masyarakat islam di nusantara(titas)

19
MASYARAKAT ISLAM DI NUSANTARA Pengenalan Sebelum kedatangan Islam di Nusantara, masyarakat di sini dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha. Kepercayaan mereka diselaputi oleh unsur-unsur Hindu-Buddha. Selepas kedatangan agama Islam, masyarakat di sini masih tidak dapat meninggalkan amalan awal mereka. Walaupun mereka telah menganuti agama Islam, tetapi masih terdapat amalan seharian mereka yang membawa unsur Hindu-Buddha. Masyarakat Islam di Melaka Terdiri daripada penduduk pribumi, Cina, India, Parsi dan sebagainya. Orang Melayu menjadi teras pembentukan Kerajaan Melaka - memainkan peranan penting dalam politik, ekonomi dan sosial. Sebanyak 84 bahasa dipertuturkan tetapi Bahasa Melayu sahaja menjadi bahasa lingua franca. Pengelasan Masyarakat Akibat kemunculan beberapa institusi pentadbiran dan kebudayaan. Tujuan: mengawal dan menjaga nilai, norma dan sistem masyarakat yang sedia ada. Kelas pemerintah: (1) Raja - Khalifatullah fi al-ard (Khalifah Allah di dunia), memakai gelaran Sultan atau Yang Dipertuan, Menduduki hierarki pentadbiran yang tertinggi, baginda mempunyai daulat - bergantung kepada kekuatan rohaniyah dan jasmaniyah; (2) Pembesar - terdiri daripada bangsawan, bergelar menteri, orang kaya dan Dato'. Kelas diperintah: Rakyat dan hamba. Di antara kedua-dua kelas ini ada alim ulama dan saudagar/pedagang. Hukuman Setiap golongn itu adalah berbeza.

Upload: azahari-bin-abdullah-azahari

Post on 15-Feb-2015

51 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

sejarah

TRANSCRIPT

Page 1: Masyarakat Islam Di Nusantara(Titas)

MASYARAKAT ISLAM DI NUSANTARA PengenalanSebelum kedatangan Islam di Nusantara, masyarakat di sini dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha. Kepercayaan mereka diselaputi oleh unsur-unsur Hindu-Buddha. Selepas kedatangan agama Islam, masyarakat di sini masih tidak dapat meninggalkan amalan awal mereka. Walaupun mereka telah menganuti agama Islam, tetapi masih terdapat amalan seharian mereka yang membawa unsur Hindu-Buddha. Masyarakat Islam di Melaka Terdiri daripada penduduk pribumi, Cina, India, Parsi dan sebagainya. Orang Melayu menjadi teras pembentukan Kerajaan Melaka - memainkan

peranan penting dalam politik, ekonomi dan sosial. Sebanyak 84 bahasa dipertuturkan tetapi Bahasa Melayu sahaja menjadi

bahasa lingua franca.  Pengelasan Masyarakat Akibat kemunculan beberapa institusi pentadbiran dan kebudayaan. Tujuan: mengawal dan menjaga nilai, norma dan sistem masyarakat yang

sedia ada. Kelas pemerintah: (1) Raja - Khalifatullah fi al-ard (Khalifah Allah di dunia),

memakai gelaran Sultan atau Yang Dipertuan, Menduduki hierarki pentadbiran yang tertinggi, baginda mempunyai daulat - bergantung kepada kekuatan rohaniyah dan jasmaniyah; (2) Pembesar - terdiri daripada bangsawan, bergelar menteri, orang kaya dan Dato'.

Kelas diperintah: Rakyat dan hamba. Di antara kedua-dua kelas ini ada alim ulama dan saudagar/pedagang.  Hukuman Setiap golongn itu adalah berbeza. Jelas dilihat dalam Hukum Kanun Melaka atau Undang-undang Melaka. Undang-undang untuk hamba berbeza dengan undang-undang untuk golongan

merdeka.  Demografi Penduduk Raja dan kerabatnya - di atas bukit - kawasan yang strategik dari segi

keselamatan dan pertahanan. Pembesar - lereng bukit mengikut kumpulan. Rakyat - kaki bukit. Orang laut - tepi pantai atau sungai.  Sistem Masyarakat Berasaskan konsep kesedaran kelas - terbentuk undang-undang Temenggung. Mengikut undang-undang ini, semakin tinggi taraf dan status sosial, semakin

luas bidang kuasa dan boleh juga terlepas dari hukuman. Perbezaan status dapat dilihat pada protokol istana. Sebagai contoh, dalam

istana menjunjung duli, menteri dan pembesar didahulukan, kemudian bentara,

Page 2: Masyarakat Islam Di Nusantara(Titas)

sida-sida dan seterusnya. Penggunaan bahasa seperti beta, santap oleh raja; patik, tuanku oleh pembesar dan rakyat.

Berasaskan sistem ini, wujud lagi konsep daulat dan derhaka. Konsep daulta (sovereignty) - kuasa halus yang hanya dimiliki oleh raja dan

kata-kata raja menjadi undang-undang tanpa banyak budi bicara. Konsep derhaka - sebarang tentangan terhadap raja dianggap derhaka dan

akan menerima padah seperti hukuman bunuh. Kedudukan sosial juga mempengaruhi bentuk hukuman yang diterimanya -

semakin tinggi kedudukannya, semakin besar peluangnya terlepas daripada hukuman; semakin rendah kedudukannya, hukumannya lebih berat.

 Adat-istiadat dan Peraturan Bercanggah dengan ajaran Islam. Dalam Islam, perbezaan darjat disebabkan oleh ketakwaan dan amal salihnya

dan bukannya keturunan. Walau bagaimanapun, masih terdapat adat yang selaras dengan ajaran Islam.

Sebagai contoh, hukuman rejam kerana berzina, potong tangan kerana mencuri. Adat-istiadat yang berunsur Islam juga dipraktiskan, contohnya menyambut

bulan Ramadan, Hari Raya Puasa dan sebagainya.  Masyarakat Islam di Filipina Masyarakat Islam di Filipina biasanya dikenali sebagai masyarakat Moro. Kedatangan Islam ke Filipina bermula dari Sulu. (abad ke-13, Tuan Mashaika

dan Tuan Maqbalu; 1380 - Karim al Makhdum; abad ke-15, Raja Baguinda; Kesultanan Sulu didirikan - raja pertama: Sayyid Abu Bakar; Apabila Raja Baguinda mangkat, Abu Bakar mengangkat dirinya menjadi Sultan Sulu; dari sini, Islam tersebar ke Maguindanao (Mindanao) pada 1460 M hasil dakwahan Sharif Awliya dan Sharif Maraja.

1515 M, Sharif Muhammad Kabungsuan (Arab dari Johor) berkahwin dengan Tonina, Puteri Cotabato - bermulanya sejarah kesultanan Islam di Filipina.

Islam tersebar ke Manila - kerajaan Islam Manila ditubuhkan. Kerajaan ini tidak bertahan lama disebabkan oleh serangan Sepanyol -

kerajaan ini runtuh. Dengan itu, pendudukan Islam di Pulau Luzon tamat. Kemudian, Sepanyol sampai ke Manila pada 1566 M dan serangan dibuat ke

atas Mindanao. Sejak itu, peperangan sering berlaku antara orang Islam dan Sepanyol.

 Masyarakat Islam di Pattani Islam sampai ke Pattani pada abad ke-10 atau 11 M. Selapas 300 tahun, barulah golongan bangsawan memeluk Islam. 1457 M, Raja Pattani memeluk Islam - gelaran Sultan Ismail Syah - sejak itu,

agama Islam tersebar luas. Pattani yang dimaksudkan termasuk Naratiwath, Yala dan sebahagian

Songkhla - namanya diambil daripada nama Pak Tani. Masyarkat Islam Pattani bertutur dalam Bahasa Melayu.

Page 3: Masyarakat Islam Di Nusantara(Titas)

 Masyarakat Islam di Jawa Tarikh kedatangan Islam ke Jawa tidak dapat ditentukan. Pihak sejarahwan Indonesia percaya bahawa Islam datang ke Jawa melalui

pedagang-pedagang - mereka berasimilasi dengan penduduk tempatan dan mengembangkan agama ini melalui perkahwinan.

Dipercayai juga agama Islam sampai ke Indonesia di bawa oleh Maulana Malik Ibrahim.

Beliau datang ke Jawa pada 1416 M. Beliau merupakan salah seorang Wali Songo atau Wali Sembilan. Wali Songo ini mempunyai kebolehan luar biasa dan kesaktian yang tiada

tandingan. Wali Songo ini telah diangkat sebagai ketua dalam segala hal yang  berkaitan

dengan Islam. Pada zaman Wali Songo, unsur Islam hanya diserap masuk dalam wayang

kulit, gamelan dan sebagainya.

MASYARAKAT ISLAM DI INDIA PengenalanDi kalangan masyarakat Arab, India dikenali sebagai Sind atau Hind. Sebelum kedatangan Islam, India telah pun mempunyai hubungan perdagangan dengan masyarakat Arab. Apabila Islam hadir, hubungan perdagangan antara India dan Arab masih diteruskan. Kawasan-kawasan pantai termasuk Lautan Hindi telah menjadi sasaran para pendakwah untuk menyebarkan agama Islam. Perkembangan Awal Agama Islam di India Islam mula tiba di India pada kurun ke-7 M. 636-637 M, tentera Islam cuba menawan Thana - gagal. 634 M, tentera Islam menyerang India - dipimpin oleh Abdullah Bin Amir -

berjaya menawan sebahagian besar Lembah Hind. Zaman Muawiyah Bin Abu Sufian - menawan Kabul dan Lahore. Zaman Khalifah al-Walid Bin Abdul Malik - menembusi benteng pertahanan

India. 712 M, Muhammad Bin al-Qasim menawan Daibul dan meruntuhkan

beberapa buah kuil Hindu dan Buddha dan mendirikan sebuah masjid. Kemudian, beliau dilantik menjadi Gabenor wilayah Multan. Ramai orang menyambut ketibaan tentera Islam seperti puak Jat dan Med. Beliau (a) membebaskan orang yang tidak menentang atau tidak terlibat dalam

perang; (b) menjamin keselamatan harta benda dan nyawa penduduk; (c) mengenakan jizyah terhadap bukan Islam; dan (d) menjamin tidak meruntuhkan kuil dan gereja kalau mematuhi pemerintahan Islam.

Ramai rakyat dari golongan Brahmin telah dilantik untuk menjawat jawatan tinggi.

Perkembangan Islam terbantut apabila Muhammad Bin al-Qasim diperintah pulang oleh Khalifah Bani Umayyah.

 

Page 4: Masyarakat Islam Di Nusantara(Titas)

Kerajaan Ghaznawi Zaman Mahmud Ghaznawi, Punjab menjadi daerah Islam. Penaklukan Punjab menamatkan ancaman lanun terhadap pedagang Islam,

menamatkan ancaman raja Hindu terhadap Kerajaan Bani Umayyah. Kalinjar, Lahoer, Gwalior, Kanauj, Delhi dan Ajmer diserah semula kepada

penduduk tempatan untuk meneruskan pemerintahan mereka. Masyarakat Hindu tidak tertindas, malah ada yang dilantik menjawat jawatan

penting. Misalnya, Tilak seorang jeneral beragama Hindu dilantik sebagai pemerintah wilayah Punjab.

 Kerajaan Ghori Muhammad al-Ghori menakluk semula wilayah yang membebaskan diri

semasa Kerajaan Ghaznawi. Setiap wilayah ditinggalkan seorang wakil untuk memerintah mangikut lunas

Islam. Pembesar Hindu tidak dibenarkan mengendalikan pentadbiran daerah. Setelah kemangkatan Muhammad al-Ghori - Kerajaan Ghori mulai berpecah-

belah.  Kesultanan Delhi Terdiri daripada Kerajaan Mamluk, Dinasti Tughluq, Dinasti Khalji, Dinasti

Lodi, Dinasti Suri, Dinasti Syeid - Delhi menjadi pusat pemerintahan. Dinasti Mamluk diasaskan oleh Qutbuddin Aibek (bekas hamba Muhammad

al-Ghori) - seorang yang tegas dan adil - seorang pemurah (sehingga digelar Laksh-Baksh).

Dinasti Mamluk berakhir pada zaman Ghiyasuddin Balban - beliau berjaya membentuk dan membangunkan masyarakat bertamadun.

Alauddin Khilji - pemerintah terkenal Dinasti Khilji. Baginda bercita-cita menakluki dunia seperti Iskandar Zulkarnain. Mengenai projek ini - baginda memerintah agar perkataan Iskandar kedua

ditulis pada mata wang negara. Atas nasihat Allu Muluk, niatnya dihentikan - baginda dinasihati supaya

memberi perhatian dalam pentadbiran negara, meneruskan usaha menewaskan raja Hindu yang belum tunduk kepada Delhi.

Atas nasihat ini, baginda mula (a) mengharamkan penjualan minuman keras; (b) mengawal perkahwinan antara pembesar; (c) mengharamkan perhimpunan pembesar tanpa kebenaran Wazir; dan (d) memaksa memulangkan cukai yang dikutip kepada penduduk terhadap Zamindar.

Pada zaman ini, kegiatan perdagangan dijalankan di kawasan Teluk Benggala sehingga Pergunungan Kabul dan dari Tulingana ke Kashmir.

 Kerajaan MoghulAkbar Pemerintah ke-3 Kerajaan Moghul. Seorang yang mengamalkan dasar liberal.

Page 5: Masyarakat Islam Di Nusantara(Titas)

Beliau (a) mengasingkan hal ehwal pentadbiran dengan agama; (b) menghapuskan perbezaan yang berasaskan agama dan bangsa; (c) semua rakyat diberi hak sama rata sama ada menganut Islam atau tidak; dan (d) amalan perhambaan dihapuskan - mendapat sokongan politik daripada semua rakyat.

Beliau menggalakkan perkahwinan politik di antara kerabatnya dengan kerabat diraja Hindu, misalnya baginda sendiri mengahwini puteri Raja Rajputna - mereka masing-masing boleh mengamalkan agama asal setelah berkahwin.

Semua rakyat dibenarkan untuk memegang jawatan kerajaan, misalnya Todal Mal menjadi panglima dan bendahari; Man Singh menjadi panglima juga dan gabenor.

Baginda berusaha segera menghapuskan pemerontakan yang boleh mengapikan isu perkauman dan keagamaan.

Bahasa Arab - bahasa agama. Bahasa Turki - untuk bangsawan Bahasa Parsi - bahasa istana dan kesusasteraan Bahasa lain seperti Urdu (gabungan Arab, Parsi dan Hindi) dipopularkan. Kolej dan sekolah ditubuhkan - kurikulum pendidikan digubal. Rakyat miskin diberi pendidikan percuma. Undang-undang digubal bagi membolehkan orang bukan Islam memasuki

sekolah khas untuk orang Islam. Pendidikan wanita juga diberi perhatian. Undang-undang perkahwinan diperkenalkan (a) umur berkahwin - lelaki 16

keatas dan perempuan 14 keatas; (b) perkahwinan mesti dilangsungkan atas persetujuan kedua-dua mempelai; (c) mahar yang tinggi dilarang; dan (d) perkahwinan poligami dilarang (berkahwin campur digalakkan dalam masyarakat majmuk).

Baginda melarang adat sati, tidak menggalakkan para janda berkahwin lagi dan melarang berkhatan bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Dari segi agama, semua rakyat bebas beragama, agama bukan ukuran kedudukan.

Baginda juga memperkenalkan agama baru - Din Illahi (1581 M). Din Illahi - gabungan Islam, Hindu, Kristian dan Zoroster. Melakukan

pemujaan Tuhan dari semua agama utama di India. Ciri-ciri: (a) sebutkan Allahu-akbar dan jalla jalaluh ketika bertemu dengan rakan; (b) jamuan mengingati arwah yang mati sekali seumur hidup; (c) menahan diri memakan daging; (d) tidak menaiki kenderaan sesama tukang sembelih, nelayan atau penangkap burung; (e) tidak boleh mengadakan hubungan jenis dengan wanita hamil, tua, mandul, gadis bawah umur; (f) tidak boleh berkelakuan mengikut hawa nafsu; dan (g) dilarang menyalahguna kuasa, tipu, mengumpat, berlaku zalim, memeras ugut, bermegah diri.

Usaha Akbar mempopularkan agama Din Illahi telah menjejaskan perkembangan Islam. Contoh: hari beribadat ditetapkan pada hari Ahab sahaja, jizyah terhadap orang bulan Islam turut dihapuskan.

Akbar turut menghapuskan kira-kira 80 jenis cukai bagi meringankan golongan miskin, antaranya cukai pasar, cukai tanah dan sebagainya.

Baginda telah memberi bantuan kepada mangsa kemarau.

Page 6: Masyarakat Islam Di Nusantara(Titas)

Bagi mengatasi pengemis, pusat orang miskin didirikan di Khaipura (Islam) dan Pharmapura (Hindu).

Kalendar Islam turut dihapuskan.  Aurangzeb Baginda cuba mengembalikan kedaulatan umat Islam. Dari segi sosial, banyak surau dan masjid dibina bagi menggalakkan solat

berjemaah, orang Islam dibenarkan berkahwin secara poligami, orang Islam dibenar menyembelih lembu dan orang bukan Islam dikenakan jizyah.

Dari segi politik, orang bukan Islam dihadkan memegang jawatan penting. Dari segi ekonomi, aktiviti pertanian digalakkan.

MASYARAKAT ISLAM DI CHINA PengenalanAgama Islam disebarkan ke negeri China sejak abad ke-7 M. Islam masuk ke China dari negeri Arab melalui jalan darat dan jalan laut. Sambutan masyarakat China terhadap agama Islam tidak menggalakkan kerana perasaan curiga penduduk tempatan terhadap agama bangsa lain. Cara Kemasukan Islam ke ChinaVersi Pertama Dibawa oleh Hamzah Bin Hamzah (anak Hamzah Bin Abi Talib). Beliau bersama 3,000 orang Muhajirin pergi ke China dan menetap di San

Gan Foo.  Versi Kedua Semasa Maharaja Yung Wei (Dinasti Tang), utusan dari Tanah Arab pimpinan

Saad Bin Abi Waqas bersama 15 orang Muhajirin menghadap Maharaja Yung Wei.

Mereka dibenarkan berdakwah di China dan satu masjid didirikan di Cheng-san.

 Versi Ketiga Pimpinan dakwah Islamiyah yang pertama dipimpin oleh Saad Bin Lubayd. 630 M, beliau tiba di Canton. Menjalankan aktiviti dakwah di Chuan Chow, Chong Chow dan Canton. Sebuah masjid dibina di Canton iaitu Masjid Kwang Tah Se.  Hubungan Awal Arab-China Pada zaman Khalifah Uthman Bin Affan, Maharaja Kao Tsung membantu

Firuz Bin Yezdegird III (Raja Parsi) melancarkan serangan balas terhadap tentera Islam di Khurasan - tetapi gagal.

Khalifah Uthman mengirim perwakilan - menyebutkan bantahan - Lalu, hubungan diplomatik diadakan.

Page 7: Masyarakat Islam Di Nusantara(Titas)

Semasa Khalifah al-Walid Bin Abdul Malik, tentera Islam mara ke sebelah Barat negeri China, memasuki Sinkiang dan Kansu.

Utusan dihantar kepada Maharaja Hsuan Tsung - diterima - aktiviti dakwah disebarkan secara meluas di China.

 Perkembangan Islam di ChinaPeringkat Awal Terdiri daripada pendatang Arab dan Parsi. Berkahwin dengan wanita tempatan dan seterusnya berasimilasi dengan

masyarakat tempatan. Petempatan orang Arab: Chang Chow, Chuan Chow dan Kwang Chow

(Canton).  Dinasti Tang (618 - 905 M) Mengikut catatan, sebanyak 37 utusan diterima dari kerajaan Islam. 878 M, terdapat 120,000 orang asing - kebanyakan orang asing (Arab)

beragama Islam. Dicatatkan, orang Arab dikenali sebagai Hui Hui atau Ta-Shih oleh orang

China.  Dinasti Sung (960 - 1279 M) Aktiviti perdagangan Arab dengan China semakin meluas. Pedagang asing ini dibenarkan membuat perkampungan sendiri dan

menjalankan perdagangan secara bebas - manarik ramai pedagang Islam. Keadaan ini memesatkan lagi penyebaran agama Islam di China.  Dinasti Yuan (1127 - 1368 M) Para ilmuan dari Asia Barat dibawa masuk ke China untuk berkhidmat sebagai

pentadbir, pakar kewangan, arkitek, ahli sains dan sebagainya. Semasa Kublai Khan - 12 orang panglima beragama Islam. Abdul Rahman - pentadbir Dinasti Yuan yang beragama Islam menjadi Ketua

Pemungut Cukai dan mengendalikan urusan kewangan negara. Syeid Ajall berasal dari Bukham menjadi Menteri Kewangan (1259), Gabenor

Yunnan (digantikan oleh anaknya Nasruddin kemudiannya). Alauddin al-Mufari dan Ismail as-Syam mahir mambuat senjata meriam.

Alauddin menjadi Wakil Panglima dan Ismail menjadi Ketua Penyelia Kilang Meriam.

Jamaludin - tokoh sains dan astronomi Islam. Telah mencipta Wan-nien-li. Mengikut Ibn Battutah - setiap perkampungan Islam di China ada masjid. Di

Canton, jumlah orang Islam besar, terdiri daripada Arab, India, Parsi - disini terdapat Kadi dan Mufti. Terdapat institusi pengajian agama, contoh Zawiyah di pinggir Canton dan Chang-an. Ulama besar: Fuqaha-al-Mu'azzam Maulana Qawamuddin al-Sibti.

 Dinasti Ming (1368 - 1644 M)

Page 8: Masyarakat Islam Di Nusantara(Titas)

Merupakan dinasti Islam yang paling terkenal di China dan ia ditadbir oleh orang China beragama Islam.

Terdapat pandangan juga bahawa Dinasti Ming mengamalkan agama Buddha dan Taoism.

Maharaja pertama - Chu Yuan Chang - Maharaja Huang Chu. Baginda dikatakan membentuk jawatankuasa tentera yang dianggotai oleh

orang Islam dan mendirikan sebuah masjid jamik di Nanking. Baginda pernah menghasilkan sebuah puisi memuji Nabi Muhammad dan

keagungan Islam dan sajak itu dipahat pada dinding masjid yang dibinanya. Orang China Islam dikenali sebagai Hui Hui Kaomen atau Hui Hui Kiao. Perkembangan Islam di China sampai ke kemuncak pada masa ini - Bukti:

Nanking sahaja terdapat 36 buah masjid. Tokoh China Islam adalah seperti Ma Cha-Yehe (ahli astronomi), Laksamana

Cheng Ho dan sebagainya. Tembikar China yang masyhur, Ming-Ts'ing dan Kang-Ts'ing merupakan

hasil ciptaan orang Islam Yunnan - mereka dipanggil Han Hui. Beberapa buah madrasah dan universiti juga ditubuhkan.  Dinasti Ching (1644 - 1911 M) Kerajaan ini memusuhi orang Islam, khususnya yang berketurunan bukan

China. Justeru itu, banyak pemberontakan berlaku seperti di Sin Kiang, Kan Su,

Yunnan dan Shensi menyebabkan 11 juta orang Islam terkorban.

CIRI-CIRI TAMADUN AWAL MANUSIA Pembentukan BandarSetelah manusia mengetahui cara bercucuk tanam dan menternak, mereka mula membentuk penempatan menetap. Perkampungan-perkampungan ini lama-kelamaan akan membentuk bandar-bandar kerajaan atau negara kota. Proses perubahan ini juga dikenali sebagai urbanisasi. Negara kota ini akan menjadi tumpuan kegiatan ekonomi manusia, pusat perdagangan bagi petempatan-petempatan yang ada di sekitarnya. Contoh negara kota yang terdapat pada zaman ini ialah negara kota Ur, Urech dan Kish di Lembah Tigris-Eupharates di Sumeria dan Mohenjo DAro dan Harappa di Lembah Indus di India. Pembentukan KerajaanPerkembangan bandar ini seterusnya mewujudkan satu sistem kerajaan atau pentadbiran yang teratur. Ketua-ketua masyarakat bertanggungjawab mentadbir bandar-bandar ini. Sebab itulah munculnya golongan pemerintah dan golongan diperintah pada zaman ini. Undang-undang telah digubal untuk menjamin keselamatan nyawa dan harta benda. Sebagai contoh, Kod Hammurabi yang diamalkan di Tamadun Sumeria telah merangkumi 280 undang-undang atau hukuman yang meliputi semua aspek kehidupan. Wujudnya Organisasi Sosial

Page 9: Masyarakat Islam Di Nusantara(Titas)

Perkembangan bandar atau negara kota melahirkan satu masyarakat yang mempunyai organisasi sosial yang tersusun. Setiap individu menjadi anggota dalam satu lapisan masyarakat yang tersusun dan memainkan peranan tertentu mengikut kedudukannya dalam lapisan masyarakat. Raja mempunyai kedudukan yang paling tinggi diikuti oleh golongan pendeta dan bangsawan. Golongan pemerintah ini diikuti oleh golongan yang diperintah seperti rakyat bebas, petani dan artisan. Golongan yang mempunyai kedudukan yang paling rendah ialah hamba abdi. Perkembangan TeknologiPerkembangan sains dan teknologi telah tercapai dalam bidang pertanian, perdagangan dan pengangkutan. Dalam bidang pertanian, terusan dibina untuk mengairi sawah. Roda dicipta untuk memudahkan sistem pengangkutan, digunakan sebagai pedati, kincir air dan peroda untuk membuat tembikar. Penemuan-penemuan baru ini telah berlaku dalam beberapa bidang sains seperti astronomi, matematik dan perubatan. Wujudnya penciptaan layar kapal, kalendar, alat menyukat dan penimbang pada zaman ini juga. Sebagai contoh, rakyat Mesir membina piramid dan orang Mesopotamia membina Ziggurat. Pengkhususan KerjaKemajuan dalam teknik-teknik baru berlaku serentak dengan kepelbagaian dan pertambahan kegiatan ekonomi dalam masyarakat susun lapis yang diurbanisasikan sehingga wujud masyarakat yang mengkhusus dalam satu-satu pekerjaan. Pengkhususan telah melahirkan orang yang pakar dalam bidang-bidang seperti pertukangan kayu, barang-barang kemas, kain dan sebagainya. Hal ini disebabkan permintaan yang tinggi. Secara tidak langsung, pengkhususan telah meningkatkan kecekapan seseorang. Wujudnya KepercayaanAgama dan kepercayaan menjadi unsur penting dalam masyarakat bertamadun. Penduduk awal ini percaya kepada semangat roh yang ada pada alam semula jadi seperti pokok, binatang, sungai yang dikatakan mempunyai semangat yang tersendiri yang dikenali sebagai kepercayaan animisme. Selain itu, mereka juga mengamalkan pemujaan nenek moyang. Amalan ini dapat dilihat di Tamadun Hwang-Ho. Kepercayaan mereka berkait rapat dengan kepercayaan Politeisme atau kepercayaan kepada banyak tuhan. Dengan itu, mereka telah menyembah dewa-dewi dan patung atau tuhan tertentu serta pemujaan alam semesta dan kehidupan selepas mati. Wujudnya Bahasa dan TulisanPerkembangan ekonomi dan perdagangan berkait rapat dengan perkembangan dalam sistem tulisan dan bahasa. Sistem tulisan ini diperlukan untuk mencatatkan semua urusan yang berkaitan dengan agama dan perdagangan supaya dapat diperturunkan kepada generasi yang lain. Kemajuan dalam sistem tulisan dan bahasa memudahkan dan menggalakkan lagi perniagaan dan interaksi antara masyarakat negara kota yang berlainan. Tulisan yang terawal merupakan tulisan lukisan (piktograf), terutama di Tamadun Sumeria dan Mesir. Tamadun Sumeria | Tamadun Mesir | Tamadun Hwang-Ho | Tamadun Mohenjo-Daro dan

Harappa | Tamadun Arab | Tamadun Inca | Tamadun Maya | Tamadun Aztec

Page 10: Masyarakat Islam Di Nusantara(Titas)

CIRI-CIRI TAMADUN HWANG-HO Latar BelakangTamadun awal China telah wujud di Lembah Sungai Hwang-Ho atau Lembah Sungai Kuning pada tahun kira-kira 5000 SM. Lembah Sungai Hwang-Ho ini mempunyai tanah loes yang subur yang sesuai untuk kegiatan pertanian. Bukti yang menunjukkan kewujudan Tamadun Hwang-Ho ini ialah perjumpaan manusia homo sapien Cina di Sze-Chuan dan Yang-Tze. Selain itu, manusia Peking juga ditemui dan dipercayai bahawa manusia ini hidup hampir 500,000 tahun dahulu. Kerajaan Shang wujud pada zaman ini tetapi asal-usulnya kabur. Namun begitu, Kerajaan Shang ini dipercayai bermula antara tahun 1700-1600 SM dan berakhir pada tahun 1122-1100 SM. Ciri-ciriPembentukan BandarPenduduk Cina mendapati Lembah Sungai Hwang-Ho sesuai untuk pertanian. Mereka mendirikan perkampungan tetap di sana. Perkampungan ini berkembang dengan pesat dan mengalami urbanisasi dan seterusnya menjadi bandar. Bandar ini mempunyai sistem ekonomi dan struktur masyarakat yang kompleks. Contoh bandar atau negara kota yang wujud ialah Kota Shang (2000 SM), Anyang (1800 SM), Loyang, Changgan dan sebagainya. Kebanyakan bandar ini muncul di tebing sungai dan tembok telah dibina untuk melindungi bandar tersebut. Pembentukan KerajaanPada permulaan, setiap negara kota itu merupakan satu kerajaan. Terdapat satu daripada negara kota itu telah berjaya memperluaskan wilayahnya dengan menawan negara kota yang lain. Negara kota itu ialah Shang. Juga dipercayai bahawa sebelum Shang, terdapat satu dinasti yang bernama Hsia. Raja Shang ini kemudian memperkuatkan kekuatan tenteranya dan negara kota yang lemah pun secara sukarela menunduk terhadap kekuasaan Shang. Maka akhirnya Kerajaan Shang pun ditubuhkan. Kerajaan Shang ini diketuai oleh seorang raja dan setiap orang bangsawan pula akan diberikan sesuatu wilayah untuk ditadbir secara turun-temurun. Kerajaan Shang ini beribu kota di Anyang. Kerajaan Shang ini kemudian diguling oleh Wu Wang dari Kerajaan Chou kerana kezaliman raja Shang yang bernama Zhou Hsin. Wujudnya Organisasi SosialDalam organisasi sosial Tamadun Hwang-Ho, Raja menduduki hierarki yang tertinggi dalam masyarakat Cina. Di bawahnya, terdapat golongan bangsawan, mereka merupakan golongan yang berpengaruh di kalangan rakyat. Selepas bangsawan, golongan petani menjadi golongan yang penting. Namun begitu, ramai daripada mereka menjadi hamba berhutang pada zaman Dinasti Chou kerana tidak dapat mengeluarkan hasil yang mencukupi. Artisan, peniaga dan askar menduduki tempat yang paling rendah dalam hierarki masyarakat China. Selain itu, terdapat ahli-ahli sihir yang mentafsirkan mimpi raja dan pawang yang menjalankan upacara-upacara di istana Shang.

Page 11: Masyarakat Islam Di Nusantara(Titas)

 Perkembangan TeknologiSains dan teknologi di Tamadun Hwang-Ho maju sejak Dinasti Shang dan bertambah maju pada zaman Dinasti Chou. Pada zaman Dinasti Shang, gangsa digunakan untuk membuat alat senjata dan alat pertanian, tanah liat digunakan untuk membuat tembikar, jed digunakan sebagai alat perhiasan, sutera dihasilkan dan sistem kalendar dan perpuluhan diperkenalkan. Pada zaman Dinasti Chou pula, wang yang dibuat daripada logam digunakan. Buku mulai dicetak dan alat tulisan mula dihasilkan. Pengkhususan KerjaRaja dianggap sebagai anak tuhan iaitu Tian Zhi, maka baginda berkuasa memerintah negara dengan penuh berkuasa. Baginda juga merupakan "Tuan Tanah" dan bangsawan pula merupakan "Penyewa Tanah". Golongan bangsawan akan dianugerahkan sebuah wilayah untuk ditadbir secara mutlak dan sebahagian hasil yang diperolehi akan diserah kepada raja. Golongan bangsawan ini juga mewujudkan sistem pemerintahan birokrasi di bahagian pusat di mana jabatan-jabatan seperti kewangan, pasukan bersenjata, undang-undnag diwujudkan. Di antara kurun ke-8-3 SM, golongan ini menjadi terlalu kuat dan kerajaan pusat tidak lagi berupaya mengawal kuasa mereka. Golongan petani pula bekerja sebagai pencucuk tanam ataupun penternak binatang. Hasil yang diperolehi akan diserahkan sebahagian kepada bangsawan sebagai cukai. Seterusnya, artisan, peniaga dan askar masing-masing menjalankan kewajipan mereka mengikut kemahirannya. Wujudnya KepercayaanMengenai Tamadun Hwang-Ho, mereka mengamalkan pemujaan terhadap nenek moyang. Mereka percaya nenek moyang mempunyai pengaruh ke atas kehidupan mereka. Apabila mereka hendak mendapat mertolongan daripada nenek moyang, mereka akan menggunakan tulang nujum. Tulang nujum ini akan diukir dengan beberapa soalan dan kemudian dihempaskan. Berdasarkan retak-retak atas tulang, mereka akan membuat ramalan. Selain daripada pemujaan nenek moyang, mereka juga menyembah Tuhan Shang Ti, tuhan matahari, tuhan bulan, tuhan angin dan sebagainya. Wujudnya Bahasa dan TulisanSejak zaman Dinasti Shang, sistem tulisan dalam bentuk gambar yang melambangkan sesuatu perkara atau benda telah wujud. Tulisan ini menggunakan idea abstrak. Terdapat lebih kurang 3,000 simbol ini kekal selama 3,500 tahun sehingga masa kini. Bentuk tulisan ini dipanggil ideogram. Ia ditulis secara menegak dalam lajur-lajur kecil. Jurutulis yang mahir menulis menggunakan berus atau kayu runcing untuk menulis atas tulang, buluh, gangsa, tembikar, kayu dan sebagainya. Contoh bentuk tulisan ideogram ialah 山

yang mewakili bukit dan 日 yang mewakili matahari.

TAMADUN ARAB Latar Belakang

Page 12: Masyarakat Islam Di Nusantara(Titas)

Arab merujuk kepada kawasan yang terletak di antara Asia dan Afrika. Terdapat banyak tamadun di kawasan Arab, di antaranya termasuklah Anbat, Palmyra, Ghassan, Hirah, Main, Qatban dan Himyar. Di antara tamadun ini, Anbat ialah tamadun yang terkenal. Ia merupakan tamadun yang teragung di Arab dan berkembang sebelum zaman Jahiliah. Tamadun Sabak pula bersifat tulen - kurang menerima pengaruh dari tamadun asing. Ia melambangkan keemasan zaman Arab Purba. Ia terletak di bahagian Selatan Semenanjung Arab, iaitu di negeri Yaman dan diasaskan oleh Sabak Bin Tasyjab. Kerajaan Sabak boleh terbahagi kepada 2 zaman: Sarwah (sebelum 950 SM - 650 SM) dan Maarib (650 SM - 115SM). Pemerintahnya yang cekap ialah Balqis Ciri-ciriPemerintahan dan PentadbiranTamadun Arab berbentuk ala demokrasi. Terdapat beberapa majlis dalam sistem pemerintahannya, iaitu Majlis Diraja dan Majlis Perwakilan. Majlis Perwakilan diwakili oleh orang kecuali hamba yang bekerja di ladang. Majlis ini akan diadakan persidangan 2 kali setahun. Bukti amalan demokrasi: Puteri Balqis memanggil menteri-menteri untuk membincangkan kandungan surat yang diterima daripada Nabi Sulaiman. Organisasi SosialTamadun Arab mempunyai susun lapis masyarakat yang jelas. Pemerintah yang dikenali sebagai Malik, Mulak atau Ratu menduduki tempat yang tertinggi. Ia diikuti oleh golongan bangsawan yang memegang jawatan penting dalam kerajaan dan mempunyai ladang yang luas. Golongan pertengahan yang terdiri daripada peniaga dan tentera menduduki tempat ketiga. Di tempat yang bawah sekali ialah hamba yang bekerja di ladang. TeknologiTeknologi Tamadun Arab adalah tinggi. Buktinya, Empangan Maarib yang berfungsi mengawal banjir, membekalkan air pada musim kemarau. Banyak istana telah dibina, antaranya Istana Salihim, Ghuradan dan Bainun. Benteng-benteng pertahanan juga dibina. Tamadun Arab menghasilkan barang-barang ukiran pada dinding rumah ibadat dan istana, contohnya patung Puteri Balqis yang diampit oleh 2 orang dayang. Selain itu, tempat-tempat penyembahan juga banyak dibina. Pengkhususan KerjaRaja berkuasa mutlak dalam memerintah negara. Golongan bangsawan pula membant raja dalam pentadbiran, memegang jawatan penting kerajaan dan mempunyai ladang yang luas. Seterusnya, peniaga melibatkan diri dalam perniagaan dan tentera menjaga pertahanan dan keselamatan negara. Akhir sekali, golongan hamba bekerja berat di ladang dan kehidupan mereka adalah susah. AgamaAgama yang diamalkan oleh Tamadun Arab ialah agama kosmologi (alam semesta) pada peringkat awal. Agama yang menyembah matahari dan bulan (cakrawala) yang dikenali sebagai animisme turut diamalkan. Terdapat banyak tempat penyembahan untuk dewi bulan dan matahari di Arab. Selepas itu, agama ini telah bertukar menjadi agama Tauhid

Page 13: Masyarakat Islam Di Nusantara(Titas)

(monoteisme) iaitu apabila Puteri Balqis menerima ajaran yang dibawa oleh Nabi Allah Sulaiman. Bahasa dan TulisanOrang Arab merupakan orang pertama yang merekodkan tamadun mereka. Mereka merekodkan pembangunan yang dibuat, kemenangan dari peperangan, penjenayah, perkembangan pemikiran dan sebagainya. Bahasa Arab digunakan. Banyak istilah bahasa digunakan secara meluas terutamanya di Hijaz. Contoh: al-Rahman, al-Rahis, Syirik dan Kutur. EkonomiAktiviti ekonomi yang diamalkan oleh Tamadun Arab ialah perdagangan. Mereka aktif berniaga sehingga ke peringkat antarabangsa. Mereka mengeksport emas, batu permata ke Haspa, Mesir, India, China dan Kepulauan Melayu. Pelabuhan yang penting ketika itu ialah Pelabuhan Adana. Mereka turut memonopoli aktiviti perdagangan di kawasan Lautan Hindi dan Lautan Merah. Pertanian turut dilaksanakan dan Empangan Maarib amat membantukan mereka dalam aktiviti ini. Empangan Maarib menakung air semasa musim hujan dan digunakan semasa musim kemarau. Hasil pertanian yang diperolehi bukan sekadar untuk memenuhi keperluan mereka malah boleh dijual di kawasan berhampiran.