masalah perkembangan bahasa

2
MASALAH PERKEMBANGAN BAHASA Dalam memperoleh perkembangan bahasa yang baik, Halliday (1975) berpendapat bahawa kanak–kanak memperolehi bahasa kerana mereka memperoleh keperluan untuk berinteraksi dengan masyarakat. Namun demikian, masih ada kanak-kanak yang belum mampu untuk menguasai bahasa disebabkan oleh kekangan yang dihadapi kanak- kanak tersebut. Antaranya adalah mungkin disebabkan kanak-kanak menghidap autisme atau pervasive developmental disorders (PDD) iaitu kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri dan mengasingkan diri daripada dunia luar, (Leo Kanner). Dalam hal ini, kanak- kanak autisme mempunyai perkembangan bahasa yang lambat atau pun tidak mempunyai perkembangan bahasa langsung kerana kanak-kanak ini jarang berbahasa dan sukar untuk diajak berbual. Malah, kadang kala dapat menuturkan sesuatu namun hanya untuk seketika sahaja dan menggunakan bahasa yang ganjil dan sukar difahami menyebabkan interaksi kana-kanak autisme berbanding kanak-kanak normal adalah sukar. Tambahan lagi, kanak-kanak ini suka bersendirian dan tidak menunjukkan kebolehan berinteraksi secara spontan dengan orang lain. Namun demikian, bagi kanak-kanak yang boleh bertutur dan berbahasa, mereka banyak bergantung kepada ingatan secara hafalan daripada menggunakan peraturan asas bahasa secara kreatif. Berbanding pula perkembangan bahasa kanak-kanak yang boleh dikategorikan sebagai lewat bercakap. Dianggarkan lima hingga 10 peratus kanak-kanak mengalami gangguan perkembangan yang menyebabkan proses penguasaan bahasa dan percakapan menjadi lambat. Perkembangan bahasa kanak-kanak ini tidak hanya merujuk kepada percakapan tetapi juga bentuk komunikasi lain seperti bahasa isyarat, tulisan dan kemahiran visual. Kebanyakan kanak- kanak yang lewat bercakap juga mengalami gangguan perkembangan

Upload: awie-zat

Post on 04-Sep-2015

216 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

BM

TRANSCRIPT

MASALAH PERKEMBANGAN BAHASADalam memperoleh perkembangan bahasa yang baik, Halliday (1975) berpendapat bahawa kanakkanak memperolehi bahasa kerana mereka memperoleh keperluan untuk berinteraksi dengan masyarakat. Namun demikian, masih ada kanak-kanak yang belum mampu untuk menguasai bahasa disebabkan oleh kekangan yang dihadapi kanak-kanak tersebut. Antaranya adalah mungkin disebabkan kanak-kanak menghidap autismeataupervasive developmental disorders(PDD) iaitu kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri dan mengasingkan diri daripada dunia luar, (Leo Kanner). Dalam hal ini, kanak-kanak autisme mempunyai perkembangan bahasa yang lambat atau pun tidak mempunyai perkembangan bahasa langsung kerana kanak-kanak ini jarang berbahasa dan sukar untuk diajak berbual. Malah, kadang kala dapat menuturkan sesuatu namun hanya untuk seketika sahaja dan menggunakan bahasa yang ganjil dan sukar difahami menyebabkan interaksi kana-kanak autisme berbanding kanak-kanak normal adalah sukar. Tambahan lagi, kanak-kanak ini suka bersendirian dan tidak menunjukkan kebolehan berinteraksi secara spontan dengan orang lain.Namun demikian, bagi kanak-kanak yang boleh bertutur dan berbahasa, mereka banyak bergantung kepada ingatan secara hafalan daripada menggunakan peraturan asas bahasa secara kreatif.Berbanding pula perkembangan bahasa kanak-kanak yang boleh dikategorikan sebagai lewat bercakap. Dianggarkan lima hingga 10 peratus kanak-kanak mengalami gangguan perkembangan yang menyebabkan proses penguasaan bahasa dan percakapan menjadi lambat. Perkembangan bahasa kanak-kanak ini tidak hanya merujuk kepada percakapan tetapi juga bentuk komunikasi lain seperti bahasa isyarat, tulisan dan kemahiran visual. Kebanyakan kanak-kanak yang lewat bercakap juga mengalami gangguan perkembangan bahasa (DLD) dengan kelewatan ekspresif tetapi perkembangan kemahiran bahasa visual (mengenali ibu bapa dan objek, bertindak balas terhadap ekspresi muka, mematuhi arahan yang disertakan gerak badan atau tangan yang memberitahu anda mahukan sesuatu atau menuding jari ke arah objek diinginkan) yang normal seperti kanak-kanak lain.Kanak-kanak ini juga menunjukkan kefahaman normal terhadap percakapan orang lain, kemahiran mendengar (mengenal dan menoleh ke arah bunyi), mematuhi arahan mudah tanpa perlukan ditunjuk dengan perbuatan oleh orang yang memberi arahan, boleh tunjuk anggota badan atau objek yang disebut walaupun sesetengahnya turut mengalami sedikit kelewatan reseptif. Lantaran itu, jika diberikan rawatan awal (terapi pertuturan) kebanyakan kanak-kanak boleh bertutur dengan baik apabila masuk sekolah.Justeru, sebagai seorang guru kita seharusnya peka mengenai aspek perkembangan bahasa dan menggunakan pendekatan yang sesuai dengan peringkat kanak-kanak tersebut terutama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, mengajar kanak-kanak yang mengalami masalah di atas guru tersebut perlulah menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai seperti menunjukkan bahan bergambar dan berwarna untuk merangsang penumpuan dan ingatan murid, berinteraksi dengan murid melalui penceritaan dan perbualan dan sebagainya dengan menggunakan pendekatan dan kaedah yang berbeza.