matlamat pengajaran

2
MATLAMAT PENGAJARAN Satu pernyataan umum yang memberi arahan kepada keperluan- keperluan yang lebih terperinci. Merupakan satu titik permulaan, sesuatu yang idea, satu cita-cita dan satu arah untuk dituju. Matlamat adalah kategori tingkah laku. Matlamat juga adalah peringkat am tingkah laku, sementara objektif ialah peringkat khusus tingkah laku. Matlamat pengajaran tidak boleh begitu terperinci supaya mudah dapat dilaksanakan. Matlamat adalah kabur supaya dapat memuatkan idea-idea, cita-cita dan arah yang lebih luas. Walau bagaimanapun matlamat pengajaran perlu dinyatakan sebab penilaian pembelajaran murid bukan sahaja dilakukan secara terperinci, namun perlu juga dilakukan secara meluas dan umum bagi meliputi kesemua objektif. Perkaitan antara matlamat dan objektif ialah, matlamat boleh dipecah-pecahkan kepada beberapa objektif yang lebih spesifik. Misalnya, murid akan dapat memahami tentang keindahan bunyi dalam pantun muda mudi. Dalam pengajaran saya, saya menetapkan tiga matlamat utama. Matlamat pengajaran saya adalah berusaha untuk meningkatkan pembelajaran pelajar di dalam bidang ini dengan kefahaman yang maksimum dan contoh relevan berserta dengan aktiviti pengajaran yang menarik. Seterusnya berusaha untuk meninggikan nilai kemahiran di dalam penilaian berteraskan pengukuhan pembelajaran yang jelas.

Upload: wendy-khoo

Post on 15-Jan-2016

354 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

MATLAMAT PENGAJARAN

TRANSCRIPT

Page 1: MATLAMAT PENGAJARAN

MATLAMAT PENGAJARAN

Satu pernyataan umum yang memberi arahan kepada keperluan-keperluan yang

lebih terperinci. Merupakan satu titik permulaan, sesuatu yang idea, satu cita-cita dan

satu arah untuk dituju. Matlamat adalah kategori tingkah laku. Matlamat juga adalah

peringkat am tingkah laku, sementara objektif ialah peringkat khusus tingkah laku.

Matlamat pengajaran tidak boleh begitu terperinci supaya mudah dapat dilaksanakan.

Matlamat adalah kabur supaya dapat memuatkan idea-idea, cita-cita dan arah yang

lebih luas. Walau bagaimanapun matlamat pengajaran perlu dinyatakan sebab

penilaian pembelajaran murid bukan sahaja dilakukan secara terperinci, namun perlu

juga dilakukan secara meluas dan umum bagi meliputi kesemua objektif. Perkaitan

antara matlamat dan objektif ialah, matlamat boleh dipecah-pecahkan kepada beberapa

objektif yang lebih spesifik. Misalnya, murid akan dapat memahami tentang keindahan

bunyi dalam pantun muda mudi.

Dalam pengajaran saya, saya menetapkan tiga matlamat utama. Matlamat

pengajaran saya adalah berusaha untuk meningkatkan pembelajaran pelajar di dalam

bidang ini dengan kefahaman yang maksimum dan contoh relevan berserta dengan

aktiviti pengajaran yang menarik. 

Seterusnya berusaha untuk meninggikan nilai kemahiran di dalam penilaian

berteraskan pengukuhan pembelajaran yang jelas.

Matlamat yang terakhir adalah menyempurnakan pembelajaran dan pengajaran

secara efisien berlandaskan rancangan instruksional serta objektif kursus.