assignment iban - maria

36
HALAMAN PENGAKUAN “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap–tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.” Tandatangan : Nama Penulis : MARIA BINTI ABDURRASHID

Upload: maria-abdurrashid

Post on 02-Jan-2016

186 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

HALAMAN PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap–tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Penulis : MARIA BINTI ABDURRASHID

No. i/c : 720404-06-5288

Tarikh : 16hb. Mac 2013

i

PENGHARGAAN

Syukur kehadrat Ilahi, berkat kesabaran untuk melaksanakan tanggungjawab

sebagai seorang pelajar akhirnya tugasan ini dapat disiapkan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan penghargaan dan

terima kasih kepada Encik Saipo bin Ayob selaku Pensyarah Modul Hubungan Etnik

WAJ3106 di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan di dalam

menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada Naqibah Dr Yusminah binti Yusuf

yang banyak memberi dorongan dan sokongan moral semasa saya bergelar pelajar

di Kampus Islam, Bangi ini.

Juga kerjasama rakan sekumpulan yang banyak memberi idea dan perbincangan

dalam menyiapkan tugasan,ini amat dihargai.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan Kelas MT – 3.09 yang telah

memberi kerjasama dan teguran yang membina, banyak membantu saya dalam

menghasilkan tugasan yang baik.

Akhirnya, dengan segala bantuan, kerjasama, galakan dan semangat yang

diberikan secara tidak langsung atau tidak langsung akhirnya tugasan ini dapat

dilaksanakan dan disiapkan pada masa yang ditetapkan.

Jasa dan budi kalian hanya Allah jua yang akan membalasnya. Semoga kalian

sentiasa dirahmatiNya.

Sekian, terima kasih.

WASSALAM

ii

PENGENALAN

Negara Malaysia merupakan negara yang kaya dengan kepelbagaian dan keunikan

bangsa dan etniknya. Walaupun mempunyai rakyat berlainan bangsa namun

Malaysia tidak menghadapi masalah berkenaan perbezaan tersebut. Hal ini

menjadikan Malaysia sebuah negara yang penuh warna-warni dan keunikan

tersendiri.

Bangsa menurut Kamus Dewan (1999), merupakan sekumpulan orang yang

mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama. Contohnya, orang

Iban yang telah lama hidup bersama sejak dahulu telah membentuk identiti Malaysia

yang ada.

Manakala Etnik pula dikenali sebagai Kaum. Kelompok ini wujud disebabkan

perbezaan budaya. Ini termasuklah keseluruhan cara berfikir dan cara bertindak

yang meliputi sistem politik, kepercayaan, agama, adat resam dan lain-lain.

Masyarakat Malaysia terdiri daripada Kaum Melayu, Cina, India, Etnik Sabah dan

Sarawak. Penduduk di Sarawak terdiri daripada kaum Melayu dan penduduk

Pribumi. Sarawak mempunyai 28 kaum Pribumi dan boleh bertutur dalam 45

bahasa/dialek. Ia terletak di Kepulauan Borneo dan merupakan negeri yang terbesar

di Malaysia iaitu 37.5% daripada keluasan Malaysia, dengan keluasannya

124,449.51 kilometer persegi.

Bilangan penduduknya ialah seramai lebih kurang 2.1 juta dan terdiri daripada

pelbagai kaum seperti Melayu, Dayak ( Iban, Bidayuh, orang Ulu, Murut, Lun

bawang, Kenyah, Kelabit, Kayan, Penan ), Melanau, dan Cina serta lain-lain suku

kaum.

1

SEJARAH

Masyarakat Iban berasal daripada Sarawak dan merupakan suku kaum Pribumi

terbesar di Sarawak.

Kaum Iban terbahagi kepada beberapa suku kaum, contohnya, Balau, Sembayau,

Lemanak, dan lain-lain. Pada zaman dahulu kaum Iban sangat terkenal sebagai

pejuang yang handal dan berani dalam pemburuan kepala dan perlanunan.

Masyarakat Iban juga turut dianggap sebagai masyarakat Pemotong kepala

berikutan pada zaman dahulu Iban terkenal dengan amalan ngayau atau memotong

kepala.(Chemaline Usop,2006:1).

Kaum Iban lazimnya tinggal di kawasan pendalaman. Kebanyakan mereka

mengamalkan aktiviti ekonomi tradisional, seperti bercucuk tanam, menternak

binatang, dan memungut hasil hutan. Kaum Iban mempunyai adat resam yang unik

dan mereka memegang kuat kepada adat tersebut dalam kehidupan mereka. Dari

sudut agama, mereka menyembah tuhan yang dikenali sebagai singalang burung

dan tuhan burung peperangan. Namun kini kebanyakan mereka sudah menganut

agama Kristian.

Kaum Iban dahulu dikenali sebagai Dayak Laut dan dengan jumlah sebanyak

876,000 iaitu 40% daripada jumlah penduduk Sarawak. Mereka mendiami daerah

dan bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu di barat dan Limbang di timur laut,

tetapi kepadatan penduduk Iban adalah di bahagian Kota Samarahan, Sri Aman,

Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri.

2

PENEMPATAN

Kebanyakan kaum Iban tinggal berkampung di rumah panjang yang kebiasaannya

terletak di tebing sungai dan di tepi jalan raya. Ini adalah bagi memudahkan aktiviti

kerja, berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. Amalan cara hidup yang

diamalkan adalah berlandaskan hukum adat ,pantang-larang, tolak-ansur

(tolenransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu

sama lain.

Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai

Batang Lupar, dan Sungai Rajang. Kaum Iban adalah kaum yang mengamalkan

banyak budaya yang menarik. Mereka hidup bermasyarakat dan mendiami rumah-

rumah panjang. Diketuai oleh ketua kampung yang dipanggil Tuai Rumah. Tuai

Rumah akan berperanan dalam undang-undang rumah panjang dan juga

mengendalikan adat-adat dalam rumah panjang tersebut. Kebanyakkan masyarakat

Iban sekarang telah menetap di bandar-bandar besar di sekitar Negeri Sarawak.

Namun demikian,ciri-ciri asal tradisi mereka tetap dikekalkan.

Masyarakat Iban juga dikenali sebagai masyarakat yang selalu berpindah randah

atau bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk mencari makanan dan

kehidupan baru.

3

KEPERCAYAAN

Masyarakat Iban masih mengamalkan amalan animisme walaupun sebilangan

masyarakat Iban sudah percaya bahawa ada Tuhan di dunia ini.

Walaubagaimanapun, amalan animisme ini masih teguh dalam kalangan

masyarakat Iban terutama mereka yang berada di kawasan pedalaman dan juga

hulu sungai. Mereka masih percaya kepada perbomohan, serta kuasa-kuasa ghaib

yang membantu mereka dalam kehidupan mereka. Dalam pada itu juga, setiap

tahun mereka akan meraikan tuhan atau Petara mereka. Hal ini menunjukkan

bahawa kekuatan animisme sebenarnya masih ada lagi dalam kalangan masyarakat

Iban.

Dalam Kepercayaan Iban, mereka berpegang kepada adat yang diwarisi turun

temurun dan ditulis di dalam 'Papan Turai' oleh 'Tuai Raban Bansa' atau "Chief

Paramount" dengan berpandukan nasihat 'Beliau' dan 'Lemambang'. Contohnya

apabila hendak membuka penempatan dan mendirikan rumah, kawasan tanah yang

hendak didirikan rumah tersebut hendaklah disemak terlebih dahulu. Mereka juga

percaya pada petanda-petanda lain seperti bunyi burung ketupung dan burung

beragai. Bunyi yang dikeluarkan oleh binatang-binatang ini adalah petunjuk dan

alamat untuk menentukan kesesuaian tapak. Semua petanda akan ditafsirkan oleh

'Beliau' dan 'Manang' bagi mematuhi adat supaya tidak mendatangkan malapetaka.

Mimpi merupakan salah satu sumber alamat tentang sesuatu yang bakal terjadi di

masa akan datang dan diterjemah oleh Beliau dan Manang. Bagi menghidar alamat

yang boleh mendatangkan malapetaka, biasanya upacara 'Ngintu Burung' dan

'belian' akan dijalankan mengikut 'Adat' yang dirujuk kepada Tuai Raban Bansa.

4

KEGIATAN EKONOMI

Sebahagian besar masyarakat Iban masih tinggal di rumah-rumah panjang dimana

pola pertempatan bagi rumah panjang ini adalah beselerak dilembah sungai di

seluruh Negeri Sarawak. Sebahagian besar orang Iban masih melibatkan diri di

dalam kegiatan pertanian iaitu menanam padi bukit atau padi huma. Orang Iban

pada zaman dahulu merupakan peneroka terulung dalam membuka hutan rimba

(berimba) atau (berumpang kampong) bagi tujuan penanaman padi bukit.

Aktiviti penerokaan ini dilakukan dengan seluas yang termampu dengan matlamat

untuk mendapatkan hasil tuaian tanaman padi yang lebih banyak. Bagi masyarakat

Iban sesiapa yang mendapat tuaian padi yang banyak maka dia merupakan

seorang yang boleh dianggap kaya dan dipandang tinggi. Justeru itu masyarakat

Iban pernah dianggap sebagai salah satu masyarakat yang terkenal dengan

penanaman padi bukit(Sultive,1978:3).

Tanaman padi ini akan diusahakan setiap setahun sekali iaitu selepas penghujung

bulan Jun atau bulan 1 bagi masyarakat Iban, yang menganggap bulan Jun sebagai

bulan permulaan dalam takwim mereka. Padi akan selesai dituai pada bulan

Februari. Pada 1 haribulan Jun, sambutan Hari Gawai Dayak akan diadakan sebagai

meraikan semangat padi yang telah memberikan rezeki kepada mereka. Padi yang

diusahakan pula ialah padi bukit, dan secara keseluruhan aktiviti adalah masih

menggunakan peralatan tradisional, seperti kapak,parang, dan peralatan tradisional

yang lain. Oleh itu, masyarakat Iban gemar menjalankan aktiviti dengan bergotong-

royong kerana percaya bahawa aktiviti itu akan lebih cepat dan mudah.

Selain daripada mengusahakan tanaman padi, masyarakat Iban di Sarawak juga

turut menanam lada. Lada ditanam sebagai sumber pendapatan bagi menyara hidup

keluarga dan anak-anak mereka. Biasanya lada ditanam juga dengan menggunakan

kaedah tradisional.

5

Walaupun harga lada di pasaran tidak tetap, tetapi masyarakat Iban tidak ada pilihan

lain memandangkan struktur muka bumi di Sarawak lebih banyak yang bertanah

tinggi. Selain daripada menanam lada yang pada asalnya dibawa oleh orang asing

yang datang ke Sarawak iaitu sekitar abad ke- 18 lagi, masyarakat Iban di Sarawak

juga masih teguh mengusahakan tanaman getah dan juga tanaman sampingan yang

lain. Di samping itu juga, masyarakat Iban di Sarawak juga turut menyara hidup

mereka dengan aktiviti berburu dan menangkap ikan. Mereka akan memburu

binatang-binatang yang boleh dimakan seperti rusa, kijang, pelanduk dan banyak

lagi.

Selain itu orang Iban yang tinggal di rumah panjang masih menjalankan aktiviti

memburu dan mendapat sumber-sumber hutan untuk mendapatkan bekalan

makanan dan perubatan.

6

CARA BERPAKAIAN

Masyarakat Iban terkenal dengan cara berpakaian atau disebut juga ngepan Iban.

Cara berpakaian masyarakat Iban adalah sangat unik dan masih lagi diamalkan

pada masa sekarang terutamanya pada musim keramaian,majlis-majlis tertentu, dan

juga pada musim perayaan iaitu Hari Gawai. Namun,pada hari-hari

biasa,masyarakat Iban menggunakan pakaian seperti mana yang dipakai oleh

masyarakat lain. Pada zaman dahulu, pakaian lelaki dan wanita dalam masyarakat

Iban adalah jauh berbeza. Namun demikian ia lebih banyak diperbuat daripada kain

tenunan yang memaparkan corak tenunan yang sangat cantik. Sementara untuk

perhiasan pula, masyarakat Iban menggunakan perhiasan yang pelbagai,seperti

marik empang,sugu tinggi, rawai dan sebagainya. Perhiasan ini diperbuat daripada

bahan logam seperti timah dan juga perak dengan buatan yang sungguh cantik.

Pakaian Lelaki

Lelaki masyarakat Iban terkenal dengan lanjang atau topi yang dihiasi dengan bulu

burung iaitu burung merak atau ruai. Lelaki juga relevan dengan pantang atau tatu

yang diukir pada badan mereka. Amalan bertatu ini masih lagi diamalkan sehingga

pada zaman sekarang dan ia menggambarkan seni masyarakat Iban yang sangat

unik dan menarik. Ukiran-ukiran yang sering diukir pada badan mereka ialah seperti

ukiran bunga terong, binatang-binatang buas,dan sebagainya. Di samping itu

juga,amalan menindik telinga juga sebati dengan masyarakat Iban. Tidak kira lelaki

dan perempuan. Namun demikian pada zaman sekarang, amalan itu tidak lagi

diamalkan melainkan perempuan sahaja yang menindik telinga.

7

Pada zaman dahulu, lelaki juga memakai kain sirat. Kain sirat merupakan sehelai

kain yang berukuran 50m X 500 cm. Bahagian hujung kain ini dihiasi denga sulaman

atau tenunan yang indah. Manik dan kulit siput juga kadang-kadang dijadikan

sebagai hiasan itu. Pemakaian sirat adalah dengan melilitnya di pinggang dan celah

kangkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang

badan untuk mempamerkan bahagian yang berhias.

Lelaki juga sinonim dengan kain dandong atau kain selendang yang dipakai oleh

lelaki Iban. Panjang dandong adalah tidak tetap kerana kain dandong ini digunakan

sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu.

Dandong ini diperbuat daripada tenunan secara ikat. Kain dandong tidak lagi

digunakan pada zaman sekarang,melainkan digunakan untuk perhiasan sahaja.

Pakaian lelaki yang dijadikan sebagai baju pula dikenali sebagai baju burung. Baju

burung adalah merupakan sejenis kain tenunan yang mempunyai corak yang

bermotifkan burung dan coraknya sangat cantik. Cara pemakaian baju burung

adalah dipakai seperti baju biasa hanya ia tidak bertutup dan mendedahkan dada.

Baju burung juga dipakai tanpa lengan kelihatan ringkas namu menarik. Baju burung

masih lagi dipakai sehingga zaman sekarang tetapi pemakaiannya hanyalah pada

hari-hari tertentu sahaja seperti musim perayaan, majlis dan keramaian dan juga

menyambut tetamu atau pengabang.

Pakaian Wanita

Sementara untuk pakaian wanita pula, pakaian tradisional wanita Iban adalah sangat

unik dan hampir keseluruhannya merupakan kain tenunan yang mempunyai corak-

corak yang menarik. Bahagian kepala akan dihiasi dengan sugu tinggi, yang

merupakan hiasan yang diperbuat daripada logam timah dan kelihatan cantik

apabila wanita Iban menggunakannya.

8

Bahagian bahu pula akan dihiasi dengan marik empang,yang diperbuat daripada

manik-manik yang disusun mengikut corak. Bahagian pinggang pula akan dililit

dengan ngepan yang diperbuat daripada timah dan kelihatannya seperti syiling yang

disusun berjuntai-juntai. Kaki juga mempunyai perhiasan yang cantik dan setiap

gelang kaki akan diletakkan gerunung yang mengeluarkan bunyi-bunyian yang

menarik perhatian sesiapa yang mendengarnya.

Begitulah halnya dengan pakaian wanita. Pakaian dijadikan baju adalah dinamakan

selayah(bedong) yang merupakan sejenis kain tenunan yang sangat panjang dan

dilit di bahagian dada. sementara kain sarung yang dipakai separas lutut. Kain

sarung ini ditenun dengan corak jalur yang berwarna-warni. Malah ada diantaranya

juga dihiasi dengan corak bermotif tradisionla dan disongketkan dengan benang

emas atau perak di atas kain dasar yang berwarna merah.

Pua Kumbu

Pua kumbu adalah hasil tenunan kaum Iban yang paling terkemuka. Pua kumbu

dikatakan mempunyai kuasa dan dijadikan bahan penting di dalam upacara-upacara

seperti perubatan,gawai dan seumpamanya. Pua kumbu biasanya diperbuat

daripada benang yang ditenun dengan pelbagai motif atau corak yang sangat unik

dan menarik. Apabila menggunakannya,ia perlulah direntangkan. Pua kumbu

digunakan juga dalam majlis perkahwinan dan dijadikan sebagai mas kahwin.

Semasa bersanding, pasangan pengantin duduk di bawah ‘sengkuap’ untuk

mendapat restu daripada saudara tua. Seringkali juga pua digunakan sebagai

pelamin dan lain-lain kegunaan selain digunakan sebagai pakaian. Namun pada

masa sekarang, penggunaan pua kumbu ini adalah sebagai hiasan dan merupakan

hasil tangan yang sangat unik bagi masyarakat Iban.

9

Kraftangan dan Kemahiran

Masyarakat Iban juga masyarakat yang kaya dengan pengetahuan dalam

menghasilkan kraftangan atau disebut juga pengelandik jari . Oleh itu, pelbagai

kraftangan yang dihasilkan dengan hasil seni dan corak serta motif yang tertentu

yang berlambangkan identiti masyarakat Iban sendiri. Antara kraftangan yang

dihasilkan oleh masyarakat Iban di Sarawak ialah tikar,raga, pasu dan sebagainya

yang sangat cantik buatannya.

Dalam sesebuah rumah panjang,amatlah menjengkelkan jika seseorang perempuan

terutama sekali tidak pandai menghasilkan kraftangan,sekurang-kurangnya

menganyam sehelai tikar mengkuang atau rotan. Sebelum seseorang wanita itu

hendak berkahwin dengan bakal suaminya, beliau terlebih dahulu mempersiapkan

diri dengan kemahiran yang menghasilkan kraftangan seperti anyaman, tenunan dan

sebagainya. Hal ini kerana, kraftangan yang dihasilkan akan dapat menambat hati

keluarga mentua. Kraftangan yang dihasilkan oleh masyarakat Iban adalah pelbagai

dan mempunyai pelbagai kegunaan.

Antara kraftangan yang dihasilkan ialah seperti tikai lampit atau sejenis tikar yang

ditusuk dengan menggunakan tali tansi dan dibuat daripada rotan yang telah diraut

nipis. Tikai kerupuk dan tikai senggang pula ialah tikar yang diperbuat daripada

mengkuang dan juga senggang dan kebiasaanya digunakan untuk menjemur padi

selepas habis musim menuai. Tikar- tikar itu akan dianyam dengan corak dan motif

yang pelbagai seperti corak bunga, manusia,burung dan sebagainya. Melainkan

tikar senggang yang dianyam biasa sahaja memandangkan kegunaannya hanyalah

sebagai tempat menjemur padi sahaja.

10

Kraftangan lain pula ialah seperti pasu dan juga tempayan(benda) yang diperbuat

daripada tanah liat dan diuli menjadi tembikar yang menghasilkan pelbagai bentuk

hasil ukiran yang agak kreatif serta menampilkan corak yang pelbagai. Tempayan ini

akan digunakan untuk menyimpan beras, perkasam dan makanan yang diawet.

Terdapat juga tempayan yang dijadikan untuk menyimpan nasi tapai atau tuak,iaitu

minuman untuk masyarakat Iban pada musim perayaan. Pada zaman sekarang,

kraftangan masyarakat Iban masih lagi mendapat sambutan dan terkenal kerana

hasil kraftangannya yang asli dan unik. Antara kraftangan yang begitu terkenal ialah

Tikai Lampit dan kain Tenun.

11

ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG.

Masyarakat Iban adalah masyarakat yang mempunyai adat resam yang pelbagai

dan ianya masih lagi diamalkan sehingga ke zaman sekarang. Adat resam ini adalah

adat dan pantang larang yang meliputi keseluruhan cara hidup masyarakat Iban.

Contohnya ialah adat mengurus kandungan dan kelahiran, adat perkahwinan, dan

adat sewaktu menguruskan kematian.

Adat Perkahwinan

Adat perkahwinan dalam masyarakat Iban adalah sangat unik jika dibandingkan

dengan masyarakat lain. Perkahwinan yang sempurna bagi masyarakat Iban adalah

perkahwinan yang mematuhi kehendak adat. Pihak yang melanggar mana-mana

adat perkahwinan akan didenda sama ada dihukum mengikut adat perkahwinan

yang telah ditetapkan . Terdapat beberapa peringkat perkahwinan dalam

masyarakat Iban. Peringkatnya adalah seperti di bawah ini.

Merisik

Adat merisik ini adalah adat yang mesti dan wajib dalam masyarakat Iban. Dalam

masyarakat Iban, perkahwinan biasanya ditentukan oleh pengantin lelaki. Sekiranya

seorang teruna telah berkenan kepada seorang gadis, ibu bapanya atau wakil akan

bertandang ke rumah gadis untuk merisik. Perjumpaan kedua belah pihak ini juga

dikenali sebagai berbunga-bunga atau berjarum-jarum. Pada masa itu syarat-syarat

perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian dan sebagainya. Keluarga pihak

lelaki akan menghantar rombongan meminang gadis jika hasil pertemuan itu

menggalakkan. Syarat perkahwinan ditentukan kemudian oleh kedua-dua pihak.

12

Bertunang

Setelah perundingan selesai dibuat, barulah ikatan pertunangan itu dijalankan.

Keluarga pengantin akan datang untuk menguruskan ikatan pertunangan itu.

Setelah mencapai kata sepakat, ayah pihak lelaki akan menanggalkan “lapit” atau

ikat pinggang perak atau sebilah pedang sebagi tanda pertunangan. Mulai dari hari

itu, lelaki dan perempuan akan ditanda dengan ikatan pertunangan yang sah.

Selepas ikatan pertunangan itu diikat, perempuan yang telah ditunangkan tidak

dibenarkan menerima kunjungan lelaki lain selain daripada tunang dan ahli

keluarganya sahaja.

Jika tidak, perempuan itu akan dianggap mencemari ikatan pertunangan yang baru

diikat itu. Sebentuk cincin di jari masing-masing adalah sebagai tanda ikatan

pertunangan dan tanda bahawa masing-masing sudah dimiliki. Tempoh pertunangan

kemudian ditetapkan. Tarikh perkahwinan juga turut ditetapkan. Dua atau tiga hari

kemudian,wakil dari pihak lelaki akan memaklumkan kepada saudara-mara dan jiran

tetangga tentang pertunangan itu. Semasa pertunangan itu, bakal pengantin lelaki

dan pengantin perempuan haruslah sentiasa memakai cincin pertunangan sebagai

tanda mereka sudah ada yang memiliki.

Sekiranya pertunangan itu putus kerana salah seorang yang melakukan

kecurangan, maka sesiapa yang melakukan kecurangan itu akan dikenakan denda

sebagai menebus malu keluarga pihak yang dicurangi itu. Tetapi, sekiranya

pertunangan itu terputus kerana kematian dan sebab-sebab lain, maka hubungan di

antara pihak lelaki dan perempuan masih berjalan dengan baik.

13

Majlis Perkahwinan atau Melah Pinang

Majlis perkahwinan dimulakan oleh pihak lelaki. Pihak lelaki akan menyediakan

barang-barang atau hantaran yang akan diberikan kepada pihak perempuan seperti

kain, raga, pedang, hasil kraftangan dan mungkin juga barang kemas. Keluarga

perempuan juga turut membuat persiapan termasuklah memburu binatang untuk

dijadikan lauk kepada tetamu yang akan datang. Selain itu, kedua belah pihak juga

turut menetapkan perbelanjaan dan juga pemberian yang sesuai untuk pasangan

masing-masing.

Pengantin lelaki memakai pakaian tradisional Iban dan disediakan tempat duduk.

Paluan gong akan mengiringi rombongan dan perarakan tersebut. Sebaik sahaja

sampai di rumah pengantin perempuan, akan dilepaskan satu tembakan sebagai

tanda tetamu sudah tiba. Penduduk di rumah panjang pengantin perempuan akan

bersiap sedia untuk menyambut kedatangan rombongan pengantin lelaki.

Rombongan pengantin perempuan akan turun ke sungai untuk mandi bersama-

sama dengan pengantin lelaki sebagai tanda permulaan silaturahim antara

pengantin rombongan pengantin lelaki dan pengantin perempuan.

Semasa perkahwinan itu hendak bermula, mereka akan mengadakan perbincangan

di ruai dan air tuak dihidangkan sekali lagi sebagai air peransang kepada tetamu.

Setelah mengetahui hubungan kekeluargaan,pengantin perempuan akan meminta

berian. Tetapi nilainya adalah mengikut yang telah ditetapkan oleh masyarakat di

situ sendiri. Pihak pengantin perempuan pula akan meminta bayaran “pemecah

tangga”iaitu sebilah beliung, bayaran “pembuka pintu” iaitu sebatang lembing,

bayaran “pembuka kelambu” iaitu sebilah pedang dan bayaran-bayaran yang lain.

14

Upacara membelah pinang adalah upacara menentukan tempoh jodoh antara

pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Setelah dibelah, pinang itu akan

diagihkan kepada tetamu yang datang. Upacara perkahwinan telah dianggap tamat

dan menunggu masa untuk bersanding di sebelah malam sahaja. Sekiranya ada

kesalahan atau kesilapan semasa majlis perkahwinan itu, pengantin baru akan

mandi di sungai untuk membersihkan diri. Mereka juga diminta untuk memegang

sehelai kain yang panjangnya tujuh ela supaya kesalahan mereka akan hilang bagi

setiap individu. Sementara menunggu majlis persandingan yang akan berlangsung

pada sebelah malamnya, akan diadakan sedikit perbincangan antara keluarga

sebelah pengantin lelaki dan perempuan. Perbincangan ini adalah tentang tempoh

yang sesuai bagi pengantin perempuan tinggal di rumah pengantin lelaki sebelum

dibenarkan melawat keluarganya.

Pantang Larang dan Adat Sewaktu Mengandung

Adat sewaktu mengandungkan anak ialah adat yang mengikat wanita Iban dan juga

suaminya dengan pantang larang. Kaum Iban amat menekankan pentang larang

sewaktu mengandung dan selepas bersalin.

Banyak pantang larang yang patut dipatuhi oleh wanita Iban dan suaminya.

Antaranya ialah tidak boleh menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana

sahaja, tidak boleh menyiang daging, membunuh binatang dan juga tidak boleh

menanam pokok pisang.

Mereka juga tidak dibenarkan memotong pokok yang menjalar di atas tanah kerana

dikhuatiri berlakunya pendarahan berterusan semasa si ibu melahirkan. Mereka juga

dilarang memecahkan telur menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri bayi

cacat. Selain itu mereka juga dilarang membawa kura-kura ke bilik kerana dikhuatiri

bayi tersangkut semasa dilahirkan.

15

Bakal ibu juga dilarang menuang minyak di tapak tangan untuk disapu ke rambut

kerana dikhuatiri bayi yang akan lahir daripada menanah.

Semua pantang larang ini mesti diamalkan untuk menjamin kesempurnaan fizikal

bayi yang akan lahir dan juga menghalang kuasa-kuasa ghaib yang tidak diingini

daripada mengganggu bayi tersebut.

Adat Selepas Bersalin

Sebaik sahaja bayi dilahirkan ahli keluarga akan memalu buluh yang dikenali

sebagai potong oleh masyarakat Iban sebagai tanda bayi telah dilahirkan dan untuk

memanggil jiran tetangga. Namun selaras arus kemodenan ada keluarga yang

menggunakan senapang untuk menggantikan potong.

Sebaik sahaja bayi dibersihkan bayi akan dibalut atau dibedung menggunakan kain

khas yang dipanggil sebagai kain pua kumbu atau kain yang di sulam.

Si ibu akan diurut oleh bidan, bertujuan menghilangkan kesakitan selepas bersalin.

Seterusnya ubat yang diperbuat daripada halia dan entemu dibalut dengan kekalung

iaitu sejenis kain yang di perbuat daripada kulit kayu akan di sapu pada badan si ibu.

Sepanjang tempoh berpantang si ibu perlu menjaga pemakanan selama 30 hari dan

berdiang selama 40 hari. Semasa berpantang makanan, si ibu hanya dibenarkan

memakan nasi bersama ikan kering atau ikan salai dan pucuk paku atau buah pulur.

Makanan tersebut pula perlu dicampur dengan air rebusan halia bagi memanaskan

badan si ibu.

Berdiang atau bersalai ialah duduk berhampiran unggun api. Unggun api perlu

menggunakan kayu api yang dikhaskan, iaitu kayu malam dan kayu langsat. Hal ini

demikian kerana kayu tersebut mempunyai khasiat tersendiri. Sepanjang tempoh 40

hari ini, si ibu perlu mencalitkan kapur pada tiang rumah sebagai penanda hari.

Tujuan bersalai adalah menghilangkan penyakit ibu yang baru bersalin.

16

Adat Menanggalkan Pusat Bayi

Adat melihat matahari atau merasa garam dijalankan apabila bayi sudah tanggal

pusat iaitu ketika bayi berusia empat hari. Bayi itu akan dibawa ke tanju atau ke

anjung untuk melihat matahari dan diberi air garam. Selepas itu disusuli dengan

pemberian nama kepada bayi yang baru lahir. Bayi yang baru lahir itu, diberikan

nama sempena nama nenek moyang mereka. Tujuannya adalah agar anak yang

baru lahir itu mewarisi jasa dan sumbangan datuk dan neneknya yang telah tiada.

Cara pemilihan nama bagi kaum Iban merupakan adat yang sangat unik. Dua nama

terbaik akan dipilih dan diletakkan di atas dua keping papan yang berlainan.

Seterusnya gumpalan nasi diletakkan di atas papan tersebut. Seekor ayam jantan

akan dilepaskan supaya memagut salah satu gumpalan nasi. Hal ini bermakna

nama yang terdapat pada gumpalan nasi yang dipagut oleh ayam akan menjadi

pilihan untuk nama bayi.

Selepas itu pula disusuli oleh adat mandi sungai. Adat ini dijalankan pada usia bayi

berumur satu bulan dan untuk membiasakan bayi dengan sungai. Bayi itu akan

dipakaikan dengan kain pua belantan dan diiringi dengan doa dan mantera meminta

supaya bayi itu menjadi seorang yang sempurna. Sebaik sahaja mantera dibaca,dua

orang lelaki akan menetak air dan ayam disembelih. Bagi bayi lelaki, sayap ayam

akan diikat dengan benang merah yang digantung pada galah berayang. Manakala

bagi bayi perempuan pula, benang tersebut digantung pada galah laletan. Selepas

itu bayi dimandikan dan gendang akan dipalu untuk selepas itu jamuan ringan akan

diadakan.

17

Adat Mengurus Kematian

Masyarakat Iban menguruskan kematian mengikut adat-adat tertentu. Semasa

kematian, sanak-saudara (kaban belayan) akan datang menghadirinya. Mayat si

mati akan dimandikan dan dikenakan pakaian yang sebaik-baiknya dan diletakkan di

tengah-tengah rumah panjang(ruai). Di atasnya akan digantung pua kumbu. Semua

barang-barang kepunyaan mayat akan dibekalkan di dunia selepas mati atau dunya

sebayan. Sepanjang malam dan siang akan ada orang yang ditugaskan untuk

menangisi si mati selain keluarga si mati. Tangisan itu adalah dalam doa yang

menghantar si mati ke dunya sebayan.

Kemudian pengebumian mayat pula akan dilaksanakan pada waktu subuh kira-kira

pukul empat pagi. Lubang mayat akan digali dan ditimbus bersama barang-barang

yang dibawanya. Mayat juga dibuatkan rumah. Kemudian, apabila selepas kematian,

upacara berkabung atau ngulit dijalankan. Seisi rumah panjang dilarang membuat

bising, memakai barang kemas,pakaian yang cantik-cantik, dan digantung pinggan

yang dibalut kain hitam pada pintu rumah keluarga si mati menandakan ada

kesusahan dan kesedihan menimpa. Tidak lama kemudian,upacara beserara bungai

dijalankan untuk memastikan roh si mati tidak lagi mengganggu mereka yang masih

hidup.setelah genap tempoh yang ditetapkan oleh keluarga si mati, maka upacara

berkabung pun tamat. Selepas itu,gawai antu atau perayaan untuk meraikan si mati

akan dijalankan ( Bernedict Sandin ,1994: 119)

18

Perayaan Gawai

Perayaan Gawai merupakan perayaan utama bagi suku kaum Iban. Jenis-jenis Hari

Gawai adalah seperti Gawai Dayak,Gawai Burung, Gawai Batu, Gawai Kenyalang,

Gawai Panggul,Gawai Kelingkang,Gawai Tuah,Gawai Lelabi dan Gawai Antu.

Antaranya sambutan Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara hari pertama dan

kedua pada bulan Jun adalah terpenting. Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan dalam

sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan menuai padi

sepanjang tahun ini. Tuai rumah merupakan orang yang bertanggungjawab untuk

menguruskan sambutan yang penting ini. Perayaan Gawai juga tidak akan lengkap,

sekiranya Tuak tidak dihidangkan. Minuman yang diperbuat daripada ragi dan beras

boleh didapati dirumah panjang

Perayaan ini dianggap bermula apabila masyarakat Iban berkumpul di serambi

umum rumah panjang di mana terletaknya ranyai iaitu pokok istiadat. Pada hari

perayaan, kaum Iban akan mengenakan pakaian tradisional yang diperbuat daripada

manik-manik yang diwarisi turun-temurun. Hari gawai disambut dengan meriah di

kampung-kampung mahupun bandar-bandar. Pada hari tersebut mereka akan

berkumpul dan bersukaria di samping pelbagai makanan tradisional.

Pada perayaan tersebut juga kaum Iban akan menyembahkan makanan dan arak

kepada dewa kekayaan sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih atas hasil tuaian

yang baik. Upacara penyembahan ini perlu mengikut adat iaitu wakil masyarakat

Iban akan membacakan mantera dan seterusnya darah ayam akan direnjiskan pada

persembahan tersebut. Salah satu acara yang paling dinanti-nantikan pada hari

perayaan adalah ngajat lesung. Ngajat lesung ini adalah sejenis tarian, tetapi ia

bukan sejenis tarian biasa, tetapi para penari akan bersaing menunjukkan

kehebatan dengan mengangkat lesung penumbuk padi dengan menggunakan gigi.

Perayaan ini akan berakhir apabila ranyai dibuang.

19

KESIMPULAN

Kaum Iban amat mementingkan adat dan budaya. Hal ini demikian jelas dilihat

setiap upacara berkaitan adat dan budaya disambut dengan meriah tidak mengira

luar bandar mahupun bandar malah dari segi umur juga tidak mengira tua atau

muda. Hasil daripada pegangan tersebut adat dan budaya kaum Iban masih dapat

bertahan sehingga sekarang dan tidak lapuk ditelan zaman. Kaum lain juga harus

meneruskan adat dan budaya nenek moyang mereka agar generasi akan datang

masih dapat melihat dan merasakan sendiri keunikan adat dan budaya setiap kaum.

Sekiranya adat dan budaya ini tidak diteruskan besar kemungkinan generasi akan

datang akan mengenali adat dan budaya melalui muzium dan bahan bacaan sahaja.

Hal ini bukan sahaja merugikan anak bangsa malah turut merugikan negara. Oleh

itu, semua pihak harus bergandingan dalam mendekatkan masyarakat dengan adat

dan budaya masing-masing.

Secara keseluruhannya, masyarakat Iban di Sarawak adalah masyarakat yang

mempunyai cara hidup dan tradisi yang agak istimewa. Cara hidup mereka adalah

amat menarik sekali untuk diungkapkan dan diceritakan. Kehidupan masyarakat

Iban jika dilihat dari aspek sosial, ekonomi dan politik sesungguhnya amatlah

berbeza dengan kaum-kaum lain di Malaysia ini. Walaubagaimanapun, pada masa

kini, adat dan tradisi masyarakat Iban banyak juga yang telah ditinggalkan.

Antaranya adat-adat yang menjurus kepada animisme, kepercayaan karut, dan adat-

adat yang difikirkan tidak logik untuk diamalkan pada masa sekarang. Hal ini

memandangkan masyarakat pada zaman sekarang sudah maju dan pemikiran

masyarakat pun berubah ke arah yang lebih moden. Tambahan pula, sudah ramai

golongan cerdik pandai dalam kalangan masyarakat Iban yang membawa budaya

dan cara hidup masyarakat bandar dan menerapkannya dalam kalangan

masyarakat Iban .

20

TIGA CADANGAN PENAMBAHBAIKAN BAGI MENGERATKAN

HUBUNGAN DI ANTARA ETNIK PADA HARI INI.

Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai kaum. Rakyatnya terdiri

daripada Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah serta Sarawak dan lain-lain.

Keadaan ini mewujudkan kelainan yang mampu memupuk semangat perpaduan

yang harmoni dalam mewujudkan negara yang seimbang.

Malaysia terkenal dengan keunikannya yang mempunyai penduduk berbilang kaum

serta hidup rukun damai sejak kemerdekaannya 54 tahun lalu. Inilah yang menjadi

resepi dan pemangkin ke arah pencapaian kejayaan negara. Sebagai rakyat yang

prihatin, di bahu kitalah tergalasnya tanggungjawab untuk mengekalkan

keharmonian ini.

Berikut adalah tiga langkah atau cadangan dalam penambahbaikan yang perlu

dilakukan untuk memelihara hubungan baik antara pelbagai kaum di Malaysia.

Cadangan pertama ialah memelihara perpaduan kaum supaya dapat mewujudkan

suasana kehidupan bermasyarakat yang aman dan harmoni. Semangat saling

menghormati dan memahami antara satu sama lain mampu mengelak sebarang

perasaan negatif seperti hasad dengki, pentingkan diri sendiri dan lain-lain.

Hubungan baik yang terjalin erat bukan sahaja menjadi asas kehidupan yang

tenteram bahkan juga memakmurkan negara. Sebagai contoh, setelah melewati

setengah abad negara Malaysia mencapai kemerdekaan, telah banyak perubahan

positif yang berlaku. Malah negara malaysia juga sudah terkenal sebagai sebuah

negara membangun.

Selain itu, kehidupan yang harmoni juga merupakan jambatan utama menuju

kemajuan. Negara yang sejahtera membolehkan rakyatnya mengambil peluang

meningkatkan taraf hidup. Semua pihak dapat berganding bahu memikul tugas

masing-masing tanpa sebarang perasaan syak wasangka. Hasilnya, negara kita

akan membangun dengan stabil merangkumi segenak aspek kehidupan.

21

Cadangan kedua ialah langkah yang efisien perlu dijalankan bagi mengekalkannya.

Antara lain, kerajaan telah mewujudkan Sekolah Wawasan. Konsep sekolah

wawasan ini adalah untuk memelihara perpaduan kaum yang dipupuk sejak awal

lagi iaitu dalam kalangan kanak-kanak. Institusi pendidikan dengan corak perpaduan

kaum ini membantu masyarakat untuk saling mengenali dan menghormati

kebudayaan serta adat resam kaum-kaum yang lain. Hal ini secara amnya menjamin

kestabilan negara dengan adanya hubungan yang erat di antara kaum.

Selain itu, kemakmuran negara yang wujud dengan resepi perpaduan ini juga adalah

hasil daripada matlamat misi dan visi negara. Sebagai contoh, kerajaan

melancarkan Dasar Ekonomi baru dan Wawasan 2020. Cetusan visi para pemimpin

ini menyemarakkan lagi usaha mengekalkan perpaduan kaum. Ini jelas dibuktikan

dengan konsep keadilan dari segi memperolehi kekayaan. Semua kaum berpeluang

menceburi bidang ekonomi mengikut kemahiran dan usaha masing-masing.

Kesannya, kestabilan dari segi ekonomi turut memperkembangkan kemajuan negara

sehingga menjadi contoh kepada negara-negara luar.

Cadangan ketiga ialah penggunaan satu bahasa yang sama. Bahasa ini

merupakan satu alat yang paling berkesan untuk memupuk perpaduan dalam

kalangan masyarakat yang serba berbeza ibunda, etnik, kebudayaan, agama,

kedudukan ekonomi dan sebagainya.Usaha ini akan membolehkan semua kaum

dan keturunan berkomunikasi antara satu sama lain dengan sempurna.

Perlembagaan telah memperuntukkan bahawa bahasa kebangsaan negara ialah

Bahasa Melayu dan segala usaha perlu dilakukan bagi memajukan dan

mengembangkan penggunaannya dalam segala bidang.

Kesimpulannya, kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara itu amat bergantung

pada hubungan baik yang terjalin antara masyarakat. Perumpaan; ‘bersatu teguh,

bercerai roboh’ begitu sinonim dengan usaha mengekalkan perpaduan kaum demi

kesejahteraan hidup.

22

REFLEKSI

Sebelum Perlaksanaan Tugasan:

Apabila mendapat tajuk Kerja Kursus pendek ini , pertama sekali ialah saya memilih

rakan kumpulan sebagaimana kehendak tugasan projek. Saya telah memilih Puan

Nor Azura binti Mohamed sebagai rakan gandingan saya. Ini adalah kerana saya

dapat merasakan keserasian antara kami berdua dalam menyiapkan sebarang

tugasan kerja kursus maupun dalam hubungan seharian.

Seterusnya, kami berbincang untuk mengenalpasti DUA etnik yang perlu kami

membuat huraian dari segi sejarah, adat resam, pantang larang dan kepercayaan.

Akhirnya, saya memilih etnik Iban dan Puan Azura memilih etnik Asli.

Saya tertarik memilih etnik Iban adalah kerana etnik ini adalah etnik terbesar di

Sarawak. Sehubungan dengan itu, etnik Iban ini tentunya mempunyai adat resam

dan kepercayaan yang amat menarik untuk diterokai. Saya juga tertarik dengan

perayaan etnik Iban ini iaitu perayaan Hari Gawai. Sebelum ini, saya hanya melihat

di kalender tarikh perayaan ini tanpa kajian lanjut mengenai perayaan ini.

Semasa Pelaksanaan Tugasan:

Semasa menyiapkan tugasan etnik Iban ini, saya banyak membuat rujukan di

internet dan juga perpustakaan sekolah. Saya juga mempunyai rakan sekolah yang

bersuamikan orang Sarawak, tentunya serba sedikit maklumat boleh saya perolehi

daripada beliau.

Saya amat bersyukur kerana Guru Pusat Sumber sekolah amat memberi kerjasama

kepada saya dalam urusan pinjaman buku berkaitan etnik-etnik di Malaysia. Buku-

buku ini amat diperlukan terutama dalam pembinaan buku skrap yang memerlukan

saya mencari gambar-gambar yang berkaitan dengan ulasan saya. Walaupun saya

terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk membuat salinan gambar yang

berwarna tetapi hasilnya saya amat berpuas hati apabila saya berjaya memperolehi

apa yang dikehendaki di dalam tugasan kerja kursus saya ini.

23

Selepas perlaksanaan Tugasan :

Disepanjang menyiapkan Kerja kursus Pendek Hubungan Etnik ini, saya telah

menerima banyak faedah yang berguna untuk diri saya sebagai seorang guru.

Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya

mula lebih mengenali serta memahami tentang konsep hubungan etnik di Malaysia,

yang sebelum ini saya tidak pernah didedahkan secara terperinci seperti ini.

Saya juga mula merasai kepentingan Hubungan Etnik ini terhadap diri saya kerana

sebagai seorang guru, segala ilmu ini pasti saya perlukan untuk melaksanakan

tugas harian sebagai seorang guru yang begitu mencabar. Saya sebagai seorang

guru yang mengajar di sekolah rendah pasti akan menghadapi pelbagai situasi yang

mungkin saya tidak pernah fikirkan sebelum ini. Melalui pembelajaran Hubungan

Etnik ini, sedikit sebanyak telah membantu saya dalam membuat persediaan dalam

menghadapi cabaran dalam dunia perguruan ini.

Secara keseluruhannya, tugasan Kerja Kursus Pendek Hubungan Etnik ini telah

memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih memahami

peranan-peranan masyarakat dan kerajaan dalam mengeratkan hubungan etnik.

24

Bibliografi

A. Buku

Shamsul Amri Baharuddin (2008), Modul Hubungan Etnik, Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia

Ahmad Adli Seman Phd, Warti bt Kimi (2013), Hubungan Etnik Di Malaysia, FH Freemind Horizons.

B Sumber internet

Http://www.malaysia.pnm.my

Http://www.sarawakupdate.com.my

25