universiti teknologi malaysia borang pengesahan … fileuniversiti teknologi malaysia catatan : *...

24
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH HARIAN BIASA: SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGKU MAHMUD, BESUT, TERENGGANU. SESI PENGAJIAN : 2005/2006 Saya ROSLIHAH BINTI MAT NOR (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan oleh _____________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap : 136 FELDA SELASIH, 22020 JERTEH, TERENGGANU. Tarikh : 23 APRIL 2006 _____________________________________ (TANDATANGAN PENYELIA) EN. HASSAN BIN HUSHIN NAMA PENYELIA Tarikh : 23 APRIL 2006 PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

Upload: buicong

Post on 05-Apr-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR SEKOLAH

MENENGAH HARIAN BIASA: SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGKU MAHMUD, BESUT, TERENGGANU.

SESI PENGAJIAN : 2005/2006 Saya ROSLIHAH BINTI MAT NOR

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

_____________________________________

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap : 136 FELDA SELASIH, 22020 JERTEH, TERENGGANU. Tarikh : 23 APRIL 2006

_____________________________________

(TANDATANGAN PENYELIA)

EN. HASSAN BIN HUSHIN NAMA PENYELIA

Tarikh : 23 APRIL 2006

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)”.

Tandatangan : ……………………………….

Nama Penyelia : EN. HASSAN BIN HUSHIN

Tarikh : 23 APRIL 2006

KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

HARIAN BIASA: SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN TENGKU MAHMUD, BESUT, TERENGGANU.

ROSLIHAH BINTI MAT NOR

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………………………….

Nama Penulis : ROSLIHAH BINTI MAT NOR

Tarikh : 23 APRIL 2006

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T Tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.

Buat ayah dan ibuku, Mat Nor Bin Che Abas,

Sapinah Binti Abdullah,

Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan

hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan jua

dan buat adinda-adindaku terima kasih atas segalanya.

Segala pengorbanan dan keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama ini tetap

menjadi teladan dan kenangan kita sekeluarga .

Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya.

Buat teman-teman seperjuangan,

Tiada apa yang lebih bermakna selain dari memori indah bersama kalian. Terima

kasih di atas kasih sayang dan pengorbanan kalian untukku, sesungguhnya kalianlah

pendorong kejayaanku. Terima kasih atas segalanya.

iv

PENGHARGAAN

Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya

penyelidikan yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang

telah ditetapkan. Di kesempatan ini, penyelidik ingin merakamkan penghargaan

ikhlas buat penyelia projek En. Hassan Bin Hushin yang telah banyak membantu

dengan penuh komited dalam membimbing, menasihat, memberi dorongan serta

tunjuk ajar yang berguna di sepanjang tempoh penyelidikan ini dijalankan.

Penyelidik juga ingin merakamkan sekalung budi buat Pensyarah Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia, En. Yusri Bin Kamin dan Dr. Tan Su Yin yang turut

membantu dalam penyiapan penyelidikan ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih disampaikan buat Tuan Pengetua SMK

Tengku Mahmud serta guru-guru yang terlibat dengan memberikan kerjasama yang

tidak terhingga dalam memastikan penyelidikan ini berjalan dengan lancar.

Penghargaan juga ditujukan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam penyelidikan

ini secara langsung mahupun tidak langsung.

Akhir sekali, penyelidik ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

rakan-rakan seperjuangan yang turut membantu dalam menyiapkan projek ini dengan

jayanya.

Semoga Allah memberkati semua.

Sekian, terima kasih.

v

ABSTRAK

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud merupakan sebuah sekolah

harian biasa yang cemerlang dalam akademik setiap tahun di peringkat daerah Besut

dan Terengganu. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap pengaruh aspek-aspek

yang membawa kejayaan kepada pelajar sekolah tersebut. Dalam konteks kajian ini,

hanya empat aspek sahaja dikaji iaitu pengaruh sikap pelajar, sikap guru,

persekitaran bilik darjah dan program kecemerlangan anjuran sekolah. Seramai 71

orang pelajar tingkatan empat yang berjaya memperolehi keputusan keseluruhan A

dalam semua subjek yang diambil dalam peperiksaan PMR 2005 telah terlibat dalam

kajian ini. Alat kajian yang digunakan ialah soal selidik dan temubual separuh

struktur. Temubual dijalankan bersama pengetua sekolah bagi mengetahui strategi

yang digunakan oleh pihak pentadbiran sekolah dalam meningkatkan prestasi pelajar.

Soal selidik telah dibina sendiri oleh penyelidik mengandungi 40 item berbentuk

soalan objektif. Nilai pekali kebolehpercayaan alat kajian adalah α = .93. Analisis

statistik deskriptif telah digunakan dalam tatacara menganalisis data menggunakan

perisian Statistical Packages for Science Social (SPSS) Versi 11.5. Secara

keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan semua pengaruh aspek yang dikaji

berada pada tahap tinggi.

vi

ABSTRACT

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud is an excellent school in

academic every year in Besut and Terengganu. The purpose of the study is to

evaluate the level of aspects influence that can develop success to that school

student. In this study, there are four aspects namely students attitude, teachers

attitude, classroom environment and excellence program organized by the school.

The sample involved in the study was 71 respondents from form four students which

obtained A’s in all subjects that they have taken in PMR 2005 examination. The

instruments used in this study were a set of questionnaire and half structured

interview. The interview was done with the school principal to understand the

school’s strategy used to improve student’s achievement. The questionnaire has been

developed by researcher which consists of 40 objective items. Reliability coefficient

value for the instrument is α = .93. Analysis of descriptive statistic was used in data

analysis by using the Statistical Packages for Science Social (SPSS) Version 11.5.

The overall result from the study showed that all the aspects influenced were at high

level.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA

MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENGENALAN

1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar belakang masalah 2

1.3 Pernyataan masalah 7

1.4 Objektif kajian 7

1.5 Persoalan kajian 8

1.6 Batasan kajian 8

1.7 Kepentingan kajian 9

1.8 Definisi operasional 10

1.9 Penutup 14

viii

BAB II SOROTAN PENULISAN

15

2.1 Pengenalan 15

2.2 Faktor yang memepengaruhi

kecemerlangan akademik pelajar

16

2.2.1 Sikap pelajar 18

2.2.2 Sikap guru 21

2.2.3 Persekitaran bilik darjah 25

2.2.4 Program kecemerlangan

akademik

28

2.3 Penutup 29

BAB III METODOLOGI

30

3.1 Pengenalan 30

3.2 Reka bentuk kajian 30

3.3 Tempat kajian 31

3.4 Populasi 31

3.5 Instrumen kajian 32

3.6 Kajian rintis 34

3.7 Prosedur kajian 35

3.8 Kaedah analisis data 36

3.9

3.10

Kesahan dan kebolehpercayaan temubual

Penutup

39

40

BAB IV ANALISIS DATA

41

4.1 Pendahuluan 41

4.2 Latar belakang responden 42

4.3 Jawapan kepada persoalan kajian 44

4.3.1 Apakah tahap pengaruh sikap

ix

pelajar terhadap pencapaian

cemerlang akademik pelajar?

45

4.3.2 Apakah tahap pengaruh sikap

guru terhadap pencapaian

cemerlang akademik pelajar?

48

4.3.3 Apakah tahap pengaruh

persekitaran bilik darjah

terhadap pencapaian cemerlang

akademik pelajar?

51

4.3.4 Apakah tahap pengaruh

program-program

kecemerlangan anjuran sekolah

terhadap pencapaian cemerlang

akademik pelajar?

53

4.3.5 Analisis keseluruhan bahagian 55

4.4 Analisis temubual 57

4.5 Penutup

61

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

CADANGAN

62

5.1 Pendahuluan 62

5.2 Perbincangan dapatan kajian 63

5.2.1 Perbincangan latar belakang

responden

64

5.2.2 Pengaruh sikap pelajar terhadap

kecemerlangan akademik

64

5.2.3 Pengaruh sikap guru terhadap

kecemerlangan akademik

67

5.2.4 Pengaruh persekitaran bilik

darjah terhadap kecemerlangan

akademik pelajar

69

x

5.2.5 Pengaruh program-program

kecemerlangan anjuran sekolah

terhadap kecemerlangan

akademik pelajar

72

5.2.6 Strategi-strategi yang digunakan

oleh pihak sekolah dalam

meningkatkan kecemerlangan

akademik pelajar

73

5.3 Rumusan hasil dapatan kajian 75

5.4 Cadangan 77

5.5 Saranan untuk kajian lanjutan 79

5.6 Penutup 80

BIBLIOGRAFI

81

LAMPIRAN 87

Lampiran A – H 87 - 101

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Analisis keputusan peperiksaan PMR 6

3.1 Skala pemeringkatan empat mata 33

3.2 Pembahagian item mengikut persoalan kKajian 33

3.3 Kriteria menganalisis data 38

3.4 Tahap penilaian berdasarkan min skor 38

4.1 Taburan responden mengikut Jantina 42

4.2 Taburan responden mengikut bangsa 42

4.3 Taburan responden mengikut tempat tinggal 43

4.4 Taburan responden mengikut pekerjaan ibu bapa 43

4.5 Taburan responden mengikut peratusan,

frekuensi dan min bagi faktor sikap pelajar 45

4.6 Taburan responden mengikut peratusan,

frekuensi dan min bagi faktor sikap guru 48

4.7 Taburan responden mengikut peratusan,

frekuensi dan min bagi faktor persekitaran

bilik darjah 51

4.8 Taburan responden mengikut peratusan,

frekuensi dan min bagi faktor program

kecemerlangan anjuran sekolah 54

4.9 Taburan min keseluruhan faktor 57

4.10 Strategi utama yang digunakan oleh SMK Tengku

Mahmud dalam meningkatkan pencapaian

akademik pelajar. 60

xii

SENARAI RAJAH

No. Rajah Tajuk Muka Surat

3.1 Carta alir kerangka operasi 37

xiii

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

PMR - Penilaian Menengah Rendah

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

UPSR - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

SM - Sekolah Menengah

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

SBP - Sekolah Berasrama Penuh

EPRD - Bahagian Perancangan & Penyelidikan Dasar Pendidikan

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

SPSS - Statistical Package for the Social Science

PIBG - Persatuan Ibu Bapa dan Guru

α - Alpha Cronbach

f - Frekuensi

% - Peratus

n - Jumlah responden

SS - Sangat Setuju

S - Setuju

TS - Tidak setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Analisis Pencapaian PMR Keseluruhan 87

Daerah Besut dan Negeri Terengganu

B Borang Soal Selidik 91

C Surat Pengesahan Soal Selidik dari 96

En. Yusri Bin Kamin

D Surat Pengesahan Soal Selidik dari 97

Dr. Tan Su Yin

E Surat Akuan Pelajar 98

F Surat Kebenaran dari Kementerian Pendidikan 99

Malaysia, Bahagian Perancangan Dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD)

G Surat Kebenaran dari Jabatan Pendidikan 100

Negeri Terengganu (JPNT)

H Analisis Kebolehpercayaan Alpha Cronbach 101

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pendidikan boleh diibaratkan sebagai kunci kepada usaha membangunkan

masyarakat dan negara. Masyarakat yang terdidik secara menyeluruh dan seimbang

yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara adalah produk daripada

pendidikan berkualiti yang selaras dengan keperluan negara dan kehendak semasa

(Mohammed Nor, 1990).

Hari ini, ramai orang bercakap mengenai kecemerlangan pelajar. Para ibu

bapa mahukan anak mereka memperolehi kecemerlangan dalam peperiksaan.

Semakin hari semakin tinggi tuntutan bagi memperolehi pencapaian yang baik dalam

bidang akademik. Pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik mempunyai

peluang yang banyak untuk memperolehi peluang pendidikan yang lebih tinggi

seterusnya mendapatkan pekerjaan yang lebih menjamin masa depan mereka.

Kelulusan cemerlang dalam peperiksaan merupakan idaman setiap pelajar

yang berada di alam persekolahan dan untuk mencapai hasrat tersebut pelajar perlu

mentelaah pelajaran dengan berbagai-bagai cara dalam proses pembelajaran mereka.

Pelajar harus belajar dan berinteraksi secara sendiri di bawah pengawasan guru

Ismail Zain (2003). Kenyataan ini jelas menunjukkan kaedah belajar yang berkesan

2

memerlukan daya usaha pelajar itu sendiri di samping mempunyai keyakinan diri,

minat serta matlamat untuk mencapai tujuan.

Menurut Hassan Ali (1996), kecemerlangan boleh diertikan sebagai puncak

kegemilangan yang boleh dicapai oleh seseorang pelajar. Dalam konteks ini,

kecemerlangan dilihat dari aspek kemampuan seorang pelajar itu mendapat kelulusan

yang cemerlang dalam satu-satu peperiksaan. Kemampuan dan kesanggupan pelajar

mengatur dan mengambil berat tentang pelajarannya bergantung kepada faktor-faktor

yang mempengaruhi sistem pembelajarannya dan ini adalah berkait rapat dengan

kejayaan dan kegagalan dalam kehidupannya

1.2 Latar belakang masalah

Peperiksaan dan ujian merupakan ukuran yang digunakan bagi menentukan

sama ada seseorang pelajar itu berjaya atau tidak berjaya dalam pembelajaran

mereka. Ini merupakan situasi yang memberi kesan besar terhadap masa depan

pelajar. Kebiasaannya baik atau buruk sesuatu perkara dikaitkan dengan faktor

penentu, begitu juga dengan pencapaian akademik pelajar. Banyak kajian telah

dijalankan berkaitan dengan faktor tersebut. Antaranya yang berkaitan ialah minat,

motivasi, galakan, imbuhan serta pengaruh media massa dan rakan sebaya, di

samping itu tidak kurang pentingnya ialah faktor kekeluargaan dan persekitaran

(Noor Din Bin Maulud, 1999).

Dewasa ini, apabila kita membicarakan mengenai sekolah yang cemerlang

maka ramai orang mengalihkan pandangan kepada sekolah yang berasrama penuh

atau sekolah elit. Sekolah tersebut tidak dapat disangkal lagi mempunyai pelbagai

kemudahan pengajaran, sumber yang cukup, guru yang bijak serta rajin, terdiri

daripada pelajar yang terpilih, persekitaran yang memberangsangkan dan disiplin

yang terkawal. Walaupun sesetengah guru khasnya yang mengajar di Maktab Rendah

Sains MARA tidak mempunyai asas yang cukup dalam pedagogi pengajaran namun

3

oleh sebab pelajar adalah terpilih maka mereka dapat belajar secara sistematik.

Apatah lagi sekiranya guru-guru itu mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang

pengajaran dan pandai menyusun strategi pengajaran.

Jadi sekolah-sekolah yang mempunyai kelengkapan yang cukup, ia akan

menghasilkan kecemerlangan dalam bidang akademik yang berterusan. Kita sedar

ramai daripada pelajar yang dikumpulkan di sekolah yang terpilih adalah berlatar

belakangkan luar bandar namun mereka mempunyai potensi yang tinggi dan dapat

meningkatkan pencapaian dari setahun ke setahun (Mohd Salleh Lebar,1998).

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang terbukti berjaya menghasilkan pelajar

dan warga berilmu akan dipertingkatkan menjadi institusi yang diiktiraf pada arena

antarabangsa serta diakui sebagai pusat kecemerlangan. Menteri Pelajaran, Datuk

Seri Hishammuddin Hussein berkata, “Kementeriannya mahu memartabatkan SBP

menjadi model pendidikan menengah terbaik, iaitu pusat kecemerlangan yang

menjadi ikutan masyarakat antarabangsa” (Berita Harian, 31 Mei 2005). Pernyataan

ini jelas menunjukkan kerajaan cukup memandang tinggi kepada SBP. Persoalannya,

bagaimana pula dengan sekolah harian biasa? Adakah sekolah ini mampu melahirkan

generasi yang cemerlang sebagaimana yang diingini oleh semua pihak?

Bagi mendapatkan pelajar yang benar-benar cemerlang dan berketrampilan

terutamanya dalam bidang akademik bukanlah sesuatu yang sukar di saat-saat negara

kita mengintai wadah wawasan pendidikan 2020. Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

sering menjadi keagungan serta mendapat pujian kerana kecanggihannya dalam

persada pendidikan. Oleh itu, jika anak didik dari sekolah tersebut menghasilkan

pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik memanglah bukan suatu keajaiban.

Masalahnya bagaimana pula dengan sekolah harian biasa yang serba serbi

kekurangannya dapat menghasilkan pelajar yang turut cemerlang dalam bidang

akademik setanding dengan produk pendidikan dari sekolah elit (Mohd Salleh

Lebar,1998).

4

Sebagai contoh, pelajar cemerlang SPM 2004, Nur Amalina Che Bakri yang

telah berjaya mendapat 17 A1 juga berasal dari sekolah harian biasa iaitu Sekolah

Menengah Ulu Tiram, Johor. Selain itu, kejayaan Chong Mun Chee dan Woon Thean

Weng dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga membuktikan pelajar dari

sekolah harian biasa, yang sebelum ini tidak pernah tersenarai dalam kumpulan

sekolah cemerlang, turut mampu mencatatkan keputusan yang membanggakan

(Utusan Malaysia, 11 Mac 2005).

Pelajar terbaik keseluruhan SPM 2005, Esther Elizabeth Jack juga merupakan

seorang pelajar dari sekolah menengah harian biasa membuktikan sekolah bukan

ukuran kecemerlangan selepas Nur Amalina melakukannya sebelum itu (Kosmo, 16

Mac 2006).

Menurut pelajar terbaik PMR 2005 peringkat kebangsaan, Rabiatul Adawiah

Abdul Basir yang juga berasal dari sekolah menengah harian biasa iaitu SMK Agama

Tok Jiring, Kuala Terengganu, kecemerlangan yang diperolehinya bukan datang dari

hati yang hanya untuk lulus peperiksaan, malah lebih lagi dari itu. Bagi beliau,

mereka yang cemerlang adalah mereka yang mempunyai keazaman dan kesungguhan

untuk berjaya, mereka terdiri dari para pelajar yang memastikan diri mereka dapat

menyelesaikan semua masalah pelajaran mereka. Mereka yang mendekati dan

menghormati guru mereka (Berita Harian, 25 Disember 2005).

Sebagaimana yang diketahui, negeri Terengganu merupakan sebuah negeri

yang banyak menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan dan telah

berjaya menghasilkan kecemerlangan pendidikan selama beberapa tahun. Menurut

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Terengganu akan

diutamakan dalam perancangan pembangunan bagi tempoh Rancangan Malaysia

Kesembilan (RMK-9) kerana negeri itu membuktikan kecemerlangan selama empat

tahun berturut-turut dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Kementerian

Pelajaran mahu negeri lain mencontohi pembangunan pendidikan kreatif yang

dilaksanakan Terengganu sehingga berjaya membuktikan bahawa pendidikan

menjadi agenda penting dalam perancangan pembangunannya (Berita Harian, 25

Julai 2005).

5

Sekitar keputusan PMR 2004 lalu, Terengganu juga telah mencatatkan

keputusan yang cemerlang. Pengarah Pelajaran Terengganu, Mohamed Che Hamid,

berkata “seramai 288 calon turut memperoleh 9A, iaitu dalam mata pelajaran Bahasa

Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam, Matematik, Sains,

Kemahiran Hidup dan Bahasa Arab, manakala 645 (8A) dan 21 (7A)”. Katanya,

empat sekolah pula mencatatkan keputusan 100 peratus iaitu SM Sains Dungun, SM

Sains Sultan Mahmud dan SMK Agama Sheikh Abdul Malek di Kuala Terengganu

serta SMK Tengku Mahmud, Besut (Berita Harian, 30 Disember 2004).

Kecemerlangan adalah sesuatu yang sering diusahakan untuk mencapainya.

Kajian ini adalah bagi mencari apakah pengaruh-pengaruh utama yang mendorong

ke arah kecemerlangan pelajar yang berasal dari sekolah harian biasa dalam PMR.

Kecemerlangan adalah suatu kejayaan, oleh itu kecemerlangan memerlukan kajian

bagi mengetahui bagaimana ia dicapai. Sehubungan itu, pengkaji telah memilih SMK

Tengku Mahmud sebagai tempat kajian kerana ia telah mencapai kejayaan sebagai

salah sebuah sekolah terbaik di negeri Terengganu (rujuk Lampiran A).

Jadual 1.1 jelas menunjukkan tahap pencapaian yang membanggakan bagi

pelajar-pelajar SMK Tengku Mahmud bagi peperiksaan PMR pada tahun 2005, 2004

dan tahun 2003. Dari itu, pengkaji ingin mengetahui bagaimana pelajar-pelajar

sekolah ini mencapai kejayaan. Apakah pengaruh-pengaruh utama yang wujud dalam

dan luar diri pelajar sehingga mampu menjadi pelajar cemerlang dari segi

akademiknya.

Antara pengaruh yang akan dibincangkan adalah berkaitan dengan aspek-

aspek yang berada di persekitaran pelajar di sekolah sahaja iaitu berkenaan dengan

pengaruh sikap pelajar, sikap guru, persekitaran bilik darjah dan program-program

kecemerlangan anjuran sekolah.

6

Jadual 1.1: Analisis perbandingan mengikut bilangan A keputusan

peperiksaan PMR 2005, 2004 dan 2003 bagi SMK Tengku

Mahmud.

2005 2004 2003 Keputusan

calon BIL % BIL % BIL %

8A/7A 71 32.72 45 19.65 44 22.22

7A 34 15.66 82 35.81 48 24.24

6A 25 11.52 31 13.54 29 14.65

5A 28 12.90 31 13.54 18 9.09

4A 21 9.68 22 9.61 20 10.10

3A 23 10.60 8 3.49 17 8.59

2A 12 5.53 4 1.75 12 6.06

1A 3 1.38 5 2.18 6 3.03

0A 0 0 1 0.44 4 2.02

JUMLAH 217 100.00 229 100.00 198 100.00

Pada umumnya, ramai orang berasa sangsi terhadap kesan sekolah,

khususnya pengajaran di bilik darjah, terhadap pencapaian pelajar. Kajian klasik

Coleman et.al pada tahun 1966 yang melibatkan 640,000 pelajar, mendapati kurang

daripada 3% varians pencapaian yang berpunca daripada pembolehubah di sekolah.

Tetapi akhir-akhir ini, proses persekolahan didapati boleh menyumbang sehingga

25% daripada varians pencapaian seperti yang tercatat dalam beberapa hasil kajian

oleh Anthony (1967), Bloom (1976) dan Lysakawski (1982). Memang benar bahawa

proses persekolahan mampu menyumbangkan hampir 25% varians pencapaian

pelajar (Abu Bakar, 1982). Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mendapatkan

kepastian mengenai pengaruh proses persekolahan terhadap pencapaian cemerlang

pelajar.

7

1.3 Pernyataan masalah

Kecemerlangan dalam peperiksaan sering menjadi harapan yang bukan sahaja

dikalungi pujian bahkan menjadi ukuran yang menentukan masa depan pelajar.

Sehubungan dengan itu, kita perlu mengkaji dan meneliti apakah pengaruh-pengaruh

yang dapat menjuruskan kecemerlangan pelajar di bidang akademik terutamanya

pelajar dari sekolah harian biasa. Berdasarkan analisa keputusan peperiksaan, kita

dapati SMK Tengku Mahmud merupakan salah sebuah sekolah yang cemerlang.

Walaupun bukanlah merupakan sekolah yang berasrama penuh dan lengkap dengan

kemudahan yang terkini dalam membantu peningkatan akademik pelajar, namun

sekolah ini mampu menonjolkan kecemerlangan pelajarnya. Bagaimana kejayaan ini

diperolehi? Apakah pengaruh-pengaruh utama yang membawa kejayaan tersebut?

Oleh itu, satu kajian akan dijalankan untuk mengenalpasti tahap pengaruh yang

menentukan kecemerlangan akademik pelajar.

1.4 Objektif kajian

Berikut merupakan objektif – objektif kajian ini dilakukan:

1.4.1 Menilai tahap pengaruh sikap pelajar terhadap pencapaian cemerlang

akademik pelajar.

1.4.2 Menilai tahap pengaruh sikap guru terhadap pencapaian cemerlang akademik

pelajar.

1.4.3 Menilai tahap pengaruh persekitaran bilik darjah terhadap pencapaian

cemerlang akademik pelajar.

1.4.4 Menilai tahap pengaruh program-program kecemerlangan anjuran sekolah

terhadap pencapaian cemerlang akademik pelajar.

8

1.5 Persoalan kajian

Sehubungan dengan itu, persoalan harus dikaji dengan lebih terperinci adalah

seperti berikut :

1.5.1 Apakah tahap pengaruh sikap pelajar terhadap pencapaian cemerlang

akademik pelajar?

1.5.2 Apakah tahap pengaruh sikap guru terhadap pencapaian cemerlang akademik

pelajar?

1.5.3 Apakah tahap pengaruh persekitaran bilik darjah terhadap pencapaian

cemerlang akademik pelajar?

1.5.4 Apakah tahap pengaruh program-program kecemerlangan anjuran sekolah

terhadap pencapaian cemerlang akademik pelajar?

1.5.5 Apakah strategi-strategi yang digunakan oleh pihak sekolah dalam

meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar?