melaka sebagai asas pembentukan negara

16
Pemerintahan: Kesultanan Melaka: c. 1400-1414 Gelaran: Putera Sriwijaya Lahir: 1344 Mangkat: 1414

Upload: paradox-of-elaksamana

Post on 28-Oct-2014

37 views

Category:

Education


0 download

DESCRIPTION

Nota Pembentangan Tutorial Sejarah : Melaka Sebagai Asas Pembentukan Negara oleh guru pelatih dari PISMP Kajian Sosial Sem 2/2011 di IPG KaDRI

TRANSCRIPT

Page 1: Melaka Sebagai Asas Pembentukan Negara

Pemerintahan: Kesultanan Melaka: c. 1400-1414Gelaran: Putera SriwijayaLahir: 1344Mangkat: 1414

Page 2: Melaka Sebagai Asas Pembentukan Negara

Pengasasan Melaka

By: Ahmad Shamil B. Mohd Zaki

Page 3: Melaka Sebagai Asas Pembentukan Negara

Interpretasi Sebagai Asas dan Tunjang Pembentukan Sejarah Negara

• Kewujudan rekod-rekod Dinasti Ming tentang kesultanan ini memang sudah lama diketahui dan beberapa orang sarjana seperti Willem P. Groeneveldt, Hsu Yun-tsiao dan Wang Gungwu telah menulis tentang Kesultanan Melayu Melaka berasaskan rekod Ming tersebut.

• Walau bagaimanapun, rekod Ming tentang Melaka hanya terhad kepada 30 tahun pertama abad ke-15 sahaja

• Walaupun para sarjana sekarang dapat menggunakan rekod yang disimpan oleh Portugis, tetapi catatan orang Portugis banyak bergantung kepada maklumat sekunder kerana orang Portugis hanya tiba di Melaka pada awal abad ke-16 (Muhammad Yusuff Hashim 1989).

• Oleh itu, Melaka dianggap sebagai 1 asas kepada pembentukan negara.

Page 4: Melaka Sebagai Asas Pembentukan Negara

KEAGUNGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

• Kegemilangan Melaka sebagai pusat perdagangan.– Mengikut “Sejarah Melayu” versi tahun 1612, edisi

1961 halam 81, 220 "Melaka digelar oleh orang Arab sebagai Malakat iaitu perhimpunan segala dagang".

– Warisan dan penerusan tradisi kerajaan Sriwijaya yang terletak di Palembang.

– Kedudukan Selat Melaka iaitu dipersimpangan jalan laut dari India dan China ataupun timur dan barat.

Page 5: Melaka Sebagai Asas Pembentukan Negara

– Perlabuhan persinggahan bagi kapal-kapal yang berulang alik melalui selat Melaka.

– Perlabuhan Melaka terlindung dari angin dan jauh dari paya bakau, pintu perlabuhannya cukup dalam untuk membolehkan kapal besar masuk berlabuh.

Page 6: Melaka Sebagai Asas Pembentukan Negara

– Iklim juga berperanan dalam menentukan perdagangan di Melaka.

– Terdapat dua jenis angin yang bertiup iaitu angin monsun timur laut dan angin monsun barat daya dimana kedua-dua angin ini bertiup selama enam bulan dalam giliran tahunan.

– Pedagang dari barat dan timur tidak pernah berjumpa akibat tiupan angin yang berlainan musim tadi. Malah lalulintas laut ditentukan oleh angin monsun.

– Oleh itu mereka menjadikan Melaka sebagai tempat persinggahan iaitu meletak barang dagangan digudang untuk diniagakan apabila pedagang lain tiba di Melaka pada monsun yang satu lagi.

Page 7: Melaka Sebagai Asas Pembentukan Negara

• Melaka menjadi pusat penyebaran Islam.– Sebelum kedatangan islam rakyat Melaka di

percayai beragama Hindu-Buddha.– Kedatangan agama islam ke Melaka berlaku

apabila pendakwah dari Tanah Arab iaitu Sheikh Abdul Aziz datang ke Melaka menerusi jalan laut kerana Melaka berada di akawasan persisiran laut.

– Agama islam dari Melaka tersebar lebih jauh ke bahagian utara pesisir Pulau Jawa, Kepulauan Sulu dan Brunei.

Page 8: Melaka Sebagai Asas Pembentukan Negara

– Sultan Muzaffar berusaha mengukuhkan dan menyebarkan agama islam di Melaka dan di kawasan berhampiran dengannya.

– Sultan muzafar menjadikan hukum islam sebagai asas pemerintahan baginda.

– Kumpulan dakwah pula telah berusaha mengajar hukum islam dan dengan ini dapat membentuk meningkatkan tentang kefahaman dalam islam.

– Sultan Muzaffar memberikan galakan kepada pendakwah bagi melaksanakan rancangan untuk mengembangkan islam.

– Antara pendakwah yang terdapat iaitu Kadi Melawar, Sayid Abdul Aziz, Maulana Abdul Sadar dan sebaginya. Mereka ini berasal dari Tanah Arab.

Page 9: Melaka Sebagai Asas Pembentukan Negara

– Semasa pemerintahan Sultan Mansor Syah dakwah islamiah telah berkembang dengan meluas ke seluruh Asia Tenggara terutamanya ke Gugusan Kepulauan Melayu.

– Pendakwah dari Melaka telah pergi ke Pulau Jawa, Pulau Borneo dan sebahagian Selatan Filipina untuk menyebarkan agama islam.

– Terdapat pedagang yang datang ke Melaka turut mempelajari agama islam semasa berdagang, kemudian menyebarkan pula kenegeri masing-masing.

– Penyebaran agama islam di Nusantara berlaku apabila pedagangpedagang dari nusantara yang membawa dagangan untuk dijual di Melaka melihat islam dalam amalannya dan martabat gelaran baru yang diambil oleh raja (sultan) dan pembesarnya.

Page 10: Melaka Sebagai Asas Pembentukan Negara

• Keagungan institusi beraja sebagai warisan sejarah budaya Bangsa Melayu yang pernah menerajui Negeri Melaka. KESULTANAN MELAKA

Tempoh Sultan

1400 – 1414 Raja Iskandar Syah

1414 – 1424 Sultan Megat Iskandar Shah

1424 – 1444 Sultan Muhammad Syah

1444 – 1445 Sultan Abu Syahid

1445 – 1456 Sultan Muzaffar Syah

1456 – 1477 Sultan Mansur Shah

1477 – 1488 Sultan Alauddin Ri'ayat Shah

1488 – 1511 Sultan Mahmud Shah

Page 11: Melaka Sebagai Asas Pembentukan Negara

• Kerajaan yang kuat di Gugusan Kepulauan Melayu.– Berjaya mematahkan serangan siam semasa

pemerintahan Sultan Muzaffar Syah.– Serangan pertama diketuai oleh Awi Chakra melalui

darat pada tahun 1445, tetapi telah ditewaskan oleh Tun Perak dan Tun Hamzah (Tok Bongkok) tidak jauh dari Muar.

– Pada tahun 1456, Siam melancarkan serangan kedua pada 1456 yang diketuai oleh Awi Dichu melalui laut, dan sekali lagi Tun Perak telah berjaya menewaskan mereka dan kali ini, dengan mudah.

– Selepas dua kekalahan di darat dan laut ini, Siam tidak lagi mencuba untuk menyerang Empayar Melayu Melaka. Tun Perak telah dijadikkan Bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja".

Page 12: Melaka Sebagai Asas Pembentukan Negara

• Melaka sebagai pusat penyebaran ilmu.– Semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka,

istana merupakan pusat kegiatan ilmu. Istana Melaka dijadikan tempat pertemuan ulama, pendakwah dan cendiakawan Islam.

– Aktiviti yang dijalankan ialah menterjemah dan menyadur karya sastera Parsi dan Arab.

– Kegiatan menyadur dan menggubal kitab-kitab perundangan Islam juga dijalankan.

– Dua buah kitab perundangan yang berjaya digubal ialah:• 1. Hukum Kanun Melaka - Dokumen undang-undang yang

mengandungi 44 fasal. Menghuraikan kedudukan raja, peranan raja an pembesar.

• 2. Undang-undang Laut Melaka - Peraturan pelayaran dan aktiviti perdagangan.

Page 13: Melaka Sebagai Asas Pembentukan Negara

Kemantapan Pentadbiran dan Politik

• Kekuatan sistem pemerintahan yang meliputi pentadbiran dan undang-undang yang rapi.

• Dalam bidang pentadbiran, kerajaan Melaka dikendalikan oleh raja atau sultan yang dibantu oleh Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, Laksamana, Syahbandar dan Mendulika serta dan beberapa jawatan lain yang disandang oleh orang kaya-kaya (Muhd. Yusof bin Ibrahim, 1996: 60-61).

• Raja yang mula-mula mengatur sistem pentadbiran Melaka ialah Sultan Melaka yang kedua, iaitu Mahkota Iskandar Syah. Dalam bidang undang-undang, kerajaan Melaka terkenal dengan undang-undang tertulis, iaitu Hukum Kanun Melaka.

Page 14: Melaka Sebagai Asas Pembentukan Negara

• Sebagai negara kota pelabuhan, terdapat pula undang-undang khusus, iaitu Undang-undang Laut Melaka

• Dalam zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, Melaka telah mempunyai mata wangnya sendiri untuk menetapkan nilai barang dagangan. Demikian juga telah wujud sistem percukaian yang teratur.

Page 15: Melaka Sebagai Asas Pembentukan Negara

Rujukan ambo ambik di.."Pemerintah Pertama Melaka: Parameswara (1394-1414)". Sejarah Malaysia. Perpustakaan

Negara Malaysia. 2000. h ttp://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?section=sm01 &spesifik_id=1&ttl_id=1. Diambil 2011-07-11.

Windstedt (KBE, CMG, D.Litt (ed).), Sir R.O (1938). ""The Malay Annals or Sejarah Melayu". Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society (The Branch) XVI: 32

Buyers, Christopher. "The Ruling House of Malacca - Johor". http://www.royalark.net/Malaysia/malacca.htm. Diambil 2011-07-10

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1997). Bab 3: Parameswara dan pengasasan Melaka. Sejarah Tingkatan 1 (pp. 21-22). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Fawzi Mohd. Basri, Mohd. Fo'ad Sakdan, & Azami Man. (2002). Bab 4: Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka. Sejarah Tingkatan 1 (pp. 47-48). Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 16: Melaka Sebagai Asas Pembentukan Negara

HABIS DAAAAAAAA…!

JOM LAYAN VIDEO…!!!