rekod berterusan untuk mengesan perkembangan kanak-kanak

44
REKOD BERTERUSAN UNTUK MENGESAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Abstrak Dalam pendidikan prasekolah, penilaian dan merekod perkembangan kanak-kanak amat ditekankan bagi mengesan dan mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam perkembangan mereka. Oleh itu, merekod perkembangan murid dalam kelas amatlah penting. Merekod ialah aktiviti mencatat maklumat secara bersistem berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid.Maklumat dalam rekod perlu dikemaskini untuk memudahkan guru membuat rujukan tentang pembelajaran murid. Terdapat pelbagai kaedah merekod perkembangan murid salah satunya adalah menggunakan rekod berterusan. Namun apa yang penting adalah menyimpan rekod tersebut sebagai maklumat untuk sesi konferen antara guru dan ibu bapa untuk melihat kemajuan yang dicapai oleh murid. 1

Upload: nor-haiza

Post on 23-Jun-2015

17.735 views

Category:

Documents


27 download

DESCRIPTION

rekod perkembangan untuk mengesan perkembangan kanak-kanak.

TRANSCRIPT

Page 1: rekod berterusan untuk mengesan perkembangan kanak-kanak

REKOD BERTERUSAN

UNTUK MENGESAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Abstrak

Dalam pendidikan prasekolah, penilaian dan merekod perkembangan kanak-

kanak amat ditekankan bagi mengesan dan mengenal pasti kanak-kanak yang

mempunyai masalah dalam perkembangan mereka. Oleh itu, merekod

perkembangan murid dalam kelas amatlah penting. Merekod ialah aktiviti

mencatat maklumat secara bersistem berkaitan perkembangan, kebolehan,

kemajuan dan pencapaian murid.Maklumat dalam rekod perlu dikemaskini

untuk memudahkan guru membuat rujukan tentang pembelajaran murid.

Terdapat pelbagai kaedah merekod perkembangan murid salah satunya adalah

menggunakan rekod berterusan. Namun apa yang penting adalah menyimpan

rekod tersebut sebagai maklumat untuk sesi konferen antara guru dan ibu bapa

untuk melihat kemajuan yang dicapai oleh murid.

1

Page 2: rekod berterusan untuk mengesan perkembangan kanak-kanak

1.0 Pengenalan

Rekod berterusan menggunakan teknik atau kaedah yang sama dengan rekod

anekdot. Ia adalah fakta yang tepat dan ditulis berdasarkan tingkah laku kanak-kanak

dalam jangka masa yang ditetapkan. Rekod berterusan ditulis semasa peristiwa itu

berlaku. Apa sahaja tingkah laku yang berlaku dalam jangka masa itu direkodkan.

Berbeza dengan rekod anekdot yang hanya dicatat apabila tingkah laku yang signifikan

dapat dilihat pada kanak-kanak. Penggunaan rekod berterusan memperlihatkan suasana

sebenar perlakuan kanak-kanak dalam jangka masa yang ditetapkan.

Rekod berterusan ialah catatan yang dibuat ke atas individu ataupun kumpulan

kanak-kanak semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang

diperkatakan oleh murid akan dicatatkan sepanjang tempoh pemerhatian. Pemerhatian

yang terperinci biasanya dijalankan dalam tempoh lima hingga 10 minit. Rekod

berterusan membantu merekodkan berkenaan kemahiran, penggunaan bahan khasnya

bahan pembelajaran serta interaksi kanak-kanak sama ada dengan rakan, bahan ataupun

persekitaran. Ia adalah alat penaksiran yang tepat dan jelas.

2.0 Pentaksiran Dan Rekod Penilaian

Pentaksiran merupakan satu proses pengumpulan maklumat tentang

perkembangan dan kemajuan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara

berterusan. Pentaksiran perlulah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan

Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Secara keseluruhannya, pentaksiran

bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan

mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil pentaksiran membolehkan guru

mengambil tindakan tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru

mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan

psikomotor.

Pentaksiran bertujuan untuk membantu guru seperti berikut :

i. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.

2

Page 3: rekod berterusan untuk mengesan perkembangan kanak-kanak

ii. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.

iii. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran

dari masa ke semasa.

iv. Merancang aktiviti mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan

murid.

v. Mengesan keberkesanan pengajaran, mengesan pertumbuhan murid

bersesuaian dengan peringkat umur.

vi. Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.

2.1 Proses Pelaksanaan Pentaksiran

2.1.1 Merancang sebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru

hendaklah merancang perkara-perkara berikut :

i. Mengenal pasti murid yang hendak dinilai.

ii. Menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai.

iii. Menentukan instrumen yang hendak digunakan.

iv. Menentukan aspek yang hendak diperhatikan.

v. Menentukan tempoh masa pemerhatian.

vi. Menentukan bila hendak menjalankan penilaian dan

pentaksiran.

2.1.2 Membina instrumen yang mana instrumen yang dibina perlu

mempunyai ciri-ciri berikut:

i. Tujuan yang jelas.

ii. Menepati apa yang hendak dinilai.

iii. Item boleh diukur.

iv. Setiap item hanya mengukur satu kemahiran sahaja.

3

Page 4: rekod berterusan untuk mengesan perkembangan kanak-kanak

2.2 Melaksanakan Pentaksiran

Dalam pendidikan prasekolah pentaksiran dan penilaian dilakukan

melalui pemerhatian. Pemerhatian ialah pengamatan kepada pelakuan murid

yang bersesuaian dengan perkembangan mereka. Dalam konteks pentaksiran,

pemerhatian adalah satu kaedah yang sistematik untuk mengumpul data atau

maklumat dan merekodnya dengan tepat. Dalam konteks penilaian, pemerhatian

adalah satu kaedah yang sistematik yang dilakukan oleh guru untuk mengumpul

data atau maklumat atau merekodnya dengan tepat. Guru perlu ada kemahiran

memerhati secara prihatin pada apa yang berlaku pada setiap kanak-kanak

melalui pemerhatian yang dibuat terhadap tingkah laku, perbualan dan hasil

kerja kanak-kanak.

Melalui pemerhatian terhadap tingkah laku kanak-kanak, guru boleh

memerhatikan dan menilai murid semasa aktiviti bermain pondok-pondok,

menyusun blok bersama rakan-rakan, semasa mereka bermain bersama rakan-

rakan atau bersendirian, semasa aktiviti pembelajaran seperti membuat kolaj

dalam kumpulan, aktiviti mengikat tali kasut, menyelesaikan masalah bersama

rakan dan sebagainya.

Manakala pemerhatian terhadap perbualan atau interaksi yang boleh

diperhatikan ialah semasa perbualan atau interaksi antara murid dengan guru,

perbualan atau interaksi antara murid dengan murid, interaksi murid dengan

bahan, main peranan, bercerita dan bersoal-jawab, semasa aktiviti nyanyian,

hafazan, bacaan dan lain-lain. Pemerhatian ke atas kanak-kanak hendaklah

dilakukan dalam semua domain iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Pemerhatian dibuat terhadap tingkah laku, perbualan dan hasil kerja

seperti berikut:

i. Bermain pondok-pondok bersama rakan-rakan.

ii. Menyusun blok bersama rakan atau bersendirian.

iii. Mengikat tali kasut.

iv. Belari sambil melompat.

v. Menyelesaikan masalah bersama rakan.

4

Page 5: rekod berterusan untuk mengesan perkembangan kanak-kanak

vi. Membuat kolaj dalam kumpulan.

Perbualan atau interaksi atau lisan murid yang boleh diperhatikan dan

dinilai. Perbualan atau interaksi antara murid dengan guru atau murid dengan

murid. Contohnya interaksi murid dengan bahan.

i. Main peranan.

ii. Bersoal jawab.

iii. Bacaan.

iv. Nyanyian.

v. Hasil kerja murid.

Contoh hasil kerja murid yang boleh diperhati dan dinilai adalah:

i. Lukisan

ii. Buku skrap

iii. Kraftangan

iv. Buku kecil

v. Model

2.3 Waktu Penilaian

Dalam konteks pendidikan prasekolah, setiap pengajaran yang

disampaikan oleh guru kepada kanak-kanak hendaklah dinilai. Penilaian ke atas

kanak-kanak hendaklah dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran

berlangsung sama ada secara berkala masa atau mengikut kekerapan yang perlu.

Penilaian ke atas sesuatu pengajaran dan pembelajaran mesti bermula

daripada awal, semasa dan di akhir pembelajaran. Segala maklumat yang

dikumpulkan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran memberi suatu

gambaran berkenaan penguasaan kanak-kanak. Melalui proses penilaian yang

dijalankan, guru dapat mengikuti perubahan yang berlaku daripada semasa.

Justeru itu, waktu penilaian ke atas kanak-kanak adalah secara berterusan dan

tiada had masa tertentu.

5

Page 6: rekod berterusan untuk mengesan perkembangan kanak-kanak

2.4 Tindakan Susulan

Sebagaimana yang terkandung dalam Huraian Kurikulum Prasekolah

Kebangsaan (2003), Tindakan susulan adalah aktiviti bimbingan, pengukuhan

dan pengayaan, setelah dikenal pasti kelebihan atau kekurangan perkembangan

murid. Aktiviti bimbingan dirancang bagi membantu murid mengatasi masalah

pembelajaran agar kelemahan murid tidak terhimpun. Proses penilaian

hendaklah dilaksanakan semula. Aktiviti pengukuhan merupakan pengukuhan

kepada pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai. Aktiviti pengayaan

hendaklah dirancang untuk memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti

yang lebih mencabar setelah aktiviti, kemahiran, atau aspek yang sepatutnya

dipelajari telah dikuasai atau disiapkan.

Semasa menjalankan tindakan susulan guru boleh menyediakan aktiviti

bagi membantu murid yang memerlukan lebih perhatian atau pun aktiviti yang

lebih mencabar. Kepekaan guru dalam penilaian berterusan ini dapat

meningkatkan pencapaian setiap murid ke tahap yang optimum. Antara kebaikan

menjalankan tindakan susulan di prasekolah ialah:

i. Kelebihan murid dalam pencapaian boleh diperkukuh dan

dipertingkatkan melalui aktiviti yang mencabar. Kekurangan tahap

pencapaian murid boleh dibantu melalui bimbingan yang sewajarnya.

ii. Perkembangan dan kemajuan murid dapat dipantau dengan seadilnya

secara individu, kumpulan, dan kelas melalui proses pembelajaran.

iii. Murid yang telah menguasai tahap pencapaian yang sepatutnya perlu

disokong dan diberi dan diberi lebih banyak aktiviti pengukuhan bagi

meningkatkan pencapaian.

iv. Murid yang belum menguasai tahap pencapaian yang sepatutnya perlu

diberi aktiviti bimbingan dan sokongan yang bersesuaian dengan aras

penguasaan murid tersebut.

v. Guru juga perlu memaklumkan kepada ibu bapa tahap penguasaan anak

mereka untuk memperoleh sokongan tambahan di rumah.

6

Page 7: rekod berterusan untuk mengesan perkembangan kanak-kanak

3.0 Merekod Maklumat

Merekod didefinisikan sebagai satu aktiviti mencatat maklumat secara bersistem

berkaitan perkembangan kebolehan, kemajuan dan pencapaian seseorang. Contoh rekod

yang digunakan untuk menilai kanak-kanak adalah seperti berikut :

i. Senarai Semak.

ii. Skala Kadar.

iii. Rekod Anekdot.

iv. Rekod Berterusan.

Merekod melibatkan tiga asas teknik merekod iaitu :

i. Yang menghuraikan iaitu running rekod dan rekod anekdot.

ii. Yang mengira masa dan menghitung jumlah iaitu event sampling dan

senarai semak.

iii. Kesimpulan dan pertimbangan untuk menggambarkan sesuatu iaitu skala

kadar.

Memilih rekod yang sesuai adalah perlu supaya rekod yang disimpan

mempunyai ciri-ciri yang menepati kriteria penilaian yang akan dibuat ke atas rekod.

Sesuatu rekod perlu mempertimbangkan perkara berikut sebelum melakukan ke atas

tingkah laku murid iaitu tujuan, aspek, perincian dan pertimbangan yang praktikal.

Merekod pemerhatian ini adalah penting bagi proses melaksanakan penilaian terhadap

kanak-kanak. Maka dengan rekod berterusan ia merupakan satu cara bagi mengumpul

dan merekodkan maklumat daripada murid yang ingin dinilai.

4.0 Perbandingan Antara Intrumen Pentaksiran

Setiap tingkah laku dan perkembangan kanak-kanak direkodkan secara

sistematik dan berturutan. Pelbagai reaksi kanak-kanak semasa menjalankan aktiviti

individu atau secara berkumpulan didokumentasikan melalui pelbagai jenis alat taksiran

atau rekod penilaian. Maklumat daripada rekod-rekod ini penting supaya tindakan

7

Page 8: rekod berterusan untuk mengesan perkembangan kanak-kanak

seterusnya dapat dilakukan bagi menjamin kebajikan dan pencapaian positif kanak-

kanak. Terdapat perbezaan antara alat-alat yang digunakan untuk melakukan

pemerhatian walaupun fungsinya hampir sama.

4.1 Rekod Senarai Semak

Senarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti

perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan

kebolehan. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama

ada:

Sesuatu tingkah laku atau ciri ada atau dapat diperhatikan.

Sesuatu perlakuan telah dilakukan.

Kekerapan sesuatu tingkah laku.

Dengan menandakan (/) atau cara lain mengikut arahan dalam senarai

semak, prosedur seperti berikut perlu diberi perhatian dalam penyediaan

dan penggunaan senarai semak:

i. Disediakan lebih awal sebelum permerhatian dibuat.

ii. Tingkah laku yang diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan

jelas.

iii. Digunakan menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula

jadi.

iv. Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak.

v. Item disusun mengikut peningkatan supaya dapat memperlihatkan

perkembangan tingkah laku yang akan diperlihatkan.

vi. Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk

mendapatkan maklumat atau amalan yang lebih tepat atau kekal.

vii. Tidak menunjukkan darjah kemajuan hasil pembelajaran atau

hasil pembelajaran atau tingkah laku murid.

Contoh Senarai Semak seperti halaman di sebelah :

8

Page 9: rekod berterusan untuk mengesan perkembangan kanak-kanak

Komponen: Bahasa dan KomunikasiNama murid: ……………………………………….. Kelas:………………Arahan: Sila tandakan ( / ) dalam petak dan ulasan pada ruang yang disediakan apabila murid sudah menunjukkan kebolehannya. Sila tinggalkan kosong sekiranya murid belum menguasai kemahiran itu.

4.2 Rekod Skala Kadar

Skala kadar boleh digunakan untuk menunjukkan darjah kemajuan dan

pencapaian sesuatu tingkah laku murid.Guru menilai kemahiran atau

amalan murid berdasarkan skala. Skala yang gunakan boleh dinyatakan

secara angka atau gred.

Rekod skala kadar secara umumnya digunakan untuk

merekod tingkahlaku murid-murid yang diperhatikan serta

tahap pencapaian mereka. Penilaian terhadap kemahiran

atau amalan dibuat berdasarkan skala tertentu. Skala

9

Page 10: rekod berterusan untuk mengesan perkembangan kanak-kanak

yang digunakan boleh dinyatakan secara angka atau

gred. Contohnya:

A – Cemerlang

B – Baik

C – Sederhana

D – Perlu bimbingan

Guru perlu menentukan perkara-perkara berikut dalam

merancang skala kadar iaitu tajuk, kemahiran yang

hendak dinilai atau petunjuk tingkah laku dan aktiviti yang

dinyatakan dengan jelas. Borang skala kadar ini boleh

digunakan bagi menilai murid secara individu, kumpulan

atau kelas. Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa

kali untuk mendapat maklumat yang tepat.

4.3 Rekod Anekdot

Satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid

yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkod. Anekdot

ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila dan di

mana berlaku. Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk

membuat rekod anekdot ialah:

i. Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku.

ii. Mengenal pasti peristiwa itu penting clan signifikan kepada aspek

perkembangan murid, merangkumi kelebihan dan kekurangan.

iii. Menulis maklumat selepas peristiwa berlaku.

iv. Menulis apa yang dilihat secara objektif.

v. Maklumat yang biasa direkod adalah berpandukan peristiwa yang

menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola

interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah murid.

4.3.1 Perbezaan Antara Rekod Anekdot dan Rekod Berterusan

10

Page 11: rekod berterusan untuk mengesan perkembangan kanak-kanak

Rekod anekdot dan rekod berterusan memainkan fungsi yang

sama bagi merekodkan apa yang diperhatikan samaada tingkah laku

mahupun perbualan seseorang kanak-kanak itu. Namun, terdapat

beberapa perbezaan antara rekod anekdot dan rekod berterusan iaitu :

i. Rekod anekdot perlu dirancang atau tidak dirancang manakala

rekod berterusan hanya perlu dirancang.

ii. Rekod anekdot perlu dicerita semula manakala dalam rekod

berterusan hanya setiap perlakuan ataupun pertuturan yang

diperhatikan dicatat.

iii. Rekod anekdot hanya direkod apabila berlaku peristiwa yang

signifikan manakala rekod berterusan lebih mudah dengan

rakaman.

4.3.2 Contoh Rekod Anekdot :

Nama Murid : Sudin bin AbuUmur : 5 TahunTarikh : 20 Februari 2001Masa : 10.00 pagiNama Guru : Puan Rusnani Abidin

Catatan Ulasan

Selepas mengikuti sesi bacaan bersama guru kelas, Sudin menarik tangan Zaki, Rosli dan Zahar ke pusat bahasa untuk mencari buku. Sudin memilih buku bergambar sama dengan buku yang dibaca oleh gurunya tadi. “Dengar saya nak baca buku ini”. Sudin pun membuka buku lalumembaca dengan gaya seperti Rusnani. Zaki, Rosli dan Zahar mendengar dengan penuh minat. “ Sedap tak ceritanya?” Tanya Sudin kepada mereka. “Hei, Sudin kau dah boleh baca?” Tanya Zahar kepada Sudin. Sudin tunduk dan terus diam. “Bagus, Sudin,” Cikgu Rusnani memuji sambil bertepuk tangan. Sudin tersenyum dan kelihatan riang.

Sudin anak sulung dalam keluarga sangat rapat dengan Zaki, Rosli dan Zahar. Mereka ini sentiasa patuh dan hormat pada Sudin. Sudin sudah mulaberminat pada buku, cuba membaca walau pun masih belum mengenal semua huruf.

11

Page 12: rekod berterusan untuk mengesan perkembangan kanak-kanak

5.0 Rekod Berterusan

Rekod berterusan adalah satu catatan terperinci tentang kejadian mengikut

urutan masa. Mengikut Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, rekod berterusan

merupakan catatan dalam bentuk cerita naratif yang dibuat ke atas individu atau

kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang

ditutur oleh murid akan dicatat sepanjang pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini

biasanya dijalankan dalam tempoh lima hingga sepuluh minit.

Catatan rekod jenis ini diulang beberapa kali sehari dan dicatat secara

berterusan. Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikut jangka

waktu yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Aspek diperhatikan menyeluruh, meliputi

aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan

persekitaran.

6.0 Tujuan Menggunakan Rekod Berterusan

Guru boleh menggunakan rekod berterusan sebagai salah satu penilaian

diagnostik untuk menilai keberkesanan penggunaan ataupun bacaan teks misalnya

penguasaan suku kata, perbendaharaan kata dan kosa kata. Hasil merekod ini juga dapat

mengklasifikasikan atau mengkategorikan murid dalam kumpulan. Malahan, ia dapat

mengesan pelbagai aspek perkembangan pencapaian kanak-kanak dan mengesan

permasalahan yang dihadapi yang dihadapi setiap kanak-kanak.

12

Page 13: rekod berterusan untuk mengesan perkembangan kanak-kanak

7.0 Panduan Menyediakan Rekod Berterusan

Bagi menyediakan rekod berterusan, beberapa panduan perlu dititikberatkan

bagi semua guru bagi memperoleh rekod berterusan yang tepat dan padat. Antaranya

ialah :

i. Pastikan item yang akan difokuskan semasa pemerhatian. Adakah

tingkah laku kanak-kanak, ruang atau sudut pembelajaran yang akan

diperhatikan sesuai?

ii. Rekodkan apa yang dilakukan oleh murid satu per satu. Rekodkan apa

yang dilakukan oleh murid secara terperinci.

iii. Rekod dengan tepat dan padat. Jelaskan bagaimana setiap aksi itu

berlaku.

iv. Rekod hanya perkara sebenar yang berlaku dan gunakan satu ayat bagi

menerangkan setiap aksi.

v. Guna bahasa yang mudah difahami.

vi. Pastikan rekod dicatat mengikut urutan peristiwa.

vii. Tentukan masa.

viii. Perlu tulus dan ikhlas.

ix. Guna singkatan semasa merekodkan.

8.0 Panduan Menulis Rekod Berterusan

Sebelum menulis rekod berterusan, beberapa panduan perlu diambil kira oleh

para guru antaranya ialah :

i. Buat pemerhatian selama 10 minit ataupun kurang.

ii. Tulis secara terperinci berkenaan tingkah laku yang diperhatikan.

iii. Tulis secara objektif, tidak terlalu deskriptif dan ‘judgemental’. Hanya

merekodkan data.

iv. Memerhati dan tidak membuat interpretasi.

13

Page 14: rekod berterusan untuk mengesan perkembangan kanak-kanak

v. Merekodkan hanya apa yang dilihat dan didengar.

vi. Fokus terhad pada murid yang ingin diperhatikan.

vii. Tulis atau rekod dengan terperinci mengikut urutan peristiwa yang

berlaku.

viii. Pastikan buku nota, kertas catatan ataupun pensel diletak di tempat yang

strategik dan sulit.

9.0 Kebaikan Menggunakan Rekod Berterusan

Penggunaan rekod berterusan memberi gambaran sebenar dan terperinci

berkenaan situasi sebenar dalam tempoh yang ditetapkan. Apa yang dimaksudkan disini

adalah penggunaan rekod berterusan merupakan satu pendekatan yang baik untuk guru

menjalankan proses pemerhatian secara realiti dan tepat. Dengan pemerhatian secara

terbuka, guru dapat memperlihatkan keadaan yang sebenar dan bukannya dibuat-buat

oleh kanak-kanak tersebut. Hasil pemerhatian yang dilakukan oleh guru untuk

merekodkan tingkah laku terhadap kanak-kanak yang ingin diperhatikan dapat

mengesan sebarang sikap dan sifat yang positif mahupun negatif yang lahir dari kanak-

kanak itu.

Selain itu, ianya memperlihatkan pelbagai aspek perkembangan dalam satu

rekod. Dengan hanya satu rekod, guru dapat mengesan pelbagai aspek perkembangan

iaitu perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Perkembangan kanak-

kanak perlu diukur dan diambil kira untuk mengetahui sejauh mana perkembangan

kanak-kanak tersebut tercapai. Sesuai dengan falsafah pendidikan kebangsaan untuk

membentuk perkembangan potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya dapat

menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani. Maka kanak-kanak merupakan pemangkin ke arah mencapai matlamat

tersebut.

Di samping itu, rekod berterusan dapat menilai keberkesanan sesuatu tempat,

sudut ataupun stesen pembelajaran. Keadaan sesuatu tempat pembelajaran sangat

penting untuk perkembangan kanak-kanak maka guru harus mengetahui kesesuaian

tempat pembelajaran dengan mengambil pelbagai faktor seperti persekitaran, gangguan,

kemudahan, keceriaan, keselesaan dan sebagainya. Jika guru mendapati ada kekurangan

14

Page 15: rekod berterusan untuk mengesan perkembangan kanak-kanak

dan memberi kesan yang negatif terhadap muridnya misalnya seorang murid tidak

bersemangat dengan keadaan pembelajaran, guru boleh mengambil langkah-langkah

untuk mengatasi masalah tersebut seterusnya dapat meningkatkan lagi keberkesanan

pembelajaran.

Tambahan pula, rekod berterusan tidak memerlukan seseorang guru itu mahir

dalam kemahiran pemerhatian yang khusus. Cara ini memudahkan guru merekodkan

dengan hanya menggunakan pensel dan kertas. Dari segi kewangan, kaedah ini memang

menjimatkan dan memudahkan. Guru tidak perlu bersusah payah untuk menggunakan

peralatan yang menggunakan komputer semasa merekod. Oleh kerana guru merekod

peristiwa yang mana keadaan mungkin tidak menentu cepat atau lambatnya maka

dengan penggunaan pensel dan kertas dapat diguna oleh guru pada bila-bila masa

diperlukan.

Rekod berterusan juga dapat digunakan dalam apa juga situasi dan tujuan.

Rekod ini merupakan satu rekod yang lengkap dan tidak terhad kepada suatu aspek atau

kejadian sahaja. Ianya terbuka dan guru boleh mencatat apa sahaja yang dilihat. Rekod

ini diambil tidak formal dan boleh direkodkan pada keadaan-keadaan yang sesuai

seperti semasa aktiviti pembelajaran sambil bermain, melukis, mewarna, menyanyi,

menyusun blok-blok huruf, dan sebagainya asalkan ada tujuan dan melibatkan aktiviti

yang berkaitan dengan perkembangan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan

sosial.

Seterusnya, penggunaan rekod berterusan dapat mengumpul data secara objektif

dan tepat. Data dan maklumat perlu mencapai objektif yang dikehendaki dan bukannya

guru mengambil sambil lewa untuk mempercepatkan proses kerja. Secara langsung,

segala maklumat yang diperoleh oleh guru adalah benar kerana direkodkan semasa

pemerhatian dilakukan. Guru tidak boleh menokok tambah atau mengurangkan segala

pandangan kanak-kanak kerana bagi ibu bapa dan guru, rekod ini dapat mengelakkan

bahaya dan kerendahan daya penggerak masing-masing. Apa yang penting, harapan dan

pandangan kanak-kanak adalah positif.

Hasil yang terbaik dari rekod berterusan ini adalah dapat memberi fokus pada

kanak-kanak. Perkembangan kanak-kanak adalah berbeza maka jika guru dapat

mengesan kanak-kanak yang bermasalah misalnya kurang bersosial pemalu dan sensitif

guru dapat memberi lebih tumpuan terhadap kanak-kanak tersebut. Rekod berterusan

15

Page 16: rekod berterusan untuk mengesan perkembangan kanak-kanak

memberi makna yang besar bagi kanak-kanak. Kemampuan dan kejayaan akan

meninggikan azam, kepercayaan diri sendiri dan pandangan diri sendiri. Setiap tingkah

laku dan perbualan murid dapat dijadikan data mentah yang berguna dalam penilaian.

Dalam kajian Bayrei dan rakan-rakannya, mereka menggunakan rekod

berterusan untuk menilai sejauh mana perkembangan psikomotor halus terhadap salah

seorang kanak-kanak prasekolah. Dalam pemerhatian menggunakan rekod berterusan

ini, fokus pemerhatian mereka adalah pada aspek perkembangan psikomotor halus

kanak-kanak dengan menggunakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan penggunaan

psikomotor halus kanak-kanak. Penggunaan rekod berterusan dapat merekod segala

tingkah laku dan mengenal pasti sama ada aspek psikomotor halus dan koordinasi mata

tangan kanak-kanak tersebut sudah mempunyai perkembangan yang sesuai dengan

umurnya.

Mengikut kajian mereka, dengan menggunakan rekod berterusan, pemerhatian

untuk menilai perkembangan psikomotor halus dan koordinasi mata dan tangan kanak-

kanak dijalankan dengan melibatkan lima aktiviti iaitu :

i. aktiviti mewarna,

ii. aktiviti menggunting,

iii. aktiviti menampal,

iv. aktiviti melukis dan melorek, dan

v. aktiviti memasukkan benang ke dalam lubang.

Dalam pemerhatian ini, rekod berterusan dapat membantu mengesan tahap

perkembangan psikomotor halus kanak-kanak dan tindakan susulan perlu dibuat bagi

meningkatkan lagi tahap kemahiran kanak-kanak tersebut. Rekod berterusan ini amat

membantu dan dengan adanya kefahaman terhadap kemahiran murid, akan membantu

guru untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan sesuai

dengan tahap murid-muridnya.

10.0 Kelemahan Menggunakan Rekod Berterusan

Rekod berterusan ini memerlukan pengkaji atau guru untuk memerhatikan setiap

16

Page 17: rekod berterusan untuk mengesan perkembangan kanak-kanak

tingkah laku kanak-kanak yang dikaji dan ini memerlukan masa yang banyak bagi

mengenal pasti masalah yang dihadapi dengan lebih tepat. Ini memenatkan guru kerana

member lebih tumpuan pada proses merekodkan. Selain itu, guru juga akan mengalami

kesukaran bagi mencatatkan setiap kejadian yang berlaku dalam pemerhatian yang

terperinci. Rekod berterusan juga lebih sesuai digunakan bagi pemerhatian secara

individu kerana sukar bagi guru untuk merekod pemerhatian jika secara kumpulan.

Ianya membatasi penyeliaan guru kepada kanak-kanak kerana perhatian diberi kepada

proses merekodkan.

Selain itu, pemerhati juga perlu menjauhkan diri mereka daripada kanak-kanak

yang diperhatikan. Ini adalah bagi mengelakkan kanak-kanak sedar akan mereka sedang

diperhatikan oleh guru. Kanak-kanak juga akan hilang tumpuan semasa sedang

melakukan sesuatu dengan kata lain kanak-kanak akan berlaku tingkah laku yang lain

daripada tingkah laku yang sebenar kanak-kanak yang sedang diperhatikan. Begitu juga

antara kelemahan yang dapat dikesan terhadap guru iaitu memerlukan latihan kepada

guru bagi kemahiran merekod. Guru perlu tahu dan mahir bagaimana untuk merekod,

oleh itu latihan yang sewajarnya perlu diambil kira bagi menjamin rekod yang diambil

tiada sebarang ralat.

11.0 Contoh Rekod Berterusan

Nama : Ainon Bakar

Umur : 6 Tahun

Tarikh : 26 September 2002

Masa : 10.00 – 10.10 pagi

Nama Guru : Puan Sofia

Catatan / Pemerhatian Ulasan

Ainon sedang bermain pasir dengan beberapa

orang rakannya. Dia bangun dan mengatakan

“Penatlah main pasir, jom main jongkang

jongkit. Ainon memanggil rakan-rakannya.

17

Page 18: rekod berterusan untuk mengesan perkembangan kanak-kanak

Beberapa orang murid berebut-rebut menaiki

jongkang jongkit itu.

Ainon : Janganlah berebut-rebut

Liza : Saya pun nak naik juga

Ainon : Gilir-gilirlah. OK. Minah, Rozi duduk

di hujung sana. Noni dan Milah di

hujung sini, ya!

Milah : Saya tak boleh dengan Noni, sebab

Saya dua-dua kurus, tentu lebih

ringan, nanti tak sama

Ainon : ya betul, nanti tak sama

Rozi : tak mau, saya nak duduk dengan Minah

juga

Ainon : OK. Som pun kurus, tolong duduk

depan Noni. Hah, baru sama berat.

Menunjukkan sifat toleransi dan

kerjasama

Memahami konsep matematik

Memahami konsep keseimbangan

Contoh di atas menunjukkan rekod yang diambil untuk mengesan dan menilai

perkembangan sosial kanak-kanak. Antaranya aktiviti bermain jongkang-jongkit.

Permainan ini boleh dijalankan di luar kelas. Ruang permainan haruslah berkeadaan

selamat dan selesa untuk kanak-kanak bermain. Guru harus menyediakan pelbagai

peralatan untuk memberi peluang kepada murid membuat penerokaan dan penemuan

baru serta bersosialisasi dengan rakan-rakan. Semasa bermain jongkang-jongkit, kanak-

kanak akan berkongsi dan bergilir-gilir menggunakan permainan bersama rakan-rakan,

hormat-menghormati, menghargai sumber dan idea orang lain, dan bekerjasama sesama

rakan. Oleh itu, jelas menunjukkan penyesuaian antara kanak-kanak semasa bergaul

18

Page 19: rekod berterusan untuk mengesan perkembangan kanak-kanak

adalah asas kepada proses sosialisasi kanak-kanak.

11.1. Contoh Rekod Berterusan Keberkesanan Bacaan

11.1.1 Keberkesanan membaca suku kata

Rekod berterusan juga boleh digunakan untuk mengesan tahap

perkembangan bahasa seseorang kanak-kanak. Seperti contoh di bawah, rekod

berterusan ini digunakan untuk mengesan keberkesanan seseorang murid itu

menguasai suku kata. Seperti contoh di bawah guru boleh menggunakan

kreativiti dan idea tersendiri untuk menilai tahap penguasaan suku kata

seseorang murid itu dengan simbol-simbol tertentu misalnya eksperisi muka

disamping tampak lebih menarik dan kemas.

19

Page 20: rekod berterusan untuk mengesan perkembangan kanak-kanak

11.1.2 Keberkesanan membaca teks bacaan

20

Page 21: rekod berterusan untuk mengesan perkembangan kanak-kanak

11.2 Contoh Borang Rekod Berterusan

21

Page 22: rekod berterusan untuk mengesan perkembangan kanak-kanak

                 

22

Page 23: rekod berterusan untuk mengesan perkembangan kanak-kanak

Nama Murid :            

Umur :            

Tarikh :            

Masa :            

Setting / Tempat :            

Item / Kemahiran :            

Nama Guru :            

                 

Catatan / Perkara

 

Ulasan dan Tindakan Susulan :          

 

12.0 Pemilihan Aspek Perkembangan Yang Digunakan Dalam Rekod

Berterusan

23

Page 24: rekod berterusan untuk mengesan perkembangan kanak-kanak

Antara lima aspek perkembangan yang biasa digunakan oleh guru untuk menilai

kanak-kanak ialah :

12.1 Aspek Perkembangan Kognitif

Banyak kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif antara main

dan pembelajaran kanak-kanak. Mengikut Piaget, keupayaan adaptasi

psikologikal adalah amat penting dalam memastikan perkembangan struktur

kognitif atau mental kanak-kanak. Piaget memandang main sebagai aktiviti

pengukuhan untuk tingkah laku yang baru dipelajari. Walaupun main bukan

kesamaan dengan pembelajaran, apa yang pasti, main mempermudahkan cara

pembelajaran. Ini adalah kerana bermain memberi peluang kepada kanak-kanak

untuk memperoleh pengalaman baru agar dapat diadaptasikan dalam struktur

kognitif mereka.

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan untuk membantu merangsang

perkembangan kognitif kanak-kanak. Guru boleh menggalakkan kanak-kanak

berfikir dengan cara mengadakan permainan yang boleh mencabar pemikiran

kanak-kanak seperti bersoal-jawab apa yang mereka akan rasa sekiranya mereka

menjadi sebuah buku, menjadi sebuah basikal, dan sebagainya. Permainan

seperti ini mendorong kanak-kanak berfikir secara spontan dan secara langsung

akan membantu perkembangan kognitif mereka.

Aktiviti lain yang guru boleh jalankan ialah aktiviti permainan air.

Permainan air boleh dijalankan di dalam atau di luar kelas. Tempat air boleh

berbentuk tetap atau sementara. Guru perlu mengambil kira beberapa aspek

semasa kanak-kanak menjalani aktiviti main air. Antaranya ialah penyediaan

bahan, penyediaan tempat atau ruang, pakaian yang sesuai, mestilah berdekatan

dengan sumber air, dan mengambil langkah-langkah keselamatan yang perlu.

Berbagai perkara dalam aspek kognitif dapat dikembangkan melalui

permainan air seperti kemahiran menyiasat, menjalankan eksperimen, membuat

anggaran, dan membuat perbandingan. Selain itu, kanak-kanak juga dapat

menambah pengetahuan tentang konsep isi padu, kapasiti, saiz, bentuk, konsep

penyerapan, timbul tenggelam, serta penyejukan dan pemanasan. Melalui

permainan air kanak-kanak boleh meneroka persekitaran, mempelajari perkara

baru dan juga belajar dalam menyelesaikan masalah.

24

Page 25: rekod berterusan untuk mengesan perkembangan kanak-kanak

Aktiviti bermain dengan bongkah juga boleh mengembangkan kognitif

kanak-kanak. Contohnya bagi meningkatkan kefahaman kanak-kanak mengenai

bentuk, saiz dan ciri-ciri, kanak-kanak boleh menjalani aktiviti dengan cara

bermain seperti mengumpulkan bongkah mengikut ciri-ciri yang ditetapkan iaitu

mengumpulkan semua bongkah berwarna merah, mengumpulkan semua

bongkah berbentuk bulat, segi tiga, segi empat dan sebagainya. Menurut Piaget,

main dengan binaan mengajar pelbagai konsep kuantitatif dan ruang.

Selain itu, melalui aktiviti bermain dengan bongkah juga kanak-kanak

dapat meneroka kemahiran awal sains yang merupakan salah satu cabang

perkembangan kognitif. Contohnya, bagi kemahiran membezakan warna dan

bentuk, guru akan menggunakan bongkah pelbagai warna dan bentuk. Kanak-

kanak menyusun dan mengumpul bongkah mengikut warna serta menamakan

warna itu. Kanak-kanak memberikan bongkah yang sama warna seperti yang

dikehendaki guru. Permainan diulang dengan kanak-kanak membezakan bentuk

pula.

12.2 Aspek Perkembangan Bahasa

Melalui bermain juga dapat membantu perkembangan bahasa kanak-

kanak. Permainan yang melibatkan bahasa dapat merangsang minda kanak-

kanak menguasai dan membantu mereka menambah perbendaharaan kata.

Mereka juga menyedari setiap objek di persekitaran mereka mempunyai nama

dan peranan yang tersendiri. Guru boleh menjalankan aktiviti bagi memberi

peluang kepada kanak-kanak meluaskan perkembangan bahasa melalui aktiviti

bermain bongkah, bermain pondok-pondok, main pasir dan main peranan.

Melalui aktiviti bermain bongkah, kanak-kanak bermain dengan bongkah

yang pelbagai warna, saiz, dan bentuk. Mereka membuat binaan seperti rumah,

jambatan, jalan raya, bangunan, kenderaan dan sebagainya. Semasa aktiviti ini

berjalan guru menggalakkan kanak-kanak melahirkan perasaan seperti bercerita,

berimaginasi, dan menyanyi ketika bermain dengan bongkah. Oleh itu, secara

tidak langsung, perbendaharaan kata kanak-kanak akan bertambah. Melalui

permainan ini juga kanak-kanak akan berbincang sesama sendiri mengenai

bahan binaan mereka. Guru juga hendaklah memberi perangsang dengan

25

Page 26: rekod berterusan untuk mengesan perkembangan kanak-kanak

mengemukakan beberapa soalan yang boleh menggalakkan kanak-kanak berbual

dan bercerita mengenai aktiviti yang mereka lakukan.

Aktiviti main pondok-pondok juga boleh menggalakkan perkembangan

bahasa di kalangan kanak-kanak. Sewaktu bermain pondok-pondok, kanak-

kanak meniru perwatakan ahli keluarga seperti bapa, ibu, kakak, abang, dan

adik. Mereka juga akan meniru perwatakan orang-orang di sekeliling mereka

seperti doktor, anggota polis, guru, peniaga dan sebagainya. Sewaktu bermain

kanak-kanak akan berbual sesama mereka berdasarkan watak yang telah dipilih.

Aktiviti yang baik ini perlu dipupuk tetapi perlu ada kawalan dan batasan

daripada guru. Melalui aktiviti ini aspek perkembangan bahasa kanak-kanak

dapat dipertingkatkan.

Selain aktiviti main bongkah dan main pondok-pondok, aktiviti main

sambil menyanyi juga adalah satu cara bagaimana kanak-kanak

memperkembangkan penguasaan bahasa mereka. Dengan nyanyian juga dapat

memperkenalkan pelbagai konsep dan bahasa dapat ditingkatkan kerana ia

mudah diingati dan difahami oleh kanak-kanak. Peningkatan perkembangan

bahasa dapat berkembang melalui sebutan semasa menyanyi.

Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah menyanyi lagu Row Row

Your Boat atau dalam bahasa Melayu ialah Dayung Dayung Sampan sambil

membuat aksi mendayung sampan secara berpasangan. Kanak-kanak memegang

tangan pasangannya dan kaki bertemu kaki pasangannya. Kemudian, tangan dan

kaki bergerak secara berselang-seli seperti mendayung sampan sambil menyanyi

lagu tersebut dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dengan iringan muzik.

Sepanjang aktiviti tersebut kanak-kanak kelihatan sangat gembira. Aktiviti

tersebut diulang beberapa kali sehingga kanak-kanak dapat menyebut lirik lagu

itu. Melalui aktiviti ini kanak-kanak dapat mempelajari perkataan-perkataan baru

dan secara langsung kosa kata kanak-kanak akan semakin bertambah.

Kanak-kanak belajar bahasa melalui pelbagai cara. Antaranya dengan

meniru bunyi yang pernah didengarinya. Mereka belajar dengan meniru orang

dewasa dan rakannya bercakap dan meluahkannya dengan cara tertentu.

Contohnya, permainan lagu berantai membolehkan kanak-kanak menghafal,

menghasilkan , mempelbagaikan dan memanipulasikan perkataan dalam

26

Page 27: rekod berterusan untuk mengesan perkembangan kanak-kanak

pelbagai situasi. Mereka membina perkataan yang lucu, mudah, dan mereka

cerita khayalan daripada pengalaman mereka sendiri. Dengan cara ini, kanak-

kanak guru dapat meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak. Contoh

permainan lagu berantai ialah seperti:

Malam yang sepi pi… pi

Pak Mat jual topi pi…pi

Topinya koyak yak…yak

Pak Mat jual tempoyak yak…yak

Tempoyaknya basi si…si

Pak Mat jual nasi si… si

12.3 Aspek Perkembangan Sosial

Perkembangan sosial amat penting dalam kehidupan manusia dan

dipelajari sejak kecil. Kemahiran asas sosial yang perlu dikuasai oleh kanak-

kanak ialah kemahiran menarik perhatian orang lain, berkongsi dan memberi,

meminta dan bertanya, memberi idea dan memuji atau memberi penghargaan.

Ini termasuklah cara kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan

orang dewasa dalam kehidupan mereka. Kemahiran sosial termasuklah

berkongsi, bekerjasama dan mematuhi peraturan.

Pelbagai aktiviti bermain boleh dilakukan di prasekolah dalam

membantu perkembangan sosial kanak-kanak. Antaranya aktiviti bermain pasir.

Permainan pasir boleh dijalankan di dalam dan di luar kelas. Ruang pasir

haruslah berkeadaan teduh dan selesa untuk kanak-kanak bermain. Guru harus

menyediakan pelbagai peralatan untuk memberi peluang kepada murid membuat

penerokaan dan penemuan baru serta bersosialisasi dengan rakan-rakan. Semasa

bermain pasir kanak-kanak akan berkongsi dan bergilir-gilir menggunakan

peralatan bersama rakan-rakan, hormat-menghormati, menghargai sumber dan

idea orang lain, dan bekerjasama sesama rakan.

Selain itu, aktiviti bermain di taman permainan juga boleh menggalakkan

kanak-kanak meningkatkan aspek perkembangan sosial di kalangan kanak-

27

Page 28: rekod berterusan untuk mengesan perkembangan kanak-kanak

kanak. Hal ini demikian kerana, semasa aktiviti bermain di taman permainan

kanak-kanak perlu bergaul dengan semua rakan sebaya. Di samping itu, mereka

dilatih bersifat sabar dan mematuhi peraturan kerana perlu bergilir-gilir semasa

bermain dengan alatan permainan yang terhad. Secara tidak langsung kanak-

kanak ini belajar untuk menghormati perasaan dan hak orang lain.

Begitu juga aktiviti bermain pondok-pondok, bermain doh ataupun

semasa bermain permainan dalaman seperti congkak, dam ular, ketingting dan

sebagainya. Semasa bermain bersama rakan-rakan, kanak-kanak sebenarnya

sedang belajar cara-cara berinteraksi dan bersosial bersama orang lain di luar

daripada lingkungan ahli keluarga. Memberi pendedahan sosial yang awal

kepada kanak-kanak memudahkan mereka menyesuaikan diri dengan

persekitaran di samping dapat menanam sifat berani dan berani ke hadapan.

Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti main ini

menggalakkan kanak-kanak bergaul dengan rakan dan secara langsung

membantu perkembangan sosial mereka. Semasa bermain dengan kanak-kanak

lain, kanak-kanak akan cuba belajar dan mengekalkan hubungan yang sedia

terjalin. Ini adalah kerana penyesuaian semasa bergaul adalah asas kepada proses

sosialisasi kanak-kanak.

12.4 Aspek Perkembangan Emosi

Terdapat pelbagai cara untuk memupuk perkembangan emosi kanak-

kanak di peringkat prasekolah. Contohnya, aktiviti bermain yang dijalankan

semasa berada di sekolah. Kepentingan emosi dalam kehidupan telah mula

diakui oleh ahli-ahli falsafah sejak zaman Greek lagi. Tidak hairanlah jika Plato,

Aristotle, Spinoza, Descartes, Hobbes, dan Hume telah mengemukakan teori-

teori berkaitan emosi yang menjadi asas kepada penyelidikan tentang emosi dan

kaitannya dengan kehidupan manusia.

Emosi bermaksud jiwa yang kuat. Manusia adalah makhluk yang

mempunyai perasaan yang tinggi dan paling halus. Emosi juga boleh

dimanifestasikan melalui bahasa badan ataupun gerak geri seseorang. Bahasa

badan ialah pergerakan badan seperti postur dan ekspresi wajah. Mengikut

Daniel Goleman ( 1997 ), emosi merujuk kepada sesuatu perasaan dan

pemikiran tersendiri di bawak keadaan psikologikal dan biological, serta ada

28

Page 29: rekod berterusan untuk mengesan perkembangan kanak-kanak

kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak. Ini bermakna emosi

biasanya digambarkan dengan bahasa badan fizikal , iaitu bahasa bukan lisan.

Menurut Plato, terdapat tiga komponen asas dalam minda manusia iaitu

daya taakulan, kehendak (desire), dan komponen emotif. Antara komponen

emotif yang dimaksudkan ialah kegembiraan, kesedihan, ketakutan, dan

kemarahan. Bagi Aristotle juga, emosi mempunyai peranan yang sangat besar

dalam mempengaruhi kehidupan manusia secara keseluruhannya.

Perkembangan emosi bagi seseorang kanak-kanak adalah sangat penting.

Sekiranya seseorang kanak-kanak gagal berkembang secara positif, mereka

mungkin tidak akan berjaya menghadapi tekanan-tekanan yang bakal dihadapi

dalam hidup. Oleh sebab itulah di peringkat prasekolah pemupukan emosi positif

amat dititik beratkan terutamanya dalam aktiviti bermain. Ini adalah kerana

bermain dapat membantu memberikan kepuasan dan ketenangan emosi kepada

kanak-kanak terutamanya apabila mereka diberikan kebebasan berkreatif dan

berimaginasi tanpa gangguan.

Antara aktiviti yang boleh dijalankan untuk guru menilai dan

menggalakkan perkembangan emosi kanak-kanak ialah melalui aktiviti

Komponen Kreativiti dan Estetika. Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk

kanak-kakak menyampaikan perasaan, karya, meluahkan emosi, dan kebolehan

mereka dalam pelbagai cara. Contohnya aktiviti seni visual dengan

menggunakan warna air. Kebanyakan kanak-kanak suka bermain dengan warna

air kerana pada mereka aktiviti ini mencabar kebolehan mereka. Aktiviti

percikan dan tiupan warna air di atas kertas lukisan. Semasa aktiviti ini

dijalankan, kelihatan kanak-kanak seronok dan emosi kegembiraan terpancar di

wajah mereka. Banyak lagi aktiviti seni visual yang boleh dijalankan di

prasekolah dalam membentuk perkembangan emosi kanak-kanak.

Selain itu, perkembangan sosioemosi juga boleh dipupuk semasa guru

mengajar aktiviti nyanyian, serta muzik dan gerakan. Hal ini demikian kerana

muzik digemari secara semula jadi oleh kanak-kanak. Kanak-kanak dapat

meluahkan perasaan gembira atau seronok melalui aktiviti muzik. Aktiviti muzik

dapat membantu menggalakkan perkembangan emosi kanak-kanak. Antaranya

semasa penyertaan kanak-kanak dalam aktiviti nyanyian berkumpulan, kanak-

29

Page 30: rekod berterusan untuk mengesan perkembangan kanak-kanak

kanak akan menyanyi dan menari bersama rakan-rakan yang lain. Dengan cara

ini, mereka dapat meluahkan perasaan gembira yang ditunjukkan melalui

ekspresi muka semasa aktiviti nyanyian ini dijalankan. Oleh itu, guru dapat

menilai sejauh mana meningkatnya perkembangan emosi seseorang kanak-

kanak.

12.5 Aspek Perkembangan Fizikal

Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat

dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus

serta kesedaran tentang badan mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira

sewaktu aktif menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk

bersenam. Ini membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang

membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih yakin, dan boleh berdikari.

Dalam masyarakat di mana kanak-kanak menghadapi tekanan, keyakinan dan

sikap bersaing untuk berjaya dalam segala bidang amat diperlukan.

Perkembangan fizikal merupakan suatu aspek penting dalam pendidikan

awal kanak-kanak. Komponen Perkembangan fizikal memberi fokus kepada

empat aspek penting iaitu perkembangan psikomotor halus, perkembangan

psikomotor kasar, kesihatan dan keselamatan. Aspek perkembangan fizikal

kanak-kanak dapat dikembangkan melalui empat aspek yang telah dinyatakan.

Antara strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh dijalankan untuk

memupuk perkembangan fizikal kanak-kanak ialah:

12.5.1 Aspek Perkembangan Psikomotor Kasar

Kanak-kanak harus diberi peluang menyertai pelbagai aktiviti

pergerakan yang aktif, pantas, dan mencabar. Dengan bermain

terutamanya dalam permainan aktif, kanak-kanak belajar mengawal

pergerakan dan mengimbangi tubuh mereka serta melicinkan perjalanan

sistem dalam tubuh seperti sistem pernafasan dan sistem saraf.

Aktiviti pergerakan akan membantu pertumbuhan tubuh badan

menjadi sihat. Selain itu, kanak-kanak dapat menguasai kemahiran fizikal

serta dapat meningkatkan lagi keupayaan pergerakannya melalui

pengalaman yang diperolehi melalui permainan, pergerakan kreatif dan

30

Page 31: rekod berterusan untuk mengesan perkembangan kanak-kanak

gimnastik.

Misalnya, aktiviti bermain di padang permainan, aktiviti seperti

memanjat dan menuruni gelongsor, bergayut pada ‘ monkey bar ’,

bermain buaian dan sebagainya dapat membantu perkembangan fizikal

kanak-kanak.

12.5.2 Aspek Perkembangan Motor Halus

Kemahiran motor halus ialah kemahiran yang melibatkan

kemahiran menggunakan otot kecil seperti pergerakan jari serta

koordinasi jari dan mata. Penguasaan psikomotor halus yang baik amat

penting dalam membantu pergerakan asas dan kemahiran menulis kepada

kanak-kanak. Antara aktiviti dalam bentuk permainan yang boleh

dijalankan bagi membantu perkembangan fizikal dalam aspek ini ialah

seperti merantai manik, menjahit kad berlubang, menconteng kertas,

melipat, mengoyak dan merenyuk kertas, menguli doh dan lain-lain lagi.

Salah satu aktiviti yang menyeronokkan kanak-kanak dalam

membantu aspek perkembangan fizikal ialah bermain dengan doh.

Sebelum kanak-kanak bermain dengan doh, guru hendaklah

membimbing kanak-kanak membuat doh sendiri. Menyediakan doh

sendiri memberi peluang kepada kanak-kanak merasa sendiri struktur

doh dan memilih sendiri warna yang mereka suka. Biarkan kanak-kanak

menggaul dan menguli doh dengan tangan. Dengan cara ini, ia melatih

pergerakan motor halus kanak-kanak. Proses mengadun, menggaul,

meramas adalah baik untuk jari-jemari kanak-kanak dan ia juga adalah

latihan awal bagi persediaan untuk menulis.

13.0 Penyimpanan Rekod Berterusan Dalam Portfolio

Segala maklumat yang diperolehi daripada pemerhatian yang sistematik

direkodkan dan dikumpulkan dalam portfolio. Portfolio adalah untuk merekod

pengalaman, usaha, kemajuan dan kejayaan yang diperolehi murid secara sendirian serta

yang diperolehi bersama rakan-rakan lain. Portfolio boleh dijadikan asas untuk guru

31

Page 32: rekod berterusan untuk mengesan perkembangan kanak-kanak

menilai pencapaian murid dan dijadikan panduan untuk menyediakan pembelajaran

selanjutnya. Portfolio ini hendaklah dikongsi bersama ibu bapa murid untuk

memaklumkan mereka tentang perkembangan dan kemajuan anak mereka.

Bahan yang perlu ada dalam portfolio ialah :

i. Pelaporan Perkembangan Murid

ii. Rekod Peribadi

iii. Rekod Perkembangan dan Kemajuan Murid

iv. Hasil Kerja terpilih

v. Perlu dinilai dan diberi ulasan

vi. Pemilihan menunjukkan peningkatan dalam pencapaian

vii. Pemilihan hasil kerja murid perlu dipilih dan dinilai dari setiap

komponen sekurangnya 2 bulan sekali.

Hasil kerja murid yang terpilih sahaja perlu dimasukkan di dalam portfolio.

Pemilihan hasil kerja hendaklah dibuat oleh murid bersama guru. Hasil kerja murid

termasuklah:

i. Gambar atau lukisan

ii. Tulisan

iii. Binaan yang disempurnakan

iv. Cerita yang ditulis

v. Buku skrap

Catatan perlu dibuat ke atas setiap hasil kerja murid yang telah dipilih setelah

dianalisis dan dinilai. Catatan yang dibuat biasanya menggambarkan tahap kebolehan,

contohnya sudah boleh membuat bulatan, sudah boleh menulis huruf. Koleksi hasil

kerja murid dalam portfolio harus mengandungi hasil kerja yang melibatkan murid

khususnya semasa pemilihan isi kandungan, penentuan kriteria pemilihan isi

kandungan, penentuan kriteria untuk menilai dan bukti refleksi yang dibuat oleh murid.

Maklumat daripada hasil kerja murid ini membantu guru memahami murid dari segi

perasaan, sikap dan mengenalpasti kemajuan tahap penguasaan murid terhadap sesuatu

kemahiran, pengetahuan dan amalan nilai-nilai murni.

32

Page 33: rekod berterusan untuk mengesan perkembangan kanak-kanak

14.0 Kesimpulan

Di peringkat prasekolah, pemerhatian dan penilaian dijalankan secara tidak

formal dan berterusan. Guru prasekolah hendaklah menilai kanak-kanak dari semasa ke

semasa. Setiap pengajaran yang disampaikan oleh guru hendaklah dinilai. Tujuannya

supaya guru dapat mengumpul maklumat sepanjang proses pengajaran dan

pembelajaran serta mengetahui kemajuan kanak-kanak dalam berbagai aktiviti dan

perkembangan sikap mereka. Selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan, perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu, dan seimbang

perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya di dalam program prasekolah kerana

pengalaman pembelajaran di prasekolah bakal mencorakkan perkembangan kanak-

kanak seterusnya

Kesimpulannya, rekod berterusan merupakan satu cara yang dapat membantu

guru mencatat tingkah laku yangdiperhatikan ke atas individu ataupun kumpulan kanak-

kanak semasa peristiwa berlaku. Guru juga dapat menilai keberkesanan tempat, sudut

ataupun stesen pembelajaran. Rekod berterusan membantu pemerhati merekodkan

perlakuan kanak-kanak dalam jangka masa yang ditetapkan dalam suasana sebenar. Ia

memperlihatkan pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak pada satu-satu masa.

Rekod berterusan dapat memberikan maklumat berguna dalam meningkatkan lagi

potensi kanak-kanak.

Rujukan

33

Page 34: rekod berterusan untuk mengesan perkembangan kanak-kanak

Surayah Zaidon dan Haslinda Md. Ali. 2009. Penilaian dalam pendidikan prasekolah.

PTS Professional Sdn.Bhd.

Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Diperolehi pada 16 Ogos 2010 daripada

http://www.sribd.com.

Menilai perkembangan psikomotor halus kanak-kanak prasekolah. Diperolehi pada 16

Ogos 2010 daripada http://www.sribd.com.

Penilaian di prasekolah. Diperolehi pada 28 Ogos 2010 daripada

cikguani.blogspot.com

34