mbm_modul tatabahasa kpki_jawapandoc.doc

Upload: punitha-nitha

Post on 09-Mar-2016

344 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT) 2010

KANDUNGANTajuk

Muka surat

1. Kandungan

1

2. Jadual Kursus

23. Kerangka Kursus Keseluruhan

3

4. Kerangka Kursus Slot 1

55. Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu

76. Kerangka Kursus Slot 2 4

13

7. Panduan dan Contoh Menjayakan Objektif 2 dan 3 (Morfologi)16

8. Morfologi: Pembentukan dan Penggolongan Kata 19 9. Kerangka Kursus Slot 5 8

2810. Panduan dan Contoh Menjayakan Objektif 2 dan 3 (SIntaksis)32

11. Sintaksis: Binaan Ayat, Ayat Dasar, Frasa, Klausa,

Ayat Majmuk, dan Ayat Terbitan

34

12. Rujukan

50

13. Lampiran A: Latihan Ejaan dan Tatabahasa

51

14. Lampiran B: Maklumat Tambahan

6415. Lampiran C: Ujian Pra dan Pasca 72

16. Panel Penyusun Modul Pemantapan Tatabahasa

7417. Panel Penyemak/Penambahbaikan/Pemurni Modul

75 Pemanatapan Tatabahasa

*Bahan sokongan tatabahasa dalam bentuk Powerpoint dibekalkan bersama-sama cakera padat. PROGRAM MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)

JADUAL KURSUS PEMANTAPAN TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYUJAM/

HARI8.00-10.0010.00

10.3010.30 12.3012.30

2.302.30 4.30

PERTAMA

8.00-9.00

9.00-10.00REHAT 1

Slot 2

Morfologi:

Pembentukan KataREHAT

2

Slot 3

Morfologi:

Penggolongan Kata

Pendaf-taran dan Ujian Pra

Slot 1

Sistem Ejaan Rumi

KEDUASlot 4

Bengkel MorfologiSlot 5

Sintaksis:

Frasa dan Klausa

Slot 6

Sintaksis:

Ragam dan Susunan Ayat

KETIGASlot 7

Sintaksis:

Ayat Terbitan10.30 11.30

11.30 12.30

Slot 8

Bengkel

Sintaksis

Ujian Pasca dan Rumusan

Pelaksanaan Jadual:

1. Slot 1: Aspek Sistem Ejaan Rumi (rujuk Kerangka Kursus di halaman 5)

2. Slot 2, 3, 4: Aspek Morfologi (rujuk Kerangka Kursus di halaman 13-15)

3. Slot 5, 6, 7, 8: Aspek Sintaksis (rujuk Kerangka Kursus di halaman 28-31)PROGRAM MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KERANGKA KURSUS KESELURUHANProgram

Kursus Peningkatan Profesionalisme Mod Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI) Guru Bahasa Melayu

Topik

Kursus Pemantapan Tatabahasa Bahasa Melayu

Kod Kursus

Masa

3 hari (16 jam interaksi)

Personel

Pemudah Cara (Pensyarah/Guru Cemerlang/Jurulatih Utama)

A. Objektif

Pada akhir sesi kursus, para peserta dapat:1. menganalisis sistem ejaan rumi bahasa Melayu; 2. menjelaskan konsep dan kandungan morfologi dan sintaksis; 3. mengaplikasikan konsep morfologi dan sintaksis dalam penulisan dokumen rasmi;4. mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran tatabahasa secara kontekstual, e-pembelajaran, dan didik hibur; dan5. membentangkan/mempersembahkan hasil kerja kumpulan.

B. Kandungan Kursus1. Sistem ejaan rumi bahasa Melayu.

2. Konsep dan kandungan morfologi dan sintaksis; 3. Tatabahasa dalam pelbagai wacana penulisan dokumen rasmi; dan4. Strategi pengajaran dan pembelajaran tatabahasa.

C. Kaedah dan Strategi 1. Perbincangan

2. Perbengkelan

3. Permainan Bahasa 4. Tunjuk Cara 5. Kontekstual 6. Didik Hibur

D. Bahan Pengajaran1. Modul Pemantapan Tatabahasa

2. Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga,

3. Kamus Dewan/e-Kamus

4. Facebook

E. Alatan1. Komputer riba2. LCD

3. Papan tulis4. Marker5. Kertas sebak

F. Penilaian 1. Ujian pra dan ujian pasca 2. Penilaian berterusan 3. Persembahan

G. Rumusan/Refleksi

*Pemudah Cara boleh memilih strategi yang lain dalam menjayakan Kursus Pemantapan Tatabahasa ini.

PROGRAM MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KERANGKA KURSUS SLOT 1Program

Kursus Peningkatan Profesionalisme Mod Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI) Guru Bahasa Melayu

TopikSistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu

Kod Kursus

MasaSlot 1: 1 jam (9.00 10.00 pg.)

PersonelPemudah Cara

A. Objektif Pada akhir sesi peserta dapat:1. menjelaskan sejarah ringkas sistem ejaan rumi bahasa Melayu;

2. mengaplikasikan pola keselarasan vokal dan pola-pola yang terkecuali dalam sistem ejaan rumi; dan

3. mengaplikasikan panduan pengejaan kata pinjaman.

B. Kandungan Kursus 1. Sejarah ringkas sistem ejaan rumi; 2. Pola keselarasan vokal dan pola yang terkecuali;

3. Panduan pengejaan kata pinjaman.

C. Kaedah dan Strategi 1. Perbincangan 2. Kontekstual 3. Tunjuk Cara Slot 1: 9.00 10.00 pg.

Set Induksi: Pemudah cara mengemukakan beberapa kata jati dan kata pinjaman dalam bahasa Melayu untuk dieja oleh peserta. Langkah 1: Pemudah cara menjelaskan bentuk ejaan beberapa kata jati dan kata pinjaman dalam bahasa Melayu; Langkah 2: Pemudah cara memberikan maklumat tentang sejarah ringkas sistem ejaan rumi bahasa Melayu;

Langkah 3: Perbincangan dan tunjuk contoh tentang 18 pola keselarasan vokal dan pola yang terkecuali;

Langkah 4: Perbincangan dan soal jawab untuk mengaplikasikan panduan pengejaan kata pinjaman;

Langkah 5: Latihan mengesan ejaan yang betul (rujuk Lampiran A)

Penutup: Rumusan tentang petua mengeja tepat dan kepentingan bahan rujukan (kamus dan buku daftar ejaan rumi) [rujuk Lampiran B 1b]

D. Bahan Pengajaran Modul Pemantapan Tatabahasa, buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Melayu, buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, Kamus Dewan, dan e-Kamus

E. Alatan 1. Komputer riba

2. LCD

3. Papan putih

4. Marker

5. Kertas sebak

F. Penilaian 1. Ujian pra 2. Latihan

G. Rumusan/Refleksi

PENGENALANSistem Ejaan Rumi yang diterima pakai dalam penulisan berbahasa Melayu pada masa ini adalah berasaskan permuafakatan kebahasaan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) pada 16 Ogos 1972, iaitu tarikh pelancaran sistem ejaan rumi bahasa Melayu. Satu daripada kesan kesepakatan itu adalah dengan terbitnya buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu (PUEBM) pada 1975 menerusi persidangan MBIM kelima di Johor Bahru pada 2 4 Disember 1974. (Tentang kandungan buku PUEBM, sila rujuk Lampiran B)Objektif 1: SEJARAH RINGKAS SISTEM EJAAN RUMI 1812 : William Marsden- A Grammar of the Malayan Language

1901 : W.G.Shellabear- The Evolution of the Malay Spelling

1905 : R.J. Wilkinson Ejaan Sekolah

1947 : Pendeta Zaba Petua-petua Ejaan Rumi

1952, 1954: Jawatankuasa Ejaan-Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu- 1956 (dikenali juga dengan nama Ejaan ASAS 50)1972 : Ejaan Bersama Bahasa Malaysia Bahasa Indonesia Ejaan Baharu - ejaan yang digunakan hingga sekarang1975 : Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka 1981 : Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka

(Semakan 1988)

Bunyi dan Huruf: Dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu terdapat 21 huruf konsonan, dan lima (5) huruf vokal. Selain itu, terdapat lima konsonan gabungan (digraf). Huruf-huruf konsonan itu adalah seperti yang berikut:B bC cD dF fG gH hJ jK kL lM mN n P p

Q qR rS sT tV vW wX xY yZ z

Konsonan gugus/gabungan: ng nykhghsy

Huruf vokal terdiri daripada:

Perkembangan dan pembaharuan sistem ejaan rumi telah membawa perubahan kepada beberapa konsonan yang digunakan sebelum ini:

Terdapat juga bentuk diftong, iaitu ai (aising, ramai), au (aurat, pulau), dan oi (oidium, sepoi).

Objektif 2: POLA KESELARASAN VOKAL: Keselarasan vokal bermaksud keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Peraturan ini menetapkan beberapa peraturan, iaitu keselarasan antara dua huruf vokal pada kata dasar; kata dasar berakhirkan suku kata tertutup; dan bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku kata, yang terlibat dengan sistem keselarasan huruf vokal, hanyalah dua suku kata yang terakhir sahaja. Keselarasan VokalContoh Perkataan

a - aamalbakarmasak

a - imasjidbalikalih

a - ubarutpatutdatuk

e - asedarjelasemak

e - ibetikserikjerit

e - utelurbelumrebus

e aelakekarengkar

e elelehtelekremeh

e oesokbengkokcedok

i - abilangpinangkilas

i - ipilihdidihsirih

i - utidurhiburhidup

o - aotakrosakbosan

o - eolehkoreksolek

o - obotolmogokboros

u - abulatyurandulang

u - ikulitmuridlukis

u - usuluhruntuhpupuk

Rajah Pola Keselarasan VokalPerubahan pola ejaan lama (sebelum 16 Ogos 1972) kepada pola ejaan baharu ditunjukkan pada rajah di bawah.

Pola Lama

Contoh

PerkataanPola Baharu

Contoh

Perkataan

a - ealeha - ialih

a - obatoka - ubatuk

e elebehe - ilebih

e- otempohe - utempuh

i - epilehi - ipilih

i - otidori utidur

u - euseku iusik

u - ountongu - uuntung

Objektif 3: KEKECUALIAN KESELARASAN POLA BAGI KATA PINJAMAN: Terdapat beberapa kekecualian terhadap peraturan keselarasan vokal di atas, iaitu bagi kata pinjaman daripada bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris. Yang berikut ditunjukkan beberapa contoh kata yang dikecualikan daripada pola keselarasan vokal yang dinyatakan sebelum ini. Bagi perkataan yang berupa istilah atau kata pinjaman daripada bahasa Inggeris, terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi.

Penyesuaian Huruf-huruf Konsonan Tertentu

urufBahasa InggerisBahasa Melayu

cscentsen

c/cckcard , accountkad, akaun

ccksaccessakses

chccharge, chequecaj, cek

phfgraphgraf

chktechniqueteknik

szmusic, physicmuzik, fizik

scssciencesains

scskscale, screwskala, skrew

qkquality, quotakualiti, kuota

thstheory, thesisteori, tesis

xksexpress, complexekspres, kompleks

yieconomy, analysisekonomi, analisis

Pengguguran Satu daripada Gabungan Huruf Konsonan yang Sama

HurufBahasa InggerisBahasa Melayu

bbblobby, hobbylobi, hobi

fffeffective, trafficefektif, trafik

gggaggresiveagresif

lllpill, billpil, bil

mmmcommakoma

nnnannuity, tennisanuiti, tenis

sssasset, processaset, proses

tttlottery, batteryloteri, bateri

zzzJazzjaz

Penyesuaian Huruf bagi Gabungan Dua Huruf Vokal

HurufBahasa InggerisBahasa Melayu

auauaudit, automaticaudit, automatik

eaeaidea, gearidea, gear

eaigrease, creamgris, krim

iaiadialectdialek

eieiproteinprotein

eiicaloriekalori

eeimeemi

iuiupremium, stadiumpremium, stadium

ouauaccountant, poundakauntan, paun

ouucoupon, seriouskupon, serius

oaocoat, cardboardkot, kadbod

ooubootbut

ueutissue, issuetisu, isu

Pengekalan Gugus Konsonan dalam bahasa Inggeris dengan Beberapa Penyesuaian

Bahasa InggerisBahasa Melayu

blockblok

classic, clinicklasik, klinik

draftdraf

cream, creditkrim, kredit

comprehensivekomprehensif

protocolprotokol

storestor

prismprisma

plasmplasma

organismorganisma

Huruf g yang diucapkan sebagai [ j ] menurut sebutan bahasa Inggeris, ditulis sebagai g dan disebut sebagai [ g ] dalam bahasa Melayu.Bahasa InggerisBahasa Melayu

generationgenerasi

technologyteknologi

tragedytragedi

psychologypsikologi

agendaagenda

agentagen, ejen (wakil)

Kata yang asalnya berakhir dengan sion, -sional, -tion, -tional menjadi -si, -sen, -syen, dan -sional. Bahasa InggerisBahasa Melayu

tradition, actiontradisi, aksi

lotion, immigrationlosen, imigresyen

section, televisionseksyen, televisyen

professionalprofesional

national, traditionalnasional, tradisional

Pengejaan kata yang berakhir dengan ism.

Bahasa InggerisBahasa Melayu

nasionalismnasionalisme

comunismkomunisme

socialismesosialisme

mechanismmekanisme

Pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris yang telah mantap.Bahasa InggerisBahasa Melayu

class, glasskelas, gelas

grant, stampgeran, setem

pencil, planpensel, pelan

bureu, ballonbiro, belon

actionaksi

dial, filedail, fail

size, piesaiz, pai

PROGRAM MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KERANGKA KURSUS SLOT 2 - 4Program

Kursus Peningkatan Profesionalisme Mod Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI) Guru Bahasa Melayu

Topik

Pembentukan, Penggolongan Kata, dan Bengkel Morfologi

Kod Kursus

Masa

Slot 2: 10.30 12.30 (2 jam) Slot 3: 2.30 4.30 petang (2 jam) Slot 4: 8.00 -10.00 pg. (2 jam)

Personel

Pemudah Cara dan Pembantu Pemudah Cara

A. Objektif Pada akhir sesi peserta dapat: 1. menjelaskan konsep pembentukan dan penggolongan kata; 2. mengaplikasikan konsep pembentukan dan penggolongan kata dalam penulisan dokumen rasmi; dan 3. mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran morfologi secara kontekstual/e-pembelajaran/didik hibur.

B. Kandungan Kursus1. Konsep dan kandungan morfologi;

2. Tatabahasa dalam penulisan dokumen rasmi; dan 3. Strategi pengajaran dan pembelajaran tatabahasa.

C. Kaedah dan Strategi 1. Perbincangan 3. Permainan Bahasa 5. Kontekstual

2. Perbengkelan 4. Tunjuk Cara/Contoh 6. Didik Hibur

Slot 2: 10.30 pg. 12.30 t.h.

Set Induksi: Memperdengarkan lagu/puisi atau memaparkan puisi dan bersoal jawab tentang diksi dalam lagu/puisi yang dipaparkan;

Langkah 1: Perbincangan dan tunjuk contoh konsep dan kandungan morfologi: pembentukan dan penggolongan kata;

Langkah 2: Penerangan tentang konsep pembentukan kata dengan merujuk modul/persembahan Powerpoint;

Langkah 3: Aktiviti kumpulan kecil - aplikasi bentuk kata dalam penulisan

dokumen rasmi (surat rasmi, laporan, minit mesyuarat, skrip pengacaraan) Langkah 4: Pembentangan ringkas tentang contoh aplikasi bentuk kata dalam penulisan dokumen rasmi; Langkah 5: Membuat latihan tentang pembentukan kata (rujuk Lampiran A);

Penutup: Rumusan tentang pembentukan kata.

Slot 3: 2.30 ptg. - 4.30 ptg.

Set Induksi: Memperdengarkan lagu/puisi atau memaparkan puisi dan laman Facebook yang menunjukkan contoh penggunaan golongan kata yang betul/tepat;

Langkah 1: Perbincangan dan tunjuk contoh tentang konsep dan kandungan morfologi: penggolongan kata;

Langkah 2: Penerangan tentang konsep penggolongan kata dengan merujuk modul/persembahan Powerpoint;

Langkah 3: Aktiviti kumpulan kecil - aplikasi golongan kata dalam penulisan

dokumen rasmi (surat rasmi, laporan, minit mesyuarat, skrip pengacaraan) ;

Langkah 4: Pembentangan ringkas tentang contoh aplikasi golongan kata dalam penulisan dokumen rasmi;

Langkah 5: Membuat latihan tentang pembentukan kata (rujuk Lampiran) dan penulisan di Facebook;

Penutup: Rumusan tentang penggolongan kata. Slot 4: 8.00 pg. 10.00 pg Set Induksi: Pemudah cara memperdengarkan lagu dan meminta peserta mengucapkan semula beberapa kata daripada lagu; Langkah 1: Pemudah cara membahagikan peserta kursus kepada tiga kumpulan untuk mengaplikasikan strategi kontekstual, e- pembelajaran, dan didik hibur dengan memanfaatkan input berkaitan morfologi;

Langkah 2: Pemudah cara memantau dan membimbing peserta ketika melaksanakan aktiviti kumpulan; (rujuk panduan dan contoh di

halaman 16)

Langkah 4: Setiap kumpulan membenangkan hasil kerja kumpulan dan berbincang tentang kekuatan dan kelemahan hasil kerja tersebut:

Rumusan: Pemudah cara menjelaskan kepentingan memahami aspek morfologi bahasa Melayu.

D. Bahan Pengajaran Modul Pemantapan Tatabahasa , buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kamus Dewan, e-Kamus, Facebook

E. Alatan

1. Komputer riba

2. LCD

3. Papan putih

4. Marker5. Kertas sebak

F. Penilaian 1. Ujian pra dan ujian pasca 2. Penilaian berterusan 3. Persembahan

G. Rumusan/Refleksi

*Catatan: 1. Slot 1 (8.00 9.00 pagi) ialah slot ujian pra (tatabahasa) yang dijalankan selepas sesi pendaftaran dan pengurusan peserta.2. Panduan dan contoh pelaksanaan aktiviti berdasarkan strategi kontekstual, e-pembelajaran (Facebook) dan didik hibur dinyatakan di halaman 16 - 18.PANDUAN DAN CONTOH UNTUK MENJAYAKAN OBJEKTIF 2 Tatabahasa dalam Penulisan Dokumen Rasmi (Surat Rasmi, MinitMesyuarat, Laporan, Skrip Pengacaraan)

Panduan: Pemudah cara dicadangkan supaya menghubungkaitkan isu tatabahasa yang sering ditemukan dalam dokumen rasmi, misalnya kata nama, kata kerja, kata majmuk dalam minit mesyuarat atau skrip pengacaraan.Contoh: 1. Majlis dengan hormat dan sukacitanya mempersilakan ... (bukan hormatnya dan sukacitanya...)

1. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran... (bukan di atas kehadiran...)

2. Johan bagi pertandingan ini ialah.... (bukan adalah...)

3. Jawatankuasa siaraya (sepatutnya ...siar raya)

4. Urusetia kursus ialah... (sepatutnya Urus setia...)

Pemudah cara digalakkan memperkenalkan padanan dalam bahasa Melayu bagi beberapa perkataan/istilah yang popular dalam bahasa Inggeris, misalnya check-in (daftar masuk), check-out (daftar keluar), homestay (inap desa), talk shaw (bicarawara), road shaw (jerayawara), scan (imbas), reengineering (perekayasaan)...(sekadar contoh). Manfaatkanlah Lembar Bahasa, bahan penyebaran maklumat bahasa terbitan percuma Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu DBP. Pengetahuan sedia ada yang tinggi tentang kosa kata dan ejaan bagi bentuk dan golongan kata akan menjadikan penyampaian tajuk ini amat berkesan. Memiliki e-Kamus adalah langkah yang jitu ke arah penguasaan aspek kosa kata dan aspek makna dalam kalangan guru BM.

PANDUAN DAN CONTOH UNTUK MENJAYAKAN OBJEKTIF 3Aplikasi pengajaran dan pembelajaran morfologi secara kontekstual,e-pembelajaran, dan didik hibur Panduan: Pemudah cara dicadangkan supaya meneliti aspek strategi pengajaran dan pembelajaran tatabahasa secara kontekstual, e- pembelajaran, dan didik hibur.Contoh: 1.Tatabahasa secara Kontekstual: Menghubungkaitkan pengalaman menulis laporan, minit mesyuarat, laporan, atau skrip pengacaraan dengan elemen tatabahasa, khususnya morfologi. Misalnya, penggunaan kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata majmuk, kata sendi nama, dan kata adverba dalam konteks ayat atau peristiwa bahasa yang betu

2.Tatabahasa dalam e-Pembelajaran: Dicadangkan supaya Facebook digunakan dalam konteks amalan berbahasa. Misalnya, peserta diberi penegasan, walaupun laras bahasa dalam laman sembang menggunakan wacana yang santai, aspek tatabahasa usahlah diabaikan. Contohnya, di ruangan NOTES boleh dipaparkan bahan penulisan yang betul bentuk bahasanya. Facebook Kembara Bahasa (Prof. Dr. Awang Sariyan) adalah contoh Facebook yang terbaik dalam penggunaan bahasa yang baik dan santun. 3. Tatabahasa secara Didik Hibur: Dicadangkan supaya digunakan puisi tradisional, puisi moden, atau lirik lagu popular/patriotik/nasyid dengan memanipulasikan elemen tatabahasa. Jika puisi mengandungi aspek kesalahan atau ketidaktepatan dalam tatabahasa, laksanakanlah aktiviti mengesan kesalahan (...dengan mengambil kira hakikat wujudnya kebebasan berpuisi/poetic license). Aktiviti memilik kata yang menarik daripada lirik lagu adalah aktiviti yang relevan dengan konsep didik hibur. Diksi bagi lirik lagu dalam konteks persembahan adalah berbeza daripada diksi dalam konteks luar persembahan. Contohnya, frasa di waktu malam (sepatutnya pada waktu malam) (lagu nyanyian Allahyarham P.Ramlee) adalah salah dari sudut morfologi, tetapi penulis liriknya perlu mengambil kira elemen tempo dan irama lagu. Contoh lain, lagu Pakai Buang (nyanyian Stacy) ialah contoh kata majmuk, Kereta Lembu (nyanyian Allahyarham Sudirman) ialah contoh kata nama. Lagu Suratku Untukmu (nyanyian J. Sham) amat sesuai dijadikan set induksi untuk mengajarkan aspek penulisan surat rasmi. Pemudah cara bebas memilik lirik lagu kesukaan sendiri selagi lagu tersebut dapat memanipulasikan elemen morfologi. Selamat mencuba...Objektif 1 - MORFOLOGI: PEMBENTUKAN DAN PENGGOLONGAN KATA Pembentukan kata dalam bahasa Melayu terjadi menerusi proses pengimbuhan, pemajmukan, dan penggandaan. Proses pembentukan kata menghasilkan bentuk-bentuk kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda, yang dibincangkan bawah aspek penggolongan kata. Yang berikut ialah contoh-contoh perkataan mengikut kategori.

Kata Tunggal

Kata Tunggal Satu SukuKata

KV: yu, ru, ya; VK: am; KVK: cat, wang; KKVK: stor, pruf, pruf, dril,

gred; KVKK: teks, bank, volt, seks, golf; KKKV: skru; KKKVK:

skrip, spring; ku (aku), tu (itu).

Kata Tungga Dua Suku Kata

V+KV: aku, uda, apa; V+VK: aib, air; V+KVK: adik, emas, ubat;

VK+KV: undi, impi, angka; VK+KVK: ambil, umpan, angkat;

KV+V: dua, doa, tua, sua, dia; KV+VK: jauh, tuah, buah; KV+KV:

jala, pasu, buku; KV+KVK: kapal, telur, sikat; KVK+KV: lampu,

binti, tunggu; KVK+KVK: bangsal, bintang, sandar.

Kata Tunggal

Tiga Suku Kata

KV+V+KV: cuaca, suara, tuala; KV+V+KVK: biawak, piutang,

siasat; V+KV+V: usia, urea, idea; KV+KV+V: semua, mulia,

benua; KVK+KV+V: tempua, mentua; KV+KV+VK: keruan, seluar,

seluang; KVK+KV+VK: mengkuang, mendiang, berlian; V+KV+KV:

utara, utama, irama; V+KV+KVK: ijazah, amanah, amaran;

VK+KV+KV: indera, asrama, antara; KV+KV+KV:keliru, budaya,

teruna; KVK+KV+KV: menteri, bendera, kemboja; VK+KV+VK: ilmiah,

ikhtiar; V+KV+VK: akaun, elaun, ideal; KV+KV+KVK: belalang,

senapang, belukar; KVK+KV+KVK: tempurung, matlamat, cendawan;

KV+KVK+KV: belanja, setanggi, kerengga; KVK+KVK+KV:

sempurna; KV+KVK+KVK: kelongsong, belimbing, gelanggang,

selumbar.

Kata Tunggal

Empat Suku Kata

dan lebih

KV+KV+VK+KV: keluarga, biduanda, keluangsa;

KV+KVK+KV+KV: sederhana, peristiwa, sayembara;

KVK+KV+KV+KV: laksamana, sandiwara, harmonika;

KVK+KV+V+KV:sentiasa;KV+KV+KV+KV:bidadari, serigala,

samudera; KV+KV+KV+KVK:musyawarah, masyarakat,

perajurit; KVK+KV+KV+KVK: sentimeter;KVK+KVK+KV+KV:singgahsana, dispensari; KV+KV+V+KVK: mesyuarat, nasional: V+KV+KVK+KV+KV: universiti, KVK+KV+KV+KV+KVK: cenderawasih, kosmopolitan; KV+KV+KV+KV+KV+KV: maharajalela

Kata Tunggal

Akronim

Gabungan Beberapa Huruf Awal:

ABIM: Angkatan Belia Islam Malaysia

IKIM: Institut Kefahaman Islam Malaysia

ADUN: Ahli Dewan Undangan Negeri

Kata Tunggal

Akronim

Gabungan Suku Kata dengan Huruf Awal/

Suku Kata dengan Suku Kata:

Mara: Majlis Amanah Rakyat

Perkim: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia

Bernama: Berita Nasional Malaysia

Perkeso: Pertubuhan Keselamatan Sosial

Gabungan Suku Kata dengan Suku Kata:

tabika: taman bimbingan kanak-kanak

pawagam: panggung wayang gambar

cerpen: cerita pendek

Kata Terbitan (Proses Pengimbuhan)

Kata

Terbitan

Berawalan

Awalan Kata Nama:

pe- (pelari, perakus, penyapu)

pem- (pembawa, pembuat, pemveto)

pen- (pendatang, pencari, penjual)

peng- (penggali, pengkhianat, pengukur)

penge- (pengebom, pengetin, pengelap)

pel- (pelajar)

per- (perasap, perbara, pertapa)

pe- (pesara, pekedai, petani)

ke- (ketua, kelipat, kekasih)

juru- (juruukur, juruwang, juruterbang)

maha- (mahasiswa, mahaguru, maharaja)

tata- (tatabuku, tatabahasa, tatacara)

pra- (prasejarah, prakata, prasangka)

sub- (subteks, subsistem, substandard)

supra- (suprakelas, supranasional, suprasegmental)

eka- (ekabahasa, ekawarna, ekapaksi)

dwi- (dwibahasa, dwifungsi, dwiambang)

Kata

Terbitan

Berawalan

Awalan Kata Kerjame- (melawan, menyikat, merasa)

mem- (membawa, memveto, memfitnah)

men- (mendaki, mencadang, mentadbir)

meng- (menggali, mengikut, mengajar)

menge- (mengecat, mengekod, mengetut)

memper- (memperisteri, memperhamba, memperluas)

ber- (berjalan, berganti, berserta)

be- (beraja, berasa, berupa)

bel- (belajar)

ter- (terjebak, terbentuk, terjelus)

di- (diatur, ditimbang, disusun)

diper- (diperisteri, dipercepat, diperoleh)

Kata

Terbitan

Berakhiran

Akhiran Kata Nama:

-an (pakaian, jahitan, mainan)

-wan (sasterawan, angkasawan, usahawan)

-man (budiman, seniman)

-wati (seniwati, olahragawati)

-isme (nasionalisme, sosialisme, komunisme)

-in (hadirin, muslimin)

-at (hadirat, muslimat)

-ah (ustazah, sultanah)

Kata

Terbitan

Berakhiran

Akhiran Kata Kerja:

-kan (buatkan, gunakan, besarkan)

-i (turuti, duduki, berkati)

Kata

Terbitan

Berapitan

Apitan Kata Nama:

pe--an (pelaksanaan, perasaan, penyiaran)

pem-...-an (pembuatan, pembinaan, pemfitnahan)

pen-...-an (pentakrifan, pendapatan, pencarian)

peng-...-an (penggunaan, pengkhayalan, pengairan)

penge-...-an (pengehadan, pengesahan, pengesyoran)

pe-...-an (pesisiran, peperangan, pekarangan)

per-...-an (persalinan, perkuburan, permainan)

pel--an (pelajaran)

ke--an (kelainan, kelebihan, kedukaan)

Kata

Terbitan

Berapitan

Apitan Kata Kerja:

me--kan (memainkan, melukakan, menakutkan)

men--kan (mendermakan, mentakrifkan, menzahirkan)

mem-...-kan (membaharukan, membaikkan, memvariasikan)

meng-...-kan (menggunakan, mengkahyalkan, menghiraukan)

menge--kan (mengepinkan, mengecamkan, mengetinkan)

ber-...-kan (beralaskan, berlaukkan, berbajukan)

ber-...-an (berlanjutan, bermaafan, berjauhan)

di--kan (dibiarkan, digunakan, dipisahkan)

me-...-i (melalui, memasuki, menyedari)

men-...-i (mencurigai, mendendami, menziarahi)

mem--i (membaharui, membohongi, mempercayai)

meng--i (menganggotai, menggauli, mengekori)

di-...-i (didekati, dimulai, diadili)

diper--kan (diperdengarkan, diperlihatkan, diperbahaskan)

memper-...-kan (memperdengarkan, memperlihatkan, memperjuangkan)

memper-...-i (memperingati, mempercayai)

ke-...-an (kehujanan, kehausan, kepanasan)

Kata Terbitan

Berapitan

Apitan Kata Adjektif:

ke--an (keinggerisan, keakraban, kecinaan)

Kata Terbitan

Bersisipan

Sisipan Kata Nama:

-el- (kelengkeng, telunjuk, kelabut)

-er- (keruping, seruling, serabut)

Sisipan Kata Adjektif:

-el- (kelebak, selerak, gelembung)

-er- (gerodak, kerelip)

-em- (gemilang, semerbak, gemerlap)

-in- (sinambung)

Sisipan Kata Kerja-el- (jelajah, gelegak)

Kata Majmuk (Rangkaian Kata)

Kata Majmuk

Bebasgambar rajah, alat tulis, biru laut, air hujan, jalan raya, nasi minyak, terima kasih, luar biasa, merah muda, bandar raya, tengah hari, jam tangan, meja tulis, bom tangan, kapal terbang, kuning langsat; Perdana Menteri, Duta Besar, Ketua Menteri, Naib Canselor, Angkasawan Negara, Profesor Madya, Ketua Setiausaha Negara

Kata Majmuk

Istilah Khususmodel linear, garis pusat, lut sinar, cakera padat, telefon dail terus, lesung sendi, kanta tangan, segi tiga, cari gali, reka bentuk, hak milik, mata pelajaran, pita suara, darah panas, kertas kerja, batu kapur, atur cara, kemas kini, urus setia, siar raya

Kata Majmuk

Kiasan/Simpulan

Bahasa

anak emas, berat mulut, buah tangan, buah hati, duit kopi, makan angin, pilih kasih, bulan madu, manis mulut, tumbuk rusuk, kaki ayam, kaki bola

Kata Majmuk yang Mantapantarabangsa, suruhanjaya, tandatangan, matahari,

kerjasama, pesuruhjaya, bumiputera, beritahu, kakitangan,

jawatankuasa, sukarela, setiausaha, olahraga, warganegara,

tanggungjawab

Kata Majmuk

Jamak

Gandaan Kata Pertama:

alat-alat tulis, guru-guru besar, kapal-kapal terbang, suku-suku kata, jirim-jirim organik, gambar-gambar rajah, garis-garis pusat, model-model linear, Menteri-Menteri Besar, Ketua-Ketua Eksekutif, Naib-Naib Canselor, Timbalan-Timbalan Pengarah

Penanda Jamak:

semua Ketua Setiausaha, sekumpulan guru penolong kanan,

Persatuan Bekas Perajurit, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Persidangan Pengetua, Mesyuarat Staf Akademik, kalangan guru, para pembentang kertas kerja, Pertubuhan Bangsa Bersatu, sebahagian gambar rajah, barisan pemimpin negara

Kata Majmuk

Terbitan

Awalandicampur aduk, mengambil alih, dikenal pasti, berlitar selari

Akhirandaya serapan, ditemu bual, kemas kinikan, mengatur cara, kenal pastikan, susun aturkan, beransur maju, campur adukkan

Apitanmencampuradukkan, pengambilalihan, pengenalpastian

Kata Ganda

Kata Ganda Penuh

Tunggalrama-rama, kupu-kupu, cantik-cantik, elok-elok, kalau-kalau,

jangan-jangan, pulau-pulau, rumah-rumah, budak-budak,

tadika-tadika, buku-buku, sekolah-sekolah, cerpen-cerpen

Kata Ganda

Penuh Berimbuhan

Awalanpemimpin-pemimpin, pembesar-pembesar, pelatih-pelatih,

kekasih-kekasih, ketua-ketua, pekedai-pekedai, peruncit-peruncit, pengguna-pengguna

Akhiranamalan-amalan, dapatan-dapatan, jualan-jualan, ajaran-ajaran

Apitanpersatuan-persatuan, permainan-permainan, kementerian-

kementerian, pertandingan-pertandingan

Kata Ganda Separa Tunggal

lelaki, pepohon, gegelang, tetikus, sesiku, lelayang

Kata Ganda

Separa Berimbuhan

Kata Kerjaberlari-lari, berkata-kata, berbisik-bisik, tersenyum-senyum,

teresak-esak, tercengang-cengang, ditanya-tanya, dirisik-risik,

dimarah-marah, mencari-cari, meronta-ronta, merayu-rayu,

cari-mencari, bantu-membantu, tolong-menolong

Kata Adjektifsepandai-pandai, sebaik-baik, setinggi-tinggi

Akhiran Kata Namasayur-sayuran, kenang-kenangan, orang-orangan

Akhiran Kata Kerjarisik-risikan, doa-doakan, tanya-tanyakan, amat-amati, pukul-pukuli, siram-sirami

Akhiran Kata Adjektifjadi-jadian, rindu-rinduan, mati-matian

Apitan Kata Kerjabersalam-salaman, berkasih-kasihan, bertikam-tikaman

mendewa-dewakan, memburuk-burukkan, meninggi-ninggikan,

mengawas-awasi, mengulang-ulangi, membohong-bohongi,

diagung-agungkan, dimanja-dimanjakan, ditonjol-tonjolkan,

dibayang-bayangi, dimarah-marahi, dihalus-halusi

Apitan Kata Adjektifkebodoh-bodohan, kekuning-kuningan, kebarat-baratan

Kata Ganda

Berentak Pengulangan vokalKata Nama: lauk-pauk, kuih-muih, sayur-mayur

Kata Kerja: cerai-berai, gotong-royong, tungkus-lumus

Kata Adjektif: hiruk-pikuk

Pengulangan KonsonanKata Nama: batu-batan, gunung-ganang, suku-sakat

Kata Kerja: dolak-dalik, huyung-hayang, mundar-mandir

Kata Adjektif: gelap-gelita, kontang-kanting, kucar-kacir

BebasKata Nama: anak-pinak, saudara-mara, ipar-lamai

Kata Kerja: ulang-alik

Kata Adjektif: lintang-pukang, lemah-longlai, simpang-siur

Kata Adverba: Kata adverba merupakan subgolongan kata tugas yang terkini dan dipersetujui oleh panel penyusun Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) untuk menambah subgolongan kata bahasa Melayu. Kata adverba dikelompokkan sebagai kata prafrasa dan pascafrasa. Menurut Nik Safiah Karim et. al. (2008) kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama, seperti ayat-ayat yang berikut:

1. Kami selalu memperkatakan hal itu.

2. Mereka datang ke sini diam-diam.

3. Setinggi-tinggi bangau terbang, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga.Perkataan-perkataan selalu, diam-diam, setinggi-tinggi dikenali sebagai kata adverba, iaitu kata yang menerangkan kata kerja, kata adjektif atau frasa sendi nama. Demikian juga perkataan sentiasa, tersipu-sipu, serta-merta, dan kadang-kadang dalam ayat-ayat 4 - 7.

4. Badannya sihat sentiasa.

5. Gadis sunti itu malu tersipu-sipu.

6. Dia serta-merta ke hospital apabila mendengar berita kematian itu.

7. Lelaki itu kadang-kadang di rumah untuk menjaga ibunya yang uzur.

Dalam ayat 4, sentiasa menerangkan kata adjektif sihat, manakala dalam ayat 5, tersipu-sipu menerangkan kata adjektif malu. Perkataan serta-merta dan kadang-kadang dalam ayat 6 dan 7 menerangkan frasa sendi nama ke hospital dan di rumah.

Penggolongan Kata Adverba: Kata Adverba Jati: Nik Safiah Karim et. al. (2008) mentakrifkan kata adverba jati ini sebagai perkataan yang yang berfungsi sebagai penerang kepada kata dan frasa kerja, kata dan frasa adjektif, atau frasa sendi nama. Contohnya:

semalam dahulu julung kali sempat

kelmarin tadi sentiasa/senantiasa langsung

esok kemudian kadang-kadang nyaris

lusa barangkali saling begitu

tulat sering kali sekali gus begini

kelak acap kali serentak demikian

sekarang kerap kali jarang kali pertama kali

agaknya nanti

Yang berikut ialah contoh kata adverba jati dalam ayat.1. Pelajar-pelajar dari Pantai Timur tiba semalam.

2. Mesyuarat itu akan berlangsung esok.

3. Dalam perundingan itu, pihak pejuang kerap kali dipersalahkan oleh negara kuasa besar.Kata Adverba yang Asalnya Kata Adjektif: Kata adverba ini asalnya ialah kata adjektif yang berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama, misalnya: berjalan laju sakit kuat

ketawa besar sering di pejabat

bertiup kencang panjang lebar

terbang tinggi tinggi lampai

hampir terjatuh ke hospital segera

kurang berhati-hati dari rumah selalu

besar panjang

Kata Adverba yang Asalnya Kata Kerja: Kata adverba ini pula asalnya ialah kata kerja yang berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama, misalnya:

berjalan mengiring hitam berkilat

terbang meninggi merah menyala

berenang melentang tenang membiru

putih berseri di rumah bersendirian

tinggi mengawan ke hutan menyendiri

Kata Adverba Bentuk Gandaan: Kata adverba ini terbentuk daripada proses penggandaan (penuh, separa, dan berentak) yang berfungsi menerangkan kata kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama, sebagaimana contoh yang berikut:Penggandaan penuhbetul-betul, sedikit-sedikit, jarang-jarang, laju-laju, malam-malam, pura-pura, cepat-cepat, sama-sama, tinggi-tinggi, diam-diam

Penggandaan separaterkinja-kinja, berdikit-dikit, bermalam-malam, bersungguh-sungguh, sekali-kali, terkedek-kedek, terkial-kial, berderet-deret, sepandai-pandai, selama-lamanya,seikhlas-ikhlasnya, secepat-cepatnya, setinggi-tingginya, semahu-mahunya, gila-gilaan, habis-habisan, besar-besaran, kecil-kecilan, mati-matian

Penggandaan berentakmenangis sedu-sedan, berbunyi hingar-bingar, bekerja tungkus-lumus, berjalan mundar-mandir, lari lintang-pukang, berjalan huyung-hayang, datang serta-merta

Sumber: Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008)PROGRAM MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KERANGKA KURSUS SLOT 5 - 8Program

Kursus Peningkatan Profesionalisme Mod Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI) Guru Bahasa Melayu

Topik

Sintaksis: Frasa dan Klausa, Ragam dan Susunan Ayat, dan Ayat Terbitan; serta Bengkel Sintaksis

Kod Kursus

Masa

Slot 5: 10.30 pg. 12.30 t.h. (2 jam); Slot 6: 2.30 4.30 ptg. (2 jam); Slot 7: 8.00 10.00 pagi (2 jam); Slot 8: 10.30 pg. 12.30 t.h. (2 jam)

Personel

Pemudah Cara dan Pembantu Pemudah Cara

A. Objektif Pada akhir sesi kursus, para peserta dapat: 1. menjelaskan konsep frasa dan klausa, ragam dan susunan ayat, bentuk ayat, dan ayat terbitan; 2. mengaplikasikan konsep-konsep di atas dalam penulisan dokumen rasmi; dan

3. mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran sintaksis secara kontekstual, e-pembelajaran, dan didik hibur.

B. Kandungan Kursus 1. Konsep dan kandungan frasa dan klausa, ragam dan susunan ayat, dan ayat terbitan; 2. Sintaksis dalam dua jenis penulisan dokumen rasmi: dan

3. Strategi pengajaran dan pembelajaran sintaksis.

C. Kaedah 1. Perbincangan 3. Permainan Bahasa 5. Kontekstual

2. Perbengkelan 4. Tunjuk Cara 6. Didik Hibur

Slot 5: 10.30 pg. 12.30 t.h. Set Induksi: Pemudah cara menulis sebaris ayat yang tidak gramatis di papan tulis/ditayangkan skrin untuk merangsang minda peserta tentang kesan kefahaman daripada ayat tersebut;

Langkah 1: Pemudah cara menjelaskan kepentingan unsur gramatis dalam binaan ayat, seterusnya memaparkan peta minda/konsep tentang aspek-aspek frasa dan klausa dalam binaan ayat; Langkah 2: Melakukan Aktiviti kolaborasi untuk meneliti kandungan aspek- aspek frasa dan klausa berdasarkan modul;

Langkah 3: Mengaplikasi aspek-aspek aspek-aspek frasa dan klausa dalam konteks penulisan dokumen rasmi; (rujuk panduan dan contoh di halaman 29)

Langkah 4: Melaksanakan aktiviti kumpulan untuk mengenal pasti elemen ayat yang gramatis dalam dokumen rasmi, dan membentang- kannya secara ringkas;

Rumusan: Pemudah cara menjelaskan kepentingan memahami aspek-aspek frasa dan klausa dalam binaan ayat yang gramatis.

Slot 6: 2.30 ptg. 4.30 ptg. Set Induksi: Pemudah cara melafazkan ayat pasif diri pertama ayat yang tidak untuk menguji kefahaman peserta tentang ragam ayat tersebut;

Langkah 1: Pemudah cara menjelaskan kelainan bentuk ayat pasif diri pertama dan diri kedua dengan menghuraikan contoh di atas;

Langkah 2: Melakukan Aktiviti kolaborasi untuk meneliti kandungan aspek- aspek ragam dan susunan ayat berdasarkan modul;

Langkah 3: Mengaplikasi aspek-aspek aspek-aspek ragam dan susunan ayat dalam konteks penulisan dokumen rasmi; (rujuk panduan dan contoh di halaman 29)

Langkah 4: Melaksanakan aktiviti kumpulan untuk mengenal pasti elemen ayat yang gramatis dalam dokumen rasmi, dan membentang- kannya secara ringkas;

Rumusan: Pemudah cara menjelaskan kepentingan memahami aspek- aspek ragam dan susunan ayat dalam gramatis.

Slot 7: 8.00 pg. 10.00 pg. Set Induksi: Pemudah cara memperdengarkan serangkap pantun untuk mengesan kepekaan peserta tentang maksud pantun berdasarkan tafsiran masing-masing; Langkah 1: Pemudah cara menulis maksud pantun tadi di papan tulis dan meminta peserta memantapkan binaan ayat dengan pilihan masing-masing, serta merumuskan konsep ayat terbitan;

Langkah 2: Melakukan Aktiviti kolaborasi untuk meneliti kandungan aspek- aspek ayat terbitan berdasarkan modul;

Langkah 3: Mengaplikasi aspek-aspek ayat terbitan dalam konteks penulisan dokumen rasmi; (rujuk panduan dan contoh di halaman 29)

Langkah 4: Melaksanakan aktiviti kumpulan untuk mengenal pasti elemen ayat terbitan yang gramatis dalam dokumen rasmi, dan

membentangkannya secara ringkas;

Rumusan: Pemudah cara menjelaskan kepentingan memahami aspek- aspek ayat terbitan yang gramatis.

Slot 8: 10.30 pg. 11.30 pg.

Set Induksi: Pemudah cara memperdengarkan lagu dan meminta peserta mengucapkan semula sebaris lirik dalam ayat yang gramatis; Langkah 1: Pemudah cara membahagikan peserta kursus kepada tiga kumpulan untuk mengaplikasikan strategi kontekstual, e- pembelajaran, dan didik hibur dengan memanfaatkan input berkaitan sintaksis; Langkah 2: Pemudah cara memantau dan membimbing peserta ketika melaksanakan aktiviti kumpulan; (rujuk panduan dan contoh di

halaman 30) Langkah 4: Setiap kumpulan membenangkan hasil kerja kumpulan dan berbincang tentang kekuatan dan kelemahan hasil kerja tersebut: Rumusan: Pemudah cara menjelaskan kepentingan memahami aspek sintaksis bahasa Melayu.

D. Bahan Pengajaran Modul Pemantapan Tatabahasa , buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kamus Dewan, e-Kamus, Facebook

E. Alatan

1. Komputer riba 2. LCD

3. Papan putih 4. Marker 5. Kertas sebak

F. Penilaian 1. Ujian pra dan ujian pasca 2. Penilaian berterusan 3. Persembahan

G. Rumusan/Refleksi

Catatan:

1. Panduan dan contoh pelaksanaan aktiviti berdasarkan strategi kontekstual, e-pembelajaran (Facebook) dan didik hibur dinyatakan di halaman 32 - 33.PANDUAN DAN CONTOH UNTUK MENJAYAKAN OBJEKTIF 2Tatabahasa dalam Penulisan Dokumen Rasmi (Surat Rasmi, MinitMesyuarat, Laporan, Skrip Pengacaraan)

Panduan: Pemudah cara dicadangkan supaya menghubungkaitkan isu tatabahasa yang sering ditemukan dalam dokumen rasmi, misalnya ayat pendahuluan bagi surat rasmi.Contoh: 1a. Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas. (bentuk aktif yang betul) 1b. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. (bentuk pasif yang betul) 1c. Adalah dimaklumkan bahawa perkara di atas dirujuk. (bentuk ayat yang salah kerana memulakan ayat dengan kata pemeri adalah )

Dalam laporan, misalnya sering ditemukan kesalahan seperti:

2a. ...Ekspedisi selama tiga hari itu diketuai oleh saya... (bentuk ayat pasif diri pertama yang ketara salahnya)

2b. ...Ekspedisi selama tiga hari itu saya ketuai...bentuk ayat pasif yang sepatutnya) Pengetahuan sedia ada yang tinggi tentang bentuk bahasa dan format dokumen rasmi akan menjadikan penyampaian tajuk ini amat berkesan.

PANDUAN DAN CONTOH UNTUK MENJAYAKAN OBJEKTIF 3Aplikasi pengajaran dan pembelajaran sintaksis secara kontekstual, e-pembelajaran, dan didik hibur Panduan: Pemudah cara dicadangkan supaya meneliti aspek strategi pengajaran dan pembelajaran tatabahasa secara kontekstual, e-pembelajaran, dan didik hibur.Contoh: 1. Tatabahasa secara Kontekstual: Menghubungkaitkan pengalaman menulis laporan, minit mesyuarat, laporan, atau skrip pengacaraan dengan elemen tatabahasa, khususnya sintaksis. Misalnya, penggunaan ayat yang gramatis, ayat pasif diri pertama atau kedua yang betul strukturnya, dan ayat majmuk pancangan relatif yang betul cara pembentukannya dalam ayat utama.

2.Tatabahasa dalam e-Pembelajaran: Dicadangkan supaya Facebook digunakan dalam konteks amalan berbahasa. Misalnya, peserta diberi penegasan, walaupun laras bahasa dalam laman sembang menggunakan wacana yang santai, aspek tatabahasa usahlah diabaikan. Contohnya, di ruangan NOTES boleh dipaparkan bahan penulisan yang betul bentuk bahasanya. Pemilik Facebook Kembara Bahasa (Prof. Dr. Awang Sariyan) dan penulis adalah antara contoh penggunaan bahasa yang betul dalam paparan Facebook.

3.Tatabahasa secara Didik Hibur: Dicadangkan supaya digunakan puisi tradisional, puisi moden, atau lirik lagu popular/patriotik/nasyid dengan mengambil kira elemen tatabahasa. Jika puisi mengandungi aspek kesalahan atau ketidaktepatan dalam tatabahasa, laksanakan aktiviti mengesan kesalahan. (...sambil mengambil kira hakikat kebebasan berpuisi/poetic license). Aktiviti membina ayat majmuk daripada bait/baris pantun adalah aktiviti yang relevan dengan konsep didik hibur.

Objektif 1: BINAAN AYAT, AYAT DASAR, FRASA, KLAUSA, AYAT MAJMUK, DAN AYAT TERBITANPengenalanAspek sintaksis mungkin dianggap mudah, tetapi pada masa yang sama, banyak pengguna bahasa gagal menulis ayat yang betul, misalnya dalam surat rasmi atau dalam minit mesyuarat. Secara ilmiahnya, ayat ialah unit pengucapan atau tulisan yang tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa, yang mengandungi makna yang lengkap. Binaan ayat terdiri daripada unsur-unsur klausa, frasa, dan perkataan.

Objektif 1 - BINAAN AYAT: Ayat terbina daripada dua bahagian utama iaitu subjek (hal atau judul) dan predikat (cerita).

SubjekPredikat

1. Dr. Sheikh Muszaphar Shukorangkasawan pertama negara kita.

2. Pelajar-pelajar KPLI Bahasa Melayumenganjurkan program khemah bahasa.

3. Sungai yang bersejarah itu sedang dimajukan.

Ayat Dasar: Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis pola seperti yang berikut:PolaJenis PolaSubjekPredikat

1.FN + FNEncik Shaariejen insurans.

2.FN + FKDiamenjerit kesakitan.

3.FN + FABudak itusangat nakal.

4.FN + FSPejabat sayadi Kuala Terengganu.

Ayat dasar seperti di atas dapat menerbitkan ayat-ayat yang lain yang lebih kompleks sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat pendek atau panjang, ayat aktif atau ayat pasif dan sebagainya .Objektif 1: FRASA: Frasa ialah suatu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang boleh diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Binaan frasa tidak mengandungi subjek dan predikat.

Contoh Frasa Contoh Frasa Lain

kertassehelai kertassehelai kertas edaransehelai kertas edaran mesyuarat

Frasa dalam Pola Ayat Dasar: Pola atau corak ayat perlu diketahui kerana dengan cara yang demikian, ayat akan dapat dibina dengan lebih teratur. Ayat dasar bahasa Melayu ada empat pola, yang disingkatkan dalam bentuk yang berikut: FN + FN; FN + FK; FN + FA; dan FN + FS. PolaContoh

Subjek + PredikatSubjek / Predikat

1. Frasa Nama + Frasa NamaSekolah saya Sekolah Kebangsaan Bait.

2. Frasa Nama + Frasa KerjaGuru-Guru Besar sedang bermesyuarat.

3. Frasa Nama + Frasa AdjektifPembantu makmal itu rajin orangnya.

4. Frasa Nama + Frasa Sendi NamaKeluarga kami dari Kota Bharu.

Rumusannya, semua subjek ayat terdiri daripada Frasa Nama (FN), manakala predikat ayat pula boleh terdiri daripada Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA), dan Frasa Sendi Nama (FS). Binaan ayat yang betul mestilah berdasarkan gabungan subjek (FN) dan predikat (FN, FK, FA, atau FS).Frasa dalam Pola Ayat Dasar: Pola atau corak ayat perlu diketahui kerana dengan cara yang demikian, ayat akan dapat dibina dengan lebih teratur. Ayat dasar bahasa Melayu ada empat pola, yang disingkatkan dalam bentuk yang berikut: FN + FN; FN + FK; FN + FA; dan FN + FS. PolaContoh

Subjek + PredikatSubjek + Predikat

1. Frasa Nama + Frasa NamaSekolah saya Sekolah Seri Puteri.

2. Frasa Nama + Frasa KerjaKetua Panitia sedang bermesyuarat.

3. Frasa Nama + Frasa AdjektifPembantu makmal itu rajin orangnya.

4. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama Kami dari Kuala Kubu Baru.

Daripada rajah di atas, dapat dirumuskan bahawa semua subjek ayat ialah Frasa Nama (FN), manakala predikat ayat pula terdiri daripada Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA), dan Frasa Sendi Nama (FS). Binaan ayat yang betul mestilah berdasarkan gabungan subjek (FN) dan predikat (FN, FK, FA, atau FS).Binaan Frasa Nama (FN): Frasa nama ialah binaan yang dari sudut nahu terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang berfungsi sebagai satu kesatuan dalam binaan ayat. Binaan ayat dasar bahasa Melayu terdiri daripada konstituen utama, iaitu subjek dan predikat, seperti yang berikut:

Subjek Frasa NamaPredikatPola

Encik Ningkan usahawan tani.FN + FN

Cikgu Saziman mengajar saya.FN + FK

Kucing itu sangat manja.FN + FA

Ayah ke Putrajaya.FN + FS

Binaan Frasa Kerja (FK): Frasa kerja ialah binaan yang terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya kata kerja. Kata kerja tersebut merupakan kata kerja tak transitif (KKTT) atau kata kerja transitif (KKT). KKTT hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan, manakala KKT mesti diikuti oleh objek atau unsur-unsur lain, sebagaimana dalam contoh yang berikut:SubjekFrasa KerjaKata kerja

1. Aminah2. Fatimah 3. Adik

4. Ayam hutan itumembaca buku.bernyanyi di atas pentas.menangis tersedu-sedu.membuat sarang di atas dahan.KKT

KKTT

KKTT

KKT

Binaan Frasa Adjektif (FA): Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya. Kata inti merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut. Frasa adjektif yang dibincangkan berfungsi sebagai predikat, sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. Sebagai unsur keterangan, kata adjektif hadir sesudah kata kerja dan sebagai unsur penerang kata adjektif hadir sesudah kata nama, seperti contoh:Subjek (FN)PredikatFungsi Frasa Adjektif

1. Dia

2. Rosli3. Kucingrajin.berlari sangat laju.binatang jinak.FA sebagai predikat

FA sebagai unsur keterangan

FA sebagai unsur penerang

Binaan Frasa Sendi Nama (FS): Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. Kata sendi nama ialah bentuk morfem atau kata yang diletakkannya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang sering digunakan dalam bahasa Melayu ialah di, ke, dari, daripada, pada, kepada, untuk, akan, bagi, hingga, oleh, dengan, tentang, sampai, dan sebagainya. Perhatikan contoh-contoh yang berikut:Subjek Predikat

1. Kanang

2. Surat itu

3. Hadiah ini ke bandar.daripada ibu.untuk ayah.

Pembentukan Frasa Nama (FN): Binaan frasa nama terbentuk daripada satu atau sederetan perkataan, sama ada terdiri daripada (i) satu perkataan yang merupakan inti bagi seluruh frasa nama itu, dan perkataan lain sebagai penerang; (ii) dua unsur inti di dalamnya. Inti ialah unsur penumpuan makna yang mewakili seluruh frasa itu dari segi makna, dan penerang merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu.Frasa NamaPredikat

IntiPenerang

1. Guru

2. Kakak Bahasa Melayu itu

budak lelaki itusungguh kreatif.sudah berpunya.

Frasa NamaPredikat

IntiInti

1. Ibu

2. Hutanbapa

rimbadipersilakan hadir.perlu dijaga.

Pembentukan Frasa Kerja (FK): Frasa kerja dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu (i) frasa kerja yang tidak mengandungi objek, yang kata kerjanya tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya. Frasa kerja demikian mengandungi kata kerja tak transitif; (ii) frasa kerja yang mengandungi objek, yang kata kerjanya harus disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya. Objek juga diikuti oleh bahagian keterangan.SubjekFrasa Sendi Nama

Kata Sendi NamaKata Nama ArahFrasa NamaKeterangan

1. Saya

2. Adik

3. Ayah

4. Pemburu

5. Nenek

6. Pemandu itudari

ke

di

dari

ke

ke-

-

belakang

dalam

dalam

belakangJohor Bahru.

sekolah.

rumah.

hutan.

belukar

keretanya-

-

-

-

mencari herba.

mengambil sesuatu.

SubjekFrasa Kerja

Kata kerjaObjekKeterangan

1. Adik

2. Hujan

3. Ayah

4. Pemburu

5. Ibu

6. Jurulatihtidur.turun

membaca

menembak

menghidangkanmenyuruh-manuskrip.rusa.makanan.muriddengan lebatnya.berlari pantas.

Pembentukan Frasa Adjektif (FA): Frasa adjektif terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja atau deretan perkataan yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat, sama ada di hadapan atau di belakangnya.SubjekFrasa Adjektif

Kata BantuPenguatKata AdjektifPenguat

1. Adik

2. Hujan

3. Ayah

4. Pemburu

5. Nenek

6. Harisudah

masih

-

-

masih

masih-

-

amat

sangat

-

-pandai.lebat.gembira.cekap.cantik

gelap-

-

-

-

amat.benar.

Pembentukan Frasa Sendi Nama (FS): Frasa sendi nama terbentuk daripada salah satu binaan yang berikut:

i. Kata sendi nama + frasa nama

ii. Kata sendi nama + kata nama arah + frasa nama

iii. Kata sendi nama + (kata nama arah) + frasa nama + (frasa keterangan)

Objektif 1 - KLAUSA: Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen kepada ayat. Klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Klausa bebas ialah klausa yang berdiri sendiri dan bersifat sebagai ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa yang tidak dapat berdiri sendiri disebut sebagai klausa tak bebas.

i. Awak pandai kerana awak rajin belajar.ii. Kami akan hadir sekirannya hari tidak hujan.iii. Mereka akan datang walaupun tanpa diundang.

klausa bebas/klausa utama klausa tak bebas

iv. Beritahu cikgu bahawa kami akan menghantar tugasan esok

klausa tak bebas klausa bebas/klausa utama Objektif 1 - BENTUK AYAT: Secara sedar atau tidak, kita mengucapkan atau menulis ayat untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga, rakan sekelas, atau pegawai di jabatan kerajaan. Seringkas-ringkas ayat yang kita tulis ialah ayat tunggal atau ayat dasar (ayat inti atau ayat mudah), seperti tiga contoh di atas. Apabila kita mengucapkan atau menulis sesuatu yang lebih sukar, misalnya membuat laporan kajian, kita secara spontan terdorong untuk membina ayat majmuk atau ayat kompleks.

Ayat TunggalAyat Majmuk

1. Saya guru.1a. Saya guru tetapi rakan saya juruteknik di sebuah syarikat petroleum.

2. Pengetua sedang berucap.2a. Para pelajar bercakap walaupun Pengetua sedang berucap.

3. Staf sekolah ini rajin.3a. Staf sekolah ini rajin serta bertanggungjawab.

4. Kajian ini telah selesai.4a. Kajian tentang kelemahan membaca dalam kalangan murid itu telah selesai dalam masa enam bulan.

Objektif 1 - BENTUK AYAT: AYAT TUNGGALAyat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Binaan subjek dalam ayat tunggal terdiri daripada frasa nama yang terbentuk daripada salah satu unsur yang berikut, iaitu (i) kata nama; (ii) kata ganti nama; (iii) kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama; (iv) kata adjektif yang berfungsi sebagai kata nama. Perhatikan contoh-contoh ayat tunggal yang berikut:SubjekPredikat

i. Ibu Ali

ii. Dia

iii. Pelari itu

iv. Baju itu

v. Bunga itu

vi. Ke bandar

vii. Melukis

viii. Mencuri

ix. Sabar

x. Gemukustazah.rajin membaca.sungguh pantas.sangat mahal.di atas meja.dia pagi tadi.menjadi kegemarannya.satu amalan hina.sifat terpuji.tidak semestinya hodoh.

Binaan predikat ayat tunggal dapat dibina daripada unsur-unsur FN, FK, FA, dan FS.

SubjekPredikatBinaan Predikat

i. Pemuda itu

ii. Ayam serama itu

iii. Cikgu Amin

iv. Bapapengarah syarikat.berkokok.sangat rajin.ke Kuala Lumpur.Frasa nama

Frasa kerja

Frasa Adjektif

Frasa Sendi Nama

Objektif 1 - RAGAM AYAT: Ragam ayat tunggal bahasa Melayu terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif iaitu yang diikuti oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya. Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut. Ayat aktif tak transitif dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan dan ayat aktif tak transitif yang keterangan yang tidak boleh digugurkan.

Ayat Aktif Transitif

SubjekPredikat

Kata Kerja TransitifObjek

1. Ribut

2. Ahmad

3. Pengarah melanda

mengarang

merasmikankampung kami.buku cerita.seminar itu.

Ayat Aktif Tak Transitif dengan Keterangan yang Boleh Digugurkan

SubjekPredikat

Kata Kerja Tak TransitifKeterangan yang boleh digugurkan

1. Budak itu

2. Aminah

3. Nenek sedang mandi

menangis

tidurdi sungai itu.sepanjang hari.di bilik adik.

Ayat Aktif Tak Transitif dengan Keterangan yang Tidak Boleh DigugurkanSubjekPredikat

Kata Kerja Tak TransitifKeterangan yang tidak boleh digugurkan

1. Dia

2. Bas itu

3. Penyakitnya berada

menuju

beransurdi Kuala Lumpur.ke Kota Bharu.sembuh.

Objektif 1 - AYAT PASIF: Ayat pasif pula ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif, iaitu yang mengandungi kata kerja tetapi mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat pasif digolongkan kepada tiga jenis, iaitu:

i. Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif;ii. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua; daniii. Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.Ayat Pasif dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif

SubjekKata Kerja PasifOleh + Frasa NamaKeterangan

1.Buku itu

2.Kucing

3.Sampah sarapsudah diambil

terlanggar

dipungutoleh Abu

oleh basikal

oleh pekerjapagi tadi.di kakinya.setiap hari.

Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Pertama dan Kedua

SubjekFrasa Kerja Pasif dengan Ganti Nama Diri Pertama atau KeduaKeterangan

1. Tugasan itu

2. Hutang itu

3. Masakan itu

4. Perkara tersebutsudah aku siapkan

akan kami jelaskan

belum engkau makan

harus awak putuskanawal-awal lagi.segera.lagi.segera.

Ayat Pasif dengan Perkataan Kena yang Hadir Sebelum Kata KerjaSubjekKenaKata Kerja DasarOleh + Frasa Nama

1.Penagih itu

2.Penyeludup itu

3.Budak itu

4.Harimau itukena

kena

kena

kenatangkap

tahan

kejar

tembakoleh polis.oleh pihak kastam.oleh orang jahat.oleh pemburu.

Objektif 1: AYAT MAJMUK: Ayat majmuk ialah ayat terbitan yang mengandungi dua ayat tunggal atau lebih. Pemajmukan ayat tunggal terjadi menerusi penggunaan kata hubung seperti dan, kata fakta bahawa, kata relatif yang, selain penggunaan tanda koma, dan tambahan keterangan. Ayat majmuk dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

Ayat Majmuk Gabungan: Ayat yang terdiri daripada dua ayat tunggal atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan menggunakan kata hubung.a. Faktanya seragam (kata hubung: dan, lalu, serta, dan sambil)

1. Dia duduk lalu menaip.

2. Berenang dan menyelam menjadi kegemarannya.b. Faktanya bertentangan (kata hubung: tetapi, sebaliknya, dan padahal)

3. Mereka bercuti tetapi masih datang ke pejabat.

4. Murid-murid masih berada di kantin padahal loceng sudah berbunyi.c. Gabungan ayat yang sama, misalnya ayat penyata dengan ayat penyata.

5. Adik sudah mandi dan berpakaian.

6. Urus setia masih menyemak dan membetulkan draf minit mesyuarat itu.d. Pengguguran kata hubung kecuali yang terakhir.

7. Linda, Mas, Ayu, dan Suria minum di kafetaria setiap hari.

8. Anjung Ilmu, Anjung Ehsan, Dewan Tun Fatimah, dan Dewan Srikandi sedang dibaik pulih.e. Penggunaan tanda koma bagi menggantikan kata hubung. (Dalam laras bahasa lisan, ayat majmuk ditandai oleh hentian suara yang sejenak.)

9. Pak Kasa tercegat di hujung bendang, bercekak pinggang, merenung ke suatu arah.

10. Pengetua terdiam, memandang pengerusi, berfikir, menjawab pertanyaan pelajar baharu itu.Ayat Majmuk Pancangan: Ayat yang terdiri daripada satu ayat induk / utama dan satu atau beberapa ayat kecil yang lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan dijadikan sebahagian daripada ayat induk itu. Ayat majmuk pancangan ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu, Ayat Relatif (menggunakan kata relatif yang)1. Calon guru yang hadir pada sesi pertama itu sudah ditemu duga.

(Ayat induk: Calon guru itu sudah ditemu duga.)

(Ayat kecil: Calon itu hadir pada sesi pertama.)

Ayat Komplemen (menggunakan kata komplemen bahawa , supaya dan untuk atau demi)

2. Bahawa saya benar memanglah perlu saya pertahankan.

3. Kita dituntut supaya bekerja bersungguh-sungguh demi kemajuan diri, keluarga, agama, bangsa, dan negara.

Ayat Keterangan (menggunakan kata keterangan ketika, kerana, semasa, sewaktu, dengan, sungguhpun, walaupun, , semoga, dan sekiranya)

4. Perhimpunan lambat berakhir kerana banyak perkara yang disampaikan.

(keterangan sebab)

5. Jika dia menerima, saya akan terus berbincang dengan kedua-dua ibu bapa saya. (keterangan syarat)

6. Walaupun kawasan institut sedang dinaik taraf, pelawat tetap datang berkunjung ke sini. (keterangan pertentangan)

7. Warga sekolah berdoa semoga sekolah mencapai keputusan yang lebih baik pada tahun depan. (keterangan harapan)

Ayat Majmuk Campuran: Ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, iaitu ayat yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan pelbagai jenis ayat majmuk. Oleh hal yang demikian, penggunaan kata hubung, kata relatif, dan kata komplemen adalah bentuk yang biasa ditemukan dalam ayat majmuk campuran.

8. Apabila kita berusaha untuk mendapat kepuasan yang tinggi dalam pekerjaan, kita hendaklah selalu menilai kekuatan dan kelemahan diri kita.

9. Jika perlawanan bola sepak yang akan menemukan dua pasukan gergasi dunia itu dapat diadakan di negara ini, kami yakin bahawa peminat fanatik kedua-dua pasukan itu akan terhibur, sementara pihak penganjur akan memperoleh keuntungan yang besar. Ayat Majmuk Pasif dapat dibina jika wujud bentuk aktifnya, yang mengandungi kata kerja transitif.

1. Kami dinasihati oleh pegawai atasan itu kerana lambat menyempurnakan kerja yang diserahkan kepada kami.

2. Kajian tindakan itu dijalankan di sebuah sekolah kurang murid di kawasan pedalaman Negeri di Bawah Bayu.

3. Pembekal yang dikenal pasti akan membekalkan barang-barang yang dipesan setelah pesanan diperakukan oleh ketua jabatan.

4. Warga institut akan dibenarkan bercuti mulai hari Jumaat yang akan datang.

5. Seluruh staf sektor awam digalakkan supaya menghadiri kursus peningkatan ilmu seumpama ini.Objektif 1: PROSES PENERBITAN AYAT: Penerbitan ayat ialah suatu proses terbina atau terbentuknya ayat melalui proses pertukaran bentuk ayat (transformasi) yang mengakibatkan pengguguran, penyusunan semula atau peluasan kepada unsur-unsur struktur dalaman ayat.

Konsep Pengguguran: Proses transformasi yang berlaku ke atas struktur ayat yang mengakibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat itu dan dengan demikian pada peringkat struktur permukaan unsur yang digugurkan itu tidak lagi wujud. Terdapat tiga jenis pengguguran, iaitu pengguguran:

a) frasa nama sebagai subjek

b) frasa predikat

c) frasa nama yang mendahului frasa relatif

d) kata nama yang berfungsi sebagai inti dalam frasa namaPengguguran Frasa Nama Sebagai Subjek: Pengguguran subjek ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah.Contoh:i. Kamu keluar

keluar!

ii. Awak semua pergi dari sini pergi dari sini!

Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk.

Contoh: i. Dia sangat pandai + Dia rajin belajar

Dia sangat pandai kerana dia rajin belajar

Dia sangat pandai kerana rajin belajar

ii. Adik saya cerdik + Adik saya pemalu

Adik saya cerdik tetapi adik saya pemalu

Adik saya cerdik tetapi pemalu.Pengguguran Frasa Predikat: Seluruh frasa predikat atau bahagian-bahagian daripadanya boleh digugurkan. Jikalau terdapat penggunaan frasa predikat yang serupa dalam ayat majmuk gabungan maka semua frasa predikat yang serupa kecuali yang terakhir boleh digugurkan. Contoh:Frasa Predikat Contoh Ayat

a. Frasa kerja yang serupa

Adik Ali belajar di Johor. Sepupunya belajar di Johor.

i. Adik Ali belajar di Johor dan sepupunya belajar di Johor. ii. Adik Ali dan sepupunya belajar di Johor.

b.Frasa nama yang serupaEncik Abu guru sekolah. Puan Milah guru sekolah.

i. Encik Abu guru sekolah dan Puan Mariah guru sekolah.ii. Encik Abu dan Puan Mariah guru sekolah.

c Frasa adjektif yang serupa Abang saya sangat rajin. Abang Ali sangat rajin.

i. Abang saya sangat rajin dan abang Ali sangat rajin.

ii. Abang saya dan abang Ali sangat rajin.

d. Frasa sendi nama yang serupa Dia masih di kampung. Isterinya masih di kampung.

i. Dia masih di kampung dan isterinya masih di kampung.

ii. Dia dan isterinya masih di kampung.

Pengguguran Frasa Nama yang Mendahului Frasa Relatif: Apabila dua ayat digabungkan dengan satu ayat yang dipancangkan ke dalam ayat yang satu lagi sebagai frasa relatif, frasa nama yang serupa yang mendahului frasa relatif itu boleh digugurkan. Contoh:

i. Kereta itu kuning. Kereta itu pilihan saya.

Kereta yang kuning itu pilihan saya.

Yang kuning itu pilihan saya.

ii. Dia membeli baju itu. Baju itu cantik.

Dia membeli baju yang cantik itu.

Dia membeli yang cantik itu.Pengguguran Kata Nama yang Berfungsi Sebagai Inti dalam Frasa Nama: Kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama KN (inti) + penerang boleh digugurkan sehingga yang tertinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian penerangnya, yang mungkin bukan daripada kelas kata nama. Contoh:

i. Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan.

Bersenam boleh menyihatkan badan.

ii.Tabiat merokok membahayakan kesihatan.

Merokok membahayakan kesihatan.

Proses Penyusunan Semula: Bentuk perkataan dalam ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang baharu. Proses penyusunan semula ini akan mengakibatkan berlakunya perubahan ataupun pengguguran pada kata-kata tertentu, penggantian atau penambahan kata-kata lain pada ayat yang diterbitkan. Namun demikian, proses penyusunan semula ini tidak membawa perubahan pada makna ayat.

Terdapat tiga jenis proses penyusunan semula, iaitu:

a) Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek.

b) Penyusunan semula frasa nama sebagai objek.

c) Penyusunan semula melalui ayat songsang.Ayat AsalPenyusunan Semula

Adik menendang bola itu. Bola itu ditendang oleh adik. (Frasa nama sebagai subjek)

Allah mengurniai kita rahmat. Allah mengurniakan rahmat kepada kita. (Frasa nama sebagai objek)

Orang itu pergi ke kedai. Ke kedai orang itu pergi. (Ayat songsang)

Proses Peluasan: Proses peluasan ayat boleh berlaku apabila terdapat penambahan unsur-unsur dalam ayat yang baharu, iaitu peluasan frasa nama sebagai subjek, peluasan frasa predikat, peluasan dengan kata hubung, dan peluasan melalui proses komplementasi.

Ayat AsalPeluasan

Budak itu adik saya. Budak itu membaca buku Budak yang membaca buku itu adik saya. (Frasa nama sebagai subjek )

Osman mengusik budak itu. Budak itu menangis. Osman mengusik budak yang menangis itu. (Frasa predikat)

Ayah tidak bekerja.

Ayah sakit perut. Ayah tidak bekerja kerana sakit perut. ( Kata hubung )

Mereka melaporkan .

Guru kelas tidak hadir. Mereka melaporkan bahawa guru kelas tidak hadir. (proses komplementasi)

Rujukan

Abdullah Hassan (2004). Sintaksis: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS.

Abdullah Hassan (2006). Morfologi: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS.Abdullah Hassan (2007). Linguistik Am: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn. Bhd.Awang Sariyan (2002). Tuntunan Bahasa. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.Awang Sariyan (2003). Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana. Dewan Bahasa dan Pustaka (2001). Citra Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Ismail Dahaman (1997). Bahasa Kita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan dan Pustaka. Lee Lai Foon dan Raja Masittah Raja Ariffin (2005). Petunjuk Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Nik Safiah Karim (2007). Liku-liku Bahasa: Ke Arah Penggunaan Bahasa yang Baik, Betul, dan Indah. Shah Alam: K Publications Sdn. Bhd.Nik Safiah Karim et. al. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raminah Sabran dan Rahim Syam (1985). Kajian Bahasa. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Kementerian Pelajaran Malaysia (1992). Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

* Catatan Ketua Panel Penyusun Modul:1. Bahan latihan sistem ejaan rumi, morfologi, dan sintaksis ialah bahan asal kepunyaan En. Mohamad bin Musip (Munsyi Dewan DBP) yang pernah digunakan dalam sesi kuliah dan penataran tatabahasa. Bahan tertakluk kepada penambahbaikan yang berterusan.2. Beberapa maklumat daripada modul sintaksis dipetik daripada modul tatabahasa yang disusun oleh panel pensyarah Institut Pendidikan Guru.

A. LATIHAN PEMANTAPAN SISTEM EJAAN1. Pilih hanya perkataan yang betul ejaannya.batokdetikmilekhurmatsemugacantum

betultengukkurbanbaleksendukkeciwa

masihdompetsuntekkagetelokkopon

anikarihatpayongrisekselisehtewas

biliktorehjunjongpelekcalunfasih

bidukcetikkungkunggabenurperabuttungkat

sembelihputehtunjukgulonganheritjenguk

periokbuihdapurlindongsimenforum

jujordukungawitbonosolehmontok

becukrimbontikitmusohsolekusek

2. a) Pilih perkataan berimbuhan pinjaman yang betul ejaannya.

b) Kenal pasti 15 kata pinjaman lain dengan ejaan yang betul.a) abnormalanti kerajaaninfrastruktur

dwibahasatata bahasaultra lembayung

biadabpro demokrasisub golongan

eka bahasatransmigrasiProkerajaan

multilateralpanca inderaeka warna

semi profesionalantikomunispro-Malaysia

makro skopswadayaautobiografi

substandardpolitekniktuna susila

ultra sonikpoligamiangkasawan

kolonialismeantiisraeldasawarsa

b) proaktifultralembayung polisemi

pro-Barat antidadah autograph

insya-Allah tunakarya subsistem

masya-Allah pascamerdeka propembangkang

multimedia pracetak ekabahasa

A. LATIHAN PEMANTAPAN MORFOLOGI1. Tulis bentuk apitan yang betul pada lajur yang ketiga.kecantikkankecantikankecantikan

pembiakanpembiakkanpembiakan

kebanyakkankebanyakankebanyakan

pertunjukanpertunjukkanpertunjukan

mencantikanmencantikkanmencantikkan

membiakkanmembiakanmembiakkan

membanyakanmembanyakkanmembanyakkan

menunjukanmenunjukkanmenunjukkan

2. Garisi perkataan yang betul dari segi penggunaan imbuhan diper-, di-...- kan atau diper-...-kan.a) Bangunan diperbesarkan/dibesarkan/diperbesar

b) Usaha dipertingkatkan/dipertingkat/ditingkatkan

c) Ilmu dipergunakan/digunakan/diperguna

d) Bahasa diperkasa/diperkasakan/dikasakan...

e) Isteri diperolehi/diperoleh/dioleh...3. Mengapakah terdapat bentuk penulisan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah?

4. Susunan kata yang manakah yang betul mengikut hukum DM?

Minang Restoran-Restoran MinangTan Gigi Klinik-Klinik Gigi TanTebingan Sarawak-Sarawak TebinganDunlop tayar

-tayar DunlopStadium Likas-Likas Stadium

Lain-lain hal

-Hal-hal lainsos cili

-cili sos

Kata-kata lain-Lain-lain kata

Klip video

-Video klip

5. Mengapakah bentuk kata yang digunakan dalam majlis-majlis rasmi seperti contoh yang dipaparkan di bawah dikatakan salah? Berikan alasan anda.salahbetulsalahbetul

kata aluankata alu-aluanaturcaraatur cara

menjemputmengundangsiarayasiar raya

kehadiratke hadiraturusetiaurus setia

izinNyaizin-Nyadi atas penghargaanatas penghargaan

mengambil tempat dudukketibaanhadiah jatuh kepadahadiah dimenangi oleh

6. Apakah perbezaan antara apa dengan apa-apa, siapa dengan siapa-siapa, dan mana dengan mana-mana?

7. Mengapakah kata tanya bila sering digunakan untuk menggantikan kata hubung apabila?

8. Mengapakah ianya sering digunakan sebagai kata ganti?

9. Apakah beza antara kata nama sebab dengan kata sendi kerana?

10. Kaji jenis kata kerja dan nyatakan perbezaan penggunaannya mengikut konteks ayat.

Aspek dan Contoh Kata Kerja

a) Kata Kerja Transitif (Aktif): membeli, menggunakan, mendiami, mengabaikan, mempererat, menyiram

membeli buku; menggunakan sumber; mendiami rumah; mengabaikan kerja; mempererat hubungan; menyiram pokok

b). Kata Kerja Transitif (Pasif): dibeli, digunakan, didiami, diabaikan, dipererat

buku dibeli; sumber digunakan; rumah didiami; kerja diabaikan; hubungan dipererat; pokok disiram

c) Kata Kerja Tak Transitif (Tak Berpelengkap): bangun, datang, tersenyum, berkibaran, menguning, membesar, terduduk

bangun (tidur); datang (lewat); tersenyum (simpul); berkibaran (dengan megahnya); menguning (emas); membesar (dengan cepatnya); terduduk

d) Kata Kerja Tak Transitif (Berpelengkap): tinggal, beransur, berbantalkan

Pelengkap KKTT terbahagi kepada tiga jenis, iaitu KA, FS, dan KN.KA: menjadi genting; beransur baik; tinggal miskin; menjadi lemah; bertambah kukuh; berbuat jahat; berlaku adil.FS: berada di Kuala Lumpur; tinggal di kampung; menetap di Selangor; bermastautin di sini; membelok ke kiri; singgah di Kota Bharu

e) Rumusan 1: Aktif atau tidak aktifnya sesuatu kata kerja digambarkan oleh bentuk imbuhan kata kerja (aktif atau pasif)...

f) Rumusan 2: Berpelengkap dalam konteks kata kerja tak transitif merujuk kepada

unsur yang melengkapkan kata kerja yang tidak mempunyai makna yang lengkap.

11. Apakah unsur yang membezakan antara kata kerja aktif dengan kata kerja pasif? Unsur imbuhan kata kerja aktif meN- dan imbuhan kata kerja pasif di-12. Bina satu ayat yang menggunakan kata kerja transitif:

aktif:_______________________________________________________. pasif:_______________________________________________________.13. Sila catatkan bentuk kata/frasa yang BETUL di lajur yang disediakan. Bil.SALAHBETUL

1. banyak organisasi-organisasibanyak organisasi

2. banyak langkah-langkahbanyak langkah

3. semua tugas-tugassemua tugas

4. semua anggota-anggotasemua anggota

5. semua ilmu-ilmusemua ilmu

6. semua aspek-aspeksemua aspek

7. semua kerja-kerjasemua kerja

8. kesemua unsur-unsurkesemua unsur

9. kesemua filem-filemkesemua filem

10. segala aspek-aspeksegala aspek

11. segala maklumat-maklumatsegala maklumat

12. ramai pengguna-penggunaramai pengguna

13. jumlah anak-anakjumlah anak

14. sejumlah besar keluarga-keluargasejumlah besar keluarga

15. sebilangan besar ahli-ahlisebilangan besar ahli

16. kebanyakan orang-orangkebanyakan orang

17. sekawan burung-burungsekawan burung

18. sebaris rumah-rumahsebaris rumah

19. sekumpulan pelajar-pelajarsekumpulan pelajar

20. sekandang lembu-lembusekandang lembu

21. serangkai manik-manikserangkai manik

22. setimbun buku-bukusetimbun buku

23. kalangan tokoh-tokoh profesionalkalangan tokoh profesional

24. rombongan ahli-ahli perniagaanrombongan ahli perniagaan

25. kumpulan pengakap-pengakapkumpulan pengakap

26. barisan pemain-pemainbarisan pemain

27. deretan rumah-rumahderetan rumah

28. jemaah menteri-menterijemaah menteri

29. sekawan penyamun-penyamunsekawan penyamun

30. gerombolan pengganas-pengganasgerombolan pengganas

31. rentetan peristiwa-peristiwarentetan peristiwa

32. rangkaian lagu-lagurangkaian lagu

33. gugusan pulau-pulaugugusan pulau

34. Mesyuarat Ketua-ketua BahagianMesyuarat Ketua Bahagian

35. pertemuan penulis-penulis remajapertemuan penulis remaja

36. Persatuan Bank-bank MalaysiaPersatuan Bank Malaysia

37. Persekutuan Syarikat-syarikat KewanganPersekutuan Syarikat Kewangan

38. Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Gabungan Pelajar Melayu

39. senarai nama-nama pesertasenarai nama peserta

40. daftar pengundi-pengundidaftar pengundi

41. membanyakkan kemudahan-kemudahanmembanyakkan kemudahan

42. menjumlahkan angka-angkamenjumlahkan angka

43. mengumpulkan benda-bendamengumpulkan benda

44. kekurangan buku-bukukekurangan buku

45. dalam berbagai bidangdalam berbagai-bagai bidang

46. merangkumi berbagai kegiatanmerangkumi berbagai-bagai kegiatan

47. antara kedua tugas inilahantara kedua-dua tugas inilah

48. setengah kelabsesetengah kelab

49. para-para petugaspara petugas

50. tiap usahatiap-tiap usaha

51. lampu-lampu merah bergantunganlampu merah bergantungan

52. bintang-bintang berkerdipanbintang berkerdipan

53. burung-burung berterbanganburung berterbangan

54. daun-daun kering bergugurandaun kering berguguran

55. mereka-mereka yang menyertaimereka yang menyertai

56. rakyat-rakyat negara inirakyat negara ini

57. ibu bapa-ibu bapaibu-ibu bapa

58. kertas kerja-kertas kerjakertas-kertas kerja

59. pihak berkuasa-pihak berkuasa tempatanpihak-pihak berkuasa tempatan

60. Ketua Setiausaha-Ketua SetiausahaKetua-Ketua Setiausaha

61. Menteri Besar-Menteri BesarMenter-Menteri Besar

62. Ketua Menteri-Ketua MenteriKetua-Ketua Menteri

63. Duta Besar-Duta Besar Duta-Duta Besar

64. Ijazah sarjana di bidang pengurusanIjazah sarjana dalam bidang pengurusan

65. Di masyarakat itu, ahlinyaDalam masyarakat itu, ahlinya

66. bergembira di suasana hari rayabergembira dalam suasana hari raya

67. terlibat di dalam penggubalan soalanterlibat dalam penggubalan soalan

68. ceramah di dalam beberapa seminarceramah dalam beberapa seminar

69. di dalam bahasa Melayudalam bahasa Melayu

70. di dalam kegawatan ekonomidalam kegawatan ekonomi

71. di dalam situasi inidalam situasi ini

72. di dalam pelbagai bidangdalam pelbagai bidang

73. mengambil tempat-tempat masing-masingmengambil tempat masing-masing

74. Bola sepak adalah sukan terkenalBola sepak ialah sukan terkenal

75. Dia adalah orang pertamaDia ialah orang pertama

76. Kaum wanita adalah elemenKaum wanita ialah elemen

77. Mereka adalah orang yang berilmuMereka ialah orang yang berilmu

78. Anak adalah anugerah TuhanAnak ialah anugerah Tuhan

79. Matlamatnya adalah pembinaan insanMatlamatnya adalah untuk pembinaan insan

80. T.Y.T. Tun adalah bekas PengerusiT.Y.T. Tun ialah bekas Pengerusi

81. Masalah kita adalah kekuranganMasalah kita ialah kekurangan

82. Perkara ini adalah masalahPerkara ini ialah masalah

83. Bengkel ini ialah untuk memantapkanBengkel ini adalah untuk memantapkan

84. Tarikh kerja itu dijangka siap ialah padaTarikh kerja itu dijangka siap adalah pada

85. Institut Kota adalah merupakan sebuahInstitut Kota ialah sebuah

86. Adalah dimaklumkan bahawaDimaklumkan bahawa

87. Adalah diumumkan bahawaDiumumkan bahawa

88. Adalah diharapkanDiharapkan

89. Adalah dengan ini dimaklumkan bahawaDengan ini dimaklumkan bahawa

90. Bahasa Melayu adalah di antara mata Bahasa Melayu adalah antara mata

91. check-incheck-in

92. check-outcheck-out

93. UrusetiaUrus setia

94. AturcaraAtur cara

95. CenderahatiCenderamata

96. ubah suaiubah suai

97. para jemputanpara dif undangan

98. Jemputan mengambil tempat dudukDif undangan dipersilakan duduk

99. MempastikanMemastikan

100. MengkagumkanMengkagumkan

B. LATIHAN PENGAYAAN MORFOLOGI 1. Kesan kesilapan yang berlaku dalam situasi yang berikut:Situasi 1

Dalam suatu majlis rasmi di sekolah, Cikgu Y telah diberi tanggungjawab sebagai pengacara majlis. Sewaktu mengacarakan majlis bekenaan, seorang guru lain, Cikgu Z telah dapat mengesan sesuatu pengucapan yang menurut fikirannya, tidak betul.Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Pengetua di atas ucapan beliau tadi Majlis mengucapkan terima kasih kepada Puan Pengetua atas ucapan beliau tadi

Situasi 2

Cikgu M ialah Setiausaha PIBG sekolahnya. Dalam minit mesyuarat PIBG yang baru diadakan pada minggu lepas, dia mencatatkan ayat berikut:Mesyuarat bersetuju sebulat suara supaya ibubapa menyumbangkan derma ikhlas masing-masing sebagai tanda sokongan serta galakkan kepada anak-anak mereka.

Mesyuarat bersetuju sebulat suara supaya ibu bapa menyumbangkan derma ikhlas masing-masing sebagai tanda sokongan serta galakan kepada anak-anak mereka.Situasi 3

Jalil ialah seorang penuntut baru di sebuah kolej swasta. Pada suatu hari, sewaktu menyertai suatu seminar anjuran universitinya, dia terdengar seorang pembentang kertas kerja melafazkan ayat berikut:Kita sekarang berada dalam era IT di mana kita tidak dapat mengelak daripada dilanda arus globalisasi yang mana kanak-kanak pun turut mengalami keadaan ini.

Kita sekarang berada dalam era IT, iaitu kita tidak dapat mengelak daripada dilanda arus globalisasi yang juga melibatkan kanak-kanak.

2. Baca petikan novel berikut, kemudian berikan pilihan lain kepada kata atau ungkapan yang bergaris.

Petikan 1

Pada tahap awal dia menjadi pemberita, dia berasa hidup sebagai pemberita cukup pahit. Sejak kecil sehinggalah beberapa tahun sebelum bertugas sebagai pemberita, dia adalah cucu manja datuknya, walaupun bukan anak manja ibu bapanya. Datuknya, Tok Kelah betul-betul menyenanginya.

(Daripada Tirai Tokoh, Rahman Shaari (1997: 58)tahap: peringkat

pemberita: wartawan

pahit: getirmenyenanginya:mengasihinya, menyayanginya

Petikan 2

Barangkali kerana kekurangan kalori, orang mudah luka dan bengkak bernanah. Ramai orang tokak sekarang. Kulit kami pantang luka. Luka itu akan meroyak dan jadi tokak. Umumnya, kaum lelaki banyak menghidap penyakit begini. Oleh sebab itu, hidupnya bergantung atas bahu perempuan dalam keluarganya.

(Daripada Sarida, Arenawati (1992: 36)

barangkali: kemungkinankekurangan: ketidakcukupan pantang: tidak bolehmenghidap: menderitaibergantung: mengharapkan

Petikan 3

Lamat menarik nafas panjang-panjang. Kemudian dia melepaskannya dengan perlahan-lahan pula. Berbuat begitu dadanya terasa sedikit lapang. Dari tempat duduknya di atas bangku di bawah pokok manggis di halaman rumahnya itu, Lamat mengalih pandangan ke arah Sungai Semantan yang semakin hari semakin keruh airnya itu.

(Daripada Umi Umirah, Aripin Said (1991: 108)

D. LATIHAN PEMANTAPAN SINTAKSIS1. Bagi setiap contoh ayat yang dikemukakan dalam modul, sila hasilkan satu ayat lain yang sama bentuk, jenis, atau polanya.

2. Secara berpasangan, sila berbincang, seterusnya kemukakan satu ayat majmuk daripada salah satu wacana yang berikut:

a) Surat rasmi mengundang penceramah ke sekolah atau ke jabatan.

b) Abstrak suatu kajian yang dilakukan di sebuah sekolah pedalaman.

c) Keputusan mesyuarat jabatan/kelab pada akhir tahun.

d) Item objektif bagi mana-mana mod kursus keguruan.

e) Ucapan penghargaan pada hari istimewa (Hari Guru, Hari Kebangsaan, hari ulang tahun kelahiran, dll.)

3. Berikan pandangan tentang cara untuk meningkatkan pengetahuan berbahasa dalam kalangan pelajar prauniversiti.

E. LATIHAN MENGESAN AYAT YANG TIDAK BETUL SUSUNANNYAKata-kata sahaja belum bererti bahasa jika kata-kata itu tidak tersusun dalam bentuk ayat.Apabila kata-kata tidak betul susunannya, maka bentuk bahasa menjadi salah atau tidak baku, seperti:(a) Ini hari Azizah tidak datang. (b) Yang melukis gambar ini Zainallah. (c) Itu pen dakwat sudah habis. (d) Majalah itu saya tidak menyimpannya.

(e) Buku ini saya tidak mahu membaca. (f) Yang memukul awak siapakah?

(g) Nora dan Nani baik berkawan.F. LATIHAN MENGENAL PASTI AYAT YANG PERSISTandakan () pada ayat yang betul.

1.Sepak takraw adalah sukan yang akan dipertandingkan dalam Sukma yang akan datang.S

2.Beliau ialah orang