masalah penguasaan pembelajaran dan cara mengesan kesukaran pembelajaran

6
BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH MASALAH PENGUASAAN PEMBELAJARAN DAN CARA MENGESAN KESUKARAN PEMBELAJARAN Oleh: Lalitha Hasokar Masalah pembelajaran bahasa boleh dikesan dalam semua bidang kemahiran bahasa , iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Selain bidang kemahiran bahasa, masalah pembelajaran boleh juga dilihat dalam pelbagai aspek bahasa seperi aspek fonologi, ejaan, tatabahasa, perbendaharaan kata, dan sematik. Sehubungan iu, sebahagian besar daripada masalah pembelajaran ini adalah dihasilkan oleh pengaruh latar belakang murid. Justeru keanekaan latar belakang dari pelbagai bangsa, bahasa, agama dan kebudayaan itu juga merupakan masalah dan cabaran bagi guru yang mengajar bahasa khasnya Bahasa Melayu . Pelajar-pelajar yang mempunyai masalah penguasaan pembelajaran boleh dikenalpasti melalui ciri-cirinya yang berbeza dengan rakan sebaya mereka. Robial Kulop (1992) telah menyatakan bahawa kanak-kanak lambat sebagai kanak-kanak yang lemah dan kurang berkemampuan jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang lain. Terdapat tiga kategori kanak-kanak pemulihan yang dinyatakannya iaitu, kanak- kanak lemah perkembangan mental serta mengalami kecacatan- kecacatan yang lain. Antaranya gangguan kesihatan, kemahiran berbahasa yang terhad dan mengalami gangguan emosi. Seterusnya kanak-kanak yang kerap ponteng sekolah dan berlatar belakangkan keluarga susah. Kategori kanak-kanak pemulihan yang terakhir ialah kanak-kanak yang mengalami kesukaran khusus dari segi bacaan dan penulisan serta menjadi punca pencapaian rendah dalam hampir kesemua mata pelajaran. Manakala Jamilah Ahmad (1999) turut menyenaraikan beberapa ciri-ciri murid yang lemah dalam pembelajaran. Antaranya ialah tahap penguasaan murid 1

Upload: lalitha-hasokar

Post on 25-Dec-2015

23 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

masalah penguasaan pembelajaran

TRANSCRIPT

Page 1: Masalah Penguasaan Pembelajaran Dan Cara Mengesan Kesukaran Pembelajaran

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

MASALAH PENGUASAAN PEMBELAJARAN DAN CARA MENGESAN KESUKARAN PEMBELAJARAN

Oleh: Lalitha Hasokar

Masalah pembelajaran bahasa boleh dikesan dalam semua bidang kemahiran bahasa ,

iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Selain bidang kemahiran

bahasa, masalah pembelajaran boleh juga dilihat dalam pelbagai aspek bahasa seperi aspek

fonologi, ejaan, tatabahasa, perbendaharaan kata, dan sematik. Sehubungan iu, sebahagian

besar daripada masalah pembelajaran ini adalah dihasilkan oleh pengaruh latar belakang

murid. Justeru keanekaan latar belakang dari pelbagai bangsa, bahasa, agama dan

kebudayaan itu juga merupakan masalah dan cabaran bagi guru yang mengajar bahasa

khasnya Bahasa Melayu . 

Pelajar-pelajar yang mempunyai masalah penguasaan pembelajaran boleh dikenalpasti

melalui ciri-cirinya yang berbeza dengan rakan sebaya mereka. Robial Kulop (1992) telah

menyatakan bahawa kanak-kanak lambat sebagai kanak-kanak yang lemah dan kurang

berkemampuan jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang lain. Terdapat tiga kategori kanak-

kanak pemulihan yang dinyatakannya iaitu, kanak-kanak lemah perkembangan mental serta

mengalami kecacatan- kecacatan yang lain. Antaranya gangguan kesihatan, kemahiran

berbahasa yang terhad dan mengalami gangguan emosi. Seterusnya kanak-kanak yang kerap

ponteng sekolah dan berlatar belakangkan keluarga susah. Kategori kanak-kanak pemulihan

yang terakhir ialah kanak-kanak yang mengalami kesukaran khusus dari segi bacaan dan

penulisan serta menjadi punca pencapaian rendah dalam hampir kesemua mata pelajaran.

Manakala Jamilah Ahmad (1999) turut menyenaraikan beberapa ciri-ciri murid yang

lemah dalam pembelajaran. Antaranya ialah tahap penguasaan murid dalam sesuatu

kemahiran seperti kemahiran lisan, bacaan ataupun penulisan adalah lambat. Murid-murid ini

juga tidak boleh atau lemah dari segi mengubah ilmu pengetahuan kepada situasi pembelajaran

yang lain serta lambat untuk mengenal pasti sesuatu perkataan dari segi sebutan dan makna.

Murid-murid lemah menurut Jamilah Ahmad juga sering lupa mengenai apa yang telah diajar

oleh guru dan tidak berminat untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-

murid ini juga lemah dari segi pengamatan, pendengaran dan penglihatan. Selain daripada itu

murid-murid ini juga sentiasa bersendirian dan bersikap negatif seperti rendah diri dan mudah

putus asa.

1

Page 2: Masalah Penguasaan Pembelajaran Dan Cara Mengesan Kesukaran Pembelajaran

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Setiap pelajar mempunyai tahap kecerdasan, kebolehan serta minat yang berbeza. Ini

menyebabkan seseorang pelajar itu boleh memahami sesuatu konsep itu dengan cepat dan

ada juga yang disebaliknya. Secara keseluruhannya pelajar yang menghadapi masalah

pembelajaran adalah terdiri daripada pelajar-pelajar yang mempunyai tahap I.Q yang rendah.

Syed Abu Bakar (1994) menyatakan kebolehan membaca seseorang adalah bergantung

kepada keadaan normal ketajaman deria pendengaran dan penglihatan. Ini bermakna

sekiranya berlaku sebarang kerosakan atau kecacatan pada bahagian deria ini, maka

ketepatan pendengaran dan penglihatan akan terjejas. Secara tidak langsung ini akan

menyulitkan proses pembelajaran kemahiran membaca.

Mok Soon menyatakan terdapat beberapa fakrtor yang menyebabkan masalah ini

berlaku. Faktor pertama ialah disebabkan pembelajaran. Iaitu kurikulum yang kurang sesuai

dengan tahap perkembangan kognitif seseorang, strategi serta kaedah mengajar yang tidak

sesuai dan secara tidak langsung tidak menarik minat pelajar. Sekiranya masalah – masalah ini

tidak diatasi maka seseorang pelajar itu akan hilang minat untuk belajar dan akhirnya akan

mengundang gejala-gejala negatif termasuk ponteng sekolah.

Faktor kedua yang dinyatakan ialah faktor peribadi yang berkait rapat dengan masalah

kemiskinaan. Contohnya pelajar yang terpaksa bekerja secara sambilan bagi menambahkan

pendapatan keluarga dan akhirnya menyebabkan mereka tiada masa untuk belajar dirumah.

Kurang kecerdasan juga menjadi salah satu faktor berlakunya masalah pembelajaran. Ianya

berkaitan dengan masalah mental. Mereka yang mengalami masalah ini lambat untuk berfikir,

cepat lupa, lemah pemahaman dan pengamatan dan sebaginya.

            Eee Ah Meng (1998) turut menyatakan faktor pengajaran dan pembelajaran, fizikal dan

deria, masalah pertuturan, masalah kesihatan, masalah mental dan masalah emosi

turut  menyumbang kepada masalah pembelajaran seseorang. Kesihatan memainkan peranan

penting bagi mencergaskan otak. Dengan itu, pelbagai masalah wujud  dalam pembelajaran

seseorang akibat daripada kesihatan yang kurang sihat. Mok Soon Sang (1994) juga

menyatakan faktor psikologi turut menyumbang kepada masalah pemulihan. Iaitu pelajar-

pelajar yang bermasalah ini mempunyai perasaan seperti takut, benci, diam kurang

berkeyakinan serta rendah diri.

2

Page 3: Masalah Penguasaan Pembelajaran Dan Cara Mengesan Kesukaran Pembelajaran

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Terdapat beberapa cara dalam mengesan kesukaran pembelajaran dalam kemahiran

berbahasa khususnya kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Untuk

mengelakkan berlakunya timbunan masalah yang boleh menambahkan lagi kesulitan, guru

perlulah mengambil inisiatif segara untuk mengatasinya pada peringkat awal pembelajaran.

Kamaruddin Husin (1990) menyeneraikan lima cara untuk mengesan kesukaran pemelajaran

murid iaitu pemerhatian,

Guru boleh membuat pemerhatian secara tidak langsung dalam bilik darjah masing-

masing. Guru boleh memerhatikan wajah murid-muridnya sama ada berwajah ceria, takut,

sedih, takut, bingung dan sebagainya. Sekiranya wujud murid yang menunjukkan wajah yang

bermasalah, guru perlu mengenal pasti masalah mereka lebih teliti dengan membuat

pemerhatian secara berterusan dan berulang kali serta memerhatikan setiap perubahan yang

berlaku.

Seterusnya ialah pentaksiran rekod prestasi yang menyimpan maklumat tentang

pencapaian akademik murid, khususnya dari segi kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai

pada sesuatu peringkat pembelajaran secara berterusan. Tujuan utama penyimpanan rekod-

rekod ini adalah untuk membekalkan maklumat dan keterangan yang tepat dan lengkap tentang

pencapaian murid-murid dalam kelas. Selain berfungsi sebagai menilai murid, rekod juga

penting untuk disampaikan kepada ibu bapa di samping membantu guru menilai diri sendiri.

Cara yang ketiga adalah ujian kertas dan pensel. Ujian bentuk ini melibatkan

penggunaan perkataan secara tidak langsung menguji penguasaan bahasa murid. Ujian kertas

dan pensel terdiri daripada ujian objektif dan ujian subjektif. Ini bermakna dalam sesuatu ujian,

soalan-soalan itu memerlukan murid membaca, meneliti, mengkaji dan menulis jawapan.

Cara yang keempat adalah rekod profil ialah rekod yang memberi maklumat tentang

pencapaian murid-murid dalam semua mata pelajaran yang diikuti di sekolah. Pencapaian ini

ditunjukkan dengan menggunakan markah dan gred. Rekod ini mencatatkan prestasi murid-

murid setiap penghujung semester. Biasanya catatan dibuat pada awal tahun, pertengahan

tahun dan akhir tahun atau mengikut semester. Pencapaian dalam rekod ini berdasarkan satu

ujian sumatif pada akhir setiap semester. Rekod profil yang disarankan dalam KBSR dan KBSM

adalah bentuk senarai kemahiran, minat, bakat dan lain-lain yang tidak begitu formal bentuknya.

Segala maklumat tentang murid-murid haruslah didasarkan kepada penilaian yang dibuat dalam

bentuk pemerhatian yang dilakukan secara tidak formal. Walau bagaimanapun, ujian kertas dan

3

Page 4: Masalah Penguasaan Pembelajaran Dan Cara Mengesan Kesukaran Pembelajaran

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

pensel yang biasanya dibuat secara formal juga dilaksanakan. Cara yang kelima menurut

Kamarudin Husin ialah latihan harian. Cara ini tidak terhad kepada apa yang berlaku di dalam

bilik darjah sahaja, tetapi turut melibatkan segala bentuk aktiviti dan kerja rumah yang diberi

Bagi mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran lisan guru sendiri harus

menjadi model sebagai penutur yang baik untuk ditiru oleh murid-muridnya. Guru juga boleh

memperbanyakkan latih tubi sebutan dan intonasi terutama kelemahan khusus murid-murid.

Guru juga perlu mewujudkan beberapa situasi yang boleh menggalakkan murid-murid untuk

berinteraksi melalui susun atur tempat duduk, pertandingan dan sebagainya. Guru juga harus

menggabungjalinkan kemahiran lisan dengan kemahiran bacaan dan tulisan dalam pengajaran

dan penbelajaran dalam kelas.

Masalah dalam penguasaan tulisan bukanlah satu masalah yang kekal. Bagi

mengatasi masalah tulisan, guru bolehlah melakukan aktiviti seperti memberi latihan dan

pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat permulaan dan mendirikan asas.

Guru juga perlu memberikan penerengan, tunjuk ajar serta contoh-contoh yang jelas dan betul,

sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah.

Guru juga perlu bertindak sebagai model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan

dan cara-cara guru menulis ontoh yang ynag akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat

dengan teliti dan betul. Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah

disediakan dengan sempurna.

Secara kesimpulannya masalah pembelajaran bahasa boleh dikesan dalam semua

bidang kemahiran bahasa, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Selain

bidang kemahiran bahasa, masalah pembelajaran boleh juga dilihat dalam pelbagai aspek

bahasa seperti aspek fonologi, ejaan, tatabahasa, perbendaharaan kata, dan semantik.

Sebahagian besar daripada masalah pembelajaran ini wujud akibat pengaruh latar belakang

murid. Guru harus peka kepada pemasalah yang rencam agar mampu merancang aktiviti dan

strategi pengajaran yang lebih sesuai terutamanya kepada murid-murid pemulihan.

4