usaha masyarakat orang asli

Upload: fendy1604

Post on 06-Jul-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 Usaha Masyarakat Orang Asli

    1/31

    USAHA YANG DIJALANKAN OLEH MASYARAKAT ORANG ASLI DALAM

    MENINGKATKAN PEMBANGUNAN EKONOMI MEREKA :

    SATU KAJIAN DI DAERAH ROMPIN DAN PEKAN, PAHANG

    MOHD NUR AL-HAFIZ BIN MOHD NAWI

    Laporan projek ini dikemukakan

    sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

     penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

    (Kejuruteraan Elektrik)

    Fakulti Pendidikan

    Universiti Teknologi Malaysia

    MEI 2011

  • 8/18/2019 Usaha Masyarakat Orang Asli

    2/31

  • 8/18/2019 Usaha Masyarakat Orang Asli

    3/31

  • 8/18/2019 Usaha Masyarakat Orang Asli

    4/31

    USAHA YANG DIJALANKAN OLEH MASYARAKAT ORANG ASLI DALAM

    MENINGKATKAN PEMBANGUNAN EKONOMI MEREKA :

    SATU KAJIAN DI DAERAH ROMPIN DAN PEKAN, PAHANG

    MOHD NUR AL-HAFIZ BIN MOHD NAWI

    Laporan projek ini dikemukakan

    sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

     penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

    (Kejuruteraan Elektrik)

    Fakulti Pendidikan

    Universiti Teknologi Malaysia

    MEI 2011

  • 8/18/2019 Usaha Masyarakat Orang Asli

    5/31

  • 8/18/2019 Usaha Masyarakat Orang Asli

    6/31

    iii 

    DEDIKASI

    Pengkaji menghulurkan penghargaan yang tidak terhingga,

     Dan kasih sayang yang ikhlas dari sanubari buat bonda yang tercinta

     Hjh. Aini binti Hj. Ahmad

    Kerana berkat doa dan ingatan serta keredaan nya yang berterusan jualah

     pengkaji sentiasa diberi pertolongan oleh Allah (s.w.t) menghadapi segala

    mehnah dan ujian sepanjang pengajian pengkaji.

    Penghargaan dan doa penuh ingatan juga dirakamkan buat

    almarhum ayahanda Mohd Nawi bin Hj. Alias yang tercinta

    Kerana semasa hayatnya, tidak pernah jemu memberikan sokongan,

    mendoakan dan memberikan kata semangat kepada pengkaji untuk

    meneruskan pelajaran.

  • 8/18/2019 Usaha Masyarakat Orang Asli

    7/31

    iv 

    PENGHARGAAN

    Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang pengkaji

    merakamkan setinggi kesyukuran ke Hadrat Ilahi kerana memberikan kesihatan dan

    ketabahan dalam menyiapkan kajian untuk Projek Sarjana Muda ini. Selawat dan

    salam kepada Nabi junjungan penyudah segala nabi serta ahli keluarga dan para

    sahabat baginda yang tercinta dan mereka yang menuruti mereka itu dari semasa

    hingga ke semasa hingga hari kiamat.

    Setinggi-setinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada Prof. Dr.

    Muhammad Rashid bin Hj. Rajuddin selaku penyelia yang banyak memberi tunjuk

    ajar, teguran dan bimbingan dengan penuh dedikasi kepada pengkaji sehingga dapat

    menyiapkan tulisan ilmiah ini. Semoga segala pengorbanannya yang ikhlas mendapat

    ganjaran yang setimpal di sisi Allah (s.w.t). jutaan terima kasih juga ditujukan

    kepada para pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia yang

     pernah mengajar dan mendidik saya untuk menjadi insan yang mulia.

    Di ruangan terbatas ini juga, pengkaji ingin mengucapkan terima kasih

    kepada seluruh kaki tangan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia yang

    terlibat dalam menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan pengkaji sepanjang

     pengajian. Biarpun ia merupakan tanggungjawab, kesabaran dan kemesraan tetap

    diingati. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang mengenali pengkaji

    sepanjang pengajian. Terima kasih di atas sokongan dan dorongan yang tidak putus-

     putus daripada kalian. Sesungguhnya suka dan duka cabaran sepanjang pengajianakan menjadi penguat iltizam sepanjang perjuangan ilmu kita demi kesejahteraan

    agama, bangsa dan negara.

  • 8/18/2019 Usaha Masyarakat Orang Asli

    8/31

    ABSTRAK

    Kajian ini bertujuan melihat usaha yang dilakukan oleh masyarakat Orang Asli bagi

    membangunkan ekonomi mereka. Kajian ini menumpukan penduduk masyarakat

    Orang Asli yang berada di sekitar daerah Rompin dan Pekan, Pahang. Objektif kajian

    ini ialah untuk mengenal pasti tiga aktiviti ekonomi masyarakat Orang Asli melalui

    aktiviti pertanian, mencari hasil hutan dan mengambil upah. Bagi memperoleh data,

    kaedah yang digunakan ialah temu duga berstruktur dan kajian perpustakaan. Data

    dianalisis menggunakan perisian (SPSS) versi 16.0 dan statistik yang digunakan ialah

    frekuensi dan peratus sahaja. Sampel kajian terdiri daripada 40 orang di kalangan

    masyarakat Orang Asli. Dapatan kajian menunjukkan usaha masyarakat Orang Asli

    cenderung kepada aktiviti pertanian dan mencari hasil hutan. Pengkaji

    mencadangkan pihak berwajib seperti majlis daerah dan pihak berkuasa tempatan

    lain perlu mengambil inisiatif dan memberikan perhatian kepada keperluan

    masyarakat Orang Asli untuk membantu aktiviti ekonomi mereka yang berdasarkan

    alam semula jadi.

  • 8/18/2019 Usaha Masyarakat Orang Asli

    9/31

    vi 

    ABTRACT

    This study aims to look at the efforts of indigenous peoples in developing their social

    activities and their economy. This study, focused on the population of indigenous

     peoples residing in the district of Rompin and Pekan, Pahang. The objective of the

    study is to identified three activities that show their effort in the agricultural, forest

    and seek to take wages. Data was obtain through structured-interview and literature

    review. Data were analyzed using software (SPSS) version 16.0 and the statistics

    used were frequency and percentage only. The sample consisted of 40 people among

    the indigenous group. The findings show that of the indigenous peoples tend to look

    for agricultural activities and forest products. It is recommended that authorities such

    as district council and other local authorities should take the initiative and give

    attention to the needs of indigenous peoples to help in their social activities and their

    economy based on natural environment.

  • 8/18/2019 Usaha Masyarakat Orang Asli

    10/31

    vii 

    KANDUNGAN

    BAB PERKARA

    JUDUL

    MUKA SURAT

    i

    PENGAKUAN ii

    DEDIKASI

    PENGHARGAAN

    iii

    iv

    ABSTRAK v

    ABSTRACT vi

    KANDUNGAN vii

    SENARAI JADUAL xii

    SENARAI RAJAH xiv

    SENARAI SINGKATANxv

    SENARAI LAMPIRAN xvi

  • 8/18/2019 Usaha Masyarakat Orang Asli

    11/31

    viii 

    I PENDAHULUAN

    1.1 Pendahuluan 1

    1.2  Latar Belakang Masalah 6

    1.3 

    Pernyataan Masalah 7

    1.4 

    Objektif Kajian 8

    1.5 

    Persoalan Kajian 9

    1.6 

    Kepentingan Kajian 9

    1.7 

    Skop Kajian 10

    1.8  Definisi Istilah

    1.8.1  Pembangunan

    1.8.2 

    Ekonomi

    1.8.3 

    Orang Asli

    1.8.4 

    Masyarakat

    11

    11

    11

    12

    12

  • 8/18/2019 Usaha Masyarakat Orang Asli

    12/31

    ix 

    II SOROTAN KAJIAN

    2.1 Pendahuluan 13

    2.2 Aktiviti Pertanian Sebagai Sumber Ekonomi

    Orang Asli

    2.2.1 Pertanian

    14

    14

    2.3 Aktiviti Mencari Hasil Hutan Sebagai

    Sumber Ekonomi Orang Asli

    2.3.1 Kegunaan Hutan

    2.3.2 Hutan Sebagai Habitat Flora Dan

    Fauna

    2.3.3 Hutan Membekalkan Balak Dan Bahan

    Api

    2.3.4 Hutan Sebagai Kawasan Tadahan

    Hujan

    2.3.5 Hutan Sebagai Tempat Rekreasi Dan

    Pelancongan

    2.3.6 Hutan Sebagai Tempat Kajian Dan

    Sumber Ubatan

    2.3.7 Hutan Sebagai Tempat Tinggal

    Manusia

    16

    17

    18

    19

    20

    20

    21

    22

    2.4 Kajian-Kajian Lepas 22

  • 8/18/2019 Usaha Masyarakat Orang Asli

    13/31

    III METODOLOGI KAJIAN

    3.1 Pendahuluan

    3.2 Rekabentuk Kajian

    24

    25

    3.3 Populasi Dan Sampel 26

    3.4 Tempat Kajian 27

    3.5 Instrumen Kajian 27

    3.6 Prosedur Kajian 29

    3.7 Kerangka Operasi 30

    3.8 Kesahan Kandungan 31

    3.9 Penganalisisan Data

    3.10 Andaian

    3.11 Batasan Kajian

    32

    33

    34

    IV ANALISIS DATA

    4.1 Pengenalan

    4.2 Bahagian A: Analisis Latar Belakang

    Responden

    4.2.1 Jantina

    4.2.2 Umur

    4.2.3 Kawasan Penempatan Mengikut Daerah

    4.2.4 Pendapatan Sebulan

    4.2.5 Taraf Pendidikan

    4.3 Bahagian B

    35

    36

    36

    37

    38

    38

    39

    40

  • 8/18/2019 Usaha Masyarakat Orang Asli

    14/31

    xi 

    V

    RUJUKAN

    LAMPIRAN

    4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1

    4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2

    4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3

    4.3.4 Rumusan Keseluruhan

    RUMUSAN DAN PERBINCANGAN

    5.1 Pengenalan

    5.2 Rumusan Kajian

    5.3 Perbincangan Latar Belakang Responden

    5.4 Perbincangan Persoalan Kajian

    5.4.1 Aktiviti Pertanian

    5.4.2 Aktiviti Mencari Hasil Hutan

    5.4.3 Aktiviti Mengambil Upah

    5.5 Cadangan Dalam Kajian

    5.6 Cadangan Kajian Lanjutan

    5.7 Penutup

    40

    44

    47

    51

    52

    53

    54

    55

    55

    57

    58

    60

    61

    62

    64

    67

  • 8/18/2019 Usaha Masyarakat Orang Asli

    15/31

    xii 

    SENARAI JADUAL

    NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

    1.1 Taburan Penduduk Orang Asli  4 

    Semenanjung Malaysia (1997-1998) 

    3.5(a) Pembahagian Item Bahagian A Mengikut 28

    Faktor Demografi

    3.5(b) Taburan Item Soal Selidik 29

    3.8(b) Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratus 33

    4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 36

    4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 37

    4.3 Taburan Responden Mengikut Daerah 38

    4.4 Taburan Responden Mengikut 38

    Pendapatan Sebulan

    4.5 Taburan Responden Mengikut Taraf Pendidikan 39

    4.6 Taburan Responden Mengikut Usaha Dalam 41

    Aktiviti Pertanian

    4.7 Taburan Responden Mengikut Usaha Dalam 44

    Aktiviti Mencari Hasil Hutan

  • 8/18/2019 Usaha Masyarakat Orang Asli

    16/31

    xiii 

    4.8 Taburan Responden Mengikut Usaha Dalam 48

    Aktiviti Pekerjaan Mengambil Upah

    4.9 Rumusan Peratus Responden Secara Keseluruhan 51

    Dalam Persoalan Kajian

  • 8/18/2019 Usaha Masyarakat Orang Asli

    17/31

    xiv 

    SENARAI RAJAH

    NO. RAJAH TAJUK MUKA

    SURAT

    Rajah 1.1(a) Masyarakat Peribumi di Malaysia 3

    Rajah 1.1(b) Kaum Induk Orang Asli 4

    Rajah 3.1 Kerangka Operasi 30

  • 8/18/2019 Usaha Masyarakat Orang Asli

    18/31

    xv 

    SENARAI SINGKATAN

    JHEOA Jabatan Hal Ehwal Orang Asli

    RMK10 Rancangan Malaysia Ke-10

    SPSS Statistical Package for Social Science

    RPS Rancangan Pengumpulan Semula

    IKS Industri Kecil dan Sederhana

  • 8/18/2019 Usaha Masyarakat Orang Asli

    19/31

    xvi 

    SENARAI LAMPIRAN

    LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

    A Borang Soal Selidik 67

    B Surat Kebenaran Fakulti 72

    C Kesahan Soal Selidik 75

  • 8/18/2019 Usaha Masyarakat Orang Asli

    20/31

     

    BAB I

    PENGENALAN

    1.1  Pendahuluan

    Sejak 150,000 tahun yang lalu, hutan hujan Semenanjung Malaysia telah

    menjadi laluan utama kaum neolitik yang telah membentuk penempatan-penempatan

    secara berkelompok terutama di sepanjang sungai-sungai utama dan sumber hutan

    adalah sebagai sumber asas kelangsungan hidup mereka. Kedudukan kawasan

    semenanjung Malaysia yang terletak di kawasan khatulistiwa yang beriklim panas

    dan lembap sepanjang tahun menjadi kaitan kekayaan khazanah alamnya. Ini telah

    diakui oleh ahli-ahli Sejarah bahawa kawasan Semenanjung Malaysia merupakan

    kawasan yang paling subur di dunia, selain hutan Borneo dan hutan Amazon (Abdul

    Razaq Ahmad dan Zalizan Mohd Jelas, 2009).

  • 8/18/2019 Usaha Masyarakat Orang Asli

    21/31

    Banjaran Titiwangsa merupakan tulang belakang Semenanjung Malaysia

    telah membahagikan kawasan Semenanjung kepada dua bahagian iaitu Bahagian

    Barat dan Bahagian Timur. Terdapat pelbagai sumber kekayaan alam semula jadi di

    seluruh hutan hujan Semenanjung Malaysia yang sekali gus menjadi sumber

    kehidupan kaum-kaum nomad dan primitif yang masih mengekalkan kehidupan

    tradisional mereka sehingga ke hari ini. Kawasan hutan hujan menjadi kediaman

    mereka yang jauh terasing daripada kawasan pembangunan dan pemodenan. Oleh

    sebab sikap pemencilan ini selari dengan naluri kehidupan mereka yang rapat dengan

    alam sekitar (Abdul Razaq dan Zalizan Mohd Jelas,2009)

    Bagi memastikan masyarakat Orang Asli tidak ketinggalan, kerajaan telah

    melantik satu badan yang dikenali sebagai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA)

    yang ditubuhkan pada tahun 1953. Walaupun pada dasarnya penubuhan JHEOA

    ketika itu adalah untuk mengelakkan masyarakat Orang Asli dipergunakan oleh

    Pengganas Komunis dan juga disebabkan oleh faktor-faktor keselamatan (Hamdan

    a/l Yu, 1998).

     Namun begitu setelah berlakunya darurat peranan JHEOA telah diubah

    kepada jabatan kerajaan yang bertanggungjawab untuk memajukan masyarakat ini.

    JHEOA menyedari bahawasanya masyarakat Orang Asli harus dibantu dari segi

    sosial dan ekonomi agar mereka tidak ketinggalan dari segi pembangunan. Menurut

    kenyataan Abdul Khalid Ibrahim dalam Mohd. Adzmi Hj. Tahir (1998), ini selaras

    dengan salah satu cabaran wawasan 2020 untuk mewujudkan sebuah masyarakat

    yang adil dalam bidang ekonomi dan sosial.

    Penubuhan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) pada akhir 50-an,

    kerajaan mula memberikan perhatian yang serius untuk melibatkan suku kaum Orang

    Asli dalam persada kemajuan dan pembangunan negara, dengan melengkapkan

     prasarana perhubungan dan pengangkutan yang boleh sampai terus ke kawasan

     penempatan mereka. Langkah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan ialah

    mewujudkan Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) suku kaum Asli yang

  • 8/18/2019 Usaha Masyarakat Orang Asli

    22/31

     bertebaran di hutan hujan sepanjang Banjaran Titiwangsa agar hidup berkelompok

    dan memudahkan agenda pembangunan di salurkan kepada mereka serta

    mengintegrasikan kehidupan masyarakat Orang Asli dalam kehidupan yang moden

    dengan infrastruktur asas. Peluang pendidikan kepada anak-anak suku kaum Orang

    Asli juga dibuka melalui pembinaan sekolah-sekolah rendah di kawasan (RPS)

    tersebut untuk mengeluarkan daripada kepompong kemiskinan dan sekurang-

    sekurangnya menguasai kemahiran asas 3 M iaitu membaca, menulis dan mengira

    (Abdul Razaq & Zalizan Mohd Jelas, 2009).

    Menurut Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) semakan 1974, definisi ialah

    mana-mana bapanya ialah ahli daripada kumpulan etnik Orang Asli dan lazimnya

    mengikut cara hidup Orang Asli dan mengikut kepercayaan Orang Asli. Orang Asli

    atau penduduk asal peribumi tidak mempunyai maksud yang menyeluruh dan

    selalunya merujuk kepada masyarakat peribumi asal yang terdapat di sesebuah

    negara, negeri, daerah ataupun tempat (Abdul Razak, 2009). Rajah 1.1(a)

    menunjukkan pecahan kaum peribumi yang terdapat di Malaysia.

    Rajah 1.1(a): Masyarakat Peribumi di Malaysia

    PERIBUMI

    ORANG 

    ASLI

    SARAWAK

    SABAH

    SEMENANJUN

    MELAYU

    SENOI SEMAN

    NEGRITO

    BUMIPUTERA

    PENAN 

  • 8/18/2019 Usaha Masyarakat Orang Asli

    23/31

    Menurut perangkaan yang telah dibuat oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli

    (JHEOA), jumlah keseluruhan Orang Asli di Semenanjung Malaysia pada tahun

    2003 ialah seramai 147,412 orang (Zainal Abidin Ali, 2004) yang dapat

    diklasifikasikan kepada tiga kumpulan seperti rajah 1.1(b):

    Rajah 1.1(b): Kaum Induk Orang Asli

    Di Pahang terdapat beberapa suku kaum Orang Asli yang terdiri daripada

    suku Jakun, Temuan, Temiar, Semelai, dan Semoq Beri. Jadual 1 menunjukkan tren

    taburan penduduk Orang Asli mengikut negeri dalam tempoh 1957-1998. Tumpuan

    utama penempatan Orang Asli ialah di negeri Pahang dan Perak yang mencatatkan

    lebih daripada dua pertiga daripada jumlah keseluruhan penduduk. Pulau Pinang,

    Perlis dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah tidak mempunyai penduduk

    Orang Asli bagi tahun 1998.

    Jadual 1.1: Taburan penduduk Orang Asli Semenanjung Malaysia (1957-1998)

    *termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    (Sumber JHEOA)

    KATEGORI 

    ORANG 

    ASLI 

    NEGRITO 

    SENOI 

    MELAYU 

    PROTO 

  • 8/18/2019 Usaha Masyarakat Orang Asli

    24/31

    Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) yang dibentangkan oleh Perdana

    Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Jun lepas membawa perkhabaran

    gembira kepada lebih 150,000 masyarakat Orang Asli di negara ini. Rancangan lima

    tahun itu menumpukan pelaksanaan program pembangunan bersepadu dan bantuan

     peningkatan keupayaan khusus bagi mengurangkan kemiskinan di kalangan Orang

    Asli di Semenanjung Malaysia selain masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

    Menurut laporan RMK10 itu, sasaran kerajaan adalah untuk mengurangkan

     jumlah kemiskinan di kalangan Orang Asli daripada 50 peratus pada 2009 kepada 25

     peratus pada 2015. Mengikut perancangan, ianya dilihat mampu membawa kesan

     positif, bagaimanapun timbul sedikit kerisauan akan keberkesanan perlaksanaannya.

    Umum mengetahui, kerajaan tidak pernah mengabaikan perihal keperluan

    masyarakat Orang Asli termasuk pendidikan, ekonomi dan kemudahan infrastruktur.

     Namun, peratusan kadar kemiskinan yang masih tinggi sehingga tahun lepas

    itu selain kekurangan pemilikan aset, pegangan ekuiti dan perniagaan berskala besar

    di kalangan masyarakat Orang Asli mencerminkan perlu ada perubahan dan

     perancangan yang lebih teliti dalam pelaksanaan sesuatu program (klpos, Isnin 5

    Julai 2010).

    Justeru itu, kajian ini dilakukan bagi tujuan melihat sejauh mana

     perkembangan kehidupan Orang Asli melalui aktiviti ekonomi dan pekerjaan yang

    mereka lakukan dalam usaha meningkatkan pembangunan ekonomi masyarakat

    Orang Asli.

  • 8/18/2019 Usaha Masyarakat Orang Asli

    25/31

    1.2  Latar belakang Masalah

    Menurut Presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia, Majid

    Suhut, agensi pelaksanaan program pembangunan perlu melihat kepada tiga

     pendekatan iaitu kesesuaian dan asas ekonomi masyarakat Orang Asli di sesuatu

    tempat, menaik taraf projek sedia ada dan penyediaan latihan dan peluang pekerjaan.

    Beliau berkata, keperluan masyarakat Orang Asli sama ada di kawasan bandar atau

     pedalaman adalah berbeza yang sekali gus memerlukan pendekatan berlainan.

    Contohnya, jika kebanyakan Orang Asli di sebuah penempatan itu menangkap ikan

    sebagai sumber pendapatan, program pembangunan perlulah berdasarkan asas

    ekonomi sedia ada seperti penyediaan sangkar yang boleh meningkatkan lagi

     pendapatan mereka."Sebaliknya jika kawasan mereka dibangunkan dengan ladang

    getah, sudah tentu projek tersebut tidak berjaya kerana mereka tidak mahu menoreh

    getah,"(klpos, Isnin 5 Julai 2010)

    Dalam usaha mengubah dan meningkatkan taraf hidup masyarakat Orang

    Asli yang mempunyai kira-kira 18 suku kaum di negara ini, pendidikan, kemahiran

    dan pemilikan tanah dilihat begitu penting. Menurut Presiden Persatuan Orang Asli

    Semenanjung Malaysia, Majid Suhut, ini kerana melalui pendidikan dan kemahiran

    masyarakat Orang Asli boleh bersaing dengan kaum lain dan melalui pemilikan

    tanah mereka boleh mencari rezeki. Beliau berpendapat untuk menaik taraf

    kehidupan Orang Asli yang seramai kira-kira 141,000 orang di negara ini, kerajaan

     perlu memberi tumpuan dalam pemberian tanah dan pendidikan terutama kepada

    generasi baru Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) (Bernama, 2 Julai 2010).

  • 8/18/2019 Usaha Masyarakat Orang Asli

    26/31

    Dalam titah Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong ke XIII Tuanku

    Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah,

     bersempena pembukaan sidang dewan Rakyat penggal ke-12 pada 12 April 2008,

    menyatakan “Pembangunan masyarakat Orang Asli juga akan dipertingkatkan

    meliputi bidang pendidikan, ekonomi dan kemudahan asas. Selain itu, pembangunan

    ladang getah dan kelapa sawit merupakan strategi utama bagi menambahkan

     pendapatan dan sekali gus mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan”.

    Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab pihak berwajib bagi membantu menangani

    masalah pembangunan masyarakat Orang Asli supaya mereka seiring maju dengan

    kaum yang lain.

    1.3  Pernyataan Masalah

    Pembangunan ekonomi masyarakat Orang asli perlu digerakkan daripada

    dalam masyarakat Orang Asli itu sendiri. Ini kerana jika mereka sedar dan ingin

     berubah menjadi berdaya saing kepada kaum yang lain, mereka perlu semangat dari

    kaum mereka sendiri. Untuk merealisasikannya bukan satu usaha yang mudah kerana

    memerlukan kesedaran dan semangat yang tinggi untuk berubah. Bukan erti kata

    untuk meninggalkan terus amalan dan adat nenek moyang mereka tetapi untuk

    menjadi sebuah masyarakat yang seiring dengan kemajuan dan teknologi pada masa

    kini.

    Peluang yang disediakan oleh kerajaan kepada kaum bumiputera khusus bagi

    masyarakat Orang asli adalah sangat menggalakkan tetapi mengapa mereka masih

     berada di takuk yang lama. Dari segi kemudahan perubatan, mereka tidak dikenakan

     bayaran dan mendapat layanan baik. Ini mungkin kerana sifat mereka yang masih

    ingin mengekalkan ciri-ciri kehidupan asal nenek moyang yang menebal dan

    menjalinkan hubungan rapat dengan alam.

  • 8/18/2019 Usaha Masyarakat Orang Asli

    27/31

    Peluang pendidikan bagi masyarakat Orang Asli telah diberi perhatian

    menggalakkan oleh kerajaan demi menjamin masa depan masyarakat Orang Asli

    supaya tidak terus ketinggalan. Hakikatnya, penolakan mungkin terjadi kerana

    mereka tidak ingin berjauhan dengan suku kaum mereka sendiri. Seterusnya tidak

    mendapat pendedahan yang baik untuk membangunkan taraf kehidupan mereka.

    Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti usaha-usaha masyarakat Orang

    Asli dalam meningkatkan pembangunan ekonomi mereka.

    1.4 

    Objektif Kajian

    Kajian ini dijalankan demi:

    i) Untuk mengenal pasti apakah masyarakat Orang Asli melakukan aktiviti

     pertanian sebagai sumber ekonomi.

    ii) Untuk mengenal pasti apakah aktiviti mencari hasil hutan dapat dijadikan

    sebagai sumber ekonomi masyarakat Orang Asli.

    iii) Untuk mengenal pasti apakah pekerjaan mengambil upah merupakan sumber

    ekonomi masyarakat Orang Asli.

  • 8/18/2019 Usaha Masyarakat Orang Asli

    28/31

    1.5  Persoalan Kajian

    Berdasarkan objektif kajian, persoalan-persoalan yang dapat dipertimbangkan

    adalah seperti berikut:

    i) Apakah masyarakat Orang Asli melakukan aktiviti pertanian sebagai sumber

    ekonomi?

    ii) Apakah aktiviti mencari hasil hutan dapat dijadikan sebagai sumber ekonomi

    masyarakat Orang Asli?

    iii) Apakah pekerjaan seperti mengambil upah merupakan sumber ekonomi

    masyarakat Orang Asli?

    1.6 

    Kepentingan Kajian

    Kajian ini dijalankan untuk meninjau aktiviti masyarakat Orang Asli di

    sekitar daerah Rompin dan Pekan terhadap usaha mereka dalam meningkatkan

     pembangunan ekonomi. Antara kepentingan hasil dapatan kajian ini termasuklah:

    i) 

    Sebagai panduan untuk melihat perkembangan kehidupan masyarakat Orang

    Asli

  • 8/18/2019 Usaha Masyarakat Orang Asli

    29/31

    10 

    ii) Sebagai panduan kepada pihak berwajib untuk membantu masyarakat Orang

    Asli dalam melepaskan kehidupan mereka daripada belenggu kemiskinan.

    iii) Sebagai panduan kepada masyarakat agar menerima masyarakat Orang Asli

    hidup bersama dengan masyarakat yang lain dengan peluang yang saksama.

    iv) Sebagai refleksi kepada pihak kerajaan dalam melaksanakan perubahan

    kehidupan masyarakat Orang Asli dan menggunakan pendekatan baru bagi

    meningkatkan lagi keberkesanan program untuk masyarakat Orang Asli.

    1.7 

    Skop Kajian

    Kajian ini dijalankan di daerah Rompin dan Pekan, di negeri Pahang kerana

    negeri Pahang merupakan negeri yang paling besar dan mempunyai jumlah taburan

     penduduk Orang Asli yang paling tinggi (JHEOA).

    Dalam kajian ini, semua suku kaum Orang Asli yang tinggal di kawasan

    Rompin dan Pekan sahaja yang terlibat. Sampel dipilih melalui peringkat umur

    dewasa terdiri daripada golongan belia dan orang tua yang melakukan aktiviti

     pekerjaan dan menjana pendapatan keluarga mereka.

    Antara masalah yang dihadapi dalam kajian ini ialah komunikasi pertuturan,

    oleh sebab terdapat istilah dan penggunaan bahasa mereka sendiri di samping

    struktur ayat yang sukar difahami. Kebanyakan daripada mereka telah pandai untuk bertutur dengan bahasa Melayu dengan baik oleh sebab kebanyakan mereka

    mendapat pendedahan daripada masyarakat sekeliling dalam urusan harian. Ada juga

    di antara mereka langsung tidak tahu membaca dan menulis.

  • 8/18/2019 Usaha Masyarakat Orang Asli

    30/31

    11 

    Segala data yang diperoleh akan dianalisis dengan menggunakan Statistical

    Package for Social Science (SPSS) versi 16.0 untuk mendapatkan jumlah kekerapan

    dan jumlah peratus.

    1.8 

    Definisi Istilah

    Istilah yang digunakan dalam kajian ini akan di jelaskan satu persatu bagi

    menjelaskan lagi tajuk kajian ini.

    1.8.1 Pembangunan

    Pembangunan (development ) adalah proses perubahan yang merangkumi

    seluruh sistem sosial, seperti politik, ekonomi, infrastruktur, pertahanan,

     pendidikan dan teknologi, perlembagaan, dan budaya (Alexander 1994).

    1.8.2 Ekonomi

    Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002) istilah ekonomi adalah merujuk

    kepada ilmu yang berkenaan dengan pengeluaran, pengagihan, pengurusan barang-

     barang dan perkhidmatan. Oleh itu, ekonomi adalah merujuk kepada satu bidang

    sosial yang mengkaji berkenaan individu dan masyarakat di dalam membuat pilihan

    dan juga termasuklah di dalam sistem pengendalian sumber kekayaan sesebuah

    negara.

  • 8/18/2019 Usaha Masyarakat Orang Asli

    31/31

    12 

    1.8.3 Orang Asli

    Menurut Akta Orang Asli 1954, menyatakan mana-mana orang yang bapanya

    ialah ahli daripada kumpulan etnik Orang Asli, yang bercakap bahasa Orang Asli dan

    lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli, dan

    termasuklah seorang keturunan melalui lelaki orang itu.

    1.8.3 Masyarakat

    Menurut Roucek & Warren (1979): Masyarakat - sebagai “satu kumpulan

    manusia” yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti

    secara kolektif dan merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama. Terdapat

     perhubungan terus menerus di kalangan mereka yang masih hidup dan kekal selama

     berabad-abad. Dalam konteks kajian ini, penyelidik tertumpu pada masyarakat Orang

    Asli yang tinggal di Daerah Rompin dan Pekan, Pahang.