kefahaman pelajar tingkatan empat sekolah … filepsz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi...

24
KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TERHADAP TAJUK IKATAN KIMIA DI DAERAH KUALA TERENGGANU NURFAZLINA BINTI AHMAD FUAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vokhue

Post on 23-Mar-2019

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … filepsz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: kefahaman pelajar tingkatan empat sekolah

KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH

TEKNIK TERHADAP TAJUK IKATAN KIMIA DI DAERAH KUALA

TERENGGANU

NURFAZLINA BINTI AHMAD FUAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … filepsz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: kefahaman pelajar tingkatan empat sekolah

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH

MENENGAH TEKNIK TERHADAP TAJUK IKATAN KIMIA DI DAERAH KUALA TERENGGANU

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya: NURFAZLINA BINTI AHMAD FUAD (HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi 4. ** Sila Tandakan ( √ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan Oleh :

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: E-626 KG MERBAU PATAH, 20050 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

TUAN HAJI MEOR IBRAHIM BIN KAMARUDDIN

Nama Penyelia Tarikh : 2 MEI 2008 Tarikh : 2 MEI 2008 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan

** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/oganisasi berkenaan dengan menyatakan sebab dan tempoh tesis ini perlu

dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … filepsz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: kefahaman pelajar tingkatan empat sekolah

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)”

Tandatangan : ……………………………………………………………

Nama Penyelia : TUAN HAJI MEOR IBRAHIM BIN KAMARUDDIN

Tarikh : 2 Mei 2008

Page 4: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … filepsz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: kefahaman pelajar tingkatan empat sekolah

KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH

TEKNIK TERHADAP TAJUK IKATAN KIMIA DI DAERAH KUALA

TERENGGANU

NURFAZLINA BINTI AHMAD FUAD

Laporan projek ini dihasilkan

sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI, 2008

Page 5: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … filepsz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: kefahaman pelajar tingkatan empat sekolah

ii

“Saya akui tesis ini adalah hasil kajian saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

telah dijelaskan sumbernya”

Tandatangan : …………………………………….........

Nama penulis : NURFAZLINA BINTI AHMAD FUAD

Tarikh : 2 MEI 2008

Page 6: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … filepsz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: kefahaman pelajar tingkatan empat sekolah

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat ayahbondaku yang tercinta,

Ahmad Fuad bin Md Idris dan Hindun binti Salleh.

Doa restu dan harapanmu menjadi sumber inspirasiku

dalam mengharungi perjuangan ini.

Jasamu tetap kukenang hingga ke akhir hayat.

Terima kasih tidak terhingga ku ucapkan

di atas dorongan dan pengorbananmu sepanjang hayatku.

Khas buat adinda-adinda yang disayangi Muhammad Ridhwan dan Nursyahira.

Terima kasih di atas segala kasih sayang dan bantuan yang telah dicurahkan.

Buat pensyarah-pensyarah, guru-guru, serta teman seperjuangan terutamanya Nur

Laili, Siti Nadya dan Nor Ashikin yang sentiasa menyokong dan tidak jemu memberi

buah fikiran, ribuan terima kasih ku ucapkan di atas sumbangan kalian.

Buat teman teristimewaku

Doronganmu membakar semangatku

Terima kasih di atas segala tunjuk ajar yang kalian berikan.

Semoga kalian diberkati Yang Maha Esa untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Page 7: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … filepsz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: kefahaman pelajar tingkatan empat sekolah

iv

PENGHARGAAN

“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang”

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya, saya telah dapat

menyempurnakan Projek Sarjana Muda (PSM) saya mengikut waktu yang telah

ditetapkan.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih

kepada Tn. Hj. Meor Ibrahim bin Kamaruddin, selaku penyelia PSM yang telah banyak

memeberi panduan, bimbingan, teguran dan nasihat tanpa mengenal erti jemu sepanjang

proses perlaksanaan projek ini.

Kerjasama daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian

Pelajaran Malaysia, guru-guru kimia, pelajar serta pihak pentadbir sekolah Menengah

Teknik Terengganu dan Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembesu di daerah Kuala

Terengganu, Terengganu amatlah dihargai.

Selain itu, ucapan terima kasih juga buat semua yang terlibat sama ada secara

langsung atau tidak langsung dalam mambantu menyiapkan Laporan Projek Sarjana

Muda ini.

Page 8: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … filepsz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: kefahaman pelajar tingkatan empat sekolah

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengenal pasti kefahaman pelajar dalam menerangkan

konsep asas kimia dalam tajuk Ikatan Kimia. Kajian turut mengenal pasti kerangka

alternatif pelajar yang wujud. Seramai 225 orang pelajar tingkatan empat aliran sains

dari dua buah sekolah menengah teknik di daerah Kuala Terengganu, Terengganu

terlibat sebagai sampel kajian. Soal selidik yang terdiri daripada dua bahagian iaitu

Bahagian A dan Bahagian B dijadikan sebagai instrumen kajian. Bahagian A terdiri

daripada latar belakang responden manakala bahagian B terdiri daripada 22 item yang

menguji konsep ikatan kimia. Data-data kajian yang dikumpul dianalisis secara manual

dan dipersembahkan dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Tahap penguasaan pelajar

ditentukan berdasarkan rujukan kriteria gred yang biasa digunakan iaitu Penilaian

Kriteria Berasaskan Sekolah (PKBS). Secara keseluruhan, kefahaman pelajar mengenai

konsep ikatan kimia adalah pada tahap yang sangat lemah. Beberapa implikasi kajian

dan cadangan dibincang dan dibuat rumusan. Cadangan kajian lanjutan turut

dikemukakan.

Page 9: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … filepsz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: kefahaman pelajar tingkatan empat sekolah

vi

ABSTRACT

The purpose of this research was to identify the students’ understanding of

chemistry basic concepts for chemical bond topic. The research was designed to

identify the alternative frameworks of the students. 225 form four students from science

stream in two Technical Secondary Schools in Kuala Terengganu district, Terengganu

were involved as sample. Questionnaire which consisted of two parts, Section A and

Section B was used as the instrument. Section A consisted of student’s personal detail

while Section B consisted of 22 items on chemical bond concepts. All the data obtained

were analyzed manually and presented in frequency and percentage. The students’

mastery level is determined by using Penilaian Kriteria Berasaskan Sekolah (PKBS).

The result of this research showed that the students’ understanding of the concepts

studies is very weak. Some implications and suggestions to improve the students’

understanding in chemical bond concept were discussed. Suggestions for further

research were given as well.

Page 10: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … filepsz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: kefahaman pelajar tingkatan empat sekolah

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang masalah 3

1.3 Pernyataan masalah 6

1.4 Objektif kajian 7

1.5 Persoalan kajian 7

1.6 Kepentingan kajian 7

1.7 Batasan kajian 8

1.8 Definisi istilah 8

1.8.1 Konsep 8

1.8.2 Konsep kimia 9

Page 11: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … filepsz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: kefahaman pelajar tingkatan empat sekolah

viii

1.8.3 Kerangka alternatif 9

1.8.4 Tahap penguasaan 9

1.8.5 Pengajaran 10

1.8.6 Pembelajaran 10

1.8.7 Kefahaman 10

1.8.8 Sains 11

1.8.9 Kimia KBSM 11

1.8.10 Ikatan Kimia 11

1.9 Penutup 11

2 SOROTAN KAJIAN 13

2.1 Pengenalan 13

2.2 Konsep 13

2.3 Kerangka alternatif 15

2.3.1 Kerangka alternatif fenomenologi 16

2.3.2 Kerangka alternatif berdasarkan kosa kata 17

2.4 Mengubah kerangka alternatif pelajar 18

2.5 Teknik mengesan kerangka alternatif 20

2.5.1 Kaedah Penghasilan Soalan (Soal Selidik) 21

2.5.2 Kaedah Ramalan-Pemerhatian-Penjelasan

‘Predict-Observe-Explain’ (POE) 21

2.5.3 Kaedah Pemetaan Konsep 21

2.5.4 Kaedah Temubual mengenai Contoh dan

Kejadian 22

2.6 Kajian lepas berkaitan kerangka alternatif pelajar 22

2.7 Masalah penguasaan pelajar terhadap tajuk Ikatan

Kimia 24

2.8 Penutup 27

Page 12: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … filepsz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: kefahaman pelajar tingkatan empat sekolah

ix

3 METODOLOGI KAJIAN 28

3.1 Pengenalan 28

3.2 Rekabentuk kajian 28

3.3 Lokasi kajian 29

3.4 Populasi dan persampelan kajian 29

3.5 Kajian rintis 30

3.6 Instrumen kajian 31

3.7 Prosedur kajian 33

3.8 Analisis data 33

3.9 Penutup 35

4 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 36

4.1 Pengenalan 36

4.2 Analisis data dan perbincangan 36

4.2.1 Bahagian A: Latar belakang responden 37

4.2.2 Bahagian B: Tahap penguasaan pelajar

terhadap tajuk Ikatan Kimia 39

4.2.2.1 Analisis konsep pendefinisian

yang terlibat dalam Ikatan Kimia 40

4.2.2.2 Analisis konsep susunan elektron

bagi atom dan ion 45

4.2.2.3 Analisis konsep formula sebatian

ionik dan sebatian kovalen 46

4.2.2.4 Analisis konsep gambar rajah

susunan elektron sebatian ionik

dan sebatian kovalen 49

4.2.2.5 Analisis konsep pembentukan

ikatan kimia sebatian ionik

dan sebatian kovalen 54

4.3 Penutup 57

Page 13: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … filepsz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: kefahaman pelajar tingkatan empat sekolah

x

5 RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN 58

5.1 Pengenalan 58

5.2 Rumusan 58

5.3 Implikasi Kajian 60

5.4 Cadangan 61

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 62

5.6 Penutup 63

RUJUKAN 64

Lampiran A-H 72-92

Page 14: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … filepsz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: kefahaman pelajar tingkatan empat sekolah

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Bilangan responden bagi setiap sekolah 30

3.2 Taburan item soal selidik 32

3.3 Peratus tahap penguasaan pelajar dan status

Penguasaannya 35

4.1 Taburan responden mengikut sekolah 37

4.2 Taburan responden mengikut gred Penilaian

Menengah Rendah (PMR) dalam mata pelajaran

Sains 37

4.3 Taburan responden mengikut gred peperiksaan

pertengahan tahun mata pelajaran Kimia 38

4.4 Taburan responden mengikut tahap penguasaan

dalam tajuk Ikatan Kimia 39

4.5 Taburan responden mengikut tahap penguasaan

terhadap konsep dalam tajuk Ikatan Kimia 40

4.6 Taburan responden terhadap item 1 (a) 41

4.7 Taburan responden terhadap item 1 (b) 41

4.8 Taburan responden terhadap item 1 (c) 42

Page 15: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … filepsz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: kefahaman pelajar tingkatan empat sekolah

xii

4.9 Taburan responden terhadap item 1 (d) 43

4.10 Taburan responden terhadap item 1 (e) 44

4.11 Taburan responden terhadap item 2 (a) i-iv,

2 (b) i-ii, 3 (a) dan (b) 45

4.12 Taburan responden terhadap item 2c (ii) 46

4.13 Taburan responden terhadap item 2d (iii) 47

4.14 Taburan responden terhadap item 3 (c) 48

4.15 Taburan responden terhadap item 2c (iii) 49

4.16 Taburan responden terhadap item 2d (i) 50

4.17 Taburan responden terhadap item 3 (e) 52

4.18 Taburan responden terhadap item 2c (i) 54

4.19 Taburan responden terhadap item 2d (ii) 55

4.20 Taburan responden terhadap item 3 (d) 56

Page 16: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … filepsz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: kefahaman pelajar tingkatan empat sekolah

xiii

SENARAI SINGKATAN

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

PB - Pengajaran Bermodul

PKBS - Penilaian Kriteria Berasaskan Sekolah

PMR - Penilaian Menengah Rendah

POE - Predict-Observe-Explain

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … filepsz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: kefahaman pelajar tingkatan empat sekolah

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Penentuan saiz sampel bagi populasi yang

diberikan (Krejcie dan Morgan,1970) 72

B Penentuan saiz sampel bagi populasi yang

diberikan (Yamane, 1967) 73

C Pengesahan instrumen kajian 75

D Borang soal selidik pelajar 77

E Skema Jawapan 83

F Surat perakuan Fakulti, UTM 88

G Surat kebenaran daripada Bahagian Perancangan

dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD), KPM 89

H Surat kebenaran daripada Jabatan Pelajaran Terengganu 91

Page 18: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … filepsz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: kefahaman pelajar tingkatan empat sekolah

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Mata pelajaran sains memperkenalkan sains sebagai satu bidang keilmuan

hasil daripada usaha manusia untuk memperolehi kefahaman mengenai peraturan dan

hukum alam. Tumpuan diberikan kepada penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran

pemikiran saintifik serta penerapan nilai-nilai murni yang dapat menyumbang ke

arah menimbulkan kesedaran akan peranan dan tanggungjawab seseorang individu

dalam arus pembangunan dan pemodenan negara. Pelajar-pelajar juga didedahkan

kepada kefahaman mengenai aplikasi sains melalui teknologi dan pelbagai aktiviti

kehidupan dalam bidang pertanian, pengangkutan, perubatan, perindustrian dan

komunikasi untuk menimbulkan kesedaran terhadap sumbangan sains dan teknologi

dalam mempertingkatkan kemakmuran dan kesejahteraan hidup manusia.

Pelbagai usaha telah dilakukan ke arah tersebut tetapi malangnya pencapaian

pelajar dalam mata pelajaran sains masih lagi rendah. Kebimbangan ini dinyatakan

oleh bekas Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Najib Tun Razak iaitu:

Pencapaian dalam usaha meningkatkan pendidikan sains di negara ini

masih jauh. Justeru itu, kita perlu mempunyai dasar strategik yang

menyeluruh untuk menjadikan mata pelajaran sains dan teknikal

sebagai mata pelajaran yang diminati.

( Pusat Perkembangan Kurikulum, 1996)

Page 19: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … filepsz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: kefahaman pelajar tingkatan empat sekolah

2

Oleh itu, sains memainkan peranan yang amat penting di dalam

merealisasikan matlamat ini. Persoalannya mengapa sains begitu penting di kaca

mata dunia? Ini adalah kerana sains merupakan satu bidang ilmu pengetahuan yang

menekankan kepada pembinaan konsep yang membolehkan pelajar memahami

sesuatu konsep dengan lebih bermakna dan dapat menjelaskan fenomena-fenomena

ini secara semulajadi dengan tepat dan selaras dengan konsep yang diajar. Tanpa

pembinaan konsep yang sebenar, perbincangan guru dan pelajar hanya terhad kepada

perolehan fakta dan penjelasan kajian secara tersendiri tanpa menyedari kewujudan

kerangka alternatif.

Kimia merupakan salah satu bidang ilmu sains yang menarik. Kimia banyak

menyumbang dan mempengaruhi kehidupan kita. Penghasilan dan penggunaan

kimia dalam kehidupan seharian banyak membawa kesan, sama ada secara langsung

atau tidak langsung, kepada masyarakat dan alam sekitar (Abu Hassan, 2003). Kimia

juga merupakan salah satu bidang dalam sains yang mengkaji mengenai bagaimana

perpaduan antara bahan-bahan kimia itu berlaku dan juga kelakuan mereka di bawah

pelbagai keadaan. Selain itu, ia juga merangkumi fakta, konsep, prinsip, teori, dan

hukum kimia serta hubungkaitnya dengan fenomena alam (Yew dan Sulaiman,

1997). Kebanyakan bidang seperti pemakanan, perubatan dan pertanian serta

industri pembuatan dan bahan menggunakan ilmu kimia sebagai nadi penggerak.

Justeru itu, kimia perlu dikuasai pelajar supaya mereka dapat menangani perubahan

yang berlaku dalam kehidupan yang semakin berteraskan kepada sains dan teknologi,

seterusnya memberi sumbangan kepada perkembangan sains dan teknologi demi

meningkatkan kehidupan manusia sejagat.

Walaupun demikian, menurut laporan prestasi SPM 1993 menunjukkan

masih ramai pelajar aliran sains yang belum menguasai sepenuhnya konsep-konsep

sains yang telah mereka pelajari di peringkat PMR. Perkara itu telah dinyatakan

seperti berikut:

Ramai di kalangan pelajar tidak dapat menjelaskan beberapa konsep

sains yang penting. Ada yang keliru dengan konsep sains sehingga

Page 20: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … filepsz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: kefahaman pelajar tingkatan empat sekolah

3

saling dicampur adukkan setengah-setengah fakta nampaknya telah

dihafal oleh calon.

(Majlis Peperiksaan Malaysia 1993)

Daripada kenyataan di atas, jelaslah menunjukkan bahawa pelajar-pelajar

yang tidak dapat menguasai konsep sains telah cuba menghafal fakta-fakta yang

berkaitan. Walaupun begitu, menghafal fakta jelas tidak dapat membantu jika

konsep yang ada pada calon adalah tidak tepat. Perkara yang amat mengecewakan

apabila setiap kali diumumkan keputusan peperiksaan khususnya peperiksaan SPM

dalam mata pelajaran kimia, prestasi pelajar tidak menepati kehendak guru yang

bertungkus lumus untuk mengajar pelajar dengan menggunakan pelbagai teknik

pengajaran yang terkini. Salah satu faktor yang menyumbang permasalahan ini

adalah disebabkan kerangka alternatif pelajar dalam pemahaman sesuatu konsep

ikatan kimia. Hasil kajian oleh Bloom (1976), menyatakan masalah dalam

pembelajaran sains ini berpunca daripada kesukaran mata pelajaran itu sendiri,

kekurangan pengetahuan asas dan kelemahan pengetahuan mengenai konsep.

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa mata pelajaran sains, khususnya

Kimia sebagai salah satu subjek yang paling sukar difahami oleh pelajar (Ben-Zvi et

al., 1988)

1.2 Latar belakang masalah

Mempelajari sains adalah sukar kerana pelajar-pelajar telah mempunyai atau

membentuk teori-teori mereka sendiri mengenai apa yang mereka lihat atau alami

sebelum mereka mempelajari sains secara formal. Oleh itu berlakunya konflik dalam

pembelajaran sains ini bukanlah suatu perkara luar biasa kerana pelajar-pelajar telah

mempelajari banyak konsep sains melalui rangsangan awal yang diterimanya dari

interaksi dengan alam (Fellow, 1994).

Page 21: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … filepsz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: kefahaman pelajar tingkatan empat sekolah

4

Sebenarnya masalah kesukaran mempelajari konsep-konsep dalam sains

memang dialami oleh kebanyakan pelajar. Interpretasi-interpretasi pelajar tentang

fenomena yang diperhatikan adalah berbeza dengan signifikan daripada idea-idea

yang sebenarnya ingin disampaikan oleh guru. Malangnya kelemahan pelajar dalam

pengkonsepan yang salah seringkali tidak disedari oleh guru. Ini menyebabkan

usaha untuk membetulkannya tidak dapat dilakukan.

Akibat daripada tekanan untuk mengejar silibus agar dapat ditamatkan

secepat mungkin guru kurang memberikan peluang kepada pelajar untuk meneroka

sendiri pembelajaran mereka. Ini adalah disebabkan oleh kegagalan guru itu sendiri

kerana tidak menghayati Falsafah Pendidikan Sains yang mengutarakan kaedah

inkuiri penemuan (Abu Hassan, 2001).

Pembelajaran seseorang bergantung kepada pengalaman, kebolehan

kecerdasan dan sikap masing-masing. Perbezaan ini sangat mempengaruhi cara

seseorang mempelajari, mentafsir, menganalisis dan memahami sesuatu dan

mencerap pengetahuan yang diajarkan (Aziz et al., 1995). Oleh itu, pengenalan

terhadap teori, prinsip dan konsep bagi sesuatu topik perlulah dipelajari terlebih

dahulu. Prestasi yang baik sukar dicapai jika penekanan terhadap perhubungan

konsep-konsep kimia kurang diberikan terutamanya bagi pelajar yang mengambil

mata pelajaran kimia.

Kajian yang dilakukan ke arah mempertingkatkan kemahiran kognitif di

kalangan pelajar telah menemui kewujudan penghalang bagi menguasai sesuatu

konsep yang dikenali sebagai kerangka alternatif (Anderson, 1990). Selain itu,

dapatan kajian yang meluas tentang bagaimana pelajar belajar sains menunjukkan

mereka mempunyai idea yang pelbagai tentang sesuatu konsep (Sepia et al., 2003).

Menurut Poh (1994), konsep sains adalah idea abstrak yang digeneralisasikan dengan

fakta-fakta atau pengalaman yang spesifik.

Kerangka alternatif adalah merujuk kepada pengetahuan yang diperoleh oleh

seseorang pelajar tentang fenomena alam melalui pengalaman sehariannya. Dengan

Page 22: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … filepsz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: kefahaman pelajar tingkatan empat sekolah

5

kata lain, pembentukan konsep berlaku di dalam fikiran pelajar adalah berbeza

dengan hasrat yang ingin dicapai oleh gurunya. Hasil kajian menunjukkan idea yang

dibawa bersama pelajar ke bilik darjah sains tidak selaras dengan pandangan saintis

walaupun idea tersebut dianggap rasional oleh pelajar (Sepia et al., 2003). Tambah

mereka lagi, istilah kerangka alternatif telah dipilih untuk melambangkan dan

memberikan pengiktirafan terhadap idea yang pelajar gunakan bagi memberi

kefahaman tentang objek serta fenomena di sekeliling mereka. Idea-idea yang

terdapat pada pelajar tetapi tidak selari dengan idea sains telah diberikan dalam

pelbagai nama seperti prekonsepsi, idea, tanggapan, kepercayaan, intuisi, intuitif,

teori mini, sains kanak-kanak, salah konsepsi, kerangka alternatif, konsep alternatif

dan sebagainya (Abimbiola, 1989). Kesemua istilah ini membawa maksud pelajar

mempunyai tanggapan yang tidak selaras dengan pandangan sains.

Halangan utama kepada pengajaran dan pembelajaran sains adalah

disebabkan oleh pelajar yang sukar menguasai konsep sains sehingga mereka tidak

mampu menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan. Semasa mempelajari sains,

dalam kebanyakan hal pelajar sentiasa membina idea mereka sendiri yang kadang-

kala agak berbeza dengan definisi sains (Mohd Yusof dan Tang, 1999). Konsep

yang tidak dapat dijelaskan dengan baik seringkali disalahtafsirkan oleh pelajar

menyebabkan mereka gagal menyelesaikan masalah berkaitan dengan konsep

tersebut (Aziz dan Hasnah, 1990). Kegagalan pelajar dalam memahami konsep

kimia akan menyebabkan mereka bosan dan berpencapaian rendah.

Kelemahan konsep-konsep asas adalah penting dan merupakan jalan

permulaan berterusan sesuatu pelajaran yang berkaitan. Hasil kajian oleh Mohd

Yusof dan Aziz (1987) mendapati bahawa penguasaan konsep asas kimia pada setiap

peringkat tertentu dalam penyelesaian masalah adalah perlu. Dalam proses

pengajaran, penyelesaian masalah pula perlu diberi penekanan kepada sesuatu

konsep dan latihan yang melibatkan perkaitan antara konsep. Hasil kajian oleh

Sawrey (1990) pula mendapati bahawa jika seseorang pelajar itu tidak memahami

sesuatu konsep yang diajar, walaupun soalan yang sama diberikan beberapa kali

jawapan yang diberikan itu tetap sama walaupun ianya salah. Selain itu, mata

Page 23: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … filepsz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: kefahaman pelajar tingkatan empat sekolah

6

pelajaran kimia yang terdiri daripada konsep-konsep yang abstrak di mana ini akan

memerlukan asas kognitif yang tinggi (Piaget, 1975).

Tajuk Ikatan Kimia merupakan tajuk yang kelima dalam sukatan mata

pelajaran Kimia (KBSM) Tingkatan 4. Tajuk Ikatan Kimia ini seringkali disoal

dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kebelakangan ini. Oleh itu, kajian

dilakukan untuk melihat apakah kelemahan dan masalah yang sering dihadapi oleh

pelajar tingkatan 4 dalam mempelajari tajuk Ikatan Kimia.

1.3 Pernyataan masalah

Banyak penyelidikan yang dijalankan menunjukkan bahawa mata pelajaran

kimia adalah antara mata pelajaran yang paling sukar untuk dipelajari. Ini

disebabkan oleh kandungan mata pelajaran ini yang terdiri daripada konsep yang

abstrak dan sukar difahami serta perkaitan konsep yang rumit (Aziz, 1989).

Pengetahuan yang sedia ada pada pelajar tentang fenomena alam hasil daripada

pemerhatian, pengalaman dan interaksi dengan ahli keluarga, rakan sebaya atau

daripada buku, televisyen dan alam sekitar diperolehi secara tidak formal. Idea-idea

ini serta bahasa yang mereka gunakan untuk menghasilkannya biasanya berbeza

dengan pengetahuan saintifik. Idea-idea yang berbeza ini dikenali dengan istilah

kerangka alternatif, prakonsepsi, miskonsepsi, konsepsi naïf, konsepsi alternatif, dan

sebagainya (Patricia, 1987). Perselisihan idea ini boleh mengganggu dan

mengelirukan pelajar terhadap pembelajaran kimia. Menurut teori perkembangan

kognitif Piaget (Poh, 2003) bahawa setiap pelajar mempunyai skima sedia ada

(kerangka alternatif) berdasarkan pengalaman inteleknya. Pembelajaran yang

berjaya adalah hasil penstrukturan semula kerangka alternatifnya kepada satu

penemuan baru. Oleh itu, kajian dijalankan untuk mengenal pasti kefahaman dalam

tajuk Ikatan Kimia di kalangan pelajar tingkatan empat aliran sains sekolah

menengah teknik di daerah Kuala Terengganu.

Page 24: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH … filepsz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: kefahaman pelajar tingkatan empat sekolah

7

1.4 Objektif kajian

Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk:

i. Mengenal pasti tahap penguasaan pelajar terhadap tajuk Ikatan Kimia.

ii. Mengenal pasti masalah penguasaan pelajar terhadap tajuk Ikatan Kimia.

1.5 Persoalan kajian

Kajian ini akan menjawab persoalan berikut:

i. Apakah tahap penguasaan pelajar terhadap tajuk Ikatan Kimia?

ii. Apakah masalah penguasaan pelajar terhadap tajuk Ikatan Kimia?

1.6 Kepentingan kajian

Kajian ini dijalankan supaya dapat mengesan kerangka alternatif yang

dialami oleh pelajar dalam tajuk Ikatan Kimia. Penguasaan pelajar terhadap konsep

kimia adalah amat penting untuk menceburi bidang kimia di peringkat yang lebih

tinggi. Masalah akan timbul sekiranya konsep-konsep yang difahami pelajar

mengandungi kerangka alternatif atau miskonsepsi iaitu bercanggah dengan

penjelasan saintifik. Kerangka alternatif ini menjadi penghalang dan menyukarkan

pelajar bagi memahami konsep yang diajar dalam kelas semasa pengajaran dan

pembelajaran sains berlangsung. Malah salah satu masalah besar yang sukar diatasi

dalam pengajaran konsep sains adalah memisahkan ataupun mengubah pandangan

ataupun pegangan asal pelajar pada satu konsep kepada penjelasan yang dapat

diterima oleh komuniti sains. Oleh itu, guru memainkan peranan dalam melahirkan

pelajar-pelajar yang mempunyai penguasaan konsep kimia yang cemerlang. Jika

guru gagal memainkan peranan, maka tiadalah generasi yang akan menaikkan nama