masyarakat plural

Upload: mohd-najib-zainal

Post on 14-Apr-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Masyarakat Plural

    1/16

    TAMADUN

    TAJUK

    FAKTOR YANG MENYEBABKAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURAL DI

    MALAYSIA

    KUMPULAN

    ____________________________

    DISEDIAKAN OLEH

    NAMA TUTOR E-LEARNING : _______________________________________

    NAMA NO. ID NO. TELEFON

  • 7/30/2019 Masyarakat Plural

    2/16

    TARIKH SERAH : __________________________________

    ii

  • 7/30/2019 Masyarakat Plural

    3/16

    FAKTOR PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURAL DI MALAYSIA

    Pengenalan

    Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat plural terdiri daripada pelbagai kaum yang

    mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai

    kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah

    berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan

    mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Perkara ini diterangkan di dalam

    bukunya Colonial Policy and Practice menerangkan sifat-sifat utama masyarakat majmuk :

    Di Burma, seperti juga Jawa, perkara pertama yang mungkin

    menarik perhatian pelawat ialah campuran pelbagai jenis

    manusia-keturunan Eropah, Cina India dan orang pribumi.

    Dalam pengetian khusus mereka adalah campuran kerana

    mereka hanya bergaul bukannya bergabung secara padu. Setiap

    kelompok mempunyai agama yang tersendiri, budaya dan

    bahasa yang tersendiri, idea dan cara yang tersendiri.

    Mereka bertemu secara individu, tetapi hanya di pasar-pasar,

    iaitu untuk membeli atau menjual barang. Terwujudnya satu

    masyarakat majmuk, dengan bahagian-bahagian komuniti

    yang berlainan hidup secara berdampingan, tetapi berasingan

    dalam unit politik yang sama. Malahan dalam bidang

    ekonomi pun terdapat pembahagian kerja mengikut ras.

    M.G. Smith juga menganggap masyarakat plural sebagai masyarakat yang mempunyai

    pelbagai budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Dari segi politik pula, masyarakat

    majmuk dikuasai oleh satu kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan yang tersendiri.

    Smith juga berpendapat bahawa masyarakat wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukannya

    atas dasar nilai bersama. Selain daripada Furnivall dan Smith, P.L. Van Den Berghe juga

    memberikan sumbangan terhadap perbincangan mengenai konsep masyarakat majmuk. Beliau

    membezakan kemajmukkan sosial iaitu masyarakat dipecahkan kepada kelompok korporat

    1

  • 7/30/2019 Masyarakat Plural

    4/16

    dan bukannya budaya daripada kemajmukkan budaya iaitu wujud daripada beberapa

    kelompok etnik.

    Menurut Vander Zanden (2008), pluralisme ialah satu proses di mana orang

    berlatarbelakangkan budaya yang berlainan hidup bersama secara harmonis, membenarkan

    ekspresi cara-cara hidup mereka yang distinkrif di dalam suatu keadaan yang selaras dengan

    kebajukan nasional.

    Faktor Pembentukan Masyarakat Plural

    Aktiviti migrasi, terutamanya migrasi luaran, merupakan aktiviti utama yang

    bertanggungjawab membentuk masyarakat plural dan mengubah keseluruhan keadaan

    masyarakat Tanah Melayu hingga memberi kesan yang begitu besar terhadap pelbagai aspek

    kehidupan masyarakat. Kedudukan Tanah Melayu yang berada di tengah-tengah jalan

    perdagangan antara China, India dan Arab menyebabkan kawasan tepi pantai berkembang

    menjadi pelabuhan-pelabuhan penting. Orang India dipercayai datang ke kawasan Kepulauan

    Melayu lebih kurang 2000 tahun yang lalu. Kedatangan mereka khususnya untuk berdagang

    di Melaka telah menyebabkan beberapa petempatan orang-orang India wujud, seperti di

    Kampung Kling. Kebanyakan mereka terdiri daripada orang Tamil dari India Selatan,

    Malayali (dikenali juga sebagai orang Malabari) dari pantai Malabar, dan orang Telegu dari

    Andra Pradesh.

    Hubungan perdagangan antara Tanah Melayu dengan India telah terjalin sejak kurun

    kedua Masihi lagi. Agama Buddha dipercayai telah sampai ke Tanah Melayu dan kemudian

    tersebar luas ke Nusantara semasa India diperintah oleh Maharaja Asoka dari Dinasti Maurya

    (330-180 S.M.). Agama Hindu pula telah dibawa oleh golongan pedagang India (vaisya).

    Agama Buddha Mahayana menjadi tumpuan imigran Cina dan orang Sinhalese dari Sri Lanka

    yang datang ke Pulau Pinang. Mereka telah membina beberapa tokong yang terkenal di Pulau

    Pinang. Di negeri Kelantan pula, orang Siam yang ramai mendiami Kelantan telah membawa

    agama Buddha Teravada. Peringkat dan proses petempatan penduduk kemudiannya

    berkembang ketika wujudnya kerajaan-kerajaan Melayu awal. Antara kerajaan Melayu awal

    yang wujud di Tanah Melayu ialah Kerajaan Tun-Sun, Ko-Lo, Pan-Pan di Segenting Kra,

    Kerajaan Langkasuka di Pattani, Kerajaan Chih-Tu di Kelantan, Kerajaan Tan-Tan di

    Terengganu, Kerajaan Gangga Nagara di Perak.

    2

  • 7/30/2019 Masyarakat Plural

    5/16

    Pada abad-abad awal selepas masihi hingga abad ke-16, proses perpindahan orang

    Melayu dari Sumatera, terutama yang berketurunan Minangkabau ke negeri-negeri Melayu

    telah pun berlaku. Tumpuan utama mereka ialah Melaka. Ketika Melaka masyhur sebagai

    pusat perdagangan, ramai orang Melayu yang menceburkan diri di lapangan perdagangan dan

    perniagaan. Tome Pires dalam kurun ke-16 pernah menulis bahawa :

    Negeri Melaka tersangat masyhur dan berfaedah ... Ia adalah

    sebuah bandaraya tempat memasarkan barang-barang dagangan

    yang lebih sesuai daripada bandar raya lain di dunia dan [merupakan]

    pelabuhan yang terkaya sekali dengan ramainya pedagang yang

    berjual-beli secara borong dan banyaknya perkhidmatan perkapalan

    yang datang dari seluruh dunia (dalam Zainal Abidin, 1971:21)

    Hubungan diplomatik Melaka dengan kuasa-kuasa seperti China, India, Siam, dan

    Jawa menjadi salah satu faktor bagi membuktikan bahawa telah wujud suatu bentuk

    masyarakat yang berbilang bangsa di Melaka. Apatah lagi dengan bukti bahawa terdapat 84

    bahasa yang dipertuturkan di Melaka (walaupun bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan

    di kalangan banyak bangsa) memperlihatkan telah wujudnya masyarakat yang berbilang

    bangsa dan kaum.

    Kedatangan Islam ke Melaka telah melonjakkan kedudukan Melaka sebagai pusat

    penyebaran Islam yang penting. Dalam usaha mengislamisasi masyarakat Alam Melayu, para

    ulama telah melakukan beberapa cara dan kaedah untuk menarik lebih ramai orang Melayu

    menganuti agama Islam. Antara tugas awal yang dilaksanakan ialah mengajar ilmu agama diistana-istana, mempelajari bahasa dan budaya Melayu serta sesetengahnya pula mengahwini

    penduduk tempatan.1 Perkahwinan campur merupakan antara kaedah yang dirasakan sesuai

    kerana melalui perkahwinan campur akan terbentuk komuniti Muslim yang memainkan

    1S.Q. Fatimi (1963), Islam Comes to Malaysia, Singapore: Malaysia Sociological ResearchInstitute, h.83. Syed Farid Alatas (1985), Notes on Various Theories Regarding the Islamization of

    the MalayArchipelago, dalam The Muslim World, Vol. LXXV, Hartford: The Duncan Black MacDonaldCenter, h. 170.

    3

  • 7/30/2019 Masyarakat Plural

    6/16

    peranan penting dalam mendidik dan menyebarkan Islam. Melalui penampilan mereka yang

    berkarisma dan kekuatan akliyah telah menyebabkan para pemerintah serta rakyat setempat

    dapat menerima mereka dengan mudah dan yakin. Sesetengah daripada mereka pula telah

    berkahwin dengan keluarga diraja untuk memperolehi kedudukan yang istimewa dalam

    kerajaan seperti menjadi penasihat raja atau sultan dalam urusan keagamaan serta undang-

    undang. Keadaan ini lebih memudahkan lagi mereka menyebarkan Islam di samping

    mengajar agama kepada para penuntutnya. Secara tidak langsung penyebaran Islam dalam

    kalangan atasan iaitu golongan pemerintah telah akhirnya dituruti juga oleh rakyat bawahan.2

    Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan borneo ketika itu

    didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi

    daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang

    daripada Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana

    kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama (James P. Ongkili, 1985:4).

    Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia

    disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di

    bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing. Migrasi ini berlaku sedikit demi

    sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti

    ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar

    terutamanya daripada China dan India.

    Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya (1983:159), masyarakat Cina daripada negara

    China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan.

    Pertambahan penduduk China yang mendadak menyebabkan kekurangan tanah pertanian

    untuk sekumpulan besar penduduk desa, dan mereka terpaksa berhijrah ke Tanah Melayu

    untuk mencari kehidupan baru.

    Sejak abad pertama, orang Cina telah datang ke Tanah Melayu. Empayar Johor

    menjalankan hubungan perdagangan dengan negara China dan pedagang Cina telah menetap

    di Johor. Tetapi kemasukan orang Cina ke Malaysia menjadi ketara selepas British menjajah

    Pulau Pinang dalam tahun 1786 dan Singapura dalam tahun 1824. Orang Cina berhijrah ke

    tanah besar Johor dari Singapura pada zaman pemerintahan Sultan Ali Iskandar Shah dan

    Sultan Abu Bakar Shah (1835-1895) untuk membuka ladang gambir dan lada hitam. Orang

    2Azyumardi Azra,Jaringan Global dan Lokal Islam Nusantara, h. 31.

    4

  • 7/30/2019 Masyarakat Plural

    7/16

    Cina juga menjadi buruh lombong bijih timah di Perak dan Selangor. Bencana alam di China

    seperti kemarau dan banjir menyebabkan penduduknya menderita.

    Kedatangan orang Cina telah menggalakkan perkembangan perusahaan bijih timah di

    Malaysia terutamanya di Taiping, Ipoh, Kuala Lumpur dan Seremban. Orang Cina juga telah

    menjayakan industri koko di Sabah, lada hitam di Johor dan Sarawak dan sayur-sayuran di

    Cameron Highlands, Ipoh, Johor Baru, George Town dan Kuala Lumpur. Mereka turut

    terlibat dalam penanaman padi di Sabak Bernam dan perikanan di Pulau Pangkor, George

    Town dan Klang. Buruh Cina dibawa masuk ke Tanah Melayu melalui beberapa cara

    Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu melalui beberapa cara yang ddiusahakan oleh

    orang Cina sendiri yang telah menetap lama di Tanah Melayu antaranya melalui sistem tiket

    yang sangat popular dan melalui agen yang merupakan pedagang Cina yang kaya. Mereka

    terikat dengan perjanjian untuk bekerja di Tanah Melayu sehingga hutang tambang perjalanan

    yang diberikan oleh agen berjaya dijelaskan.

    Terdapat beberapa suku Cina yang datang berhijrah ke Tanah Melayu iaitu Orang

    Hokkien iaitu golongan dialek Cina yang pertama dan teramai menetap di Malaysia. Mereka

    kebanyakannya menetap di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka dan menjadi pedagang,

    buruh dan pekebun kecil. Kumpulan kecil Teochew (Swatow) iaitu Hokkien dari bandar

    Swatow di Kwangtung (wilayah orang Kantonis) kebanyakannya menetap di Pulau Pinang,

    Singapura, Melaka, Johor, dan pesisir Selangor dan Perak. Kumpulan kecil Hainan iaitu

    Hokkien dari Pulau Hainan di Kwangtung membuka kedai kopi dan juga menjadi buruh

    ladang. Orang Kantonis dan Hakka bekerja di lombong bijih timah dan juga menjadi

    pedagang dan pekebun kecil. Mereka menetap di pedalaman Perak, Selangor, Negeri

    Sembilan dan Pahang.

    Pada tahun 1921, orang Hokkien merangkumi 52 peratus orang Cina di Malaysia

    [termasuk Teochew 11 peratus dan Hainan 6 peratus] diikuti orang Kantonis (29 peratus) dan

    Hakka (19 peratus). Pada tahun 1941, orang Cina merupakan kaum terbesar di Semenanjung

    Malaysia, dan membentuk 43 peratus penduduk Semenanjung berbanding orang Melayu yang

    membentuk 41 peratus penduduk Semenanjung. Menjelang tahun 1921, 22 peratus daripada

    orang Cina di Semenanjung adalah anak kelahiran Semenanjung. Dalam tahun 1957, 75

    peratus daripada mereka adalah anak kelahiran Semenanjung.

    5

  • 7/30/2019 Masyarakat Plural

    8/16

    Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. wujud pelbagai

    andaian mengenai bila tarikh terawal kedatangan kaum ini ke negara ini. Pada pandangan

    R.O.Winsted,orang India mula dating ke Tanah Melayu sejak kurun ke 14 lagi jauh

    mendahului daripada kaum Cina. Menurut Winsted lagi,oleh sebab kedatangan mereka dalam

    kelompok yang kecil,mereka tidak menggunakan bahasa Prakrit tetapi menggunakan bahasa

    penduduk tempatan. Mereka mula berhijrah secara beramai-ramai pada abad ke-19 akibat

    perkembangan yang mendadak dalam industri ladang ,kopi, tebu dan getah telah memaksa

    British untuk mengambil pekerja dari India untuk mengusahakannya. Pada 1900 hanya

    terdapat sekitar 50 000 ekar sahaja tanaman getah namun dalam masa 11 tahun sahaja iaitu

    pada 1911 ladang getah telah meningkat kepada 543 000 ekar iaitu peningkatan lebih 10%

    dan pada tahun 1938 terus meningkat kepada 3 272 000 ekar. Namun tidak semua orang

    India yang dibawa masuk bekerja di ladang getah namun ada juga antara mereka yang bekerja

    di landasan keretapi. Pada 1921, dianggarkan seramai 8009 orang India telah bekerja di

    landasan keretapi.

    Jadual 1 : Kedatangan kaum India ke Tanah Melayu antara 1911-1931

    Negeri 1911 ( orang ) 1921 ( orang ) 1931 ( orang )

    Negeri-Negeri Selat 82 055 104 628 132 277

    Negeri-Negeri Melayu

    Bersekutu

    172 465 305 219 379 996

    Negeri-Negeri Melayu

    Tidak Bersekutu

    12 639 61 781 110 951

    Jumlah 267 159 471 628 623 224

    ( Sumber : Daripada buku . Sejarah Masih Relevan m/s 243 )

    Kebanyakan mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras.

    India juga mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke

    luar. Suasana di negara itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong

    penduduknya berhijrah keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu.

    Migran India datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan

    mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya benguasai negeri-negeri Melayu.

    Kemasukan orang India berlaku dengan pesat di penghujung abad ke19 ketika berlakunya

    perkembangan perladangan seperti getah dan kopi.

    6

  • 7/30/2019 Masyarakat Plural

    9/16

    Kemasukan masyarakat India ke negara ini melalui beberapa cara iaitu melalui sistem

    buruh bebas,sistem kangani dan juga sistem kontrak. Melalui sistem buruh bebas, mereka

    bebas untuk memilih pekerjaan di Tanah Melayu. Dalam sistem kontrak pula,mereka akan

    dibawa ke Tanah Melayu dengan pembiayaan tetapi mereka perlu bekerja antara 1- 3 tahun

    dengan gaji antara 9 hingga 13 sen sehari sahaja. Sistem ini begitu menindas pekerja semata-

    mata untuk membayar balik hutang untuk datang ke sini. Disebabkan itu, sistem Kangani

    telah diperkenalkan. Sistem Kangani bermaksud ketua atau mandur. Mengikut sistem

    ini,mereka yang diberi lesen akan mencari buruh di India untuk bekerja di Tanah Melayu

    namun pelaksanaanya tidak lama apabila diharamkan oleh kerajaan kerana ada

    penyelewengan.3

    Pada tahun 1931, orang Tamil membentuk 82 peratus daripada penduduk India di

    Tanah Melayu dan mereka bekerja di estet getah dan kelapa sawit selain menjadi pegawai

    kerajaan dan golongan profesional seperti peguam dan doktor. Orang Malayali membentuk 6

    peratus daripada penduduk India di Tanah Melayu dan turut bekerja di bidang yang sama

    dengan orang Tamil. Orang Telugu membentuk 5 peratus daripada penduduk India di dan

    kebanyakannya bekerja sebagai buruh estet. Orang Punjabi (termasuk Gujarati, Bengali,

    Marathi, Orissa, Kashmir, dan Sindhi) membentuk 7 peratus daripada penduduk India di

    Tanah Melayu dan kebanyakannya menjadi peniaga, polis dan askar. Pada tahun 1921, 12

    peratus penduduk India dilahirkan di Semenanjung. Pada tahun 1957, 62.1 peratus penduduk

    India dilahirkan di Semenanjung.4

    Faktor Pembentukan Masyarakat Plural Pada Zaman Penjajahan

    Menurut J.S Furnivall (1939) sebuah masyarakat majmuk merupakan satu masyarakat

    yang muncul akibat daripada dasar-dasar kolonial di mana penghijrahan penduduk mengikut

    kehendak-kehendak sistem ekonomi, politik dan sosial. Ini telah mewujudkan kelompok-

    kelompok yang berbagai ragam dalam satu unit politik. British mula bertapak di Tanah Melayu

    sejak Perjanjian Pangkor1874 sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos

    1957. Penjajahan British di Tanah Melayu merupakan sebahagian daripada proses persaingan

    kuasa Barat untuk menguasai tanah jajahan dan mengeksploitasi sumber ekonomi terutama

    sekali pada abad ke-19 apabila berlakunya revolusi perindustrian di Eropah. Ini menyebabkan

    3 http://diniahfalahiah.blogspot.com/2011/04/kedatangan-imigran-india-ke-tanah.html4 http://malaysiana1.blogspot.com/2009/03/sejarah-kedatangan-imigran-ke-malaysia.html

    7

  • 7/30/2019 Masyarakat Plural

    10/16

    kuasa-kuasa Barat berusaha untuk mencari tempat yang boleh mendatangkan keuntungan

    kepada mereka. Kekayaan hasil bumi antara faktor yang menyebabkan British menguasai

    Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bagi memenuhi keperluan industri mereka. Dasar Pecah

    dan Perintah (Divide and Rule) British telah melahirkan masyarakat plural yang mempunyai

    ciri-ciri tertentu. Dari sudut demografi, masyarakat Cina diberi peranan untuk mengusahakan

    lombong-lombong bijih manakala masyarakat India bekerja di ladang-ladang getah.

    Masyarakat Melayu pula ditempatkan di kawasan kampung dan bekerja sebagai petani.

    Dasar-dasar Inggeris telah memberi memberi kesan terhadap pembentukan masyarakat plural

    di Tanah Melayu yang merangkumi pelbagai aspekseperti berikut :

    i) Politik

    Dari aspek politik sejak tahun 1874 dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas iaitu tidak

    mempunyai sekatan terhadap kemasukan orang asing. Dalam hal ini Inggeris seolah-olah

    menggalakkan kemasukan orang asing melalui sistem-sistem kemasukan seperti kontrak, dan

    bebas. Hal ini berbeza dengan tindakan Inggeris pada 1930an, dengan Inggeris

    memperketatkan dan menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak menghantar pulang

    orang-orang imigran balik ke negara asal mereka. Selain itu, undang-undang imigrasi pada

    tahun 1930an juga menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu. Seperkara

    yang menarik tiadanya sekatan terhadap kemasukan orang asing ke negara ini sebelum

    undang-undang imigrasi 1930an disebabkan oleh keperluan Inggeris untuk mendapatkan

    tenaga buruh bagi menrancakkan ekonomi perlombongan dan peladangan selain buruh bagi

    melaksanakan pembinaan prasarana baru seperti pembinaan jalan keretapi dan jalan raya

    Keadaan ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan jabatan Perlindungan Orang Asing

    bagi melindungi para buruh imigran daripada tindasan dan penganiayaan para kongsi gelap

    mahupun majikan. Dengan wujudnya jabatan ini, ini bermakna buruh-buruh ini dilindungi

    oleh pemerintah Inggeris dan ia menunjukkan bahawa seolah-olah kerajaan Inggeris

    menggalakkan kemasukan buruh asing. Ini juga menjelaskan bahawa terdapat tindakan dan

    dasar kerajaan Inggeris mempastikan mereka tidak kehilangan buruh bagi menjana ekonomi

    Tanah Melayu. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan undang-undang buruh yang

    memerlukan para majikan untuk memberikan kemudahan yang sepatutnya kepada buruh

    imigran ini. Dengan keadaan ini ia bukan sahaja menggalakkan kemasukan buruh asing, tetapi

    menggalakkan mereka untuk tidak pulang ke negara asal mereka. Hal ini terbukti semasa

    8

  • 7/30/2019 Masyarakat Plural

    11/16

    kemelesetan ekonomi 1927-1932 orang-orang asing ini keberatan untuk pulang ke negara asal

    mereka dan ini menjadi masalah kepada pemerintah Inggeris.

    Oleh itu, merujuk dasar-dasar pemerintahan Inggeris ini membuktikan bahawa

    kewujudan masyarakat plural di negara ini adalah hasil pelaksanaan dasar yang

    berkehendakkan buruh imigran bagi menjana ekonomi dan membolehkan penjajah mendapat

    keuntungan ekonomi dengan tidak mengambil kira permasalahan yang dihadapi oleh

    masyarakat melayu ketika itu.

    ii) Ekonomi

    Dasar ekonomi komersial, kapitalisme dan bebas yang berlaku menyebabkan

    perubahan sistem daripada sara diri kepada sistem komersial. Oleh hal ini, pembukaan tanah

    dan ladang serta peningkatan pelombongan bijih timah telah banyak berlaku mendorong

    kepada wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri berasaskan buruh. Disebabkan

    hal ini maka keperluan pemodenan prasarana baru yang memerlukan tenaga buruh di

    perkenalkan dan berlakulah kemasukan buruh-buruh asing. Kemasukkan buruh-buruh Cina

    ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyarakat plural daripada

    pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah

    Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu

    ketika itu. Kedatangan masyarakat Cina ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu

    masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini

    membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan mengambarkan

    keunikannya pada pandangan masyarakat luar.

    iii) Sosial

    Dasar pendidikan pemerintahan Inggeris amat memberi kesan kepasa pembentukan

    masyarakat plural di Tanah Melayu. Melalui dasar pendidikan yang berteraskan negara

    ibunda, Inggeris menggalakkan lagi perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang

    perpaduan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak

    menyeragamkan sukatan pendidikan dan pendidikan guru. Sebagai kesan daripada keadaan ini

    wujud sukatan pendidikan yang berbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti

    setiap kaum di Malaysia.

    9

  • 7/30/2019 Masyarakat Plural

    12/16

    Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut sukatan

    pendidikan serta mengambil para guru dari negara asal mereka. Keadaan ini menjelaskan

    bahawa Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang ketidakseragaman dalam dasar

    pendidikan mereka. Bagi orang-orang Melayu ia hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi

    mengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja dan tidak memberi peluang untuk mendapatkan

    kemahiran dan ilmu akedemik. Walaupun wujud keadaan ini ia dikhaskan kepada anak-anak

    para bangsawan Melayu sahaja. Dalam hal ini, keadaan dasar ini sebenarnya menggalakkan

    lagi kemasukan orang asing kerana mereka tahu bahawa mereka masih lagi memperoleh

    pendidikan walaupun di negara asing. Ini juga menjelaskan lagi bahawa Inggeris sebenarnya

    menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga kebajikan mereka bagi keuntungan ekonomi

    penjajah.

    Faktor Pembentukan Masyarakat Plural Selepas Merdeka

    Selepas merdeka, pembentukan masyarakat pluralistik bertumpu kepada pembentukan

    masyarakat di Malaysia.Penumpuan yang jelas diberikan kepada tiga komuniti etnik utama

    iaitu Melayu,Cina dan India. Menurut pendapat oleh J.S. Furnival, konsep masyarakat

    majmuk atau pluralistik itu diertikan sebagai masyarakat di mana di dalamnya terdapat

    pelbagai etnik(kaum) yang hidup didalam satu negara iaitu Malaysia tetapi dipisahkan oleh

    ciri-ciri ekonomi,tempat tinggal, sosial dan budaya. Namun semua itu jelas dilihat ketika

    sebelum merdeka.Walaupun kini masih terdapat perbezaan kepada beberapa aspek sepert

    iekonomi,tempat tinggal,sosial mahupun budaya namun semua itu hanya pada peratus yang

    sedikit berbanding sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.

    Kewujudan masyarakat pluralistik atau majmuk selepas merdeka dipengaruhi oleh tiga

    faktor utama menurut artikel keluaran Dunia Islam edisi Oktober 1992 yang ditulis oleh Idris

    Hj. Ahmad. Menurut penulis, antara faktornya ialah perbezaan pada anutan agama pada tiga

    kaum utama di Malaysia. Masyarakat majmuk atau pluralistik di Malaysia selepas

    kemerdekaan terbentuk disebabkan oleh faktor ini.Jika dulu sebelum merdeka kaum Cina

    hanya menganuti agama Buddha namun berlaku perubahan selepas merdeka apabila ada

    sebahagian kaum Cina sudah menganuti agama Kristian,confucius dan ada juga yang

    menganuti ajaran agama Islam. Ini juga terjadi pada masyarakat kaum India. Dengan anutan

    10

  • 7/30/2019 Masyarakat Plural

    13/16

    agama asal ialah Hindu, kini terdapat juga kaum India yang sudah manganuti agama Buddha

    dan Islam.Di sinilah kewujudan masyarakat plural mula terjadi.

    Selain itu antara faktor lain ialah pemecahan setiap etnik kepada subetnik berdasarkan

    negeri melalui dialek bahasa dan unsur-unsur budaya. Jika dulu sebelum merdeka melayu

    dikenali dengan melayu sahaja tetapi apabila berlaku perkembangan dari perhubungan dan

    ilmu pengetahuan maka wujudlah Melayu Banjar, Melayu Jawa, Melayu Minangkabau,

    Melayu Johor-Riau dan subetnik yang lain lagi. Bagi Cina pula dapat dipecahkan kepada dua

    kumpulan subetnik utama iaitu Hokien dan Kwangtung. India terbahagi kepada subetnik

    seperti Punjabi, Selon,Tamil dan Telegu. Di Sabah dan Sarawak pemecahan setiap etnik

    kepada subetnik begitu jelas sekali. Sabah sahaja mempunyai lebih dari 9 subetnik utama

    manakala Sarawak dalam lingkungan 12 subetnik terdapat di negeri tersebut. Ini

    menunjukkan pembentukan masyarakat plurilistik selepas merdeka di Malaysia lebih ketara.

    Faktor ketiga adalah melibatkan dasar kerajaan, migrasi dan perbandaran.

    Dasar Kerajaan Malaysia antaranya Dasar Perindustrian Negara yang mana kerajaan

    menubuhkan kawasan Zon Perindustrian Bebas contohnya di Sungai Way,Teluk Penglima

    Garang, Bayan Lepas, Perai dan lain-lain tempat lagi mewujudkan menarik pelabur-pelabur

    untuk datang dan sekaligus mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak.

    Migrasi merujuk Kamus Dewan edisi Keempat, sebagai proses pergerakan penduduk

    dari satu tempat ke tempat yang lain bagi tujuan menetap secara tetap atau sementara. Faktor

    ekonomi merupakan faktor utama yang meyumbang kepada berlakunya proses migrasi ini.

    Kedudukan ekonomi Malaysia yang mantap dan kukuh menyebabkan wujudnya banyak

    sektor-sektor pertanian, pembinaan dan perkilangan, sekaligus membuka peluang kepada

    rakyat sesebuah negara termasuk juga golongan pendatang yang datang khususnya untuk

    mencari pendapatan yang lebih tinggi di Malaysia berbanding di negara pendatang.

    Perbandaraan pula proses berterusan yang melibatkan kawasan luar bandar menjadi

    bandar. Perkembangan ini selanjutnya melibatkan proses keruangan yang menunjukkan

    perubahan konsentrasi penduduk yang mendiami di kawasan bandar berbanding kawasan luar

    bandar yang membawa kepada tumpuan pelbagai aktiviti ekonomi.

    Ketiga-tiga perkara ini secara tidak langsung menjadi antara penyebab kepada

    pembentukan masyarakat pluralistik di Malaysia. Peluang pekerjaan yang ditawarkan,

    11

  • 7/30/2019 Masyarakat Plural

    14/16

    kemudahan asas yang lengkap, taraf pendidikan yang terbaik antara faktor mempengaruhi

    masyarakat untuk bergerak atau berpindah dari tempat asal mereka.

    Kesimpulan

    Pembentukan masyarakat plural di Malaysia bermula apabila kemasukan migran

    daripada luar. Proses ini bermula sejak kurun kedua Masihi lagi dan berterusan sehingga

    penjajahan British di Tanah Melayu. Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah

    proses pembentukan masyarakat plural yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses

    pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik

    serta kehidupan seharian. Banyak konflik yang berlaku dalam proses pembentukan ini seperti

    peristiwa 13 mei 1969. Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaan

    mengikut garisan pemisah ras, bukan garisan kelas.

    Semasa zaman penjajahan British, pengambilan pekerja buruh daripada luar di buat

    secara tetap sudah pasti akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan politik.Walaubagaimanapun kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara

    yang kaya dengan budaya, adat resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan.

    Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar.

    Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan faktor masyarakat plural lebih bertumpu

    kepada pembentukan masyarakat di Malaysia, pemecahan etnik, melibatkan dasar kerajaan,

    migrasi dan perbandaran.

    12

  • 7/30/2019 Masyarakat Plural

    15/16

    RUJUKAN

    Buku

    1. Mahayudin Haji Yahaya (2001).Islam Di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

    dan Pustaka.

    2. Johari Talib (2006).Pluraliti Masyarakat Alam Melayu Dalam Sejarah. Dalam buku

    Hubungan Etnik. Disunting: Nazri Muslim dan Nasruddin Yunos. Pusat Pengajian Umum:

    UKM.

    3. Azyumardi Azra (2002),Jaringan Global, dan Lokal Islam Nusantara, Bandung:

    Penerbit Mizan

    4. S.Q. Fatimi (1963),Islam Comes to Malaysia, Singapore: Malaysia Sociological

    Research Institute.

    5. Furnivall, John S (1939), Colonial Policy and Practice: A Comparative Study of Burma and

    Netherlands India. Cambridge : Cambridge University Press.

    Internet

    1. http://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/pembentukan-masyarakat-majmuk-

    di-malaysia/. Tarikh capaian 1/5/2012.

    2. http://kahbantan.blogspot.com/2010/07/pembentukan-masyarakat-pluralistik-di.html.

    Tarikh capaian 1/5/2012.

    3. http://adnanbaharom.blogspot.com/2011/07/pluraliti-dan-masyarakat-plural-di.html. Tarikh

    capaian 1/5/2012.

    4. http://newpaces.com/members/profile/2265/blog-view/konsep-masyarakat-majmuk-

    _1314.html. Tarikh capaian 1/5/2012.

    i

    http://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/pembentukan-masyarakat-majmuk-di-malaysia/http://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/pembentukan-masyarakat-majmuk-di-malaysia/http://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/pembentukan-masyarakat-majmuk-di-malaysia/http://adnanbaharom.blogspot.com/2011/07/pluraliti-dan-masyarakat-plural-di.htmlhttp://newpaces.com/members/profile/2265/blog-view/konsep-masyarakat-majmuk-_1314.htmlhttp://newpaces.com/members/profile/2265/blog-view/konsep-masyarakat-majmuk-_1314.htmlhttp://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/pembentukan-masyarakat-majmuk-di-malaysia/http://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/pembentukan-masyarakat-majmuk-di-malaysia/http://adnanbaharom.blogspot.com/2011/07/pluraliti-dan-masyarakat-plural-di.htmlhttp://newpaces.com/members/profile/2265/blog-view/konsep-masyarakat-majmuk-_1314.htmlhttp://newpaces.com/members/profile/2265/blog-view/konsep-masyarakat-majmuk-_1314.html
  • 7/30/2019 Masyarakat Plural

    16/16

    5. http://diniahfalahiah.blogspot.com/2011/04/kedatangan-imigran-india-ke-tanah.html.

    Tarikh capaian 1/5/2012.

    6. http://malaysiana1.blogspot.com/2009/03/sejarah-kedatangan-imigran-ke-malaysia.html.

    Tarikh capaian 1/5/2012.

    7. http://www.rajamenangis.com/2009/10/kesultanan-melaka-wujudkan-

    keharmonian_2089.html. Tarikh capaian 1/5/2012

    ii

    http://diniahfalahiah.blogspot.com/2011/04/kedatangan-imigran-india-ke-tanah.htmlhttp://malaysiana1.blogspot.com/2009/03/sejarah-kedatangan-imigran-ke-malaysia.htmlhttp://www.rajamenangis.com/2009/10/kesultanan-melaka-wujudkan-keharmonian_2089.htmlhttp://www.rajamenangis.com/2009/10/kesultanan-melaka-wujudkan-keharmonian_2089.htmlhttp://diniahfalahiah.blogspot.com/2011/04/kedatangan-imigran-india-ke-tanah.htmlhttp://malaysiana1.blogspot.com/2009/03/sejarah-kedatangan-imigran-ke-malaysia.htmlhttp://www.rajamenangis.com/2009/10/kesultanan-melaka-wujudkan-keharmonian_2089.htmlhttp://www.rajamenangis.com/2009/10/kesultanan-melaka-wujudkan-keharmonian_2089.html