mayzura binti mohamad - fp.utm.my · pdf filepsz 19:16 (pind 1/97) catatan * potong yang tidak...

27
MENGKAJI MASALAH PEMBELAJARAN SAINS KBSM DALAM BAHASA INGGERIS. MAYZURA BINTI MOHAMAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: phungthuy

Post on 09-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAYZURA BINTI MOHAMAD - fp.utm.my · PDF filePSZ 19:16 (Pind 1/97) CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

MENGKAJI MASALAH PEMBELAJARAN

SAINS KBSM DALAM BAHASA INGGERIS.

MAYZURA BINTI MOHAMAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: MAYZURA BINTI MOHAMAD - fp.utm.my · PDF filePSZ 19:16 (Pind 1/97) CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

PSZ 19:16 (Pind 1/97)

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor dan Sarjana Secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL :MENGKAJI MASALAH PEMBELAJARAN SAINS KBSM DALAM BAHASA INGGERIS

SESI PENGAJIAN : 2003/2004

______MAYZURA BINTI MOHAMAD (820703-14-5606)____

(HURUF BESAR)

Saya

Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut; 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia di benarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan )

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PENYELIA)

PROF MADYA DR. ZALEHA ISMAIL Nama Penyelia

Tarikh : 11 MAC 2004

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap: NO. 1, JALAN PERDANA 2 / 14A, TAMAN BUKIT PERDANA, 83000 BATU PAHAT, JOHOR. Tarikh : 11 MAC 2004

Page 3: MAYZURA BINTI MOHAMAD - fp.utm.my · PDF filePSZ 19:16 (Pind 1/97) CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana

Muda Sains serta Pendidikan (Sains).”

Tanda tangan : …………………………………………

Nama Penyelia : Prof. Madya Dr. ZALEHA BT ISMAIL

Tarikh : 11 MAC 2004

Page 4: MAYZURA BINTI MOHAMAD - fp.utm.my · PDF filePSZ 19:16 (Pind 1/97) CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

MENGKAJI MASALAH PEMBELAJARAN SAINS KBSM DALAM

BAHASA INGGERIS.

MAYZURA BINTI MOHAMAD.

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains).

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia.

2004.

Page 5: MAYZURA BINTI MOHAMAD - fp.utm.my · PDF filePSZ 19:16 (Pind 1/97) CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ……………………………………

Nama Penulis : MAYZURA BINTI MOHAMAD

Tarikh : 11 MAC 2004

Page 6: MAYZURA BINTI MOHAMAD - fp.utm.my · PDF filePSZ 19:16 (Pind 1/97) CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

iii

DEDIKASI

Buat Ayahanda Mohamad Haji Bin,

Engkaulah sumber Inspirasiku.

Buat Bonda Salmah Basir,

Nasihatmu membakar semangatku.

Buat Kekanda Mazliana & Razali, Mazuwin & Syed Madzlilan, Mazliza & Mahadi,

Kalian amat bermakna buatku.

Buat Adinda Maisara, Mariani & Mardhati,

Gelak tawamu menawar pilu.

Buat Anak-anak buahku Syed Irfan Irsyad & Nurin Yasmin,

Kecomelanmu menambat hatiku.

Buat Heroku Mohd Hasrol Baharom,

Kekuatanmu kekuatanku jua.

Buat Sahabat-sahabat Setiaku,

Budimu kukenang hingga akhir nanti kenangan bersama tak kan kulupa.

Semoga kalian diberkati Yang Maha Esa,

Untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Page 7: MAYZURA BINTI MOHAMAD - fp.utm.my · PDF filePSZ 19:16 (Pind 1/97) CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

iv

PENGHARGAAN Assalamualaikum….. Alhamdullilah… kerana dengan izinNya dapat saya menyiapkan latihan ilmiah

ini dengan sempurna.

Ucapan jutaan terima kasih saya tujukan kepada pembimbing saya, Prof Madya

Dr. Zaleha binti Ismail di atas segala tunjuk ajar, nasihat dan galakan yang diberikan

kepada saya semasa menjalankan kajian ini.

Tidak lupa juga ribuan terima kasih saya kepada pensyarah-pensyarah di Fakulti

Pendidikan khususnya pensyarah yang terlibat dalam memberikan tunjuk ajar serta

nasihat selama saya berada di Universiti Teknologi Malaysia.

Ucapan paling istimewa saya tujukan kepada Emak, Ayah, Abang-abang, Kakak-

kakak dan Adik-adik di atas doa, perangsang, dorongan, kerjasama dan bantuan yang

diberikan.

Tidak ketinggalan ucapan terima kasih ditujukan kepada rakan-rakan

seperjuangan terutama yang banyak memberi tunjuk ajar, nasihat, dorongan, kerjasama

serta sokongan moral. Kenangan bersama kalian tidak akan ku lupakan.

Wassalam.

Page 8: MAYZURA BINTI MOHAMAD - fp.utm.my · PDF filePSZ 19:16 (Pind 1/97) CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

v

ABSTRAK Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah berkaitan

pembelajaran sains dalam bahasa Inggeris. Subjek kajian adalah terdiri daripada 80

orang pelajar-pelajar tingkatan satu di tiga buah sekolah menengah di daerah Batu Pahat

Johor. Instrumen kajian merupakan soal selidik yang diubahsuai daripada soal selidik H.

Seliger & M. Long (Eds.) berdasarkan aspek bahasa, guru dan pengajarannya serta minat

pelajar. Data-data yang diperolehi telah diproses dan dianalisis menggunakan perisian

SPSS 10.0 (Statistical Package For Social Science) dan data telah diterjemahkan dalam

bentuk min, peratusan dan Korelasi Pearson. Hasil keseluruhan kajian menunjukkan

bahawa masalah utama pelajar berkaitan pembelajaran sains dalam bahasa Inggeris ialah

bahasa diikuti oleh masalah minat pelajar itu sendiri dan akhir sekali adalah guru dan

pengajarannya yang kurang menjadi masalah pelajar. Selain daripada itu, melalui

analisis perbandingan min didapati wujud perbezaan masalah utama pelajar berkaitan

pembelajaran sains dalam bahasa Inggeris mengikut etnik. Bagi pelajar Melayu masalah

utama mereka adalah berhubung dengan masalah bahasa manakala bagi pelajar Cina

masalah utama mereka adalah berhubung dengan guru dan pengajarannya. Seterusnya

daripada analisis Korelasi Pearson menunjukkan aspek guru dan pengajarannya tidak

wujud hubungan yang signifikan dengan pencapaian pelajar sementara aspek masalah

bahasa dan masalah minat pelajar mempunyai hubungan yang signifikan dengan

pencapaian pelajar. Walaupun wujud hubungan yang signifikan bagi masalah minat

pelajar dengan pencapaian pelajar tetapi nilai korelasi agak kecil. Dengan adanya kajian

ini, mudah-mudahan ianya dapat memberikan faedah kepada pelajar, guru-guru dan

pihak sekolah dalam usaha memperbaiki taraf pendidikan khususnya dalam mata

pelajaran Sains.

Page 9: MAYZURA BINTI MOHAMAD - fp.utm.my · PDF filePSZ 19:16 (Pind 1/97) CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

vi

ABSTRACT

This descriptive study is conducted to identify the problems faced in learning

science in English. The respondents are eighty form one students chosen from three

secondary schools in Batu Pahat Johor. A set of questionnaires were modify from H.

Seliger & M. Long (Eds.)’s questionnaires and its based on language, teachers’ teaching

and students’ interest aspects. The data were collected and processed using Statistical

Packages For Social Science for Windows version 10.0 (SPSS Software) and the

findings are presented by percentage, mean, and Pearson Correlation. Generally the

findings show that the main problem faced by student in learning science in English is

the language, followed with the students’ interest and the last is the teachers’ teaching.

The result of the compared means shows that there are different main problem between

Malay students and Chinese students. The Malay students main problem is the language

meanwhile the Chinese students main problem is the teachers’ teaching. However

Pearson Correlation, indicates that the teachers’ teaching haven’t significant relationship

with the students’ achievement meanwhile the other two problems have significant

relationships with the students’ achievement. Although, there have significant

relationship between the students’ interest problem and the students’ achievement but

the Correlation value is small. It is hoped that the study give benefit to students, teachers

and school management in improving the level education especially for science subject.

Page 10: MAYZURA BINTI MOHAMAD - fp.utm.my · PDF filePSZ 19:16 (Pind 1/97) CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

vii

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL i PERAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xii SENARAI SINGKATAN xiii SENARAI LAMPIRAN xiv

Page 11: MAYZURA BINTI MOHAMAD - fp.utm.my · PDF filePSZ 19:16 (Pind 1/97) CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

viii

BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.7 Skop Dan Batasan Kajian 11

1.8 Definisi Terminologi 12

1.8.1 Masalah 12

1.8.2 Pembelajaran 13

1.8.3 Sains KBSM 14

1.9 Penutup 15

BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 16

2.2 Pembelajaran Sains Dalam Bahasa Kedua 16

2.2.1 Masalah Bahasa 17

2.2.2 Usaha Mengatasi Masalah Bahasa 19

2.3 Guru Dan Pengajarannya Dalam

Bahasa Inggeris 21

2.4 Minat Pelajar 25

2.5 Masalah Utama Pembelajaran Sains Dalam

Bahasa Inggeris Mengikut Etnik 27

2.6 Hubungan Masalah Pembelajaran Sains Dalam

Bahasa Inggeris Dengan Pencapaian Pelajar 30

Page 12: MAYZURA BINTI MOHAMAD - fp.utm.my · PDF filePSZ 19:16 (Pind 1/97) CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

ix

2.7 Pengajaran-Pembelajaran Sains Dalam

Bahasa Inggeris Di Malaysia 32

2.8 Penutup 34

BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 35

3.2 Rekabentuk Kajian 35

3.3 Sampel Kajian 36

3.4 Instrumen Kajian 36

3.5 Prosedur Kajian 38

3.6 Kajian Rintis 38

3.7 Kaedah Analisis Data 39

3.8 Penutup 42

BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 4.1 Pengenalan 43

4.2 Bahagian A : Latar Belakang Responden 44

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Etnik 44

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Keputusan

Peperiksaan Penggal Pertama 44

4.3 Rumusan Latar Belakang Responden Yang Dikaji 45

4.4 Bahagian B : Pernyataan Maklum Balas Responden 46

4.4.1 Masalah Bahasa Berkaitan Pembelajaran Sains

Dalam Bahasa Inggeris 46

4.4.2 Masalah Guru Dan Pengajarannya Berkaitan

Pembelajaran Sains Dalam Bahasa Inggeris 50

Page 13: MAYZURA BINTI MOHAMAD - fp.utm.my · PDF filePSZ 19:16 (Pind 1/97) CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

x

4.4.3 Masalah Minat Pelajar Berkaitan Pembelajaran

Sains Dalam Bahasa Inggeris 53

4.4.4 Tahap Masalah Berkaitan Pembelajaran Sains

Dalam Bahasa Inggeris 56

4.4.5 Perbezaan Masalah Utama Pelajar Berkaitan

Pembelajaran Sains Dalam Bahasa Inggeris

Mengikut Etnik 56

4.4.6 Hubungan Masalah Pembelajaran Sains

Dalam Bahasa Inggeris Dengan Pencapaian

Pelajar 57

4.5 Penutup 58

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 60

5.2 Perbincangan Kajian 60

5.2.1 Masalah Bahasa Dalam Pembelajaran Sains 61

5.2.2 Minat Pelajar Dalam Sains 62

5.2.3 Guru Dan Pengajarannya Dalam Sains Melalui

Bahasa Inggeris 63

5.2.4 Masalah Utama Pembelajaran Sains Dalam

Bahasa Inggeris Mengikut Etnik 64

5.2.5 Hubungan Masalah Pembelajaran Sains Dalam

Bahasa Inggeris Dengan Pencapaian Pelajar 66

5.3 Rumusan Kajian 67

5.4 Implikasi Kajian 68

5.4.1 Implikasi Kepada Para Pelajar 69

5.4.2 Implikasi Kepada Pihak Guru 69

5.4.3 Implikasi Kepada Pihak Sekolah 70

5.5 Masalah / Kelemahan Yang Dihadapi 71

Page 14: MAYZURA BINTI MOHAMAD - fp.utm.my · PDF filePSZ 19:16 (Pind 1/97) CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

xi

5.6 Cadangan Untuk Kajian Masa Depan 71

5.7 Penutup 72

BIBLIOGRAFI 73-80 SENARAI LAMPIRAN Borang Soal Selidik 81-85 Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 86-89

Page 15: MAYZURA BINTI MOHAMAD - fp.utm.my · PDF filePSZ 19:16 (Pind 1/97) CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

xii

SENARAI JADUAL No. Jadual Tajuk Muka surat 3.1 Skala Likert 37

3.2 Mempamerkan Taburan Item-item yang Dikaji 37

3.3 Pengelasan Pemeringkatan Likert 40

3.4 Pemarkatan Skala Likert yang Dipermudahkan 40

3.5 Analisis Tentang Skor Min 41

3.6 Analisa Korelasi Pearson 41

4.1 Taburan Responden Mengikut Etnik 44

4.2 Taburan Responden Mengikut Keputusan Peperiksaan

Mata Pelajaran Sains Penggal I 45

4.3 Masalah Bahasa Berkaitan Pembelajaran Sains Dalam

Bahasa Inggeris 47

4.4 Masalah Guru dan Pengajarannya Berkaitan Pembelajaran

Sains Dalam Bahasa Inggeris 50

4.5 Masalah Minat Pelajar Berkaitan Pembelajaran Sains Dalam

Bahasa Inggeris 54

4.6 Tahap Masalah Berkaitan Pembelajaran Sains Dalam

Bahasa Inggeris 56

4.7 Perbezaan Masalah Utama Pelajar Berkaiatan Pembelajaran

Sains Dalam Bahasa Inggeris Mengikut Etnik 56

4.8 Hubungan Masalah Berkaiatan Pembelajara Sains Dalam

Bahasa Inggeris Dengan Pencapaian Pelajar 57

Page 16: MAYZURA BINTI MOHAMAD - fp.utm.my · PDF filePSZ 19:16 (Pind 1/97) CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

xiii

SENARAI SINGKATAN 1. ASM - Akademi Sains Malaysia

2. Bil - Bilangan

3. BI - Bahasa Inggeris

4. BPG - Bahagian Pendidikan Guru

5. ELTC - English Learning Teaching Centre

6. EPRD - Education Planning Research Development

7. ETeMS - English for the Teaching of Mathematics and

Science

8. GPMS - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung

9. IPT - Institusi Pengajian Tinggi

10. Jwb - Jawab

11. KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah

12. NGO - Non-Government Organization

13. P - Perempuan

14. PKPSM - Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah

Menengah

15. PMR - Penilaian Menengah Rendah

16. PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

17. SJK - Sekolah Jenis Kebangsaan

18. SK - Sekolah Kebangsaan

19. SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

21. SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

22. SPSS - Statistical Package for Science for Windows

23. STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

24. UPSR - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

25. UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: MAYZURA BINTI MOHAMAD - fp.utm.my · PDF filePSZ 19:16 (Pind 1/97) CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

xiv

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran Tajuk Muka surat Borang Soal Selidik 81-85

Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada

Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar

Sekolah 86-87

Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada

Jabatan Pendidikan Negeri Johor 88

Surat Pengesahan UTM Kepada Pelajar Untuk

Menjalankan Kajian 89

Page 18: MAYZURA BINTI MOHAMAD - fp.utm.my · PDF filePSZ 19:16 (Pind 1/97) CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

BAB I

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan sains terawal yang dikesan di sekolah Tanah Melayu bermula dari

tahun 1931, di mana hanya melibatkan Kurikulum Sains Asas di Negeri Melayu

Bersekutu sahaja. Pada tahun 1941, pelaksanaan program sains terhenti kerana

berlakunya Perang Dunia Kedua. Selepas tamatnya peperangan pada tahun 1945,

Kurikulum Sains Am telah dilaksanakan di sekolah menengah. Program empat tahun ini

adalah bercorak kurikulum England. Kurikulum sains di Tanah Melayu hanya menjadi

seragam dan dilaksanakan di semua sekolah selepas pelaksanaan Penyata Razak pada

tahun 1956. Mata pelajaran sains wajib diikuti oleh semua pelajar bermula dari sekolah

rendah sehingga ke peringkat sekolah menengah atas. Sejak dari tarikh tersebut,

kurikulum Malaysia telah mengalami beberapa reformasi demi melahirkan warganegara

yang berpengetahuan, mahir serta mempunyai budi pekerti yang mulia. Tumpuan

kurikulum diberikan ke arah pembentukan warganegara yang boleh menyesuaikan diri

dari segi fizikal, mental, emosi, moral dan rohani kepada keadaan semasa dan setempat,

di samping berkebolehan menghadapi cabaran dalam pelbagai bidang, sosial, ekonomi,

politik dan sebagainya (Abu Hassan Kassim, 2002).

Walau bagaimanapun, reformasi yang drastik telah berlaku ke atas sistem

pendidikan Malaysia pada tahun 1967 apabila Parlimen meluluskan Akta Bahasa

Kebangsaan yang menetapkan Bahasa Malaysia merupakan bahasa rasmi yang tunggal.

Page 19: MAYZURA BINTI MOHAMAD - fp.utm.my · PDF filePSZ 19:16 (Pind 1/97) CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

2

Ekoran daripada itu, maka Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah untuk

menginjakkan sistem pendidikan kebangsaan daripada bertunjangkan bahasa Inggeris

kepada yang lebih berpaksikan penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya.

Namun begitu, akibat beberapa kelemahan yang timbul dalam sistem pendidikan

pada ketika itu, maka kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa kabinet yang

dipertanggungjawabkan untuk mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan, dan

kesannya ke arah memenuhi aspirasi negara bagi membentuk masyarakat yang bersatu

padu, bersopan santun, berdisiplin dan berkemahiran. Akhirnya pada tahun 1979,

jawatankuasa tersebut telah mengemukakan satu laporan yang lebih dikenali sebagai

Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 yang telah mengesyorkan kurikulum pendidikan

lebih memberi penegasan pendidikan dalam bidang 3M, melahirkan lebih ramai guru

yang berkemahiran dalam bidang sains dan aspek kemudahan hendaklah diberikan

kepada sekolah-sekolah menengah untuk meningkatkan mutu pendidikan sains, khasnya

sekolah-sekolah di kawasan luar bandar (Mok Soon Sang, 2001).

Apabila memasuki tahun 1990, perkembangan dan pembangunan sistem

pendidikan telah menjadi lebih mantap dengan mengikuti dasar-dasar teras yang

diusulkan oleh Laporan Rahman Talib (1960) dan Laporan Kabinet (1979). Secara

amnya, sistem pendidikan telah mendokong hasrat integrasi nasional dengan jayanya

iaitu membentuk negeri-negeri yang bersatu padu melalui penghayatan Rukun Negara di

kalangan generasi muda dan yang lebih penting adalah dari aspek politik iaitu sistem

pendidikan telah berjaya melebarkan sayap mobiliti sosioekonomi kaum bumiputera,

selaras dengan hasrat DEB yang ingin menyusun semula struktur masyarakat dengan

cara membasmi kemiskinan dan dasar ekuiti negara dipatuhi.

Kehangatan perkembangan dan pembangunan sistem pendidikan ini ditambah

dengan adanya hasrat Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad yang

membentangkan pemikirannya mengenai negara maju dan bertamadun dalam satu kertas

Page 20: MAYZURA BINTI MOHAMAD - fp.utm.my · PDF filePSZ 19:16 (Pind 1/97) CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

3

perdana bertajuk “Malaysia : Melangkah ke Hadapan” atau lebih dikenali dengan

“Wawasan 2020” pada tahun 1991.

Wawasan 2020 adalah aspirasi negara yang menginginkan kemajuan industri

yang berasaskan sains dan teknologi di samping masyarakat yang bertamadun dengan

taraf pendidikan yang tinggi. Oleh yang demikian, sekolah merupakan salur utama

dalam menjana minda generasi muda ke arah menjadi generasi berwawasan. Justeru itu,

institusi pendidikan dari peringkat rendah hingga ke peringkat IPT seharusnya berusaha

untuk ke arah globalisasi. Dengan itu, institusi pendidikan bergerak ke arah globalisasi

dengan pelbagai pendekatan. Salah satu aspek yang dititikberatkan adalah penekanan

kepada penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di kolej dan institusi

pengajian tinggi, atau pelajar-pelajar wajib lulus bahasa Inggeris kerana bahasa Inggeris

adalah bahasa antarabangsa (Sufean, 2002).

Lantaran daripada itu, cabaran bagi globalisasi dan Wawasan 2020 untuk

mewujudkan masyarakat yang saintifik, progresif dan inovatif memerlukan penduduk

Malaysia yang mana bukan sahaja menjadi pengguna pengetahuan sains dan teknologi

bahkan menjadi penyumbang dalam bidang tersebut. Sebelum menjadi penyumbang

kepada bidang tersebut, masyarakat mestilah dapat menguasai bidang sains dan

teknologi itu terlebih dahulu dengan baik. Di sini pendidikan merupakan suatu elemen

yang penting dalam mencorak pemikiran rakyat Malaysia ke arah globalisasi dan

Wawasan 2020. Ini kerana bak kata pepatah “melentur buluh biar dari rebungnya” sesuai

dengan usaha kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang celik sains dan teknologi

dengan memperbaiki setiap inci dasar pendidikan mengikut peredaran zaman bagi

pelajar-pelajar di sekolah. Ini dapat kita lihat apabila berlakunya pelbagai perubahan

dalam dasar pendidikan negara sepanjang abad ke-20. Perubahan yang seringkali

berlaku ini adalah kerana kerajaan sendiri ingin memastikan masyarakat dan negara

dapat bersaing dalam bidang sains dan teknologi seiring dengan negara lain.

Page 21: MAYZURA BINTI MOHAMAD - fp.utm.my · PDF filePSZ 19:16 (Pind 1/97) CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Negara telah mengalami pelbagai perubahan sejajar dengan Wawasan 2020. Ini

menunjukkan sesuatu yang positif ke arah merealisasikan hasrat dan aspirasi negara

menjadi sebuah negara maju. Dalam pada itu, pelbagai cabaran telah diharungi dalam

menongkah arus kemajuan. Antara cabaran yang menjadi isu penting adalah cabaran

globalisasi.

Menjelang tahun 1990-an, terdapat beberapa petanda yang menunjukkan

globalisasi sedang berlaku di seluruh dunia secara disedari atau tanpa disedari , ianya

tidak dapat dihalang lagi. Salah satu daripadanya adalah penggunaan bahasa Inggeris

sebagai bahasa kedua di lebih 100 buah negara di seluruh dunia.

Menyedari akan kepentingan bahasa Inggeris dalam menjadikan negara sebuah

negara maju di samping membentuk ke arah globalisasi, pada tahun 1993, Perdana

Menteri telah menyarankan supaya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa

pengantara untuk mata pelajaran sains dan teknologi. Penggunaan bahasa Inggeris ini

adalah daripada 30% hingga 50% bagi kuliah yang disampaikan untuk mata pelajaran

berkenaan. Saranan yang dikemukakan untuk pengajian di IPT ini tidak dijalankan

sepenuhnya (Utusan Malaysia, 16 Jun 1993 dalam Sufean 2002).

YB Tan Sri Dato’ Seri Musa Mohamad menyatakan, Kementerian Pendidikan

telah menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah

Pendidikan Malaysia, Datuk Abdul Rafie Mahat bagi merangka strategi pelaksanaan

pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Dalam

merangka strategi ini, Jawatankuasa telah mengambil kira ulasan, pandangan dan

teguran pelbagai pihak. Ini termasuklah pendidik, ahli akademik, guru-guru, majlis guru

besar dan pengetua, kesatuan-kesatuan guru dan orang ramai. Mesyuarat Khas Jemaah

Menteri pada 19 Julai 2002 telah menimbang strategi yang dicadangkan oleh

Jawatankuasa Pelaksanaan dan memutuskan perkara-perkara berikut :

Page 22: MAYZURA BINTI MOHAMAD - fp.utm.my · PDF filePSZ 19:16 (Pind 1/97) CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

5

i) Bahawa penggunaan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik

dalam bahasa Inggeris dilaksanakan sepenuhnya di Tahun 1, Tingkatan 1

dan Tingkatan 6 Rendah, mulai 2003.

ii) Di kelas atau tingkatan lain, sekolah-sekolah digalakkan mengajar mata

pelajaran ini dalam bahasa Inggeris.

iii) Pelaksanaan dasar ini di Kolej Matrikulasi akan bermula pada tahun 2004

manakala di Politeknik, pelaksanaan dasar ini akan bermula pada 2008,

iaitu selepas pelajar kumpulan pertama menduduki SPM sepenuhnya

dalam bahasa Inggeris pada 2007.

vi) Peperiksaan sepenuhnya mata pelajaran sains dan matematik ini dalam

bahasa Inggeris bagi UPSR ialah 2008, PMR (2005), SPM (2007) serta

STPM dan Matrikulasi (2004). Bagaimanapun, mulai 2003 semua

peperiksaan awam akan dilaksanakan dalam dwibahasa.

Penukaran bahasa dalam pengajaran mata pelajaran sains iaitu daripada bahasa

Melayu kepada bahasa Inggeris adalah salah satu daripada tindakan kerajaan khususnya

Kementerian Pendidikan ke arah meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris di kalangan

pelajar. Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang digunakan oleh semua

orang di seluruh dunia. Menurut Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG),

Kementerian Pendidikan, Razali Ismail, penguasaan bahasa antarabangsa iaitu bahasa

Inggeris itu penting pada era globalisasi, lebih-lebih lagi ia dipertuturkan di seluruh

dunia (Berita Harian, 20 Julai 2002).

Oleh itu, katanya, kegagalan menguasai bahasa Inggeris akan menyebabkan

rakyat Malaysia tidak mampu bersaing di peringkat antarabangsa dan langkah itu

diambil untuk menggerakkan pelajar menguasai bahasa berkenaan, sekali gus

mempersiapkan diri menghadapi cabaran globalisasi kelak. Tambahan pula, amat sukar

untuk menterjemahkan seluruh bahan penulisan bidang sains, teknologi dan matematik

ke dalam bahasa Melayu kerana ianya terlalu banyak. Oleh itu, adalah lebih baik dan

ekonomik jika kita menguasai mata pelajaran sains melalui bahasa Inggeris.

Page 23: MAYZURA BINTI MOHAMAD - fp.utm.my · PDF filePSZ 19:16 (Pind 1/97) CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

6

Menurut Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) pula, Dr Sharifah

Maimunah Syed Zin, matlamat utama pelaksanaan pengajaran sains dan matematik

dalam bahasa Inggeris ialah untuk membolehkan pelajar menguasainya sebagai bahasa

ilmu dua bidang berkenaan sejak di peringkap awal lagi. Beliau berkata, ini bermakna

tujuan utama langkah pembaharuan itu bukanlah untuk mempertingkatkan kemahiran

berbahasa Inggeris di kalangan pelajar sahaja, sebaliknya bagi mempersiapkan mereka

ke arah menguasai ilmu sains dan matematik dengan lebih berkesan dan mudah.

Tambahan pula, pendedahan awal sebegini memang penting untuk memperkukuhkan

persediaan asas pelajar kerana apabila memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) kelak,

sebahagian besar bahan rujukan dan pembelajaran kedua-dua bidang berkenaan adalah

dalam bahasa Inggeris. Di samping itu, bahasa Inggeris ialah bahasa komunikasi

antarabangsa. Masyarakat di Malaysia tidak boleh membataskan pandangan mereka

kepada perkembangan tempatan sahaja tetapi perlu juga memikirkan proses globalisasi.

(Berita Harian, 27 Julai 2002).

Menurut Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi di Majlis Pelancaran Kumpulan

Wang Amanah Pelajar Malaysia, penggunaan bahasa Inggeris dengan meluas di seluruh

dunia menyebabkan penguasaan bahasa Inggeris menjadi salah satu faktor penting untuk

berinteraksi dan bersaing. Untuk menguasai bahasa Inggeris, ia perlu digunakan dalam

pertuturan dan penulisan dengan kerap. Satu strategi untuk menggalakan dan menambah

peluang pelajar bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris adalah dengan menjadikan

mata pelajaran sains dan matematik diajar dalam bahasa Inggeris (Berita Harian, 23 Julai

2003).

Selain itu, pengetahuan sains dan matematik adalah asas penting dalam

perkembangan teknologi. Pekerja yang menguasai sains dan matematik adalah antara

input penting dalam membangunkan ekonomi negara berasaskan perindustrian.

Sehubungan dengan itu, penekanan perlu diberikan kepada penguasaan sains dan

matematik dalam sistem pendidikan. Penguasaan bahasa Inggeris, terutamanya dalam

pembelajaran sains dan matematik membuka peluang akses kepada berbagai maklumat

terkini dalam kedua-dua bidang tersebut yang kebanyakkannya adalah dalam bahasa

Page 24: MAYZURA BINTI MOHAMAD - fp.utm.my · PDF filePSZ 19:16 (Pind 1/97) CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

7

Inggeris. Sebenarnya apa jua ilmu yang dikuasai dan dipelajari akan didapati dengan

mudah dalam apa jua keadaan jika penekanan yang serius diberikan. Ini kerana setiap

ilmu yang diperolehi pasti mempunyai kelebihannya.

Katanya lagi, ada sesetengah pihak berpendapat bahawa penukaran bahasa

dalam pengajaran sains dan matematik ke bahasa Inggeris menyekat perkembangan

bahasa Melayu. Kerajaan ingin menegaskan bahawa bahasa Melayu akan terus

digunakan dalam pengajaran mata pelajaran lain di sekolah. Sebaliknya strategi ini lebih

menjamin kepentingan negara pada masa hadapan dengan meningkatnya daya saing

sumber manusia. Secara tidak langsung, strategi pengajaran sains dan matematik dalam

bahasa Inggeris akan dapat membantu ke arah menjadikan penduduk negara ini lebih

kompetitif dan menjana kemampuan pertumbuhan ekonomi negara.

Bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di mana pembelajaran

merupakan suatu proses yang berterusan bagi mewujudkan insan yang seimbang

harmonis dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek, maka segala masalah-masalah

yang mengurangkan minat para pelajar di dalam pembelajaran perlu diatasi terlebih

dahulu. Bagi mengatasi masalah ini, setiap pelajar perlulah disesuaikan dengan sifat-

sifat bertanggungjawab terhadap diri sendiri, masyarakat dan sekolah. Justeru itu, bagi

tujuan menyemai minat pelajar terhadap pembelajaran, pihak sekolah dan guru

seharusnya mengenal pasti masalah yang dihadapi pelajar berkenaan proses

pembelajaran dan pengajaran yang seringkali mengalami perubahan. Kini ramai yang

memperkatakan tentang pengajaran mata pelajaran sains dan matematik yang telah pun

bermula pada tahun 2003. Ramai yang bimbang dasar ini akan menyebabkan anak-anak

mereka tidak dapat menguasai kedua-dua mata pelajaran tersebut hanya kerana anak-

anak mereka tidak menguasai bahasa Inggeris.

Menurut Presiden Persatuan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS),

Datuk Suhaimi Ibrahim, menerusi perbincangan, ada wakil pertubuhan bukan kerajaan

(NGO Melayu) berpendapat masalah sebenar dalam perkara itu ialah kegagalan pelajar

Page 25: MAYZURA BINTI MOHAMAD - fp.utm.my · PDF filePSZ 19:16 (Pind 1/97) CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

8

menguasai bahasa Inggeris dengan berkesan, terutama di luar bandar. Mereka

berpendapat, dua masalah lain yang bakal dihadapi oleh pelajar luar bandar ialah mereka

tidak mendapat cukup buku bahasa Inggeris dan kelemahan sedia ada dalam mata

pelajaran sains dan matematik. Oleh itu, jika pengajaran dalam bahasa Inggeris

dilaksanakan dalam mata pelajaran sains dan matematik, ia akan mendatangkan masalah

kepada mereka (Berita Harian, 25 Ogos 2002).

Tidak dapat dinafikan lagi tentang kepentingan menguasai bahasa Inggeris pada

zaman mengejar arus ledakan globalisasi ini. Oleh yang demikian usaha dalam

mempersiapkan diri ke arah tersebut amatlah digalakkan dan dititikberatkan, disebabkan

itulah wujudnya perubahan yang besar ke atas sistem pendidikan negara iaitu penukaran

bahasa pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains dan matematik daripada

bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Ini adalah kerana penguasaan bidang sains dan

matematik adalah lebih praktikal apabila ianya di dalam bahasa Inggeris berbanding

bahasa Melayu yang memerlukan penterjemahan daripada bahasa Inggeris. Justeru itu,

pendidikan akan memainkan peranan yang penting dalam memikul tanggungjawab bagi

memastikan semua pelajar dapat menguasai mata pelajaran sains dalam bahasa Inggeris.

Ekoran daripada itu, pelbagai reaksi masyarakat yang timbul akibat perubahan dasar

pendidikan negara yang dibuat seperti menjangkakan akan wujudnya pelbagai masalah

yang berkait rapat dengan perubahan yang dilaksanakan seperti masalah tidak dapat

menguasai ilmu sains akibat tidak fasih berbahasa Inggeris.

1.3 Pernyataan Masalah

Perubahan yang berlaku ke atas sistem pendidikan negara adalah wajar dan perlu

disebabkan kerajaan menginginkan masyarakat dan negara dapat bersaing di peringkat

antarabangsa. Justeru itu, penguasaan ilmu dunia iaitu sains amatlah dirasakan perlu

sekiranya ianya dilaksanakan dari peringkat sekolah lagi. Ini adalah kerana pelajar

digalakkan untuk mempersiapkan diri lebih awal sebelum melangkah ke IPT kelak.

Page 26: MAYZURA BINTI MOHAMAD - fp.utm.my · PDF filePSZ 19:16 (Pind 1/97) CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

9

Lantaran daripada perubahan drastik yang berlaku ke atas sistem pendidikan negara,

pelbagai maklum balas masyarakat timbul dan ada yang mengatakan wujud masalah-

masalah yang dihadapi oleh pelajar dengan terlaksananya perubahan ini.

Oleh yang demikian bagi menyemai minat pelajar terhadap pembelajaran sains

dalam bahasa Inggeris, pihak sekolah dan guru seharusnya mengenalpasti masalah

pelajar terhadap pembelajaran tersebut. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji masalah

pembelajaran Sains KBSM dalam bahasa Inggeris. Kajian ini adalah penting bagi

mengenalpasti adakah bahasa, guru dan pengajaran serta minat merupakan masalah yang

dihadapi pelajar dalam proses pembelajaran Sains KBSM dalam bahasa Inggeris.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk i) Mengenalpasti sama ada bahasa merupakan masalah utama pembelajaran

sains dalam bahasa Inggeris.

ii) Mengenalpasti sama ada guru dan pengajarannya adalah antara masalah

yang dihadapi pelajar berkaitan pembelajaran sains dalam bahasa

Inggeris.

iii) Mengenalpasti sama ada minat pelajar merupakan masalah berkaitan

pembelajaran sains dalam bahasa Inggeris.

iv) Mengenalpasti perbezaan masalah utama pelajar berkaitan pembelajaran

sains dalam bahasa Inggeris mengikut dua etnik majoriti iaitu Melayu dan

Cina.

v) Mengenalpasti hubungan antara masalah berkaitan pembelajaran sains

dalam bahasa Inggeris dengan pencapaian pelajar.

Page 27: MAYZURA BINTI MOHAMAD - fp.utm.my · PDF filePSZ 19:16 (Pind 1/97) CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

10

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada kajian yang dibuat penyelidik berharap kajian ini dapat

menjawab persoalan kajian seperti berikut :

i) Adakah bahasa merupakan masalah utama pembelajaran sains dalam

bahasa Inggeris?

ii) Adakah guru dan pengajarannya merupakan antara masalah pembelajaran

sains dalam bahasa Inggeris?

iii) Adakah minat pelajar merupakan masalah pembelajaran sains dalam

bahasa Inggeris?

iv) Adakah terdapat perbezaan masalah utama pelajar berkaitan pembelajaran

sains dalam bahasa Inggeris mengikut dua etnik majoriti iaitu Melayu dan

Cina?

v) Adakah terdapat hubungan antara masalah pembelajaran sains dalam

bahasa Inggeris dengan pencapaian pelajar?