“saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini … · “saya mengakui bahawa saya telah...

20

Upload: doanque

Post on 26-Aug-2018

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: “Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini … · “Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini adalah memadai dari segi skop dan
Page 2: “Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini … · “Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini adalah memadai dari segi skop dan

“Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan).”

Tandangan :

Nama Penyelia : En. Syahrul Ridhwan Morazuki

Tarikh : 30 April 2009

Page 3: “Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini … · “Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini adalah memadai dari segi skop dan

i

KESAN PENGAMBILAN MINUMAN ISOTONIK DAN GEL KARBOHIDRAT BERELEKTROLIT TERHADAP PRESTASI DAYA TAHAN LARIAN JARAK

JAUH

NOORUL SALMA BT ZAKARIA

Tesis ini dikemukan sebagai memenuhi syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 4: “Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini … · “Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini adalah memadai dari segi skop dan

ii

Saya mengakui bahawa tesis yang bertajuk “Kesan Pengambilan Minuman Isotonik dan

Gel Karohidrat Berelektrolit Terhadap Prestasi Daya Tahan Larian Jarak Jauh ini adalah

hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya

jelaskan sumbernya.

Tandangan :

Nama Penulis : Noorul Salma Zakaria

Tarikh : 30 April 2009

Page 5: “Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini … · “Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini adalah memadai dari segi skop dan

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.

Buat ayahanda dan bonda tersayang

Zakaria bin Hussain dan Zabidah binti HassanZakaria bin Hussain dan Zabidah binti HassanZakaria bin Hussain dan Zabidah binti HassanZakaria bin Hussain dan Zabidah binti Hassan

Tiada bicara yang dapat kukatakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup anakandamu ini. Harapan telah kutunaikan jua dan terima kasih atas segala

pengorbanan kalian.

Buat adinda-adinda tersayang Mohd Zulkifli, Mohd Zulkifli, Mohd Zulkifli, Mohd Zulkifli, Noorul SaidahNoorul SaidahNoorul SaidahNoorul Saidah Nurul SyafiqahNurul SyafiqahNurul SyafiqahNurul Syafiqah

Noorul Syahirah Noorul Syahirah Noorul Syahirah Noorul Syahirah MoMoMoMohd Zaim hd Zaim hd Zaim hd Zaim

NoorlizaNoorlizaNoorlizaNoorliza

Segala pengorbanan, dorongan dan keikhlasan bantuan kalian tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui dan membalasnya serta

maafkan segala kesilapan yang lalu.

Buat insan yang dikasihi Mohd Farhan Mohd Farhan Mohd Farhan Mohd Farhan Bin SalimBin SalimBin SalimBin Salim

dandandandan Buat teman-teman seperjuangan

Terima kasih kepada kalian selama ini yang banyak membimbing dan menyokong serta memberi semangat dalam mengharungi perjuangan ini Kalian adalah pencetus inspirasi dan semangat juang

Diharapkan semua terus berjuang untuk mencapai kejayaan yang cemerlang Hidup mesti diteruskan, ilmu harus dicari

Cemerlang, Gemilang, Terbilang Ku sayang kalian semua…

Page 6: “Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini … · “Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini adalah memadai dari segi skop dan

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani…

Alhamdulilah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dapat juga saya

menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dengan tepat pada masanya sebagai syarat

akhir kursus sebelum menerima segulung ijazah.

Disini saya merakamkan ucapan setingi-tinggi penghargaan dan jutaan terima

kasih yang tidak terhingga kepada En. Syahrul Ridhwan Morazuki selaku penyelia PSM

ini yang telah bertungkus lumus memberi bimbingan dan tunjuk ajar tanpa rasa jemu

sepanjang menjalankan dan menyiapkan projek ini. Kerjasama yang diberikan cukup

bermakna dalam menjayakan PSM ini.

Selain itu, ucapan terima kasih kepada para subjek yang terlibat secara langsung

dan memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan kajian ini. Terima kasih juga

kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu saya dalam menyiapkan PSM

ini dengan jayanya.

Terima kasih juga kepada keluarga tersayang iaitu ayah, mak dan adik-beradik

serta orang tersayang kerana banyak memberi semangat serta dorongan kepada saya.

Berkat doa daripada kalian dapat juga saya meyiapkan PSM ini.

Penghargaan dan terima kasih sekali lagi kepada yang terlibat secara langsung

atau tidak dalam menjayakan Projek Sarjana Muda ini. Diharapkan kalian semua beroleh

kejayaan yang cemerlang. Semoga Allah membalas jasa kalian semua. InsyaAllah.

Page 7: “Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini … · “Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini adalah memadai dari segi skop dan

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk membandingkan kesan pengambilan minuman

isotonik dengan gel karbohidrat berelektrolit terhadap prestasi daya tahan larian jarak

jauh. Seramai 6 orang atlet jarak jauh yang berusia 22 hingga 27 tahun terlibat dalam

kajian ini. Kajian ini melibatkan tiga fasa pengujian iaitu Ujian Makmal (Fasa I), Ujian I

(Fasa II) dan Ujian II (Fasa III). Kelajuan larian pada Anaerobic Threshold (AT) bagi

setiap subjek ditentukan terlebih dahulu pada Fasa I dimana kelajuan larian ini

digunakan pada Fasa II dan Fasa III. Pada Fasa II, mengikut kumpulan subjek, subjek

berlari pada kelajuan di tahap AT sehingga mencapai kepenatan maksimum. Subjek

turut diberikan gel karbohidrat berelektrolit bagi setiap 30 minit. Prosedur yang sama

dilakukan pada Fasa III namun gel karbohidrat berelektrolit digantikan dengan

pengambilan minuman isotonik. Hasil kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang

signifikan dari segi jangka masa larian di antara pengambilan minuman isotonik dengan

gel karbohidrat berelektrolit (p > 0.05). Namun, ujian-t bagi perbandingan jarak larian

mendapati terdapat perbezaan yang signifikan di antara pengambilan minuman isotonik

dengan gel karbohidrat berelektrolit (p < 0.05). Kesimpulannya, pengambilan minuman

isotonik dan gel karbohidrat berelektrolit dapat memberi kesan yang hampir sama

terhadap prestasi daya tahan larian jarak jauh. Namun, kajian ini berpendapat

pengambilan gel karbohidrat berelektrolit dapat memberi peningkatan prestasi yang

lebih baik kerana kuantiti pengambilan minuman isotonik pada kadar kira-kira 2 kali

ganda daripada gel karbohidrat berelektrolit hanya dapat memberikan kesan terhadap

prestasi yang hampir sama dengan gel karbohidrat berelektrolit.

Page 8: “Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini … · “Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini adalah memadai dari segi skop dan

vi

ABSTRACT

The purpose of this study was to compare the effects of consumption of isotonic

drinks and electrolyte carbohydrate gel towards endurance performance long distance

runners. A total of 6 long distance runners, age 22 to 27 were chosen. There were three

phases of test in this study, Laboratory Test (Phase I), Test I (Phase II) and Test II

(Phase III). Running speed at anaerobic threshold (AT) for each subject was determined

in Phase I where the running speed was used in Phase II and Phase III. In Phase II, based

on the subjects group, subject ran at AT speed until they reach volitional fatigue.

Subjects were also given electrolyte carbohydrate gel for every 30 minutes. The same

procedures applied in Phase III but the intake of electrolyte carbohydrate gel was

changed with isotonic drinks. The results from this studies found that there was no

significant difference between intake of isotonic drinks and electrolyte carbohydrate gel

(p>0.05) in the time that taken during running. On the other hand, the t-test analysis

found significant difference in running distance, between the intake of isotonic drinks

and electrolyte carbohydrate gel (p<0.05). Consumption of isotonic drinks and

electrolyte carbohydrate gel produced almost similar effects on endurance performance.

However, this study suggests that consumption of electrolyte carbohydrate gel has better

effects on endurance performance because it took approximately double in quantity of

isotonic drinks intake to produce a similar effects as electrolyte carbohydrate gel.

Page 9: “Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini … · “Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini adalah memadai dari segi skop dan

vii

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xi

SENARAI LAMPIRAN xii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Hipotesis Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Limitasi Kajian 6

1.8 Definisi Operasional 7

Page 10: “Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini … · “Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini adalah memadai dari segi skop dan

viii

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengambilan Cecair Semasa Latihan 9

2.2 Kandungan Elektrolit Dalam Cecair 11

2.3 Konsentrasi Asid Laktik Dalam Darah 12

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Rekabentuk Kajian 14

3.2 Subjek Kajian 17

3.3 Tempat Kajian 17

3.4 Instrumen Kajian 17

3.5 Prosedur Kajian 18

3.5.1 Ujian Makmal (Fasa I) 18

3.5.2 Ujian Daya Tahan Bagi Fasa Fasa II dan Fasa III 19

3.6 Protokol Pemgambilan Sampel Darah 20

3.6.1 Merekod Konsentrasi Asid Laktik 20

3.6.2 Prosedur Pengukuran Konsentrasi Asid Laktik 20

3.7 Penganalisaan Data 21

Page 11: “Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini … · “Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini adalah memadai dari segi skop dan

ix

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 22

4.2 Analisis Deskriptif 23

4.3 Ujian Makmal 24

4.4 Prestasi Daya Tahan Larian Jarak Jauh 25

4.5 Kadar Pengambilan Air dan Tenaga Makanan 27

4.6 Analisis Inferensi 28

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Perbincangan 30

5.1.1 Kesan Pengambilan Tenaga Makanan

Tambahan 31

5.1.2 Prestasi Daya Tahan Larian Jarak Jauh 35

5.2 Kesimpulan 37

5.3 Cadangan 38

RUJUKAN 40

Lampiran A-G 44

Page 12: “Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini … · “Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini adalah memadai dari segi skop dan

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.1 Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat, 23

tinggi dan BMI

4.2 Kelajuan larian pada tahap AT 24

4.3 Purata pengambilan air dan tenaga makanan Kumpulan A 27

4.4 Purata pengambilan air dan tenaga makanan Kumpulan B 27

4.5 Perbandingan jangka masa daya tahan larian minuman 28

isotonik dengan gel karbohidrat berelektrolit

4.6 Perbandingan jarak larian minuman isotonik dengan gel 29

karbohidrat berelektrolit

Page 13: “Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini … · “Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini adalah memadai dari segi skop dan

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Carta alir rekabentuk kajian 16

4.1 Jangka masa daya tahan larian jarak jauh 25

4.2 Jarak larian daya tahan larian jarak jauh 26

Page 14: “Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini … · “Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini adalah memadai dari segi skop dan

xii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Alat-alat yang digunakan untuk mengambil 44

sampel darah

B Alat yang digunakan semasa pengujian 46

C Sumber makanan tambahan 47

D Surat perlantikan subjek 48

E Surat perjanjian 49

F Borang skor ujian makmal 50

G Borang skor pengambilan data 51

Page 15: “Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini … · “Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini adalah memadai dari segi skop dan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Air merupakan sumber yang penting terhadap keperluan fisiologi dalam

kehidupan. Air merupakan komponen yang terbesar di dalam badan manusia yang terdiri

daripada bahagian intraselular dan ekstraselular. Keseimbangan kedua-dua kompartmen

ini dikawal atur melalui osmosis perubahan tekanan luar dan dalam kompartmen.

Terdapat kira-kira 70 % air dalam badan manusia dan air merupakan satu bahan yang

penting untuk kehidupan yang sihat. Air juga merupakan fungsi yang penting kepada

badan seperti pengangkutan nutrien, melicinkan pergerakan sendi dan tisu. Malahan air

juga berfungsi untuk mengawal atur suhu badan melalui perpeluhan dan juga membantu

melancarkan penghadaman (Elizabeth, 2008).

Page 16: “Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini … · “Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini adalah memadai dari segi skop dan

Selain pengangkutan nutrien, air turut berfungsi sebagai bahan perantara bagi

penghantaran gas dan bahan kumuhan serta untuk semua tindakbalas biokimia sel dan

tisu. Air turut penting untuk mengekalkan isipadu darah yang secukupnya dan

seterusnya fungsi sistem kardiovaskular. Air dalam badan bertindak sebagai heat buffer

atau alat pembakar haba dan juga membenarkan untuk melepaskan haba daripada badan

dalam kuantiti yang kecil iaitu sebagai peluh (Rabindarjeet, 2003).

Kandungan air di dalam badan dibuang melalui proses perpeluhan, perkumuhan

dan pembuangan air kencing. Hal ini disebabkan oleh paras keperluan badan perlu

diganti semula sentiasa. Dalam keadaan normal, cadangan bagi pengambilam minuman

ialah 9 hingga 11 cawan bagi perempuan dan 10 hingga 12 cawan bagi lelaki. Purata

orang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 2.5 liter air setiap hari dan meningkat

dengan jumlah latihan yang dilakukan (Janelle, 2000)

Menurut Stanley dan Evan (2006), pengambilan air penting bagi mengelak

berlakunya keletihan. Banyak faktor yang menyebabkan keletihan dan masalah ini akan

menjejaskan prestasi atlet. Antara penyebabnya ialah seperti paras suhu badan yang

sangat tinggi (hypertemia), dehidrasi, kandungan glukos yang rendah (hypoglycemia)

dan lain-lain lagi. Menurut mereka lagi, keperluan air meningkat sebanyak 100 ml ke

150 ml sehari untuk setiap darjah peningkatan suhu badan melebihi 37°C. Kandungan

air dalam badan atau pun hidrasi perlu diberi perhatian yang lebih kepada individu yang

aktif dan atlet. Menurutnya lagi, hal ini kerana persembahan atlet boleh menurun

sekiranya tahap hidrasi berkurang dalam badan. Bagi atlet seperti pelari jarak jauh dan

juga lumba basikal, dehidrasi boleh mengurangkan daya tahan dan juga keletihan.

Page 17: “Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini … · “Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini adalah memadai dari segi skop dan

Dua faktor penting yang membantu prestasi atlet ialah hidrasi dan tenaga. Badan

tidak boleh manyimpan air secara berterusan. Oleh itu, tahap hidrasi normal penting

dengan pengambilan air setiap hari. Sebanyak 2% cecair hilang semasa melakukan

latihan atau hidrasi ringan yang boleh memberi kesan kepada prestasi atlet. Cecair dalam

badan mestilah disimpan pada tahap yang optimum. Sekiranya dahaga, badan berada

dalam keadaan kekurangan air atau dehidrasi. Peluh yang terhasil daripada latihan atau

aktiviti fizikal juga boleh mengakibatkan dehidrasi lalu memberikan beberapa kesan

sampingan seperti sakit kepala, letih dan kekejangan (Brian, 2002).

Bagi individu yang aktif atau atlet, di samping mengamalkan pengambilan air

yang cukup, mereka juga boleh memastikan tahap hidrasi mereka dengan pengambilan

minuman isotonik. Minuman isotonik merupakan minuman yang dapat memberi tenaga

dan daya tahan kepada atlet. Isotonik merupakan perkataan daripada Greek, ‘iso’

bermaksud sama dan ‘tonos’ bermaksud tekanan. Gabungan daripada dua perkataan

menjadi isotonik (Bruce, 2004). Minuman ini mengandungi pelbagai jenis mineral dan

karbohidrat yang membantu mengatasi masalah kehilangan cairan dalam badan

disebabkan oleh pengeluaran peluh. Sekiranya makanan atau minuman yang diambil

sudah mengandungi banyak kandungan mineral, pengambilan minuman isotonik tidak

diperlukan.

Kini, minuman isotonik menjadi pilihan kebanyakan atlet kerana dapat

membekalkan tenaga. Minuman isotonik mengandungi karbohidrat dan konsentrasi

elektrolit dan kandungan ini dapat menyerap dengan pantas disamping menjadikan

sumber tenaga kepada badan. Selain itu, terdapat sumber alternatif lain yang turut

digunakan oleh para atlet dalam memastikan tahap hidrasi dan tenaga berada pada tahap

yang optimun iaitu dengan pengambilan minuman berbentuk gel yang turut

mengandungi karbohidrat dan beberapa mineral lain seperti yang terkandung dalam

minuman isotonik. Namun, sejauh manakah perbezaan kesan terhadap prestasi atlet

Page 18: “Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini … · “Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini adalah memadai dari segi skop dan

menerusi pengambilan kedua-dua jenis minuman ini masih perlu diberi perhatian yang

khusus.

1.2 Latar Belakang Masalah

Penyelidikan mengenai kesan pengambilan isotonik terhadap prestasi atlet telah

banyak dijalankan. Namun, perkembangan teknologi makanan telah menghasilkan

beberapa produk baru yang turut bertujuan meningkatkan prestasi atlet. Salah satu

produk tersebut ialah gel karbohidrat berelektrolit. Berfokuskan pada prestasi daya tahan

atlet, adalah perlu untuk dikaji dan dibandingkan kesan pengambilan di antara minuman

isotonik dan gel karbohidrat berelektrolit memandangkan secara teorinya kedua-dua

produk tersebut berpotensi mempengaruhi prestasi atlet.

1.3 Penyataan Masalah

Pengambilan sumber makanan tambahan seperti minuman isotonik dan gel

karbohidrat berelektrolit menjadi salah satu pendekatan bagi jurulatih atau saintis bagi

memastikan kejayaan atlet. Bagaimanapun, penggunaan sumber makanan tambahan

yang betul dan sesuai dengan sesuatu acara sukan perlu diambil kira. Justeru itu, kajian

ini dijalankan bagi mengkaji dan membandingkan keberkesanan minuman isotonik dan

minuman gel karbohidrat berelektrolit terhadap prestasi daya tahan larian jarak jauh

atlet.

Page 19: “Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini … · “Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini adalah memadai dari segi skop dan

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian adalah seperti berikut:

1.4.1 mengkaji kesan pengambilan minuman isotonik terhadap jangka masa larian

jarak jauh

1.4.2 mengkaji kesan pengambilan gel karbohidrat berelektrolit terhadap jangka masa

larian jarak jauh

1.4.3 mengkaji kesan pengambilan minuman isotonik terhadap jarak larian jarak jauh

1.4.4 mengkaji kesan pengambilan gel karbohidrat berelektrolit terhadap jarak larian

jarak jauh

1.4.5 membandingkan kesan pengambilan minuman isotonik dengan minuman gel

karbohidrat berelektrolit dari segi prestasi larian jarak jauh

1.5 Hipotesis Kajian

Ho1 Tidak terdapat perbezaan jangka masa larian jarak jauh yang signifikan

bagi pengambilan minuman isotonik dan minuman gel karbohidrat

berelektrolit.

Ha1 Terdapat perbezaan jangka masa larian jarak jauh yang signifikan bagi

pengambilan minuman isotonik dan minuman gel karbohidrat

berelektrolit.

Page 20: “Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini … · “Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini adalah memadai dari segi skop dan

Ho 2 Tidak terdapat perbezaan jarak larian yang signifikan bagi pengambilan

minuman isotonik dan minuman gel karbohidrat berelektrolit.

Ha 2 Terdapat perbezaan jarak larian yang signifikan bagi pengambilan

minuman isotonik dan minuman gel karbohidrat berelektrolit.