beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs di · pdf filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti...

46
BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR DAN LUAR BANDAR DI DAERAH MUAR ASRAF MUBARAK BIN ATAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: lycong

Post on 04-Feb-2018

239 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI · PDF filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs

BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI SEKOLAH

KEBANGSAAN BANDAR DAN LUAR BANDAR DI DAERAH MUAR

ASRAF MUBARAK BIN ATAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI · PDF filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs

PSZ 19:16 (Pin. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS�

JUDUL : BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR DAN LUAR

BANDAR DI DAERAH MUAR

SESI PENGAJIAN : 2012/2013

Saya ASRAF MUBARAK BIN ATAN No. Matriks MP 111466

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 4 )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________________________ ____________________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: No. 25, Jalan Bintang Emas 11/2, Taman Bintang Emas, Bukit Pasir, 84300, Muar, Johor. DR. M.AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN Nama Penyelia

Tarikh: ___________________________ Tarikh: _____________________________

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

� Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI · PDF filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs

“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan Pengurusan dan Pentadbiran”

Tandatangan : ………………………………………….….

Nama Penyelia : DR. M. AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN

Tarikh :

Page 4: BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI · PDF filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs

BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR DAN LUAR BANDAR DI

DAERAH MUAR

ASRAF MUBARAK BIN ATAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan

(Pengurusan dan Pentadbiran)

Fakulti Pendidikan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2013

Page 5: BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI · PDF filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ………………………………

Nama Penuh : ASRAF MUBARAK BIN ATAN

Tarikh :

Page 6: BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI · PDF filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs

iii

DEDIKASI

Istimewa Untuk

Isteriku Nurul Firdaus, Anak Tercinta Muhammad Amzar Serta Ibuku Hjh Misnah

Dan Bapaku Hj Atan Dan Ahli Keluarga Yang Selalu Memberi Galakkan Dan

Kerjasama Sepanjang Masa

Juga

Pihak Pentadbir Dan Rakan Setugas Di SK Paya Redan, Muar Yang

Bertimbangrasa, Memahami Keadaan Dan Memberi Pelepasan Serta Kelonggaran

Kepada Saya Untuk Mengikut Kelas Pada Hujung Minggu.

Penyelia Yang Dihormati Dr. M. Al-Muz-zammil Bin Yasin Yang Sentiasa Memantau

Serta Memberi Bimbingan Dan Tunjuk Ajar Dari Semasa Ke Semasa.

Rakan-Rakan Yang Banyak Membantu Dan Memberi Galakkan

Dorongan Dan Komitmen Kalian Telah Menguatkan Semangatku

Untuk Meneruskan Perjuangan Jihad Yang Tidak Berkesudahan Ini

Page 7: BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI · PDF filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs

iv

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelia saya, Dr. M.

Al-Muz-zammil Bin Yasin kerana tidak jemu memberi bimbingan dan tunjuk ajar

kepada saya dari permulaan kajian sehinggalah selesai kajian ini. Tidak lupa juga

ucapan terima kasih saya kepada semua pensyarah UTM yang menjadi tenaga

pengajar serta pihak yang terlibat secara langsung bagi program Pesisir Muar ini.

Saya juga ingin berterima kasih kepada pihak pentadbir di lima belas buah

Sekolah Kebangsaan di daerah Muar yang memberikan kerjasama penuh

memberikan kebenaran menjalankan soal selidik di sekolah dan menghantar kembali

kepada saya seadanya. Kerjasama daripada guru-guru di semua sekolah yang

menjadi responden kajian ini juga amat saya hargai kerana mereka sudi meluangkan

masa untuk mendengar dan menjadi responden dalam kajian saya ini.

Akhir sekali, kepada rakan seperjuangan yang telah sama-sama mengharungi

segala suka dan duka sepanjang proses pembelajaran ini. Semangat setia kawan dan

keikhlasan membantu serta sedia berkongsi maklumat akan saya ingat buat

selamanya.

Page 8: BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI · PDF filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap beban tugas guru dalam

pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di kalangan guru-guru Sekolah

Kebangsaan di daerah Muar. Bidang beban tugas dikaji adalah pengurusan,

kemahiran pelaksanaan dan halangan pelaksanaan dihadapi guru di Sekolah

Kebangsaan. Seramai 275 orang guru dari 15 buah Sekolah Kebangsaan di daerah

Muar dipilih secara rawak kelompok. Data dikumpul melalui soal selidik dan

temubual. Temu bual telah dijalankan ke atas empat orang guru dan semua pendapat

daripada penemubual telah direkod dan dirakamkan oleh penyelidik melalui alat

perakam. Semua data telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical

Package for Social Sciences (SPSS) versi 19.0. Analisis data mendapati bahawa

para guru secara keseluruhannya memikul beban tugas dalam pelaksanaan PBS yang

agak tinggi. Min dapatan kajian beban tugas guru dalam bidang pengurusan,

kemahiran pelaksanaan dan halangan pelaksanaan PBS ialah 4.34, 3.83 dan 4.01.

Dapatan kajian juga menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan bagi bidang

pengurusan PBS dan halangan pelaksanaan PBS diantara guru-guru di sekolah

Bandar dan sekolah Luar Bandar di Sekolah Kebangsaan. Walaubagaimanapun,

terdapat perbezaan yang signifikan bagi bidang kemahiran pelaksanaan PBS dengan

dua kategori sekolah dikaji. Akhirnya, cadangan yang bernas untuk mengatasi

masalah beban tugas guru dalam pelaksanaan PBS juga dikemukakan dalam kajian

ini.

Page 9: BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI · PDF filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs

vi

ABSTRACT

The main purpose of the research was to identify the level of workload faced

by the primary school teachers in Muar due to the implementation of the School-

Based Assessment (PBS). Among the areas studied were: the management, the

implementation skills and the obstacles faced by teachers at the schools. A total of

275 teachers from 15 primary schools in Muar had been chosen randomly through

cluster sampling. The data was collected through questionnaires and interviews. The

interviews were conducted on four teachers, and all the opinions of the interviewers

were recorded by researchers using recorder. The data were analyzed using the

Statistical Package for Social Sciences (SPSS) version 19.0. The data revealed that

the overall workload of teachers in the implementation of the PBS task was quite

high. The mean scores of workloads found in the management, implementation

skills and obstacles dimensions were 4.34, 4.01 and 3.83 respectively. The study

also showed that there were no significant differences in term of management and

obstacles faced by teachers in urban and rural schools. However, there were

significant differences between the PBS’s implementing skills between these two

schools. Finally, constructive ideas to overcome the workloads of teachers in the

implementation of PBS were presented in this study.

Page 10: BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI · PDF filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xvi

SENARAI SINGKATAN xix

SENARAI SIMBOL xx

SENARAI LAMPIRAN xxi

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 10

1.4 Objektif Kajian 13

1.5 Persoalan Kajian 13

1.6 Kepentingan Kajian 14

Page 11: BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI · PDF filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs

viii

1.6.1 Kementerian Pelajaran 15

1.6.2 Pihak Pentadbir 15

1.6.3 Guru-guru 16

1.6.4 Pihak-pihak Lain 17

1.7 Skop Kajian 17

1.8 Batasan Kajian 18

1.9 Definisi Istilah / Operasional 19

1.9.1 Beban Tugas Guru 19

1.9.2 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 20

1.9.3 Halangan Pelaksanaan PBS 20

1.9.4 Kemahiran Pelaksanaan PBS 21

1.9.5 Sekolah Kebangsaan 21

1.10 Kesimpulan 21

2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 23

2.2 Pelaksanaan PBS 23

2.2.1 Pengoperasian PBS 24

2.2.2 Jenis Pentaksiran PBS 26

2.2.3 Sistem Pengurusan Pentaksiran

Berasaskan Sekolah (SPPBS) 28

2.2.4 Tugas Pelaksanaan Pentaksiran

Berasaskan Sekolah 29

2.3 Beban Tugas Guru Dalam Pelaksanaan PBS 31

2.3.1 Beban Tugas Guru Dalam Bidang

Pengurusan PBS 32

2.3.2 Beban Tugas Guru Dalam Bidang

Page 12: BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI · PDF filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs

ix

Kemahiran Pelaksanaan PBS 33

2.3.3 Beban Tugas Guru Dalam Bidang

Halangan Pelaksanaan PBS 34

2.4 Kajian Lepas 35

2.4.1 Kajian Dalam Negara 35

2.4.2 Kajian Luar Negara 37

2.5 Cadangan Mengatasi Masalah Dalam

Pelaksanaan PBS 38

2.6 Kesimpulan 40

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 41

3.2 Reka Bentuk Kajian 42

3.3 Lokasi Kajian 44

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 44

3.4.1 Pensampelan Rawak Kelompok

(Cluster Sampling) 46

3.4.2 Pensampelan Tidak Rawak Bertujuan

(Purposive Sampling) 49

3.5 Instrumen Kajian 49

3.5.1 Soal Selidik 50

3.5.2 Temubual 63

3.6 Kajian Rintis 64

3.6.1 Kesahan Instrumen 65

3.6.2 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 65

3.7 Prosedur Kajian 67

3.8 Analisis Data 69

Page 13: BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI · PDF filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs

x

3.8.1 Analisis Data Kuantitatif 70

3.8.2 Analisis Data Kualitatif 71

3.9 Kesimpulan 74

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 75

4.2 Taburan Pengagihan Soal-Selidik Kajian 77

4.3 Latar Belakang Responden 77

4.3.1 Jantina 78

4.3.2 Bangsa 78

4.3 3 Umur 79

4.3.4 Taraf Perkahwinan 79

4.3.5 Kelayakan Akademik Tertinggi 80

4.3.6 Kelayakan Ikhtisas 81

4.3.7 Kategori Sekolah 81

4.3.8 Pengalaman Bertugas Di Sekolah Ini 82

4.3.9 Pengalaman Mengajar 83

4.3.10 Pengalaman Pentaksiran Berasaskan Sekolah 83

4.3.11 Gred Jawatan Guru 84

4.4 Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 85

4.4.1 Analisis Persoalan Kajian 1 : Apakah

tahap beban tugas guru dalam pelaksanaan

PBS dalam bidang Pengurusan PBS dan

Kemahiran Pelaksanaan PBS di Sekolah

Kebangsaan di daerah Muar ? 86

4.4.1.1 Bidang Pengurusan PBS 86

4.4.1.2 Bidang Kemahiran Pelaksanaan PBS 92

Page 14: BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI · PDF filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs

xi

4.4.2 Analisis Persoalan Kajian 2 : Apakah tahap

halangan-halangan dalam pelaksanaan PBS

di Sekolah Kebangsaan daerah Muar ? 98

4.4.2.1 Bidang Halangan Pelaksanaan PBS 98

4.4.3 Analisis Persoalan Kajian 3 : Adakah terdapat

perbezaan yang signifikan dari bidang

pengurusan PBS antara Sekolah Bandar dan

Sekolah Luar Bandar ? 102

4.4.4 Analisis Persoalan Kajian 4 : Adakah terdapat

perbezaan yang signifikan dari bidang kemahiran

pelaksanaan PBS antara Sekolah Bandar dan

Sekolah Luar Bandar ? 103

4.4.5 Analisis Persoalan Kajian 5 : Adakah terdapat

perbezaan yang signifikan dari bidang halangan

pelaksanaan PBS antara Sekolah Bandar dan

Sekolah Luar Bandar ? 104

4.4.6 Analisis Persoalan Kajian 6 : Bagaimanakah

guru-guru berupaya untuk menangani masalah

yang dihadapi dalam pelaksanaan PBS di

Sekolah Kebangsaan (SK) daerah Muar? 105

4.4.6.1 Menggunakan masa di luar waktu

sekolah bagi mengisi markah SPPBS 109

4.4.6.2 Mengadakan perbincangan bersama

rakan guru untuk membina eviden

dan berkaitan isu PBS 111

4.4.6.3 Menggunakan bahan sedia ada dalam

melaksanakan eviden di sekolah 111

4.4.6.4 Mengadakan kursus membina modul

eviden pentaksiran peringkat sekolah 113

4.4.6.5 Membuat benchmarking dengan

Page 15: BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI · PDF filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs

xii

sekolah yang lebih baik pengurusan

PBS 114

4.4.6.6 Mewujudkan jawatan guru penyelaras

bagi setiap subjek PBS 115

4.4.6.7 Membina dan menggunakan borang

sementara (rekod transit) bagi

rekod eviden 116

4.5 Rumusan Analisis Data 117

4.6 Kesimpulan 118

5 DAPATAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 119

5.2 Perbincangan Hasil Kajian 119

5.2.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1 :

Tahap Beban Tugas Pelaksanaan PBS Dalam

Bidang Pengurusan PBS Dan Kemahiran

PBS Di Sekolah Kebangsaan (SK)

Daerah Muar 121

5.2.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 :

Tahap Halangan-halangan Pelaksanaan PBS

Yang Di Hadapi Oleh Guru-guru Di

Sekolah Kebangsaan 125

5.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3 :

Perbezaan Beban Tugas Guru Dalam Bidang

Pengurusan PBS Dengan Kategori Sekolah Iaitu

Sekolah Bandar dan Sekolah Luar Bandar 127

Page 16: BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI · PDF filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs

xiii

5.2.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4 :

Perbezaan Beban Tugas Guru Dalam Bidang

Kemahiran Pelaksanaan PBS Dengan

Kategori Sekolah Iaitu Sekolah Bandar dan

Sekolah Luar Bandar 128

5.2.5 Perbincangan Persoalan Kajian 5 :

Perbezaan Beban Tugas Guru Dalam Bidang

Halangan Pelaksanaan PBS Dengan

Kategori Sekolah Iaitu Sekolah Bandar dan

Sekolah Luar Bandar 129

5.2.6 Perbincangan Persoalan Kajian 6 :

Cara Guru-guru Di Sekolah Kebangsaan

Mengatasi Masalah Yang Timbul Dalam

Pelaksanaan PBS Di Sekolah Daerah Muar 130

5.3 Cadangan Penambahbaikan Supaya Beban Tugas

Dalam Pelaksanaan PBS Di Kalangan Guru Di

Sekolah Kebangsaan (SK) Dapat Dikurangkan 131

5.4 Cadangan Penambahbaikan Kajian 133

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 134

5.6 Kesimpulan 135

RUJUKAN 137

LAMPIRAN A-I 143-186

Page 17: BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI · PDF filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs

xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT

2.1 Pelaksanaan PBS Tahap 1 (Kementerian Pelajaran

Malaysia, 2012) 27

2.2 Pelaksanaan PBS Tahap 2 (Kementerian Pelajaran

Malaysia, 2012) 28

2.3 Tugas-tugas Dalam Pelaksanaan PBS Di

Sekolah Kebangsaan (Kementerian Pelajaran Malaysia,

2012) 30

3.1 Kerangka kajian secara keseluruhan 43

3.2 Jadual penentuan saiz sampel, Krejcie

dan Morgan (1970) 47

3.3 Senarai sekolah dan bilangan guru yang terlibat

sebagai responden 48

3.4 Dimensi soal selidik yang dibina 51

3.5 Skala Likert dalam kajian (Mohd Najib, 2003) 51

3.6 Senarai item soal selidik dari temubual 6 orang

guru PBS 52

3.7 Pembinaan item melalui temubual 55

3.8 Taburan item bagi kajian beban tugas guru 56

3.9 Item yang diubahsuai bagi dimensi

Pengurusan PBS 58

3.10 Item yang diubahsuai bagi dimensi Kemahiran

Pelaksanaan PBS 59

3.11 Senarai item yang diterimapakai sebagai instrumen

soalselidik 61

Page 18: BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI · PDF filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs

xv

3.12 Pemeringkatan kedudukan item berdasarkan nilai

Alpha Cronbach 66

3.13 Analisis pekali kepercayaan Alpha Cronbach

mengikut dimensi soal selidik bagi kajian rintis

(Alpha if Item Deleted) 66

3.14 Penambahbaikan item soalan berdasarkan

‘Alpha Cronbach if item Deleted’ 67

3.15 Kaedah analisis data berdasarkan persoalan kajian 69

3.16 Tahap pemeringkatan min 71

3.17 Proses penganalisisan data kualitatif 73

4.1 Taburan pengagihan soal selidik kajian 77

4.2 Taburan responden mengikut jantina 78

4.3 Taburan responden mengikut bangsa 78

4.4 Taburan responden mengikut umur 79

4.5 Taburan responden mengikut taraf perkahwinan 80

4.6 Taburan responden mengikut kelayakan

akademik tertinggi 80

4.7 Taburan responden mengikut kelayakan ikhtisas 81

4.8 Taburan responden mengikut kategori sekolah 82

4.9 Taburan responden mengikut pengalaman

bertugas di sekolah ini 82

4.10 Taburan responden mengikut pengalaman

mengajar 83

4.11 Taburan responden mengikut pengalaman PBS 84

4.12 Taburan responden mengikut gred jawatan guru 84

4.13 Maklum balas responden terhadap item-item

beban tugas guru dari bidang pengurusan PBS

mengikut min dan sisihan piawai 91

4.14 Maklum balas responden terhadap item-item

beban tugas guru dari bidang kemahiran

Page 19: BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI · PDF filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs

xvi

pelaksanaan PBS mengikut min dan sisihan siawai 96

4.15 Beban tugas guru dari bidang PBS mengikut min

dan sisihan piawai 98

4.16 Maklum balas responden terhadap item-item

beban tugas guru dari bidang halangan

pelaksanaan PBS mengikut min dan

sisihan piawai 101

4.17 Analisis item beban tugas guru bagi bidang

halangan pelaksanaan PBS mengikut min 102

4.18 Keputusan analisis ujian T bagi perbezaan min

pengurusan PBS berdasarkan kategori sekolah 103

4.19 Keputusan analisis ujian T bagi perbezaan min

kemahiran pelaksanaan PBS berdasarkan

kategori sekolah 104

4.20 Keputusan analisis ujian T bagi perbezaan min

halangan pelaksanaan PBS berdasarkan

kategori sekolah 104

4.21 Rumusan analisis ujian T bagi semua bidang

kajian beban tugas guru 105

4.22 Dapatan temubual bersama penyelaras PBS dan

idea yang diberikan 106

4.23 Analisis tema dan responden kajian kualitatif 108

4.24 Rumusan dapatan kajian berdasarkan

persoalan kajian 117

Page 20: BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI · PDF filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs

xvii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH PERKARA MUKA SURAT

2.1 Komponen PBS (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012) 26

Page 21: BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI · PDF filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs

xviii

SENARAI SINGKATAN

ABM - Alat Bantu Mengajar

Bil - Bilangan

EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

FPN - Falsafah Pendidikan Negara

G1 - Guru Sekolah A

G2 - Guru Sekolah B

G3 - Guru Sekolah C

G4 - Guru Sekolah D

ICT - Information and Communication Technology

ILO - Pertubuhan Buruh Antarabangsa

JKPMIBTG - Jawatankuasa Kerja Pelaksana Menangani Isu Beban Tugas Guru

FPM - Fail Perkembangan Murid

FS - Fail Showcase

JPN - Jabatan Pelajaran Negeri

JPNJ - Jabatan Pelajaran Negeri Johor

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

KPPK - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan

KSSR - Kurikulum Standard Sekolah Rendah

LPM - Lembaga Peperiksaan Malaysia

M - Min

MCE - Malaysian Certificate of Education

NRKA - National Key Result Areas / Bidang Keberhasilan Utama Negara

NUTP - National Union Of The Teaching Profession

P d P - Pembelajaran dan Pengajaran

PBS - Pentaksiran Berasaskan Sekolah

PIBG - Persatuan Ibu Bapa dan Guru

PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

Page 22: BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI · PDF filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs

xix

PPD - Pejabat Pelajaran Daerah

S - Setuju

SD - Sisihan Piawai

SK - Sekolah Kebangsaan

SS - Sangat Setuju

SMM - Sistem Maklumat Murid

SPI - Surat Pekeliling Ikhtisas

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPPBS - Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

SPS - Sistem Pengurusan Sekolah

SPSS - Statistical Package for Social Sciences

STPM - Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

STS - Sangat Tidak Setuju

TP - Tidak Pasti

TS - Tidak Setuju

TTG - Tugas dan Tanggungjawab Guru

UPPM - Ujian Pentaksiran Pencapaian Murid

UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah

Page 23: BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI · PDF filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs

xx

SENARAI SIMBOL

% - Peratus

f - Kekerapan

� - Alpha

df - Degrees of Freedom

p - Nilai Signifikan

Page 24: BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI · PDF filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs

xxi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 144

B Transkripsi Temubual Dengan Guru

SK Bakri Batu 5 Di Daerah Muar 151

C Transkripsi Temubual Dengan Guru

SK Pekan Pagoh Di Daerah Muar 154

D Transkripsi Temubual Dengan Guru

SK Bakri Bt 2 Di Daerah Muar 158

E Transkripsi Temubual Dengan Guru

SK Jorak Di Daerah Muar 161

F Senarai Pengguna SPPBS Daerah Muar 164

G Nilai Analisis Data- Kajian Rintis 167

H Nilai Analisis Data- Kajian Sebenar 172

I Nilai Analisis Ujian T Sampel Tidak

Bersandar 183

J Surat Kelulusan Bahagian Perancangan

Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan 185

Surat Kelulusan PPD Muar 186

Page 25: BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI · PDF filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Beban tugas kerja guru dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

(PBS) sering menjadi isu perdebatan masalah pendidikan beberapa tahun ini.

Pelaksanaan kurikulum dan pentaksiran baru memberi penekanan kerja guru atas

sebab perubahan silibus, konsep pengajaran, jens pentaksiran dan bahan-bahan yang

terlibat dalam tugas pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana guru merupakan agen

perubahan dalam sistem pendidikan negara. Seorang agen perubahan merupakan

individu yang akan mempengaruhi keputusan orang lain (murid dan rakan sekerja)

untuk beranjak ke arah yang dikehendaki oleh agensi perubahan (Akhiar, Shamsina

dan Muhamad, 2012). Keadaan ini memerlukan pengorbanan dan kesediaan guru

untuk bergerak dan berubah seiring dengan perubahan keperluan pendidikan.

Perubahan memerlukan guru sentiasa peka, rajin dan bersemangat untuk

melaksanakan tugas guru di sekolah.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah telah dilaksanakan pada murid tahun 1 di

seluruh negara bermula tahun 2011 (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011a).

Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran yang

dilaksanakan di semua sekolah. PBS dirancang, ditadbir, diskor, direkod dan

dilaporkan secara terancang mengikut set prosedur yang telah ditetapkan oleh

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Penilaian PBS adalah bersifat holistik iaitu

secara menyeluruh meliputi aspek kognitif, afektif, psikomotor selaras dengan

Page 26: BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI · PDF filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs

2�

Falsafah Pendidikan Malaysia dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Sistem PBS yang dilaksanakan mampu memberi maklumat secara menyeluruh

berkenaan prestasi murid dari segi pengetahuan, kemahiran serta pengamalan nilai

murni murid secara berterusan. Komponen penilaian dalam PBS terdiri daripada

Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan

Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik.

Konsep pelaksanaan PBS bukanlah suatu konsep penilaian yang baru. Ianya

sering dilakukan oleh guru di sekolah seperti kuiz, projek, soal jawab dan kerja

rumah. Namun demikian ianya tidak direka dengan baik dan tiada standard yang

ditetapkan. PBS yang dijalankan kini telah ditetapkan standard dan dokumentasi cara

pelaksanaan supaya pelaksanaannya mampu meliputi semua aspek Falsafah

Pendidikan Negara iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).

Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu bidang akademik dan juga bukan

akademik (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Penilaian PBS yang dijalankan

adalah bersifat fleksibel iaitu kaedah pentaksiran boleh dipelbagai dan diubah

mengikut situasi, murid, keperluan serta kesediaan murid semasa.

PBS boleh dilaksanakan dengan menggunakan dua kaedah iaitu formatif dan

sumatif. Melalui kaedah formatif, satu set latihan, soalan atau penilaian akan

diberikan kepada murid selepas proses pengajaran dan pembelajaran setiap hari atau

selepas sesuatu unit diajar. Kaedah sumatif pula merupakan set soalan atau penilaian

diberikan pada akhir unit pembelajaran, semester atau tahun. Penilaian yang

dijalankan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak sekolah dan pentaksirannya

dilaksanakan oleh guru matapelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Setiap prosedur dan langkah pentafsiran PBS dilaksanakan

sepenuhnya oleh guru dan pihak sekolah yang bermula dari aspek perancangan,

pembinaan item, instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan, perekodan dan

pelaporannya. Guru merekabentuk penilaian berdasarkan prestasi dan keupayaan

semasa murid.

Page 27: BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI · PDF filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs

3�

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran

yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras

dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Kurikulum Kebangsaan.

Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik.

Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Pusat (PP) dan Pentaksiran Sekolah

(PS), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik

(PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)

(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Kedua-dua kategori ini memberi

kepercayaan dan kuasa autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran

berbentuk formatif dan sumatif yang dijalankan di sekolah.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang dilaksanakan meliputi pelbagai tugas

serta kerja yang perlu dilaksanakan oleh guru. Tugas pelaksanaan PBS yang pelbagai

kadangkala menimbulkan suasana yang negatif kepada guru. Guru merasakan tugas

penilaian PBS memerlukan masa pelaksanaan yang lama dan kemahiran yang tinggi

untuk dilaksanakan. Ini ditambah lagi dengan konsep penilaian yang berterusan dan

sepanjang masa menyebabkan tugas yang tidak kunjung habis kepada guru.

1.2 Latar Belakang Masalah

Beban tugas guru dilihat semakin bertambah dengan perubahan kehendak

semasa. Pelaksanaan KSSR dan penilaian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

dilihat meningkatkan tahap beban tugas guru di sekolah. Guru berasa tertekan

dengan pertambahan tugas sedia ada dan proses pelaksanaan baru yang memerlukan

komitmen tinggi guru dan pihak sekolah.

Kemahiran dan penggunaan alatan ICT yang tinggi diperlukan untuk

melaksanakan PBS di sekolah. Guru menggunakan kemahiran penggunaan dan

peralatan ICT seperti komputer, alat cetak, mesin imbas dan pelbagai perisian seperti

microsoft word, powerpoint, excel, paint dan internet untuk membina instrumen.

Page 28: BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI · PDF filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs

4�

Instrumen yang dibina oleh guru harus menggabungkan perkataan, gambar, gambar

rajah, dan pelbagai media. Instrumen yang dibina mestilah mampu menguji murid

dan memenuhi kehendak Lembaga Peperiksaan Malaysia. Guru mesti

melengkapkan diri dengan kemahiran menggunakan komputer, mengakses internet

dan menggunakan segala peralatan ICT yang disediakan. Menurut Akhiar et al

(2012), guru-guru abad ke-21 perlu terus mempelajari teknologi terkini yang dapat

menggalakkan pembelajaran murid serta memenuhi tujuan peningkatan profesional

guru sendiri.

Tugas yang pelbagai dalam prosedur PBS memerlukan komitmen yang tinggi

daripada guru dan pelaksana PBS. Komitmen yang tinggi ini sedikit sebanyak

mewujudkan beban tugas guru di sekolah. Guru perlu memberikan sepenuh

komitmen dalam membuat eviden, memeriksa eviden, merekod dan menyimpan

keputusan dalam sistem online setiap minggu. Guru perlu memberi ruang masa

menanda eviden hampir setiap hari dan memasukkan eviden ke dalam fail murid

yang mencecah ratusan fail setiap minggu. Ini mengambil purata guru mengajar

empat kelas berlainan dalam seminggu dan setiap kelas mempunyai 35 orang murid.

Maka guru perlu menyenggara eviden dan fail berjumlah 120 selepas setiap kali

pentaksiran dijalankan. Ini kerana prosedur PBS perlu dilaksanakan hampir setiap

hari semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas. Rutin

tugas yang pelbagai memerlukan guru memberikan sepenuh perhatian dari segi masa,

tenaga dan kemampuan setiap hari. Komitmen guru di sekolah akan menentukan

keberkesanan pembelajaran, kemajuan pelajar dan pencapaian matlamat sekolah. Ini

selaras dengan kenyataan Robiah (1998) iaitu pengajaran yang berkesan oleh

seseorang guru itu adalah penggerak utama kepada segala pembaharuan dalam

kurikulum.

Prosedur pelaksanaan PBS memerlukan guru melaksanakan pelbagai tugas

yang rencam dan diluar tugas utama mengajar di sekolah. Terdapat pelbagai tugas

sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan PBS. Bagi eviden, guru perlu melakukan

proses membina, memeriksa, mencetak, menanda, merekod dan menyimpan. Guru

juga perlu melaksanakan pelbagai tugas seperti menyediakan bilik PBS,

Page 29: BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI · PDF filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs

5�

menyenggara eviden, menguruskan pelbagai fail eviden, showcase dan sebagainya.

Ini menyebabkan timbulnya lambakan kerja yang tidak kehabisan, seterusnya

meningkatkan tahap beban tugas guru. Akhiar et al. (2012) menyatakan selain

mengajar, guru juga perlu melakukan tugas-tugas perkeranian seperti menyemak

buku latihan murid, menyemak kertas ujian, merekodkan kemajuan murid, menanda

kedatangan, menyimpan fail, membuat nota pelajaran dan menulis surat kepada ibu

bapa serta penjaga berkenaan hal ehwal murid. Ini jelas menunjukkan melalui

pelaksanaan PBS, semakin bertambah tugas guru di sekolah dan menyebabkan tugas

utama sebagai pengajar semakin terhimpit dan kurang diberikan penekanan oleh

guru.

Bagi meningkat kemahiran serta maklumat semasa guru, banyak kursus atau

program dijalankan bagi membolehkan guru-guru memperolehi kemahiran dan

maklumat yang terkini. Guru dikehendaki mengikuti pelbagai kursus atau program

anjuran kementerian, JPN, PPD dan sekolah. Kursus berkenaan meliputi bidang

KSSR, PBS, sistem SPPBS, sistem fail, bilik PBS, alatan PBS dan bermacam-macam

lagi supaya guru dapat melaksanakan KSSR dan PBS di sekolah dengan berkesan.

Namun demikian meskipun pelbagai program dan kursus yang dijalankan, didapati

masih lagi terdapat masalah timbul dalam pelaksanaan program PBS. Kursus yang

dijalankan selama hampir seminggu kepada wakil setiap sekolah meliputi hampir

keseluruhan intipati penting pelaksanaan PBS. Kursus ini sepatutnya mampu

memberi gambaran, maklumat serta kemahiran yang diperlukan oleh guru. Akan

tetapi masalah wujud apabila guru yang menghadiri kursus pulang ke sekolah dan

memberikan kursus dalaman di sekolah hanya selama dua jam. Situasi ini

meningkatkan kadar kecairan maklumat berlaku dan mengurangkan kadar

keberkesanan kursus. Menurut Robiah (1998), dari kaca mata peserta kursus,

keberkesanan ini biasa dilihat dari kesan program terhadap perkembangan

profesional dan keprofesionalan dalam pengajaran iaitu termasuklah dalam aspek

penyuburan diri guru, dalam pekerjaan mereka, peningkatan atau pengukuhan

keyakinan diri, memupuk kemahiran, mengemaskinikan pengetahuan secara

berterusan, mendalami dan memahami dengan meluas tentang apa yang mereka ajar

dan menambahkan kesedaran tentang sebab mereka perlu berbuat sesuatu dalam bilik

darjah.

Page 30: BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI · PDF filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs

6�

Melalui pelaksanaan PBS, didapati guru memperuntukkan masa yang banyak

dalam PBS berbanding tugas mengajar di sekolah. Guru menggunakan masa yang

banyak untuk membina eviden, menanda eviden, merekod eviden, menyimpan

eviden dalam fail serta merekod keputusan. Dapatan kajian Yazi (2006) mendapati

guru menggunakan masa 52.40 jam seminggu bagi melaksanakan tugas akademik

manakala 31.86 jam seminggu bagi tugas bukan akademik. Ini menunjukkan dalam

sehari guru menggunakan lebih 10 jam untuk tugas akademik. Berdasarkan tugas

pengurusan PBS yang banyak seperti mengurus eviden, membuat pentaksiran dan

merekod eviden, maka tugas akademik guru semakin bertambah dan ianya akan

melebihi penggunaan 10 jam sehari berbanding tahun 2006. Ini menyebabkan guru

merasakan masa tidak mencukupi dan menyebabkan guru terpaksa melakukan tugas

sekolah di rumah. Situasi ini mewujudkan beban tugas disebabkan kekurangan masa

untuk melaksanakan semua tugas tersebut.

Guru banyak melaksanakan tugas PBS di luar waktu sekolah iaitu sama ada

di sekolah selepas waktu persekolahan atau di rumah. Ini secara langsung

memberikan tekanan kepada guru untuk menyiapkan segala tugas yang diperolehi.

Disebabkan kesuntukan masa di sekolah, guru selalu membawa kerja sekolah ke

rumah seperti memeriksa kertas pentaksiran, merekod dalam sistem SPPBS,

membina instrumen dan pelbagai lagi. Waktu berkualiti bersama keluarga

kadangkala terpaksa digunakan untuk membuat proses PBS di rumah. Sebagai

contoh ketika hari cuti, kebanyakan guru masih lagi membawa balik kertas ujian,

membuat rekod ujian, membina instrumen ujian, membina lembaran kerja dan lain-

lain. Ini menunjukkan bahawa tugas guru memang tidak dapat diselesaikan

sepenuhnya pada waktu bertugas di sekolah. Guru terpaksa membahagikan kerja

yang utama untuk diselesaikan dan kerja sampingan dilakukan di luar waktu kerja.

Situasi ini menujukkan bebanan tugas wujud dalam PBS sehingga ianya

mengganggu waklu di luar waktu kerja guru.

Dalam pelaksanaan PBS, guru perlu menyedia dan menggunakan pelbagai

alatan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan alatan dalam kaedah

pentaksiran PBS memerlukan guru sendiri menyedia atau menghasilkan bahan bantu

Page 31: BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI · PDF filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs

7�

mengajar yang sesuai. Guru perlu membuat senarai keperluan dan menyediakan

segala kelengkapan dan peralatan yang diperlukan. Alatan yang pelbagai

memerlukan kemahiran menggunakannya serta kemahiran menghasilkannya jika

tiada di sekolah. Menurut Abd Ghafar (2003), sebagai guru kita perlu bijak memilih

media yang paling sesuai dengan kehendak pelajar dan dapat mencapai objektif-

objektif pengajaran. Proses menghasilkan media seperti lembaran kerja, objek, slaid

tayangan, persembahan powerpoint, video, gambar, dan lain-lain memerlukan

kemahiran guru memanipulasi segala alatan yang sedia ada. Kadang-kadang guru

terpaksa menggunakan wang sendiri untuk membeli bahan keperluan serta

menggunakan barangan peribadi sebagai alat bahan bantu mengajar. Situasi ini

kadang kala meningkatkan kerisauan guru untuk meyediakan pelbagai alatan supaya

sesi pengajaran dan pembelajaran yang direka dapat dijalankan dengan lebih

berkesan.

Melalui sistem PBS, guru dan pihak sekolah terpaksa menyediakan dan

menyenggara fail dan sistem fail yang pelbagai. Setiap orang murid akan

mempunyai satu fail perkembangan. sekiranya jumlah murid tahun satu adalah

seramai 100 orang, maka 100 fail perlu diwujudkan. Ini ditambah dengan satu fail

dinamakan fail showcase setiap kelas dan fail peribadi setiap guru untuk setiap mata

pelajaran. Pihak sekolah terpaksa menyediakan ruang yang besar bagi menyimpan

fail yang akan bertambah seiring dengan pertambahan murid. Guru juga menghadapi

masalah untuk memasukkan eviden ke dalam setiap fail perkembangan murid.

Sebagai contoh bagi guru yang mengajar 4 kelas seminggu dengan purata 35 orang

murid dalam satu kelas, maka guru mesti memasukkan eviden dalam 140 fail setiap

minggu. Penggunaan masa yang banyak diperlukan bagi memasukkan eviden ke

dalam 140 fail murid. Beban tugas serta serta penggunaan masa guru akan

bertambah setiap minggu. Ini dilihat sangat tidak praktikal kerana jangkamasa

memasukkan eviden yang terlalu lama itu boleh digunakan untuk membuat

persediaan tugas pengajaran di dalam kelas.

Peningkatan beban tugas dan tekanan kerja menyebabkan semakin ramai

kalangan guru terdedah kepada risiko mengalami tekanan perasaan (Utusan Malaysia

Page 32: BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI · PDF filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs

8�

Online, 18 Mei 2009). Peningkatan beban tugas ini menyebabkan ramai pendidik

mengalami tekanan kerana tidak mampu berdepan dengan perkembangan semasa

serta memenuhi kehendak perubahan. Hal ini adalah disebabkan pendidik adalah

insan yang memiliki keupayaan serta kemahiran yang berbeza-beza. Tekanan

berpunca daripada pihak sekolah, rakan sekerja, murid-murid, dan masyarakat yang

inginkan pencapaian yang positif daripada guru. Tekanan ini ditambah dengan

ekspektasi stakeholder yang tinggi yang memberi kesan dalam peningkatan beban

tugas guru. Masyarakat, murid dan kementerian sentiasa berfikir guru mampu

memberikan apa sahaja perkhidmatan kepada murid tanpa memikirkan kesanggupan

dan kekangan masa yang dihadapi oleh guru. Peratusan kadar stress dalam kalangan

pekerja di Malaysia yang telah dicatatkan pada tahun 2011 juga menunjukkan

bahawa guru berada pada tempat keempat dengan peratusan sebanyak 45.8 %

berbanding pekerjaan-pekerjaan yang lain seperti jururawat, doktor dan sebagainya

(Mohd Nasaruddin, 2011). Ini menunjukkan tugas guru bukanlah mudah dan tiada

beban tugas.

Pihak kementerian telah merancang pelbagai program bagi meringankan

beban tugas guru berkaitan PBS di sekolah. Sokongan dari JPN, PPD dan pentadbir

sekolah dalam meringankan beban tugas guru perlu selaras dan boleh membantu

meringankan beban tugas guru. Adakalanya pihak sekolah melakukan aktiviti seperti

motivasi, penggiliran jawatan, post mortem aktiviti yang telah dilaksanakan, dan

lain-lain bagi memastikan guru-guru tidak berasa tertekan di sekolah. Kementerian

memandang serius usaha mengurangkan isu beban tugas guru. Banyak artikel

terpampang di dada akhabar seperti “14 Isu Beban Guru Ditangani”(Utusan Online,

17 Mei 2012), “Khidmat Pembantu Mampu Atasi Beban Tugas Guru di Sekolah”

(Berita Harian Online, 13 Mei 2010), “Perdana Menteri Azam Kurangkan Beban

Guru” (Utusan Online, 8 Februari 2013), “Sokongan Sosial Bantu Kurangkan Beban

Guru” (Utusan Online, 24 Januari 2008) dan sebagainya. Perubahan, aktiviti,

program, insentif yang diberikan kepada guru dilihat kurang memberi kesan yang

banyak dan mampu mengurangkan beban tugas guru kerana dilihat semakin banyak

jawatan dan tugas baru diwujudkan dari masa ke masa. Maka keberkesanan usaha

yang telah dilakukan dilihat masih lagi tidak mampu mengurangkan beban tugas

guru secara menyeluruh.

Page 33: BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI · PDF filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs

9�

Penerimaan ibu bapa tentang konsep dan penerimaan pelaksanaan PBS

sedikit sebanyak menimbulkan kerisauan kepada guru. Guru selalu mendapat

rungutan ibu bapa berkenaan kemajuan dan kedudukan pencapaian anak-anak

mereka di sekolah. Ibu bapa beranggapan pembelajaran tanpa peperiksaan boleh

menimbulkan kesan yang negatif terhadap fokus dan matlamat murid-murid di

sekolah. � Selain guru, para ibu bapa juga perlu diberikan pemahaman yang jelas

mengenai perlaksanaan PBS agar tidak timbul kecelaruan dengan membuat

tanggapan negatif terhadap sistem pembelajaran baharu itu (Utusan Online, 22

Oktober 2012). Tanggapan negatif dan ketiadaan kerjasama dari masyarakat

membuatkan guru rasa tertekan dengan pelaksanaan PBS kerana ibu bapa kurang

memberi sokongan moral terhadap anak-anak dan sistem pentaksiran baru ini.

Pelaksanaan sistem PBS atas talian iaitu Sistem Pengurusan Pentaksiran

Berasaskan Sekolah (SPPBS) didapati meningkatkan kerisauan dan seterusnya

meningkatkan beban tugas guru di sekolah. Guru dikehendaki merekod setiap

instrumen yang dijalankan di sekolah. Minimum satu ujian dijalankan bagi setiap

mata pelajaran untuk seminggu. Maka guru perlu memasukkan rekod pentaksiran

secara rutin setiap minggu. Masalah yang timbul adalah tiada panduan pengguna

untuk menggunakan sistem yang digunakan. Guru terpaksa memahirkan diri

menggunakan sistem dan membuat kemasukan rekod. Guru juga menghadapi

masalah akibat capaian internet yang lemah serta kesesakan sistem yang berlaku

hampir setiap masa. Adakalanya guru terpaksa bangun di awal pagi semata-mata

untuk memasukkan rekod pentaksiran dalam SPPBS. Akibat kesesakan sistem atas

talian, guru sering memasukkan rekod pentaksiran di rumah dan ini mengganggu

masa berkualiti guru bersama keluarga masing-masing. Capaian Sistem Pengurusan

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) sering tergendala dan sukar diakses oleh

guru adalah disebabkan bilangan pengguna mencecah 40,000 orang dalam satu-satu

masa (Utusan Online, 7 November 2012).

Prestasi pencapaian KSSR dan pentaksiran PBS yang dijalankan bergantung

kepada tahap kesediaan guru dan sekolah sepenuhnya. Kajian oleh Sanitah dan

Norsiwati (2012) terhadap kesediaan guru matematik melaksanakan KSSR di daerah

Page 34: BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI · PDF filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs

10�

Kluang, Johor, mendapati bahawa tahap kesediaan minat guru, sikap guru dan

kemahiran guru adalah pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa kesediaan

minat dan sikap guru yang positif mengajar KSSR akan memberikan impak yang

berkesan dalam proses pelaksanaan KSSR. Guru perlu bersedia dari semua segi dan

bersedia mengorbankan masa, tenaga dan kepentingan diri dalam melaksanakan

KSSR dan PBS. Ini kerana kurikulum baru dan sistem pentaksiran baru selalunya

terdapat banyak kelemahan dan penambahbaikan akan sentiasa berlaku sehingga

sampai satu tahap kesempurnaan dicapai. Oleh itu guru perlu bersedia untuk berubah

mengikut ketetapan baru serta bersedia memperbaiki kelemahan diri.

1.3 Penyataan Masalah

Beban tugas guru yang berlaku adalah berbeza dari segi gred sekolah dan

matlamat sekolah. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kelainan ini seperti

beban kerja guru, latar belakang guru, dasar semasa, gaya pentadbiran, ciri-ciri guru,

disiplin pelajar, penyertaan masyarakat dan persekitaran, matlamat sekolah dan

sebagainya. Faktor tersebut saling berkaitan dan memberi kesan secara langsung

terhadap situasi di sekolah dan warganya.

Tugas guru masa kini amat berbeza dengan tugas guru 20 tahun yang lepas.

Masa kini guru selain mengajar dilibatkan dengan pelbagai tugas berkaitan

kurikulum, pentadbiran, perkeranian, hal ehwal murid dan sebagainya. Terdapat

banyak kajian yang menunjukkan wujudnya beban tugas berlaku pada guru. Dapatan

kajian Yazi (2006) menunjukkan guru menggunakan masa sebanyak 84 jam

seminggu dalam bidang akademik sahaja. Ini jelas melebihi 48 jam yang

diperuntukkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO). Selain itu dapatan Tan

Lay Sim (2012) mendapati beban tugas guru adalah pada tahap yang tinggi dengan

nilai min 4.04 bagi bidang Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum. Ini juga

selaras dengan dapatan kajian Azita (2012) juga mendapati tahap beban tugas yang

tinggi bagi guru dengan nilai min 3.80 bagi bidang pentadbiran, bidang pengajaran

dan pengurusan kelas serta bidang tugasan sampingan. Pelaksanaan KSSR dan

Page 35: BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI · PDF filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs

11�

proses PBS yang dijalankan meningkatkan lagi peluang kenaikan beban tugas guru di

sekolah. Penglibatan guru dalam pelbagai tugas dan menggunakan masa yang lama

dalam PBS ini sedikit sebanyak mempengaruhi komitmen guru terhadap sekolah. Ini

secara langsung mempengaruhi prestasi akademik pelajar dan prestasi guru

khususnya. Ini ditambah lagi dengan harapan yang tinggi terhadap guru untuk

melaksanakan tugas dan mencapai objektif KSSR dan PBS daripada stakeholder

iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN),

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), ibu bapa serta masyarakat. Situasi ini

menyebabkan tekanan dan beban tugas guru bertambah.

Guru di Sekolah Kebangsaan menyatakan mereka sering melaksanakan

pelbagai tugas berkaitan dengan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

seperti membuat eviden, menanda eviden, merekod eviden, dan menyimpan eviden

dalam fail murid yang banyak. Ini kerana pengurusan tugas tersebut memerlukan

penggunaan masa yang agak lama dan kemahiran yang tinggi. Sebagai contoh jika

guru mengajar 4 kelas yang purata murid seramai 35 orang. Guru perlu mengurus

eviden minimum sebanyak 140 seminggu. Ini belum termasuk kerja menanda buku

latihan atau buku aktiviti. Ini ditambah lagi dengan guru perlu merekabentuk eviden

yang berlainan mengikut tahap keupayaan murid dalam setiap kelas. Ini

menyebabkan mereka kekurangan masa untuk membuat persediaan untuk mengajar

di sekolah. Kadangkala tugas-tugas tersebut perlu dilakukan secara mendadak dan

segera. Satu kajian oleh Azizi, Tee & Sharifudin (2010) di 9 buah sekolah teknik di

Johor mendapati bahawa faktor beban kerja adalah faktor kedua tertinggi bagi stress

di kalangan guru dengan skor min 3.00. Manakala dapatan kajian Raja Maria di

sekolah menengah di Pasir Puteh mendapati faktor kekangan masa merupakan skor

min tertinggi (2.66) diikuti dengan faktor beban tugas (2.58) bagi mengkaji faktor

yang mendorong tekanan kerja di kalangan guru-guru. Dapatan tersebut

menunjukkan faktor kekangan masa dan beban tugas mampu mempengaruhi

komitmen guru dalam menjalankan tugas mereka di sekolah.

Ramai guru di Sekolah Kebangsaan merungut mengenai beban jawatan dan

tugas yang perlu dilakukan di sekolah berkaitan dengan PBS. Pelaksanaan PBS

Page 36: BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI · PDF filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs

12�

menambah tugas guru dalam bidang pengajaran dan pentaksiran murid (Azuan Md

Noh, komunikasi peribadi, 12 Ogos 2013). Semua tugas yang ditanggung oleh guru

telah ditentetukan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan ianya terkandung

dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2007. Guru Besar sebagai

pentadbir pula berdasarkan surat lantikan sebagai ketua jabatan berhak untuk

melantik guru untuk menjalankan tugas-tugas di sekolah. Guru di Sekolah

Kebangsaan merungut kerana proses pentaksiran baru iaitu PBS adalah terlalu

banyak dan berbeza dengan pentaksiran sedia ada. Maka wujud perbezaan tugas di

antara guru yang terlibat dengan kurikulum baru KSSR dengan kurikulum lama

KBSR. Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati kerana pembahagian tugas yang

dirasakan tidak adil. Guru-guru yang dipilih mengajar KSSR dan PBS dipilih tanpa

melihat kesediaan guru dari segi kemahiran dan kemampuan guru. Pihak pentadbir

memilih guru berdasarkan keperluan dan mengharapkan guru berusaha untuk

melengkapkan diri sendiri sebagai langkah persediaan menghadapi cabaran KSSR

dan PBS. Pentadbir memilih guru matapelajaran PBS tanpa melihat kemahiran guru,

tetapi melihat matapelajaran asal semasa guru sahaja (Juliana Ahmad, komunikasi

peribadi, 12 Ogos 2013).

Banyak program dan aktiviti yang telah dilakukan oleh pihak kementerian,

JPN, PPD dan sekolah bagi menangani isu beban tugas guru berkaitan PBS di

sekolah. Jawatankuasa Kerja Pelaksana Menangani Isu Tugas Guru sedang

melaksanakan 28 perakuan bagi menangani 14 isu yang memberi kesan terhadap

beban tugas guru termasuk memperkenalkan sistem tunggal kemasukan data (Utusan

Online, 17 Mei 2012). Akan tetapi guru di Sekolah Kebangsaan banyak mengatakan

aktiviti yang dijalankan masih tidak mampu menangani atau menyelesaikan isu

beban tugas guru seperti yang diharapkan. Sekolah telah mengadakan aktiviti seperti

latihan dalam perkhidmatan, ceramah, mesyuarat, dan lain-lain bertujuan untuk

mengurus isu PBS. Menurut Akhiar et al. (2012), satu cara untuk terus seiring

dengan perubahan dan perkembangan semasa adalah dengan mengikuti latihan dalam

perkhidmatan. Guru-guru di Sekolah Kebangsaan banyak menyatakan latihan dalam

perkhidmatan yang dijalankan di sekolah tidak memberikan banyak input maklumat,

kemahiran atau sokongan yang diperlukan bagi menjalankan tugas. Pihak sekolah

banyak merangka latihan secara tangkap muat dan tidak berdasarkan keperluan

Page 37: BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI · PDF filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs

13�

semasa guru-guru. Maka dilihat kepentingan program yang dijalankan perlulah

ditentukan dan dinilai dari masa ke masa berdasarkan keperluan semasa setiap

sekolah.

Oleh itu, kajian ini dibuat untuk mengenalpasti tahap beban tugas berkaitan

PBS dalam kalangan guru sekolah kebangsaan di daerah Muar. Beban tugas guru

cuba dikaji dari segi aspek pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS),

keberkesanan program dan aktiviti berkaitan PBS dan cadangan penambahbaikan

akan dikemukakan untuk mengurangkan beban tugas guru.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk:

i) Mengenal pasti tahap beban guru yang dihadapi dalam aspek pelaksanaan

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

ii) Mengetahui sama ada terdapat perbezaan beban tugas guru di antara dua

kategori sekolah yang dikaji (Bandar dan Luar Bandar).

iii) Mengemukakan cadangan supaya beban tugas di kalangan guru dalam aspek

PBS di Sekolah Kebangsaan dapat dikurangkan.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini bertujuan mencari jawapan kepada beberapa persoalan di bawah:

Page 38: BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI · PDF filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs

14�

i) Apakah tahap beban tugas guru dalam aspek pelaksanaan PBS di Sekolah

Kebangsaan daerah Muar?

ii) Apakah tahap halangan-halangan dalam pelaksanaan PBS di Sekolah

Kebangsaan daerah Muar?

iii) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek pengurusan PBS dalam

pelaksanaan PBS antara sekolah Bandar dan Luar Bandar?

iv) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek kemahiran pelaksanaan

PBS dalam pelaksanaan PBS antara sekolah Bandar dan Luar Bandar?

v) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek halangan pelaksanaan

PBS dalam pelaksanaan PBS antara sekolah Bandar dan Luar Bandar?

vi) Bagaimanakah guru-guru berupaya untuk menangani masalah yang dihadapi

dalam pelaksanaan PBS di Sekolah Kebangsaan?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan di kalangan guru-guru Sekolah Kebangsaan kategori

Berprestasi Tinggi, Bandar dan Luar Bandar di daerah Muar, Johor. Kajian ini

dijalankan bagi mengenalpasti sejauh mana beban tugas seorang guru dan cadangan

program atau aktiviti bagi mengatasi masalah beban tugas yang dihadapi di kalangan

guru. Di samping itu, cadangan penambahbaikan berkenaan aktiviti serta program

yang sesuai dijalankan juga dikemukakan supaya dapat mengatasi masalah beban

tugas guru berdasarkan dapatan yang diperolehi. Diharap cadangan aktiviti tersebut

dapat dijalankan di semua peringkat institusi pendidikan seterusnya dapat

mengurangkan ketidakselesaan guru dalam menghadapi ketegangan dan konflik

dalam pekerjaan. Kajian ini dijalankan sebagai panduan dan rujukan kepada mereka

yang terlibat dengan bidang pendidikan iaitu Kementerian Pelajaran, pihak pentadbir,

Page 39: BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI · PDF filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs

15�

semua lapisan guru dan pihak-pihak lain. Dengan adanya kajian ini, ianya sedikit

sebanyak membantu kita melihat dengan lebih jelas lagi senario beban tugas guru

berkaitan PBS yang berlaku di sekolah rendah dan mengatasinya.

1.6.1 Kementerian Pelajaran

Hasil kajian ini dapat memberi gambaran kepada pihak kementerian tentang

beban tugas dan tekanan kerja yang sering dihadapi oleh para guru pada masa kini

berkaitan PBS. Di samping itu, kajian ini dapat memberi garis panduan kepada

pihak kementerian dalam mengkaji semula tentang tugas guru yang sepatutnya

dijalankan oleh para guru dan seterusnya dapat mengurangkan beban tugas guru.

Dengan ini membolehkan para guru mempunyai lebih banyak masa untuk memberi

tumpuan kepada aspek pengajaran dan pembelajaran di sekolah pada setiap masa hari

persekolahan. Pihak kementerian juga dapat menyemak semula norma perjawatan

guru dan mengenal pasti keadaan bekerja guru mengikut lokasi, jenis dan saiz

sekolah. Maklumat ini penting supaya pembuat dasar dapat menentukan pendekatan

yang terbaik bagi menangani masalah guru di sekolah.

1.6.2 Pihak Pentadbir

Hasil dapatan kajian ini dapat memberi petunjuk atau maklumat sebenar

kepada pihak pentadbir, khususnya Guru Besar tentang tahap beban tugas yang

ditanggung oleh guru di bawah seliaan berkaitan dengan pelaksanaan PBS di

sekolah. Dapatan ini diharap memberi panduan kepada guru besarsemasa mengambil

tindakan yang bersesuaian berkaitan PBS. Pihak pentadbir haruslah memberikan

sesuatu tugas kepada guru mengikut keupayaan dan kebolehannya. Peningkatan

kemahiran dan pengetahuan guru-guru perlu diambilkira dan dititikberatkan dalam

pelaksanaan PBS supaya tugas yang dilaksanakan berjalan lancar. Peningkatan

profesionalisme guru perlu seiring dengan perubahan sistem pendidikan negara.

Page 40: BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI · PDF filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs

16�

Pihak pentadbir diharapkan mengambil perhatian terhadap sebarang penambahan

tugas guru supaya tidak terlalu membebankan sehingga mengganggu tugas

pengajaran dan pembelajaran. Selain itu halangan dalam pelaksanaan PBS dapat

dikenalpasti dan di kurangkan di sekolah. Cadangan penambahbaikan akan

disarankan kepada Guru Besar melalui JPN untuk mengurangkan atau mengatasi isu

berkaitan dengan beban tugas guru terutamanya dengan isu pelaksanaan Pentaksiran

Berasaskan Sekolah di Sekolah Kebangsaan.

1.6.3 Guru-guru

Hasil dapatan kajian ini dapat membantu para guru mengenalpasti tugas-tugas

yang memberikan beban tugas dan tugas utama berkaitan dengan PBS yang

seharusnya dilakukan oleh mereka di sekolah. Guru-guru memahami bahawa beban

tugas adalah suatu keadaan yang mesti berlaku dalam suasana pekerjaan yang

semakin mencabar. Guru mesti diberi peluang untuk mengurangkan tugas-tugas

rencam yang boleh mengganggu tumpuan serta perhatian dalam menjalankan tugas

utama sebagai pendidik kepada generasi muda akan datang.

Kajian ini diharapkan dapat memberi peluang kepada guru-guru di Sekolah

Kebangsaan untuk menyatakan pendapat serta perasaan guru berkenaan pelaksanaan

dan tugas-tugas berkaitan PBS di sekolah. Tugas PBS dilaksanakan oleh guru tanpa

rasa jemu dan menganggapnya sebagai suatu amanah tugas dalam bidang

pendidikan. Cabaran guru dalam bidang pelaksanaan pentaksiran baru melibatkan

pelbagai tugas yang banyak perlu dilihat dari sudut pembangunan guru.

Pembangunan guru penting bagi memastikan kemahiran dan pengetahuan guru

sentiasa relevan dan seiring dengan perkembangan pendidikan. Apabila kemahiran

guru meningkat, tugas dapat dilaksanakan dengan lebih baik seterusnya

mengurangkan beban tugas guru di sekolah.

Page 41: BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI · PDF filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs

17�

Selain itu, para guru seharusnya sedar betapa pentingnya pelaksanaan dan

pembaharuan tugas guru disekolah. Pembaharuan penting bagi menjadikan pelajar

dapat menempuh alam persekolahan serta memperolehi ilmu yang bersesuaian

kehendak semasa. Produk guru merupakan murid-murid, maka pembaharuan sistem

pendidikan perlu dilakukan dari masa ke masa supaya murid mampu bersaing dalam

dunia moden ini. Tugas yang diberikan pada guru perlu dicari penyelesaian

dimudahkan proses pelaksanaan dan bukannya menolah tugas tersebut jika banyak

halangan dan masalah yang timbul. Kepuasan kerja dalam tugas dapat ditingkatkan

jika beban tugas guru dapat dikurangkan.

1.6.4 Pihak-pihak lain

Kajian ini diharap dapat memberi gambaran kepada masyarakat mengenai

beban tugas guru berkaitan tugas dalam pelaksanaan PBS di sekolah. Gambaran

beban tugas PBS mampu memberi penerangan tentang proses pelaksanaan PBS yang

melibatkan murid di sekolah. Dapatan ini diharap memberi peluang kepada ibu bapa

dan masyarakat implikasi beban tugas guru terhadap sistem pendidikan negara.

Sokongan masyarakat dan semua pihak amat penting terhadap guru dalam

melaksanakan tugas dalam bidang pendidikan yang semakin mencabar ini. Dengan

itu, diharapkan masyarakat dapat bersama-sama memahami dan menyokong

penggerak sistem pendidikan dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan murid-

murid.

1.7 Skop Kajian

Kajian ini difokuskan berkenaan beban tugas guru Sekolah Kebangsaan (SK)

dalam aspek Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Kajian akan melihat beban

tugas utama yang dihadapi oleh guru di sekolah berkaitan aspek PBS. Selain itu, ia

juga adalah untuk mengetahui pandangan guru bagaimanakah mengatasi masalah-

Page 42: BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI · PDF filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs

18�

masalah dalam pelaksaaan PBS bagi mengatasi beban tugas di sekolah rendah di

samping mendapat cadangan penambahbaikan bagi mengurangkan masalah beban

tugas tersebut.

Kajian dijalankan hanya di Sekolah Kebangsaan (SK) di daerah Muar sahaja.

Kajian tidak melibatkan responden dari Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) di daerah

Muar. Maka, kajian tidak menggambarkan keseluruhan tahap beban tugas yang

dihadapi di semua sekolah negeri Johor.

1.8 Batasan Kajian

Kajian ini hanya dijalankan ke atas guru di Sekolah Kebangsaan (SK) di

daerah Muar berkaitan beban tugas PBS dan cadangan aktiviti atau program bagi

mengurangkan beban tugas PBS terhadap guru di sekolah mereka. Pihak pentadbir

tidak terlibat dalam kajian ini. Data-data yang dikumpul adalah berdasarkan borang

soal selidik yang diedarkan kepada semua guru terlibat dengan PBS di Sekolah

Kebangsaan (SK) daerah Muar. Maka, dapatan yang diberikan oleh guru adalah

bergantung kepada keikhlasan mereka semasa menjawab soal selidik yang

dikemukakan.

Selain itu, kajian ini hanya dijalankan ke atas guru PBS mata pelajaran di

Sekolah Kebangsaan (SK) daerah Muar sahaja. Kajian ini tidak melibatkan guru-

guru di sekolah menengah. Maka data yang diperolehi tidak boleh digeneralisasikan

kepada semua sekolah di daerah Muar.

Page 43: BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI · PDF filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs

19�

1.9 Definisi Istilah/ Operasional

1.9.1 Beban Tugas Guru

Menurut Kamus Dewan (2010), beban membawa maksud tanggungan

(kewajiban) yang berat. Manakala perkataan tugas pula memberi makna kepada

kewajiban sesuatu kerja atau tanggungjawab yang mesti dilaksanakan dan sesuatu

yang ditentukan untuk dikerjakan. Guru pula memberi makna orang yang mengajar,

sebagai pendidik, pengajar atau pengasuh.

Tugas guru adalah merujuk kepada tugas guru dalam pelaksanaan Pentaksiran

Berasaskan Sekolah yang dinyatakan dalam Panduan Pengurusan Pentaksiran

Berasaskan Sekolah (PBS) yang dikeluarkan pada tahun 2012. Secara khusus, tugas

PBS meliputi tugas pentaksiran dan pelaporan pentaksiran dalam sistem SPPBS.

Beban tugas guru dalam pelaksanaan PBS merujuk tugas rencam dalam

pelaksanaan PBS sepanjang tahun serta aktiviti berkaitan yang ditetapkan oleh

Lembaga Peperiksaan Malaysia yang perlu dilaksanakan oleh seorang guru setiap

hari sepanjang sesi persekolahan. Ini bermakna tugas guru semakin bertambah

dengan bilangan pentaksiran dilakukan sepanjang tahun, pembinaan bahan

pentaksiran serta proses menyimpan rekod pentaksiran. Ia berbeza dengan sistem

berorientasikan peperiksaan yang melaksanakan peperiksaan empat kali sahaja

setahun.

Dalam konteks kajian ini, beban tugas guru merujuk kepada tanggungjawab

yang mesti dilaksanakan oleh seseorang guru dalam pelaksanaan PBS yang berkaitan

dengan aspek pengurusan, kemahiran pelaksanaan dan halangan pelaksanaan PBS.

Page 44: BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI · PDF filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs

20�

1.9.2 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai

aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial

selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PBS ini mentaksir proses dan

produk secara formatif dan sumatif iaitu mengamalkan konsep assessment for

learning dan assessment of learning. PBS mentaksir bidang akademik dan bidang

bukan akademik. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan oleh

pihak sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga

Peperiksaan. Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan

akademik. Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan

Pentaksiran Pusat (PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada

Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan

Kokurikulum (PAJSK). Dalam konteks kajian ini, kajian dilakukan keatas proses

kerja pelaksanaan komponen PBS iaitu pentaksiran sekolah. Kajian melibatkan

proses pembinaan bahan, pentaksiran dan merekod eviden pentaksiran.

1.9.3 Halangan Pelaksanaan PBS

Halangan bermaksud aral, gangguan, rintangan dan tegahan dalam

melaksanakan sesuatu perkara (Kamus Dewan, 2010). Halangan dalam pelaksanaan

PBS meliputi kekurangan atau kekangan seperti peruntukan, rujukan, bahan, alatan

dan infrastruktur dalam melaksanakan PBS di Sekolah Kebangsaan. Halangan yang

wujud menjadikan guru-guru menghadapi masalah dalam menjalankan tugas PBS

dengan baik dan berkesan. Halangan yang wujud menimbulkan tekanan dalam

pelaksanaan tugas guru di sekolah dan ini menimbulkan situasi beban tugas terhadap

guru. Maka kajian ini memberi tumpuan terhadap aspek keperluan yang disediakan

oleh pihak sekolah dan kementerian dalam memastikan PBS dijalankan dengan baik

dan menepati piawai Lembaga Peperiksaan.

Page 45: BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI · PDF filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs

21�

1.9.4 Kemahiran Pelaksanaan PBS

Pelaksanaan PBS di sekolah memerlukan pelbagai kemahiran dan kebolehan

guru di sekolah. Pelaksanaan PBS memerlukan guru memahirkan diri dari segi

pelaksanaan, mengurus bahan yang digunakan serta aplikasi yang terlibat dalam

PBS. Guru perlu kemahiran memanipulasi pelbagai bahan dalam membina fail,

bahan pentaksiran, pelbagai rekod dan penyimpanan bahan yang digunakan. Guru

juga diukur dalam kemahiran mengaplikasi dan menggunakan peralatan serta

perisian ICT. Kemahiran tersebut penting bagi guru membina eviden dalam PBS

serta menyimpan rekod secara online. Kemahiran yang diukur dalam kajian ini

melibatkan kemahiran diri guru dalam menggunakan peralatan, kemahiran iCT,

pengurusan masa dan pelbagai sumber bagi memastikan PBS dapat dilaksnakan

dengan berkesan terhadap murid di Sekolah Kebangsaan.

1.9.5 Sekolah Kebangsaan

Sekolah Kebangsaan (SK) merujuk kepada sekolah rendah kerajaan yang

menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Ia merupakan institusi

pendidikan asas bagi kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun. Dalam kajian ini,

Sekolah Kebangsaan (SK) merujuk kepada dua jenis kategori sekolah, iaitu Sekolah

Kebangsaan kategori Bandar dan Luar Bandar.

1.10 Kesimpulan

Beban tugas guru yang banyak sering menimbulkan keresahan dan stress di

kalangan guru-guru. Terdapat pelbagai tugas dan komitmen yang perlu dilaksanakan

oleh guru-guru di sekolah dan di luar sekolah. Kepercayaan dan harapan yang tinggi

dari kementerian, JPN, PPD dan pihak sekolah terhadap prestasi guru sedikit

sebanyak meningkatkan keresahan dan tekanan terhadap guru. beban tugas ini

Page 46: BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI · PDF filepsz 19:16 (pin. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs

22�

bertambah dengan harapan semua stakeholder terhadap keupayaan guru

menyelesaikan semua tugas dengan segera, berkesan dan berupaya membawa

kejayaan kepada sekolah.

Oleh itu kerjasama pelbagai pihak diperlukan untuk membantu guru

menangani masalah beban tugas guru dengan memberi sokongan serta kepercayaan

kepada guru dalam menjalankan tugas mereka di sekolah. Kebajikan dan luahan guru

perlu diambil berat supaya pembangunan dan objektif kerajaan mewujudkan negara

maju dapat dicapai dengan jaya dan berterusan.