unit 2 modul 1 matlamat dan objektif pengajaran v2

22
Matlamat dan Objektif Pengajaran dan Pembelajaran / 21 UNIT 2 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menjelaskan maksud matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran 2. Membezakan empat domain hasil pembelajaran iaitu kognitif, afektif, psikomotor dan sosial 3. Menulis hasil pembelajaran mengikut aras setiap domain dalam mata pelajaran yang diajar. PENGENALAN Cuba kita fikirkan senario berikut. Setiap jurulatih pasukan badminton negara mempunyai rangka latihan dan carta perkembangan pelatih di bawah kendalian masing-masing. Setiap latihan mempunyai matlamat yang ingin dicapai dan sasaran serta objektif yang telah ditetapkan oleh persatuan terbabit. Bagaimana pula senario di bilik darjah? Adakah matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu kemestian? P eranan utama sekolah adalah memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran pula membantu murid mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Hasil yang ingin dicapai itu termasuklah dari aspek intelek, emosi, rohani dan jasmani. Bagi memastikan hasil pembelajaran tercapai, seseorang guru haruslah teliti dan berhati-hati dari segi penyediaan objektif pengajaran. Beberapa istilah seperti matlamat dan objektif pengajaran disentuh dalam pengenalan di atas. Tahukah anda perbezaan antara keduanya? Jika tidak jelas, buatlah rujukan bagi mengumpul maklumat mengenainya. DIFFERENTIATING BETWEEN TEACHING GOALS AND OBJECTIVES IS THE FIRST STEP TO PLANNING A SUCCESSFUL TEACHING PLAN THAT IS ALSO STRESS-FREE”

Upload: -

Post on 20-Jun-2015

10.873 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2

Matlamat dan Objektif Pengajaran dan Pembelajaran / 21

UNIT 2MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARANDi akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menjelaskan maksud matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran2. Membezakan empat domain hasil pembelajaran iaitu kognitif, afektif, psikomotor

dan sosial3. Menulis hasil pembelajaran mengikut aras setiap domain dalam mata pelajaran

yang diajar.

PENGENALAN

Cuba kita fikirkan senario berikut. Setiap jurulatih pasukan badminton negara mempunyai rangka latihan dan carta perkembangan pelatih di bawah kendalian masing-masing. Setiap latihan mempunyai matlamat yang ingin dicapai dan sasaran serta objektif yang telah ditetapkan oleh persatuan terbabit. Bagaimana pula senario di bilik darjah? Adakah matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu kemestian?

Peranan utama sekolah adalah memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran pula membantu murid mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Hasil yang ingin dicapai itu termasuklah dari aspek intelek, emosi, rohani dan jasmani. Bagi memastikan hasil

pembelajaran tercapai, seseorang guru haruslah teliti dan berhati-hati dari segi penyediaan objektif pengajaran.

Beberapa istilah seperti matlamat dan objektif pengajaran disentuh dalam pengenalan di atas. Tahukah anda perbezaan antara keduanya? Jika tidak jelas, buatlah rujukan bagi mengumpul maklumat mengenainya.

“DIFFERENTIATING BETWEEN TEACHING GOALS AND OBJECTIVES IS THE FIRST STEP TO PLANNING A SUCCESSFUL TEACHING PLAN THAT IS ALSO STRESS-FREE”

Page 2: Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2

22 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

ISI KANDUNGANApakah perbezaan antara matlamat dengan objektif?

Tugas penggubal kurikulum adalah menggubal kurikulum supaya matlamat sesuatu program pendidikan itu sesuai dengan keperluan sesebuah negara, masyarakat dan ahlinya. Guru pula, sebagai pendidik dan pelaksana, perlu menentukan objektif pengajaran dan berusaha supaya

objektif ini mampu dicapai oleh murid-muridnya. Jadi, apakah perbezaan antara matlamat dengan objektif pengajaran? Berikut disenaraikan beberapa contoh matlamat dan objektif pengajaran.

Matlamat pengajaran

• Mengajar murid fakta dan prinsip kandungan pelajaran • Menjadi model peranan (role model) bagi murid • Membantu murid membina kemahiran berfikir aras tinggi • Menyediakan murid menghadapi alam pekerjaan • Merangsang pembangunan peribadi murid • Membantu murid membina kemahiran asas belajar

Objektif pengajaran

• Merancang pengajaran yang mengambil kira kepelbagaian gaya pembelajaran pelajar • Menaksir kefahaman pelajar terhadap isi kandungan pelajaran • Merancang pengajaran yang memberi peluang pelajar berinteraksi antara satu sama • Menerang fakta dan prinsip kandungan pelajaran

Analisis contoh matlamat dan objektif pengajaran di atas. Dapatkah anda kenal pasti perbezaan antara keduanya? Kemudian bandingkan jawapan anda dengan perbezaan yang disenaraikan dalam Jadual 2.1.

Jadual 2.1 Perbezaan antara matlamat dengan objektif

MATLAMAT OBJEKTIF

Hasrat jangka panjang yang hendak dicapai Pencapaian konkrit yang mampu dicapai dengan mengikuti langkah-langkah tertentu dalam jangka masa yang lebih pendek

Kurang berstruktur Lebih berstruktur dan konkrit

Tidak begitu jelas bagaimana mengetahui matlamat telah dicapai (sukar untuk diukur)

Boleh diukur. oleh itu boleh diketahui dengan yakin ia telah dicapai

Page 3: Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2

Matlamat dan Objektif Pengajaran dan Pembelajaran / 23

Mengapa objektif pengajaran diperlukan?

Daripada perbincangan kita sebelum ini, kita boleh membuat kesimpulan bahawa objektif yang jelas membantu ke arah pencapaian matlamat. Jadi, dalam proses bergerak ke arah pencapaian matlamat pengajaran, objektif pengajaran membantu guru;

• Memilih kandungan pelajaran • Memilih strategi pengajaran yang sesuai • Membangun dan memilih bahan pengajaran yang sesuai • Membina ujian dan instrumen lain untuk menaksir dan menilai hasil pembelajaran murid

Sedarkah anda bahawa objektif pengajaran memfokus kepada guru? Mengikut Krathwohl (1971), pengalaman pendidikan bermaksud mengadakan satu siri persekitaran yang membolehkan murid mempelajari tingkah laku baru, memperbaiki atau menghapuskan tingkah laku semasa dan melatih tingkah laku ini sehingga ke peringkat murid itu dapat mempamerkan tingkah laku yang diingini pada satu tahap yang memuaskan dalam keadaan tertentu. Maka adalah lebih baik jika objektif memfokus kepada murid dalam bentuk objektif pembelajaran. Objektif pembelajaran biasanya ditulis sebagai hasil pembelajaran walaupun Kementerian Pelajaran Malaysia membezakan antara keduanya di mana objektif bersifat lebih am manakala hasil pembelajaran lebih khusus.

Apakah hasil pembelajaran?

Mari kita bincang apakah yang dimaksudkan dengan hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran merupakan satu penyataan yang menetapkan pengetahuan, kemahiran, dan sikap serta nilai yang diingini hasil daripada aktiviti pembelajaran. Dengan lain perkataan, hasil pembelajaran

menjelaskan apa yang murid perlu tahu dan fahami dan/atau dapat lakukan selepas selesai aktiviti pembelajaran.

Bagaimana menulis hasil pembelajaran yang baik?

Bagi menulis hasil pembelajaran yang baik, guru harus mengetahui bahawa hasil pembelajaran yang baik terdiri daripada lima komponen, iaitu;

1. Frasa merujuk kepada kumpulan sasaran 2. Kata kerja aktif 3. Objek bagi kata kerja 4. Konteks/keadaan 5. Standard/kriteria

Berikut merupakan huraian setiap komponen hasil pembelajaran:

Page 4: Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2

24 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

1. Frasa merujuk kumpulan sasaran menyatakan siapa yang sepatutnya mencapai hasil pembelajaran yang diharapkan. Contohnya;

• Di akhir pelajaran ini, murid boleh … • Selepas unit ini, murid akan dapat …• Selepas menamatkan aktiviti ini, murid akan …• Di akhir kursus ini, murid akan dapat …

2. Kata kerja aktif mestilah yang boleh diukur (measurable), boleh diperhati (observable) dan spesifik. Kata kerja ‘memahami’, misalnya, tidak sesuai digunakan kerana tidak boleh diperhati. Contoh kata kerja aktif adalah seperti berikut;

• Mendefinisi, menganalisis, menyatakan, melukis, menyelesaikan masalah, menyenaraikan, memberi kerjasama dan sebagainya.

3. Objek bagi kata kerja menunjukkan tindakan ke atas apa. Contohnya ditunjukkan oleh frasa yang bergaris bawah seperti berikut;

• Menyenarai perbezaan antara halaju dan laju • Mendefinisi tamadun dengan tepat • Memberi kerjasama dalam menyediakan peralatan amali

4. Konteks/keadaan pula menyatakan dalam konteks apa atau keadaan yang bagaimana tindakan yang diinginkan itu perlu dilakukan. Contohnya ditunjukkan oleh frasa bergaris bawah seperti berikut;

• Mengukur panjang meja dengan menggunakan tali • Mereka bentuk aktiviti bagi mencari hubungan antara kedalaman cecair dan tekanan

dalam cecair jika diberi satu botol air mineral yang kosong.

5. Standard/Kriteria menunjukkan tahap kualiti yang diingini atau yang patut dicapai, termasuk julat jawapan yang boleh diterima. Contohnya adalah seperti berikut:

• Mengira halaju troli menuruni landasan terpampas geseran menggunakan pita detik sehingga dua titik perpuluhan

• Mendefinisi inersia menggunakan perkataan sendiri dengan tepat

Analisis mana-mana hasil pembelajaran yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran mata pelajaran tumpuan anda. Dapatkah anda mengenal pasti mana-mana hasil pembelajaran yang mempunyai kelima-lima komponen di atas. Anda akan dapati kebanyakan hasil pembelajaran hanya mempunyai tiga daripada lima komponen di atas? Adakah ini memadai?

Selain daripada lima komponen di atas, hasil pembelajaran yang ditulis harus mensasarkan pencapaian dalam sekurang-kurangnya tiga domain, iaitu domain isi kandungan pelajaran, kemahiran (termasuk kemahiran kognitif, manipulatif, iaitu psikomotor, dan kemahiran sosial atau insaniah) dan sikap dan nilai (termasuk kerohanian). Domain hasil pembelajaran juga boleh dikategorikan mengikut empat domain, iaitu kognitif (pemikiran), psikomotor (kemahiran fizikal), afektif (sikap dan nilai), dan sosial

Page 5: Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2

Matlamat dan Objektif Pengajaran dan Pembelajaran / 25

(perhubungan dalam masyarakat) seperti ditunjukkan dalam Rajah 2.1. Hal ini bertepatan dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara yang mempunyai matlamat melahirkan insan yang seimbang. Apakah maksud seimbang? Seimbang dari segi intelek, emosi, fizikal, dan rohani. Maka sasaran pencapaian dalam sekurang-kurangnya tiga domain di atas adalah sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Rajah 2.1 Domain hasil pembelajaran

Mari kita bincang empat domain hasil pembelajaran tersebut.

Domain Kognitif

Sebagai guru, anda mestilah menyedari bahawa perkembangan pemikiran adalah suatu proses yang mengambil masa yang lama. Perkembangan pemikiran murid berlaku dengan pesat sewaktu mereka bersekolah sejajar dengan pertumbuhan dan perkembangan fizikal mereka.

Aspek kognitif menjadi fokus utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Taksonomi Domain Kognitif Bloom (Bloom et al., 1989), membahagikan domain kognitif ini kepada enam peringkat, yang bermula dengan tahap yang mudah dicapai kepada tahap yang sukar dicapai seperti Rajah 2.2 berikut.

Rajah 2.2 Taksonomi Domain kognitif Bloom

Berdasarkan tingkah laku yang ditunjukkan murid, iaitu cara berfikir, merasa dan bertindak, maka penyusunan objektif mengikut keupayaan dari mudah kepada yang lebih susah, membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dirancang dan dijalankan dengan lebih sistematik dan berkesan. Peringkat yang lebih rendah akan dicapai terlebih dahulu, diikuti peringkat selanjutnya yang lebih sukar.

DOMAIN PSIKOMOTOR DOMAIN KOGNITIF

4 Domain HasilPembelajaran

DOMAIN SOSIAL DOMAIN AFEKTIF

PENILAIANSINTESISANALISISAPLIKASI

KEFAHAMANPENGETAHUAN

Page 6: Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2

26 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

Jadual 2.2 menunjukkan beberapa contoh kata kerja aktif yang sesuai digunakan bagi setiap aras kognitif.

Jadual 2.2 Contoh kata kerja bagi setiap aras kognitif Taksonomi Bloom

Aras Contoh kata kerjaPengetahuan mendefinisi, menyatakan, melabel, mengenal pasti, mengingat kembaliKefahaman memparafrasa, menjelas, menerang, menterjemah, mengkategori,

memberi contohAplikasi mengaplikasi, melaksana, mengira, menyelesaikan masalahAnalisis menganalisis, mendiskriminasi, menstruktur, memilih, membanding

beza, mengulasSintesis mensintesis, mereka bentuk, mencipta, memfomulasi, menjana,

membina, merancang Penilaian Menilai, mengkritik, memantau, menguji, mengesan

Namun, Lori Anderson bersama kumpulan penyelidik beliau (2001) meminda enam aras ini dari segi susunan dan label aras dengan alasan label setiap aras seharusnya berbentuk kata kerja berbanding kata nama untuk mencerminkan proses berfikir. Rajah 2.3 menunjukkan Taksonomi Bloom yang telah dipinda.

Rajah 2.3 Taksonomi Domain Kognitif Bloom yang dipinda

Aras tertinggi bagi versi dipinda ini adalah mencipta bukannya menilai. Kata kerja yang dikaitkan dengan mencipta termasuklah mereka bentuk, menjalankan, merancang, menghasilkan, membuat, dan mereka cipta. Walau bagaimanapun masih ramai yang menggunakan Taksonomi Bloom versi asal kerana ia begitu popular di kalangan pengkaji dan pendidik sebelum kemunculan versi yang dipinda. Terbaru muncul pula Taksonomi Bloom versi digital (Churches, 2008) untuk mengambil kira kemahiran berkaitan ICT yang begitu relevan dalam kehidupan abad ke-21 sekarang. Versi digital ini menggunakan aras yang sama seperti Taksonomi Bloom yang dipinda, tetapi menambah kata kerja aktif yang berkaitan dengan kemahiran ICT bagi setiap aras tersebut. Jadual 2.3 menyenaraikan kata kerja yang mengambil kira kemahiran ICT bagi setiap aras kognitif.

MENCIPTAMENILAI

MENGANALISISMENGAPLIKASI

MEMAHAMIMENGINGAT

Page 7: Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2

Matlamat dan Objektif Pengajaran dan Pembelajaran / 27

Jadual 2.3 Contoh kata kerja berkaitan ICT bagi setiap aras kognitif

Aras Contoh kata kerjaMengingat Bullet pointing, highlighting, bookmarking, social-networking,searching,

googlingMemahami Advanced and Boolean searching, blog journaling, twittering, categorizing,

commenting, annotating, subscribingMengaplikasi Running & operating, playing, uploading & sharing, editingMenganalisis Mashing, linking, reverse-engineering, cracking, mond-mapping, validating,

taggingMenilai Blog commenting & reflecting, posting, moderating, collaborating &

networking, testing (alpha & beta)Mencipta Programming, filming, animating, videocasting, podcasting, mixing,

remixing, directing, producing, publishing, wiki-ing, video blogging

Oleh itu dalam menulis hasil pembelajaran, guru harus menggunakan kata kerja aktif yang sesuai dengan aras kognitif yang diharap murid dapat capai selepas satu-satu sesi pembelajaran.

Lawati laman web di alamat

http://projects.coe.uga.edu/epltt/index.php?title=Bloom%27s_Taxonomy untuk mendalami Taksonomi Bloom versi asal dan yang dipinda dan kemudian lawati pula http://www.techlearning.com/article/8670 untuk membaca huraian lebih mendalam tentang Taksonomi Bloom versi digital.

Untuk membantu anda memahami dengan lebih mendalam setiap aras Taksonomi Bloom versi asal, perbincangan berikut disertai dengan contoh spesifik bagi setiap aras tersebut.

Pengetahuan

Aras pertama Domain Kognitif ialah Pengetahuan (Knowledge), yang mewakili keupayaan mengingat fakta, idea, pendapat, prinsip, prosedur dan peristiwa yang berlaku (Abu Bakar Nordin, 1986). Aspek yang diutamakan pada peringkat ini adalah dari segi daya ingatan. Keupayaan pada semua aras yang lebih tinggi memerlukan keupayaan mengingat, maka mengingat adalah prasyarat untuk menguasai tahap pemikiran yang lebih tinggi. Kategori pengetahuan ini pula boleh dibahagi seperti berikut:

• Pengetahuan tentang sesuatu perkara yang khusus, misalnya, berkait dengan istilah yang berbentuk perkataan atau simbol. Contohnya, simbol tertentu dalam matematik, seperti “<” atau istilah tertentu dalam mata pelajaran sains, seperti “kondensasi”. Selain istilah, pengetahuan tentang perkaitan antara fakta tertentu seperti tokoh, peristiwa atau punca maklumat, juga merupakan contoh aras pengetahuan. Misalnya, peristiwa penting dalam sejarah pada 13 Mei 1969 dan pembentukan Malaysia dalam tahun 1963.

Page 8: Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2

28 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

• Pengetahuan tentang cara mengendalikan sesuatu, yang meliputi pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, pengkelasan, teknik atau prosedur tertentu.

• Pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang, seperti mengetahui prinsip, generalisasi, teori atau struktur.

Kefahaman

Aras kedua Domain Kognitif ialah Kefahaman (Comprehension), yang mewakili keupayaan murid menjelaskan pengetahuan secara yang bermakna. Murid boleh menjelaskan kefahaman mereka dalam bentuk tulisan, lisan atau simbol tertentu. Beberapa contoh kata kerja yang dikaitkan dengan kefahaman dihuraikan dalam Jadual 2.4.

Jadual 2.4 Huraian beberapa contoh kata kerja yang berkait dengan aras kefahaman

Menterjemah

Menterjemah bentuk komunikasi asal kepada bentuk baru dengan tidak mengubah makna asal. Misalnya, mengubah bentuk komunikasi yang panjang kepada bentuk komunikasi yang lebih pendek/ringkas dengan makna yang sama.

Menafsir

Menafsir idea/mesej yang disampaikan dalam bentuk tersurat atau tersirat. Setelah sesuatu idea/mesej itu difahami, maksudnya disampaikan semula dalam perkataan murid itu sendiri. Misalnya, murid dapat menafsir data dalam bentuk carta kepada bentuk tulisan/huraian.

MengekstrapolasiMengekstrapolasi maklumat iaitu murid dapat membuat telahan/ inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberi/diterima.

Aplikasi

Aras ketiga Domain Kognitif ialah Aplikasi (Application), yang mewakili keupayaan menggunakan konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan kaedah am dalam situasi khusus dan situasi am (Abu Bakar Nordin,1986). Pada peringkat ini, murid perlu benar-benar memahami konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan kaedah am untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Sebagai pendidik, kita juga sepatutnya menekankan aplikasi pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian, selain dapat menyelesaikan masalah yang diberikan guru dalam bilik darjah misalnya, murid dapat mengaitkan proses fotosintesis dengan kehidupan manusia. Keupayaan menggunakan ilmu dalam menyelesaikan masalah baru yang berkaitan dengannya menjadi petunjuk sama ada murid telah menguasai ilmu dalam mata pelajaran berkenaan.

Page 9: Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2

Matlamat dan Objektif Pengajaran dan Pembelajaran / 29

Menurut Bloom (1971), murid dikatakan menguasai peringkat Aplikasi, sekiranya mereka dapat:

• menentukan prinsip yang sesuai dalam menyelesaikan masalah yang baru.• menyebut semula satu masalah lama untuk menentukan prinsip yang boleh digunakan untuk

menyelesaikan masalah baru.• menentukan had setakat mana prinsip itu boleh digunakan dalam menyelesaikan masalah

baru.• menentukan kesesuaian sesuatu prinsip untuk digunakan dalam menyelesaikan masalah baru

dengan memberikan alasan.• menjelaskan fenomena baru dengan menggunakan prinsip yang dipelajari.• menelah apa yang akan berlaku dalam situasi baru dengan menggunakan prinsip yang

dipelajari.• memberi justifikasi/alasan tentang keputusan/tindakan yang diambil untuk menyelesaikan

masalah baru dengan menggunakan prinsip yang dipelajari.

Sekarang cuba kita lihat sama ada anda telah memahami apa yang baru sahaja dipelajari. Tuliskan satu contoh hasil pembelajaran bagi setiap peringkat Pengetahuan, Kefahaman dan Aplikasi bagi mata pelajaran anda.

Analisis

Aras keempat Domain Kognitif ialah Analisis (Analysis), yang mewakili keupayaan memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur tersebut. Justeru, peringkat Analisis menekankan kepada keupayaan murid mengenal pasti unsur-unsur dan struktur yang mengaitkan unsur-unsur tersebut bagi sesuatu dokumen/kes yang diberikan. Secara ringkasnya, analisis terbahagi kepada tiga jenis seperti dihuraikan dalam Jadual 2.5.

Jadual 2.5 Jenis-jenis Analisis

Analisis unsur

Analisis unsur ialah keupayaan murid menentukan unsur-unsur yang terdapat dalam sesuatu dokumen. Misalnya, murid dikehendaki mencari bukti-bukti dalam sesuatu dokumen untuk menyokong kesimpulan yang diberikan.

Analisis hubungan

Analisis hubungan ialah keupayaan murid menentukan hubungan antara unsur-unsur yang terdapat dalam komunikasi. Misalnya, murid dikehendaki menentukan perkaitan antara bukti-bukti, bukti dengan hipotesis, atau hipotesis dengan kesimpulan.

Analisis prinsip

Analisis prinsip ialah keupayaan murid mengenal pasti

prinsip organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan menganalisis tujuan, pandangan, pendirian, sikap dan konseptualisasinya. Misalnya, murid dapat mengenal pasti pendekatan yang digunakan oleh penyanyi tertentu bagi menarik minat penonton.

Page 10: Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2

30 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

Menurut Bloom (1971), murid dikatakan dapat menguasai analisis apabila mereka dapat:

• mengelaskan perkataan, frasa dan kenyataan dalam satu set dokumen.• menelah apa yang akan berlaku atau sifat yang tidak dinyatakan dengan jelas.• menggunakan kriteria yang relevan, menyusun unsur mengikut sebab, akibat dan urutan untuk

menentukan corak dan susunan bahan dalam sesuatu dokumen.• mengenal pasti prinsip organisasi dan mencorakkan rangka keseluruhan dokumen.

Sintesis

Pernahkah anda membaca beberapa novel yang berada di pasaran seperti novel Badai Semalam oleh Khadijah Hashim atau novel Tenggelamnya Kapal Van der Wjick oleh Profesor Hamka dan sebagainya. Setiap novel memperlihatkan perkembangan watak dan jalan cerita yang diperhalusi serta disintesis bagi membentuk keseluruhan novel. Pada pandangan anda, bagaimanakah penulis mampu menggarap sesuatu karya itu sehingga berjaya menghasilkan suatu nilai kesusasteraan yang tinggi?

Kebolehan penulis di atas dikaitkan dengan aras kelima Domain Kognitif iaitu Sintesis (Synthesis), yang mewakili keupayaan menggabungkan unsur-unsur dan bahagian-bahagian supaya sesuatu dokumen itu menjadi lebih berstruktur, tersusun dan menyeluruh. Murid perlu menggabungkan sesuatu struktur daripada yang tidak jelas kepada satu struktur atau perkara yang lebih jelas. Sintesis terbahagi kepada tiga jenis yang dihuraikan dalam Jadual 2.6.

Jadual 2.6 Jenis-jenis Sintesis

Sintesis penyampaian Sintesis penyampaian, iaitu sintesis yang menghasilkan bentuk penyampaian dengan tujuan tertentu seperti menghibur, menghuraikan, menarik minat atau menunjukkan perasaan marah. Misalnya, murid dapat menyampaikan perbahasan dengan hujah yang menarik.

Sintesis himpunan Sintesis himpunan, iaitu sintesis yang menghasilkan satu himpunan perlakuan. Misalnya, murid dapat menyusun kandungan pelajaran untuk persediaan peperiksasan.

Sintesis cadangan Sintesis cadangan, iaitu sintesis yang menghasilkan cadangan melalui andaian, analisis dan hubungan yang abstrak. Misalnya, murid dapat mengemukakan teori yang dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Bloom (1971), keupayaan sintesis akan menghasilkan perkara berikut:

• Menghasilkan komunikasi unik dalam bentuk penulisan esei, puisi, atau lukisan.• Menghasilkan sebuah perancangan atau set operasi.• Menghasilkan penerbitan satu set hubungan abstrak seperti membentuk hipotesis.

Page 11: Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2

Matlamat dan Objektif Pengajaran dan Pembelajaran / 31

Penilaian

Aras keenam dan terakhir Domain Kognitif ialah Penilaian (Evaluation), yang mewakili keupayaan menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria tertentu. Murid membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea, hasil kerja, penyelesaian, bahan dan sebagainya. Pertimbangan dibuat berdasarkan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Misalnya, murid dapat menilai satu hasil kerja, sama ada bermutu atau sebaliknya, dengan membandingkannya dengan hasil kerja lain.

Sekarang masa untuk anda pula mengaplikasikan apa yang telah dipelajari tadi. Tuliskan satu contoh hasil pembelajaran bagi setiap aras iaitu Analisis, Sintesis dan Penilaian untuk mata pelajaran anda.

Domain Afektif

Sebagai seorang insan, kita mempunyai perasaan. Ada ketikanya kita berasa gembira, sedih, terharu, kecewa, dan sebagainya. Selepas kita melalui pelbagai pengalaman dalam hidup ini, kita akan mempunyai pandangan atau sikap tersendiri terhadap sesuatu perkara yang dialami. Begitu

juga dengan murid-murid kita, perasaan, sikap dan nilai ialah perkara yang dipelajari dan berkembang dari semasa ke semasa, serentak dengan perkembangan insan itu sendiri dalam pelbagai perkara. Jika murid-murid berada dalam persekitaran yang sihat, maka persekitaran ini sedikit sebanyak akan membentuk perasaan, sikap dan nilai yang positif. Begitu juga sebaliknya. Persoalannya sekarang, adakah kita, sebagai guru, memberi perhatian yang sewajarnya kepada perkembangan dan ‘kesihatan’ perasaan, sikap dan nilai murid-murid kita?

Domain Afektif ialah domain yang berkaitan dengan perasaan, emosi, minat, sikap, penghargaan dan nilai. Dari segi praktiknya, guru jarang menulis hasil pembelajaran domain ini dalam buku rekod pengajaran berbanding hasil pembelajaran domain kognitif, yang ditulis dalam bentuk perlakuan murid. Ini berlaku kerana tiadanya prosedur dan alat yang benar-benar sesuai untuk mengukur pencapaian hasil pembelajaran domain afektif.

Walau bagaimanapun domain ini boleh juga diwakili oleh aras-aras tertentu seperti penyusunan aras dalam domain kognitif. Aras dalam domain afektif menunjukkan tahap sejauh mana sikap kita berkembang dan menjadi sebati dengan kita. Aras ini disusun mengikut prinsip penghayatan. Penghayatan merujuk kepada proses di mana sikap dan emosi seseorang bergerak dari tahap kesedaran umum hingga ke tahap di mana sikap dan emosi itu dihayati atau diinternalisasi dan secara konsisten mengawal dan memandu kelakuan dan tindakan seseorang. Seperti juga Domain Kognitif, Domain Afektif boleh dikelaskan mengikut peringkat penghayatan dari yang paling rendah kepada yang paling tinggi, seperti yang diutarakan oleh Bloom et al. (1988) dan digambarkan dalam Rajah 2.4.

Page 12: Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2

32 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

Rajah 2.4 Hierarki Penghayatan Domain Afektif

Untuk membantu anda memahami dengan lebih mendalam setiap aras Domain Afektif ini, mari kita bincangkannya dengan menyertakan contoh spesifik bagi setiap aras tersebut.

Penerimaan

Aras pertama Domain Afektif ialah Penerimaan (Receiving), yang mewakili kesediaan seseorang untuk menerima sesuatu yang disampaikan. Peringkat ini bermula dengan kesedaran penerima, misalnya, penerima sedar akan kehadiran guru, irama lagu, atau keadaan dalam kelas. Selepas ada kesedaran, individu berkenaan akan menunjukkan kesediaan untuk menerima, iaitu individu berkenaan tidak “menjauhkan” diri daripada rangsangan yang diterima. Seterusnya, individu berkenaan akan mula bertindak secara terhad, iaitu cuba membezakan setiap rangsangan yang diterima. Contoh hasil pembelajaran peringkat ini ialah murid mengeluarkan buku teks dan bersedia untuk mendengar arahan guru.

Gerak Balas

Kadangkala di bawah sedar, badan kita sedikit sebanyak bergoyang memberi gerak balas terhadap alunan muzik yang terhasil di corong radio. Mungkin juga tidak kita sedari, kita bersiul atau menyanyi perlahan-lahan mengikut irama lagu tersebut sambil kita melakukan pekerjaan lain. Pernahkah anda mengalami situasi ini? Ini merupakan contoh aras Gerak Balas dalam domain afektif.

Aras kedua Domain Afektif iaitu Gerak Balas (Responding), mewakili tindak balas terhadap rangsangan yang diterima disebabkan seseorang mempunyai motif tersendiri untuk berbuat demikian. Perasaan ingin tahu tentang sesuatu boleh menyebabkan seseorang itu bertindak balas terhadap rangsangan yang diterima. Pada peringkat awalnya, gerak balas ini mungkin juga berlaku disebabkan arahan orang lain. Bagaimanapun, selepas individu berkenaan mempunyai motif tersendiri, dia akan bertindak balas sendiri, misalnya, menunjuk minat terhadap aktiviti mencari serangga di taman sains sekolah.

Penilaian

Aras ketiga Domain Afektif ialah Penilaian (Valuing). Seseorang yang berada pada aras afektif ini memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukannya. Nilai/motif ini, yang boleh dianggap sebagai

PERWATAKAN

ORGANISASI

PENILAIAN

GERAK BALAS

PENERIMAAN

Page 13: Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2

Matlamat dan Objektif Pengajaran dan Pembelajaran / 33

motivasi luaran yang menjadi landasan kepada setiap tingkah laku atau tindakan yang ditunjukkan oleh individu berkenaan. Terdapat tiga jenis nilai ini seperti yang dihuraikan dalam Jadual 2.7.

Jadual 2.7 Jenis-jenis Penilaian

Penerimaan semua nilai Menerima semua nilai yang terdedah kepada individu tersebut yang menjadi landasan kepada perlakuannya.

Pemilihan nilai tertentu Memilih nilai tertentu dari nilai-nilai yang didedahkan kepada individu tersebut yang menjadi landasan kepada perlakuannya.

Komitmen Memegang teguh kepada sesuatu kepercayaan (satu set nilai) yang menjadi landasan kepada perlakuannya dan sanggup mempertahan kepercayaan ini daripada sebarang cabaran.

Contohnya, murid itu mengajak rakan-rakannya mendengar ceramah kempen kitar semula di sekolah.

Organisasi

Aras keempat Domain Afektif ialah Organisasi (Organization). Seseorang yang berada pada aras afektif ini boleh menyusun semua nilai yang diterimanya kepada satu sistem yang lebih praktikal. Penyusunan nilai-nilai ini terbahagi kepada dua peringkat, iaitu pertama, mengkonsepsualisasi nilai-nilai dan membentuk pertalian antaranya; dan keduanya menyusun nilai-nilai ini hingga menjadi satu sistem nilai/kepercayaan. Contohnya, murid mengajak rakan-rakannya mengumpul bahan-bahan kitar semula untuk mengambil bahagian dalam kempen kitar semula di sekolah.

Perwatakan

Aras kelima dan terakhir Domain Afektif ialah Perwatakan (Characterization), yang bermaksud seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup. Pada kebiasaannya, individu berkenaan akan kekal memegang sistem nilai berkenaan. Pada peringkat ini, seseorang itu akan memperlihatkan: (a) perwatakan berlandaskan kepada nilai tertentu, misalnya dapat membuat keputusan mengikut keadaan, tanpa berasaskan perasaan atau sogokan; dan (b) sistem nilai tersendiri, iaitu mempunyai falsafah atau prinsip hidup tersendiri. Contohnya, murid itu tidak lagi menggunakan beg plastic dan hanya membeli/menggunakan bahan-bahan yang mesra alam.

Tuliskan satu contoh hasil pembelajaran bagi setiap aras Domain Afektif bagi mana-mana tajuk dalam mata pelajaran anda.

Page 14: Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2

34 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

PERGERAKAN CIPTAAN

PERGERAKAN SUAIAN

PERGERAKAN KOMPLEKS

PERGERAKAN MEKANISTIK

PERGERAKAN TERKAWAL

PERSEDIAAN

PERSEPSI

Domain Psikomotor

Pernahkah anda terfikir bagaimana seseorang mampu merejam lembing, menari atau menunggang motosikal? Bagaimana seseorang mampu memanah tepat pada sasaran, berenang atau memandu kereta?

Domain psikomotor ialah domain yang berkaitan dengan kemahiran pergerakan anggota fizikal seseorang. Guru Pendidikan Jasmani sentiasa memberi tumpuan kepada pengawalan pergerakan anggota dalam pengajaran dan latihan. Pada peringkat prasekolah dan sekolah

rendah, kanak-kanak diasuh untuk menguasai pergerakan yang biasa dilakukan dalam kehidupan harian dan juga pergerakan baru dalam senaman. Di samping itu, mereka dilatih untuk menguasai kemahiran khusus yang jarang dilakukan dalam kehidupan harian, misalnya, kemahiran menggelecek dalam permainan bola sepak. Sebagai mana dalam domain kognitif dan afektif, domain psikomotor turut mempunyai hierarki tersendiri. Simpson (1972) mengemukakan tujuh peringkat hasil pembelajaran domain psikomotor, daripada mudah kepada susah seperti dalam Rajah 2.5.

Rajah 2.5 Hierarki Domain Psikomotor

Page 15: Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2

Matlamat dan Objektif Pengajaran dan Pembelajaran / 35

Persepsi

Aras pertama Domain Psikomotor ialah Persepsi (Perception), yang mewakili kebolehan memerhati dan membentuk persepsi suatu pergerakan tertentu, seperti memerhati pergerakan smash dalam permainan badminton. Melalui pemerhatian ini, seseorang itu akan dapat mengingat pergerakan motor (motor movement) berkaitan dengan pergerakan yang dilihat. Misalnya, apabila murid melihat pergerakan smash dalam permainan badminton, dia akan ingat cara bagaimana gurunya melakukan ‘smash’ tersebut. Contoh hasil pembelajaran peringkat Persepsi ialah ‘Murid dapat menjelaskan cara pemain melakukan smash dalam permainan badminton’.

Persediaan

Aras kedua Domain Psikomotor ialah Persediaan (Set), yang mewakili kesediaan dari segi mental, emosi dan fizikal untuk melakukan sesuatu pergerakan. Misalnya, melalui pemerhatian terhadap sesuatu pergerakan, seperti memerhati pergerakan smash dalam permainan badminton, murid dapat mengingat pergerakan tersebut (persediaan mental) dan dengan itu bersedia untuk melakukannya. Contoh hasil pembelajaran peringkat Persediaan ialah ‘Murid dapat menjelaskan cara melakukan smash dalam permainan badminton’.

Pergerakan Terkawal

Aras ketiga Domain Psikomotor ialah Pergerakan Terkawal (Guided Response), yang mewakili kebolehan melakukan pergerakan awal berkaitan kemahiran yang ingin dipelajari. Pergerakan ini biasanya dilakukan secara peniruan dan cuba jaya. Misalnya, murid meniru bagaimana guru melakukan pergerakan smash dalam permainan badminton. Contoh hasil pembelajaran peringkat Pergerakan Terkawal ialah ‘Murid dapat melakukan pergerakan awal cara melakukan smash dalam permainan badminton’.

Pergerakan Mekanistik

Aras keempat Domain Psikomotor ialah Pergerakan Mekanistik (Mechanistic Response), yang mewakili kebolehan melakukan sesuatu pergerakan yang ingin dipelajari secara mahir dan yakin. Misalnya, murid berjaya melakukan pergerakan smash dalam permainan bola tampar seperti yang perhatikan, iaitu berjaya meniru pergerakan guru. Contoh hasil pembelajaran peringkat Pergerakan Mekanistik ialah ‘Murid dapat meniru cara melakukan smash dalam permainan badminton’.

Pergerakan Kompleks

Aras kelima Domain Psikomotor ialah Pergerakan Kompleks (Complex Response), yang mewakili kebolehan melakukan sesuatu pergerakan yang kompleks secara cekap dan licin. Misalnya, murid berjaya melakukan pergerakan smash dalam permainan badminton dengan cekap dan tepat, iaitu berjaya melakukan pergerakan ini sendiri, tanpa meniru guru. Contoh hasil pembelajaran peringkat Pergerakan Mekanistik ialah ‘Murid dapat melakukan smash dalam permainan badminton dengan cekap dan tepat.

Page 16: Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2

36 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

Pergerakan Suaian

Aras keenam Domain Psikomotor ialah Pergerakan Suaian (Adaptive Response), yang mewakili kebolehan melakukan sesuatu pergerakan secara cekap dan tepat dalam keadaan tertentu. Misalnya, murid berjaya melakukan pergerakan smash dalam permainan badminton dengan cekap dan tepat semasa bola tanggung”. Contoh objektif pengajaran peringkat Pergerakan Sesuaian ialah ‘Murid dapat melakukan smash dalam permainan badminton dengan cekap dan tepat semasa bola tanggung.

Pergerakan Ciptaan

Aras ketujuh dan terakhir Domain Psikomotor ialah Pergerakan Ciptaan (Originative Response), yang mewakili kebolehan melakukan sesuatu pergerakan baru secara cekap dan licin dalam sesuatu keadaan tertentu. Misalnya, murid berjaya melakukan pergerakan smash baru dalam permainan badminton dengan cekap dan tepat semasa bola rendah. Contoh hasil pembelajaran peringkat Pergerakan Ciptaan ialah ‘Murid dapat melakukan smash baru dalam permainan bola tampar dengan cekap dan tepat semasa bola tanggung.

Beberapa contoh kata kerja psikomotor lain:

• menulis dengan jelas dan teratur • melukis semula peta dengan tepat • memandu motokar dengan cekap • bermain piano dengan cekap • menunjuk cara berenang dengan betul • menganyam bakul dengan teliti • mencipta gerakan baru dalam sesuatu tarian dalam seni persembahan, lakonan, tarian kreatif• melukis gambar rajah sinar• membasuh tabung uji dengan betul

Sekarang, tuliskan satu contoh hasil pembelajaran bagi setiap aras Domain Psikomotor bagi mana-mana tajuk dalam mata pelajaran anda. Berjayakah anda melakukannya? Sememangnya terdapat bidang pelajaran yang lebih menekankan pencapaian domain psikomotor berbanding domain lain, misalnya bidang Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani. Begitulah juga terdapat bidang yang lebih menekankan domain afektif misalnya Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam. Namun nampaknya kebanyakan bidang lain lebih menekankan domain kognitif berbanding afektif dan psikomotor. Tidak kurang juga yang mengatakan hasil pembelajaran domain afektif tidak perlu dinyatakan secara eksplisit kerana di samping ia sukar diukur ia juga boleh berlaku secara implisit. Apa pendapat anda?

Page 17: Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2

Matlamat dan Objektif Pengajaran dan Pembelajaran / 37

Domain Sosial

Selain proses/aktiviti yang berlaku dalam tiga domain utama ini, kita dapati proses/aktiviti dalam bidang hubungan sosial tidak diberi perhatian sewajarnya. Contohnya, hubungan murid dengan murid, murid dengan guru atau murid dengan orang tua. Sehubungan itu, Dettmer (1997)

mencadangkan satu domain khusus untuk hubungan/tingkah laku sosial, iaitu Domain Sosial. Domain ini terdiri daripada lapan peringkat hasil pembelajaran, iaitu:

Berhubung

Hasil pembelajaran peringkat pertama Domain Sosial ialah Berhubung (Relating), yang mewakili cubaan seseorang menunjukkan tingkah laku membuat kontak (contact) terhadap seseorang lain, seperti membuat kontak mata (eye contact). Di sini, kontak mata merupakan permulaan kepada ‘perkenalan’ yang berakhir dengan berlakunya sesuatu komunikasi. Contoh hasil pembelajaran peringkat Berhubung ialah ‘Murid menyedari guru akan memulakan pengajaran’.

Berkomunikasi

Hasil pembelajaran peringkat kedua Domain Sosial ialah Berkomunikasi (Communicating), yang mewakili cubaan seseorang itu berkomunikasi dengan seseorang lain, iaitu cuba memberi atau menerima mesej, seperti ingin bertanya tentang sesuatu. Di sini, tingkah laku ingin bertanya itu menyebabkan orang kedua turut bertindak untuk berkomunikasi. Contoh hasil pembelajaran peringkat Berkomunikasi ialah ‘Murid bertanya kepada rakannya’.

Melibatkan Diri

Hasil pembelajaran ketiga Domain Sosial ialah Melibatkan Diri (Participating), yang mewakili kebolehan melibatkan diri secara sukarela dalam sesuatu aktiviti berkumpulan, seperti berbual-bual dengan beberapa orang lain. Di sini, tingkah laku berbual akan menggalakkan ahli kumpulan turut mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut. Contoh hasil pembelajaran peringkat Melibatkan Diri ialah ‘Murid mengambil bahagian dalam aktiviti berkumpulan’.

Berunding

Hasil pembelajaran keempat Domain Sosial ialah Berunding (Negotiating), yang mewakili kebolehan membuat perbincangan dengan ahli-ahli kumpulan tentang sesuatu isu/masalah yang timbul, seperti berbincang untuk membuat sesuatu keputusan. Di sini, tingkah laku berbincang menunjukkan seseorang itu ingin membantu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi kumpulannya. Contoh hasil pembelajaran. Peringkat Berunding ialah ‘Murid cuba mencadangkan sesuatu supaya suatu masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan segera’.

Page 18: Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2

38 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

Bekerjasama

Hasil pembelajaran kelima Domain Sosial ialah Bekerja sama (Collaborating), yang mewakili kebolehan berkerjasama dengan ahli-ahli kumpulan untuk menjayakan sesuatu projek, seperti berkerjasama untuk membersihkan kawasan sekolah. Di sini, tingkah laku berkerja sama menunjukkan seseorang itu ingin semua ahli sama-sama menyelesaikan projek/masalah yang dihadapi. Contoh hasil pembelajaran peringkat Berkerjasama ialah ‘Murid dapat menguruskan ahli-ahli kumpulan untuk menjayakan projek’.

Menghakim

Hasil pembelajaran keenam Domain Sosial ialah Menghakim (Adjudicating), yang mewakili kebolehan bertindak untuk mendamaikan sesuatu keadaan apabila terdapat perbezaan pendapat, seperti meleraikan satu pertengkaran. Di sini, tingkah laku meleraikan pertengkaran menunjukkan seseorang itu ingin mengekalkan keharmonian di kalangan ahli kumpulannya. Contoh hasil pembelajaran peringkat Menghakim ialah ‘Murid dapat menyelesaikan perbalahan di kalangan ahli kumpulan’.

Memulakan

Hasil pembelajaran ketujuh Domain Sosial ialah Memulakan (Initiating), yang mewakili kebolehan memulakan sesuatu aktiviti berkumpulan yang baru, walaupun terpaksa menghadapi risiko tertentu, seperti berkhemah di tepi sungai. Di sini, tingkah laku mengadakan perkhemahan menunjukkan seseorang itu ingin melihat ahli-ahli kumpulannya mendapat pengalaman baru. Contoh hasil pembelajaran peringkat Memulakan ialah ‘Murid berjaya mencadang dan melaksanakan projek baru bersama ahli-ahli kumpulannya’.

Menukar

Hasil pembelajaran kelapan dan terakhir Domain Sosial ialah Menukar (Converting), yang mewakili keupayaan menukar gaya hidup ahlii kumpulan kepada gaya hidup baru, seperti mencintai alam sekitar. Di sini, tingkah laku mendorong ahli-ahli kumpulan mencintai alam sekitar menunjukkan seseorang itu ingin melihat ahli kumpulannya hidup dalam persekitaran yang lebih harmoni. Contoh hasil pembelajaran peringkat Menukar ialah ‘Murid berjaya mendorong ahli-ahli kumpulannya membersihkan kawasan sekolah setiap minggu’.

RUMUSAN

Penetapan dan penentuan hasil pembelajaran yang jelas akan dapat membantu guru dalam menyediakan suatu pelan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan sesuai bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Negara yang ingin menghasilkan insan yang seimbang dan

harmonis. Tajuk ini telah menjelaskan kepada anda tentang peringkat-peringkat hasil pembelajaran bagi

Page 19: Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2

Matlamat dan Objektif Pengajaran dan Pembelajaran / 39

Domain Kognitif, Domain Afektif, Domain Psikomotor dan Domain Sosial. Seterusnya, selepas hasil pembelajaran ditentukan, anda akan dapat menentukan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai untuk murid-muridnya mencapai hasil pembelajaran tersebut.

KATA KUNCI1. Matlamat pengajran2. Objektif pengajaran3. Hasil pembelajaran4. Domain kognitif5. Domain psikomotor6. Domain afektif7. Sikap dan nilai

PENILAIAN KENDIRI1. Huraikan perbezaan antara matlamat dan objektif pengajaran.

2. Bagaimanakah menulis hasil pembelajaran yang baik? Huraikan dari segi komponennya yang lima dan domain hasil pembelajaran yang empat (kognitif, psikomotor, afektif, dan sosial).

Page 20: Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2

40 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

PETA MINDA

Lengkapkan Peta Minda berikut:

RUJUKAN

Abu Bakar Nordin. (1987). Developing scale in affective domain. Occasional papers no.5. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Anderson, L. W., & Krathwohl, D. R. (2001). A Taxonomy for Learning, Teaching and Assessing: a Revision of Bloom’s Taxonomy. New York. Longman Publishing.

Bloom, B. S. et al. (1956). Taxonomy of educational objectives. Handbook 1: Cognitive domain. London: Longman.

Bloom, B. S. et al. (1956). Taxonomy of educational objectives. Handbook 2: Afective domain. London: Longman.

A

Domain HasilPembelajaran

6 aras:1. Pengetahuan2. Kefahaman

3. C4. D

5. Analisis6. Sintesis

7. E

7 aras:1. H

2. Persediaan3. I4. J

5. Pergerakankompleks

6. Pergerakansuaian

7. Pergerakanciptaan

8 aras:1. Berhubung

2. Berkomunikasi3. K4. L

5. Bekerjasama6. Menghakim

7. M8. N

5 aras:1. F2. G

3. Penilaian4. Organisasi5. Perwatakan

Domain Afektif Domain SosialA B

Page 21: Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2

Matlamat dan Objektif Pengajaran dan Pembelajaran / 41

Bloom, B. S. (1989). Taksonomi objektif pendidikan, buku pedoman 1: Domain kognitif (ed.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bloom, B. S., Hasting, J.T., Madaus, G.F. (1971). Handbook on formative and summative evaluation of student learning. New York: Harper and Row Publisher.

Churches, A. (2008). Bloom’s Taxanomy blooms digitally. Retrieved 22/2/2011 from http://www.techlearning.com/article/8670

Dettmer, P.A. (1997). New blooms for established fields. Presented at annual conference of the Kansas Association for Gifted, Talented, and Creative, Hutchinson, K.S.

Hanna, G.S. & Detmer, P.A. (2004). Assessment for Affective Teaching: Using Context- Adaptive Planning. Boston: Pearson.

Harrow, A. J. (1972). A taxonomy of the psychomotor domain: A guide for developing behavioural objectives. New York: David McKay.

Krathwohl, D.R., Bloom, B.S., Masia, B.B. (1964). Taxonomy of educational objectives: The classification of educational goals. Handbook II: The affective domain. New York: David McKay.

Krathwohl, D.R., Bloom, B.S., Masia, B.B. (1965). Classroom testing: Construction. Illinois: F.E Peacock Publisher Inc.

Mokhtar Ismail. (1995). Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nurulhuda Abd Rahman et. al. (Eds.). (2011). Manual Instruksi KPD3016 & KPD3026 Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran. Fakulti Pendididkan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Simpson, E.J. (1972). The Psychomotor Domain, vol. 3. Washington, DC: Gryphon House.

Page 22: Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2

42 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

A

Domain HasilPembelajaran

6 aras:1. Pengetahuan2. Kefahaman3. C: Aplikasi4. D: Analisis

5. Sintesis6. E: Penilaian

7 aras:1. H: Persepsi2. Persediaan3. I: Terkawal

4. J: Mekanistik5. Pergerakan

kompleks6. Pergerakan

suaian7. Pergerakan

ciptaan

8 aras:1. Berhubung

2. Berkomunikasi3. K: Melibatkan

diri4. L: Berunding5. Bekerjasama6. Menghakim

7. M: Memulakan8. N: Menukar

5 aras:1. F: Penerimaan2. G: Gerakbalas

3. Penilaian4. Organisasi5. Perwatakan

Domain Afektif Domain SosialA: Domain Kognitif

B: Domain Psikomotor