bloom merentasi jantina.

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya/kami adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

5

v. Menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan

tahap kognitif pada aras pengetahuan, kefahaman, dan aplikasi

berdasarkan Taksonomi Bloom merentasi etnik.

1.5 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, persoalan yang hendak diselidiki ialah:

i. Apakah tahap kognitif pada aras pengetahuan bagi pelajar

tingkatan empat sekolah menengah daerah Kluang Johor?.

ii. Apakah tahap kognitif pada aras kefahaman bagi pelajar

tingkatan empat sekolah menengah daerah Kluang Johor?.

iii. Apakah tahap kognitif pada aras aplikasi bagi pelajar tingkatan

empat sekolah menengah daerah Kluang Johor?.

iv. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap

kognitif pada aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi

mengikut jantina?.

v. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap

kognitif pada aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi

mengikut etnik?.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini bertujuan mengukur tahap kognitif pelajar berdasarkan

Taksonomi Bloom bagi matapelajaran sains tingkatan empat. Keputusan yang

diperolehi daripada responden akan menentukan tahap kognitif pelajar berdasarkan

aras-aras Taksoomi Bloom. Dapatan kajian ini memberi gambaran jelas tahap

kognitif pelajar pada aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi bagi matapelajaran

sains. Dapatan kajian ini dapat membantu dan memberi panduan kepada guru-guru

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya/kami adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

6

sains dalam menentukan sama ada satu daripada objektif pengajaran dan

pembelajaran tercapai. Selain itu juga dapat memberi panduan kepada guru-guru

sains dalam membentuk soalan-soalan bagi pengujian pada tiga aras kognitif yang

dikaji.

Kajian ini juga dapat membantu pihak sekolah dalam merencanakan aktiviti

sekolah bagi membantu pelajar dalam meningkatkan prestasi dalam akedemik

terutamanya dalam matapelajaran sains.

Sebagai maklumat tambahan kepada JPN untuk menyusun strategi bagi

menyediakan kursus yang bersesuaian dalam meningkatkan profesionalisme guru-

guru sains khasnya dalam pembangunan aras kognitif pelajar.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini mengambil sampel di kalangan pelajar tingkatan empat yang

mengikuti mata pelajaran sains. Soalan kajian tertumpu kepada tajuk scientific

Investigation dan Body Coordination. Ini mengambil kira perancangan sukatan bagi

mata pelajaran sains dan besesuaian dengan masa pengedaran soalan kepada

responden.

Dalam penyelidikan ini, penyelidik tidak dapat mejalankan penyelidikan bagi

semua sekolah daerah di Johor disebabkan faktor jarak dan masa yang terhad. Daerah

Kluang dipilih berdasarkan kesesuaian dan kepelbagaian latar belakang pengalaman,

sosio ekonomi, tahap pencapaian dan jantina responden.

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya/kami adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

7

1.8 Definisi Secara Operasi

Di dalam kajian ini, terdapat beberapa istilah yang membawa pengertian bagi

menjelaskan lagi kajian yang akan dilakukan ini:

1.8.1 Tahap

Kamus dewan(1996), tahap membawa maksud ukuran yang digunakan

dalam menilai sesuatu yang diperlukan.

1.8.2 Kognitif

Kamus dewan(1996), sebagai segala perkara yang berkaitan dengan proses

pembelajaran dan pemerolehan pengetahuan.

1.8.3 Taksonomi

Kajian tentang prinsip, peraturan dan amalan dalam pengelasan organisma

hidup berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu.

1.8.4 Sains

Kamus dewan(1996), sebagai ilmu pengetahuan(sistemetik) yang boleh di uji

atau di bukti kebenarannya. Ia merupakan satu cabang ilmu pengetahuan yang

berdasarkan kebenaran atau kenyataan semata-mata.

Dari segi bahasa sains boleh di definasikan merangkumi cabang ilmu

pengetahuan yang melibatkan pemerhatian dan eksperimen untuk membuat rumusan

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya/kami adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

8

idea, penerangan dan pemahaman terhadap fenomena alam semulajadi (Kamus

Oxford, 1983).

1.8.5 Pengetahuan

Sebagai peringkat mengingat bahan-bahan yang telah dipelajari dan dikuasai.

Melibatkan aktiviti mengingat kembali bahan-bahan daripada pelbagai fakta yang

spesifik sehingga kepada perbuatan mengingat semula teori-teori yang lengkap.

1.8.6 Kefahaman

Kebolehan menggarap maksud bahan-bahan tertentu. Boleh diperlihatkan

dengan menterjemah bahan-bahan daripada satu bentuk yang lain.

1.8.7 Aplikasi

Kebolehan menggunakan bahan-bahan yang dipelajari dalam satu situasi

baru dan konkrit.

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya/kami adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

9

1.9 Rumusan

Bab ini merupakan bab pengenalan kepada maklumat asas untuk kajian yang

dijalankan. Penerangan secara umum dan khusus telah dinyatakan bagi memastikan

objektif kajian penyelidik dapat dilaksanakan serta tidak menyimpang tujuan asal

kajian. Antara yang dibincangkan dalam bab ini adalah berkaitan dengan latar

belakang masalah, penyataan masalah,persoalan kajian, objektif kajian, batasan

kajian da kepentingan kajian.

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya/kami adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan

Abdul Aziz Abdul Talib (1993) menjelaskan bahawa taksonomi

pembelajaran kognitif digunakan oleh para guru bagi memilih dan mengatur objektif

pengajaran dan pembelajaran dalam sukatan mata pelajaran contohnya sains,

matematik, geografi, sejarah dan seumpamanya. Taksonomi tersebut juga digunakan

oleh para pengkaji bagi menguji dan juga mengukur keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran dalam pelbagai mata pelajaran di sekolah, maktab dan universiti.

Taksonomi Bloom tidak terhad kepada pembelajaran melalui proses pembacaan

semata-mata, malah ia boleh diperluaskan untuk menguasai pelbagai perkara dalam

pelbagai bidang ilmu.

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya/kami adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

11

2.2 Taksonomi Bloom

Dalam mengubal soalan, taksonomi menjadi intipati utama yang perlu di

diterapkan dan diuji dalam melihat tahap pencapaian pelajar. Taksonomi juga

menjadi asas bagi tujuan penulisan buku teks, penulisan objektif pengajaran, latihan

dalam kelas atau soalan peperiksaan peringkat dalaman iaitu bagi peringkat sekolah.

Taksonomi digunakan secara meluas dalam menentukan objektif pengajaran dan

pembelajaran. Objektif yang ditentukan perlulah meliputi pelbagai aspek dan nilai.

Nilai-nilai murni yang hendak diterapkan dalam KBSM merupakan sumber utama

untuk membantu guru menulis kenyataan objektif dalam keempat-empat bidang iaitu

objektif tingkahlaku, kognitif, efektif, psikomotor dan rohaniah (Sulaiman Ngah,

1997).

Pengubahsuaian taksonomi ini juga telah dibuat bagi menyesuaikannya

dengan keperluan mata pelajaran (Mahzan, 1994). Domain kognitif merujuk kepada

pemikiran dan daya intelek. Ia memberi penekanan kepada perkembangan otak dan

minda manusia. Domain kognitif adalah kebolehan berfikir berlandaskan kebolehan

menggunakan otak. Bloom mengkategorikan domain kognitif kepada enam aras iaitu

aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

Manakala aras pemikiran yang diketengahkan oleh Bloom boleh dibahagikan

kepada dua kategori penting pada aras rendah dan aras tinggi. Pemikiran aras rendah

adalah terdiri dari aras pengetahuan dan kefahaman. Sementara pemikiran aras

tinggi, menurut Bloom adalah bermula dari aras aplikasi membawa kepada aras

penilaian. Pemikiran aras rendah adalah dikatakan tidak bagitu baik untuk menaja

pemikiran kritis dan kreatif. Menurut Bloom, pemikiran kritis dan kreatif hanya

boleh diperbaiki melalui latihan berfikir yang melibatkan aras tinggi iaitu aras

aplikasi sehingga aras penilaian.

Bloom dalam kajiannya berhubung dengan objektif pengajaran yang

dijalankan di Amerika Syarikat mendapati bahawa guru-guru amat gemar

menggunakan soalan-soalan dan aktiviti-aktiviti pengajaran beraras rendah. Jika

amalan ini tidak diubah, besar kemungkinan pelajar-pelajar akan menjadi pasif dan

Page 27: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya/kami adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

12

tidak kritikal atau kreatif. Alsagoff (1988), pengajaran guru dan pembelajaran murid

haruslah ditekankan diperingkat kognitif yang lebih tinggi daripada peringkat

pengetahuan dan kefahaman. Pembelajaran dan kebolehan domain kognitif yang

lebih tinggi seperti aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian adalah lebih kekal, lebih

bermakna dan memberi manfaat.

Beyer (1992), dalam model berfikirnya yang dikenali sebagai ‘Functional

Thinking’, domain kognitif merangkumi beberapa kebolehan yang terdiri daripada,

membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan menjana konsep sebagai aras yang

tertinggi. Ini diikuti oleh pemikiran kritis, dan pemikiran kreatif pada tahap sedikit

rendah dari yang pertama. Tahap seterusnya adalah terdiri dari kebolehan memproses

dan pentakulan dan tahap yang terendah sekali adalah terdiri dari kebolehan

mengingat dan menyimpan fakta.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, pelbagai usaha

untuk mengembangkan keupayaan minda pelajar daripada aras yang lebih rendah

kepada aras yang lebih tinggi. Kaedah mengkelasifikasi aras keupayaan minda ini

telah dibina oleh Englehart, Hill, Furst, Bloom, dan Krathwohl (1956). Mereka

berpendapat bahawa tahap kognitif boleh dikategorikan kepada enam kelas, iaitu

aras pengetahuan yang bermula di peringkat rendah, pemahaman, aplikasi, analisis,

sintesis dan peringkat yang lebih tinggi iaitu aras penilaian.

2.2.1 Aras Pengetahuan

Bloom (1989) mendefinasikanpengetahuan adalah termasuk tingkahlaku dan

situasi ujian yang menekankan cara-cara mengingat semula idea-idea , bahan-bahan

dan fenomena. Tingkahlaku yang dijangka daripada pelajar di dalam situasi

mengingat semula adalah sangat berupa dengan tingkahlaku yang dijangkakan ada

padanya semasa situasi pembelajaran yang asal.

Mok (1992) pengetahuan ialah aras yang paling bawah dan paling mudah

dikuasai. Aras ini mengandungi tiga kategori iaitu :-

Page 28: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya/kami adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

13

i). Pengetahuan perkara-perkara yang khusus.

Proses mengingat semula perkara khusus yang telah dipelajari

seperti pengetahuan terminalogi (simbol, istilah dan definasi ).

Pengetahuan fakta-fakta khusus seperti mengetahui nama,

tempat, bahan, ciri-ciri benda, tarikh dan kejadian.

ii). Pengetahuan cara atau kaedah menguruskan perkara khusus.

Memerlukan cara-cara mengurus, mengkaji, mempertimbangkan

dan mengkritik. Ia merangkumi 3 kategori iaitu pengetahuan

keadaan lazim, pengetahuan aliran dan turutan pengetahuan

pengelasan dari kategori, pengetahuan kriteria dan pengetahuan

metadologi.

ii). Pengetahuan tentang perkara universal dan abstrak dalam suatu bidang.

Aras pengetahuan ini berkait dengan skema atau corak yang

digunakan untuk mengorganisasikan sesuatu fenomena atau

idea, struktur, teori dan generalisasi

Salamonis (1970), telah menunjukkan kepentingan tiga bentuk pengetahuan

iaitu pengetahuan mata pelajaran, pengetahuan teori pendidikan dan pengetahuan

kemahiran mengajar untuk mewujudkan situasi pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan. Hal ini disokong oleh Parkay dan hard Castle (1990), di mana guru-guru

perlu mahir dan berkebolehan dalam ketiga-tiga bentuk pengetahuan tersebut.

Salamonis (1978), menambah bahawa selain daripada ketiga-tiga bentuk

pengetahuan tersebut, aspek lain turut mempengaruhi perlaksanaan pengajaran dan

pembelajaran iaitu pengetahuan tentang mata pelajaran, teknik mengajar dan teori

pembelajaran. Selain itu faktor-faktor lain yang mempengaruhi pengajaran dan

pembelajaran adalah faktor bahan, peralatan, kemudahan, rakan sekerja, sumber-

sumber komuniti dan ibubapa.

Page 29: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya/kami adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

14

2.2.2 Aras Kefahaman

Aras kefahaman boleh didefinasikan sebagai kebolehan memberi penjelasan

atau makna kepada sesuatu perkara. Aras kefahaman ini lebih tinggi sedikit dari aras

pengetahuan. Ia bukan sahaja memerlukan pelajar mengingat kembali fakta-fakta

pengetahuan tetapi juga memerlukan kebolehan menerangkan atau memberi makna

kepada fakta tesebut (Mok, 1992). Bloom (1956) telah membahagi aras kefahaman

ini kepada tiga jenis tingkahlaku.

i). penterjemahan

Dimana seseorang individu boleh memindahkan satu maklumat

ke dalam bentuk lain seperti menyatakan semula sesuatu

masalah dengan perkataan sendiri atau menterjemahkan isi

daripada maklumat lain.

ii). interprestasi

Kebolehan memberi tafsiran atau makna mengenai sesuatu

maklumat, misalnya erti perkataan, mentafsir sesuatu

gambarajah statistik atau memberi penjelasan tentang maklumat

yang diterima.

ii). ekstrapolasi

Membuat anggaran-anggaran atau ramalan berdasarkan

pemahaman tentang aliran kecenderungan atau keadaan yang

dihuraikan dalam komunikasi. Ia juga melibatkan penghasilan

inferen-inferen berhubung dengan implikasi sebab atau akibat,

urutan dan kesan sejajar dengan keadaan yang terdapat dalam

komunikasi.

Page 30: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya/kami adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

15

2.2.3 Aras Aplikasi

Kebolehan menggunakan kaedah, prinsip hukum atau teori dalam sesuatu

situasi baru untuk mencapai aras ini. Ia memerlukan kebolehan dalam aras yang lebih

rendah iaitu memperoleh pengetahuan serta kefahaman terhadap kaedah, prinsip,

hukum dan teori (Mok, 1992).

Bloom (1956) menyatakan aplikasi dalam pengelasan ini adalah dengan cara

menggunakan sesuatu yang memerlukan kefahaman tentang kaedah, teori, prinsip

atau pengabstrakan yang digunakan. Rajah 2.2 menyenaraikan proses-proses kognitif

yang berkaitan dengan Taksonomi Bloom.

2.3 Kemahiran Berfikir

Proses yang melibatkan pengolahan mental tertentu yang bertindak dalam

minda seseorang dengan tujuan menyelesaikan masalah atau membuat keputusan

adalah boleh dikaitkan dengan pemikiran. Operasi-operasi mental inilah yang

dikatakan kemahiran berfikir yang bertindak balas ke atas maklumat yang diterima

melalui deria-deria individu. Mohd Azhar (2001) mentakrifkan pemikiran sebagai

satu usaha menghubungkaitkan idea melalui penyusunan secara teratur. Ia

melibatkan usaha membuat kesimpulan, menemui hubungan-hubungan tersembunyi,

menstruktur kembali konsep dan idea dan mengatur idea-idea ke arah suatu susunan

bagi mendapatkan pengertian baru daripada maklumat yang sedia ada.

Berfikir melibatkan proses pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku

dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah

(Mayer, 1977). Fraekel (1980), menyatakan bahawa semasa menyelesaikan masalah,

manusia akan berfikir dengan cara menyusun kembali segala idea, pengalaman dan

maklumat yang berkaitan ke dalam bentuk tertentu. Bayer (1991), melalui proses

berfikir, manusia akan membentuk konsep baru, memberi sebab (misalnya mengenai

sesuatu fenomena) atau membuat pertimbangan seterusnya membuat keputusan.

Page 31: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya/kami adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

16

Ghazali (1998) Kemahiran berfikir adalah berkait rapat dengan kebolehan

seseorang insan menggunakan kedua-dua domain kognitif dan afektif dalam usaha

untuk mendapatkan atau memberikan informasi, menyelesaikan masalah atau

membuat keputusan. Dalam lain perkataan, kemahiran berfikir adalah kemahiran

seseorang menggunakan otak dan hatinya sebagai landasan kepada keyakinan atau

tindakan.

Kemahiran berfikir adalah manifestasi pemikiran reflektif ia termasuklah

penangguhan penilaian, mengekalkan pemikiran skeptik yang sihat, dan

mengamalkan pemikiran terbuka (Dewey, 1910). Kemahiran berfikir adalah

sesuatu yang menjurus ke arah yang bercapah. Ia membolehkan penyelesaian

masalah yang berbeza dan menghala kepada penyelesaian yang berbagai, di mana

lebih dari satu penyelesaian atau jawapan adalah boleh diterima (Guilford, 1959).

Moore dan Parker (1986) pula menyatakan bahawa kemahiran berfikir

adalah keyakinan berlandaskan tindakan yang cermat dan disengajakan samada

dalam menerima, menolak, atau menangguhkan satu-satu keputusan berhubung

dengan satu-satu dakwaan.

2.4 Kajian-Kajian

Kajian yang dijalankan oleh Gan See Chin (2004) adalah bertujuan

untuk melihat tahap kognitif pelajar dalam mata pelajaran fizik bagi sekolah-sekolah

di sekitar Johor Bahru berdasarkan empat aras domain kognitif Bloom iaitu

pengetahuan, kefahaman, aplikasi dan analisis. Dapatan kajian beliau mendapati

bahawa pada aras pengetahuan, aras kefahaman, dan aras analisis berada pada tahap

sederhana. Tahap kognitif pelajar adalah berada pada tahap sederhana bagi aras

aplikasi. Kajian beliau juga menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan antara

min pelajar lelaki dan min pelajar perempuan hanya pada aras analisis. Manakala

pada aras kognitif yang lain tiada perbezaan yang signifikan di antara jantina.

Page 32: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya/kami adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

17

Kajian Kamalularifin Subari (2000) adalah bertujuan untuk melihat tahap

kognitif pelajar dalam tajuk asas keelektikkan berdasarkan tiga aras domain kognitif

Bloom iaitu aras pengetahuan, aras kefahaman dan aplikasi. Dapatan kajian beliau

menunjukkan pada aras pengetahuan dan aplikasi adalah berada pada tahap rendah.

Bagi aras kefahaman menunjukkan adalah tahap sederhana. Dapatan kajian beliau

juaga menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan pada aras pengetahuan dan aras

kefahaman dengan pencapaian matematik dalam PMR. Manakala wujud perbezaan

yang signifikan antara aras aplikasi pelajar dengan pencapaian matematik dalam

PMR.

Kajian Fauziah Mohd (2000) juga bertujuan untuk mengkaji aras

pengetahuan, aras kefahaman dan aras aplikasi pelajar dalam mata pelajaran

Pengajian Kejuruteraan Awam. Hasil kajian beliau menunjukan tahap aplikasi yang

tinggi berbanding dengan tahap pengetahuan di kalangan pelajar yang mengambil

mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam.

Kajian ini pula cuba menentukan tahap kognitif pelajar pada tiga peringkat

Taksonomi Bloom iaitu pada aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi dikalangan

pelajar bagi mata pelajaran sains tingkatan empat di sekolah menengah di daerah

Kluang Johor. Seterusnya pengkaji juga ingin menentukan sama ada terdapat

perbezaan yang signifikan merentasi jantina dalam tahap-tahap kognitif yang dikaji.

Page 33: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya/kami adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

18

2.5 Rumusan

Dalam bab ini penyelidik telah membincangkan tentang hasil-hasil kajian

lepas yang pernah dijalankan bekaitan dengan tahap kognitif dan kemahiran berfikir.

Kajian-kajian yang dibincangkan adalah berdasarkan kajian dalam dan luar negeri

yang berkaitan dengan tujuan kajian ini.

Page 34: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya/kami adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan

Setelah mengenalpasti masalah serta menjalankan tinjauan terhadap

sorotan penulisan, penyelidik akan memberi tumpuan seterusnya dalam bab ini

kepada perkara yang berhubung dengan perancangan dan pengelolaan kajian dengan

memberi perhatian terhadap sampel yang dipilih, instrumen yang digunakan,

tatacara yang akan dijalankan dan seterusnya pengumpulan dan analisis data.

Page 35: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya/kami adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

20

3.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ini adalah merupakan satu tinjauan yang berbentuk

deskriptif bagi mengukur tahap kognitif pelajar tingkatan empat di Daerah Kluang

Johor. Tinjauan berbentuk deskriptif dipilih adalah kerana penyelidikan deskriptif

itu sebenarnya bertujuan bagi mengkaji dan menghuraikan individu, kumpulan,

situasi dan keadaan yang menarik kepada penyelidikan (Cates W.M dalam Suria

Affandy, 2002). Penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat

untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku.

Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan data kuantitatif yang

menunjukkan prestasi pencapaian pelajar dalam mengukur tahap kognitif

berdasarkan Taksonomi Bloom dan sama ada faktor jantina yang membezakan tahap

kognitif di kalangan pelajar tingkatan empat. Selain itu juga untuk menentukan

hubungan antara faktor etnik yang membezakan tahap kognitif pelajar.

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian

Dalam kajian ini , populasi terdiri daripada pelajar tingkatan empat

yang mengikuti mata pelajaran Sains Tingkatan Empat di tiga buah sekolah

menengah di dalam Daerah Kluang, Johor. Pemilihan sampel ini dibuat mengikut

kaedah persampelan rawak kelompok. Prosedur persampelan ini adalah difikirkan

sesuai kerana ia dapat mewakili populasi pelajar di sekolah berkenaan.

Tiga buah sekolah menengah yang dipilih sebagai populasi kajian adalah

seperti yang disenaraikan di bawah:

i) Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Anis Bendahara,

Kluang

ii) Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Jalil, Kluang

iii) Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Kluang, Kluang

Page 36: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya/kami adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

21

Kajian ini melibatkan seramai 102 orang pelajar sebagai sampel kajian. Jadual 3.1

menunjukkan taburan responden mengikut sekolah.

Jadual 3.1 : Taburan Responden Mengikut Sekolah

Jantina BIL

Sekolah Lelaki Perempuan

Jumlah

1 Sekolah Menengah

Kebangsaan Tengku Anis

Bendahara

10 20 30

2 Sekolah Menengah

Kebangsaan Sultan Abdul

Jalil

11 27 38

3 Sekolah Menengah

Kebangsaan Taman Sri

Kluang

11 23 34

JUMLAH 32 70 102

3.4 Instrumen Kajian

Instrumen kajian merupakan satu set ujian yang mengandungi 30 soalan

objektif mata pelajaran sains tingkatan empat bagi tajuk ‘Scientific Investigation’

dan ‘Body Coordination’. Soalan-soalan yang dibina hanyalah berdasarkan kepada

tiga kompenan aras rendah tahap kognitif Taksonomi Bloom (1956) iaitu tahap

pengetahuan, kefahaman dan aplikasi. Pengsahihan item dilakukan bersama dengan

penyelia bagi membentuk soalan yang merangkumi ketiga-tiga tahap kognitif

Taksonomi Bloom. Dalam set ujian yang diedarkan penyelidik menggunakan

soalan-soalan yang merangkumi sukatan mata pelajaran Sains Tingkatan Empat

KBSM.

Page 37: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya/kami adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

22

Dua bahagian disediakan dalam instrumen ini iaitu Bahagian A dan

Bahagian B. Bahagian A bertujuan untuk memperolehi maklumat latar belakang

responden dan Bahagian B pula mengandungi 30 soalan objektif yang merangkumi

tahap kognitif Taksonomi Bloom.

Jadual 3.2 menunjukkan tahap kognitif Taksonomi Bloom yang hendak

dikaji, bilangan item bagi setiap tahap kognitif yang hendak diukur dan nombor-

nombor soalan yang dikelaskan berdasarkan setiap tahap kognitif tersebut.

Jadual 3.2 : Tahap Kognitif Dan Bilangan Item

TAHAP

KOGNITIF

BILANGAN NOMBOR SOALAN

Pengetahuan 10 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10

Kefahaman 10 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20

Aplikasi 10 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30

Bagi setiap item di atas, satu skor diberikan bagi setiap soalan yang dijawab

dengan betul. Jumlah skor pelajar bagi ke semua 30 soalan itu ditukarkan ke dalam

bentuk 100% bagi bertujuan memudahkan menganalisa data. Selain itu, skor

responden bagi setiap tahap kognitif di atas juga dikira secara berasingan. Kaedah

yang sama digunakan iaitu satu skor diberikan bagi setiap soalan yang dijawab

dengan betul dan ditukarkan ke dalam bentuk 100%.

3.5 Prosedur Mengumpul Maklumat

Bagi menjalankan kajian di sekolah menengah di Daerah Kluang, Johor,

penyelidik telah memohon surat akaun diri dan kebenaran daripada Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia bagi tujuan untuk pengenalan diri

semasa menjalankan kajian dan menemui responden, surat kebenaran daripada

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan (EPRD), Kementerian Pendidikan

Page 38: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya/kami adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

23

Malaysia (KPM) melalui Fakulti Pendidikan. Penyelidik memperolehi kebenaran

menggunakan sampel kajian di sekolah negeri Johor daripada Bahagian pendaftar

sekolah Johor dan Pengarah Pendidikan Negeri Johor.

Sebelum menjalankan kajian dan menemui responden, penyelidik telah

mengemukan surat kebenaran kepada pengetua sekolah dan memohon kebenaran

daripada pengetua sekolah untuk menemui responden bagi tujuan penyelidikan.

Penyelidik juga memohon kerjasama daripada guru mata pelajaran sains tingkatan

empat semasa sesi pengedaran dan pengumpulan set soalan. Penyelidik juga

memperolehi kebenaran dari pihak sekolah untuk mentadbir ujian. Satu set ujian

yang mengandungi 30 soalan objektif diedarkan kepada responden dan 45 minit

diberikan kepada responden bagi menjawab 30 soalan. Seterusnya soalan telah

dijawab itu dikumpul bagi tujuan analisis. Rajah 3.1 menunjukkan carta alir tentang

tatacara kajian.

Page 39: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya/kami adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

24

Kebenaran daripada Pengarah Pelajaran

Negeri Johor

Kebenaran daripada KPM

Kebenaran daripada pengetua sekolah

Analisis data

Hasil Kajian

Kajian dijalankan

Rajah 3.1: Tatacara kajian

Page 40: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya/kami adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

25

3.6 Kajian Rintis

Satu kajian rintis telah dijalankan di sebuah sekolah di Daerah Kluang,

Johor bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan soalan tersebut. Seramai 20

orang pelajar telah dipilih untuk dijadikan responden bagi kajian rintis ini.

Dengan bantuan analisis korelasi yang dijalankan dengan menggunakan

perisian ‘Statistical Package for Social Science’ ( SPSS 12.0 ). Sekiranya nilai pekali

tersebut melebihi 0.6, maka bolehlah diangggap instrument yang digunakan di

dalam kajian ini mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi (Mohd. Salleh Abu,

2001). Dalam kajian rintis ini, pekali korelasi yang diperolehi ialah 0.74. maka dapat

disimpulkan bahawa set soalan soalan ujian ini mempunyai kebolehpercayaan yang

tinggi dan soalan ini boleh boleh diterima guna.

Kajian rintis ini dijalankan adalah bagi mengesan masalah-masalah yang

mungkin timbul semasa menjalankan kajian sebenar. Ia dijalankan untuk

memastikan keberkesanan soal selidik dan mengganggar masa yang sesuai

diperuntukan dalam kajian sebenar.

3.7 Kaedah Penganalisaan Data

Data-data yang dikumpul dan diperolehi akan dianalisa dengan

menggunakkan perisian ‘Statistical Package for Social Science’ ( SPSS 12.0 ).

Penyelidik akan memberi satu skor bagi setiap soalan objektif yang dijawab dengan

betul oleh responden. Penyelidik akan menjumlahkan kesemua skor yang diperolehi

oleh responden daripada 30 soalan berdasarkan soalan yang dijawab dengan betul

dan menukarkan jumlah skor yang diperolehi tersebut kedalam bentuk 100%.

Jumlah skor ditukarkan kepada bentuk 100% bagi tujuan memudahkan analisis iaitu

untuk menukarkan maklumat data yang diperolehi ke dalam bentuk min, sisihan

piawai, markat maksimum dan markat minimum bagi tiga tahap kognitif Taksonomi

Bloom.

Page 41: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya/kami adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

26

Penyelidik telah membahagikan setiap tahap kognitif kepada lima tahap

penguasaan iaitu cemerlang, baik, sederhana, lemah dan sangat lemah. Tahap

penguasaan ini berdasarkan pembahagian sela markah yang digunakan dalam sistem

markah atau penggredan di sekolah bagi Daerah Kluang. Melalui SPSS penyelidik

memperolehi bilangan responden bagi kelima-lima tahap penguasaan yang berlainan

untuk menukarkan bilangan responden kedalam bentuk peratusan. Berikut

merupakan jadual yang menunjukkan tahap pengguasan berdasarkan min peratus.

Jadual 3.3: Pembahagian Setiap Tahap Kognitif Kepada Lima Tahap Pencapaian

Berdasarkan Peratus Min Yang Diperolehi

TAHAP PENGUASAAN MIN PERATUS PENCAPAIAN

Cemerlang 80 %-100%

Baik 60%-79%

Sederhana 40%-59%

Lemah 20%-39%

Sangat lemah 0%-19%

Dalam kajian ini penyelidik membuat perbandingan bagi tahap penguasaan

dalam tahap kognitif Taksonomi Bloom mengikut jantina responden. Daripada

perbandingan ini dapat dilihat sama ada wujud perbezaan yang signifikan terhadap

penguasaan berdasarkan tahap kognitif Taksonomi Bloom di kalangan responden

mengikut jantina iaitu lelaki dan perempuan. Ujian-t (ujian parametric) iaitu

Independent Samples T-Test digunakan bagi menguji perbezaan tersebut. Signifikan

yang digunakan adalah pada aras 0.05. penyelidik merekodkan hasil analisis ke

dalam bentuk min, sisihan piawai, ujian-t, p iaitu kebarangkalian (sig. 2 tailed) yang

menunjukkan analisis ujian-t bagi perbezaan tahap kognitif berdasarkan Taksonomi

Bloom mengikut jantina.

Penyelidik juga mengguanakan kaedah ANOVA satu hala dengan

perbandingan POST - HOC. Dalam varian satu hala hanya terdapat satu punca

perbezaan sahaja. Analisis ini digunakan untuk membuat perbandingan min bagi

Page 42: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya/kami adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

27

pemboleh ubah yang melibatkan lebih daripada dua kumpulan sampel. Daripada

analisis ini akan dapat menunjukkan hubungan antara tahap kognitif pelajar

merentasi faktor etnik.

3.8 Rumusan

Dalam bab ini penyelidik menghuraikan secara terperinci tentang perkara-

perkara yang berkaiatan dengan kaedah dan teknik yang telah dijalankan dalam

sepanjang kajian ini. Tahap kognitif pelajar dapat diukur dengan menggunakan

min.Ujian-t pula akan digunakan untuk menentukan perbezaan jantina dengan tahap

kognitif pelajar. Hubungan tahap pengetahuan dengan faktor etnik akan ditentukan

menggunakan ANOVA satu hala.