kajian tinjauan terhadap penjadualan kelas … gangguan, halangan dan amaran allah s.w.t. serta...

26
1 KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PENJADUALAN KELAS HAFAZAN DI PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ PENYELIDIK : USTAZ YUSRI BIN CHEK USTAZ MUHAMMAD TORIQ BIN YAACOB DARUL QURAN JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA 2016

Upload: lenga

Post on 13-Mar-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PENJADUALAN KELAS … gangguan, halangan dan amaran Allah S.W.T. serta kesukaran-kesukaran bagi seseorang itu menghafaz al-Quran, maka diperlukan suatu kaedah

1

KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PENJADUALAN KELAS HAFAZAN DI PUSAT

PENGAJIAN TAHFIZ

PENYELIDIK :

USTAZ YUSRI BIN CHEK

USTAZ MUHAMMAD TORIQ BIN YAACOB

DARUL QURAN

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

2016

Page 2: KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PENJADUALAN KELAS … gangguan, halangan dan amaran Allah S.W.T. serta kesukaran-kesukaran bagi seseorang itu menghafaz al-Quran, maka diperlukan suatu kaedah

2

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya kajian penyelidikan

Darul Quran siri 1 tahun 2016 dapat menyiapkan. Kajian bertajuk “Kajian Tinjauan

Terhadap Penjadualan Kelas Hafazan di Pusat Pengajian Tahfiz ”. Ucapan ribuan

terima kasih ditujukan kepada Pengarah darul Quran, Dr. Hj. Nordin Bin Ahmad yang

banyak memberi tunjuk ajar, perhatian dan kepercayaan yang tinggi dalam memastikan

projek penyelidikan ini berjaya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah juga diucapkan kepada pegawai dan

kakitangan khususnya kaki tangan Cawangan Kualiti Pendidikan Tahfiz (KPT) Darul

Quran yang turut membantu, memberi kerjasama serta lontaran idea-idea sepanjang

tempoh kajian dijalankan. Tidak lupa juga diucapkan kepada kakitangan di Jabatan

Tahfiz al-Quran dan Qiraat yang banyak membantu dalam memberi maklumat-

maklumat yang berkaitan serta hubungan yang harmoni secara langsung dapat

melahirkan semangat kerja secara berkumpulan untuk memastikan kajian ini berjaya

amat dirasai.

Akhir kalam, semoga segala usaha, kerjasama dan bantuan yang

diberikan akan memperoleh ganjaran di sisi Allah SWT dan dibalas dengan kebaikan.

PENYELIDIK :

Ustaz Yusri Bin Chek

Ustaz Muhammad Toriq Bin Yaacob

Jun 2016

Page 3: KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PENJADUALAN KELAS … gangguan, halangan dan amaran Allah S.W.T. serta kesukaran-kesukaran bagi seseorang itu menghafaz al-Quran, maka diperlukan suatu kaedah

3

KANDUNGAN

1. TUJUAN 1

2. PENGENALAN 1

3. PERNYATAAN MASALAH 3

4. LAPORAN TINJAUAN 7

4.1 Waktu tasmik 7

4.2 Waktu ia’dah 8

5. ANALISIS DATA 9

5.1 Waktu tasmi’ 9

5.2 Aktiviti sebelum tasmi’ 10

5. 3 Aktiviti murajaah 11

5.4 Faktor sokongan pengukuhan hafazan 11

5.4.1 Kesihatan otak 11

5.4.2 Gelombang otak 15

5.4.3 Umum 17

5.4.4 Perekodan 18

5.4.4 Komitmen guru 18

6. SYOR 19

7. RUJUKAN 21

Page 4: KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PENJADUALAN KELAS … gangguan, halangan dan amaran Allah S.W.T. serta kesukaran-kesukaran bagi seseorang itu menghafaz al-Quran, maka diperlukan suatu kaedah

4

Abstrak

Kajian ini adalah bertujuan mengkaji penjadualan semula waktu tasmi’ bagi hafazan baru agar

membantu merealisasikan dasar penjimatan kewangan Darul Quran. Pusat Pengajian Tahfiz

(PPT) yang berorientasikan pengajian tradisional dan moden seperti berikut ;Madrasatul Quran

Kubang Bujuk, Terengganu (MQKB), Institut al-Quran Kuala Lumpur (IQKL) Maahad Tahfiz

Kiblah, Sungai Merab Jaya, Selangor, Maahad Tahfiz Darul Itqan al-Muhammadiah, Sabak

Bernam Selangor, Maahad Tahfiz al-Quran Pulai Chondong, Kelantan, Sekolah Menengah Tahfiz

Kementerian Pendidikan Malaysia, MRSM Ulul Albab, Tahfiz al-Quran Darul Tuba, Tangkak,

Johor, Maahad Tahfizul Quran al-Bukhari, Pasir Puteh Kelantan, Pusat Tahfiz Muaz bin Jabal,

Kota Baharu Kelantan. Sembilan PPT melaksanakan kelas Tasmi’ Hafazan Baru pada sesi pagi

dengan tempoh inimum ialah 1 jam dan Maksimum ialah selama 2 jam 30 minit. Secara

umumnya sesi dimulakan sekitar jam 6.15 atau selewatnya 10.30 pagi. Hanya 1 PPT

melaksanakan Tasmi’ Hafazan Baru pada sesi petang dengan tempoh selama 1 jam 45 minit

bermula jam 3.30 hingga 5.15 petang. Tujuh PPT melaksanakan kelas I’adah pada sesi pagi

dengan tempoh minimum ialah 1 jam dan maksimum ialah selama 3 jam. Secara umumnya sesi

dimulakan sekitar jam 7.30 pagi dan selewatnya dimulakan pada jam 8.50 pagi. Tiga PPT

melaksanakan I’adah pada sesi petang dengan tempoh selama 1 jam 10 minit dan maksimum

ialah selama 3 jam 45 minit. Secara umumnya sesi dimulakan sekitar jam 2.00 dan selewatnya

bermula pada 5.30 petang

Page 5: KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PENJADUALAN KELAS … gangguan, halangan dan amaran Allah S.W.T. serta kesukaran-kesukaran bagi seseorang itu menghafaz al-Quran, maka diperlukan suatu kaedah

5

2. Pengenalan

2.1 Menghafaz adalah salah satu kaedah yang penting di dalam mendalami ilmu al-

Quran. Hafazan adalah proses yang digunakan untuk menyimpan pengetahuan (Ab.

Fatah Hasan:15). Menghafaz memerlukan suatu kekuatan fikiran pada orang yang

melakukannya. Sementara menghafaz sesuatu yang dipelajari dan mengasah ingatan

melalui hafazan adalah cara yang paling baik untuk mengekalkan ingatan dan

kecerdasan otak.

2.2 Pengertian "hafazan" diambil dari asal perkataan "hafaza" yang bererti sudah

masuk betul ingatan, dapat mengucapkan pelajaran (ayat al-Quran dan lain-lain) dengan

ingatan semata-mata, tanpa melihat buku, kitab dan sebagainya (Kamus

Dewan,1997:211). Mengikut Mu'jam al-'Arabi al-Asasi, perkataan hafaz berasal dari

perkataan ( bermaksud menjaga sesuatu dan mengawalnya daripada hilang ( حفظ

(Ahmad al-'Ayyid & Dawud 'Abduh, 1989:332).

2.3 Oleh itu, memandangkan betapa pentingnya menghafaz al-Quran bagi menjaga

keaslian dan kesuciannya maka ulama telah bersepakat bahawa menghafaz al-Quran

itu hukumnya fardu kifayah. Imam Badr al-Din Muhammad bin 'Abdillah al-Zarkasyi di

dalam bukunya al-Burhan fil Ulum al-Quran(Juzuk 1: 271) menyatakan: “Mempelajari al-

Quran hukumnya adalah fardu kifayah, demikian juga memeliharanya (iaitu

menghafaznya) maka ia juga wajib (kifayah) bagi setiap umat.” Pemeliharaan al-Quran

yang dijamin oleh Allah SWT melalui penulisan mushaf dan hafalan di dada-dada Huffaz

(Surah al-Hijr : 9 ) hingga ke hari ini. Bermulanya dengan Rasulullah s.a.w. mengajar al-

Quran itu kepada para Sahabatnya juga menerusi hafazan. Proses turunnya al-Quran

adalah secara berperingkat-peringkat, sedikit demi sedikit. Tentunya hal ini dapat

membantu dan memudahkan Rasulullah s.a.w. untuk menyampaikannya kepada para

sahabat, yang kemudiannya menghafaz dan memahami isi kandungannya. Kebiasaan

tidak terburu-buru ini dikekalkan sehinggalah menjadi salah satu kaedah atau manhaj di

dalam menghafaz al-Quran (Abu Najihat al-Hafiz, 2001:20). Penyampaian al-Quran

secara sedikit demi sedikit telah dipraktikkan oleh Jibrail a.s. kepada Rasulullah s.a.w.

Caranya dengan memperdengarkan bacaannya lalu diikuti oleh sahabat sebelum

menghafaznya. Selain dari itu, baginda juga menyuruh beberapa orang sahabatnya

Page 6: KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PENJADUALAN KELAS … gangguan, halangan dan amaran Allah S.W.T. serta kesukaran-kesukaran bagi seseorang itu menghafaz al-Quran, maka diperlukan suatu kaedah

6

yang pandai agar menulis ayat-ayat suci al-Quran yang hendak dihafaz di atas kepingan

batu-batu, tulang-tulang dan pelepah tamar. Oleh itu, pemeliharaan al-Quran menerusi

hafalan ini berterusan sehinggalah kehari ini. Namun begitu, kaedah dan strategi hafalan

sedikit sebanyak berbeza yang mana ia disesuaikan dengan kesesuaian perkembangan

masa dan zaman.

2.4 Menurut Hashim (2014), antara faktor yang telah dikenal pasti punca kelemahan

dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran tahfiz ialah guru didapati masih

mengekalkan kaedah tradisional dalam proses pengajaran dan pembelajaran tahfiz

(Mohamad Marzuqi, 2008; Azmil Hashim, 2010) walaupun mereka menyokong

sepenuhnya bahawa penggunaan teknologi membantu dalam meningkatkan mutu

hafazan al-Quran (Mohamad Marzuqi, 2008). Selain itu, kelemahan dalam pencapaian

hafazan pelajar juga dikenal pasti berpunca daripada kekurangan dalam strategi gaya

pembelajaran tahfiz iaitu dari aspek strategi, kaedah dan motivasi dalam pembelajaran

tahfiz (Misnan dan Ahmad Sadadi, 2003; Azmil Hashim, 2010). Proses pengajaran dan

pembelajaran menggunakan kaedah hafazan yang bersistematik masih belum dapat

dilaksanakan dengan sempurna kerana kurangnya sumbangan terhadap kemahiran

ikhtisas dalam perguruan tahfiz (Azmil Hashim et. al., 2013). Memandangkan cabaran,

gangguan, halangan dan amaran Allah S.W.T. serta kesukaran-kesukaran bagi

seseorang itu menghafaz al-Quran, maka diperlukan suatu kaedah hafazan yang

berkesan dan bersistematik bagi membantu mereka menghafaz dan menjaganya dari

lupa (Mohd Fazri, 1999:27). Oleh itu, selain daripada faktor kekuatan hafalan pelajar,

beberapa perkara lain yang perlu diambilkira dalam memastikan keberlangsungan kelas

P & P tahfiz, umpamanya kaedah hafalan, strategi, motivasi, waktu menghafal dan lain-

lain lagi.

2.5 Justeru, pengkaji ingin melihat beberapa aspek penting yang berkaitan dengan

keberkesanan proses P & P hafazan seperti waktu tasmik, kadar hafazan, kaedah dan

aktiviti pembelajaran lain sebagai rujukan dan tindakan pihak berkaitan. Bagi tujuan

tersebut, pengkaji telah membuat tinjauan awal terhadap beberapa buah Pusat

Pengajian Tahfiz (PPT) yang berorientasikan pengajian tradisional dan moden seperti

berikut ;

Page 7: KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PENJADUALAN KELAS … gangguan, halangan dan amaran Allah S.W.T. serta kesukaran-kesukaran bagi seseorang itu menghafaz al-Quran, maka diperlukan suatu kaedah

7

I. Madrasatul Quran Kubang Bujuk, Terengganu(MQKB)

II. Institut al-Quran Kuala Lumpur(IQKL)

III. Maahad Tahfiz Kiblah, Sungai Merab Jaya, Selangor

IV. Maahad Tahfiz Darul Itqan al-Muhammadiah, Sabak Bernam Selangor

V. Maahad Tahfiz al-Quran Pulai Chondong, Kelantan

VI. Sekolah Menengah Tahfiz Kementerian Pendidikan Malaysia

VII. MRSM Ulul Albab

VIII. Tahfiz al-Quran Darul Tuba, Tangkak, Johor

IX. Maahad Tahfizul Quran al-Bukhari, Pasir Puteh Kelantan

X. Pusat Tahfiz Muaz bin Jabal,Kota Baharu Kelantan

3. Pernyataan Masalah

Pengkaji telah menetapkan beberapa permasalahan kajian yang menyumbang kepada

kajian tinjauan ini, antaranya ialah :

a) Penetapan waktu tasmi’ bagi hafazan baru. Sebelum perbincangan tentang

penetapan waktu tasmi’ hafazan baru, kajian ini akan mengemukan terlebih dahulu

perbincangan tentang waktu menghafaz al-Quran. Ini disebabkan oleh hubungan antara

waktu menghafaz hafazan baru yang melibatkan aktiviti tikrar dengan waktu tasmi’

hafazan mempunyai kaitan secara langsung. Ini dibuktikan dengan kajian dalam bidang

neurosains yang menunjukkan bahawa jarak masa antara proses tikrar dengan tasmi’

tidak boleh terlalu lama kerana akan menyebabkan hafazan baru hilang. bidang Neuro

sains menjelaskan bahawa terdapat dua bentuk tempoh pengekalan ingatan (memory

retention duration) iaitu Memori Jangka Pendek (Short-Term Memory) dan Memori

Jangka Panjang (Long-Term Memory). Hafazan baru yang disimpan dalam Short-Term

Memory perlu dipindahkan ke Long-Term Memory melalui aktiviti pengulangan (tikrar)

dan aktiviti pembentangan di hadapan guru (tasmi’) bagi mengelakkan hafazan baru

hilang dalam tempoh masa 15 ke 30 saat. Perbincangan lanjut tentang hal ini

dibincangkan dalam 5.4.1.

Berkenaan dengan waktu menghafaz al-Quran, secara umumnya tidak ada

pengkhususan waktu bagi menghafaz al-Quran. Menurut Dr.Ahsin (2008), bagi pelajar

yang hanya menumpukan sepenuh masa dengan aktiviti hafazan al-Quran sahaja, maka

mereka boleh memaksimumkan penggunaan masa pada bila-bila masa yang sesuai.

Page 8: KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PENJADUALAN KELAS … gangguan, halangan dan amaran Allah S.W.T. serta kesukaran-kesukaran bagi seseorang itu menghafaz al-Quran, maka diperlukan suatu kaedah

8

Bagi pelajar yang mempunyai aktiviti selain hafazan seperti pembelajaran lain dan

aktiviti ko-kurikulum, mereka perlu memanfaatkan masa-masa yang terluang. Walau

bagaimanapun, terdapat lima waktu yang dianggap sesuai untuk menghafaz al-Quran.

Waktu-waktu tersebut ialah sebagaimana berikut iaitu waktu sebelum Subuh, selepas

Subuh sehingga terbit matahari, selepas bangun dari tidur tengah hari, selepas solat

fardhu, waktu di antara Maghrib dan Isyak. Antara faktor pemilihan waktu sebelum

subuh ialah kerana wujudnya suasana tenang pada waktu ini. Bahkan al-Quran

menghubungkan aktiviti qiamullaili pada waktu sebelum subuh bersama dengan aktiviti

membaca al-Quran. Imam al-Qarthubi (1989) dalam tafsirnya menjelaskan tentang had

masa waktu malam pada kalimah “الليل” dalam ayat kedua daripada surah al-Muzzammil

kepada permulaan tenggelam matahari sehingga terbit fajar. Sementara itu, Syed Qutb

(2000) menjelaskan bahawa menurut riwayat yang sah, pada kebiasaannya Rasulullah

SAW akan menunaikan solat witir tidak melebihi sebelas rakaat dan menghabiskan

lapan rakaat itu dalam masa kurang sedikit dari dua pertiga malam, dan Baginda SAW

membaca al-Quran dengan bacaan yang tartil. Seterusnya ia disebut juga pada surah

yang sama ayat 20. Selain itu, ianya ditegaskan juga dalam ayat ke 79 daripada surah

al-Isra’. Menurut al-Qarthubi (1989) kalimah “به” merujuk kepada al-Quran, ini bermakna

galakkan bertahajjut dengan (pembacaan) al-Quran. Tempoh masa Selepas Subuh

sehingga terbit matahari pula ada dinyatakan keberkatannya berdasarkan doa Baginda

SAW dalam sebuah hadis yang bermaksud : “Ya Allah berkatilah ummat pada awal

paginya ”(hadis diriwayatkan oleh at-Tabarani, Ahmad, ad-Darimi,Abu bawud dan at-

Tarmizi dan hadis ini dihukum berstatus Hasan oleh at-Tarmizi). Oleh itu, sewajarnya

perlu ada suatu kajian bagi mengetahui sejauh mana kesesuaian waktu tasmik dalam

hafazan al-Quran.

Menurut Zulkifli Mohamad al-Bakri (2013) bahawa setiap hari Rasulullah SAW akan

membaca ayat al-Quran yang diterimanya pada waktu malam.Selanjutnya para akan

mengulang ayat tersebut dengan konsisten sehingga sebati dalam dada mereka pada

waktu malam. Bahkan menurut as-Sabuni, sesiapa yang berjalan pada waktu malam di

Madinah dan melalui rumah para Sahabat SAW, mereka akan mendengar dengungan

yang kuat yang menandakan aktiviti pembacaan al-Quran di kalangan Sahabat SAW.

Walau bagaimanapun dalam menetapkan waktu memulakan hafazan, para ulama telah

menetapkan bahawa waktu paling baik bagi memulakan hafazan ialah pada waktu sahur

Page 9: KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PENJADUALAN KELAS … gangguan, halangan dan amaran Allah S.W.T. serta kesukaran-kesukaran bagi seseorang itu menghafaz al-Quran, maka diperlukan suatu kaedah

9

atau waktu sebelum subuh. Sebahagian ulama pula berpendapat waktu yang baik ialah

pada waktu petang.

Oleh itu, berdasarkan kepada dalil al-Quran dan pandangan ulama digabungkan dengan

teori neuro sains berkenaan dengan waktu menghafaz hafazan baru dan waktu tasmi’,

kesimpulan yang dapat dikemukakan bagi melaksanakan waktu aktiviti tasmi ialah

sebelum waktu subuh dan perlu sentiasa beriringan dengan waktu aktiviti hafazan baru.

Ini kerana waktu tersebut merupakan waktu terbaik untuk melaksanakan aktiviti hafazan

baru dan aktiviti tasmi’ perlu digabungkan bersama aktiviti hafazan baru. Ini bagi

memastikan pelajar yang melakukan aktiviti tikrar iaitu proses perpindahan maklumat

hafazan dari Short-Term Memory dapat dikukuhkan dengan aktiviti tasmi’ sebelum

dipindahkan ke Long-Term Memory. Selain itu, proses berurutan antara aktiviti tikrar

dengan aktiviti tasmi’ dalam waktu yang sama ini (waktu sebelum subuh) dapat

mengelakkan hafazan baru daripada hilang. Jika waktu tasmi’ dilaksanakan pada waktu

selepas subuh yang melibatkan jarak masa yang lama dengan waktu aktiviti tikrar,

dikuatiri pelajar akan terpaksa melakukan semula proses tikrar sebelum tasmi’ pada

selepas subuh tersebut. Walau bagaimanapun, proses tikrar kali kedua ini memakan

masa yang kurang berbanding aktiviti tikrar yang telah mereka lakukan sebelum subuh.

Rajah 1 dan Rajah 2 akan menjelaskan situasi pelaksanaan aktiviti tikrar dan aktiviti

tasmi ‘sebelum dan selepas subuh dalam waktu yang sama dan dalam waktu yang

berasingan.

Rajah 1 : Pelaksanaan Aktiviti Tikrar Dan Aktiviti Tasmi ‘Sebelum Subuh Dalam Waktu Yang

Sama.

Rajah 2 : Pelaksanaan Aktiviti Tikrar Dan Aktiviti Tasmi ‘Sebelum Subuh Selepas Subuh Dalam

Waktu Yang Berasingan.

SEBELUM SUBUH

Tikrar 1.0 -> Tasmik 1.0

SEBELUM SUBUH

Tikrar 1.0

SELEPAS SUBUH

Tikrar 2.0 -> Tasmik 1.0

Page 10: KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PENJADUALAN KELAS … gangguan, halangan dan amaran Allah S.W.T. serta kesukaran-kesukaran bagi seseorang itu menghafaz al-Quran, maka diperlukan suatu kaedah

10

Waktu seterusnya yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti tasmi’ ialah pada waktu

malam dan diikuti dengan waktu petang.

b) Kadar hafazan mempengaruhi pencapaian dan kualiti seseorang huffaz al-Quran.

Menurut Abdullah dan Rahman (2010) mengatakan bahawa hafalan Al-Quran terlalu

mudah untuk hilang dari ingatan kecuali mereka yang benar-benar memastikan

pemeliharaannya. Menurut Abdullah dan Rahman menyatakan bahawa menghafal ayat-

ayat al-Quran memerlukan kesabaran dan disiplin yang tinggi untuk mencapai jumlah

sasaran ayat-ayat yang perlu dihafal pada satu-satu masa. (Abdullah & Rahman, 2010).

Oleh itu sewajarnya perlu ada kajian bagi mengkaji Kadar Hafazan yang sesuai bagi

tempoh satu hari hafazan al-Quran.

c) Setiap orang memiliki suatu metode atau cara masing-masing di dalam menghafaz al-

Quran mengikut kesesuaian akalnya. Menurut Nor Musliza Mustafa dan Dr. Mokmin

Basri(2014) terdapat pelbagai teknik dan sistem yang digunakan di institusi menghafal

Al-Quran untuk memastikan pelaksanaan proses hafazan adalah teratur dan sistematik.

Proses pengulangan dalam ayat-ayat al-Quran menghafal dijalankan menggunakan

solat lima waktu dan zikir setiap hari untuk memastikan bahawa ayat-ayat Al-Quran

yang dihafal terpelihara (Nor Musliza Mustafa dan Dr. Mokmin Basri, 2014). Menurut

Abu Mazaayaa (1996: 3), pada dasarnya, setiap seorang hafiz itu memiliki suatu metode

atau cara masing-masing di dalam menghafaz al-Quran mengikut kesesuaian akalnya.

Oleh yang demikian, setiap orang hafiz perlu memilih cara yang lebih berkesan, singkat

masanya dan tahan lebih lama hafazannya. Justeru, perlu ada kajian bagi menganalisis

kaedah yang efektif dalam menghafal al-Quran

4. Laporan Tinjauan

Laporan ini lebih memfokuskan kepada jadual dan tempoh masa perjalanan kelas. Ia

dibahagikan kepada dua waktu utama iaitu waktu tasmi’ dan waktu I’adah.

4.1 Waktu Tasmik

4.1.1 Kebanyakan PPT melaksanakan kelas Tasmi’ bagi Hafazan Baru sesi pagi

bermula sekitar jam 6.15 atau 6.30 pagi hingga jam 7.30 pagi. Antara institusi yang

melaksanakannya ialah Maahad Tahfiz Darul Itqan al-Muhammadiah, Sabak Bernam

Page 11: KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PENJADUALAN KELAS … gangguan, halangan dan amaran Allah S.W.T. serta kesukaran-kesukaran bagi seseorang itu menghafaz al-Quran, maka diperlukan suatu kaedah

11

Selangor dan Madrasatul Quran Kubang Bujuk, Terengganu yang menggunakan

Kaedah Hafazan Deobandy, India (Maahad Tahfiz Darul Itqan al-Muhammadiah) dan

Maahad Tahfiz Kiblah, Sungai Merab Jaya Selangor. (Maahad Tahfiz Kiblah) Bagi

Maahad Tahfizul Quran al-Bukhari, Pasir Puteh Kelantan, kelas Tasmi’ bagi Hafazan

Baru berakhir sedikit lewat iaitu pada jam 8.00 pagi. Walau bagaimanapun, bagi Maahad

Tahfiz Darul Itqan al-Muhammadiah dan Madrasatul Quran Kubang Bujuk

membenarkan pelajar untuk Tasmi’ bagi Hafazan Baru pada sesi kelas jam 8.30 hingga

11.00 pagi iaitu kelas ulangan hafazan mingguan atau kelas sepenuh masa.

4.1.2 Manakala Tahfiz al-Quran Darul Tuba,Tangkak Johor yang menggunakan

Kaedah Hafazan Turki pula memulakan sesi Tasmi’ bagi Hafazan Baru bermula jam

10.30 pagi hingga jam 12.00 tengah hari. PPT ini terlebih dahulu memulakan sesi

paginya dengan kelas yang dikenali dengan Ders 1 dan Ders 2 masing-masing pada

jam 6.30 hingga 7.30 pagi dan 8.30 hingga 10.30 pagi. Menurut kaedah hafazan turki

kelas ini akan melibatkan aktiviti membaca al-Quran dengan jelas secara berulang-ulang

(articulate repeated verses of the Quran). (Sedek Ariffin, Mustaffa Abdullah, Khadher

Ahmad, 2015)

4.1.3 Sistem Pendidikan Tahfiz yang dilaksanakan di Sekolah Menengah Kementerian

Pendidikan Malaysia juga melaksanakan kelas bermula jam 6.30 pagi hingga 7.30 pagi.

Walau bagaimanapun kelas ini ialah kelas persiapan hafazan baru dan talaqqi. Kelas

Tasmi’ bagi Hafazan Baru adalah bermula jam 7.30 pagi hingga jam 9.30 pagi. Bagi

Institut al-Quran Kuala Lumpur kelas hafazan dan tasmi’ hafazan di hadapan guru

dilaksanakan bermula jam 7.30 hingga jam 10.00 pagi.

4.1.4 Maahad Tahfiz al-Quran Pulai Chondong Machang Kelantan pula melaksanakan

kelas tasmi’ pada jam 7.30 pagi hingga jam 9.00 pagi. Kelas ini ialah kelas Tasmi’ dan

murajaah hafazan baru. Bagi MRSM Ulul Albab,mereka memulakan kelas Tasmi’ bagi

Hafazan Baru bermula jam 7.40 hingga jam 9.00 pagi.

4.1.5 Pusat Tahfiz Muaz bin Jabal, Kota Baharu Kelantan melaksanakan kelas Tasmi’

bagi Hafazan Baru bermula jam 3.30 petang hingga jam 5.15 petang. PPT ini

menggunakan kaedah hafazan Mekah. Jadual Kelas Tasmi’ bagi Hafazan Baru Pusat

Pengajian Tahfiz boleh dilihat daripada Jadual 1.

Page 12: KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PENJADUALAN KELAS … gangguan, halangan dan amaran Allah S.W.T. serta kesukaran-kesukaran bagi seseorang itu menghafaz al-Quran, maka diperlukan suatu kaedah

12

Jadual 1 : Jadual Kelas Tasmi’ bagi Hafazan Baru Pusat Pengajian Tahfiz

Pusat Pengajian Tahfiz Waktu Tasmi’ bagi Hafazan

Baru

Tempoh

Madrasatul Quran Kubang Bujuk,

Terengganu

6.15 - 7.30 pagi 1 jam 15 minit

Institut al-Quran Kuala Lumpur 8.00 - 10.00 pagi 2 jam

Maahad Tahfiz Kiblah 6.30 - 7.30 pagi 1 jam

Maahad Tahfiz Darul Itqan al-

Muhammadiah

6.15 - 7.15 pagi 1 jam

Maahad Tahfiz al-Quran Pulai

Chondong

7.30 - 9.00 pagi 1 jam 30 minit

Sekolah Menengah Tahfiz

Kementerian Pendidikan

Malaysia

7.30 - 9.20 pagi 1 jam 50 minit

MRSM Ulul Albab 7.40 - 9.00 pagi 1 jam 20 minit

Tahfiz al-Quran Darul Tuba 10.30 - 12.00 pagi 2 jam 30 minit

Maahad Tahfizul Quran al-

Bukhari

6.30 - 8.00 pagi 1 jam 30 minit

Pusat Tahfiz Muaz bin Jabal 3.30 - 5.15 petang 1jam 45 minit

4.2 Waktu I’adah

Secara umumnya PPT menggabungkan I’adah dengan aktiviti hafazan baru walaupun

kelas rasmi tersebut merupakan kelas I’adah. Ini disebabkan jadual waktu I’adah

berlangsung dalam tempoh masa yang lama. Contoh PPT yang terlibat ialah Madrasatul

Quran Kubang Bujuk, Maahad Tahfiz Kiblah, Maahad Tahfizul Quran al-Bukhari,

Maahad Tahfiz Darul Itqan al-Muhammadiah. PPT ini melaksanakan kelas I’adah sekitar

3 jam. Manakala PPT yang melaksanakan kelas I’adah sekitar 2 jam dan ke bawah tidak

melaksanakan aktiviti tasmi hafazan baru dalam kelas I’adah. Antara PPT tersebut ialah

MRSM Ulul albab, Tahfiz al-Quran Darul Tuba dan Institut al-Quran Kuala Lumpur.

Jadual menunjukkan Kelas I’adah Institusi Pendidikan Tahfiz (PPT)

Page 13: KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PENJADUALAN KELAS … gangguan, halangan dan amaran Allah S.W.T. serta kesukaran-kesukaran bagi seseorang itu menghafaz al-Quran, maka diperlukan suatu kaedah

13

Jadual 2 : Jadual Kelas I’adah Pusat Pengajian Tahfiz

Pusat Pengajian Tahfiz Waktu I’adah Tempoh

Madrasatul Quran Kubang Bujuk,

Terengganu

8.30 hingga 11.00 pagi 2 jam 30 minit

Institut al-Quran Kuala Lumpur 2.30 hingga 3.30 petang 1 jam

Maahad Tahfiz Kiblah 8.30 hingga 11.30 pagi 3 jam

Maahad Tahfiz Darul Itqan al-

Muhammadiah

8.30 hingga 11.30 pagi 3 jam

Maahad Tahfiz al-Quran Pulai

Chondong

7.30 hingga 9.00 pagi 1 jam 30 minit

Sekolah Menengah Tahfiz

Kementerian Pendidikan

Malaysia

7.30 - 9.20 pagi 1 jam 50 minit

MRSM Ulul albab 2.00 hingga 2.40 petang

5.00 hingga 5.30 petang

40 minit

30 minit

Tahfiz al-Quran Darul Tuba 6.30 - 7.30 pagi

8.30 hingga 10.30 pagi

1 jam

2 jam

Maahad Tahfizul Quran al-

Bukhari

8.50 hingga 11.30 pagi 2 jam 40 minit

Pusat Tahfiz Muaz bin Jabal 5.30 hingga 9.15 malam 3 jam 45 minit

5. Analisis Data

5.1 Waktu Tasmi’

Berdasarkan dapatan di atas, secara tradisinya di kebanyakan institusi tahfiz

memperkenalkan kelas tasmik pada sebelah pagi. Kelas bermula seawal jam 6.15 pagi

sehingga 12.00 tengah hari. Walau bagaimanapun ada Maahad Tahfiz yang memulakan

kelas tasmik pada sebelah petang iaitu dari jam 3.30 petang sehingga jam 5.30 petang

iaitu Pusat Tahfiz Muaz bin Jabal.

Pusat Tahfiz Muaz bin Jabal memulakan sesi tasmi hafazan baru berserta

dengan I’adah hafazan lama pada jam 3.00 hingga 5.15 petang. Pelajar diwajibkan

memperdengarkan hafazan baru dengan disertakan terlebih dahulu hafazan lama.

Pelajar yang tidak berjaya memperdengarkan hafazan lama tidak akan dibenarkan untuk

Page 14: KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PENJADUALAN KELAS … gangguan, halangan dan amaran Allah S.W.T. serta kesukaran-kesukaran bagi seseorang itu menghafaz al-Quran, maka diperlukan suatu kaedah

14

meneruskan hafazan baru. Ini bersesuaian dengan kaedah hafazan mekah yang

dilaksanakan.

Kaedah Mekah ini merupakan kaedah yang ringkas dan mudah untuk

dilaksanakan kerana hanya memerlukan masa selama empat jam sahaja untuk sesi

kelas menghafaz. Di Mekah sesi kelas bermula selepas asar hingga solat isyak sahaja.

Bagi Pusat Tahfiz Muaz bin Jabal ini, baki sesi kelas iaitu kelas selepas asar sehingga

isyak ialah kelas murajaah hafazan lama. Kaedah Mekah ini justeru amat sesuai kepada

semua golongan pelajar yang belajar secara formal di Sekolah Rendah Kebangsaan

atau Sekolah Menengah Kebangsaan pada waktu pagi dan memperuntukkan masa

waktu petang dan malam bagi kelas tahfiz al-Quran.

5.2 Aktiviti Sebelum Kelas Tasmi’

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak ada aktiviti pembelajaran sebelum kelas

tasmi’. Hanya kelas persiapan hafazan baru sahaja diadakan sebelum kelas tasmi’.

Kelas pembelajaran lain diadakan selepas kelas tasmi’. Ini menunjukkan bahawa aturan

jadual kelas yang sesuai bagi PPT ialah seperti berikut :

i) Kelas Persiapan Hafazan Baru

ii) Kelas Tasmi’ Hafazan Baru

iii) Kelas Pembelajaran Lain

Dari aspek pecahan kelas hafazan al-Quran pula, Kelas Hafazan al-Quran

terbahagi kepada empat pembahagian berikut :

i) Kelas Persiapan Hafazan Baru

ii) Kelas Tasmi’ Hafazan Baru

iii) Kelas Murajaah Hafazan Baru

iv) Kelas I’adah Hafazan Lama

Walau bagaimanapun, terdapat PPT yang menggabungkan I’adah dengan

aktiviti tasmi’ hafazan baru walaupun kelas rasmi tersebut merupakan kelas I’adah. Ini

disebabkan jadual waktu I’adah berlangsung dalam tempoh masa yang lama. Contoh

PPT yang terlibat ialah Madrasatul Quran Kubang Bujuk, Maahad Tahfiz Kiblah, Maahad

Tahfizul Quran al-Bukhari, Maahad Tahfiz Darul Itqan al-Muhammadiah. PPT ini

melaksanakan kelas I’adah sekitar 3 jam. Manakala PPT yang melaksanakan kelas

I’adah sekitar 2 jam dan ke bawah tidak menggabungkan aktiviti tasmi hafazan baru

Page 15: KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PENJADUALAN KELAS … gangguan, halangan dan amaran Allah S.W.T. serta kesukaran-kesukaran bagi seseorang itu menghafaz al-Quran, maka diperlukan suatu kaedah

15

dengan aktiviti I’adah. Antara PPT tersebut ialah MRSM Ulul albab, Tahfiz al-Quran

Darul Tuba dan Institut al-Quran Kuala Lumpur. Tidak ada penggabungan aktiviti kelas

persiapan hafazan baru dengan kelas-kelas hafazan yang lain. Rumusannya, tidak ada

penggabungan aktiviti kelas persiapan hafazan dengan aktiviti kelas lain. Manakala

aktiviti kelas I’adah digabungkan dengan aktiviti tasmi’.

5.3 Aktiviti Murajaah

Berkenaan dengan aktiviti Murajaah Hafazan Baru dan I’adah Hafazan Lama, perlu ada

kesinambungan antara kedua-dua aktiviti tersebut melalui aktiviti dalam kelas. Beberapa

PPT melaksanakan aktiviti Murajaah Hafazan Baru kemudian diikuti dengan Tasmi’

Hafazan Baru dan akhir sekali disertakan dengan aktiviti I’adah Hafazan Lama. Ini

terbukti bagi PPT yang melaksanakan kaedah hafazan Mekah dan Turki. Selain

daripada itu, faktor masa dan rekod adalah penting sebagai instrumen pelengkap

memastikan kedua-dua aktiviti berkenaan berlangsung dengan selaras dan seimbang.

5.4 Faktor Sokongan Pengukuhan Hafazan

5.4.1 Kesihatan Otak

Terdapat kajian sains yang mengemukakan perbandingan antara bidang Neurologi dan

Islam yang dikemukanan oleh Rohaida Mohamed Saat (2011) yang menjelaskan

bahawa Pengkajian Neurologi adalah bidang kajian yang membincangkan isu berkaitan

hafazan yang merupakan aktiviti yang paling utama dalam proses hafazan al-Quran.

Dalam bidang Neurologi pengulangan maklumat yang berkaitan adalah dititik beratkan

sama ada menggunakan visual, bunyi vokal, auditori dan maklum balas. Aktiviti ini

dikenali sebagai aktiviti “takrir” dalam proses hafazan al-Quran dan asas aktiviti ini

dalam neurologi adalah untuk menguatkan “interneuron synapses”(sejenis saraf neuron

perhubungan).

Aktiviti pengulangan verbal membantu pembentukan memori kerana melibatkan

pengaktifan “motor pathways ” (laluan motor) berserta dengan gabungan maklumat

tambahan yang diproses oleh “auditory system” (sistem pendengaran). Oleh itu, amalan

Nabi Muhammad SAW memperdengarkan bacaan al-Quran dengan Jibril a.s boleh

menghasilkan kesan yang sama. Mengambil maklum balas daripada pihak yang lebih

pakar bagi tujuan semakan dan pengesahan pembetulan bagi kesalahan telah

Page 16: KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PENJADUALAN KELAS … gangguan, halangan dan amaran Allah S.W.T. serta kesukaran-kesukaran bagi seseorang itu menghafaz al-Quran, maka diperlukan suatu kaedah

16

membentuk strategi yang bagus bagi menukarkan “Short Term-Memory” (STM) kepada

“Long Term-Memory” (LTM).

Penguasaan bahasa Arab yang membawa kepada kemampuan untuk

memahami kronologi penceritaan dalam al-Quran dapat membantu menghafaz al-

Quran. Dari perspektif neurosains, cara ini melibatkan kedua-dua semantic memory

(memori berbentuk perkataan) dan procedural memory (memori berbentuk urutan

peristiwa).

Ahli Psikologi dan Neuro sains juga mendapati bahawa proses ingatan

mempunyai tiga tahap iaitu proses Pengekodan (Encoding), Pengekalan( Retention) dan

panggilan semula (recall). Semasa proses Encoding berlaku, maklumat daripada Short-

Term Memory dipindahkan ke Long Term Memory. Pada peringkat ini bahagian otak

yang terlibat ialah Hippocampus iaitu bahagian otak yang berfungsi untuk melaksanakan

proses encoding dan pembentukan memori (Hafeezullah Amin and Aamir S.

Malik,2013).Menurut Lutz, S., dan Huitt, W.(2003), Short-Term Memory mempunyai

keupayaan yang terhad dan maklumat baru tanpa latihan (unrehearsed information)

akan hilang dalam tempoh masa 15 hingga 30 saat jika tidak ada sebarang tindakan

susulan. Terdapat cara yang berkesan bagi memastikan kualiti maklumat baru dalam

Short-Term Memory. Antaranya ialah dengan cara pengulangan (rote) atau melakukan

latihan pengekalan (maintenance rehearsal). Walau bagaimanapun, cara ini hanya untuk

menyimpan maklumat sehingga ia boleh ke proses selanjutnya. Proses latihan

pengekalan ini mengandungi aktiviti pengulangan terhadap maklumat baru. Selanjutnya,

Lutz, S., dan Huitt, W.(2003) menyimpulkan bahawa sebarang bentuk aktiviti

pembelajaran, maklumat baru perlu dipindahkan ke Long-term Memory. Oleh itu

pengulangan dan latihan pengekalan tidak mencukupi untuk menghasilkan kesan yang

berkekalan. Hal ini mempunyai kaitan yang kukuh dengan aktiviti pembelajaran, kerana

jika tujuan pendidikan adalah pembelajaran maka maklumat perlu dibentangkan dalam

apa-apa cara sehingga membolehkannya dimasukkan ke dalam struktur memori.

Menurut Very Julianto dan Magda Bhinnety Etsem (2011), Long Term Potentian

(LTP) adalah suatu yang amat kompleks berkaitan dengan belajar dan mengingat. Untuk

dapat mencipta LTP maka dapat diciptakan gelombang theta. Gelombang theta akan

dihasilkan oleh tubuh pada saat tubuh manusia dalam emosi yang kuat dan pada titik

konsentrasi tertinggi. Komunikasi dengan Tuhan didapati berlaku pada fasa ini. Aktiviti

keagamaan seperti meditasi dan berdoa boleh menghasilkan gelombang theta ini.

Page 17: KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PENJADUALAN KELAS … gangguan, halangan dan amaran Allah S.W.T. serta kesukaran-kesukaran bagi seseorang itu menghafaz al-Quran, maka diperlukan suatu kaedah

17

Bahkan terdapat banyak kajian yang menyatakan bahawa pada gelombang theta inilah

terdapatnya titik yang dikenali sebagai “God Spot”.

John Gruzelier(2008) menjelaskan ketika aktiviti meditasi berlaku, gelombang

theta dapat dihasilkan disertai dengan situasi ketenangan yang mendalam. Aktiviti

meditasi juga meningkatkan gelombang theta dan mengurangkan gelombang alpha

selain meningkatkan kepaduan gelombang theta melalui penghasilan elektrod distal

(distal electrode) dalam kedua-dua bahagian dimensi kaudal dan lateral (caudal and

lateral dimensions) daripada EEG topografi (topographic EEG).

Menurut Doug Booth(2005) kedudukan seseorang adalah penting ketika

melakukan aktiviti meditasi. Selain itu, bagi meditasi jenis gunung (mountain meditation)

memerlukan pelaku menggambarkan bentuk gunung yang sesuai sehingga

menimbulkan ketenangan. Dalam masa yang sama pengamal juga di galakkan

menyebut secara perlahan perkataan gunung tersebut. Bagi meditasi sembahyang

berpusat (centering prayer meditation), pengamal perlu melakukan bacaan ayat suci

(sacred word) yang mempunyai makna yang mendalam sehingga mampu

menghubungkan pengamal dengan tuhan.

Kajian yang dilakukan oleh Fatimah Ibrahim e.t.l (2008) pula mendapati ibadat

solat menghasilkan keadaan tenang pada otak. Ketenangan maksimum dapat dicapai

apabila seseorang berada dalam keadaan sujud bahkan sebahagian pengkaji mendapati

ketenangan terhasil mungkin akibat dari perlakuan tamakninah.

Justeru aktiviti hafazan al-Quran boleh diterapkan dalam solat kerana solat

mempunyai ciri-ciri yang sama dengan meditasi yang mampu menghasilkan gelombang

theta. Di dalam solat seseorang muslim perlu berada dalam keadaan berdiri dan turut

perlu membaca bacaan ayat-ayat al-Quran. Bahkan dalam setiap pergerakan dalam

solat perlu disertakan dengan bacaan-bacaan zikir tertentu (Fatimah Ibrahim e.t.l, 2008).

Ketika pembacaan al-Quran dalam solat seorang muslim yang memahami makna ayat

al-Quran akan membayangkan objek-objek dan suasana-suasan yang dinyatakan dalam

ayat tersebut. Sebagai contoh, jika ayat al-Quran tersebut menceritakan tentang

kenikmatan syurga, ketenangan air yang mengalir di dalamnya, suasana taman buah-

buahan yang damai dan lain-lain gambaran yang menenangkan, akan menyokong

keadaan tafakur seorang muslim tersebut di dalam solat. Ini membuktikan bahawa ayat

suci al-Quran yang dihafazan dan disusuli dengan membacanya dalam solat merupakan

teknik paling optimum dalam memastikan keadaan tenang yang juga ingin dicapai oleh

pengamal meditasi. Selain itu, dapatan ini juga menyokong bahawa kenapa terdapat

Page 18: KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PENJADUALAN KELAS … gangguan, halangan dan amaran Allah S.W.T. serta kesukaran-kesukaran bagi seseorang itu menghafaz al-Quran, maka diperlukan suatu kaedah

18

banyak ayat al-Quran mengemukakan ayat-ayat berkenaan dengan taman-taman, air

mengalir, buah-buahan,gunung-ganang, kerehatan dan suasana-suasana lain yang

menghasilkan ketenangan kepada pembacanya.

Selain itu masalah stres yang dialami oleh manusia dapat dipulihkan melalui

aktiviti solat yang boleh menghasilkan ketenangan dan mampu mewujudkan gelombang

theta. Ini disebabkan oleh faktor solat yang mempunyai bacaan zikir dan bacaan zikir

mampu memberi kenenangan kepada hati (Danial Zainal Abidin,2009). Jalal Muhammad

(2008) pula menjelaskan keseluruhan aktiviti sujud,istirahat, kembali berdiri sebelum

sujud dan pergerakan lain dalam solat telah membantu mengurangkan darah pada otak.

Ini amat bertepatan dengan al-Quran daripada Surah al-Ra’d ayat 28 yang bermaksud :

“Orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah".

ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

Berdasarkan kepada perbincangan Ahli Psikologi dan Neuro sains tersebut maka

aktiviti pengajaran dan pembelajaran hafazan al-Quran yang bermula dengan aktiviti

menghafaz hafazan baru dan tasmi’ ada kaitannya dengan bidang Psikologi dan Neuro

Sains. Aktiviti hafazan baru dilakukan dalam proses pengekodan di mana hafazan baru

berfungsi sebagai maklumat baru yang masih berada dalam Short-Term Memory yang

akan dipindahkan ke Long-Term Memory. Pada tahap ini, hafazan baru tersebut perlu

sentiasa diulang atau melibatkan latihan pengekalan yang sesuai dikenali sebagai tikrar

supaya ia bersedia untuk dipindahkan ke Long-Term Memory. hafazan baru tersebut

akan hilang dalam tempoh masa 15 ke 30 saat jika tidak dilibatkan dengan aktiviti

pengulangan atau latihan pengekalan. Bagi menjamin hafazan baru tersebut kekal di

dalam Long-term Memory, maka hafazan baru tersebut perlu dibentang di hadapan guru

melalui aktiviti tasmi’. Penjelasan berkaitan dengan hal ini dapat dijelaskan dalam bentuk

gambar rajah seperti berikut :

Page 19: KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PENJADUALAN KELAS … gangguan, halangan dan amaran Allah S.W.T. serta kesukaran-kesukaran bagi seseorang itu menghafaz al-Quran, maka diperlukan suatu kaedah

19

5.4.2 Gelombang Otak

Berkaitan dengan kajian sains gelombang otak, terdapat kajian yang telah

dikemukakan oleh Megan Nelson (2011) gelombang otak mempunyai lima tahap iaitu

gelombang delta,gelombang theta, gelombang alpha, gelombang beta dan gelombang

gamma. Gelombang delta adalah gelombang yang paling rendah dan yang tertinggi

dalam amplitud. berlaku di bawah 4 Hz dan dikaitkan dengan keadaan sewaktu tidur.

Gelombang theta adalah di antara 4 hingga 7 HZ dan dikaitkan dengan meditasi dan

situasi tenang yang mendalam seperti dalam keadaan tenang yang memukau dan

berlaku dalam dentuman yang pendek. Gelombang alpha adalah di antara 8 hingga 13

Hz yang berlaku ketika mula sedar dari saat ketenangan, fikiran melayang-layang.

Gelombang beta berlaku di antara 14 hingga 38 Hz apabila seseorang individu berfikir

secara aktif, menyelesaikan masalah, memberi tumpuan penuh dan saat ketakutan.

Gelombang gamma berlaku di antara 40 Hz dan ke atas. gelombang ini melibatkan

aktiviti mental yang tinggi termasuk berada dalam keadaan sedar dan daya tanggapan.

Proses Pengulangan dan

Latihan Pengekalan

Hafazan Baru

Pembentangan Hafazan

Baru dengan guru

2. Tikrar 3. Tasmi’

Proses

Hafazan Baru disimpan dalam

Long-Term Memory

1. Ayat al-

Quran yang

belum dihafaz

Page 20: KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PENJADUALAN KELAS … gangguan, halangan dan amaran Allah S.W.T. serta kesukaran-kesukaran bagi seseorang itu menghafaz al-Quran, maka diperlukan suatu kaedah

20

Brent Phillips (2008) ada membincangkan tentang salah tanggapan berkenaan

dengan gelombang otak. Menurutnya, sesetengahan orang beranggapan bahawa

terdapat sejenis sahaja gelombang otak yang berlaku dalam satu masa. Sebenarnya,

gelombang otak berlaku dengan aktif pada setiap masa. Gelombong otak beta, alpha,

theta,gamma dan delta sentiasa wujud serentak. walau bagaimanapun, dalam satu

masa, terdapat satu daripada gelombang otak yang lebih kuat berbanding gelombang

yang lain. Gelombang tersebut akan mencatatkan bacaan amplitud pada pengujian

electroencephalogram (EEG) yang lebih tinggi. Sebagai contoh, dalam pengujian EEG,

di dapati bacaan amplitud gelombong otak bagi seorang individu ialah 3 bagi gelombang

alpha, 10 bagi gelombang beta manakala gelombang theta adalah 2. Dengan bacaan

implitud ini, gelombang otak individu berkenaan ialah pada tahap gelombang beta. Pada

tahap gelombang otak beta ini, gelombang otak yang lain tetap ada. Tetapi gelombang

yang lain tidak sekuat gelombang beta. Dalam penjelasan yang sama juga Brent Phillips

menjelaskan bacaan amplitud dalam pengujian EEG terhadap aktiviti akan menunjukkan

angka yang menepati jenis-jenis gelombang otak. Sebagai contoh, jika kita melakukan

aktiviti membaca buku, maka bacaan amplitud kita akan menunjukkan bacaan

gelombang otak beta iaitu sekitar 13 hingga 22 Hz.

Ini menunjukkan bahawa gelombang otak dapat dihasilkan dan dikenal pasti

melalui aktiviti yang dilakukan ole manusia. Beberapa kajian terutama dalam bidang

psikologi dan neuro sains yang melakukan kajian gelombang otak terhadap aktiviti-

aktiviti tertentu. Very Julianto (2011) melakukan kajian bagi melihat kesan aktiviti

pembacaan al-Quran terhadap analisis keupayaan memori jangka pendek melalui

perubahan ke atas gelombang otak. Hasil kajian oleh Bc. Jakub Kraus (2015)

menunjukkan bahawa frekuensi rentak binaural sepadan dengan gelombang alpha

aktiviti otak dan mempunyai kesan positif sementara kepada kapasiti ingatan kerja.

Menurut Ke Wu e.t.l (t.t), terdapat beberapa kajian telah melaporkan bahawa

peningkatan gelombang alfa terhadap tindak balas pendedahan elektromagnet EMF

bagi panggilan telefon bimbit. Kajian yang dilakukan oleh Nicole Hurless e.t.l (2013)

adalah untuk menilai kesan muzik dan tempo pada corak pengaktifan otak terhadap 10

individu bukan pemuzik. Kajian ini memerhatikan peningkatan amplitud gelombang

alpha apabila peserta mendengar genre pilihan mereka. Hasil kajian ini menunjukkan

gelombang Alpha ini tidak terjejas dengan ketara terhadap tempo yang dipilih.

Sebaliknya gelombang beta amplitud meningkat dengan ketara dengan peningkatan

tempo. Selain itu, terdapat juga kajian yang mengaitkan gelombang otak aktiviti

Page 21: KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PENJADUALAN KELAS … gangguan, halangan dan amaran Allah S.W.T. serta kesukaran-kesukaran bagi seseorang itu menghafaz al-Quran, maka diperlukan suatu kaedah

21

bertafakur. Nor Azah Abdul Aziz (2011), menjelaskan bahawa gelombang otak dalam

keadaan tenang (gelombang alpha) meningkat semasa aktiviti bertafakur jika

dibandingkan dengan keadaan sebelum dan selepas meditasi. Kajian ini selanjutnya

mengemukakan beberapa aspek persamaan aktiviti solat dengan meditasi dan aktiviti

tafakur. Ini turut disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Fatimah Ibrahim e.t.l (2008).

Oleh itu, dalam Islam waktu yang optimum gelombang otak tenang berlaku iaitu

gelombang alpha dan theta ialah pada waktu sebelum subuh. Ini kerana pada waktu ini,

Islam menganjurkan umatnya supaya melakukan ibadah solat sebagaimana yang

disarankan dalam surah al-Muzammil ayat 2 hingga 7 dan ayat 20 serta dalam Surah al-

Isra’ ayat 79. Pelaksanaan ibadah solat menyebabkan terhasilnya gelombang alpha dan

theta.

5.4.3 Umur

Manakala faktor umur juga penting yang mana ia berkait rapat dengan

keberkesanan hafazan. Menurut Dr Ahsin Wijaya dalam bukunya Bimbingan Praktis

Menghafal al-Quran bahawa sebenarnya tiada batasan usia tertentu secara mutlak

untuk menghafal al-Quran, tetapi tidak dapat dinafikan bahawa tahap umur seseorang

memang mempengaruhi keberkesanan hafalan Quran. Seorang penghafal yang berusia

muda lebih berpotensi daya ingatannya terhadap apa yang dibaca dan dihafal

berbanding dengan mereka yang berusia lanjut sekalipun ia tidak bersifat mutlak(Dr.

Ahsin : 2008). Namun demikian, ia tidak bererti bahawa usia tua tidak boleh atau tidak

mampu untuk menghafal al-Quran lagi. Ramai di antara Sahabat Nabi SAW yang

menghafal ketika usia tua yang mana ia didorong oleh semangat dan keimanan mereka

yang tinggi. Ia sebagaimana Hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ibn Abbs RA

bahawa Nabi bersabda :

لرجل حفظ الغالم كالوسمة في الحجر، وفي رواية: كالنقش في حجر، وحفظ ا

بعدما كبر ككتاب على الماء

Maksudnya : Hafalan diusia muda umpama mengukir di atas batu, sedangkan hafalan setelah dewasa umpama menulis di atas air.(Hadis riwayat Khatib dan al-Dailami, dihukum Daif oleh Abu al-Hatim al-Razi, al-Azdi dan al-Hazabi)

Menurut Dr. Ahsin lagi bahawa usia yang relatif muda belum banyak terbeban

dengan masalah kehidupan yang memberatkannya sehingga ia akan lebih cepat

Page 22: KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PENJADUALAN KELAS … gangguan, halangan dan amaran Allah S.W.T. serta kesukaran-kesukaran bagi seseorang itu menghafaz al-Quran, maka diperlukan suatu kaedah

22

menciptakan tumpuan untuk mencapai sesuatu yang diinginkan. Maka usia yang ideal

untuk menghafal adalah berkisar antara usia 6 hingga 21 tahun (Dr. Ahsin : 2008).

5.4.4 Perekodan

Selain daripada itu, aspek perekodan bagi aktiviti hafazan juga perlu diberi

perhatian. Ini bagi memastikan aspek prestasi hafazan dan ulangkaji dapat direkodkan

dan penting sebagai bahan rujukan pada masa yang diperlukan. Bagi Sekolah

Menengah Tahfiz Kementerian Pendidikan Malaysia, guru tahfiz perlu merekodkan

aktiviti Tasmik, Murajaah Hafazan Baharu, Murajaah Hafazan Lama, Murajaah

Mingguan dan Fiqh al-Ayat dalam buku rekod yang dibekalkan. Begitu juga dengan

beberapa PPT yang lain. Bahkan Tahfiz al-Quran Darul Tuba yang menggunakan

kaedah hafazan Turki memiliki keistimewaan yang tersendiri disebabkan oleh

penggunaan Jadual Hafazan yang lebih menyeluruh dan sistematik.

5.4.4 Komitmen Guru

Faktor komitmen guru juga amat penting di dalam kelancaran sesuatu proses

tasmi’. Guru adalah pembimbing dan pendengar, malah juga penyemak bacaan pelajar.

Samada dari segi hafazan dan juga tajwidnya. Menurut Dr.Ahsin (2008) menyatakan

bahawa hafalan yang ditasmi’kan atau diperdengarkan kepada guru akan mempunyai

nilai yang berbeza dengan hafalan yang tidak di tasmi’kan kepada guru. Dengan

demikian banyaknya (masa) pertemuan dengan guru akan membentuk hafalan yang

baik dan kuat(Dr. Ahsin : 2008). Lebih-lebih lagi yang melibatkan masa untuk 2 proses

asas tasmi’ iaitu menghafal dan mengekalkan hafalan. Disamping itu, aspek komitmen

guru yang tinggi juga perlu diambil kira serta tidak terlalu membebankan mereka dengan

tugasan-tugasan lain yang boleh mengganggu tumpuan dan sesi kelas tasmi’ yang

berlangsung. Malah terdapat larangan (dari segi adab) bagi pelajar untuk

memperdengarkan bacaannya kepada guru ketika mana gurunya dalam keadaan sibuk.

Ia disebut oleh Imam Nawawi dalam Kitab al-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran

menyatakan bahawa diantara adab-adab lain yang mesti dipelihara oleh pelajar ialah

janganlah dia membaca pelajarannya dengan gurunya sedangkan ketika itu hati gurunya

sibuk dengan perkara lain. Kerana ini boleh menghalang gurunya daripada memberikan

sepenuh perhatian dan kecergasan. Dia hendaklah mengambil kesempatan pada waktu-

waktu gurunya berada dalam keadaan cergas.(al-Nawawi)

Page 23: KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PENJADUALAN KELAS … gangguan, halangan dan amaran Allah S.W.T. serta kesukaran-kesukaran bagi seseorang itu menghafaz al-Quran, maka diperlukan suatu kaedah

23

Terdapat beberapa PPT seperti kelas tahfiz Ulul Albab KPM, MRSM Ulul Albab

dan IQKL yang mana guru-guru tasmi’ juga yang terlibat dengan proses P&P lain selain

kelas tasmi’. Malah juga terdapat guru-guru tasmi’ di beberapa PPT yang terlibat dengan

pengurusan dan pentadbiran secara langsung dan tidak langsung.

Rujukan

Page 24: KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PENJADUALAN KELAS … gangguan, halangan dan amaran Allah S.W.T. serta kesukaran-kesukaran bagi seseorang itu menghafaz al-Quran, maka diperlukan suatu kaedah

24

Azmil Hashim, Ab. Halim Tamuri dan Misnan Jemali (2013). Latar Belakang Guru Tahfiz Dan

Amalan Kaedah Pengajaran Tahfiz Al-Quran Di Malaysia. The Online Journal of Islamic

Education. Vol. 1 Issue 1 28-39.

Abdullah, U. A. H. B. H., Salamon, P. M. D. H. , Suratman, U. A. S., Noor, U. S. S. B. M., Jasmi,

U. K. A., & Darawi, U. A. B. B. S. @. (2005). Sistem Pembelajaran dan Kaedah Hafazan

Al-QuranYang Efektif : Satu Kajian di Kuala Lumpur dan Terengganu.

Al-Qurtubi, Syamsuddin Abu Abdullah. (1989). Al-Jami’ li Ahkam al-Quran alKarim. Kairo: Dar

al-Gad al-Arabi.

Abdul Hafiz, A., & Norhanan, A. R. (2010). Kaedah Hafazan Al-Quran Sistem Turki: Kajian Di

Tahfiz Al-Quran Darul Tuba. Jurnal Teknologi 2.

Bc. Jakub Kraus.(2015). The effect of binaural beats on working memory capacity

Brent Phillips.(2008). Where Science Meets Spirit: The Formula for Miracles.

Danial Zainal Abidin.(2009). Quran SAintifik Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada

Teropong Sains.PTS Millenia Sdn Bhd. Kuala Lumpur

Entwistle, N., & Entwistle, D. (2003). Preparing for Examinations: The Interplay of Memorizing

and Understanding, and the Development of Knowledge Objects. Higher Education

Research & Development. Doi :10.1080/0729436032000056562

Fatimah Ibrahim, Wak Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.(2008).Solat : Kebaikan Dari

Perspektif sains. Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

Gabe Turow.(2005). Auditory Driving As A Ritual Technology : A Review and Analysis. Stanford

university

Ke Wu e.t.l (t.t). The Effect Of High Frequency Radio Waves On Human Brain Activity: An EEG

Study.Journal of Undergraduate Life Scineces. University Of Toronto.Kanada.

Page 25: KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PENJADUALAN KELAS … gangguan, halangan dan amaran Allah S.W.T. serta kesukaran-kesukaran bagi seseorang itu menghafaz al-Quran, maka diperlukan suatu kaedah

25

John Gruzelier(2008) A theory of alpha/theta neurofeedback, creative performance

enhancement, long distance functional connectivity and psychological integration.

University of London.London

Jalal Muhammad al-Syafi’i.(2008). Kuasa Di Sebalik Solat. al-Hidayah Publication. Kuala

Lumpur.

Mohamad Marzuqi Abd Rahim. (2008). Pengajaran Mata Pelajaran Hafazan Al-Quran: Suatu

Kajian Maahad Tahfiz Al-Quran Zon Tengah. Kertas Projek Sarjana: Fakulti Sains Kognitif

dan Pembangunan Manusia: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Misnan Jemali & Ahmad Sadadi Hafidz. (2003). Hubungan antara Kaedah Menghafaz al-Quran

dengan Pencapaian Kursus Tahfiz wa al-Qiraat Pelajar Semester Empat dan Lima di

Maahad Tahfiz wal Qiraat di Perak. Seminar Kaedah Pengajaran Tahfiz al-Quran

Peringkat Kebangsaan. Kolej Universiti Islam Malaysia.

Mazaayaa, A.-H. A. (2006). Panduan Menghafal Al-Quran.

Maahad Tahfiz Darul Itqan al-Muhammadiah, http://mt-darulitqan.blogspot.my/p/jadual-harian-

palajar.html, 15 Januari 2016

Maahad Tahfiz

Kiblah.http://tahfizkiblah.com.my/maahad/index.php?option=com_content&view=article&id

=160&Itemid=110 , 15 Januari 2016

Megan Nelson (2011), Cognitive and Mood Effects of Binaural Beats, Concord McNair Scholars

Research, Journal, Volume 14, Concord University

Nicole Hurless e.t.l (2013) Music genre preference and tempo alter alpha and beta waves in

human non-musicians. Impulse: The Premier Undergraduate Neuroscience

Journal.Appalachian State University.Amerika Syarikat

Nor Azah Abdul Aziz (2011). Kaedah Menangani stres dengan solat. Journal of islamic and

arabic education. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Perak

Page 26: KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PENJADUALAN KELAS … gangguan, halangan dan amaran Allah S.W.T. serta kesukaran-kesukaran bagi seseorang itu menghafaz al-Quran, maka diperlukan suatu kaedah

26

Puvenesvary a/p Muthiah.(t.t). Aplikasi Kepelbagaian teknik Dalam Pengurusan Kaunseling

Organisasi. Seminar Kaunseling Peringkat Kebangsaan Kali V. Universiti Utara Malaysia.

Kedah

Rohaida Mohamed Saat e.t.l (2011), Memorization Activities And Use of Reinforcement in

Learning : Content Analysis from Neuroscince and Islamic Perpectives, Journal of Applied

Sciences 11 (7) Universiti Malaya.Kuala Lumpur

Sedek Ariffin, Mustaffa Abudllah, Khadher Ahmad. (2015). Module Of Al-Quran Memorization

According To Capability And Period. Religoin, Linguistics & Education

Syed Qutb (2000), Tafsir Fi Zhilal Quran.Pustaka Aman Press Sdn. Bhd. Kelantan.

Zulkifli Mohamad al-Bakri.(2013).Hebatnya Kuasa Hafazan. PTS Islamika Sdn. Bhd. Selangor.

Very Julianto dan Magda Bhinnety Etsem (2011), The Effect Of Reciting Holy Quran Toward

Short-Term Memory Ability Analyzed Thought The Changing Brain Wave, Jurnal

Psikologi Vol. 38,No.1,Universitias Gadjah Mada.

edisi lama sesawang ini adalah sebahagian daripada kandungan kajian. Naskhah penuh

laporan boleh diperoleh di Perpustakaan Darul Quran, Kuala Kubu Baharu, Selangor